Analisa soalan sejarah spm 2004 2011



Yüklə 0,86 Mb.
səhifə10/10
tarix06.03.2018
ölçüsü0,86 Mb.
#44613
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10

F2 Laporan Fenn-Wu

H2a mewakili masyarakat Cina

H2b mencadangkan sekolah vernakular Cina terus kekal

H2c mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan


F3 Ordinan pelajaran 1952

H3a mengambil kira Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu

H3b mencadangkan dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar / bahasa Inggeris dan bahasa Melayu

H3c Bahasa Cina dan Tamil disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa

H3d Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris

H3e Bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu

H3f gagal kerana mendapat tentangan masyarakat Cina dan India

H3g kekurangan kewangan

H3h ancaman pengganas komunis
F4 Penyata Razak 1955

H4a menyuburkan semangat perpaduan negara

H4b sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk.

H4c penyeragaman kurikulum bercorak kebangsaan

H4d penubuhan sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

H4e penubuhan sekolah jenis umum (rendah) yang menggunakan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar

H4f sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

H4g sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

H4h Bahasa Melayu dan Inggeris wajib diajar di semua sekolah

H4i Penyata Razak dijadikan Ordinan Pelajaran 1957



Terangkan perkembangan dasar pelajaran kebangsaan di negara kita selepas mencapai kemerdekaan.


  1. Cadangan dalam Laporan Rahman Talib 1960

F1 Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan

F2 Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan

F3 Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa


mengira keturunan dan agama

F4 Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar


kepada bahasa Melayu

F5 Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah

F6 Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang
mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam

F7 Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat


sekurang-kurangnya 15 orang pelajar

F8 Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan





  1. Cadangan Kajian Aminudin Baki :

F1 Sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan

F2 Menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga berumur 15 tahun

F3 Memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebagai
persediaan untuk pasaran kerja

F4 Kursus kemahiran yang diajarkan ialah perdagangan , sains rumah tangga , seni


perusahaan dan sains pertanian

F5 Mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa





  1. Jawatankuasa Kabinet 1974


Objektif penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974 :
F1 Menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan
sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara

F2 mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang


bersatu padu, berdisiplin dan terlatih
Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974:
F1 Penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira ( 3M )

F2 Kenaikan darjah secara automatik

F3 Penekanan terhadap sekolah vokasional

F4 Sukatan pelajaran sekolah swasta

F5 Bahasa melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan

F6 Penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan


Kesan Laporan Jawatankuasa Kabinet :
F1 Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982

F2 Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988

F3 Penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

Kandungan/ Penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan :
F1 Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

F2 Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan


jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

F3 Melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan ,


berakhlak mulia, bertanggungjawab , berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

F4 Memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat


dan negara
Pada pandangan anda, bagaimanakah sistem pendidikan negara kita mampu memupuk

perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum?
F1 Belajar di sekolah yang sama

F2 Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

F3 Pelajar daripada kaum berlainan boleh berinteraksi melalui kokurikulum

F4 Menggunakan kurikulum yang sama

F5 Melibatkan pelajar pelbagai kaum dalam sukan

F6 Tenaga pengajar pelbagai kaum

F7 Meningkatkan semangat setia negara

M (Mana-mana yang munasabah)




BAB 9 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA*********
Jelaskan faktor-faktor yang membawa berlakunya Perang Dunia Pertama

(1914-1918)****

F1 - Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah.

H1a - Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar.

H1b - Kuasa-kuasa besar ini berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.

H1c - Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk


membuktikan kekuasaan masing-masing.

F2 - Wujud pakatan negara-negara Eropah.

H2a - iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.

C2a - Pakatan Kuasa Tengah terdiri Jerman, Austria-Hungry dan Italy

C2b - Pakatan Bertiga terdiri Britain , Peranchis dan Rusia.

H2b - Persaingan antara kedua-dua pakatan i mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud

pada masa itu.



F3 - Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

H3a - bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan mentah

H3b - dan untuk memasarkan barang keluaran mereka

F4 - Faktor politik

H4a - Archduke Franz Ferdinand pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya dibunuh oleh

pengganas Serbia.

H4b - Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.

H4c - Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Peranchis

F5 - Serangan Jerman terhadap Perancis

H5a - Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan


kemarahan Britain.

H5b - Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman.

H5c - Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut
terlibat dalam perang itu.

Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama dari segi ekonomi. *****
F1 - Negara-negara yang berperang mengalami inflasi

F2 - Menanggung hutang peperangan yang tinggi kerana perbelanjaan perang yang besar

F3 - Diakhir perang Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 bilion

F4 - Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion

F5 - membawa kepada masalah pengangguran

F6 - Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun

F7 - ia memberi kesan kepada negara Eropah terutama Britain

F8 - Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya.


Mengapakah Liga Bangsa gagal mencapai matlamat penubuhannya?****
F1 Gagal menggalakkan keamanan / kesejahteraan dunia

F2 Tidak berjaya mencapai kerjasama antarabangsa

F3 Gagal menjamin keselamatan dunia

F4 Kuasa-kuasa besar tidak akur dengan prinsip Liga Bangsa

F5 Pencerobohan Perancis di Ruhr ( Jerman )1923

F6 Pencerobohan Jepun di Manchuria 1931

F7 Pencerobohan Itali di Habsyah (Ethiopia)

F8 Pencerobohan Itali di Perancis 1940

F9 Jepun menarik diri daripada Liga Bangsa 1931

F10 Liga Bangsa sebuah organisasi yang lemah

F11 Tidak disertai Amerika Syarikat dan Soviet Union

F12 Liga Bangsa dibubarkan pada tahun 1945




Jelaskan bagaimana kemelesetan ekonomi dunia tahun 1929 antara faktor berlakunya

Perang Dunia Kedua.
F1 Kemelesetan ekonomi berlaku di Amerika Syarikat

F2 Kemudian merebak ke seluruh dunia

F3 Amerika tidak mampu menyediakan pinjaman untuk Jerman

F4 Jerman tidak mampu membayar hutang perang

F5 Kemelesetan ekonomi menyebabkan negara-negara Eropah mengurangkan peruntukan ketenteraan

F6 Di antaranya ialah negara Britain, Peranchis dan Itali

F7 Jerman cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah ekonomi

F8 Jerman bertindak mengukuhkan ketenteraannya

F9 Jerman menjalankan dasar perluasan kuasa

F10 Jepun juga cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah ekonomi

F11 Jepun mengukuhkan kuasa ketenteraan

F12 Jepun merangsang aktiviti dasar perluasan kuasa

F13 Jepun menakluki Manchuria 1931

F14 Jerman menduduki Peranchis

F15 Jepun menduduki Indo-China
Jelaskan ciri-ciri Blok Dunia berikut selepas tamat Perang Dunia Kedua.***


Blok Kapitalis


F1 Blok kapitalis merupakan negara demokratik

F2 Kerajaannya dipilih melalui pilihan raya

F3 Blok kapitalis memberi peluang perniagaan persendirian

F4 Blok kapitalis juga memberi peluang pemilikan persendirian

F5 Blok kapitalis menganjurkan kebebasan individu sepenuhnya



Blok Komunis

F1 Blok komunis diperintah oleh diktator

F2 Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf

F3 Bagi blok komunis perniagaan dimiliki oleh kerajaan

F4 Kerajaan komunis sahaja menguruskan perniagaan

F5 Blok komunis melindungi / mengawal kebebasan individu


Jelaskan perkembangan perkembangan politik berikut selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.


  1. Blok Dunia****

F1 Kebuntuan dalam rundingan penyelesaian Perang Dunia Kedua

H1a Menimbulkan bibit perpecahan

H1b Blok dunia merupakan Negara-negara yang sehaluan

H2a Bertindak secara bersama

H2b Menjaga kepentingan ahli

H2c Tampil dalam pelbagai bentuk

H2d Sama berdasarkan aspek politik/ekonomi /geografi

H2e Terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik


  1. Perang Dingin****

F1 Berlaku disebabkan perbezaan ideologi/fahaman politik

H1a Persaingan kuasa antara berlaku blok kapitalis dengan blok komunis

H1b Blok kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat

H1c Blok Komunis diketuai oleh Soviet Union

F2 Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung

H2a Bersaing membuktikan kekuatan

H2b Bersaing untuk menyebarkan pengaruh

H2c Memajukan kepentingan masing-masing di Eropah/ Asia

H2d Melalui propaganda/bantuan ekonomi/bantuan ketenteraan

F3 Negara Dunia ketiga mengamalkan sikap berkecuali

H3a Kedua-dua blok berusaha mempengaruhi pegangan Negara-negara Dunia Ketiga

H3b Tawaran bantuan pertahanan/ekonomi

H3c Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan dua kuasa besar/ Rebutan Amerika Syarikat/Soviet Union/China

F4 Penubuhan NATO/Pakatan Warsaw/SEATO( South East Asia Treaty Organisation)

H4a Berlaku perlumbaan senjata




Apakah kesan daripada Perang Dingin?****
F1 Pembentukan blok dunia

F2 Yang terbahagi kepada blok kapitalis dan blok komunis

F3 Penubuhan NATO

F4 Penubuhan pakatan WARSAW

F5 Pembentukan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (South-East Asia Treaty Organization / SEATO

F6 Berlaku perlumbaan senjata

F7 Negara Dunia Ketiga membina identiti sendiri

F8 Negara Dunia Ketiga tidak memihak kepada mana-mana blok











Apakah faedah yang diperoleh dan peranan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel?
F1 Membantu Malaysia menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya

F2 Perjanjian pertahanan Malaysia dengan Britain, Australia, New Zealand

F3 Bantuan kepada Malaysia semasa Konfrontasi

F4 Kerjasama pertahanan

F5 Eksport barangan Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan cukai yang rendah

F6 Mendapat bantuan teknikal dan biasiswa melalui Rancangan Colombo

F7 Menjadi tuan rumah mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel/CHOGM

F8 Perisytiharan Deklarasi Langkawi

F9 Bersuara dengan lantang menentang dasar apartheid

F10 Mengajurkan Sukan Komanwel



(a) Apakah matlamat penubuhan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
F1 Mengekalkan keamanan dunia

F2 Tidak menyokong blok Barata tau Blok Komunis


(b) Mengapakah Malaysia mengganggotai NAM

F1 Perubahan dasar luar Malaysia dari Pro Barat kepada Berkecuali

F2 Ingin berbaik dengan semua negara di dunia
(c ) Apakah prinsip yang diperjuangkan oleh NAM
F1 Mengelak campur tagan asing dalam sesebuah negara

F2 Menghormati kedaulatan negara lain

F3 Menyelesaikan pertelingkahan melalui rundingan atau persefahaman

F4 Menghormati hak asasi manusia




  1. Jelaskan isu yang ditimbulkan dan peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

F1 Membuat beberapa usul membela negara-negara sedang membangun

F2 Membangkitkan isu Palestin

F3 Isu kerjasama ekonomi

F4 Isu Benua Antartika

F5 Cadangan menghapuskan dasar apartheid

F6 Membincangkan isu kerjasama politik dalam kalangan negara anggota

F7 Menjadi naib presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia

F8 Menjadi ahli kumpulan 16

F9 Menubuhkan kumpulan G15

F10 Menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NAM yang ke-13 pada tahun 2003

F11 Mendaftar dua negara anggota baru iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina

F12 Berjaya menganjurkan mesyuarat tidak rasmi OIC

F13 Membangkitkan isu serangan tentera Amerika Syarikat ke atas Iraq



Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa*****


Negara-Negara Selatan;


  • Suruhanjaya Selatan-Selatan(3S) merupakan idea Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe.Dikenali juga negara Dunia Ketiga

  • Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 (G15) pada tahun 1989.

  • Sidang Kemuncak G15 pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1990

  • Projek 3S iaitu kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur.

  • Malaysia terlibat dalam projek lain seperti penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global dan penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.



Pertubuhan Persidangan Islam (OIC);*****





  • Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung yang pertama







  • Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.







  • Terlibat dalam bantuan pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan







  • C Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad.







  • Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia menyediakan peluang pendidikan







  • Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas







  • Memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam







  • Menyelesaikan isu Palestin







  • Menjadi tuan rumah Persidangan Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan takrif keganasan global pada tahun 2002.







  • Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.








F1

H1a



F2

H2a


F3

H3a


F4

H4a


F5

H5a


F6

H6a


Peranan Malaysia dalam usaha meningkatkan kesejahteraan melalui pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).****



  • Memainkan peranan penting dalam pertubuhan OIC

  • Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausah Agung OIC pertama

  • Menjadi perantara menyelesaikan peperangan Iran-Iraq

  • Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq

  • Memberi sokongan kepada rakyat Palestin

  • Memperjuangkan usaha masyarakat Palestin mendapatkan semula tanah mereka daripada Israel

  • Menjadi tuan rumah Persidangan OIC

  • Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara-negara Islam

  • Menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC

  • Melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa

  • Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam

  • Dinar emas digunakan dalam urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi lain





Nyatakan peranan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) terhadap negara-negara anggota.
F1 Mengeratkan hubungan sesama negara Islam

F2 Bersuara dalam satu nada demi kepentingan umat Islam

F3 Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam

F4 Melindungi tempat-tempat suci Islam/Tidak dicemari

F5 Membantu negara-negara Islam yang menghadapi masalah

F6 Menghantar bantuan perubatan ke Lubnan/Bosnia/Afghanistan

F7 Bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan/Nigeria/Chad

F8 Menubuhkan Bank Pembangunan Islam (BPI)

F9 Menyalurkan pinjaman kepada Malaysia melalui BPI

F10 Tawaran biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang menuntut di UIAM

F11 Membantu Malaysia menubuhkan UIAM

F12 Menjadi perantara menyelesaikan krisis Perang Iran-Iraq



F13 Menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel
Yüklə 0,86 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin