Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə64/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   60   61   62   63   64   65   66   67   ...   107

404. Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Rasulullah saw. biasa solat mengimami kami. Pada dua raka'at pertama Zhuhur dan 'Ashar beliau membaca Fatihah dan surah yang kadang-kadang diperdengarkan beliau bacaannya kepada kami. Biasanya beliau memanjangkan bacaan pada rakaat pertama solat Zhuhur, dan memendekkannya pada rakaat kedua." Demikian pula pada solat Subuh."

405. Dari 'Abdullah bin Abu Qatadah r.a., dari bapanya, katanya: "Sesungguhnya Nabi saw. membaca Fatihah dan surah pada dua raka'at pertama Zhuhur dan Ashar. Bahkan kadang-kadang beliau perdengarkan kepada kami bacaannya. Pada dua raka'at yang akhir, beliau hanya membaca Fatihah saja."

406. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Kami pernah mengira-ngirakan berapa lama Rasulullah saw. berdiri ketika solat Zhuhur dan 'Ashar. Perkiraan kami ialah: pada dua rakaat pertama Zhuhur beliau berdiri selama membaca surah 'Alif Lam Mim Tanzil', sedang pada dua raka'at yang akhir, kira-kira seperdua itu. Kemudian kami kira-kirakan pula lama beliau berdiri pada dua rakaat pertama solat 'Ashar ialah kira-kira selama berdirinya pada dua rakaat yang akhir solat Zhuhur, sedang pada dua rakaat yang akhir kira-kira seperdua itu."

407. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Biasanya Nabi saw.

membaca ayat pada solat Zhuhur kira-kira tiga puluh ayat pada tiap-tiap dua rakaat pertama, sedangkan pada dua rakaat yang akhir kira-kira lima belas ayat atau seperdua yang pertama. Dalam tiap-tiap dua rakaat pertama solat 'Ashar beliau membaca kira-kira lima belas ayat, sedang pada dua rakaat yang akhir kira-kira seperdua itu."

408. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Penduduk Kufah

mengadukan Sa'ad kepada Umar bin Khaththab tentang cara Sa'ad solat.

Lalu 'Umar memanggil Sa'ad. dan Sa'ad pun datang menghadap memenuhi panggilan itu. 'Umar menyampaikan kepada Sa'ad perihal pengaduan

orang-orang Kufah itu. Jawab Sa'ad, "Sesungguhnya aku solat mengimami

mereka sama dengan solat Rasulullah saw. dan tidak kurang sedikit jua pun. Kupanjangkan bacaan pada dua rakaat pertama, dan kupendekkan pada dua rakaat yang akhir." Jawab 'Umar, "Apakah itu bukan dugaanmu belaka, hai Abu Ishaq."

409. Dari Qaz'ah r.a., katanya: "Aku datang kepada Abu Sa'id Al Khudri, dan ketika itu dia sedang, dikerumuni orang ramai. Setelah orang ramai itu usai, aku berkata kepadanya, "Aku tidak akan menanyakan soal-soal yang telah ditanyakan mereka kepada anda. Aku bertanya tentang solat Rasulullah saw." Kata Abu Sa'id, "Apakah hal itu akan ada baiknya untukmu?" Qaz'ah mengulangi pertanyaannya. Lalu dijawab oleh Abu Sa'id, "Beliau berdiri melakukan solat Zhuhur selama perjalanan seseorang sampai ke Baqi', lalu sampai di sana diselesaikannya urusannya, sesudah itu dia pulang ke rumahnya lalu berwudhuk. Setelah itu dia kembali ke masjid, didapatinya Rasulullah saw. masih berdiri pada raka'at pertama."

410. Dari 'Abdullah bin Saib r.a., katanya: "Pada suatu waktu Rasulullah saw. mengimami kami solat Subuh di Makkah. Ketika itu beliau

membaca surat Al Mu'minun. Setelah sampai kepada ayat yang menyebutkan Musa dan Harun, atau barangkali menyebutkan 'Isa a.s. (perawinya ragu), sekonyong-konyong beliau diserang batuk, lalu beliau ruku'. Dan 'Abdullah bin Saib hadir waktu itu.

411. Dari 'Amar bin Huraits r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. membaca dalam solat Subuh 'Wallaili idza 'as'as'(surah Takwir).

412. Dari Quthbah bin Malik r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. membaca dalam solat Subuh 'Wan Nakhla basiqatin laha Thal'un nadhid' (surah Qaf).

413. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Nabi saw. biasa membaca dalam solat Subuh 'Qaf. wal Qur'anil majid. Tetapi sesudah itu

beliau membaca surah yang pendek saja."

414. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Biasanya Nabi saw. membaca dalam solat Zhuhur 'Wal laili idza yaghsya', dalam solat 'Ashar surah yang sepanjang itu pula, dan di dalam solat Subuh surat yang lebih

panjang dari itu,"

415. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Nabi saw. dalam solat

Zhuhur membaca 'Sabbihisma rabbikal a'la' (surah Al A'la), dan dalam solat Subuh lebih panjang dari itu."416. Dari Abu Barzah Al Aslami r.a., katanya: "Nabi saw. dalam solat Subuh membaca ayat kira-kira enam puluh sampai seratus ayat."

417. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Ummul Fadhal bintil Harits mendengarnya membaca 'Wal Mursalati 'urfa' (surah: Al Mursalat). Lalu Ummul Fadhal berkata kepadanya. "Hai, Anak ku! Ketika engkau membaca surah itu, seolah-olah engkau mengingatkan ku akan saat terakhir aku mendengar Rasulullah saw. membacanya dalam solat Maghrib."

418. Dari Muhammad bin Jubair bin Muth'im r.a., dari bapanya, katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. membaca surat Ath Thur dalam solat Maghrib."419. Dari Al Barra' bin 'Azib r.a., katanya: "Aku solat Isya bersama Rasulullah saw.. ketika itu beliau membaca Surat At Tin."

420. Dari Jabir r.a., katanya: "Pada suatu waktu Mu'adz bin Jabal Al Anshari mengimami para sahabatnya solat 'Isya. Ketika itu dia membaca surah yang panjang sehingga melamakan mereka solat. Kerana itu seorang lelaki yang ikut berjamaah memutuskan solatnya lalu dia solat sendiri. Hal itu disampaikan orang kepada Mu'adz, lalu Mu'adz berkata, "Dia munafik!" Tatkala orang itu mendengar ucapan Mu'adz yang demikian disampaikan orang kepadanya, dia pun melapor kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw. bersabda kepada Mu'adz, "Hai, Mu'adz! Apakah engkau ingin menjadi tukang fitnah? Apabila engkau mengimami solat orang banyak, bacalah 'Wasy Syamsi wadh dhuhaha. (Surat Asy Syams), atau 'Sabbihisma rabbikal a'la' (Surat Al A'laa), atau 'Iqra' bismi rabbika' (Surat At 'Alaq), atau 'Wal laili idza yaghsya' (Surat Al Lail)."

421. Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Aku sengaja lambat datang solat Subuh, kerana si Fulan suka memanjangkan solat ketika mengimami kami." Belum pernah kulihat Nabi saw. marah ketika memberikan pengajian seperti beliau marah ketika itu," ujar Abu Mas'ud. Lalu beliau bersabda, "Hai, manusia! Di antara kamu sekalian ada yang bertindak

menjadi imam menyebabkan orang benci kepada agama ini. Kerana itu, siapa saja di antara kamu yang menjadi imam, hendaklah dia memendekkan

bacaan solat, kerana di belakangnya ada orang tua, ada orang yang lemah, dan ada pula yang sedang mempunyai keperluan."

422. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila kamu mengimami solat orang ramai, hendaklah kamu pendekkan (bacaan), kerana di antara ma'mum terdapat pula anak-anak, orang tua, orang yang lemah, dan orang sakit. Apabila kamu solat sendiri, solatlah berapa lama kamu suka."

423. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila salah seorang kamu mengimami solat orang ramai, hendaklah dia memendekkan (bacaan) solatnya, kerana di antara para makmum terdapat orang-orang tua dan orang yang lemah. Apabila dia solat sendiri, panjangkanlah (bacaan) solatnya berapa dia sukai.

424. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah saw. pendek solatnya, tetapi amat sempurna."

425. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

"Suatu waktu, aku baru mulai solat dan bermaksud hendak memanjangkan (bacaan)-nya, sekonyong-konyong kudengar tangis bayi. Lalu kupendekkan solat ku kerana aku khuatir ibunya jadi gelisah."

426. Dari Barra' bin 'Azib r.a., katanya: "Aku pernah memperhatikan solat Rasulullah saw. ketika aku solat bersama-sama dengan beliau.

Maka kulihat berdirinya, ruku'nya, i'tidalnya sesudah ruku', sujudnya, duduknya antara doa sujud, kemudian sujudnya lagi, kemudian duduknya sebelum salam, semuanya hampir sama saja lamanya."

427. Dari Anas r.a., katanya: "Aku tidak pernah solat di belakang sesearang yang solatnya lebih ringkas dari solat Rasulullah saw. tetapi amat sempurna. Solat Rasulullah itu hampir sama saja panjangnya satu sama lain, begitu pula solat Abu Bakar. Tetapi 'Umar bin Khaththab lebih panjang solatnya ketika dia solat Subuh. Padahal bila Rasulullah saw. sudah membaca "Sami'allahu liman hamidah" beliau berdiri sehingga kami mengira beliau ragu. Kemudian beliau sujud, duduk antara doa sujud, sehingga kami mengira beliau ragu.

428. Dari Al Barra' r.a., hadisnya tidak diragukan kebenarannya,

katanya: "Mereka solat di belakang Rasulullah saw. Bila beliau mengangkat kepala dari ruku', tidak seorang pun yang kelihatan membungkukkan punggungnya sehingga Rasulullah saw. meletakkan jidatnya lebih dahulu di bumi. Sesudah itu barulah mereka sujud."

429. Dari Al Barra' r.a., katanya: "Mereka (para sahabat) solat berjamaah bersama Rasulullah saw. "Bila beliau ruku', mereka ruku' pula. Bila beliau mengangkat kepala dari ruku', beliau membaca "Sami'allahu liman hamidah " namun mereka masih tetap berdiri sehingga dilihatnya Rasulullah saw. meletakkan mukanya di bumi. Sesudah itu barulah mereka mengikuti beliau sujud."

430. Dari Ibnu Abu Awfa r.a., katanya: "Bila Rasulullah saw. bangkit dari ruku', beliau membaca: "Sami'allahu liman hamidah. Allahum

ma rabbana lakal hamdu mil-ussamawati, wa mil-ul ardhi, wa mil-u ma syi'ta min sya-in ba'du.' (Maha Mendengar Allah pujian orang yang memujiNya. Wahai Allah, Tuhan kami! Untuk-Mulah pujian sepenuh langit dan bumi, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki sesudah itu).

431. Dari Abdullah bin Abi Awfa, katanya Nabi saw. membaca:

"Allahumma lakal hamdu mil-us samawati wal ardhi, wa mil-u ma syi'ta min syai-in ba'du. Allahumma thahhirni bits tsalji wal barddi, wal ma-il baradi. Allahumma thahhirni minadz dzunubi wal khathaya kama yunaqqats tsawbul abyadhu minal waskhi." (Wahai Allah! Sucikanlah aku dengan salju, air ais, dan air dingin. Wahai Allah! Sucikanlah aku dari segala dosa dan kesalahan, sebagaimana kain putih dicuci orang dari kotoran).

432. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Bila Rasulullah saw.

bangkit dari ruku', beliau membaca: "Rabbana lakal hamdu mil-us samawati wal ardhi, wa mil-u ma syi'ta min syai-in ba'du. Ahlats tsana-i wal majdi! Ahaqqu moa qalal 'abdu wa kulluna laka 'abdun. Allahumma la maani'a limaa a'thayta, wala mu'thiya limaa mana'ta, wala yanfa'u dzal jaddi, minkal jaddu."

433. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. membuka tirai (kamarnya ketika beliau sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus kusampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca Qur'an dalam ruku' dan sujud. Agungkanlah Allah 'Azza wa Jalla di dalam ruku', dan perbanyaklah doa di dalam sujud, pasti doamu diperkenankan Allah swt."
434, Dari Ali bin Abi Thalib r.a., katanya: "Aku dilarang Rasulullah saw. membaca (Qur'an) dalam ruku' dan sujud."

435. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda:

"Sedekat-dekat seorang hamba kepada Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Kerana itu perbanyaklah doa (dalam sujud).436. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. membaca dalam sujud: "Allahummaghfirli dzanbi kullahu, diqqahu wa jillahu, wa awwalahu, wa akhirahu, wa 'alaniyatahu, wa sirrahu." (Wahai Allah! Ampunilah dosaku semuanya, yang kecil dan yang besar, yang lama dan yang baru, yang nyata dan yang tersembunyi).

437. Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah sering membaca dalam ruku'

dan sujudnya: "Subhanaka Allahumma rabbana wa bihamdika Allahummaghfirli " (Maha Suci Engkau wahai Allah Tuhan kami, dan Maha Terpuji Engkau wahai Allah, ampunilah aku). Beliau membaca doa itu kerana mengamalkan perintah dalam Al Qur'an (Surah An Nashr : 3)

438. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Semenjak turun ayat: 'Idza ja-a

nashrullahi wal fath', maka kulihat beliau sering mendoa atau membaca

dalam ruku' dan sujudnya: "Subhanaka rabbi wa bihamdika Allahummagh

firli': (Maha suci Engkau wahai Tuhan ku, lagi Maha Terpuji, Wahai Allah, ampunilah aku).

439. Dari Ibnu Juraij r.a., katanya dia bertanya kepada 'Atha', "Apa saja yang anda baca ketika ruku'?" Jawab 'Atha', "Subhanaka wa bihamdika la ilaaha illa anta." (Maha Suci Engkau lagi Maha Terpuji. Tidak ada Tuhan yang kusembah selain Engkau). Lalu Ibnu Abi Mulaikah mengabarkan kepada ku, yang katanya dari 'Aisyah r.a., "Pada suatu malam aku kehilangan Nabi saw. Kukira beliau tentu pergi kepada isterinya

yang lain. Lalu aku meraba-raba, kiranya beliau sedang ruku' atau sujud barangkali, sedang membaca: "Subhanaka wa bihamdika la ilaaha ilia anta." (Maha Suci Engkau lagi Maha Terpuji. Tidak ada Tuhan yang kusembah melainkan hanya Engkau). Lalu kataku, "Demi Allah! Aku mengira Anda pergi kepada isteri Anda yang lain."

440. Dari Abu Hurairah r.a., dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu malam aku kehilangan Rasulullah saw. di tempat tidur. Lalu aku meraba-raba, maka terabalah olehku kedua tumit beliau sedang ditegakkannya. Ketika itu beliau berada dalam masjid, sedang membaca: "Allahumma a'udzu biriddhaka min sakhatika wa bimu'afatika min 'uqubatika, wa a'udzu bika minka. La uhshi tsana-an 'alaika, anta kama atsnaita 'ala nafsika." (Wahai Allah! Aku berlindung dengan redha Mu dari murka Mu, dan dengan kemaafan Mu dari siksa Mu, dan aku berlindung dengan Mu dari Mu. Tidak kuhingga-hinggakan pujian atas Mu, sebagaimana Engkau memuji diri Mu).

441. Dari Mutharrif bin 'Abdullah bin Syikhkhir r.a., bahwa Aisyah mengabarkan kepadanya, katanya Rasulullah saw. membaca dalam ruku' dan sujud: "Subbuhun quddu sun rabbul malaikati war ruh." (Maha Suci Allah, Tuhan segala malaikat dan ruh).

442. Dari Ma'dan bin.Abi Thalhah al Ya'muri r.a., katanya: "Aku bertemu dengan Tsauban, maula Rasulullah saw., lalu aku bertanya kepadanya: "Ajarkanlah kepada ku suatu amal yang apabila kuamalkan, aku masuk syurga kerananya." Dia tidak menyahut, sehingga permintaanku itu ku ulang sampai tiga kali. Akhirnya dia menjawab, "Aku pernah pula menanyakan kepada Rasulullah saw. seperti pertanyaan kamu itu. Maka jawab beliau, "Perbanyakan lah sujud kepada Allah, kerana sesungguhnya apabila engkau sujud satu kali, Allah mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu dosa daripadamu." Kata Ma'dan, "Kemudian aku bertemu dengan Abu Darda', lalu kutanyakan pula kepadanya. Maka jawabnya sama dengan jawapan Tsauban kepada ku."

443. Dari Rabi'ah bin Ka'ab Al Aslami r.a., katanya: "Pada suatu ketika aku bermalam bersama Rasulullah saw., maka kubawakan untuk beliau air wudhuk dan untuk keperluan lain-lainnya." Beliau bersabda kepada ku, "Tanyakanlah kepada ku apa yang hendak kamu tanyakan." Jawab ku, "Aku berharap semoga aku dapat menemani anda kelak di syurga. (Apa yang harus kulakukan)?" Tanya beliau, "Masih adakah yang lain?" Jawab ku, "Hanya itu saja, ya Rasulullah." Sabda beliau, "Kalau begitu, tolonglah aku untuk diri mu memperbanyak sujud."

444. Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku diperintahkan sujud dengan tujuh anggota dan tidak dibolehkan melapisinya dengan rambut atau dengan pakaian, yaitu: (1) Kening dan hidung, (2) dua tangan, (3) dua lutut, dan (4) dua ujung kaki."

445. Dari 'Abbas bin Abdul Muththalib r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang hamba sujud, maka sujud pula besertanya tujuh anggota tubuhnya, yaitu: muka, dua telapak tangan, dua lutut dan dua tumitnya."

446. Dari Anas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sempurnakanlah sujudmu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."

447. Dari Al Barra' r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila engkau sujud, letakkan telapak tanganmu, dan tinggikan kedua sikumu."448. Dari Maimunah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Apabila Rasulullah saw. sujud, direnggangkannya kedua sikunya dari rusuk, sehingga kelihatan putih ketiaknya. Dan apabila beliau duduk antara dua sujud dan pada tasyahud awal, beliau duduk tenang di atas pahanya yang kiri."

449. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memulai solat beliau dengan takbir. Sesudah itu beliau baca surat Al Fatihah. Apabila beliau ruku', kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk,

tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung). Apabila beliau bangkit dari ruku', beliau tidak sujud sebelum dia berdiri lurus lebih dahulu. Apabila beliau mengangkat kepala dari sujud (pertama), beliau tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih dahulu. Tiap-tiap selesai dua rakaat, beliau membaca Tahiyat sambil duduk menghimpit kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Beliau melarang duduk seperti syaitan duduk atau seperti binatang buas duduk. Dan beliau menyudahi solat dengan membaca salam."

450. Dari Musa Ibnu Thalhah r.a., dari bapanya, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu telah menancapkan semacam pancang (batas) di hadapanmu, maka kamu boleh solat tanpa menghiraukan orang yang lalu-lintas di balik pancang itu."

451. Dari Musa bin Thalhah r.a., dari bapanya, katanya: "Kami solat, sedangkan haiwan-haiwan lalu lintas di hadapan kami. Maka hal itu kami tanyakan kepada Rasulullah saw. Sabda beliau, "Letakkanlah semacam

pancang (batas) di hadapanmu, maka apa yang lewat di balik pancang itu tidak akan mengganggu solatmu."452. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. pergi solat 'Id, beliau menyuruh bawa sebuah tombak, lalu ditancapkannya di hadapannya. Kemudian beliau solat menghadap ke arah tombak itu sedangkan orang ramai mengikut beliau di belakang. "

453. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Nabi saw. pernah melintangkan kenderaannya, kemudian beliau solat menghadap ke arah kenderaan itu. "

454. Dari Abu Juhaifah, dari bapanya, katanya: "Aku mendatangi Nabi saw. di Makkah, ketika itu beliau berada di Abthah, dalam jubah merah terbuat dari kulit. Sekonyong-konyong Bilal datang membawakan air wudhuk untuk beliau. Dari sisa air itu ada orang yang mendapatkannya dan ada pula yang hanya mendapat percikannya saja. Kemudian Nabi saw. keluar memakai pakaian merah. Seolah-olah masih kelihatan olehku bagaimana putihnya betis Nabi. Ketika Nabi saw. wudhuk, Bilal azan. Aku mengikuti gerak-gerik mulut Bilal berseru ke kanan dan ke kiri mengucapkan 'Hayya 'alash shalah, hayya 'alal falah'. Kemudian, Bilal menancapkan sebuah tongkat berujung besi, lalu Nabi saw. maju ke depan mengimami solat qasar Zhuhur dan 'Ashar, masing-masing dua rakaat. Ketika Nabi sedang solat, keldai dan anjing lewat di balik tongkat itu, tetapi Nabi saw. tidak mencegahnya. Selama dalam perjalanan itu Nabi sentiasa solat qashar dua-dua rakaat hingga tiba kembali di Madinah."

455. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Ketika aku belum baligh, aku pernah datang kepada Rasulullah saw. dengan mengendarai keldai betina.

Waktu itu Rasulullah saw. sedang mengimami solat orang banyak di Mina. Aku lewat di muka shaf, lalu pergi merumput. Kemudian aku masuk ke dalam shaf; ternyata tidak ada seorang pun yang menegur ku atas tindakan ku yang demikian itu."

456. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu sedang solat, maka janganlah dibiarkan orang lewat

di hadapanmu. Tolakkanlah dia sedapat mungkin. Jika dia enggan, maka pukullah dia kerana dia itu syaitan."

457. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu sedang solat, maka janganlah dibiarkan orang lewat di hadapanmu. Jika dia tidak mahu dilarang, pukullah dia kerana bersamanya ada (syaitan) yang menemaninya."

458. Dari Abu Juhaim r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kalau tahulah orang yang lewat di hadapan orang solat akan dosanya, nescaya maulah dia berdiri empat puluh (hari atau bulan atau tahun) daripada lewat di hadapan orang yang sedang solat."

459. Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a., katanya: "Jarak antara tempat sujud Rasulullah saw. dengan dinding, kira-kira seekor kambing dapat lewat."

460. Dari 'Abdullah bin Shamit r.a., dari Abu Dzar, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu hendak solat, sebaiknyalah kamu membuat semacam pancang di hadapanmu yang dapat mengaling-alingi kamu sedang solat. Jika aling-aling itu tidak ada di hadapanmu, dikhuatirkan solat mu akan putus oleh himar, atau oleh wanita dan anjing hitam (yang lalu di hadapan mu)." Aku bertanya, "Hai, Abu Dzar! Apakah bezanya anjing hitam dengan anjing merah atau anjing kuning?" Jawabnya, "Aku pernah pula menanyakan hal itu kepada Rasulullah saw., maka jawab beliau, anjing hitam itu syaitan."

461. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Yang memutuskan solat ialah: wanita, himar dan anjing. Kerana itu jagalah solatmu dengan meletakkan semacam pancang(aling-aling)."

462. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. biasa solat malam, sedangkan aku tidur melintang di antara beliau dengan kiblat seperti jenazah melintang:'

463. Dari 'Urwah bin Zubair r,a., katanya: "Aisyah menanya, "Apa yang memutuskan solat?" Jawab kami, "Wanita dan himar'" Kata 'Aisyah, "Apakah wanita itu sama dengan haiwan? Aku sendiri sering tidur melintang seperti jenazah di hadapan Rasulullah saw. ketika beliau sedang solat."

464. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku biasa tidur di hadapan Rasulullah saw., sedangkan kedua kaki ku berada di arah kiblat beliau. Bila beliau sujud dicubitnya kaki ku lalu kutarik. Apabila beliau berdiri,

kulunjurkan pula kaki ku kembali ketika itu di rumah sedang tidak ada lampu."

465. Dari Maimunah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Ketika Rasulullah saw. sedang solat, aku biasa berada di dekat beliau, padahal aku sedang haid. Apabila beliau sujud, bajunya seringkali mengenai ku."

466. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw., "Bolehkah kami solat memakai satu helai kain saja?" Jawab Nabi saw., "Apakah semua kamu mempunyai dua helai kain?"467. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Janganlah kamu solat memakai sehelai kain saja, kalau kain itu tidak cukup menutupi kedua bahumu."

468. Dari 'Umar bin Abu Salamah r.a., katanya: "Aku pernah melihat Rasulullah saw. solat di rumah Ummu Salamah memakai sehelai kain yang cukup lebar. Yaitu dengan cara menyelimutkan kedua ujung kain itu di atas kedua bahu beliau." 469. Dari Abu Dzar r.a.,dia bertanya kepada Rasulullah saw., katanya; "Ya, Rasulullah! Masjid manakah yang mula-mula dibangun di muka bumi ini?" Jawab Rasulullah saw., "Masjidil Haram!" Tanya ku, "Sesudah itu masjid apa?" Jawab beliau, "Masjidil Aqsha!" Tanya ku, "Berapa lamanya jarak antara kedua masjid itu dibangun?" Jawab beliau, "Empat puluh tahun.Dan di mana saja kamu berada, jika waktu solat telah tiba, maka solatlah (segera), kerana bumi ini adalah masjid (tempat sujud)."

470. Dari Ibrahim bin Yazid At Taimi r.a., katanya: "Pada suatu ketika aku membacakan Qur'an kepada bapaku di halaman masjid. Ketika aku membaca ayat sajadah, beliau sujud. Lalu aku bertanya kepada beliau, "Mengapa ayah sujud di jalanan?" Jawab beliau, "Aku mendengar Abu Dzar bercerita, bahwa dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw. tentang masjid yang mula-mula dibangun di muka bumi. Jawab Rasulullah saw., Masjidil Haram. Kemudian ditanyakannya pula, sesudah itu masjid apa lagi. Jawab beliau, Masjidil Aqsha. Kemudian ditanyakannya pula, berapa lama jarak antara keduanya di bangun. Jawab beliau, empat puluh tahun. Lalu beliau melanjutkan bicaranya: Kemudian seluruh bumi Allah adalah tempat sujud bagi mu. Kerana itu di mana saja kamu berada, jika waktu solat telah tiba, maka solatlah segera."

471. Dari Jabir bin Abdullah Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku dikurniai Allah lima macam kurnia yang belum pernah dikurniakan-Nya kepada siapa pun sebelumku: (1) Setiap Nabi selainku, di utus khusus kepada kaumnya masing-masing. Sedangkan aku diutus kepada seluruh bangsa, baik yang berwarna merah maupun yang hitam. (3) Bagiku bumi suci bersih dan menjadi tempat sujud. Kerana itu di mana saja seseorang berada dan waktu solat telah tiba, dia boleh solat di situ. (4) Aku dimenangkan Allah dengan perasaan gentar di hati musuh-musuhku yang berada sejauh sebulan perjalanan di hadapanku. (5) Aku diberi hak oleh Allah memberi syafa'at (pembelaan terhadap umat ku kelak di hari kiamat)."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   60   61   62   63   64   65   66   67   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin