2264. Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Seorang perempuan datang kepada Nabi saw. membawa anaknya yang masih kecil. Lalu dia berkata kepada beliau, "Ya, Nabiyallah! Doakanlah anakku ini (semoga dia panjang umur). Aku telah kematian anak tiga orang." Tanya Nabi saw., "Engkau telah kematian anak tiga orang?" Jawab perempuan itu, "Betul, ya, Nabiyallah!" Sabda beliau, "Sesungguhnya engkau telah didinding dari neraka dengan dinding yang kuat."
2265. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila Allah Ta'ala mengasihi seseorang hamba, maka dipanggil-Nya Jibril seraya berfirman: "Hai, Jibril! Sesungguhnya Aku mengasihi si Fulan. Maka kasihi pulalah dia." Lalu Jibril mengasihi orang itu. Kemudian dia berseru kepada penduduk langit, katanya, "Sesungguhnya Allah Ta'ala mengasihi si Fulan. Maka kasihi pulalah dia oleh, kalian semuanya!" Lalu penduduk langit mengasihi orang itu. Kemudian cinta kasih itu sampai kepada penduduk bumi. Dan apabila Allah Ta'ala membenci seseorang hamba, maka dipanggil-Nya Jibril seraya berfirman : "Hai, Jibril! Aku benci kepada si Fulan. Maka benci pulalah kepadanya!" Lalu Jibril membenci orang itu. Kemudian dia berseru kepada penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci si Fulan. Maka benci pulalah kamu semua kepadanya." Kata Nabi saW., "Lalu penduduk langit membenci orang itu, sehingga penduduk bumi membencinya pula."2266. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ruh (jiwa) bagaikan para prajurit yang aneka ragam. Bila saling mengenal, mereka akan bersatu. Bila tidak saling mengenal, mereka akan berpecah-belah."
2267. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Manusia itu seperti bahan galian emas dan perak. Mereka yang pilihan di zaman jahiliyah, pilihan juga di dalam Islam, selama mereka memahami ajaran Islam itu. Dan ruh (jiwa) adalah bagaikan prajurit yang aneka ragam. Bila saling mengenal bersatulah mereka, dan bila tidak saling mengenal, mereka berpecah belah."
2268. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Seorang Arab dusun bertanya kepada Nabi saw., "Bilakah terjadi hari kiamat?" Rasulullah saw. balik bertanya kepadanya, "Apakah yang telah anda persiapkan untuk itu?" Jawabnya, "Mengasihi Allah dan Rasul-Nya." Sabda beliau, "Engkau sentiasa bersama kekasih mu itu kelak."
2269. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Ketika aku dan Rasulullah saw. pada suatu ketika keluar dari masjid, tiba-tiba kami ditemui oleh seorang lelaki di pintu masjid, lalu dia bertanya, "Ya, Rasulullah! Bilakah terjadi hari kiamat?" Jawab Rasulullah saw., "Apakah yang telah engkau persiapkan untuk itu?" Lelaki itu kelihatan seperti menunduk, kemudian dia berkata, "Tidak banyak yang telah kusiapkan; baik itu berupa solat (sunat), puasa, dan sedekah (zakat). Tetapi aku sungguh-sungguh mencintai Allah dan Rasul-Nya." Maka bersabda Nabi saw., "Engkau akan sentiasa bersama-sama kecintaanmu itu kelak."
2270. Dari Abdullah r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada
Rasulullah saw., lalu dia bertanya, "Ya, Rasulullah! Bagaimana pendapat Anda tentang seorang lelaki yang mencintai suatu kaum, tetapi dia tidak pernah bertemu dengan kaum itu?" Jawab Rasulullah saw., "Setiap orang bersama kekasihnya."2271. Dari Abu Dzar r.a. katanya: "Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw., "Bagaimana pendapat Anda, ya Rasulullah, tentang seorang lelaki yang melakukan amal kebajikan, lalu dia dipuji orang banyak." Jawab Rasulullah saw., "Pujian seperti itu adalah pendahuluan berita gembira bagi orang mukmin."
2272. Dari Abdullah r.a. katanya: "Rasulullah saw. yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari. kemudian dari menjadi 'alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya. Kemudian diperintahkan kepada malaikat menuliskan empat ketetapan. Iaitu mengenai rezekinya, ajalnya, 'amalnya dan celaka atau bahagia. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka maka dia akan masuk neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jaraknya ke neraka hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli syurga lalu (pada sisa umurnya) dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka dia akan masuk syurga."2273. Dari Hudzaifah bin Asid r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setelah nutfah berada dalam rathim 40 atau 45 malam, maka datanglah malaikat kepadanya, seraya bertanya kepada Allah Ta'ala, "Ya, Tuhan! Apakah dia ini celaka atau bahagia?" Maka ditulisnya salah satu di antara keduanya. Tanya, "Apakah dia lelaki atau perempuan?" Maka ditulisnya salah satu di antara keduanya. Kemudian ditulisnya pula amalan serta hasil amalannya, ajalnya dan rezekinya. Kemudian bukunya dilipat, tidak ditambah dan tidak dikurangi."
2274. Dari Ali r.a. katanya: "Pada suatu hari kami mengantarkan jenazah ke pekuburan Baqi' Al Gharqad. Rasulullah saw. mendatangi kami, lalu beliau duduk. Maka kami pun duduk pula di keliling beliau. Beliau memegang sepotong ranting, menunduk, dan menggaris-garis pasir dengan ranting itu. Kemudian beliau bersabda: "Tidak seorang jua pun di antara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan Allah Ta'ala di syurga atau di neraka. Telah ditetapkan Allah apakah dia celaka atau bahagia. Maka bertanya seorang sahabat. "Ya. Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak lebih baik kita diam saja menunggu suratan taqdir
nasib kita tanpa beramal?" Jawab beliau, "Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang bahagia, adalah kerana dia beramal dengan amalan orang yang bahagia, dan orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang celaka adalah kerana dia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu beramallah! Semua sarana telah disiapkan. Adapun orang-orang bahagia, mereka dimudahkan untuk mengamalkan amalan-amalan orang-orang bahagia. Dan orang-orang celaka, mereka dimudahkan untuk beramal dengan amal orang-orang celaka." Kemudian beliau membaca ayat: "Adapun orang-orang yang suka memberi dan bertaqwa maka Kami siapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik,
maka akan Kami siapkan baginya jalan yang sukar. " (Al Lail, 92:510).
2275. Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya ada orang beramal dengan amalan ahli syurga sepanjang penglihatan orang banyak, tetapi sebenarnya dia adalah ahli neraka. Dan ada pula orang yang beramal dengan amalan ahli neraka menurut pandangan manusia, tetapi sebenarnya dia ahli syurga."
2276. Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Rasulullah saw. bercerita bahwa Adam dan Musa pernah berbantahan. Kata Musa. "Hai, Adam! Engkau adalah bapa kami. Tetapi engkau telah mengecewakan kami kerana menyebabkan kami keluar dari syurga." Jawab Adam, "Engkau, hai Musa! Engkau telah dipilih dan diistimewakan Allah Ta'ala. Dengan kehendakNya engkau dapat bercakap-cakap dengan-Nya. Apakah kamu menyesali ku kerana urusan yang telah ditaqdirkan Allah atas ku sejak 40 tahun sebelum aku diciptakan-Nya?" Sabda Nabi saw., "Demikianlah Adam dan Musa saling berbantah."
2277. Dari Abdullah bin 'Amru bin Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Allah Ta'ala telah menetapkan segala ketetapan (taqdir) bagi seluruh makhluq, lima puluh ribu tahun sebelum diciptakanNya langit dan bumi dan (ketika itu) Allah Ta'ala berada di atas air."
2278. Dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a. katanya dia mendengar
Rasulullah Saw. bersabda: "Sesungguhnya hati anak Adam seluruhnya berada di antara dua jari Allah Ta'ala, bagikan hanya sebuah saja. Allah Ta'ala sanggup menggerakkannya bagaimana menurut kehendak-Nya. Lalu Rasulullah saw. mendoa, "Allahumma musluurifa qulub, shiurlf quluubana 'aJaa thaa'atim."
2279. Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Segala-galanya telah ditetapkan dengan suatu ketetapan (taqdir yang tak dapat diubah lagi), hingga sampai kepada kelemahan dan ketrampilan."
2280. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Orang-orang musyrik Quraisy datang kepada Nabi saw. memprotes beliau mempunyai masalah Qadar." Maka turun ayat: (Ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka di atas muka mereka, (dikatakan kepada mereka): "Rasakanlah sentuhan api neraka." Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu dengan ukuran." (Al Qamar 54:48 49).
2281. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."
2282. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. sabdanya: "Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."
2283. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak seorang jua pun anak yang baru lahir melainkan dia dalam keadaan suci dan dua orang tuanyalah yang menyebabkan dia menjadi Yahudi, Nasrani, atau Majusi." Kemudian beliau bersabda: "Bacalah ayat: "Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus." (Ar Rum 30 : 30)
2284. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak seorang jua pun bayi yang baru lahir melainkan dalam keadaan suci. Maka kedua orang tuanyalah yang menyebabkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani, dan musyrik. Lalu bertanya seorang lelaki, "Ya, Rasulullah! Bagaimana kalau anak itu mati sebelumnya (sebelum disesatkan orang tuanya)?" Jawab beliau, "Allah jualah yang Maha Tahu apa yang telah mereka lakukan."
2285. Dari Aisyah, Ummul Mukminin r.a. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. diminta orang datang menziarahi jenazah bayi orang Anshar. Lalu aku berkata, "Berbahagialah bayi itu, seekor burung di antara burung-burung syurga, yang belum pernah berbuat dosa atau ditimpa dosa." Jawab Nabi saw., "Mungkin tidak begitu. Kerana sesungguhnya Allah Ta'ala telah menyediakan bagi syurga siapa-siapa penghuninya semenjak mereka masih dalam sulbi bapa mereka, dan telah menyediakan bagi neraka siapa-siapa penghuninya, semenjak mereka masih dalam sulbi bapa mereka." 2286. Dari Abdullah r.a. katanya: "Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri Nabi saw. mendoa: "Wahai, Allah!. Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku Rasulullah saw., dan dengan bapaku Abu Sufyan, dan dengan saudara ku Mu'awiyah." Maka bersabda Nabi saw., "Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah), memohon juaah hari yang sudah ditetapkan hitungnya, serta rezeki yang sudah dibagi-bagi, yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya, dan tak dapat diundur sedikit jua pun dari waktu yang telah ditetapkan semula. Seandainya engkau Mohon kepada Allah Ta'ala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur, itu lebih baik dan lebih bagus."
2287. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda, "Orang mukmin yang kuat (jasmani din rohani) lebih disukai Allah Ta'ala daripada orang mukmin yang lemah. Namun begitu, kedua-duanya sama. Cuma mempunyai kelebihan. Jagalah agar kamu selalu dalam keadaan (situasi) yang bermanfaat bagi diri mu dan mohonlah selalu pertolongan kepada Allah Ta'ala, dan jangan bosan. Jika engkau mendapat cubaan. jangan berkata. "Seandainya (tadi) aku perbuat begini dan begitu (tentu tidak akan begini jadinya)." Tetapi ucapkanlah : "Allah Maha Kuasa berbuat sekehendak-Nya." Kerana kata-kata 'Lalu' (seandainya) memberi peluang bagi syaitan."
2288. Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw. membaca ayat : "Dialah yang menurunkan Kitab (Al Qur'an) kepada mu. Di antara isinya terdapat ayat-ayat maklumat (yang jelas dan tegas maksudnya), dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihat (samar-samar). Adapun orang-orang yang hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat, untuk menimbulkan fitnah (bencana) dan untuk mencari-cari takwilnya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan hanya Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu turun dari Tuhan kami " Dan tidak dapat memahaminya kecuali orang-orang yang cerdas. " (Ali 'Imran, 3 : 7). Kata 'Aisyah, maka bersabda Rasulullah saw., Apabila tuan-tuan melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihat itulah orang-orang yang dimaksud Allah dalam ayat itu. Maka jauhilah mereka:'
2289. Dari Abdullah bin Amr r.a. katanya: "Pada suatu hari aku bangun pagi-pagi pergi ke tempat Rasulullah saw. Maka terdengar suara dua orang lelaki berdebat mengenai sebuah ayat. Kerana itu Rasulullah saw. keluar mendatangi kami. Di wajah beliau terlihat tanda kemarahan. Lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya umat yang sebelum kamu mendapat celaka kerana mereka berselisih mengenai Kitab Allah."
2290. Dari Jundab bin Abdullah Al Bajali r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bacalah Al Quran selama perhatianmu terpusat padanya. Apabila kamu bimbang maka berhentilah."2291. Dari Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya orang-orang yang paling dibenci Allah, ialah para penentang yang sangat keras dan licik."2292. Dari Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Celakalah orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas) dalam perbuatan dan perkataan mereka." Beliau mengucapkannya tiga kali.
2293. Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sebagian di antara tanda-tanda hari kiamat ialah hapusnya ilmu (agama), berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras, dan meraja lelanya perzinaan (pelacuran)."
2294. Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sebagian di antara tanda-tanda hari kiamat ialah: hapusnya ilmu (agama), berjangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis kaum lelaki dan yang tinggal hanya wanita, dengan perbandingan seorang lelaki berdiri di tengah-tengah lima puluh wanita."
2295. Dari Abdullah dan Abu Musa r.a., keduanya berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Sebelum terjadi hari kiamat terlebih dahulu hapus ilmu (agama) dan berjangkit kejahilan (maksiat, kejahatan dan sebagainya), dan banyak terjadi pembunuhan."2296. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapus (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana/kekacauan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan, serta banyak pembunuhan."
2297. Dari Abdullah bin 'Amru bin Ash katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya."
2298. Dari Jarir bin Abdullah r.a. katanya: "Serombongan orang rab dusun datang kepada Nabi saw. berpakaian bulu kibasy (berpakaian buruk). Setelah melihat keadaan mereka yang menyedihkan itu, Rasulullah maklum bahwa mereka ditimpa musibah dan membutuhkan bantuan. Lalu beliau menganjurkan agar orang banyak memberi sedekah kepada mereka. Tetapi anjuran beliau itu agak lambat mendapat tanggapan, sehingga kelihatan di wajah beliau bahwa beliau agak kecewa. Kemudian datang seorang lelaki Anshar memberikan wang pundi-pundi. Kemudian datang pula yang lain, yang lain, dan seterusnya, sehingga wajah beliau berubah jadi gembira kembali. Maka bersabda Rasulullah saW., "Siapa memberi contoh (mengajak) melakukan perbuatan baik dalam Islam, kemudian perbuatannya itu diikuti orang, maka dia mendapat pahala sebanyak pahala orang-orang yang mengikutinya, tidak kurang sedikit jua pun. Begitu pula siapa yang mengajak melakukan kejahatan, kemudian dikerjakan orang pula kerana mengikuti dia, maka dituliskan dosanya sebanyak dosa orang-orang yang mengikutinya tidak kurang sedikit jua pun."
2299. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa mengajak ke jalan kebenaran maka dia beroleh pahala sebanyak pahala yang diterima oleh orang-orang yang mengikutinya, tidak kurang sedikit jua pun. Dan siapa mengajak ke jalan ke
sesatan, maka dia beroleh dosa sama banyak dengan dosa orang-orang yang mengikutinya, tidak kurang sedikit jua pun." 2300. Dari Ahu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: Aku sentiasa menurut sangka hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku sentiasa bersamanya ketika dia menyebut nama-Ku. Jika dia menyebut nama-Ku dalam hatinya, maka Aku menyebutnya pula dalam hati-Ku. Dan jika dia menyebut Ku dalam majlis ramai, maka Aku menyebutnya dalam majlis ramai yang lebih baik. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta.
Dan jika dia mendekati-Ku sehasta. Aku mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku mendatanginya dengan berlari."
2301. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Allah Ta'ala mempunyai 99 nama. Siapa menghafalnya masuk syurga. Dan sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Tunggal, mencintai ketunggalan."2302. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala mempunyai 99 nama. Iaitu 100 kurang satu. Siapa menghitungnya masuk syurga."
2303. Dari Anas r.a. katanya Rasulullah saw: bersabda: "Apabila kamu mendoa, hendaklah kamu sungguh-sungguh yakin dalam do'a (bahwa Allah Ta'ala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu mendoa dengan kalimat: "Allah, jika Engkau mulia berilah aku!" Kerana sesungguhnya Allah Ta'ala tidak dipaksa memenuhi suatu doa."2304. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu mendoa, maka janganlah mendoa dengan menggunakan kalimat: Wahai Allah! Ampunilah aku jika Engkau mau. Tetapi hendaklah kamu mempergunakan kalimat yang sungguh-sungguh meyakinkan permohonan, serta besar jawapan (bahwa Allah Ta'ala mendengar dan mengabulkan permohonanmu). Kerana sesunguhnya Allah Ta'ala tidak pernah memberatkan-Nya memberikan sesuatu."
2305. Dari Anas r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sekali-kali janganlah kamu meminta-minta mati kerana suatu musibah yang menimpa. Jika kamu hendak meminta juga, maka mendoalah sebagai berikut : "Allahumma ahyini mall kaanatil hayatu khairan Ii, wa tawaffani idza kaanatil wafaatu khairan li." (Wahai Allah! Panjangkanlah umurku jika umur panjang itu yang lebih baik bagi ku, dan matikanlah aku jika mati itu yang lebih baik bagiku).
2306. Dari Qais bin Abu Hazim r.a. katanya: "Kami datang mengunjungi Khabbab ketika dia sedang sakit. Dia berubat dengan tusukan besi panas di perutnya sampai tujuh kali. Kata Khabbab, "Seandainya Rasulullah saw. tidak melarang kita mendoa minta mati, tentu aku telah memintanya."
2307. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sekali-kali janganlah kamu meminta-minta mati, dan jangan pula mendoakannya sebelum mati itu datang sendiri. Kerana apabila kamu telah mati maka berhentilah kamu beramal. Sesungguhnya bertambah panjang umur seorang mukmin bertambah pula kebaikan yang dapat diperbuatnya."2308. Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang ingin bertemu dengan Allah nescaya Allah ingin pula bertemu dengannya. Dan siapa benci bertemu dengan Allah, nescaya Allah benci pula bertemu dengannya." Lalu aku bertanya : " Apakah yang dimaksud membenci mati? Kerana kami semua benci akan mati." Jawab beliau, "Bukan begitu! Tetapi setiap orang mukmin apabila diberi khabar gembira dengan rahmat Allah, dengan keridhaan-Nya dan dengan syurga-Nya, nescaya dia ingin bertemu dengan Allah. Maka Allah ingin pula bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir, apabila diberi kahbar dengan 'azab Allah dan dengan kemarahan-Nya, dia benci bertemu dengan Allah dan Allah benci pula bertemu dengannya."2309. Dari Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang ingin bertemu dengan Allah, nescaya Allah ingin pula bertemu dengannya. Dan siapa yang benci bertemu dengan Allah, nescaya Allah benci pula bertemu dengannya. Sedangkan mati itu terjadi sebelum bertemu dengan Allah."2310. Dari Anas r.a. katanya: "Rasulullah saw. pergi mengunjungi seorang muslim yang sakit letih, sehingga dia telah seperti anak burung yang baru menetas (lemah tiada berdaya). Rasulullah saw. bertanya kepadanya : "Apakah engkau pernah mendoa atau meminta sesuatu kepada Allah Ta'ala?" Jawab orang itu, "Ada! Aku mendoa, Allahumma maakunta mu 'aqibii bihi fil akhirati, fa 'ajjilhu lii fid dunya. " Maka bersabda Rasulullah saw., "Maha Suci Allah! Engkau tidak akan sanggup menanggungkannya. Sebaiknya engkau mendoa: Allahumma aatina fid dunya hasanah wafil aakhirati hosanah, waqina 'adzabannar." Kata Anas, "Rasulullah saw. mendoakan kesembuhan bagi orang itu, maka sembuhlah dia."
2311. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Allah Tabaraka wa Ta'ala mempunyai para malaikat yang bertugas keliling mencari-cari majlis zikir. Bila mereka telah menemukannya, lalu mereka duduk bersama-sama dengan orang-orang yang sedang zikir, memanggil teman-temannya, berkerumun mengitari orang-orang yang sedang zikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruangan antara mereka dengan langit dunia. Apabila majlis telah bubar, para malaikat naik kembali ke langit. Lalu Allah Ta'ala bertanya kepada mereka, - padahal Allah Maha Tahu perbuatan mereka - "Kalian datang dari mana?" Jawab mereka, "Kami baru kembali memeriksa hamba-hamba-Mu di bumi. Mereka tasbih, takbir, tahlil, tahmid dan memohon kepada-Mu." Tanya: "Apa yang dimohon mereka kepadaKu?" Jawab : "Mereka memohon syurga kepada-Mu." Tanya: "Pernahkah mereka menampak syurga-Ku?" Jawab : "Tidak'" Firman Allah, "Apalagi kalau mereka menampak syurga-Ku!" Kata para malaikat, "Mereka juga memohon kebebasan." Tanya: "Mohon bebas dari apa?" Jawab: "Mohon bebas dari neraka." Tanya: "Pernahkah mereka menampak neraka-Ku?" Jawab: "Tidak." Firman Allah Ta'ala: "Apalagi kalau mereka nampak neraka-Ku!" Kata para malaikat: "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu." Jawab: "Aku mengampuni mereka dan memberikan apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari apa yang mereka takuti." Kemudian para malaikat berkata: "Di antara mereka terdapat seorang hamba yang penuh dosa. Dia lewat di majlis itu lalu duduk bersama-sama dengan orang-orang yang zikir." Firman Allah: "Orang itu pun Ku-ampuni, begitu pula setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu tidak ada yang celaka."
2312. Dari 'Abdul 'Aziz r.a. iaitu Ibnu Shuhaib katanya: "Qatadah bertanya kepada Anas r.a., Doa apakah yang sering dibaca Nabi saw.?" Kata Anas, "Doa yang paling banyak dibaca Nabi saw. ialah: Allahumma aatina fid dunya hasanah. wa fil aakhirati hasanah, Wa qinaa 'adzaban nar."(Wahai Allah, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, serta hindarkanlah kami dari siksa neraka)
2313. Dari Abu Hurairah r.a. katanya RasuluUah saw. bersabda: "Siapa membaca kalimat tahlil: Loa ilaaha iIlallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai-in qadiir, (Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, milikNyalah kerajaan (kekuasaan) dan pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya) seratus kali dalam sehari, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan sepuluh orang hudak, dan dicatat untuknya seratus kebajikan, serta dihapus daripadanya seratus kesalahan (dosa), dan pada hari itu dia terpelihara dari godaan syaitan sampai petang. Dan tidak seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali. Dan siapa membaca: Subhanallaahi wa bihamdih (Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia) seratus kali dalam sehari, dihapus segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan."2314. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa membaca waktu pagi dan waktu petang: Subhanallaahi wa bihamdih' (Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia) seratus kali, tidak ada orang datang yang melebihi amalnya, melainkan orang yang membaca sebanyak itu pula atau lebih."2315. Dari 'Amru bin Maimun r.a. dari Rasulullah saw. sabdanya: "Siapa membaca: 'Laa illaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa alaa kulli syaiin qadiir'(Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, milikNyalah kerajaan (kekuasaan) dan pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya), sepuluh kali, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala orang yang memerdekakan empat orang keturunan Ismail."
Dostları ilə paylaş: |