Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə63/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   59   60   61   62   63   64   65   66   ...   107

361. Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya: "Ketika kami sedang berada di dalam majlis Sa'ad bin 'Ubbadah, sekonyong-konyong Nabi saw. datang. Basyir bin Sa'ad bertanya kepada beliau, "Allah Ta'ala memerintahkan kami supaya berselawat kepada Anda. Bagaimana caranya kami berselawat itu, ya Rasulullah?" , Kata Abu Mas'ud, "Rasulullah saw. diam saja tidak segera menjawab. Sehingga kami mengira, mungkin beliau tidak menyukai pertanyaan kami itu." Kemudian beliau bersabda, "Ucapkanlah: 'Allahumma shalli 'ala Muhammad, wa 'ala aali Muhammad.

Kama shallaita 'ala aali Ibrahim. Wa baarik 'ala Muhammad, wa 'ala aali Muhammad. Kama barakta 'ala aali Ibrahim. Fil 'alamina innaka hamidun majid.' (Wahai Allah! Limpahkanlah rahmatMu kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkannya kepada keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkannya kepada keluarga Ibrahim. Di alam semesta ini sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Agung). Kemudian memberi salam, dan caranya ialah sebagaimana anda semua telah mengetahui."

362. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila imam telah membaca 'Amin', maka baca pulalah olehmu. Siapa yang bacaan 'Amin'nya bersamaan dengan 'Amin' malaikat, diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu."363. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila imam telah selesai membaca 'ghairil maghdhubi 'alaihim waladh dhallin', lalu orang di belakangnya membaca 'Amin', dan bacaannya itu bersamaan dengan amin penduduk langit, diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu."

364. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Nabi saw. jatuh dari kuda, menyebabkan rusuk kanan beliau luka. Kerana itu kami datang menjenguk beliau dan kebetulan ketika kami tiba di sana waktu solat pun tiba. Beliau solat mengimami kami sambil duduk, dan kami solat mengikut beliau sambil duduk pula. Setelah selesai solat beliau bersabda, "Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikut. Kerana itu,

apabila imam takbir, takbir pulalah kamu. Apabila imam sujud, sujud pulalah kamu. Apabila iman bangkit, bangkit pulalah kamu. Dan apabila imam membaca 'Sami'allahu liman hamidah', maka ucapkanlah 'Rabbana

walakal hamdu'. Apabila imam itu solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sekalian sambil duduk."

365. Dari 'Aisyah La., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. sakit. Kerana itu para sahabat berdatangan menjenguk beliau. Beliau solat sambil duduk, dan para sahabat solat mengikut beliau sambiI berdiri. Lalu Rasulullah memberi isyarat supaya mereka duduk, maka duduklah mereka semuanya. Setelah selesai solat, beliau bersabda, "Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikut. Apabila imam' itu ruku', ruku' pulalah kamu sekalian. Apabila imam itu bangkit, bangkit pulalah kamu. Dan apabila imam itu solat sambil duduk, maka duduk pulalah kamu semuanya."

366. Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah saw. sakit. Kerana itu beliau solat sambil duduk, dan kami solat di belakang beliau sambil berdiri, sedangkan Abu Bakar mengeraskan suaranya takbir menyambung

suara Nabi, supaya kedengaran oleh orang ramai. Sekonyong-konyong

beliau menoleh kepada kami, maka dilihatnya kami berdiri. Lalu beliau

memberi isyarat supaya kami duduk, maka duduklah kami semuanya. Setelah solat, beliau bersabda: "Hampir saja anda sekalian berbuat seperti orang Parsi dan Rum. Mereka berdiri apabila menghadap raja-raja mereka,

sedangkan raja-raja itu duduk. Maka janganlah sekali-kali anda berbuat seperti itu. Ikutilah imam anda! Jika imam itu solat berdiri, maka solat pulalah kamu sambil berdiri. Jika dia solat sambil duduk, maka duduk pulalah kamu."

367. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Sesungguhnya imam itu untuk diikut. Kerana itu janganlah kamu menyalahinya. Apabila dia takbir, takbirlah kamu. Apabila dia rukuk, rukuklah kamu. Apabila dia membaca 'Sami'allahu liman hamidah' bacalah 'Rabbana lakal hamdu'. Apabila dia sujud, sujudlah kamu. Dan apabila dia solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sambil duduk."

368. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. mengajarkan kepada kita, "Jangan mendahului imam! Apabila imam takbir, takbirlah. Dan apabila imam membaca "Waladh dhallin', maka bacalah 'Amin!'. Apabila dia ruku', ruku'lah. Dan apabila dia membaca 'Sami'allahu limanhamidah', maka ucapkanlah 'Allahumma rabbana lakalhamdu.'

369. Dari Ya'la, iaitu Ibnu 'Atha', dia mendengar dari Abu' Alqamah, dari Abu Hurairah r.a., katanya ; Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya imam itu perisai. Kerana itu apabila dia solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sambil duduk. Dan apabila imam membaca 'Sami'allahu liman hamidah' ucapkanlah 'Allahumma rabbana lakal hamdu' Apabila ucapan penduduk bumi berbarengan dengan ucapan penduduk langit, diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu."

370. Dari 'Ubaidillah bin Abdullah r.a., katanya dia datang ke rumah Aisyah hendak bertanya. "Dapatkah ibu menceritakan kepada ku tentang sakit Rasulullah saw.?" katanya. Jawab 'Aisyah, "Baiklah! Ketika sakit Rasulullah saw. bertambah berat, beliau bertanya, "Sudah solatkah orang ramai?" Jawab kami, "Belum!" Mereka menunggu Anda, ya Rasulullah." Sabda beliau, "Tolong sediakan air untukku di ember!" Setelah kami sediakan, maka beliau pun mandi. Kemudian beliau berusaha sedapat-dapatnya hendak pergi solat (berjamaah), tetapi tiba-tiba beliau jatuh pengsan. Setelah siuman beliau bertanya, "Sudah solatlah orang ramai?" Jawab kami, "Belum! Mereka menunggu Anda, ya Rasulullah." Lalu beliau bersabda, "Tolong sediakan untukku air di ember" Setelah kami sediakan, beliau pun mandi, dan sesudah itu beliau berusaha sedapat-dapatnya hendak pergi solat, tetapi tiba-tiba beliau pengsan lagi. Setelah siuman dia bertanya pula, "Sudah solatkah orang ramai?" Jawab kami, "Belum! Mereka menunggu Anda, ya Rasulullah." Sabda beliau, "Tolong sediakan untukku air di ember!" Setelah kami sediakan, maka beliau pun mandi, kemudian beliau berusaha sedapat-dapatnya hendak pergi solat, tetapi beliau pengsan lagi. Setelah siuman beliau

bertanya pula, "Sudah solatkah orang ramai?" Jawab kami, "Belum! Mereka menunggu Anda, ya Rasulullah'" Kata 'Aisyah, "Ketika itu jamaah tetap diam di masjid menunggu Rasulullah saw. hendak solat 'Isya. Kemudian Rasulullah menyuruh seseorang kepada Abu Bakar, supaya menyuruhnya mengimami solat orang ramai. Jawab Abu Bakar, dia seorang yang lemah lembut. "Hai, 'Umar! Andalah yang lebih pantas menjadi imam!" Kata 'Aisyah, "Akhirnya Abu Bakarlah yang mengimami mereka solat, sehingga beberapa hari lamanya. Kemudian, setelah sakit Rasulullah saw. beransur ringan, beliau pergi solat Zhuhur di papah oleh dua orang lelaki, salah seorang di antaranya ialah 'Abbas, Ketika beliau tiba, ternyata Abu Bakar telah mulai solat mengimami orang ramai. Tatkala Abu Bakar menyadari bahwa Rasulullah datang, dia berusaha hendak mundur dan memberi kesempatan kepada Nabi menjadi imam. Tetapi Nabi saw. memberi isyarat kepadanya agar tetap berada di tempat dan jangan mundur. Sementara itu Nabi berkata kepada kedua orang yang memapah beliau, "Dudukkan aku di samping Abu Bakar!" Lalu keduanya mendudukkan

beliau disamping Abu Bakar. Abu Bakar solat sambil berdiri mengikuti solat Rasulullah saw., sedangkan orang ramai solat mengikuti Abu

Bakar, padahal Nabi sendiri solat sambil duduk. Kata 'Ubaidillah, "Kemudian aku datang ke rumah 'Abdullah bin 'Abbas lalu kataku kepadanya, "Apakah anda belum tahu hadis yang diriwayatkan 'Aisyah tentang sakit Rasulullah saw.?" Jawab 'Abdullah, "Ceritakanlah!" Lalu kuceritakan hadis itu kepadanya, tetapi dia tidak membantah apa-apa selain katanya, "Apakah 'Aisyah tidak menyebutkan kepada mu orang yang satu lagi?" Jawab ku, "Tidak'" Kata 'Abdullah bin 'Abbas, "Orang itu ialah 'Ali!"

371. Dari 'Ubaidillah bin 'Abdullah bin 'Utbah bin Mas'ud r.a., katanya 'Aisyah isteri Nabi saw. berkata: "Ketika sakit Rasulullah saw. bertambah berat, beliau minta izin kepada para isteri beliau, kiranya beliau boleh dirawat di rumahku. Maka beliau diizinkan oleh mereka. Lalu beliau dipapah oleh dua orang lelaki sehingga kaki beliau terjulai membuat garis di tanah. Salah seorang di antara kedua lelaki itu ialah

Abbas. Kata 'Ubaidillah, "Cerita 'Aisyah itu ku sampaikan kepada 'Abdullah." Lalu tanya 'Abdullah bin 'Abbas, "Tahukah kamu siapa lelaki yang satu lagi, yang tidak disebutkan 'Aisyah?" Jawab ku, "Tidak!" Kata

Ibnu 'Abbas, "Orang itu ialah 'Ali."

372. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika sakit Rasulullah saw.

bertambah berat, Bilal datang seperti biasa memberitahukan waktu solat telah tiba. Lalu beliau bersabda, "Suruhlah Abu Bakar mengimami solat berjamaah dengan orang ramai." "Ya, Rasulullah!" Kata 'Aisyah, "Abu Bakar itu seorang lelaki penyedih. Kalau dia yang menggantikan anda menjadi imam suaranya tidak kedengaran oleh orang ramai. Bagaimana kalau 'Umar saja yang disuruh'?" Sabda Rasulullah saw., "Suruhlah Abu Bakar mengimami solat berjamaah dengan orang ramai!" Kata 'Aisyah selanjutnya, "Lalu hal itu kukatakan kepada Hafshah, supaya dia menyampaikan kepada Nabi saw. bahwa Abu Bakar seorang penyedih. Kalau dia yang disuruh menjadi imam menggantikan Nabi, suaranya tidak kedengaran oleh orang ramai. Kerana itu alangkah baiknya kalau 'Umar yang disuruh." Lalu Hafshah mengatakannya kepada Nabi saw. Sabda Rasulullah saw., "Anda semua termasuk kelompok Yusuf. Suruhlah Abu Bakar mengimami solat berjamaah dengan orang ramai." Kerana itu, akhirnya Abu Bakarlah yang menjadi imam. Pada suatu ketika, sewaktu Abu Bakar sedang mengimami solat berjamaah dengan orang ramai, kebetulan Rasulullah saw. merasa sakitnya agak ringan. Lalu beliau pergi solat berjamaah di papah dua orang lelaki, dan kedua kaki beliau terjulai ke tanah. Sesampainya di masjid, Abu Bakar mendengar desah nafas beliau datang. Lalu dia berusaha hendak mundur, tetapi Rasulullah saw. memberi isyarat kepadanya supaya dia tetap di tempatnya, dan beliau didudukkan orang di sebelah kiri Abu Bakar, setentang dengannya. Kata 'Aisyah, "Ketika itu Rasulullah saw. solat berjamaah mengimami orang ramai sambil duduk, sedangkan Abu Bakar berdiri. Abu Bakar mengikut kepada Nabi saw., sedangkan jama'ah yang banyak mengikuti Abu Bakar."

373. Dari Ibnu Syihab La., katanya: "Anas bin Malik mengatakan kepada ku, bahawa Abu Bakar mengimami solat berjamaah pada hari-hari Rasulullah sakit akan meninggal. Pada hari Isnin, ketika jamaah sedang

solat bershaf-shaf, Rasulullah saw. menyingkapkan tabir kamarnya, sehingga beliau kelihatan oleh kami berdiri dengan muka pucat seperti kertas. Lalu beliau tersenyum dan tertawa." Kata Anas selanjutnya, "Tiba-tiba beliau mendatangi kami, dan kami yang sedang solat merasa gembira dengan kedatangan beliau itu. Abu Bakar yang menjadi imam ketika itu mundur sampai ke shaf; kerana dia menyangka Rasulullah keluar hendak solat. Tetapi beliau memberi isyarat dengan tangannya, supaya mereka meneruskan solat mereka hingga selesai. Kemudian beliau masuk kembali ke kamar dan menurunkan tirainya."

374. Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a., katanya: "Rasulullah saw.

pergi ke kampung Bani 'Umar bin 'Auf untuk mengadakan perdamaian sesama mereka. Kebetulan waktu solat tiba. Muadzin datang kepada Abu Bakar dan

berkata, "Maukah anda mengimami solat? Biarlah aku yang qamat." "Baiklah!" jawab Abu Bakar. Ketika Abu Bakar sedang solat, sekonyong-konyong Rasulullah saw. datang dan terus maju hingga sampai ke shaf pertama). Orang-orang bertepuk, tetapi Abu Bakar tidak menoleh. Ketika tepukan tangan bertambah banyak barulah dia menoleh, dan terlihat kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw. memberi isyarat kepada Abu Bakar supaya dia tetap di tempatnya. Tetapi Abu Bakar mengangkat tangannya dari memuji Allah 'Azza wa Jalla atas suruhan Rasulullah saw. itu. Kemudian dia mundur hingga sejajar dengan shaf, sedangkan Rasulullah saw. maju ke depan mengimami solat selanjutnya. Setelah selesai solat beliau bertanya kepada Abu Bakar, "Hai, Abu Bakar! Apa sebabnya anda tidak mahu kusuruh tetap di tempatmu menjadi imam?" Jawab Abu Bakar, "Tidaklah pantas bagi anak Abu Quhafah untuk solat mengimami Rasulullah saw." Kemudian beliau bertanya kepada jamaah, "Aku lihat anda semua ramai bertepuk tangan, mengapa? Siapa yang hendak mengingatkan sesuatu dalam solat hendaklah dia tasbih (membaca 'subhanallah'), kerana apabila dia tasbih orang akan melihat kepadanya. Sedangkan bagi kaum wanita bertepuk tangan."

375. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tasbih untuk lelaki dan bertepuk tangan bagi perempuan."

376. Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Pada suatu hari Rasulullah saw. solat mengimami kami. Setelah selesai solat beliau menghadap kepada jamaah lalu bersabda: "Hai Fulan: Mengapakah anda tidak membaguskan solat anda? Tidakkah anda lihat orang lain bagaimana dia solat? Sesunguhnya dia solat untuk dirinya. Demi Allah! Sesungguhnya aku dapat melihat ke belakang seperti aku melihat ke muka."

377.Dari Anas bin Malik r.a., katanya Nabi saw. bersabda:

"Sempurnakanlah ruku' dan sujud anda! Demi Allah! Sesungguhnya aku dapat melihat anda di belakangku, bagaimana caranya anda ruku' dan

sujud. "


378. Dari Anas .r.a., katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw. solat mengimami kami. Setelah selesai solat beliau menghadapkan mukanya kepada kami lalu bersabda: "Wahai manusia! Aku ini imam anda semua. Kerana itu janganlah mendahului ku ketika ruku', ketika sujud, ketika berdiri dan ketika menyudahi solat. Sesungguhnya aku melihat anda ketika di hadapanku dan di belakangku. Demi Allah yang diri Muhammad berada di tanganNya, kalaulah anda melihat apa yang kulihat, anda akan sedikit tertawa, tetapi akan banyak menangis." Tanya mereka," Apakah yang anda lihat, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah, "Aku melihat syurga dan neraka."

379. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Tidak takutkah orang-orang yang mengangkat kepalanya lebih dahulu dari imam, bahwa kepala mereka akan ditukar Allah dengan kepala keldai?"

380. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak percayakah orang-orang yang mengangkat kepalanya mendahului imam, bahwa Allah akan menukar rupanya dengan rupa keldai?"381. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hendaklah orang-orang itu berhenti memandang ke langit ketika solat ataukah mereka akan dibutakan Allah?"

382. Dari Abu Hurairah. r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hendaklah orang-orang itu berhenti melihat ke langit ketika mendo'a dalam solat, ataukah mereka akan dibutakan?"

383. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mendatangi kami lalu beliau bersabda: "Apa sebabnya anda mengangkat kedua tangan anda (dalam solat), sehingga kulihat bagaikan ekor kuda binal? Bersikap tenanglah dalam solat!" Kemudian beliau mendatangi kami pula, dan melihat kami berkelompok-kelompok. Lalu beliau bersabda: "Mengapa kulihat anda berpisah-pisah?" Kemudian beliau mendatangi kami pula lalu bersabda: "Mengapa anda tidak membuat shaf (berbaris) seperti shaf malaikat di hadapan Tuhannya?" Tanya kami, "Bagaimana caranya shaf malaikat di hadapan Tuhannya?" Jawab beliau, "Mereka penuhi lebih dahulu shaf pertama, dan mereka rapatkan barisan mereka."

384. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Kami pernah menyudahi solat kami ketika solat bersama-sama Rasulullah saw. dengan mengucapkan salam 'Assalamu'alaikum warahmatullahi', sambil memberi isyarat dengan tangan ke kanan dan ke kiri. Maka bersabda Rasulullah saw., "Mengapa anda

memberi isyarat dengan tangan (ketika mengucapkan salam) seperti ekor kuda binal? Sesungguhnya sudah cukup kalau anda letakkan tangan anda di atas paha, lalu anda ucapkan salam kepada saudara anda yang di kanan dan kiri anda."385. Dari Abu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah saw. menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata: "Luruskan barisanmu, jangan bengkok-bengkok. Kerana barisan yang bengkok, nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah-belah. Orang dewasa yang cerdik dan pandai hendaklah berdiri dekat di belakangku, kemudian yang pandai dan seterusnya." 386. Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hendaklah berdiri dekat dengan ku orang-orang dewasa yang cerdik dan pandai, kemudian yang pandai (beliau ucapkan sampai tiga kali), dan jauhilah hiruk-pikuk seperti di pasar!"

387. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Luruskan shaf kamu, kerana shaf yang lurus termasuk solat yang sempurna."

388. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Buatlah shaf (barisan), kerana dengan membuat shaf itu sesungguhnya termasuk solat yang bagus."

389. Dari Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah meluruskan shaf kami, sehingga beliau kelihatan seolah-olah sedang meluruskan anak panah sampai lurus benar. Pada suatu hari ketika beliau hendak solat dan hampir takbir, sekonyong-konyong terlihat oleh beliau seorang lelaki menonjolkan dadanya dari shaf. Maka bersabda beliau, "Wahai hamba Allah! Luruskanlah shaf anda! Kalau tidak, nescaya Allah akan mencerai-beraikan hati anda."

390. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kalaulah manusia itu tahu keutamaan azan dan shaf pertama, tetapi mereka tidak bisa mendapatkannya melainkan dengan jalan diundi, nescaya mahulah mereka diundi. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan segera pergi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba ke sana. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan solat 'Isya dan Subuh berjamaah, nescaya mereka akan mendatanginya, sekalipun mereka akan merangkak. "

391. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah memperhatikan para sahabatnya yang suka berada di shaf belakang. Lalu beliau bersabda kepada mereka, "Majulah ke depan dan ikutilah aku supaya orang yang dibelakanag mu dapat pula mengikut mu. Memang ada saja orang-orang yang suka di belakang-belakang, sehingga Allah membelakangkan mereka benar-benar."

392. Dari Abu Hurairah r.a., katanya RasuluUah saw. bersabda: "Shaf yang paling baik bagi lelaki ialah shaf pertama, dan yang paling buruk ialah shaf terakhir sedangkan shaf yang paling baik bagi perempuan ialah shaf yang terakhir dan yang paling buruk ialah shaf yang pertama."

393. Dari Sahal bin Sa'id r.a., katanya: "Aku melihat beberapa orang lelaki solat di belakang Nabi saw. dengan hanya mengikatkan kain mereka dileher seperti anak-anak, kerana kain mereka sempit, lalu Nabi saw. bersabda: "Hai, kaum wanita! Janganlah anda mengangkat kepala lebih dahulu daripada pria! (Maksudnya supaya mereka tidak terlihat kepada aurat lelaki).

394. Dari Salim r.a., dari bapanya, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila isteri mu minta izin hendak pergi ke masjid, janganlah mereka dilarang."

395. Dari Abdullah bin 'Umar r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu halangi isteri mu pergi ke mesjid, apabila ia minta izin kepada mu!" Kata Abdullah, "Mendengar hadis itu lalu Bilal bin Abdullah menjawab: Demi Allah! Akan kami larang mereka!" Kerana itu Abdullah marah kepadanya, dan mengatakan dengan kata-kata

yang belum pernah didengar selama ini. Akhirnya dia berkata, "Ku sampaikan kepada mu hadis Rasulullah, tetapi kamu bahkan bersumpah akan melarang mereka."

396. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah anda larang kaum wanita pergi ke masjid waktu malam."

397. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., dari bapaknya, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu halang; kaum wanita merebut keuntungan di masjid apabila dia minta izin kepada mu."

398. Dari Zainab Ats Tsaqafiay r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat 'Isya berjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu."

399. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa-siapa di antara para wanita yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia ikut solat 'Isya yang akhir bersama-sama dengan kami."

400. Dari 'Amrah binti 'Abdur Rahman r.a., katanya dia mendengar 'Aisyah isteri Nabi saw. berkata: "Andaikata Rasulullah tahu apa yang terjadi di kalangan wanita, nescaya beliau melarang mereka pergi ke

masjid, seperti halnya wanita-wanita Bani Israil dilarang ke masjid." Kemudian aku tanyakan kepada Amrah, "Apakah wanita-wanita Bani Israil dilarang ke masjid?' Dia menjawab, "Ya!"

401. Ibnu 'Abbas r.a. berkata tentang turunnya ayat: "Wa la tajhar bishalatika wa la tukhafit biha " (Isra : 110) ( dan janganlah kamu mengeraskan suara di dalam solat, dan jangan pula merendahkannya) katanya ayat itu turun ketika Rasulullah saw. berada di Makkah. Biasanya beliau membaca ayat Qur'an dalam solat berjamaah dengan para sahabat, ialah dengan mengeraskan suara. Kerana itu bila terdengar oleh kaum musyrikin, mereka mencemuh Al Qur'an, mencemuh Allah yang menurunkannya, dan mencemuh Rasulullah yang membawanya. Maka berfirman Allah Ta'ala kepada Nabi-Nya, "Wa La tajhar hi shalatika " Janganlah kamu mengeraskan suara ketika membaca ayat dalam solat, sehingga terdengar oleh orang-orang musyrik itu, dan jangan pula terlalu direndahkan ketika membacanya di hadapan para sahabatmu sehingga

tidak kedengaran oleh mereka, tetapi perdengarkanlah kepada mereka dengan suara sedang, sekadar terdengar oleh para sahabatmu itu.402. Ibnu 'Abbas r.a. berkata tentang firman Allah' Azza wa Jalla, "La tuharrik bihi lisanaka" (Janganlah kamu gerakkan lidahmu) (Al Qiyamah

:16), katanya: Bila Jibril datang menyampaikan wahyu kepada Nabi saw., biasanya beliau menggerakkan lidah dan bibirnya, sehingga beliau mendapat kesulitan kerananya. Hal itu jelas kelihatan dari wajah dan keadaan beliau. Kerana itu Allah Ta'ala berfirman. "La tuharrik

bihi lasanaka lita'jal bihi Inna 'alaina jam'ahu wa qu'anahu. ' (Al Qiyamah 16 - 17). (Janganlah kamu gerakkan lidahmu kerana hendak cepat-cepat membacanya. Sesungguhnya Kamilah yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan mengajarmu pandai membacanya. (Kerana itu semaklah baik-baik!) Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaan itu. Kemudian kewajipan Kamilah menjelaskannya (menjelaskan maksud ayat itu melalui lidahmu). Semenjak itu, kalau Jibril datang kepada Nabi saw., beliau menundukkan kepala sambil berdiam diri. Setelah Jibril pergi, barulah beliau baca kembali dengan lancar bacaan yang disampaikan Jibril itu sesuai dengan janji Allah Ta'ala kepadanya.

403. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. tidak pernah membacakan Qur'an kepada Jin, dan beliau tidak pernah pula melihatnya.

Pada suatu ketika Rasulullah saw. pergi dengan beberapa orang sahabat ke pasar 'Ukazh. Ketika itu syaitan-syaitan, tidak dapat lagi mendengar berita dari langit, kerana mereka dilontari dengan nyala api (meteor) sehingga mereka terpaksa kembali kepada kaumnya. Kaumnya bertanya, "Mengapa kalian kembali, apa yang terjadi?" Jawab mereka, "Berita dari langit tertutup untuk kita. Kami dilontari dengan nyala-nyala api." Kata kaumnya, "Tentu ada peristiwa yang menyebabkannya. Kerana itu pergilah ke Timur dan ke Barat, carilah sebab-sebab kenapa berita langit tertutup untuk kita ketahui." Lalu mereka berpencar ke seluruh pelusuk bumi, ke Timur dan ke Barat, mencari sebab-sebab tertutupnya berita langit itu. Ketika rombongan yang menuju ke Tihamah sampai di Nakhlah, hendak terus ke Pasar 'Ukazh, sekonyong-konyong mereka melihat

Rasulullah saw. sedang solat Subuh berjamaah dengan para sahabat beliau. Tatkala mereka mendengar ayat-ayat Qur'an dibaca Nabi saw. dalam solat, mereka dengarkan baik-baik, sehingga mereka berkesimpulan, inilah kiranya yang telah menutup kita untuk mengetahui berita-berita dari langit. Kerana itu mereka pulang kepada kaumnya.Lalu mereka melapar, "Hai, kaum kami! Kami telah mendengar ayat-ayat Qur'an yang sangat mengagumkan, yang membimbing kami ke jalan yang lurus. Kerana itu kami iman dengannya, dan kami tidak akan mempersekutukan Tuhan kami dengan yang lain-lain." lalu diturunkan Allah' Azza wa Jalla kepada Nabi-Nya, Muhammad saw. ayat: "Qul uhiya ilayya annahustama'a nafarun minal jinni" (Al Jinn : 1) (Katakanlah hai Muhammad! Telah diwahyukan kepada ku, bahwa sekelompok jin telah mendengar ayat-ayat Qur'an )


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   59   60   61   62   63   64   65   66   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin