Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə32/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   28   29   30   31   32   33   34   35   ...   107

1527. Dari Abu Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang lelaki yang sebelum kamu diperiksa di hadapan Allah Rabbul Jalil. Setelah diperiksa, ternyata dia tidak pernah berbuat kebajikan sedikit jua pun selain hanya bergaul (berdagang) dengan orang ramai, sedang dia seorang kaya. Diperintahkannya para hamba sahayanya supaya mereka memberi kelapangan bagi orang-orang miskin. Maka berfirman Allah 'Azza wa Jalla. "Kami lebih berhak daripadanya tentang hal itu. Kerana itu (hai, para malaikat!), beri kelapangan pula orang itu!"

1528. Dari 'Abdullah bin Abu Qatadah r.a., katanya: "Abu Qatadah

mencari seorang yang berhutang kepadanya dan menghilang, kemudian

orang itu bertemu. Dia berkata kepada Abu Qatadah, "Aku sedang dalam kesulitan." Maka kata Abu Qatadah, "Demi Allah! Demi Allah! Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang ingin dibebaskan Allah dari kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelapangan bagi orang-orang yang dalam kesulitan atau membebaskannya dari hutang."

1529. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Mengulur-ngulur waktu pembayaran hutang bagi yang mampu, adalah suatu kezaliman; dan apabila piutangmu dialihkan kepada orang kaya, terimalah."

1530. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang menjual sisa air."1531. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya : "Rasulullah saw. melarang menyewakan unta jantan untuk bibit, menjual air dan tanah untuk ditanami. Rasulullah saw. melarang melakukan yang demikian."1532. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada larangan memakai sisa air untuk menyiram rumput supaya jangan kering."

1533. Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya: "Sesungguhnya Rasulullah saw. melarang (menerima atau membayar) wang harga jual-beli anjing, usaha pelacuran, dan usaha tenung."

1534. Dari Rafi' bin Khadij r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Seburuk-buruk usaha ialah usaha pelacuran, jual beli anjing, dan usaha tukang bekam."

1535. Dari Rafi' bin Khadij r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya:

"Wang hasil jual-beli anjing najis, penghasilan pelacur najis, dan usaha tukang bekam najis."

1536. Dari Abu Zubair r.a., katanya : "Aku bertanya kepada Jabir r.a. tentang wang hasil jual beli anjing dan kucing. Jawab Jabir, "Nabi saw. melarang perbuatan demikian."

1537. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. memerintahkan supaya membunuh anjing. Lalu beliau kirim orang keseluruh pelosok kota Madinah untuk melaksanakannya."

1538. Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memerintahkan supaya membunuh anjing. Lalu kami pergi ke seluruh pelosok kota melaksanakannya, sehingga tidak seekor pun anjing yang ketinggalan kami bunuh semuanya. Bahkan seekor anjing yang selalu mengikuti tuannya, iaitu searang wanita dusun, kami bunuh pula."1539. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya : "Sesungguhnya Rasulullah saw. memerintahkan kami membunuh anjing. Kecuali anjing pemburu, atau anjing penjaga ternak gembalaan."

1540. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memerintahkan membunuh anjing. Lalu kami laksanakan perintah itu, sehingga seekor anjing milik seorang wanita yang selalu mengawal tuannya dari dusun kami bunuh pula. Kemudian Rasulullah saw. melarang membunuh anjing seperti itu. Tetapi sabda beliau,

"Bunuhlah (kapan dan di mana saja) anjing yang seluruh bulunya berwarna hitam dengan dua titik putih di keningnya, kerana anjing seperti itu adalah syaitan."

1541. Dari Ibnu Mughaffal r.a., katanya: "Rasulullah saw. memerintahkan supaya membunuh anjing. Kemudian beliau bersabda: "Kenapa semuanya?" Lalu beliau kecualikan anjing pemburu dan anjing penjaga ternak."

1542. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa memelihara anjing selain anjing penjaga ternak atau anjing pemburu, maka berkurang pahala amalnya setiap hari sebesar dua qirath."

1543. Dari Abul Hakam r.a., katanya dia mendengar Ibnu 'Umar menyampaikan hadis Rasulullah saw., sabdanya: "Siapa memelihara anjing selain untuk penjaga tanaman (kebun atau sawah ladang), penjaga ternak, atau anjing pemburu, berkurang pahala amalnya setiap hari sebesar satu qirath."

1544. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa memelihara anjing selain untuk penjaga ternak, atau untuk berburu, atau untuk penjaga kebun, berkurang pahala amalnya setiap hari satu qirath." Kata Az Zuhri, "Kemudian hadis Abu Hurairah itu disampaikan orang kepada Ibnu 'Umar. Lalu kata Ibnu 'Umar, "Semoga Allah memberi rahmat bagi Abu Hurairah. Mudah-mudahan dia punya kebun."

1545. Dari Humaid r.a., katanya: "Anas bin Malik ditanya orang tentang tukang bekam. Jawab Anas, "Rasulullah saw. pernah berbekam. Yang membekamnya ialah Abu Thaibah. Setelah selesai berbekam, Rasulullah saw. memerintahkan supaya memberi Abu Thaibah dua gantang makanan, dan beliau menganjurkan kepada majikan Abu Thaibah supaya meringankan tugas yang dibebankan kepadanya. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya berbekam itu termasuk cara pengubatan yang utama, atau termasuk ubat yang baik."

1546. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. pernah berbekam kepada seorang hamba sahaya kepunyaan Bani Bayadhah. Lalu beliau memberi upah kepadanya, dan menganjurkan kepada majikan sahaya (tukang bekam) itu supaya meringankan tugas kewajibannya. Andaikata usaha bekam itu haram, tentu Nabi saw. tidak akan memberi upah kepadanya."

1547. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. berkhutbah di Madinah, sabdanya: "Hai, manusia! "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menghalang-halangi minum (belum ada larangan yang tegas). Tetapi Allah tentu akan menurunkan perintah yang tegas mengenai hal itu. Oleh kerana itu, siapa mempunyai khamar (walaupun sedikit), hendaklah dijualnya segera atau dimanfaatkannya." Kata Abu Sa'id selanjutnya, "Memang, tidak berapa lama kemudian Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah mengharamkan khamar. Kerana itu, siapa yang mendengar ayat ini, sedangkan dia mempunyai persediaan khamar, tidak boleh lagi diminum atau dijualnya." Maka pergilah orang ramai ke jalanan membawa persediaan khamar yang ada pada mereka, lalu mereka tumpahkan di sana."1548. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Seorang lelaki menghadiahkan sekantong khamar kepada Rasulullah saw. Maka bersabda beliau kepadanya, "Belum tahukah anda bahwa Allah Ta'ala telah mengharamkannya?" Jawab orang itu, "Belum, ya Rasulullah!" Lalu lelaki itu berbisik kepada seseorang (di dekatnya). Maka bertanyalah Rasulullah saw., "Apa yang anda bisikkan kepadanya?" Jawab lelaki itu, "Aku menyuruhnya menjual khamar itu." Bersabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya yang diharamkan Allah ialah meminum dan menjualnya." Kata Abu Sa'id selanjutnya, "Lalu lelaki itu membuka kantong khamar tersebut, dan menumpahkan isinya semua."1549. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika ayat-ayat akhir surah Al Baqarah turun, Rasulullah saw. segera keluar, lalu dibacakannya ayat-ayat itu kepada orang ramai. Kemudian beliau larang melakukan perdagangan (jual-beli) khamar."

1550. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda di tahun penaklukan (Makkah), dan ketika itu dia berada di Makkah, sabdanya: "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan menjual khamar, bangkai, babi, dan berhala." Lalu ditanya orang beliau, "Ya, Rasulullah! Bagaimana hukumnya lemak yang terdapat dalam bangkai?. Kerana lemak bangkai itu digunakan orang untuk gemuk perahu, untuk meminyaki kulit. dan untuk menyalakan lampu." Maka bersabda beliau, "Tidak boleh! Itu haram!" Kemudian bersabda pula beliau, "Kerana lemak itulah Allah Ta'ala mengutuk orang-orang Yahudi. Allah telah mengharamkan atas mereka lemak bangkai, tetapi mereka mengolahnya jua. Kemudian mereka jual, dan hasil penjualannya itu mereka makan."1551. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan menukar (jual-beli) emas dengan emas, kecuali sama berat, dan jangan melebihkan yang satu atas yang lain. Dan jangan menakar (jual-beli) perak dengan perak, kecuali sama berat. Dan jangan menjual yang satu dengan hutang sedangkan yang lain dengan tunai (tetapi kedua-duanya harus tunai)."

1552. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak boleh jual beli emas dengan emas, dan perak dengan perak kecuali sama berat."

1553. Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Menukar perak dengan emas riba, kecuali tunai. Gandum dengan gandum riba, kecuali tunai. Jelai dengan jelai

riba, kecuali tunai, dan kurma dengan kurma riba, kecuali tunai."

1554. Dari 'Ubadah bin Shamit r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. melarang jual beli emas dengan emas, perak dengan perak, beras dengan beras, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, kecuali bila sama berat dan sama-sama tunai. Maka siapa yang melebih-lebihkan, bererti dia

melakukan pekerjaan riba." Mendengar hadis itu, maka orang-orang yang telah terlanjur melakukannya, segera mengembalikan apa yang telah mereka ambil. Khabar mengenai peristiwa itu sampai kepada Mu'awiyah. Lalu dia berkhutbah. Katanya, "Bagaimana fikiran orang-orang yang mengaku-aku menyampaikan hadis dari Rasulullah saw., padahal kami menyaksikan dan selalu mendampingi beliau, tetapi tidak pernah mendengar hadis itu dari beliau. Serta-merta 'Ubadah bin Shamit berdiri, lalu diulangnya menceritakan kisah hadis itu. Kemudian dia berkata, "Kami akan sentiasa menyampaikan hadis-hadis yang kami dengar dari Rasulullah saW., sekalipun Mu'awiyah membencinya. Aku tidak peduli, walaupun aku akan dipecatnya dari ketenteraan pada waktu malam yang gelap gelita."1555. Dari 'Ubadah bin Shamit r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Menukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, jelai dengan jelai, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam, harus setimbang, serupa, dan tunai. Apabila barang yang ditukar itu berlainan jenis, maka lakukanlah sesuka hatimu asal tunai."

1556. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda, "Menukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam, haruslah sama berat dan tunai. Maka siapa yang melebih-lebihkan, sesungguhnya dia berbuat riba. Yang mengambil maupun yang memberi sama-sama berdosa."1557. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Menukar kurma dengan kurma, gandum dengan gandum, jelai dengan jelai, dan garam dengan garam, boleh dilakukan asal sama berat dan tunai. Siapa yang melebih-lebihkan, sesungguhnya dia melakukan riba, kecuali bila barang-barang itu berlainan warnanya (jenisnya)."

1558. Dari Habib r.a., katanya dia mendengar Abu Minhal berkata: "Aku pernah bertanya kepada Al Bara' bin 'Azib perihal menukar wang. Kata Al Bara', "Tanyalah kepada Zaid bin Arqam. Dia lebih tahu daripada ku." Maka kutanyakan kepada Zaid, lalu katanya, tanyakan kepada Al Bara', kerana dia lebih tahu daripada ku. Akhirnya kedua-duanya sama berkata, "Rasulullah saw. melarang menukar perak dengan emas secara hutang."

1559. Dari Fadhalah bin 'Ubaid Al Anshari r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. berada di Khaibar, beliau pernah ditawari orang sebuah kalung emas pakai permata, yang berasal dari harta rampasan. Rasulullah saw. memerintahkan supaya menjual emasnya saja. Kerana itu dicabut permatanya. Kemudian beliau bersabda kepada mereka, "Jual beli emas dengan emas, hendaklah sama berat."

1560. Dari Fadhalah bin 'Ubaid r.a., katanya: "Pada hari penaklukan Khaibar, aku membeli sebuah kalung emas pakai permata seharga dua belas dinar. Setelah ku pisahkan permatanya, ku peroleh lebih dari dua belas dinar. Kejadian ini kuceritakan kepada Nabi saw.,lalu beliau bersabda: "Jangan dijual sebelum dipisahkan permatanya."

1561. Dari Fadhalah bin 'Ubaid r.a., katanya: "Pada hari penaklukan Khaibar, kami bersama-sama dengan Rasulullah saw. membeli dari seorang Yahudi satu uqiyah emas seharga dua

atau tiga dinar. Maka bersabda Rasulullah saW., "Tidak boleh jual beli emas, kecuali sama berat."

1562. Dari Ma'mar bin 'Abdullah r.a., bahwasanya dia menyuruh pelayannya menjual segantang gandum (qamh), kemudian dengan hasil penjualan itu disuruhnya pula membeli jelai (sya'ir). Maka pergilah pelayan itu. Ternyata dia tidak melakukan sebagai yang diperintahkan majikannya. Tetapi segantang gandum yang dibawanya, langsung ditukarnya dengan satu setengah gantang jelai (sya'ir). Setelah dia pulang menemui Ma'mar, lalu diceritakannya perbuatannya itu kepada Ma'mar. Maka berkata Ma'mar kepada pelayannya itu, "Mengapa engkau perbuat begitu? Pergi kembalikan kepada si penjual, dan sekali-kali jangan menukarnya, kecuali sama banyak. Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Menukar pangan dengan pangan hendaklah sama banyak." Sekarang pangan kita ialah jelai (sya'ir). Lalu ditanyakan orang

kepadanya, "Bukankah jelai tidak sama dengan gandum?" Jawab Ma'mar, "Aku khuatir jelai ini sejenis dengan gandum."1563. Dari Sa'id Ibnul Musaiyyah r.a., dia mengabarkan bahwa Abu Hurairah dan Abu Sa'id (Al Khudri) r.a., kedua-duanya menceritakan kepadanya bahwa Rasulullah saw. mengangkat seorang pegawai dari Bani Adiy untuk bekerja di Khaibar. Maka pada suatu ketika pegawai itu datang menghadap Rasulullah saw. sambil membawa kurma Janib. Rasulullah saw. bertanya kepadanya, "Apakah semua kurma Khaibar seperti ini?" Jawab orang itu, "Tidak, ya Rasulullah! Kurma ini satu gantang, kutukar dengan dua gantang kurma jenis campuran." Maka bersabda Rasulullah saw., "Jangan lakukan lagi perbuatan seperti itu. Jika menukar harus sama banyak. Atau jual lebih dahulu kurma campuranmu, kemudian dengan wang penjualannya itu, boleh engkau beli kurma yang lebih bagus. Itulah yang seimbang."

1564. Dari Abu Sa'id r.a., katanya : "Pada suatu ketika, Bilal datang kepada Rasulullah saw. membawa kurma Barni. Lalu Rasulullah saw. bertanya kepadanya, "Kurma dari mana ini?" Jawab Bilal, "Kurma kita rendah mutunya. Kerana itu kutukar dua gantang dengan satu gantang kurma ini untuk pangan Nabi saw." Maka bersabda Rasulullah saw., "Ini1ah yang disebut riba. Jangan sekali-kali engkau lakukan lagi. Apabila engkau ingin membeli kurma (yang bagus), jual lebih dahulu kurmamu (yang kurang bagus) itu, kemudian dengan wang penjualan itu beli kurma yang lebih

bagus."

1565. Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya riba itu bisa terjadi pada jual beli secara hutang (kredit)."



1566. Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Riba tidak mungkin terjadi pada jual beli secara tunai."

1567. Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengutuk pemakan riba, yang menyuruh memakan riba, juru tulis pembuat akta riba dan saksi-saksinya. Sabda beliau, "Mereka itu sama saja (dosanya)."

1568. Dari Nu'man bin Dasyir r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya yang halal telah nyata (jelas) dan yang haram telah nyata. Antara keduanya terdapat perkara yang diragukan (mutasyabihat - syubahat) yang tidak diketahui kebanyakan orang. Maka siapa yang menjaga dirinya untuk tidak mengerjakan perkara yang diragukan, selamatlah agama dan peribadinya. Tetapi siapa yang jatuh ke dalam syubuhat, bererti dia jatuh kepada yang haram. Tak ubahnya seperti gembala yang menggembala di tepi tanah larangan. Dikhuatirkan dia akan jatuh ke dalam. Ketahuilah, bahwa setiap kerajaan itu mempunyai larangan, dan larangan Allah Ta'ala ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, bahwa di dalam tubuh manusia ada segumpal darah. Apabila gumpalan darah itu baik, maka baik pulalah tubuh itu keseluruhannya. Tetapi apabila gumpalan darah itu rosak, maka rosak pulalah tubuh seluruhnya. Ketahuilah, gumpalan darah itu ialah hati."

1569. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Aku pergi berperang bersama-sama Rasulullah saw. Dalam perjalanan beliau menemui ku kerana aku menunggang unta yang kelelahan sehingga hampir tak dapat berjalan. Rasulullah saw. bertanya kepada ku,

"Bagaimana untamu?" Jawab ku, "Sakit, ya Rasulullah!" Beliau mundur ke belakang, lalu dibentaknya unta itu dan dido'akannya. Semenjak itu unta ku selalu berjalan di muka sekali. Rasulullah saw. bertanya pula kepada ku, "Sekarang bagaimana untamu?" Jawab ku, "Sentiasa dalam keadaan baik, semenjak beroleh berkat dari Anda!" Tanya beliau, "Maukah engkau menjualnya kepada ku?" Sebenarnya aku malu, di samping aku tidak punya wang yang lain selain hanya unta itu. Jawab ku, "Baiklah, ya Rasulullah!" Unta itu ku jual kepada beliau dengan ketentuan, aku boleh mengenderainya hingga sampai ke Madinah. Kemudian aku minta izin kepada beliau untuk berangkat lebih dahulu ke Madinah, kerana aku akan jadi pengantin. Setelah sampai di Madinah, aku bertemu dengan paman ku, lalu dia menanyakan kepada ku perihal unta. Maka ku khabarkan kepadanya apa yang terjadi, tetapi dia mencela tindakan ku. Ketika aku minta izin kepada Rasulullah saw. untuk berangkat lebih dahulu kerana hendak kahwin, beliau bertanya kepada ku, "Dengan siapa engkau hendak kahwin? Dengan gadis atau dengan janda?" Jawab ku, "Dengan janda, ya Rasulullah." Tanya beliau pula, "Mengapa tidak dengan gadis? Engkau dapat bersenda gurau dengannya, dan dia dapat pula bersenda gurau denganmu." Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Orang tua ku telah meninggal (syahid) sedangkan aku mempunyai adik-adik perempuan yang masih perawan-perawan. Sebab itu aku tidak suka kahwin dengan perempuan seusia mereka, kerana tidak akan dapat mendidik dan mengurus mereka. Itulah sebabnya aku kahwin dengan janda, supaya dapat mengurus dan mendidik adik-adik ku." Setelah Rasulullah saw. tiba di Madinah, pagi-pagi ku hantarkan unta itu kepada beliau, lalu beliau memberikan wang harganya kepada ku, dan memberikan unta itu kembali kepada ku."

1570. Dari Jabir r.a., katanya: "Kami berangkat dari Makkah ke Madinah bersama-sama dengan Rasulullah saw. Di tengah jalan untaku sakit. Lalu diceritakannya kisah di atas, yang antara lain: Kemudian Rasulullah saw. bersabda kepada ku, "Juallah untamu ini kepadaku!" Jawab ku, "Tidak kujual, ya Rasulullah! Tetapi kuhadiahkan kepada Anda." Sabda beliau, "Jangan! Juallah kepada ku." Jawab ku, "Jangan, tetapi kuberikan saja untuk Anda." Sabda beliau, "Tidak! Juallah kepadaku!" Jawab ku, "Aku punya hutang kepada seseorang satu uqiyah emas, sebanyak itu sajalah Anda bayar." Sabda beliau, "Baiklah! Bawalah unta itu sampai ke Madinah." Setelah tiba di Madinah, Rasulullah saw. memerintahkan kepada Bilal, "Hai, Bilal! Bayar kepada Jabir wang harga untanya satu uqiyah emas, dan tambahi." Lalu Bilal memberikan kepada ku satu uqiyah emas, ditambahnya dengan beberapa qirath."

1571. Dari Abu Rafi' r.a., katanya Rasulullah saw. pernah meminjam unta muda usia kepada seseorang. Setelah itu, ada orang mengantarkan unta sedekah kepada beliau. Lalu Nabi saw. menyuruh Abu Rafi' membayar unta muda yang dipinjamnya. Abu Rafi' mengatakan kepada beliau. "Ya, Rasulullah, belum ada unta muda yang ada hanyalah unta pilihan yang telah dewasa. Sabda beliau, "Berikanlah itu! Sebaik-baik manusia, ialah yang mengutamakan pelunasan suatu hutang."

1572. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki berpiutang kepada Rasulullah saw., lalu ditagihnya dengan cara kasar. Kerana itu para sahabat tidak senang terhadap orang itu. Maka bersabda Nabi saw., "Orang yang berpiutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda, kemudian berikan kepadanya!" Kata para sahabat, "Tidak ada unta muda, ya Rasulullah. Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya." Sabda beliau, "Belilah! Kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu, ialah yang paling baik membayar hutang." 1573. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Seorang hamba-sahaya datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bersumpah setia (bai'at) akan turut hijrah. Sedangkan beliau tidak tahu bahwa dia seorang budak. Tidak lama kemudian datang majikan sahaya itu mencarinya. Maka berkata Nabi saw. kepada majikannya itu, "Juallah dia kepada ku. Aku tukar dengan dua orang sahaya hitam." Sejak itu Rasulullah saw. tidak pernah membai'at seseorang, sebelum ditanya apakah dia budak atau tidak."

1574. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah membeli pangan dari seorang Yahudi dengan cara berhutang dalam jangka waktu tertentu. Untuk itu beliau menggadaikan baju besinya."

1575. Dari Ibnu 'Abbas r:a., katanya: "Tatkala Nabi saW. tiba di Madinah, penduduk Madinah menjual buah-buahan dengan pembayaran di muka, sedangkan buah-buahan yang dijualnya dijanjikan mereka dalam tempoh setahun atau dua tahun kemudian. Maka bersabda Rasulullah saw., "Siapa yang menjual kurma dengan berjanji, hendaklah dengan takaran tertentu, timbangan tertentu, dan jangka waktu tertentu."1576. Dari Ma'mar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menimbun barang, maka dia salah (berdosa)."

1577. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sumpah yang diucapkan untuk melariskan barang perniagaan, dapat merosakkan keuntungan."

1578. Dari Abu Qatadah Al Anshari r.a., dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Jauhilah banyak bersumpah dalam berjual-beli (berniaga). Kerana sumpah itu dapat melariskan dagangan, tetapi kemudian menghabiskan semua keuntungan."

1579. Dari Jabir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa bersekutu (berserikat) memiliki sebuah rumah atau sebidang kebun masing-masing mereka tidak boleh menjual sebelum diizinkan rekan serikatnya. Jika rekan serikatnya setuju membeli. silakan dia membeli, dan jika dia tidak setuju, boleh dijual kepada orang lain."

1580. Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah saw. telah menetapkan suatu ketetapan tentang adanya hak syufah mengenai harta milik bersama (serikat) yang belum atau tidak dapat dibagi, seperti rumah dan kebun. Seorang anggota serikat tidak boleh menjualnya sebelum diizinkan oleh rekannya berserikat. Jika rekannya suka membeli, maka silakan (lebih dabulu) dia membeli, tetapi jika dia tidak hendak membeli, maka rekan pertama tadi berhak menjualnya kepada orang lain, sekalipun tidak diizinkan oleh rekan kedua."


1581. Dari Sa'id bin Zaid bin 'Amr bin Nufail r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang merampas tanah orang lain dengan cara zalim, walaupun hanya sejengkal, maka Allah akan mengalunginya kelak di hari kiamat dengan tujuh lapis bumi."1582. Dari Sa'id bin Zaid bin 'Amr bin Nufail r.a., katanya dia didakwa oleh Arwa (seorang wanita) mengenai sebahagian tanah pekarangannya. Lalu kata Sa'id, "Biarlah diambilnya! Kerana aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Siapa mengambil tanah orang lain tanpa hak walaupun sejengkal, di hari kiamat kelak, Allah mengalungkan kepadanya tujuh lapis bumi." Lalu Sa'id mendo'a; "Wahai Allah! Jika wanita itu dusta; butakanlah matanya dan jadikanlah rumahnya menjadi kuburan baginya." Tidak berapa lama kemudian kulihat dia berjalan meraba-raba dinding dalam keadaan buta sambil berkata, "Aku terkena kutukan Sa'id bin Zaid." Sedang ia berjalan dalam rumah menuju sumur, ia terjatuh ke dalam, sehingga sumur itu menjadi kuburannya."

1583. Dari Hisyam Ibnu 'Urwah r.a., dari bapanya katanya: "Bahwasanya Arwa binti Uwais mendakwa Sa'id bin Zaid, bahwa Sa'id mengambil sebagian tanahnya. Lalu diadukannya kepada Marwan bin Hakam (penguasa ketika itu). Maka kata Sa'id, "Mungkinkah aku mengambil tanahnya sesudah kudengar Rasulullah saw. bersabda?" Tanya Marwan, "Apa yang telah engkau dengar dari Rasulullah saw.?" Jawab Sa'id, "Aku mendengar beliau bersabda: "Siapa mengambil tanah orang lain dengan cara paksa (zalim), walaupun hanya sejengkal, kelak di hari kiamat dikalungkan kepadanya tujuh lapis bumi." Kata Marwan, "Aku tidak minta keterangan darimu selain ini." Lalu Sa'id mendo'a, "Allahumma in kanat kadzibatan, fa 'ammi basharaha wa qtulha fi ardhiha." Kata Sa'id, "Memang, tidak berapa lama kemudian, wanita itu buta. Setelah itu, ketika ia sedang berjalan di pekarangannya, dia terjatuh ke dalam sebuah lubang lalu dia mati di situ."

1584. Dari Muhammad bin Ibrahim r.a., katanya Abu Salamah bercerita kepadanya bahwa Abu Salamah bersengketa dengan kaumnya perihal tanah. Lalu dia pergi kepada 'Aisyah r.a., mengadukan hal itu kepadanya. Kata 'Aisyah, "Hai, Abu Salamah! Jauhilah perkara (sengketa mengenai) tanah. Kerana Rasulullah saw. pernah bersabda: "Siapa merampas sejengkal tanah, dikalungkan Allah kepadanya kelak di hari kiamat, tujuh lapis bumi."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   28   29   30   31   32   33   34   35   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin