Analisa soalan sejarah spm 2004 2011


Pada pendapat anda, apakah peranan bahasa Sanskrit kepada masyarakat awal di Asia Tenggara ?



Yüklə 0,86 Mb.
səhifə3/10
tarix06.03.2018
ölçüsü0,86 Mb.
#44613
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10


Pada pendapat anda, apakah peranan bahasa Sanskrit kepada masyarakat awal di Asia Tenggara ?
F1 Untuk merekodkan ilmu pengetahuan

F2 Meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat

F3 Batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat

F4 Tentang agama / Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama Buddha

F5 Pemerintahan raja / batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja dan undang-undang

F6 memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat


contohnya inskripsi di Palembang

F7 menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat dalam batu bersurat di


Lembah Bujang

F8 bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama

F9 bacaan mentera / upacara keagamaan

F10 perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti dosa / duka / derhaka /


manusia / pahala / rupa / sengsara

F11 bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal

F12 pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas

F13 pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa contohnya Negarakertagama, Sutasoma,


Arjunwiwaha, Kunjarkarma

F14 Penceritaan lisan dan wayang kulit

F15 Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan Hikayat Pendawa Lima,
Hikayat Seri Rama

F16 Untuk menulis di batu-batu bersurat / candi / monumen



Kesan kedatangan Islam terhadap Islam terhadap sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara (KBKK)/Kedatangan Islam memantapkan sistem pentadbiran
F1 Gelaran raja ditukar kepada gelaran sultan

F2 Mufti/kadi menjadi penasihat sultan

F3 Undang-undang manu ditukar kepada undang-undang syarak/Islam

F4 Sultan dianggap khalifah Allah di mukabumi/Khalifatul mukminin/Zilullah fil Alam

F5 Pemansuhan unsur mitos dan legenda

F6 Penggunaan unsur daulat dan derhaka

F7 Semangat jihad untuk mempertahankan negara

F8 Islam sebagai agama rasmi kerajaan

F9 Penggunaan pada negeri-negeri /Kedah Darul Aman/ Acheh Darus Salam

F10 Istana menjadi pusat perkembangan dakwah Islam



BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH******

Nyatakan pengertian hijrah. *****
F1 - Berasal daripada perkataan Arab iaitu berpindah

F2 - Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain

F3 - Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah

F4 - Perjuangan untuk memperkukuhkan Islam.

F5 - Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.

F6 - Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan kejahatan

F7 - Semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan

F8 - Perubahan dari segi sikap

F9 - Perubahan dari segi cara berfikir

F10 - Perubahan dari segi tingkah laku

F11 - Bukan pelarian seperti pandangan orientalis Barat

Terangkan kepentingan hijrah kepada umat Islam. *****
F1 - Dakwah Islamiah

H1a - dapat dilaksanakan dengan aman tanpa selindung

H1b - sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu

F2 - Mendamaikan suku Arab di Madinah

H2a - yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj

H2b - melalui semangat persaudaraan sesama Islam

F3 - Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan

orang Islam Madinah

H3a - Orang Islam Makkah yang berhijrah tidak berasa asing atau rendah diri di Madinah

H3b - menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan

ekonomi dan sosial

H3c - Nabi Muhammad telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang
berhijrah ke Madinah

H3d - gelaran Ansar kepada orang Islam Madinah



F4 - Menyatukan penduduk Madinah

H4a - yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan Agama

H4b - Ini melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah

H4c - Dengan ini masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan agama



F5 - Membina sebuah masjid

H5a - iaitu Masji al-Nabawi

H5b - Masjid Quba merupakan masjid pertama

H5c - Masjid dijadikan sebagai tempat untuk beribadat, belajar, tempat bertemu dan berbincang masalah,kawasan persekitaran masjid diadakan aktiviti harian seperti jual beli



F6 - Wujud takwim Islam

H6a - Berdasarkan kiraan tahun Hijrah

H6b - Takwim ini digunakan ketika Khalifah Umar al-Khattab

F7 - menubuhkan sebuah negara Islam Madinah

H7a - menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al- Munawwarah

H7b - Menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam

F8 - Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong- menolong

H8a - Orang Madinah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah

H8b - Mereka sanggup memberikan tempat tinggal, makanan, keperluan asas

H8c - menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah



F9 - Pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. [ sambungan]

H9a - Abu Bakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta

H9b - Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda

H9c - Abdul Rahman bin Auf beri sumbangan harta



F10 - Menunjukkan peranan wanita

H10a - Asmah binti Abu Bakar membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

H10b - Menghantar makanan

H10c - menyampaikan berita tentang pergerakan Quraisy



F11 - Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.

H11a - Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup

H11b - Tidak pernah berputus asa

H11c - Bijak mengatur strategi peperangan

H11d - Bersembunyi di Gua Thur dan cari jalan lain ke Madinah
Apakah iktibar yang boleh dipelajari pelajar daripada peristiwa hijrah untuk mencapai kecemerlangan diri dalam kehidupan seharian.
F1 - Perubahan sikap dan tingkah laku negatif kepada yang positif

F2 - Perubahan dari tidak berdisplin kepada berdisplin

F3 - Perubahan dari sifat malas kepada rajin berusaha

F4 - Sikap suka melanggar undang-undang kepada akur kepada undang-undang

F5 - Sikap mementingkan diri sendiri berubah kepada sikap bantu-membantu

F6 - Sikap suka bertangguh kerja berubah kepada menghargai masa.



F7 - Tidak menghormati orang tua kepada menghormati orang tua
Huraikan kesan-kesan peristiwa pembukaan semula kota Makkah

F1 Nabi Muhammad s.a.w bertawaf sebanyak 7 kali mengelilingi kaabah

H1a Baginda dapat berpidato / khutbah kepada umat Islam

H1b Dengan membaca ayat al-Quran


F2 Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah

H2a Agama menyembah berhala dihapuskan selama-lamanya

H2b Digantikan dengan agama Islam

H2c Umat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam

F3 Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam

H3a Kaabah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia

H3b Untuk beribadat

F4 Membuktikan kekuatan kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w

F5 Membuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab

H5a Secara aman / sukarela / tanpa paksaan

F6 Membolehkan sebuah lagi pusat pemerintahan Islam yang kuat diwujudkan

H6a Madinah dikekalkan sebagai pusat pentadbiran Islam

H6b Makkah dijadikan wilayah Islam

F7 Islam dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian secara menyeluruh

H7a Menjadi titik tolak pemerintahan Islam seterusnya

Yüklə 0,86 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin