Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə30/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   26   27   28   29   30   31   32   33   ...   107

aku menangis sambil berkata, "Ya, Rasulullah Kisra Persia dan Kaisar Rumawi bermewah-mewah di istana mereka dengan apa yang dimilikinya. Anda adalah Rasulullah." Sabda Rasulullah saw., "Apakah engkau tidak rela keduanya memiliki dunia, sedangkan engkau memiliki akhirat?"

1429. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Aku sentiasa menunggu kesempatan untuk bertanya kepada 'Umar bin Khaththab tentang dua orang isteri Nabi saw., yang keduanya disebut Allah dalam firman-Nya: "Jika kamu berdua taubat kepada Allah, maka sesungguhnya hatimu berdua telah condong untuk menerima kebaikan "(At Tahrim : 4). Ketika 'Umar pergi haji, aku pun haji pula bersama-sama dengannya. Dalam perjalanan, tiba-tiba 'Umar menyimpang (untuk buang hajat) dan aku menyimpang pula mengikutinya dengan membawa sebuah ember. Setelah selesai, ku tuangkan air ke tangannya, lalu dia berwudhuk. Sesudah itu aku bertanya, "Ya, Amirul Mukminin! Siapakah dua orang isteri Nabi saw. yang disebut Allah dalam firman-Nya, "Jika kamu berdua taubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong menerima kebaikan " (At Tahrim : 4) Jawab 'Umar, "Engkau ini aneh, hai Ibnu 'Abbas! Keduanya ialah Hafshah dan' Aisyah." Kemudian 'Umar melanjutkan ceritanya: "Dahulu, kami suku Quraisy adalah suku yang berkuasa atas wanita. Setelah kami datang ke Madinah, kami dapati di sana kaum wanitanya yang berkuasa. Sudah tentu wanita-wanita kami belajar kepada mereka. Ketika itu

rumah ku berada di perbukitan dalam perkampungan Bani Umayyah Ibnu Zaid. Pada suatu hari, aku memarahi isteri ku, tetapi dia tidak mahu lagi dimarahi lalu melawan kemarahan ku itu. Namun aku tidak mahu dibantah. Lalu katanya, "Kenapa engkau tidak mahu dibantah? Sedangkan para isteri Nabi saw. membantah beliau, bahkan salah seorang di antaranya ada yang menjauhkan diri sehari-harian." Lalu aku pergi ke rumah Hafshah dan bertanya kepadanya, "Betulkah engkau suka membantah Rasulullah saw.?" Jawabnya. "Ya, betul!" Betulkah engkau sampai menjauhkan diri daripada Rasulullah saw. sampai malam?" Jawab Hafshah. "Ya, betu!!" Kataku, "Sungguh sia-sia dan merugilah orang yang berbuat demikian. Adakah engkau merasa aman terhadap murka Allah tersebab murka Rasulullah saw.? Dia pasti binasa. Kerana itu janganlah engkau membantah Rasulullah saw. dan jangan pula minta apa-apa daripadanya.



Mintalah kepada ku apa yang kau perlukan, dan janganlah kau terpengaruh kerana tetanggamu lebih cantik dan lebih dicintai Rasulullah saw. daripada diri mu sendiri." Kata 'Umar selanjutnya, "Aku mempunyai seorang tetangga Anshar, di mana kami berganti-gantian menunggu berita dekat Rasulullah saw., kalau-kalau ada wahyu turun. Sehari dia yang menunggu, kemudian mengabarkannya kepada ku jika ada wahyu yang turun. Besok hari aku yang menunggu dan mengabarkan pula kepadanya." Kami pernah bercakap-cakap bahwa Bani Ghassan telah bersiap-siap hendak menyerang kami. Sahabat ku pergi menemui Nabi saw. seperti biasa, dan baru kembali setelah 'Isya. Dia mengetuk pintu dan memanggil ku. Aku segera keluar menemuinya. Lalu dia berkata, "Telah terjadi suatu peristiwa yang amat besar." Tanya ku, "Apakah Bani Ghassan telah menyerang?" Jawabnya,"Bahkan lebih besar dari itu dan lebih panjang. Nabi saw. menceraikan semua isteri beliau." Kata ku, "Sungguh malang dan merugilah Hafshah. Aku telah menduga bahwa kasus ini akan terjadi." Setelah solat Subuh ku kenakan baju ku lalu aku pergi ke rumah Hafshah. Ku dapati dia sedang menangis. Lalu kutanya, "Betulkah kamu semua diceraikan Rasulullah saw.?" Jawab Hafshah, "Aku tidak tahu, tetapi yang pasti beliau mengasingkan diri di gudang tempat penyimpanan barang-barang "Lalu ku temui pelayan beliau, seorang berkulit hitam, seraya kata ku, "Mintakan izin kepada Rasulullah saw., 'Umar mohon bertemu dengan beliau." Pelayan itu masuk lalu keluar lagi menemui ku. Katanya, "Aku telah menyampaikan kepada beliau, tetapi beliau diam saja." Kerana itu aku pergi. Setelah aku sampai ke dekat mimbar, aku duduk. Di sana telah banyak orang duduk, bahkan sebagian mereka ada yang menangis. Setelah duduk sebentar, perasaan ku (untuk bertemu Rasulullah saw.) sangat mempengaruhi ku. Maka ku datangi lagi si pelayan, seraya kata ku, "Mintakan izin bagi 'Umar." Si pelayan masuk, lalu keluar lagi menemui ku. Katanya, "Pesan anda telah ku sampaikan, tetapi beliau diam saja." Ketika aku telah beranjak hendak pergi, tiba-tiba si pelayan memanggil ku. Katanya, "Silakan anda masuk! Beliau telah mengizinkan." Aku segera masuk sambil memberi salam kepada Rasulullah saw. Ketika itu ku lihat beliau sedang berbaring di tikar anyaman, dan tikarnya membekas di rusuk beliau. Aku bertanya, "Betulkah Anda menceraikan para isteri Anda. ya Rasulullah?" Beliau lalu menegakkan kepalanya kepada ku seraya berkata, "Tidak!" Kata ku, "Allahu Akbar! Anda tentu telah maklum, ya Rasulullah, bahwa kita kaum Quraisy adalah suatu kaum yang berkuasa atas wanita. Maka tatkala kita hijrah ke Madinah kita dapati di sana kaum wanitanya yang menguasai pria. Sudah tentu wanita-wanita kita belajar dari mereka. Pada suatu hari aku marah-marah kepada isteri ku, tetapi dia membantah ku. Aku menyalahkannya kerana dia membantah ku. Lalu dia menjawab, "Anda tidak dapat menyalahkan ku. Demi Allah! Sesungguhnya para isteri Nabi saw. sering membantah beliau; bahkan salah seorang di antaranya menjauhi beliau sampai malam." Maka jawab ku, "Sungguh malang dan merugilah siapa yang berbuat demikian. Apakah dia merasa aman dari murka AlIah, tersebab murka Rasulullah kepadanya?" Mendengar ucapan ku itu Rasulullah saw. tersenyum. Kata ku selanjutnya, "Ya, Rasulullah! Aku baru datang ke rumah Hafshah. Lalu aku berkata kepadanya, "Janganlah engkau terpengaruh jika ada tetanggamu yang lebih cantik dan lebih dicintai Rasulullah saw. daripadamu." Rasulullah tersenyum pula mendengarnya. Aku berkata pula, "Aku mohon izin ya Rasulullah, untuk tinggal lebih lama di sini." Jawab beliau, "Ya, boleh!" Lalu aku duduk sambil mendongakkan kepala melihat keadaan di sekitar ku. Demi Allah! Tidak ada sesuatu pun yang kelihatan selain tiga onggokan. Lalu kata ku, "Mendoalah kepada Allah, ya Rasulullah, semoga Dia melapangkan penghidupan umat Anda. Allah Ta'ala telah melapangkan penghidupan di Persia dan Rumawi, sedangkan mereka tidak menyembah Allah." Mendengar itu Rasulullah saw. duduk bersila, kemudian dia bersabda: "Apakah engkau masih ragu, hai anak Khaththab! Mereka memang disegerakan untuk menerima segala kebaikan dalam hidup di dunia ini (tetapi mereka tidak akan memperoleh apa-apa dalam kehidupan di akhirat selain derita). Kata ku, "Mohonkanlah ampun bagi ku, ya Rasulullah, (aku terlanjur)." Rasulullah telah bersumpah tidak akan pulang ke rumah para isterinya selama sebulan, kerana sangat tersinggung oleh ulah mereka, sehingga beliau dapat teguran dari Allah 'Azza wa lalla. Kata Az Zubri 'Urwah mengabarkan kepada ku dari 'Aisyah, "Setelah cukup dua puluh sembilan malam, Rasulullah saw. pulang ke rumah ku. Beliau mulai giliran dengan ku. Aku bertanya kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Anda telah bersumpah tidak akan pulang ke rumah kami selama sebulan. Sekarang baru tanggal 29, Anda telah pulang. Aku menghitung sendiri, ya Rasulullah!" Jawab beliau, "Sebulan itu kadang-kadang dua puluh sembilan hari." Kemudian beliau meneruskan sabdanya, "Ya, 'Aisyah! Aku hendak mengatakan kepada mu suatu yang penting; kerana itu hendaknya engkau jangan terburu-buru menjawabnya sekarang, sebelum engkau musyawarahkan dengan kedua orang tuamu. Lalu dibacakan beliau ayat: "Wahai Nabi! Katakanlah kepada para isteri mu hingga sampai pahala yang besar." (Al Ahzab : 28 - 29). Kata 'Aisyah, dia yakin bahwa ibu bapanya tidak mungkin akan menyuruhnya cerai dengan Nabi saw. Kerana itu dia menjawab kepada Rasululah saw.,

"Apakah untuk masalah ini Anda menyuruh ku musyawarah dengan orang tua ku? Aku hanya menginginkan Allah dan Rasul-Nya serta kampung akhirat." Kata Ma'mar, Ayyub mengabarkan bahwa 'Aisyah berkata, "Ku mohon kepada Anda, sudilah kiranya putusan ku ini jangan Anda sampaikan kepada para isteri Anda yang lain." Jawab Nabi saw., "Allah mengutus ku untuk menyampaikan dan tidak mengutus ku untuk menyusahkan."

1430. Dari Fathimah binti Qais r.a., katanya Abu 'Amru bin Hafash menceraikannya untuk kali ketiga. Sedangkan dia jauh di rantau. Lalu Fathimah dikiriminya jagung melalui wakilnya, tetapi Fathimah menolaknya. Wakil 'Amru berkata, "Demi Allah! Kami tidak punya kewajiban apa-apa lagi terhadap anda." Kerana itu Fathimah datang kepada Rasulullah saw. menanyakannya. Jawab beliau, "Memang, dia tidak wajib lagi memberi mu nafkah." Sesudah itu Rasulullah saw. menyuruh Fathimah menghabiskan masa 'iddahnya di rumah Ummu Syuraik. Tetapi kemudian beliau berkata, "Ummu Syuraik banyak tamu, banyak dikunjungi para sahabat ku. Kerana itu pindahlah ke rumah Ibnu Ummi Maktum. Dia seorang buta. Engkau boleh bebas di sana. Setelah 'iddah mu habis, beritahulah kepada ku." Kata Fathimah, "Setelah 'iddah ku habis, lalu ku beritahukan kepada beliau bahwa Mu'awiyah bin Abi Sufyan dan Abu Jaham melamar ku." Jawab Rasulullah saw., "Abu Jaham tidak pernah meninggalkan tongkatnya (suka memukul). Sedang Mu'awiyah bin Abi Sufyan miskin. Kerana itu sebaiknya kamu kahwin dengan Usamah bin Zaid. "Aku tidak menyukainya, ya Rasulullah!" jawab Fathimah. Sabda Nabi saw., "Kahwinlah dengan Usamah!" Lalu aku nikah dengan Usamah. Maka Allah melimpahkan keberkatan bagi perkahwinan kami, sehingga aku merasa bahagia di samping Usamah."1431. Dari Fathimah binti Qais r.a., katanya dia ditalak (tiga) oleh suaminya pada masa Rasulullah saw., tetapi suaminya masih memberinya nafkah dengan tidak memadai. Setelah ku pertimbangkan baik-baik, aku bertekad hendak memberitahukannya kepada Rasulullah saw. Jika sekiranya aku masih berhak untuk mendapatkan nafkah dari bekas suamiku itu, akan kuambil yang pantas, dan jika aku tidak berhak lagi, aku tidak akan mengambil apa-apa daripadanya. Lalu hal itu kukatakan kepada Rasulullah saw. Jawab beliau, "Engkau tidak berhak lagi mendapatkan nafkah dan tempat tinggal daripadanya."

1432. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Bibiku dicerai (talak) oleh suaminya, lalu dia bermaksud hendak memetik buah kurma (untuk penghidupannya). Tetapi dia di larang keluar oleh lelaki lain. Kerana itu dia datang kepada Nabi saw. bertanya. Jawab Nabi saw., "Ya, boleh! Petiklah buah kurma anda! Mudah-mudahan anda dapat bersedekah dan melakukan amal kebajikan." 1433. Dari 'Abdullah bin 'Utbah r.a., katanya Subai'ah mengabarkan kepadanya, bahwa dia (Subai'ah) adalah isteri Sa'ad bin Khaulah dari suku 'Amir bin Luai. Dan Sa'ad adalah salah seorang sahabat yang ikut berperang dalam peperangan Badar. Dia meninggal ketika Haji Wada', di saat isterinya Subai'ah sedang hamil tua. Beberapa hari setelah dia wafat, isterinya pun melahirkan. Setelah dia suci dari nifas, dia pun berhias kerana mengharap supaya dia dilamar orang. Lalu datang kepadanya Abu Sanabil bin Ba'kak (seorang dari suku Abdud Dar), katanya: "Aku melihatmu berhias diri; barangkali kamu berharap untuk kahwin lagi. Demi Allah, kamu belum boleh nikah sebelum lewat empat bulan sepuluh hari." Kata Subai'ah, "Setelah ia berkata demikian, kukenakan bajuku, kemudian aku pergi menemui Rasulullah saw. Lalu kutanyakan kepada beliau masalah itu. Rasulullah saw. berfatwa kepada ku, bahwa aku sudah halal kahwin setelah melahirkan anakku, bahkan beliau menyuruh ku kahwin jika aku mau."

1434. Dari Zainab binti Abi Salamah r.a., katanya dia datang ke rumah Ummu Habibah, isteri Nabi saw., ketika bapa Ummu Habibah, Abu Sufyan, wafat. Ummu Habibah minta minyak wangi berwarna kuning atau lainnya, lalu dioleskannya kepada sahaya perempuannya, kemudian diusapkannya ke pelipisnya sendiri. Sesudah itu dia berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak butuh minyak wangi; kalau tidaklah kerana aku mendengar sabda Rasulullah saw. ketika beliau berkhutbah di mimbar, katanya: Tidak halal bagi wanita yang iman dengan Allah dan hari akhirat berkabung kerana kematian lebih dari tiga hari, kecuali kerana kematian suaminya; untuk itu dia harus berkabung empat bulan sepuluh hari." Kata Zainab, "Kemudian aku datang pula ke rumah Zainab binti Jahsyin ketika dia kematian saudaranya. Dia minta minyak wangi, lalu dipakainya sendiri. Kemudian dia berkata, "Sebenarnya aku tidak butuh wangi-wangian; kalau tidaklah kerana aku mendengar Rasulullah saw. bersabda di atas mimbar, katanya: Tidak halal bagi wanita yang iman dengan Allah dan hari akhirat, berkabung kerana kematian lebih dari tiga hari, kecuali kerana kematian suaminya;nuntuk itu ia boleh berkabung empat bulan sepuluh hari (selama masa iddah)." Kata Zainab selanjutnya, "Aku mendengar Ummu Salamah menceritakan bahwa seorang wanita datang kepada Rasulullah saw. lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Anak perempuanku kematian suami, sedangkan matanya sakit. Bolehkah dia ku ubati dengan celak?" Jawab Rasulullah saw., "Jangan!" Beliau mengulangi larangannya itu dua atau tiga kali dengan mengatakan, "Jangan!" Kemudian beliau bersabda, "Masa 'iddah dan berkabungnya empat bulan sepuluh hari."1435. Dari Hafshah, atau dari 'Aisyah r.a., atau dari kedua-duanya, katanya Rasulullah Saw. bersabda: "Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat - atau beriman kepada Allah dan Rasul-Nya - berkabung kerana kematian seseorang lebih dari tiga hari, kecuali kerana kematian suaminya (boleh empat bulan sepuluh hari)."1436. Dari Ummu 'Athiyah r.a., katanya: "Kami dilarang berkabung kerana kematian, lebih dari tiga hari; kecuali kerana kematian suami, boleh empat bulan sepuluh hari. Selama masa berkabung itu, kami tidak dibolehkan memakai celak (kosmetik), wangi-wangian, dan memakai pakaian yang bercorak (warna-warni). Tetapi hal seperti itu dibolehkan bagi perempuan yang baru suci dari haid sekedar untuk kebersihan, kesihatan, dan menghilangkan bau amis."

1437. Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a., katanya, 'Uwaimir Al 'Ajlani datang kepada 'Ashim bin 'Adi Al Anshari, lalu dia bertanya: "Bagaimana pendapat anda hai 'Ashim, seandainya seorang lelaki mendapati isterinya berbuat serong dengan lelaki lain, bolehkah dia membunuh lelaki itu? Kalau si suami itu membunuh, mungkin pula dia akan terbunuh; apa yang barus dilakukan si suami

itu? Tolonglah tanyakan masalah itu kepada Rasulullah saw., hai 'Ashim!" Lalu 'Ashim menanyakannya kepada Rasulullah saw. Tetapi beliau benci mendengar pertanyaan seperti itu, bahkan beliau mencelanya, sehingga 'Ashim merasa kurang senang terhadap celaan beliau itu, Ketika 'Ashim pulang kembali, 'Uwaimir tiba pula di rumah 'Ashim, lalu dia bertanya, "Hai, 'Asrum! Bagaimana sabda Rasulullah saw. kepadamu?" Jawab 'Ashim kepada 'Uwaimir, "Hal itu tidak mendatangkan kebaikan bagi ku. Rasulullah saw. benci mendengar pertanyaanku." Kata 'Uwaimir, "Demi Allah! Aku tidak akan berhenti sebelum masalah itu kutanyakan langsung kepada Rasulullah saw." Lalu 'Uwaimir pergi menemui Rasulullah saw. Didapatinya beliau sedang (mengadakan da'wah) di tengah-tengah orang ramai. Kata 'Uwaimir, "Ya, Rasulullah! Bagaimana pendapat Anda jika seorang suami mendapati isterinya berbuat serong dengan lelaki lain; bolehkah dia membunuh lelaki itu, sedangkan dia mungkin pula terbunuh. Apa yang harus diperbuatnya?" Jawab Rasulullah saw., "Memang, telah turun ayat mengenai kasus isteri mu itu. Jemputlah dia dan bawa ke sini." Di tengah-tengah orang banyak, di hadapan Rasulullah saw., kedua-duanya saling menuduh dan mengutuk. Setelah keduanya selesai saling tuduh dan mengutuk, maka berkata 'Uwaimir, "Jika aku masih tetap bersama dia, bererti aku memfitnahnya." Kerana itu 'Uwaimir menceraikan isterinya tiga kali (talak tiga), sebelum disuruh Rasulullah saw." Kata Ibnu Syihab, "Begitulah caranya menyelesaikan kasus suami isteri yang saling tuduh."

1438. Dari Sa'id bin Jubair r.a., katanya dia ditanya orang mengenai suami isteri yang saling tuduh, iaitu mengenai isteri Mush'ab, apakah keduanya diceraikan? Kata Ibnu Jubair, "Kerana aku tidak tahu hukumnya masalah tersebut, aku tidak menjawabnya. Tetapi sesudah itu aku langsung datang ke rumah Ibnu 'Umar di Makkah. Aku minta izin melalui pelayannya untuk bertemu dengan beliau. Tetapi rupanya Ibnu 'Umar mendengar dan mengenal suaraku. Lalu katanya, "Ibnu Jubairkah itu?" Jawab ku, "Betul, ya Ibnu 'Umar!" Kata Ibnu 'Umar, "Silakan masuk! Demi Allah, anda tentu tidak akan datang ke sini pada saat-saat seperti ini kecuali untuk urusan penting." setelah aku masuk lalu diberikannya tempat duduk pelana kuda dengan bantal berisi sabut. Kataku, "Ya, Abu' Abdur Rahman! Aku hendak bertanya perihal suami isteri yang saling tuduh menuduh. Diceraikankah keduanya?" Jawab Ibnu 'Umar, "Subhanallah!, Ya, diceraikan. Sesungguhnya orang yang pertama-tama bertanya masalah itu ialah si Fulan bin Fulan. Katanya, "Ya, Rasulullah! Bagaimana pendapat anda jikalau salah seorang kami mendapati isterinya berbuat serong, apakah yang harus dilakukannya? Jika dia berbicara maka dia membicarakan suatu masalah besar dan jika diam, ialah kerana masalah besar pula. Kata Thnu 'Umar, Justru Nabi saw. diam saja, tidak menjawab. Kemudian orang itu datang lagi kepada beliau, katanya: "Sesungguhnya masalah yang pernah kutanyakan pada anda tempuh hari, adalah masalahku sendiri di mana aku dicubai dengannya." Lalu Allah Ta'ala menurunkan ayat: "Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, (An Nur : 6). Rasulullah saw. membacakan ayat itu kepadanya, memberinya pengajaran, memperingati, dan mengabarkan bahwa siksa dunia lebih ringan daripada siksa akhirat. Kata lelaki. "Demi Allah yang mengutus anda dengan kebenaran aku tidak bohong." Kemudian beliau panggil isterinya. Lalu diberinya pengajaran, peringatan, serta dikhabarkannya bahwa siksa dunia lebih ringan daripada siksa akhirat. Jawab perempuan itu. "Demi Allah yang mengutus anda dengan kebenaran. sesungguhnya lelaki itu dusta. Nabi saw. memulai dengan yang lelaki, menyuruh suami itu bersumpah dengan nama Allah empat kali, bahwa sesungguhnya dia benar; kali yang kelima mengucapkan: jika dia dusta maka kutuk Allah atasnya. Kemudian disuruhnya pula yang perempuan bersumpah empat kali, bahwa sesunguhnya suaminya itu dusta. Kali yang kelima disuruhnya mengucapkan: Sesungguhnya murka Allah atasnya jika sekiranya suaminya yang benar. Sesudah itu Rasulullah saw. menceraikan kedua suami isteri itu.

1439. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda kepada sepasang suami isteri yang saling tuduh menuduh, "Allah sajalah yang tahu jika salah satu di antaramu berdua berdusta. Tidak ada jalan lain bagi mu untuk menuntut isterimu: Kata si suami, "Bagaimana hartaku, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw., "Engkau tidak dapat menuntutnya lagi, kerana engkau telah bersumpah. "Jika sumpahmu itu benar maka harta itu sebagai imbalan bagi kehormatannya, dan jika engkau dusta maka harta itu akan semakin menjauh darimu daripada kepadanya sendiri."

1440.. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw., ada seorang lelaki menuduh isterinya berbuat serong, lalu Rasulullah saw. menceraikan keduanya, dan memutuskan bahwa anak yang lahir dari perbuatan serong yang dituduhkan itu menjadi pewaris ibunya."

1441. Dari Muhammad r.a. katanya, dia bertanya kepada Anas bin

Malik kerana dia tahu bahwa Anas adalah seorang yang pandai. Katanya: "Hilal bin Umayyah menuduh isterinya berbuat serong dengan Syarik bin Sahma'. Hilal adalah saudara seibu dengan Al Barra' bin Malik, dan orang yang pertama-tama melakukan sumpah li'an dalam Islam. Kata Anas, "Sesudah Hilal melakukan sumpah li'an di hadapan Rasulullah saw., beliau bersabda: "Cubalah perhatikan perempuan itu, jika nanti anaknya putih, berambut lurus, dan mata agak merah, tandanya bayi itu anak Hilal bin Umayyah. Tetapi jika matanya agak hitam, rambutnya keriting, dan betisnya ramping, maka anak itu adalah anaknya Syarik bin Sahma'." Kata Anas, "Kemudian aku diberitahu orang bahwa anak itu bermata hitam, berambut keriting dan berbetis ramping (iaitu anak Syarik)." 1442. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Sa'ad bin 'Ubadah bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Jikalau aku mendapati isteri ku berduaan dengan lelaki lain, tidak bolehkah aku memukul laki-laki itu sebelum ada saksi empat orang?" Jawab Rasulullah saw., "Ya, benar!" Kata Sa'ad, "Demi Allah yang mengutus anda dengan yang hak, jika akulah yang memergokinya, kupenggal dia lebih dahulu sebelum empat orang saksi datang." Sabda Rasulullah saw: "Dengarlah kata pemimpin mu! Sa'ad ini sungguh cemburu; tetapi aku lebih cemburu daripadanya; dan Allah Ta'ala lebih cemburu pula daripada ku."

1443. Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya Sa'ad bin 'Ubadah berkata: "Seandainya aku melihat lelaki lain berduaan dengan isteriku, sungguh kupenggal dia dengan pedang tanpa maaf baginya." Maka sampailah berita itu kepada Rasulullah saw. Lalu sabda beliau, "Alangkah anehnya cemburu Sa'ad itu. Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya; dan Allah lebih cemburu pula daripada ku: Kerana cemburunya Allah, maka diharamkannya segala perbuatan keji, baik secara terang-terangan maupun yang sembunyi-sembunyi. Tidak seorang pun yang lebih cemburu daripada Allah. Tidak seorang pun yang lebih meresapkan daripada Allah. Kerana itulah Dia mengutus para rasul untuk memberi khabar suka dan duka. Dan tidak seorang pun yang lebih suka kepada pujian daripada Allah, kerana itulah Dia menjadikan syurga."

1444. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki dari

Bani Fazarah datang kepada Nabi saW., lalu katanya: "Isteriku melahirkan bayi hitam, bagaimana itu ya Rasulullah?" Sabda Nabi saw., "Adakah kamu punya unta?" Jawabnya, "Ya, ada!" Tanya, "Apa warnanya?" Jawab, "Merah." Tanya, "Adakah yang abu-abu?" Jawab, "Ya, ada pula" Sabda beliau, "Nah, dari mana datangnya itu?" Jawab, "Mungkin begitu asal turunannya." Sabda Nabi saw., "Ini begitu pula, mungkin asal turunannya sudah begitu."1445. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang hendak membebaskan (memerdekakan) budak yang disekutuinya dengan orang lain, hendaklah dia menyediakan wang seharga budak itu seutuhnya, untuk dibayarkan sebagian kepada sekutunya. Jika dia tidak sanggup, maka budak itu merdeka separuh."1446. Dad Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Seorang hamba yang dimiliki oleh dua orang, lalu salah saw di antaranya hendak membebaskan budak itu, maka hendaklah dia mengganti pula kerugian sekutunya."

1447. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Dia bermaksud hendak membeli seorang sahaya perempuan untuk dimerdekakannya." Kata keluarganya, "Kami bersedia menjualnya pada anda, dengan syarat kewaliannya tetap di pihak kami." Lalu 'Aisyah menanyakan hal itu kepada Nabi saw. Sabda beliau, "Tidak ada yang dapat menghalangi mu memerdekakannya. Kewalian berada di pihak yang memerdekakan."1448. Dari 'Urwah r.a. katanya, 'Aisyah pernah bercerita: "Bahwasanya Barirah (seorang sahaya perempuan) datang kepadanya minta tolong bagi kemerdekaannya, kerana dia sedang dalam proses kemerdekaan dengan jalan menebus dirinya; padahal Barirah tidak punya apa-apa untuk menebus kemerdekaannya itu. Lalu kata 'Aisyah kepadanya, "Pergilah temui majikanmu, tanyakan kepadanya apakah dia setuju kalau aku yang membayar tebusan kemerdekaanmu dengan ketentuan, kewalianmu berada di pihakku sesudah itu." Maka pergilah Barirah mengatakannya kepada majikannya, dan ternyata mereka enggan melepas kewalian Barirah. Kata mereka, "Kami tidak keberatan 'Aisyah menebus kemerdekaanmu, tetapi kewalianmu tetap di pihak kami." Lalu hal itu dibicarakan oleh 'Aisyah dengan Nabi saw. Beliau bersabda : "Tebuslah Barirah, kemudian merdekakan! Kewalian sesungguhnya berada di pihak yang memerdekakan." Kemudian beliau berdiri sambil berkata: "Ada-ada saja orang membuat-buat syarat yang tidak ditetapkan dalam Kitabullah. Sudah tentu syarat mereka tidak berlaku sekalipun mereka membuat syarat seratus macam. Tetapi syarat yang ditetapkan Allah lebih benar

dan lebih kuat."1449. Dari Ibnu 'Umar r.a.. katanya Rasulullah saw. melarang jual

beli kewalian dan menghibahkannya.

1450. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menguasai satu kaum tanpa izin walinya, maka dia mendapat kutuk Allah dan malaikat, serta tidak diterima daripadanya pembelaan."

1451. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa

yang memerdekakan seorang hamba mukmin. Allah akan membebaskan pula segala anggota tubuhnya dari neraka, seperti setiap anggota tubuh sahaya itu merdeka dari perbudakan."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   26   27   28   29   30   31   32   33   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin