Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə16/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   ...   107

733. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menegakkan solat pada malam Ramadhan kerana iman dan kerana Allah, diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu."

734. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu malam di bulan Ramadhan, Rasulullah saw. solat di masjid, lalu diikuti oleh beberapa orang sahabat. Kemudian pada malam kedua beliau diikuti oleh lebih banyak orang, iaitu satu kabilah. Kemudian pada malam ketiga atau keempat mereka berkumpul lebih banyak lagi. Tetapi Nabi saw. tidak keluar mendapatkan mereka. Setelah Subuh, beliau bersabda "Sesungguhnya aku tahu apa yang kalian lakukan semalam. Tiada satu pun yang menghalangi ku untuk keluar kepada anda sekalian, melainkan hanya kerana aku takut kalau solat Tarawih itu menjam wajib bagi mu.

735. Dari 'Urwah bin Zubair, katanya 'Aisyah bercerita kepadanya: "Rasulullah saw. pernah keluar tengah malam lalu beliau solat di masjid. Mula-mula beliau diikuti oleh beberapa orang sahabat. Tetapi mereka khabar-mengabarkan bahwa Rasulullah saw. solat di masjid. Sehinga mengikuti beliau akhirnya jadi tambah banyak. MaJani kedua beliau bluar pula, dan para sahabat bertambah banyak yang mengikuti beliau solat. Pada malam ketiga masjid sudah penuh.Pada malam keempat masjid penuh sesak sehingga tidak dapat menampung jamaah yang ada. Tetapi Nabi saw. keluar lagi kepada mereka. Kerana itu beberapa orang lelaki di antara mereka berkata: "Solat!" Namun Nabi saw. tidak juga keluar mendapatkan mereka hingga Subuh. Setelah selesai solat Subuh beliau menghadap kepada orang ramai, kemudian beliau tasyahud, lalu bersabda: "Aku tahu apa yang anda lakukan tadi malam. Tetapi aku takut kalau solat (Tarawih) itu menjadi wajib atas anda sekalian, sehingga anda tidak sanggup mengerjakannya."736. Dari 'Abdullah bin Mas'ad r.a., katanya: "Siapa yang melakukan solat malam sepanjang tahun nescaya dia bertemu dengan "Malam Qadar" Jawab Ubay, "Demi Allah! Malam itu sesungguhnya terdapat dalam bulan Ramadhan. Demi Allah! Aku tahu malam itu, di mana Rasulullah saw. menyuruh kami menegakkannya (beribadah pada malam itu), iaitu yang kedua puluh tujuh Ramadhan. Tanda-tandanya ialah, esok pagi matahari kelihatan putih tanpa sinar yang mencorot."

737. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu malam aku bermalam di rumah bibi ku Maimunah, isteri Nabi saw. Tengah malam Nabi saw. bangun, lalu dia pergi buang hajat, kemudian mencuci tangan dan muka, sesudah itu beliau tidur. Kemudian beliau bangun pula pergi ke qirbah (tempat air), lalu dibukanya tutupnya. Beliau berwudhuk dengan sempurna, tanpa memakai banyak air tetapi mencukupi. Sesudah itu beliau solat. Lalu aku bangun terus tegak, kerana aku tidak ingin beliau tahu bahwa aku memperhatikannya. Kemudian aku mengambil wudhuk dan setelah itu berdiri di sebelah kiri beliau mengikuti beliau solat. Beliau mengambil tangan ku, dan memindahkan ku ke sebelah kanannya. Malam itu Rasulullah saw. solat tiga belas raka'at. Kemudian beliau berbaring, lalu tertidur sampai beliau mendengkur. Kemudian kedengaran Bilal melantangkan azan solat Subuh. Beliau bangun dan pergi solat Subuh tanpa mengulang wudhuk lebih dahulu. Di dalam doanya beliau membaca : "Allhummaj'al fi qalbi nuran, wafi bashari nuran, wafi sam'i nuran, wa 'Qn yamini nuran, wa 'an yasari nuran, wafauqi nwrm, wa tahti nuran, wa amami nuran, kuzlli nuran, wa 'azhzhim li nuran."

Wahai Allah Berilah cahaya dalam hati ku, dalam penglihatan ku, dalam pendengaran ku, di IwIan dari diri ku, di atas dan di bawah ku, di hadapan dan di belakang ku, dan bermalam cahaya itu bagi ku.

738. Dari Kuraib, Maula Ibnu 'Abbas r.a., katanya Ibnu 'Abbu bercerita kepadanya: "Pada suatu malam dia tidur di rumah bibinya, Maimunah, Ummul Mu'minin. Dia tidur melintang kasur, sedangkan Rasulullah

saw. dan isterinya memanjang kasur. Beliau tidur hingga lebih kurang sampai pertengahan malam. Setelah itu beliau bangun sambil menyapu habuk dari mukanya. Kemudian beliau baca sepuluh ayat penghabisan Surat Al-Imran (ayat: 190 - 200). Sesudah itu beliau pergi ke tempat air, lalu beliau berwudhuk dengan membaguskan wudhuknya, dan sesudah itu beliau solat. Kata Ibnu 'Abbas, "Aku pun bangun dan ku lakukan pula pekerjaan seperti yang dilakukan Nabi saw. Kemudian aku berdiri di samping kiri beliau. Tetapi beliau memindahkan ku ke sebelah kanannya. Mula-mula beliau solat dua raka'at, kemudian dua raka'at, kemudian dua raka'at, kemudian dua raka'at, kemudian dua raka'at, kemudian dua raka'at, dan kemudian witir (satu raka'at). Sesudah itu beliau berbaring hingga terdengar muadzin melantangkan suaranya untuk azan Subuh. Rasulullah saw. bangun, lalu solat ringkas dua raka'at, sesudah itu beliau pergi ke masjid solat Subuh."739. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Bila Rasulullah saw. bangun hendak solat malam, biasanya beliau mulai dengan dua raka'at solat ringkas (solat pendek atau ringan)."

740. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila kamu bangun hendak solat malam, maka mulailah dengan dua raka'at yang ringkas."

741. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. bangun hendak solat malam, maka beliau membaca: "Allahumma lakal luzmdu, anta nwus samaWati wal ardhi walakal hamdu anta qayyimus samawati wal ardhi walakal hamdu anta rabbus samatti wal ardhi waman fihinna antal haqqu, wawa'dukal haqqu, wa qaulukal haqqu, waliqauka haqqun, wal jannatu haqqun, wan naru haqqun, wassa'atu haqqun. Allahumma lakaaslamtu, wa bika amantu, wa 'alaika tawakkaltu, wa ilaika anabtu, wabika khamtu, wa ilaika hakllm' tu, faghfirli ma qaddamtu wa akh khartu, wa asrartu wa a'lantu. Anta ilahi, ilaha illl anta."

742. Dari Abu Salamah bin 'Abdurrahman bin 'Auf r.a., dia bertanya kepada 'Aisyah Ummul Mu'miDin r.a., katanya: "Do'a iftitah apakah yang dibaca Nabi saw. pada pembukaan solat malam?" Jawab 'Aisyah, "Apabila Rasulullah saw. solat malam, beliau membaca do'a iftitah sebagai berikut: "Allahumma rabba Jibraila, wa Mikllila, Israfila, fathirrusamawati wal ardhi, 'aiimal ghaibi wasy syahadati, anta tahkumu bainp

badilaz fima kIlnu fihi yakhtalifunai ihdini lirnakhtalafa fihi minal haqqi bi idznilaz, innakll talrdi man tasyau ila shirathim mustaqim."

743. Dari Ali bin Abi Thalib r.a., katanya: "Biasanya apabila Rasulullah saw. solat, beliau membaca

(doa iftitah) sebagai berikut: "Wajjahtu wajhiya lilladzi fatharassamawati wal ardhi hanifan musliman wama ana minal musyrikin. Inna sluzllzti wanu

sulci mahyaya wa mIl1IUlti lillQhi I rabbil 'alamin. La syarikizlllhu wa bi dzalikiz umirtu wa ana minal muslimin. Allahumma antal maliku, Ia iiaha ill anta. Anta rabbi, wa ana 'abdukiz. zhalamtu nafs; wa'taraftu bidzanbi, faghfirli dzunubi jami'an, innaha la yaghfi- ' rudzdzunuba ilia onto. Wahdini liahsanil akhlaqi, Ia yahdi liahsaniha illa anta, washrif 'anni sayyiaha Ia yashrifu 'anni sayyiaha ilia anto. Labbaika wa SQ'dfiika, wal khabu kulluha li yadai

ka, wasysyillTU law ilaika. Ana bika wa ilaika. Tabarakta wa ta 'alaito. Astaghfiruka wa atubu ilaika." Kemudian apabila beliau ruku', beliau membaca: "Allahumma laka raka'tu, wa bikJJ amantu, waJaka aslamtu, khaya'a laka sam'i, wa bashari, wa PrUlkh.khi, wa 'azhmi, wa 'ashabi." Kemudian apabila beliau bangkit daripada rukuk, maka beliau membaca :

"Allahumma rabbana lakal hamdu milussamawati, wa milulardhi, wa miluma bainahuma, wa miluma syi'ta min syai-in ba'du." Kemudian apabila beliau sujud beliau membaca: "Allahumma laka sajadtu, wabika amantu, wa laka aslamtu. sajad wajlU Ulladzi khalaqahu wa mawwarahu, ya syaqqa sam'ahu wa bashlITahu,. taharakallahu ahsanuJ khaliqin." Kemudian pada akhir tasyahhud sebelum memberi salam, beliau membaca:

"Allahummaghfirli rr qadclamtu wama akhkhartu, wama asrartu, wama a'lantu, wama asraftu, wama anta a'!amu bihi minni, antal muqaddimu wa antal muakhkhiru, la ilaha ilia anta."

744. Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Pada suatu malam, aku solat mengikuti Nabi saw. Lalu beliau membaca surat Al Baqarah. Aku mengira beliau akan ruku' setelah bacaan sampai seratus ayat, tetapi ternyata beliau terus saja. Setelah itu kukira beliau akan mencukupkan surat Al Baqarah itu saja untuk satu raka'at, ternyata beliau meneruskannya dengan surat

An Nisa', sesudah itu menyambungnya pula dengan surat Ali 'Imran. Bita beliau membaca ayat tasbth, beliau tasbih, dan bila beliau membaca ayat yang memerintahkan supaya bermohon, beliau bermohon, dan apabila beliau membaca ayat ta'awwudz (ayat yang memerintahkan supaya berlindung dari bencana), beliau memohon perlindungan. Kemudian beliau ruku'. Dalam

ruku' beliau membaca: "Subhana rabbiyal 'azhim." (Maha Suci Tuhan ku yang Maha Agung). Dan lama beliau ruku', hampir sama lamanya dengan berdirinya. Kemudian beliau membaca: 'Sami'allahu liman hamidah." (Maha mendengar Allah akan orang yang memuji-Nya). Kemudian beliau berdiri dan lamanya berdiri lebih kurang sama dengan lamanya ruku'. Sesudah itu beliau sujud, dan dalam sujud beliau membaca: "Subhana robbal a'ltJ." (Maha Sud Tuhan ku Yang Maha Tinggi). Lama beliau sujud

hampir sama dengan lamanya berdiri."

745. Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Aku solat bersama Rasulullah saw., kebetulan beliau terlalu panjang bacaannya, sehingga aku berniat buruk. Ditanya orang dia, "Apa niat burukmu itu?" Jawabnya, "Rasanya aku ingin duduk dan meninggalkan beliau."

746. Dad 'Abdullah r.a., katanya :"Diceritakan orang kepada Rasulullah saw., seorang laki-laki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda Nabi. saw., "Orang itu telah dikencingi setan kedua telinganya."

747. Dari 'Ali bin Abi Thaiib r.a.,

Katanya: "Pada suatu malam '

Nabi saw. mendatangi rumah kami yakni solat?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah!

Sesungguhnya diri kami di tangan Allah. Bila Dia menghendaki kami bangun, tentu kami bangun." Mendengar jawab itu beliau pergi. Kemudian terdengar oleh ku beliau memukul pahanya sambil berkata: "Memang, manusia itu suka membantah." (Al Kahfi:5) 748. Dan Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:

"Setan membuhul ujung rambutmu tiga buhul. Apabila kamu tidur dengan ketiga buhul itu, maka kamu akan ter

idur sepanjang malam. Jika kamu terbangun, lalu kamu menyebut nama Allah, maka terurailah satu buhul. Bila dia berwudhuk, terurailah buhul kedua, dan bila dia solat terurailah

semua buhul, lalu dia merasa segar

dan bersemangat. Jika tidak, dia sentiasa akan berasa mahu dan tidak bergairah."749. Dari lbnu 'Umar r.a., katanya A

Nabi saw. bersabda: "Kerjakan lah sebahagian solat mu di rumah mu, dan jangan dijadikan rumah mu itu menjadi kuburan."

750. Dari Jabir r.a., katanya Rasu

.1u11ah saw. bersabda: "Apabila kamu telab menunaikan ~halat (wajib) di masjid, maka kerjakan pulalah solat (sunat) di rumah, karena dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia. ..

751. Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan rumah yang disebut nama Allah di dalamnya, dengan rumah yang tidak pernah disebut nama Allah di dalamnya, ialah seperti orang hidup dan orang mati."

752. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Jangan kamu jadikan rumah mu menjadi kuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surat Al Baqarah."

753. Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Rasulullah saw. memasang tenda dari tikar pada sebuah tempat di masjid, sehingga merupakan sebuah kamar tempat beliau solat (malam). Melihat hal itu, beberapa orang sahabat mendatangi tempat itu dan mereka solat pula mengikuti Nabi saw. solat. Pada suatu malam mereka datang pula, tetapi Rasulullah saw. terlambat, sehingga beliau tidak keluar sama sekali menemui mereka. Oleh kerana itu mereka mengeraskan suara,

dan melontar pintu dengan kerikil untuk memberi tahu Nabi saw., kerana mereka menyangka kalau-kalau beliau lupa. Kerana itu Rasulullah saw. keluar (menemui mereka sambil berkata dengan marahnya: Janganlah sentiasa kamu berbuat demikian, karena aku mengira bahawa (solat malam) itu akan diwajibkan kepada mu. Sebab itu solatlah di rumah mu masing-masing, karena sebaik-baik solat ialah di rumah masing-masing kecuali solat wajib."754. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mempunyai sehelai tikar yang dibentangkannya malam hari; sehingga merupakan tabir sebuah kamar tempat beliau solat. Lalu orang banyak solat pula mengikuti beliau. Pada suatu malam mereka berkumpul pula. Maka bersabda Rasulullah saw. kepada mereka, "Hai, orang banyak! Kerjakanlah amal ibadat itu sekadar kemampuan mu, (agar kamu dapat melakukannya secara tetap, sesungguhnya Allah tidak pernah bosan

memberi pahala, sehingga akhirnya kamulah yang bosan mengerjakan ibadah mu. Dan sesungguhnya amal ibadat

yang disukai Allah, ialah yang dikerjakan secara tetap (wirid, rutin), walaupun sedikit. Dan keluarga Muhammad saw., bila mereka beramal mereka lakukan secara tetap."

755. Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. pernah ditanya orang: "Amal yang bagaimanakah yang paling disukai Allah?" Jawab beliau, "Amal yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit."

756. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. masuk masjid lalu dilihatnya ada sebuah tali terbentang antara dua buah tiang, mah beliau bertanya: "Tali apa ini?" Jawab para sahabat, "Tali yang dibentangkan Zainab untuk dia solat. " Bila dia malas atau letih berpegang di tali itu." Sabda Nabi saw., "Bukalah tali itu. Solatlah sesuai dengan kemampuanmu masing-masing; apabila kamu malas atau letih, maka kamu boleh ibadat sambil duduk." 757. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. pulang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada seorang tamu perempuan. Rasulullah saw. bertanya: "Siapa ini?" Jawab ku, "Inilah perempuan yang tidak pernah tidur, kerana dia solat sepanjang malam." Sabda Nabi saw., "Beribadatlah sesuai dengan kemampuanmu. Demi Allah! Dia tidak pernah bosan memberi pahala, sehingga kamu sendiri yang bosan mengerjakan amal ibadatmu. Dan amal yang paling disukai Allah, ialah yang dikerjakan secara tetap oleh pelakunya."

758. Dari 'Aisyah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila kamu mengantuk ketika solat, maka tidurlah dahulu sampai hilang kantukmu. Kerana bila kamu mengantuk dalam solat, mungkin suatu ketika kamu

mohon ampun kepada Allah, tetapi nyatanya kamu memaki-maki diri."

759. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu solat malam, hendaklah kamu kuasai bacaan QUr'an yang kamu baca. Bila kamu sudah tidak mengerti apa yang kamu baca, tidurlah dahulu."760. Dari 'Aisyah r.a., katanya : "Pada suatu ketika Nabi saw. pernah mendengar seorang lelaki membaca Qur'an malam hari, lalu beliau bersabda: "Semoga Allah memberinya rahmat. Dia telah mengingatkan ku ayat-ayat yang aku tinggalkan dari surah ini dan surat itu."

761. Dari Abdullah bin 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Perumpamaan orang yang hafal Qur'an, ialah seperti unta yang ditambatkan. Jika ia tetap diawasi, dia akan tetap tertambat, tetapi jika di biarkan dia akan hilang."

762. Dari Ibnu Mas'ud. r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Alangkah janggalnya seseorang berkata: Aku lupa surah ini dan itu, atau aku lupa ayat ini dan itu. Jangan-jangan dia betul-betul dilupakan Allah."

763. Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. .bersabda: "Sering-seringlah membaca Qur'an, kerana demi Allah, dia lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya."

764. Dari Abu Hurakah r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Allah tidak menaruh perhatian terhadap sesuatu seperti perhatian-Nya terhadap Nabi ketika beliau melagukan Al Qur'an dengan suaranya yang indah dan kem."765. Dari Al Barra' r.a., katanya: "Ada seorang lelaki membaca surah Al Kahfi, dan didekatnya ada seekor kuda tertambat dengan tali panjana. Sekonyong-konyong datang awan menyelubungi tempat orang itu, sehingga kuda tersebut berputar-putar di tambatannya lalu lari. Ketika hari telah pagi, orang itu mendatangi Nabi saw., lalu ku ceritakannya kepada beliau peristiwa yang dialaminya itu. Sabda Nabi saw. "Itulah 'Iflkinllh' (para malaikat turun membawa ketenangan dan rahmat) bagi pembaca Al Qur'an."

766. Dari Abu Musa Al Asy'ari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Qur'an ialah seperti jeruk manis. Baunya harum dan rasanya manis. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Qur'an, ialah seperti kurma, tidak berbau tetapi rasanya manis. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Qur'an, ialah seperti kemangi, baunya harum tetapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Qur'an, ialah seperti peria, tidak berbau dan rasanya pahit."

767. Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Orang (mukmin) yang mahir membaca Qur'an, maka kedudukannya di akhirat di teman para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Qur'an, padahal dia gagap sesulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda. "

768. Dari Anas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda kepada Ubay bin Ka'ab r.a., sabdanya: "Sesungguhnya Allah menyuruh ku supaya membacakan kepadamu: "Lamyttkunil IIldzina kafaru "(Surat AI Bayyiliah). Tanya Ubay, "Apakah Allah menyebut namaku kepada anda?" Jawab Rasululiah saw., "Ya, Allah menyebut namamu." Lalu Ubay menangis kerananya.

Keutamaan menyimak bacaan Qur'an dan menghayatinya.

769. Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda kepadanya, sabdanya: "Bacakanlah Quran kepadaku!" Jawab ku, "Bagaimana pula aku harus membacakannya kepada anda, sedangkan Qur'an itu sendiri diturunkan kepada anda." Sabda beliau, "Aku ingin mendengarkannya dari orang lain." Kerana

itu, kubacakan kepada beliau Surat An Nisa. Ketika bacaanku sampai kepada ayat: 'Pakaifa idza ji'na min kulli ummatin,Jjsyahidin wa ji'na bika haulIli syahidll." (An Nisa' : 41) ketika itu aku mengarahkan pandanganku kepada beliau, maka kelihatan olehku airmata nya mengalir."

770. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :"Sukakah kamu bila kamu pulang ke rumah mu lantas kamu mendapati tiga ekor unta yang sedang bunting dan gemuk-gemuk?" Jawab kami, "Tentu, ya, Rasulullah!" Sabda beliau, "Membaca tiga ayat dalam solat lebih bagus nilainya dari ketiga unta bunting itu."

771. Dari Abu Umamah Al Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Bacalah Al Qur'an, kerana dia akan datang memberi syafa'at kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, yakni surat Al Baqarah dan Ali 'Imran, kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tumpuk awan menaungi pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak

membela pembacanya. Bacalah Al Baqarah, kerana dengan membacanya beroleh berkat, dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikuasai (di kalahkan) oleh tukang-tukang sihir."

772. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika Jibril sedang duduk di samping Nabi saw., sekonyong-konyong kedengaran suatu bunyi seperti pintu sedang dibukakan orang. Lalu diangkatnya kepalanya, seraya berkata : "Nah! Inilah pintu langit dibukakan hari ini, di mana sebelumnya tidak pernah dibuka melainkan baru hari ini." Dari pintu itu turun malaikat. Kata Jibril, "Inilah malaikat turun ke bumi, di mana dia tidak pernah turun sebelumnya, melainkan baru hari ini." Setelah malaikat itu memberi salam, lalu dia berkata, "Gembirakanlah umatmu dengan dua cahaya yang kedua-duanya hanya diturunkan kepada mu, dan tidak pernah diturunkan kepada para Nabi sebelum kamu, iaitu: surat Al Fatihah dan ayat-ayat penutup surat Al Baqarah (ayat: 284 - 286). Tidak satu huruf pun yang anda baca dari keduanya, melainkan akan diberikan pahalanya kepada anda."

773. Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang membaca kedua

ayat itu, yakni dari akhir surat Al Baqarah, nescaya keduanya akan memeliharanya dari bencana."774. Dari Abu Darda' r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang menghafal sepuluh ayat dari awal surat Al Kahfi, dia terpelihara dari bencana kejahatan Dajjal."775. Dari Abu Qatadah r.a., dengan sanad yang sama: "Begitu pula ayat-ayat penghabisan surat Al Kahfi (ayat: 102 - 110)."

776. Dari Ubay bin Ka'ab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Hai, Abu Mundzir! Tahukah kamu, ayat manakah di antara ayat-ayat Qur'an yang ada padamu yang paling utama?" Jawab Abu Mundzir, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu." Tanya beliau, " Hai, Abu Mundzir! Tahukah karib, ayat manakah di antara ayat-ayat Qur'an yang ada padamu utama?" Jawab ku, "Allahu la ilaha ilia huwal hayyul qayyum " (Al Baqarah : 225). Lalu beliau menepuk dadaku sambil berkata, "Demi Allah, semoga dadamu penuh dengan ilmu, hai Abu Mundzir."

777. Dari Abu Darda' r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tidak sanggupkah kamu membaca sepertiga Qur'an dalam semalam?" Mereka balik bertanya, "Bagaimana cara membaca sepertiganya?" Jawab Nabi saw., "Qui huwallahu ahad (Surat Al Ikhlas) sama dengan sepertiga Al Qur'an."

778. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Berkumpullah kamu semuanya! Kerana aku akan membacakan kepada mu sepertiga Al Qur'an." Maka berkumpullah kami mana yang sempat berkumpul, kemudian Nabi saw. keluar, lalu dibacanya: "Qul huwallahu ahad." (Surat Al Ikhlas), sesudah itu beliau masuk kembali. Kerana itu kami saling berkata satu sama lain, "Aku mengira, mungkin wahyu sedang turun dari langit. Kerana itu Nabi saw. masuk kembali kekamarnya." Tak berapa lama kemudian Nabi saw. keluar pula sambil berkata, "Tadi aku berjanji akan membacakan sepertiga Al Qur'an kepada anda sekalian. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya "Qul huwallahu ahad " itu sama nilainya dengan sepertiga Al Qur'an."

779. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu bari ketika, Rasulullah saw. keluar mendapatkan kami, beliau bersabda: "Aku akan membacakan kepada anda semua sepertiga Al Qur'an." Lalu dibaca oleh beliau: "Qul huwallahu ahad. Allahu samad." sampai tamat (Al Ikhlas)."780. Dari 'Aisyah r.a., katanya: Rasulullah saw. mengirim seorang lelaki dalam satu pasukan, lalu orang itu membaca dalam solat dengan para sahabatnya "Qul huwallahu ahad" (Surah Ikhlas sampai tamat). Ketika mereka telah kembali, hal itu diceritakan orang

kepada Rasulullah saw. Maka sabda beliau, "Tanyakanlah kepadanya, apa alasannya berbuat seperti itu." Lalu mereka tanyakan kepada lelaki itu kenapa dia berbuat demikian. Jawabnya, "Kerana di dalam surah Ikhlas

itu tersebut sifat-sifat Allah. Kerana itu aku suka membacanya." Sabda Rasulullah saw., "Sampaikan kepadanya, bahwa Allah menyukainya pula."

781. Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tahukah kamu beberapa ayat yang diturunkan Allah tadi malam, dan yang belum pernah ada bandingannya? Ayat-ayat itu ialah: Qul a'udzu birabbil falaq dan Qul a'udzu birabbinnas (Surat Al Falaq dan Surat An Nas)."

782. Dari Salim r.a., dari bapanya, dari Nabi saw. sabdanya: "Tidak boleh dengki melainkan kepada dua macam: Pertama, kepada orang yang dikaruniai Allah ilmu Al Qur'an, lalu diamalkannya siang malam. Kedua, kepada orang yang dikaruniai Allah harta kekayaan, lalu dibelanjakannya siang dan malam (di jalan Allah)."783. Dari 'Amir bin Watsilah r.a., katanya: "Bahwasanya Nafi' bin 'Abdul Harits, pada suatu ketika

bertemu dengan Khalifah 'Umar di 'Usfan. Ketika itu Nafi' bertugas sebagai pejabat di kota Makkah. 'Umar bertanya kepada Nafi', "Siapa yang anda angkat menjadi Kepala bagi penduduk Wadi?" Jawab Nafi', "Ibnu Abza." Tanya 'Umar. "Siapa itu Ibnu Abza?" Jawab Nafi', "Salah seorang maula (budak yang telah dimerdekakan) di antara beberapa maula kita." Tanya 'Umar, "Kenapa maula yang diangkat?" Jawab Nafi', "Kerana dia seorang ahli mengenai Kitabullah dan alim tentang Ilmu Faraidh (ilmu tentang pembagian pusaka)." Kata 'Umar,

"Benar! Nabi saw. pernah bersabda, bahwasanya Allah akan memuliakan suatu kaum dengan Kitab ini (Al Qur'an), dan menghinakan yang lain."

784. Dari 'Abdurrahman bin 'Abdul Qari r.a., katanya dia mendengar 'Umar bin Khaththab berkata: "Aku mendengar Hisyam bin Hakim bin Hizam membaca surat Al Furqan, tidak seperti bacaan (qiraat) Nabi saw. yang pernah dibacakan beliau kepada ku. Kerana itu hampir saja aku bertindak kasar terhadapnya. Tetapi kemudian kubiarkan saja dia sehingga pergi. Namun kupegang bajunya, lalu kubawa dia ke hadapan Rasulullah saw. Ujarku, "Ya, Rasulullah! Aku mendengar orang ini membaca surat Al Furqan, tidak seperti yang anda bacakan kepada ku. Bagaimana ini?" Jawab Rasulullah saw., "Lepaskanlah dia, suruh dia membacanya kembali." Lalu Hisyam membacakan kembali bacaan seperti yang dibacanya tadi. Setelah itu Nabi saw. bersabda: "Ya, memang begitulah ayat itu diturunkan." Kemudian Nabi saw. menyuruh ku pula yang membaca. Lalu kubaca seperti yang biasa kubaca. Maka sabda Nabi saw., "Ya, ayat itu memang diturunkan pula seperti itu. Sesungguhnya Qur'an itu diturunkan dengan tujuh macam qiraat (bacaan). Kerana itu bacalah dengan bacaan yang mudah bagi mu membacanya."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin