Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə102/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   99   100   101   102   103   104   105   106   107

2316. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat timbangan (pahala)nya, dan keduanya disukai Allah swt. ialah : Subhanallahi wa bi hamdih, subhaanallaahil 'azhiim.(Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia, Maha Suci Allah Yang Maha Agung)2317. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:"Membaca 'Subhanallah, wal hamdulillah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar',(Maha Suci Allah, Maha terpuji Allah, tidak ada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar) lebih kusukai daripada matahari terbit di pagi hari." 2318. Dari Mush'ab bin Sa'ad, dari bapanya r.a. katanya: "Seorang 'Arab dusun datang kepada Rasulullah saw. seraya berkata: "Ya, Rasulullah! ajarkanlah kepada ku kalimat (zikir) untuk kubaca." Sabda beliau, "Bacalah: 'Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, Allahu akbar kabiiran wal hamdu lillaahi katsiiran wa subhaanallaahi rabbil 'alamin, laa hawla Ku laa quwata illabillaahil 'azizil hakim'(Tidak ada Tuhan selain Allah, Maha Tunggal Dia, tiada sekutu bagiNya; Allah Maha Besar sempurna besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyakNya, Maha Suci Allah Tuhan semesta alam, tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.), lalu kata-orang itu, "Kalimat ini semuanya untuk Tuhan semata; yang mana untukku?" Sabda beliau, "Bacalah: Allahummaghfir li, warhamni, wahdini, warzuqni." (Wahai Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, pimpinlah aku, dan berilah aku rezeki).

2319. Dari Abu Malik Al Asyjai, dari bapanya r.a. katanya: "Apabila seorang lelaki masuk Islam, Nabi saw. mengajarinya solat, kemudian beliau menyuruhnya mendoa dengan kalimat ini: Allahummaghfir li warham ni, wahdini wa 'aafini, warzuqni." (Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, pimpinlah aku, 'afiatkanlah aku dan berilah aku rezeki)2320. Dari Abu Malik, dari bapaknya ra., bahawasanya dia mendengar Nabi saw bersabda ketika seorang laki-laki datang bertanya kepada beliau, katanya: "Ya, Rasulullah! Bagaimana caranya aku mengucapkan doa, bila memohon kepada Tuhanku?" Sabda beliau, "Bacalah: Allahummaghfir Ii. lVarhomni, wa 'aafini, warzuqni( Wahai Allah, ampunilah aku, kasihilah aku, sihatkanlah aku dan beri rezekilah aku) lalu beliau mengumpulkan anak jari beliau selain ibu jari - Dalam (keempat) kata-kata ini sudah terkumpul urusan dunia dan akhirat mu."

2321.Dari Mushab bin Saad. dari bapaknya ra katanya:Ketika kami berada dekat Rasulullah saw. beliau pernah berkata: "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari?" Maka bertanya salah seorang yang duduk dalam majlis, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan (setiap hari)?" Sabda beliau, "Bacalah tasbih seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi mu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan (dosa)'

2322. Dari Abu Hurairah ra. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menolong menghilangkan kesusahan orang mukmin, Allah Taala menghilangkan pula kesusahannya di hari kiamat kelak. Siapa yang membantu memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah memudahkannya pula di dunia dan akhirat. AlIah sentiasa menolong hambanya selama hamba itu mahu menolong saudaranya. Siapa berusaha mencari ilmu, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Bila suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid lalu mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, diturunkan kepada mereka ketenangan dan diselubungi mereka dengan rahmat. Mereka dikerumuni oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut dengan bangga kepada orang-orang yang di dekat-Nya. Sedangkan orang yang lalai beramal, ia tidak akan dapat mengejar ketinggalannya dengan gelar kebangsawanan nya'

2323. Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hai, manusia! Taubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku taubat kepada-Nya seratus kali setiap hari."

2324.Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang taubat kepada Allah Taala sebelum matahari terbit di barat(sebelum matahari terbit dari barat atau sebelum sakaratul maut), Allah menerima taubatnya."

2325.Dari Abu Musa r.a. katanya "Kami bepergian bersama-sama Nabi saw. dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba terdengar orang banyak mengeraskan suara membaca takbir. Maka bersabda Nabi saw., "Hai, manusia! Rendahkanlah hati dan suaramu! Sesungguhnya kamu tidak memanggil orang pekak dan orang jauh. Tetapi kamu memanggil Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat, bahkan Dia bersama kamu." Ketika itu aku berada di belakang beliau membaca "Laa haula la wa la quwwata illa billah" Maka bersabda beliau, 'Ya, 'Abdallah bin Qais! Maukah engkau kutunjukkan kepada mu suatu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga?" Jawab ku, "Tentu, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Bacalah: Laa haula wa laa quwwata illa billah"

2326. Dari 'Abdullah bin' Amru bin 'Ash r.a., dari Abu Bakar Shiddiq r.a., bahwasanya Abu Bakar berkata kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepada ku suatu doa untuk kubaca dalam solat." Sabda beliau, "Bacalah: Allahumma inni zhalamtu nafsi zhulman kabiiran, - menurut Qutaibah, katsiiran - wa laa yaghfirudz dzunuuba illa anta, faghfirli maghfiratan min 'indika, warhllmni innaka an tal ghafuurur rahim. " (Wahai Allah! Sesungguhnya aku zalim terhadap diri ku sempurna zalim besar, menurut Qutaidah, zalim banyak, Tidak ada yang berwenang mengampuni segala dosa melainkan hanya Engkau. kerana itu ampunilah aku dengan ampunan Mu yang sempurna dan kasihanilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih)

2327. Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. sering mendoa dengan doa-doa sebagai berikut: "Allahumma, fainni a'udzu bika min fitnatin naari wa 'adzabin naari, wafitnatil qabri wa 'adzabil qabri, wa min sharri filnatil ghina, min syarri fitnatil faqri, wa a'udzu bika min syarr fitnatil masihid dajjal. Allahummaghsil khathaayaaya bi maa-its tsalji wal baradi, wa naqqi qalbi' minal khathaaya kama naqqaitats tsaubal abyadha minad danas, wa baa'id baini wa baina khathaayaaya kama baa'adta bainal masyriqi wal maghribi. Allahumma, fainni a'udzu bika minal kasali wal harami wal ma'tsami wal maghrami( Wahai Allah! Bahawasanya aku berlindung denganMu dari bencana dan siksa neraka, dari bencana dan siksa kubur, dari kejahatan bencana kaya, dan dari kejahatan bencana melarat. Dan aku berlindung dengan Engkau dari bencana kejahatan Al Masih Dajjal. Wahai Allah! Bersihkanlah segala kesalahanku dengan air salji dan air ais, bersihkanlah hatiku dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan kain putih dari kotoran. Dan jauhkanlah antaraku dengan kesalahan(dosa-dosaku) sebagaimana Engkau menjauhkan timur dan barat. Wahai Allah! aku berlindung dengan Engkau dari kemalasan, dari kepikunan, dari segala dosa dan dari hutang.)2328. Dari Anas bin Malik ra. katanya Rasulullah saw. sering membaca doa sebagai berikut: Allahumma inni a'udzu bika minal 'ajzi, al kasali, wal jubuni, wal harami. wal bukhli; wa a 'udzu bika min 'azabil qabri. wa min fitnatil mahyaa wal mamaati( Wahai Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan, dari kemalasan, dari penakut, dari kepikulan dan dari kebakhilan; dan aku berlindung dengan Engkau dari siksa kubur dan dari bencana hidup dan mati )2329. Dari Anas r.a. katanya Nabi saw. sering mendoa sebagai berikut: "Allahumma inni a'udzu bika minal bukhli, wal kasali, wa ardzalil 'umuri. wa 'adzabil qabri, wa fitnatil mahyaa wal mamaati.(Wahai Allah ! aku berlindung dengan Engkau dari kebakhilan, kemalasa, umur yang tersia-sia dan dari siksa kubur serta bencana hidup dan mati)

2330. Dari Abu Hurairah ra. katanya:"Bahawasanya Nabi saw. sering mendoa minta perlindungan kepada Allah Taala dari suratan takdir yang buruk, dari mendapat celaka, dari kegembiraan musuh (kerana penderitaan beliau), dan dari tekanan cobaan."

2331. Dari Khaulah binti Hakim As Sulamiyah r.a. katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Apabila kamu berhenti (bermalam) di suatu tempat (negeri), maka mohonlah

perlindungan kepada Allah: A 'udzu bikalimatillaahit taammati min syarri maa khalaq (Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah Yang Maha Sempurna dari segala macam kejahatan yang mungkin terjadi) nescaya dia terhindar dari segala bahaya yang mengancam, sampai dia berangkat dari tempat itu."

2332. Dari AI Bara' bin' Azib r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila engkau hendak tidur, maka berwudhuklah lebih dahulu seperti wudhuk mu untuk solat, kemudian berbaringlah atas rusuk mu yang kanan, kemudian baca doa: "AlIalhumma inni aslamtu wajhi ilaika, wa fawwadhtu amri ilaika. wa alja'tu zhahri ilaika. raghbatan wa rahbatan ilaika. laa maljaa wa laa manjaa minka illa ilaika. Aamantu bikitaabikalladzi anzalta. wa binabiyyikalladzi arsalta. (Wahai Allah! Aku tundukkan wajahku di hadapan Engkau, kuserahkan) Dan jangan berkata-kata lagi sesudah itu. Jika engkau mati malam itu, maka engkau mati dalam keadaan suei."

2333. Dari Al Bara' r.a. katanya: "Bahwasanya Nabi saw. apabila beliau hendak tidur beliau membaca doa: "Allahumma bismika ahyaa wa bismika amutu.(Dengan nama Mu aku hidup dan dengan nama Mu aku mati) Dan bila beliau bangun beliau membaca:"Alhamdulillahiilladzi ahyaana ba'da maa amaatana wa itaihinnusyuur" (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan dan kepadaNya tempat kembali)

2334. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., bahawasanya dia menyuruh seorang laki-laki ketika hendak tidur supaya membaca doa: Allahumma khalaqta nafsi. wa anta tawaffaaha. laka mamaatuha wa mahyaaha, in ahyaytaha fahfazhha wa in amattaha faghfirlaha. Allahumma inni asalukal 'aafiyah (Wahai Allah! Engkaulah yang telah menjadikan diri ku, dan Engkau pulalah yang mematikannya, dalam kuasaMu lah mati dan hidupnya. Kerana itu, jika engkau menghidupinya peliharalah dia, dan jika Engkau mematikannya ampunilah dia. Wahai Allah! ku pohon kepada Mu kesihatan yang sempurna) Lalu bertanya seorang laki-laki, " Apakah anda mendengar doa itu dari 'Umar (bin Khathab )? Jawab Abdullah "Bahkan dari orang yang Iebih baik dari 'Umar, iaitu Rasulullah saw'"

2335.Dari Suhail r.a. katanya: "Abu Shalih menyuruh kami apabila kami hendak tidur supaya berbaring ke rusuk kanan, kemudian membaca doa: "AIlahumma rabbas samaawaati wa rabbal ardhi wa rabbal 'arsyil 'azhim, rabbanaa wa rabba kulli syai-in, faaliqal habbi wan nawaa, wa munzilat Tauraati wal Injiili wal Furqaan. A 'udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzu binaashiyatihi. AIlahumma antal awwallu falaisa qablaka syai-un, wa antal aakhiru falaisa ba'daka syai-un, wa antazh zhaahiru falaisa fauqaka syaiun, wa antal baathinu falaisa duunaka syai-un. aqdhi 'annad dayna wa aghnina minal faqri." ( Wahai Allah! Tuhan langit dan bumi, Tuhan Arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala-galanya, Tuhan yang membelah biji-bijian dan bibit-bibitan, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan Al-Quran. aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan segala sesuatu, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.

Wakai Allah ! Engkaulah yang pertama-tama ada, tidak ada sesuatu sebelum Engkau. dan Engkaulah yang akhir, tanpa ada sesuatu sesudah Engkau. Engkaulah yang zahir, tanpa ada sesuatu di atas Engkau, Dan Engkau lah yang batin, tanpa ada sesuatu di bawah Engkau. Tolonglah lunaskan segala hutang-hutang kami dan cukupkan segala kebutuhan kami ) Kata Suhail, hadis ini diriwayatkannya dari Abu Hurairah yang menerimanya dari Nabi saw.

2336. Dari Abu Hurairah r.a. kalanya Rasulullah saw. bersabda: 'Apabila seseorang kamu hendak tidur hendaklah dikirapnya tempat tidurnya lebih dahulu dengan hujung kainnya sambil menyebut nama Allah. Kerana kamu tidak tahu apa yang telah terjadi di tempat tidurmu selama kamu tinggalkan. Dan apabila hendak berbaring, maka berbaringlah ke rusuk kanan sambil membaca doa: Subhaallakallaahumma rabbi, bika wadha'tu janbi, wa

bika arf'a'uhu. in amsakta naf'si faghfirlaha, wa in ansaltaha fah-fazhha bima tahfazhu bihi 'ibadakash shaalihi( Maha Suci Engkau wahai Allah, Tuhan ku! Dengan menyebut namaMu ku baringkan tubuhku, dan dengan menyebut namaMu aku bangun. jika Engkau hendak menahan nyawaku, ampunilah dia, dan jika Engkau lepaskan dia, lepaskanlah seperti Engkau memelihara hamba-hambaMu yang solih )

2337. Dari Anas r.a. katanya: "Bahawasanya Rasulullah saw. apabila hendak merebahkan tubuhnya ke tempat tidur,beliau menyebut: Alhamdulillahilladzi ath'amanaa wa saqaanaa wa kafaanaa wa aawaanaa." ( Segala puji bagi Allah yang telah memberi kita makan dan minum, mencukupkan segala kebutuhan kita, dan memberi kita tinggal)

2338. Dari Farwah bin Naufal r.a. katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang doa yang dibaca Rasulullah saw. Maka jawab 'Aisyah, beliau sering membaca: Allahumma inni a'udzu bikal min syarri ma 'amiltu wa syarri ma lam a'mal " (Wahai Allah ! Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan amal yang kulakukan dan yang tidak kulakukan )

2339. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya Rasulullah saw. sering membaca doa: Allahumma laka aslamtu, wa bika aamantu, wa 'alaika tawakkaltu, wa ilaika anabtu, wa bika khashamtu. Allahumma inni a'udzu biizzatika, laa illaaha illa anta an tudhillani, antal hayyul ladzi laa yamuutu, wal jinnu, wal insu yamuutuuna. " (Wahai Allah! kepada Mu aku tunduk, dengan Mu aku beriman, atasMu aku tawakkal, kepada Mu aku kembali, kerana Mu aku berkesumat (bermusuhan). Wahai Allah! Aku berlindung dengan keperkasaan Mu , tidak ada Tuhan selain Engkau, janganlah disesatkan aku. Engkau Maha hidup dan tidak mungkin mati, sedangkan jin dan manusia semuanya mengalami mati)

2340. Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Pada suatu ketika, waktu Nabi saw. sedang dalam perjalanan, beliau solat di waktu sahur dan membaca doa:" Sami'a Saami'un bihamdillahi wa husni balaa-ihi 'alaina. rabballaa shahibnaa wa afdhil 'alainaa 'aa-idzan billaahi minan naari ( Telah mendengar Allah yang Maha Mendengar akan puji-pujian kami kepada Allah terhadap nikmat Nya dan cubaan Nya yang membawa kebaikan bagi kami. Wahai Allah Tuhan kami! Lindungi lah kami selalu, terutama dari siksa neraka )

2341. Dari Abu Musa AI Asy'ari r.a., dari Nabi saw. katanya Nabi saw. mendoa dengan doa ini: "Allahummaghfirli khathiati, wa jahli, wa israafi fi amri, wa maa anta a'lamu bihi minni Allahummaghfirli jiddi wa hazli, wa khatha-i, wa 'amdi, wa kullu dzalika 'indi. Allahummaghfirli maa qaddamtu, wa maa akhkhartu, wa maa asrartu, wa maa a'lantu, wa maa anta a'lamu bihi minni, antal muqaddimu wa antal muakhkhiru, wa anta 'ala kulli syai-in

qadir ( Wahai Allah! Ampunilah kesalahan ku, kebodohan ku, keterlaluan ku dalam tindak-tanduk dan segala apa yang Engkau lebih tahu daripada ku. Wahai Allah! Ampunilah aku jika bersungguh-sungguh atau main-main , jika aku tersalah atau sengaja dan segala salahku. Wahai Allah! Ampunilah aku dosa-dosa ku yang telah lalu mahupun yang akan datang, yang ku rahsiakan maupun yang terang-terangan dan segala dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada ku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkau pula yang mengemudiankan, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala-galanya)

2342 Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. sering membaca doa sebagai berikut: Allahummashlih Ii diiniyalladzi huwa 'ishmatu amri. washlih Ii dun-yaayallati fiha ma'aasyi, washlih Ii aakhiratil lati fiha ma'aadi. waj'alil hayaata ziyadatan Ii fi kulli khairin. waj'alil mauta raahatan Ii min kulli syarrin (Wahai Allah! Perbaikilah agamaku yang menjadi pedoman bagi ku dalam setiap urusanku, perbaikilah duniaku yang menjadi tempat penghidupanku, perbaikilah akhiratku tempat aku kembali, jadikanlah hidup untuk menambah segala amal kebajikanku, dan jadikanlah mati pemberhenti dari segala kejahatan)

2343. Dari 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. sering mendoa : "Allhumma inni as-alukalhuda, wat tuqa, wal 'afafa. wal ghina. "(Wahai Allah! aku memohon kepada Mu petunjuk, taqwa, terpelihara dari segala dosa dan hidup berkecukupan)

2344. Dari Zaid bin Arqam r.a.katanya: "Aku tidak akan mengatakan kepada mu kecuali apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Beliau sering berdoa: "Allahumma inni a'uzubika minal 'ajzi, wal kasali, wal jubni, wal bukhli, wal harami, wa 'adzabil qabri. Allahumma aati nafsi taqwaaha, wa zakkiha anta khairu man zakkaaha, anta waliyyuha wa maulaaha. Allahumma inni a'udzu bika miln 'ilmin laa yallfa', wa min qalbin laa yakhsya', wa min nafsin laa tasyba', wa mill da'watin laa yustajaabu laha. " ( Wahai Allah! aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan, kemalasan dan ketakutan, kepikunan dan dari siksa kubur. Wahai Allah! Isikanlah jiwa aku dengan sifat taqwa dan bersihkanlah dia, Engkaulah yang terbaik membersihkannya, kerana Engkaulah pelindung dan pemeliharanya. Wahai Allah! aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanafaat, dari hati yang tidak kusyuk, dari nafsu yang tidak mahu puas dan dari doa yang tidak berjawab)

2345. Dari 'Abdullah r.a. katanya' apabila hari telah petang. maka Rasulullah saw. mendoa: Amsaina wa amsal mulku lillahi wal hamdu lillah. Laa ilaaha illallahu wahdahu laa shariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Rabbi as-aluka khaira maa fi hadzihil lailati wa khaira maa ba'daha, wa a'udzu bika in syarii maa fi hadzihil lailati wa syarii ma ba'daha. Rabbi a'uzubika minal kasali, wa suu-il kibari.Rabbi a'uzu bika min 'adzabin fil qabri. (Hari telah petang dan petang pulalah seluruh kerajaan Allah. Pujian bagi Allah yang tiada Tuhan selain Dia seorang, tiada sekutu bagiNya, MilikNyalah seluruh kerajaan dan pujian dan Dia berkuasa atas segala-galanya. Wahai Allah! Tuhan ku! aku memohon kepada Engkau kebajikan pada malam ini dan kebajikan sesudahnya, dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatan malam ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan ku! aku berlindung denganMu dari kemalasan dan keburukan tua bangka).

Dan apabila hari telah pagi, beliau mendoa pula seperti itu, menukar kata amsaina(petang hari) dengan kata ashbahna(pagi hari)."

2346. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. membaca do'a :

"Laa ilaaha illallahu wahdah, a-'azza junndah, wa nashara 'abdah, wa qhalabah ahzaaba wahdah, falaa syai-a ba'-dah.") Tidak ada tuhan selain Allah, Maha tunggal dia, yang mengatur tentera-Nya kuat perkasa, yang memenangkan hamba-hamba-Nya, dan mengalahkan semua musuh sendiri saja tampa bantuan sesiapa.

2347. Dari ' Ali (bin Abi Thalib) r .a. katanya: "Rasulullah saw. bersabda kepada ku, mendoalah: Alahummahdini wa saddini.") Wahai Allah! Tunjukilah aku dan luruskanlah (pendirianku). 2348. Dari Juwairiyah (binti Al Harits. isteri Nabi saw.) r,a. katanya : Nabi saw keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh. dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah saw. pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula. Rasulullah bertanya kepadanya. "Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi?" Jawab Juwairiyah. "Betul, ya Rasulullah!" Sabda Nabi saw., "Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikinnu sejak tadi nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: Subhanallahi wa bihamdihi 'adada khalqihi, wa ridha nafsihi. wa zinata 'arsyihi, wa midadi kalimaatihi " (Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia sebanyak bilangan makhlukNya, seredha diriNya seberat arasyNya dan sebanyak kalimatNya)

2349. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Fatimah datang kepada Nabi saw. meminta seorang khadam (pelayan pemhantu) dan mengadukan bahwa dia terlalu payah bekerja'. Jawab Nabi saw.. "Engkau tidak akan mendapatkannya dari kami. Maukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Yaitu. tasbih 33 kali. tahmid 33 kali. dan takbir 34 kali. ketika engkau hendak tidur."2350. Dari Ahu Hurairah r.a katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila kamu mendengar kokok ayam. maka mohonlah kurnia kepada Allah, karena ayam itu (berkokok) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar teriakan keledai, maka berlindunglah kepada Allah dari gangguan syaitan karena keledai itu melihat syaitan."

2351. Dari Ibnu Abbas ra. katanya :"Bahwasanya Nabi saw. mendo'a ketika beliau susah: Laa ilaaha ilIallahul 'azhimul halim, laa ilaaha illallahu rabbul 'arsyil 'azhim, laa ilaaha ilialla

hu rabbussamaawaati warabbul ardhi, wa rabbul 'arsyil karim.(Tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun, Tidak ada Tuhan selain Tuhan Arasy yang Agung, Tidak ada Tuhan selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia )2352. Dari Abu Dzar r.a. katanya Rasulullah saw. pernah ditanya orang: "Apakah ucapan zikir yang paling afdhal (utama), ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Yaitu ucapan zikir yang dipilihkan Allah bagi para malaikat-Nya dan hamba-hamba-Nya, ialah: Subhanallahi wa bihamdih.(Maha Suci Allah Maha Terpuji Dia)

2353. Dari Abu Darda' r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "tidak seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan. melainkan malaikat mendo'akannya pula: "Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula."

2354. Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum." 2355. Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi saw. bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba, selama doa itu tidak mengandung dosa, atau memutus silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan." Lalu beliau ditanya orang, "Apa maksudnya minta cepat-cepat?" Jawab beliau, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya, Aku telah mendoa, Aku telah mendoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu dia putus asa dan berhenti mendoa."

2356. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: "Di antara doa Rasulullah saw., ialah: Allahumma inni a'udzubika min zawaali ni'matika wa 'afiyatika, wa fujaati niqmatika wa jami'i sakhatika."(Wahai Allah! Aku berlindung dengan Mu dari kehilangan nikmat yang telah Engkau berikan dari menurunkan kesihatan, dari siksaan yang mendadak dan dari setiap kemarahanMu) 2357. Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku berdiri di pintu syurga maka kulihat orang-orang yang masuk ke dalam kebanyakannya ialah orang miskin. Sedangkan orang-orang yang bernasib baik di dunia ditahan di luar. Kecuali penduduk neraka mereka langsung di perintahkan masuk ke neraka. Dan aku berdiri pula di pintu neraka, kulihat orang yang masuk ke dalam kebanyakannya ialah kaum wanita."



2358. Dari Ibnu Abbas r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku melihat ke syurga, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah orang-orang miskin. Dan aku menengok pula ke neraka, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah kaum wanita."

2359. Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda "Sepeninggal ku, tidak ada (sumber) bencana yang lebih besar bagi lelaki selain daripada wanita."2360. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi saw. sabdanya: "Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekalian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita, kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israil adalah wanita." 2361. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., dari Rasulullah saw.. sabdanya : "Pada suatu ketika, ada tiga orang sedang dalam perjalanan, tiba-tiba mereka ditimpa hujan lebat. Kerana itu mereka masuk ke dalam gua sebuah bukit. Tiba-tiba dari puncak bukit jatuh sebuah batu besar menutup rapat pintu gua itu sehingga mereka terkurung di dalam (tidak dapat keluar). Maka berkata mereka sesamanya, "Marilah kita ingat-ingat amal shalih yang pernah kita lakukan kerana mencari ridha Allah. Mendo'alah kepada Allah Ta'ala mudah-mudahan kerana amal shalih kita itu Allah membukakan pintu bagi kita. Maka mendo'alah orang pertama: "Wahai Allah! Aku mempunyai ibu bapa yang keduanya sudah tua, seorang isteri dan beberapa anak yang masih kecil-kecil yang kesemuanya menjadi tanggungan ku. Bila aku pulang dari gembala ku perah susu untuk mereka dan yang pertama-tama ku beri minum ialah ibu bapa ku yang sudah tua itu, setelah itu baru anak-anak ku. Pada suatu hari aku terlambat pulang dari mencari kayu api. Sampai di rumah hari sudah petang dan ku dapati kedua orang tua ku sudah tidur. Seperti biasa lebih dahulu ku perah susu lalu ku bawa untuk orang tua ku. Aku berdiri dekat kepala beliau-beliau dan tak sampai hati membangunkan keduanya dari tidur mereka yang lelap. Dan aku tidak mahu memberikan susu itu kepada ahak-anak ku sebelum kedua orang tua ku meminumnya lebih dahulu. Padahal anak-anak ku yang masih kecil-kecil itu menangis di kaki ku minta susu. Demikianlah, aku dan anak isteri ku sentiasa dalam keadaan demikian sampai terbit fajar (menunggu kedua orang tua ku bangun). Wahai Allah! Engkau tahu bahwa aku berbuat demikian kerana mencari keridhaan Engkau. Maka tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami supaya kami dapat melihat langit." Lalu dibukakan Allah pintu gua itu sedikit sehingga mereka dapat melihat langit. Kemudian mendo'a orang kedua: "Wahai Allah! Aku mempunyai seorang paman dan paman ku itu mempunyai seorang anak gadis. Aku sangat mencintai anak gadis paman ku seperti lazimnya cinta seorang pemuda kepada seorang dara. Lalu ku minta dia menjadi isteri ku, tetapi dia menolak permintaan ku sebelum aku menyerahkan kepadanya seratus dinar. Maka dengan susah payah aku kumpulkan wang seratus dinar, lalu ku berikan kepadanya. Ketika aku hendak menyetubuhinya dia berkata kepada ku, "Hai, Abdullah! Takutlah kepada Allah! Jangan engkau buka cincin (kegadisan) melainkan dengan cara yang sah (nikah)," Mendengar kata-katanya itu aku langsung berdiri dan pergi meninggalkannya. Wahai Allah! Engkau tentu tahu aku melakukan yang demikian itu kerana menghendaki ridha-Mu. Kerana itu tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami." Maka terbukalah pintu gua sedikit. Kemudian orang ketiga mendo'a pula: "Aku pernah mengupah seseorang membuat peti tempat padi. Ketika pekerjaannya sudah selesai, dia minta upahnya kepada ku. Lalu ku berikan kepadanya semacam padi. Tetapi dia menolak menerimanya. Namun begitu, padi untuk upahnya itu ku tanam untuknya, dan hasilnya ku kumpulkan, kemudian ku belikan sapi dan ku gembalakan. Kemudian dia datang kembali kepada ku, lalu katanya: Takutlah kamu kepada Allah! Jangan mengambil hak ku!" Jawab ku, "Pergilah ke padang rumput tempat gembala sapi-sapi itu, laluu ambillah sapi-sapi itu semuanya!" Kata orang itu, "Takutlah kepada Allah, dan jangan memperolokkan ku!" Jawab ku, "Aku tidak memperolokkan mu! Ambillah sapi-sapi itu semuanya dan gembalakanlah untukmu!" Lalu diambilnya sapi itu kemudian dia pergi. "Wahai, Allah! Tentu engkau tahu aku berbuat demikian kerana mencari keredhaan Mu juga. Maka tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami." Maka terbukalah pintu gua seluruhnya."

2362. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah Ta'ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu, melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   99   100   101   102   103   104   105   106   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin