Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə65/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   61   62   63   64   65   66   67   68   ...   107

472. Dari Hudzaifah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Kita diistimewakan Allah dari umat-umat yang lain dengan tiga macam keistimewaan : (1) Shaf (barisan) kita diatur seperti shaf malaikat. (2) Bumi dijadikan seluruhnya bagi kita menjadi tempat sujud (solat), dan tanahnya suci untuk kita gunakan apabila tidak ada air." 473. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku diistimewakan Allah dari para Nabi yang lain dengan enam macam keistimewaan: (1) Aku dikurniai perkataan yang ringkas, tetapi padat berbobot (yakni AI Qur'an).(2) Aku dimenangkan Allah dengan perasaan gentar di hati musuh-musuhku. (3) Bagiku dihalalkan harta rampasan. (4) Bumi dijadikan suci bagi ku dan menjadi tempat sujud. (5) Aku diutus kepada semua makhluk. (6) Aku penutup segala Nabi.

474. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku diutus dengan perkataan-perkataan yang ringkas, tetapi mencakup (Al Qur'an); dan aku dimenangkan dengan perasaan gentar di hati musuh-musuhku dan ketika aku tidur diberikan kepada ku kunci-kunci perbendaharaan bumi, lalu diletakkan di tangan ku."

475. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. baru tiba di Madinah, mula-mula beliau berhenti di bahagian atas, iaitu di perkampungan Bani 'Amr bin 'Auf. Beliau tinggal di sana selama empat belas malam. Kemudian beliau mengirim utusan kepada pemimpin-pemimpin Bani Najjar meminta mereka datang, lalu mereka datang dengan menyandang pedang. Kata Anas, "Seolah-olah masih terlihat olehku Rasulullah saw. di atas kenderaan beliau didampingi Abu Bakar, sedang para pemimpin Bani Najjar mengelilinginya di halaman Abu Ayyub." "Pada masa itu Rasulullah saw. solat kerana waktu solat telah tiba, dan beliau solat di kandang kambing. Kemudian beliau memerintahkan membangun masjid untuk itulah beliau mengundang para pemimpin Bani Najjar, sehingga mereka datang. Sabda Rasulullah saw., "Hai, Bani Najjar! Juallah kepada ku kebun anda ini!" Jawab mereka, "Tidak! Demi Allah! Kami tidak akan meminta harga ganti rugi, melainkan hanya kepada Allah." Kata Anas di kebun itu ada pohon-pohon kurma, kuburan orang-orang musyrik, dan

runtuhan bangunan-bangunan. Kerana itu Rasulullah memerintahkan supaya menebang pohon-pohon kurma, membongkar kuburan, dan meratakan runtuhan bangunan-bangunan itu. Sesudah itu mereka susun pahon-pohon kurma (menjadi bangunan) menurut arah kiblat, dan pintunya dibuat dari batu." Kata Anas selanjutnya, "Sambil bekerja mereka menyanyikan lagu-lagu antara lain: "Wahai Allah! Tidak ada kebaikan, melainkan kebaikan di akhirat. Kerana itu tolonglah kaum Anshar dan kaum Muhajirin."

476. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah solat di kandang kambing, sebelum masjid dibangun."

477. Dari Al Barra' bin 'Azib r.a., katanya: "Aku solat bersama-sama Nabi saw. menghadap ke arah Baitil Maqdis selama enam belas bulan. Iaitu sehingga turun sebuah ayat dalam surat Al Baqarah: " dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya" (Al Baqarah : 144) Sesudah ayat itu turun, iaitu ketika Nabi saw. selesai solat, ada searang lelaki anggota jamaah bepergian lewat sekelompok orang Anshar sedang solat. Lalu dikhabarkannya kepada mereka mengenai turunnya ayat tersebut. Kerana itu, serta merta mereka memalingkan muka mereka ke arah Bait (Ka'bah)."478. Dari Al Barra' r.a., katanya : "Kami solat bersama-sama Rasulullah saw. menghadap ke Baitul Maqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Kemudian kami diperintahkan Allah supaya menghadap ke Ka'bah."

479. Dari Ibnu Umar r.a., katanya : "Pada suatu pagi, ketika orang ramai sedang solat Subuh di Quba', sekonyong-konyong datang seseorang lalu dia berkata: "Sesungguhnya tadi malam telah turun kepada Rasulullah saw. ayat yang memerintahkan supaya solat menghadap ke Ka'bah. Kerana itu menghadap pulalah kamu ke sana!" Ketika itu mereka sedang menghadap ke Syam, lalu mereka berputar dan menghadap ke Ka'bah."

480. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika Rasulullah saw. solat menghadap ke arah Baitul Maqdis, tiba-tiba turun ayat : "Sesungguhnya Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka kerana itu Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram" (AI Baqarah : 144). Setelah itu ada seorang lelaki lewat di perkampungan Bani Salamah. Didapatinya mereka sedang ruku' solat Subuh raka'at pertama. Lalu dia berkata, "Ketahuilah, sesungguhnya kiblat telah dirubah. Kerana itu mereka berputar merubah kiblat mereka ke arah kiblat yang baru itu."481. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ummu Habibah dan Ummu Salamah menceritakan kepada Rasulullah saw. perihal gereja Nasrani yang pernah dilihatnya di Habsyah, di mana di dalamnya banyak terdapat patung. Maka bersabda Rasulullah saw., "Kebiasaan mereka, apabila orang-orang soleh mereka meninggal dunia, lalu mereka buatkan masjid (tempat sujud solat/ibadat) dan patung orang-orang soleh itu di atas kuburan mereka. Perbuatan mereka itu adalah perbuatan orang-orang jahat di sisi Allah di hari kiamat kelak."

482. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. sakit hampir meninggal, beliau bersabda: "Allah mengutuk orang-orang Yahudi dan Nasrani,kerana mereka menjadikan kuburan Nabi-nabi mereka menjadi tempat solat masjid)." Kata 'Aisyah, "Kalaulah tidak khuatir kuburan Rasulullah saw. akan dijadikan orang menjadi tempat solat, sudah tentu kuburan beliau dibuat di tanah lapang."

483. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah mengutuk orang-orang Yahudi dan Nasrani, kerana mereka menjadikan kubur Nabi-nabi mereka menjadi masjid (tempat sujud/solat atau ibadat)."

484. Dari Jundab r.a., "Lima hari sebelum Rasulullah saw. meninggal, aku mendengar beliau bersabda: Aku tidak hendak mengambil salah seorang kamu menjadi sahabat karib ku, kerana Allah telah mengambil ku jadi sahabat seperti Ibrahim. Kalaulah aku dibolehkan mengambil sahabat karib di antara umat ku, tentu ku ambil Abu Bakar. Ketahuilah! Sesungguhnya umat yang sebelum kamu, mengambil kuburan para Nabi dan orang-orang soleh mereka jadi masjid. Kerana itu, sekali-kali jangan kamu ambil kuburan menjadi masjid. Aku sungguh melarang kamu berbuat demikian."

485. Dari 'Usman bin 'Affan r.a., dia berujar kepada orang banyak

ketika membangun masjid Rasulullah saw.: "Sekarang kamu telah banyak.

Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang membangun masjid kerana Allah, nescaya Allah membuatkan pula baginya rumah di syurga."

486. Dari Muhammad bin Labid r.a., katanya 'Usman bin' Affan bermaksud hendak merombak masjid, tetapi dicegah oleh orang ramai. Mereka lebih suka membiarkan masjid itu sebagaimana adanya. Maka berkata

'Usman bin 'Affan, bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang membangun masjid kerana Allah, maka Allah membuatkan pula baginya (rumah yang mulia) di syurga seperti masjid itu."

487. Dari Al Aswad dan 'Alqamah r.a., keduanya bercerita: "Kami mendatangi 'Abdullah bin Mas'ud di rumahnya. Lalu dia bertanya, "Apakah mereka itu solat di belakangmu?" Jawab kami, "Tidak." Katanya "Bangunlah, mari solat. Dia tidak menyuruh kami azan dan qamat. Lalu kami berdiri di belakangnya, Kemudian ditariknya tangan kami, lalu masing-masing kami ditempatkannya di sebelah kanan dan kirinya. Ketika ruku', kami meletakkan tangan kami di lutut, tetapi Abdullah memukulnya. Dia mempertemukan kedua telapak tangannya lalu memasukkannya ke antara dua pahanya. Tatkala telah selesai solat dan mengundur-ngundur waktu hingga hampir habis. Apabila kamu lihat hal itu betul-betul telah terjadi, maka solatlah kamu sendirian pada awal waktu, kemudian solat pulalah berjamaah bersama-sama dengan mereka untuk mengambil sunat (menjaga fitnah). Apabila kamu bertiga, solatlah bersama-sama, dan apabila kamu lebih banyak, angkatlah salah seorang menjadi imam. Apabila kamu ruku' letakkan kedua lenganmu di atas kedua paha sambil membungkuk. Dan pertemukan kedua telapak tanganmu. Aku seperti masih melihat Rasulullah saw. mempersilangkan anak-anak jari beliau. Lalu Abdullah memperagakannya kepada mereka."

488. Dari 'Alqamah dan Aswad r.a., keduanya datang kepada Abdullah. Lalu dia bertanya,"Sudah solatkah orang-orang yang di belakangmu?" Jawab kami, "Sudah." Lalu dia berdiri solat di antara kami berdua dengan dijadikan satu berdiri di kanannya dan satu di kirinya. Kemudian kami ruku', lalu kami letakkan tangan di lutut, tetapi dia memukul tangan kami. Dia mempertemukan kedua tapak tangan, lalu diletakkan di antara kedua pahanya. Setelah selesai solat dia berkata, "Beginilah dilakukan Rasulullah saw." 489. Dari Mush'ab bin Sa'ad r.a., katanya: "Aku solat di samping bapaku, dan kuletakkan kedua tangan ku antara kedua lutut ku. Lalu kata bapaku, "Letakkan kedua tanganmu di atas kedua lutut. Tetapi pada kali yang lain kulakukan pula seperti semula. Maka dipukulnya tangan ku sambil berkata, "Kami dilarang Rasulullah seperti ini, dan disuruhnya meletakkan tapak tangan di atas lutut."

490. Dari Mush'ab bin Sa'ad bin Abi Waqqash r.a., katanya: "Aku solat di samping bapaku. Ketika ruku', ku persilangkan jari-jari tangan ku dan kuletakkan di antara kedua lutut, maka dipukulnya tangan ku. Setelah selesai solat bapa berkata, "Mulanya kami perbuat memang begitu. Tetapi kemudian disuruh Nabi saw. meletakkannya di atas lutut."

491. Dari Thawus r.a., katanya: "Kami bertanya kepada Ibnu Abbas mengenai hukum duduk di atas kedua tumit. Jawab Ibnu Abbas, "Hukunmya sunat." Kata kami, "Kami lihat janggal orang duduk seperti itu." Jawab Ibnu Abbas, "Tetapi, begitulah sunnah Nabi saw."

492. Dari Mu'awiyah bin Hakam As Sulami, katanya: "Ketika aku sedang solat bersama-sama Rasulullah saw., tiba-tiba ada orang bersin. Lalu ku ucapkan 'Yarhamukallah'(Semoga Allah memberi Anda rahmat). Kerana itu seluruh jamaah menujukan pandangannya kepada ku. Aku berujar, "Aduh, ibu! Mengapa anda semua menengok kepada ku?" Mereka bahkan menepuk paha mereka. Setelah itu barulah aku tahu bahwa mereka menyuruh ku diam. Tetapi aku telah diam. Tatkala Nabi saw. telah selesai solat, Demi Allah! Aku belum pernah bertemu dengan seorang guru yang sepandai beliau mengajar, Demi Allah! Beliau tidak mengasari ku, tidak memukul dan tidak memaki ku. Beliau bersabda, "Sesungguhnya tidak pantas bercakap-cakap dalam solat; kerana solat itu ialah tasbih, takbir dan membaca Qur'an."

493. Dari Abdullah r.a.. katanya: "Kami memberi salam kepada Rasulullah saw. ketika beliau sedang solat, lalu beliau menjawab salam kami itu. Tetapi tatkala kami kembali dari Raja Najasyi, kami memberi salam pula kepada beliau ketika beliau sedang solat. Beliau tidak menjawab salam kami itu. Lalu kami tanyakan kepada beliau, "Dahulu kami memberi salam kepada anda ketika anda sedang solat, anda menjawab salam kami. Tetapi sekarang kenapa tidak?" Jawab beliau, "Sesungguhnya dalam solat harus ada suatu kesibukan yang sungguh-sungguh (khusyu')."

494. Dari Zaid bin Arqam r.a., katanya: "Dahulu kami bercakap-cakap dalam solat. Seorang lelaki bercakap-cakap dengan teman di sampingnya, sehingga turun ayat:"Solatlah kamu kerana Allah dengan khusyu'." (Al Baqarah : 238). Lalu kami disuruh diam, dilarang bercakap-cakap.

495. Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah mengutus ku untuk suatu urusan. Setelah aku kembali, ku dapati beliau sedang solat. Lalu aku memberi salam kepada beliau, maka beliau hanya memberi isyarat kepada ku. Selah selesai solat, beliau memanggil ku. Sabda beliau, "Tadi engkau memberi salam kepada ku, padahal aku sedang solat."

496. Dari Abu Darda' r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika Rasulullah saw. sedang solat, kami mendengar beliau membaca: "A'udzu billahi minka" (Aku berlindung dengan Allah dari kejahatanmu). Kemudian beliau membaca pula: Al'anuka bila'natillah" (tiga kali) (Aku kutuk engkau dengan kutukan Allah) sambil beliau menjangkaukan tangannya seperti orang hendak menerima sesuatu. Ketika telah selesai solat kami bertanya, "Ya, Rasulullah! Tadi dalam solat kami mendengar anda membaca sesuatu yang belum pernah kami dengar anda baca sebelumnya, dan kami lihat anda menjangkaukan tangan anda." Jawab Rasulullah saw., "Tadi musuh Allah iblis datang membawa obor menyala hendak dilemparkannya ke muka ku. Lalu kubaca: ''A'udzu billahi minka." (tiga kali) (Aku berlindung dengan Allah dari kejahatanmu) (3 X). Kemudian kubaca pula: "Al'anuka bila'natillahit tammah falam yasta'khir" (tiga kali) (Kukutuk engkau dengan kutukan Allah yang sungguh-sungguh, sehingga engkau celaka seketika) (3 X). Sesudah itu aku bermaksud hendak mengikatnya. Demi Allah, kalaulah bukan kerana doa saudara kami Sulaiman, tentu dia akan terikat sampai Subuh sehingga anak-anak penduduk di sini dapat mempermain-mainkannya."

497. Dari Abu Qatadah Al Anshari r.a., katanya: "Aku melihat Nabi saw. mengimami solat orang banyak sambil menggedong Umamah binti Abil 'Ash, bayi Zainab binti Muhammad saw. di kuduk beliau. Apabila beliau ruku' diletakkannya bayi itu dan apabila beliau berdiri dari sujud diambilnya kembali."

498. Dari Abu Hazim r.a., katanya: "Sekelompok orang datang kepada Sahal bin Sa'ad, kerana mereka bertengkar mengenai mimbar Rasulullah saw. terbuat dari kayu apakah mimbar itu? Jawab Sahal, "Demi Allah! Aku tahu betul dari kayu apa mimbar itu dibuat, siapa yang membuatnya, bahkan aku melihat Rasulullah saw. duduk di situ pada hari pertama mimbar itu selesai dibuat. Kata Abu Hazim, "Hai Abu 'Abbas (Sahal)! Ceritakanlah kepada kami!" Lalu diceritakan oleh Sahal. Pada suatu hari Rasulullah saw. menyuruh panggil seorang perempuan lalu beliau bersabda kepadanya: "Suruhlah anakmu yang tukang kayu itu membuatkan sebuah mimbar kayu untuk tempat ku berpidato kepada orang ramai. Maka dibuatnya lah mimbar yang beranak tangga tiga tingkat ini. Kemudian Rasulullah memerintahkan supaya meletakkan mimbar itu di tempat ini. Mimbar itu terbuat dari kayu hutan. Aku melihat Rasulullah saw. solat di atas mimbar itu. Mula-mula beliau takbir, dan orang ramai takbir pula di belakangnya, sedangkan beliau masih di atas mimbar. Kemudian beliau bangkit dari ruku', lalu turun sambil mundur sehingga beliau sujud di kaki mimbar. Kemudian dia kembali pula ke atas mimbar hingga selesai solat. Sesudah itu beliau menghadap kepada orang ramai lalu bersabda: "Aku lakukan ini, supaya anda semua mengikuti ku, dan supaya anda tahu bagaimana caranya aku solat. "

499. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Sesungguhnya Nabi saw. melarang orang solat dengan bercekak pinggang."

500. Dari Mu'aiqib r.a., katanya Nabi saw. pernah berkata tentang menyapu tempat sujud ketika solat, untuk meratakan atau membersihkannya. Sabda beliau, "Jika memang diperlukan boleh dilakukan sekali saja."501. Dari 'Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. melihat dahak di dinding masjid arah kiblat. Lalu Nabi mengikisnya, dan sesudah itu dia menghadap kepada orang ramai seraya bersabda: "Apabila kamu sedang solat, jangan meludah ke hadapan, kerana Allah berada di hadapanmu ketika kamu sedang solat."

502. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. melihat dahak di arah kiblat masjid,. Lalu dikikisnya dengan kerikil, Kemudian beliau bersabda melarang orang meludah ke kanan atau ke hadapan, tetapi membolehkan meludah ke kiri atau ke bawah kaki kiri."

503. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. melihat dahak di kiblat masjid. Lalu beliau menghadap kepada orang ramai seraya bersabda: "Bagaimana pendapat kamu semua, jika seseorang sedang solat menghadapi Tuhannya, lalu dia meludah ke hadapan? Senangkah kamu jika kamu sedang dihadapi seseorang, sekonyong-konyong orang itu meludahi mukamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat, maka meludahlah ke kiri atau ke bawah kakimu. Jika itu tidak mungkin, meludahlah ke sapu tanganmu."

504. Dari Anas bin Malik r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Meludah dalam masjid adalah suatu dosa. Menghapusnya ialah memendamnya."

505. Dari Abu Dzar r.a., katanya Nabi saw; bersabda : "Dipamerkan kepada ku segala amal umat ku, yang baik dan yang buruk. Maka kesanku, membuang rintangan yang mengganggu di jalanan termasuk amal baik. Dan meludah di masjid tanpa di pendam termasuk amal buruk."

506. Dari Abul A'la,Yazid bin 'Abdullah bin Syakhir, dari bapanya, katanya dia solat bersama-sama dengan Nabi saw. Tiba-tiba Nabi meludah, lalu digosok-gosoknya dengan terompahnya yang kiri."

507. Dari Abu Maslamah, Sa'id bin Yazid r.a., katanya dia bertanya kepada Anas bin Malik, "Adakah Rasulullah saw. solat pakai terompah?" Jawab Anas, "Ada!"

508. Dari 'Aisyah r.a., katanya Nabi saw. pernah solat memakai baju bercorak-corak. Lalu beliau bersabda: "Corak baju ini mengganggu ku ketika sedang solat. Kerana itu bawalah baju ini kepada Abu Jahm, tukar dengan yang polos."

509. Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. pernah memakai baju yang bercorak-corak, lalu beliau terlihat kepada corak itu. Setelah selesai solat beliau bersabda: "Bawalah baju ini kepada Abu Jahm, tukar dengan yang polos. Kerana baju itu mengganggu ku sebentar ini ketika aku solat."510. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila santapan malam sudah terhidang, sedangkan solat sudah diqamatkan, maka dahulukanlah makan malam, dan jangan tergesa-gesa."

511. Dari Ibnu Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila santapan malam sudah terhidang, sedangkan solat sudah diqamatkan, maka dahulukanlah makan, dan jangan tergesa-gesa sampai makanmu itu selesai."

512. Dari Ibnu 'Atiq r.a., katanya "Pada suatu ketika aku bercakap-cakap dengan Qasim. Dia seorang yang lahan (kurang tersusun tutur katanya) dan ia anak satu-satunya bagi ibunya. 'Aisyah bertanya kepadanya, "Mengapa kamu tidak dapat bicara seperti anak saudara ku ini? Aku tahu sebabnya. Ini dididik oleh ibunya dan kamu dididik oleh ibumu." Qasim marah dan jengkel kepada 'Aisyah. Tatkala dilihatnya 'Aisyah menghidangkan makanan, dia pergi. Maka kata 'Aisyah, "Hendak ke mana kamu?" Jawab Qasim, "Aku hendak pergi solat." Kata 'Aisyah, "Duduklah dahulu!" Jawab Qasim, "Aku hendak pergi solat." Kata 'Aisyah, "Duduklah dahulu! Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Tidak sempurna solat seseorang apabila makanan telah dihidangkan, atau apabila dia didesak buang air besar atau kecil."

513. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda ketika terjadi perang Khaibar, "Siapa yang makan buah ini, yakni bawang putih, janganlah datang ke masjid."

514. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya RasululIah saw. bersabda: "Siapa yang makan bawang putih, janganlah mendekat ke masjid sebelum hilang bau mulutnya."515. Dari 'Abdul 'Aziz r.a., yakni Ibnu Shuhaib, katanya: "Anas bin Malik pernah ditanya orang perihal memakan bawang. Jawab Anas, "Rasulullah saw. bersabda: Siapa memakan buah ini (bawang putih), janganlah mendekati kami dan jangan pula solat bersama-sama dengan kami."

516. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Siapa yang makan buah ini (bawang putih), janganlah mendekati masjid kami dan menyiksa kami dengan mulut yang berbau bawang."

517. Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang kami memakan bawang dan kucai (sayur-sayuran yang menyebabkan mulut atau badan jadi bau). Tetapi kerana terpaksa kami makan juga. Maka bersabda beliau saw., "Siapa yang memakan sayur-sayuran (yang menyebabkan badan atau mulut jadi bau) ini, maka janganlah mendekati masjid kami, kerana malaikat merasa tersiksa juga dengan apa yang menyiksa manusia."

518. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Ketika perang Khaibar, kami para sahabat Rasulullah saw. terpaksa makan sayur bawang putih. Kerana sangat lapar, kami makan agak banyak. Kemudian kami pergi ke masjid, lalu baunya tercium oleh Rasulullah saw. Maka bersabda beliau, "Siapa yang makan buah yang berbau busuk itu, janganlah dekat-dekat kepada kami di masjid." Kata orang banyak, "Haram! Haram!" Ketika hal itu terdengar oleh Rasulullah saw., beliau bersabda: "Wahai, manusia! Sesungguhnya aku tidak mengharamkan apa yang dihalalkan Allah; tetapi hanya kerana tumbuh-tumbuhan itu berbau busuk."

519. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Siapa yang mendengar seseorang mencari barang hilang di masjid, katakanlah kepadanya: Semoga Allah tidak mengembalikan barang itu kepada mu, kerana sesungguhnya masjid dibangun bukanlah untuk itu."

520. Dari Salman bin Buraidah r.a., dan bapanya, katanya: "Ada seorang lelaki mencari-cari (untanya yang hilang) dalam masjid, lalu dia berseru: "Siapa di antara anda semua yang dapat mengembalikan unta merahku?" Maka bersabda Nabi saw., "Engkau tidak akan mendapatkannya kembali, kerana masjid ini dibangun bukanlah untuk itu."521. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu solat, datanglah syaitan mengganggumu sehingga kamu lupa telah berapa raka'at kamu solat. Apabila kamu mengalami hal yang demikian itu, maka sujudlah dua kali ketika duduk."

522. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila orang azan, maka syaitan lari terkentut-kentut sampai tak kedengaran lagi olehnya azan. Apabila azan telah selesai, dia kembali pula. Kemudian, apabila orang qamat dia lari pula, dan apabila qamat telab selesai dia datang pula kembali menggoda orang (yang sedang solat). Dia membisik, "Ingatlah ini dan itu!" Yaitu hal-hal yang tidak pernah diingatnya selama ini, sehingga orang lupa telah berapa raka'at dia solat. Maka apabila kamu lupa telah berapa raka'at kamu solat, sujudlah dua kali ketika sedang duduk (sujud sahwi)." 523. Dari 'Abdullah bin Buhainah

r.a., katanya : "Pada suatu ke. tika Rasulullah saw. mengimami karni solat. Se'telah dua raka'at, beliau langsung berdiri tanpa duduk (tasyahud awal), dan jamaah yang banyak tumt pula berdiri mengikuti beliau.

Tatkala solat telah selesai, dan kami sedang menunggu.menunggu b~liau mengucapkan salam, ternyata beliau takbir, Ialu sujud dua kali ketika

duduk sebelum salam; setelah Uu baru Iah beliau memberi salam."

524. Dari' Abdullah bin Buhainah, Al Asdi r.a., iaitu kawan yang telah bersumpah setia dengan Bani Abdul Muththalib, katanya: "Rasulullah saw. pernah solat Zuhur, di mana beliau langsung berdiri, sedangkan seharusnya duduk (tasyahud awal). Maka ketika solat telah cukup (empat raka'at), beliau sujud dua kali dengan membaca takbir setiap kali sujud, iaitu ketika duduk sebelum salam. Orang banyak ikut pula sujud bersama-sama dengan beliau, iaitu pengganti tasyahud awal yang terlupa."

525. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila kamu ragu dalam solat apakah baru tiga ataukah sudah empat raka'at, maka buanglah keraguan dan ambillah yang pasti (iaitu yang sedikit, dalam hal ini tiga). Kemudian sujudlah dua kali sebelum memberi salam. Jika ternyata dia solat lima raka'at, maka solatnya telah genap. Dan ternyata solatnya memang empat raka'at, maka kedua sujudnya itu adalah sebagai penghinaan bagi syaitan."

526. Dari Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. solat melebihi atau kurang dari jumlah raka'at yang semestinya. Setelah beliau memberi salam, ditanyakan orang kepadanya: "Ya, Rasulullah! Apakah ada perubahan dalam solat?" Tanya Nabi saw., "Mengapa begitu

tanya anda?" Jawab mereka, "Anda solat begini, begini, begini." Lalu beliau menyimpuhkan kedua kakinya menghadap ke kiblat, kemudian sujud dua kali dan sesudah itu memberi salam. Kemudian beliau menghadapkan mukanya kepada kami seraya bersabda: "Jikalau ada suatu perubahan tentang cara solat, tentu kuberitahukan kepada anda semua. Aku adalah manusia pelupa seperti anda juga. Kerana itu, apabila aku lupa ingatkan

lah aku. Dan apabila kamu ragu dalam solat tentang jumlah raka'atnya, ambillah yang pasti (iaitu jumlah yang sedikit), lalu cukupkanlah, kemudian sujudlah dua kali." 527. Dari 'Abdullah r.a., katanya:

"Pada suatu ketika Nabi saw. solat Zhuhur lima raka'at. Setelah selesai solat ditanyakan orang kepada beliau, "Apakah raka'at solat bertambah, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Mengapa begitu tanya anda?" Jawab mereka, "Anda solat lima raka'at!" Lalu Nabi saw. sujud dua kali.

528. Dari Abdullah r.a., katanya : "Nabi saw. sujud dua kali kerana lupa, iaitu sesudah memberi salam dan bercakap-cakap."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   61   62   63   64   65   66   67   68   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin