Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə7/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   107

204. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan menyamai orang-orang musyrik, potonglah kumismu, dan rawatlah jenggot."

205. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Potonglah kumis dan rawatIah jenggot, jangan menyamai orang Majusi."

206. Dan 'Aisyah r.a:, katanya Rasulullah saw. bersabda : "Ada sepuluh macam fithrah : 1. Memotong kumis 2. Merawat jenggot 3. Menggosok gigi 4. Istinsyaq dengan air 5. Memotong kuku 6. Membersihkan buku-buku jari 7. Mencabut bulu ketiak 8. Mencukur bulu ari-ari 9. Istinja'. Kata Zakariya, "Mush'ab mengatakan bahwa dia lupa yang kesepuluh. Tetapi agaknya berkumur-kumur." Kata Waki', 'Intiqashul ma', artinya: istinja' (cebok dengan batu)."

207. Dari Salman r.a., katanya dia ditanya orang, "Bukankah Rasulullah saw. telah mengajarkan kepada anda segala-galanya, hingga masalah buang air juga?" Jawabnya, "Benar! Beliau melarang kita menghadap kiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau melarang juga istinja' dengan tangan kanan, istinja' kurang dari tiga buah batu, dan istinja' dengan kotoran ternak yang telah mengeras atau dengan tulang."

208. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

"Apabila kamu jongkok hendak buang air, jangan menghadap kiblat atau membelakanginya."209. Dari Wasi' bin Habban r.a., katanya: "Aku sedang solat di masjid, dan Abdullah bin 'Umar bersandar membelakangi kiblat. Setelah selesai solat, aku berpaling kepadanya dari arah samping." Maka berkata Abdullah, "Orang-orang mengatakan, apabila jongkok hendak buang air,

jangan menghadap kiblat (Ka'bah) dan jangan pula menghadap ke Baitul . Makdis." Kata Abdullah melanjutkan, "Aku pernah naik ke loteng rumahku, sekonyong-konyong aku terlihat kepada Rasulullah saw. sedang jongkok buang air, dalam keadaan menghadap arah ke Baitul Makdis."

210. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Pada suatu kali, aku naik ke rumah saudara ku Hafshah. Sekonyong-konyong aku terlihat kepada Rasulullah saw. sedang jongkok buang air, dalam keadaannya menghadap arah ke Syam, membelakangi kiblat."

211. Dari 'Abdullah bin Abu Qatadah r.a., dan bapanya, katanya Rasulullah saw. bersabda: (1) Jangan memegang zakar dengan tangan kanan ketika kencing. (2) Jangan cebok dengan tangan kanan, dan (3) Jangan bernafas ke dalam bejana (waktu minum).212. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. lebih suka mendahulukan yang kanan ketika berwudhuk atau mandi, ketika bersisir, dan memakai terompah."

213. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala keadaan (perbuatan). Seperti memakai terompah, bersisir, berwudhuk dan mandi."

214. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Takutilah (jauhilah) dua perbuatan terkutuk." Para sahabat bertanya, "Apakah keduanya itu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Orang yang berak

di jalan tempat orang banyak lalu lintas, atau di tempat mereka berteduh (seperti di bawah pohon dan sebagainya)."

215. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. pergi ke jamban, diikutkan seorang anak membawa tempat air." Anak itu adalah yang paling kecil di antara kami. Lalu diletakkannya tempat air itu dekat sebatang pohon sidir. Setelah beliau selesai buang hajat, beliau mendapatkan kami dan ternyata beliau cebok dengan air."

216. Dan Hammam r.a., katanya: "Jarir kencing, kemudian dia berwudhuk dengan menyapu sepatu." Lalu dia ditanya orang, "Mengapa anda berbuat seperti itu?" Jawabnya, "Aku pernah melihat Rasulullah saw. kencing, kemudian beliau berwudhuk dengan menyapu saja kedua sepatu beliau."

217. Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Aku berjalan bersama-sama dengan Nabi saw. hingga sampai ke tempat pembuangan sampah suatu kaum. Di situ kami berhenti dan Nabi saw. kencing sambil berdiri. Kerana itu aku agak menjauh. Kemudian beliau memanggil ku, "Kemarilah!" katanya. Aku mendekati beliau sehingga dekat sekali dengannya. Beliau berwudhuk dengan menyapu saja kedua sepatunya.

218. Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., dari Nabi saw., bahawa pada suatu ketika Nabi saw. keluar untuk buang hajat, lalu diikuti oleh Mughirah dengan membawa sebuah ember berisi air. Setelah beliau selesai buang hajat, Mughirah membantu beliau menuangkan air untuk wudhuk. Lalu beliau berwudhuk dengan menyapu kedua sepatunya."

219. Dari 'Urwah bin Mughirah r.a., dari bapaknya, katanya: "Pada

suatu malam aku bepergian bersama Nabi saw. Di tengah perjalanan beliau

bertanya, "Adakah engkau membawa air?" Jawab ku, "Ada, ya, Rasulullah!" Lalu beliau turun dari kenderaannya, dan berjalan ke dalam gelap malam

sehingga tak kelihatan lagi olehku. Kemudian beliau datang kembali. Aku menuangkan air dari ember untuk beliau wudhuk, lalu beliau mencuci mukanya. Ketika itu beliau memakai jubah bulu. Ketika beliau akan mencuci tangan, beliau tidak dapat mengeluarkan tangannya sehingga terpaksa beliau keluarkan dari bawah jubah. Lalu beliau mencuci tangan dan menyapu kepalanya. Kemudian aku menunduk hendak membuka sepatu

beliau. Kata beliau, "Biarkan sajalah kedua sepatu itu! Aku memakainya tadi dalam keadaan bersih. Kemudian beliau sapu saja kedua-duanya."

220. Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya: "Pada suatu ketika

dalam suatu perjalanan Rasulullah saw. tertinggal, dan aku tertinggal pula bersama-sama dengan beliau. Ketika beliau hendak buang hajat, beliau bertanya kepada ku, "Adakah engkau membawa air?" Lalu aku membawakan air seember untuk beliau. Maka dicucinya tangan dan mukanya. Ketika hendak mencuci tangan, beliau mendapat kesulitan kerana lengan bajunya sempit. Sebab itu dikeluarkannya tanganNya dari bawah jubah, dan beliau letakkan jubah itu ke bahunya. Sesudah itu beliau mencuci kedua tanganNya, menyapu kepala di atas serbannya dan menyapu kaki di atas kedua sepatunya. Kemudian beliau naik ke atas kendaraannya, dan aku pun ikut pula naik. Ketika rombongan yang mendahului kami tersusul oleh kami, kami dapati mereka sedang solat, diimami 'Abdur Rahman bin 'Auf, dan mereka telah ruku' satu raka'at. Ketika dia mengetahui kedatangan Nabi saw. 'Abdur Rahman berusaha hendak mundur, tetapi Nabi saw. memberi isyarat supaya dia terus mengimami. Lalu Nabi saw. solat bersama-sama dengan mereka. Setelah mereka selesai solat (memberi salam), Rasulullah berdiri dan kami mencukupkan solat kami yang ketinggalan satu rakaat lagi.

221. Dari Syuraih bin Hani' r.a., katanya: "Aku datang kepada 'Aisyah r.a. menanyakan perihal menyapu sepatu." Jawab 'Aisyah, "Ada baiknya masalah itu anda tanyakan kepada anak Abu Thalib (Ali bin Abi Thalib), kerana dia pernah musafir bersama-sama Rasulullah saw." Lalu kami bertanya kepada Ali. Jawab Ali, "Rasulullah saw. membolehkan menyapu sepatu tiga hari tiga malam bagi orang musafir dan sehari semalam bagi

orang muqim (tidak musafir)."

222. Dari Buraidah c.a., katanya: "Pada hari penaklukan Makkah, Nabi saw. melakukan solat beberapa kali dengan satu kali wudhuk. Dan beliau mencuci kaki dengan menyapu sepatunya saja." Lalu 'Umar bertanya kepada beliau, "Aku melihat Anda melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan selama ini." Jawab Nabi saw., "Aku memang sengaja melakukannya, hai 'Umar!"

223. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu bangun dari tidur, jangan mencelupkan tangan ke dalam bejana, sebelum dicuci lebih dahulu tiga kali, kerana kamu tidak tahu di mana tanganmu itu terletak waktu tidur."

224. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu bangun tidur, maka hendaklah tanganmu dituang lebih dahulu tiga kali (membersihkannya), sebelum memasukkannya ke dalam bejana. Kerana kamu tidak tahu di mana tanganmu itu terletak selama tidur."

225. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila ada anjing minum ke dalam bejanamu, tumpahkanlah isinya, dan sesudah itu cuci bejana itu tujuh kali."

226. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bejana yang dijilat anjing jadi suci, apabila dicuci tujuh kali, pertama-tama dengan tanah."

227. Dari Jabir r.a., dari Rasulullah saw., beliau melarang orang kencing di air tenang."

228. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Jangan kamu kencing di air tenang, di mana kamu mandi pula di situ."

229. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Janganlah kamu kencing di air tenang yang tidak mengalir, di mana kamu mandi pula di situ."

230. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Janganlah kamu mandi di air tenang, sedangkan kamu junub."

231. Dari Anas r.a., katanya: "Seorang Arab dusun kencing di masjid. Lalu beberapa orang berdiri hendak menangkapnya. Lantas Nabi saw. bersabda: "Biarkan dia! Jangan diganggu!" Kata Anas selanjutnya, "Ketika orang itu telah selesai kencing, Nabi saw. menyuruh ambilkan seember air, lalu dituangkannya di bekas kencing orang itu."

232. Dari Anas bin Malik r.a., iaitu paman Ishak, katanya: "Ketika kami sedang berada di dalam masjid bersama-sama Rasulullah saw., sekonyong-konyong datang seorang Arab dusun, lalu dia kencing dalam masjid. Maka berkata para sahabat, "Mah, mah!" Sabda Nabi saw., "Jangan kalian ganggu dia. Biarkan!" Kerana itu para sahabat membiarkannya sehingga dia selesai kencing. Kemudian orang itu dipanggil oleh Rasulullah saw. lalu beliau bersabda kepadanya, "Tempat ini adalah masjid. Tidak pantas anda kencing di sini atau mencemari tempat ini. Masjid ialah tempat solat, tempat mengingat Allah 'azza wa jalla dari membaca Qur'an. Sesudah itu Rasulullah saw. menyuruh seseorang mengambil air seember, lalu disiramkannya di atas kencing itu."

233. Dari Aisyah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Dibawa orang kepada Rasulullah saw. beberapa orang bayi, lalu Nabi saw. memohonkan berkah untuk mereka dan membelai mereka. Kemudian dibawa orang pula seorang bayi dan dia kencing di pangkuan Nabi. Beliau meminta air dan memercikkannya di pakaian beliau yang kena kencing, dan tidak mencucinya lagi sesudah itu."

234. Dari Ummu Qais binti Mihshan r.a., katanya dia datang kepada

Nabi saw. membawa bayinya yang belum memakan makanan selain susu ibu. Bayi itu diletakkannya di pangkuan Nabi, dan ia kencing (mengenai

pakaian Nabi). Kemudian Nabi memercikkan air ke bahagian pakaian beliau yang kena kencing, tidak lebih dari itu."

235. Dari 'Aisyah r.a., dia berkata perihal mani, katanya: "Aku hanya menggarutnya dari kain Nabi saw. (tanpa dicuci)."

236. Dari 'Amar Ibnu Maimun r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Sulaiman bin Yasar perihal mani apabila mengenai pakaian seseorang;

apakah cukup dengan membersihkan yang terkena mani itu saja, ataukah harus mencuci kain itu seluruhnya?" Jawabnya, "Aisyah pernah mengabarkan kepada ku, bahwa Rasulullah saw. hanya membersihkan bahagian yang kena mani itu saja; kemudian beliau pergi solat dengan memakai kain itu. Aku memang melihat bekas cucian di kain itu."

237. Dari Abdullah bin Syihab Al Khaulani r.a., katanya: "Aku pernah bermalam di rumah 'Aisyah r.a. Kebetulan aku bermimpi, sehingga dua helai pakaianku basah kerananya, lalu keduanya kurendam dalam air. Perbuatanku itu dilihat oleh pelayan perempuan 'Aisyah lalu diceritakannya kepada 'Aisyah, 'Aisyah memanggil ku dan bertanya, "Mengapa kamu rendam pakaianmu?" Jawab ku, "Aku bermimpi seperti biasanya orang tidur bermimpi." Tanya 'Aisyah, "Adakah engkau melihat apa-apa (mani) di kain itu?" Jawab ku, "Tidak!" Kata 'Aisyah, "Kalau ada kelihatan apa-apa, cucilah. Aku teringat ketika aku pernah melihat mani yang telah kering di pakaian Nabi saw., aku hanya menggarutnya dengan kukuku."

238. Dari Asma r.a., katanya: Seorang datang kepada Nabi saw. bertanya: "Apabila kain kami kena darah haid, apa yang harus kami lakukan?" Jawab Nabi saw., "Mula-mula buang darahnya, kemudian gosok-gosok kainnya dengan air, setelah itu pakailah solat."239. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. lewat dekat dua buah kuburan, lalu beliau bersabda, 'Tahukah kamu bahwa kedua orang yang berada dalam kuburan ini sedang disiksa kerana kesalahannya berat. Yang satu kerjanya tukang fitnah, sehingga menimbulkan permusuhan di mana-mana. Yang satu lagi tidak cebok sesudah kencing."

Kata lbnu 'Abbas, "Kemudian Nabi meminta pelepah kurma yang masih basah, lalu dibelahnya dua. Sesudah itu ditancapkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sebelah." Kemudian beliau bersabda. "Semoga siksaan mereka diringankan Allah, selama pelepah kurma itu masih basah."

240. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila salah seorang kami haid, maka Rasulullah saw. menyuruhnya supaya memakai kain haid, sesudah itu beliau bercumbuan dengannya." Kata 'Aisyah selanjutnya, "Tetapi, agaknya tidak ada di antara kalian yang sanggup mengendalikan nafsunya seperti Rasulullah saw."

241. Dari Maimunah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Rasulullah saw. pernah mencumbu isterinya ketika sedang haid, tetapi mereka pakai kain haid (tidak sampai bersetubuh)."

242. Dari Maimunah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Rasulullah saw. pernah berbaring bersama ku, padahal ketika itu aku sedang haid. Tetapi kami di halang oleh sehelai kain."

243. Dari Ummu Salamah r.a., katanya: "Pada suatu ketika sedang

aku berbaring bersama Rasulullah saw. dalam satu selimut, sekonyong-konyong aku haid. Kerana itu aku menghindarkan diri diam-diam, lalu aku mengenakan kain haidku." Beliau bertanya, "Haidkah engkau?" Jawab ku, "Ya, aku haid, ya, Rasulullah." Aku dipanggilnya kembali, lalu tidur-tiduran pula bersama beliau dalam satu selimut. Selanjutnya Maimunah menceritakan, bahwa dia pernah mandi jinabah berdua dengan Nabi saw. dalam satu bak mandi."

244. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. sedang i'tikaf. Sekonyong-konyong beliau mendekatkan kepalanya kepada ku, maka kusisirkan rambutnya. Selama i'tikaf beliau tidak pernah masuk ke rumah, kecuali untuk buang hajat."

245. Dari 'Aisyah r.a.,istri Nabi saw., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. mengeluarkan kepalanya dari masjid, padahal beliau sedang i'tikaf. Lalu kucucikan kepalanya, padahal aku sedang haid." 246. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. menyuruh ku mengambilkan sajadah dari dalam masjid." Lalu kujawab, "Aku sedang haid, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Haidmu bukankah tidak di tanganmu?"

247. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. sedang berada dalam masjid, beliau pernah menyuruh 'Aisyah, "Hai, 'Aisyah! Ambilkan bajuku!" Jawab 'Aisyah, "Aku sedang haid, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Bukankah haidmu itu tidak di tanganmu?" Kerana itu 'Aisyah mengambilkannya.

248. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu waktu ketika aku sedang haid, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada Nabi saw., maka beliau meletakkan bibirnya di bekas mulut ku lalu beliau minum pula.

Pernah ketika aku sedang haid, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit, daging itu kuberikan kepada Nabi saw. lalu beliau menggigitnya pula di bekas gigitanku."

249. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. duduk menyandar kepada ku, lalu dia membaca qur'an, padahal aku sedang haid."

250. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Suatu kebiasaan bagi bangsa Yahudi, apabila wanita-wanita mereka sedang haid, mereka tidak mahu makan bersama-sama, bahkan tidak tinggal serumah. Maka para sahabat bertanya kepada Nabi saw. perihal itu, lalu turun ayat: "Mereka bertanya kepada mu tentang haid. Katakanlah, haid itu kotor. Kerana itu jauhilah wanita-wanita itu selama masa haid (Al Baqarah : 222). Kemudian Rasulullah saw. bersabda, "Kamu boleh melakukan segala-galanya selain sanggama." Berita itu sampai kepada orang Yahudi. Mereka berkata, "Orang ini (Nabi saw.) memang selalu hendak meremehkan dan menentang kita." Mendengar itu maka datanglah Usaid bin Hudhair dan Abbad bin Bisyir kepada Rasulullah saw. lalu kata mereka, "Orang-orang Yahudi mengatakan begini dan begitu. Apakah tidak lebih baik kita sanggama saja dengan wanita haid?" Wajah Rasulullah saw. serta merta berubah, sehingga kami menyangka beliau sangat marah kepada mereka berdua, lalu mereka pergi. Kemudian Nabi saw. menyuruh orang menyusul mereka untuk diberi susu. Dengan begitu mereka tahu bahawa Nabi saw. tidak marah kepada mereka.

251. Dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. katanya: "Aku sering keluar madzi. Tetapi aku malu menanyakan hukumnya kepada Rasulullah saw. kerana hubunganku dengan puteri beliau. Kerana itu kusuruh Miqdad bin Al Aswad menanyakannya. Jawab Rasulullah saw., "Suruh dia mencuci zakarnya, dan sesudah itu suruh dia berwudhuk."

252. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Apabila Nabi saw. bangun tengah malam, maka setelah beliau selesai buang hajat, beliau cuci muka dan

tangannya, sesudah itu barulah beliau tidur. "253. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Apabila Rasulullah saw. hendak tidur, padahal beliau junub, maka beliau wudhuk lebih dahulu seperti wudhuk solat, sesudah itu barulah beliau tidur."

254. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. sedang dalam keadaan junub, padahal beliau ingin makan atau tidur, maka beliau wudhuk lebih dahulu seperti wudhuk solat."

255. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya 'Umar bertanya kepada Rasulullah saw.: "Ya, Rasulullah! Bolehkah kami tidur dalam keadaan junub?"

Jawab Nabi saw., "Boleh, tetapi wudhuk lebih dahulu!"

256. Dari 'Abdullah bin Abu Qais r.a. katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang solat witir Rasulullah saw., lalu dia menjawab dengan menyebutkan hadis mengenai witir." Kemudian aku bertanya pula,

"Apakah yang dilakukan Nabi saw. dalam keadaan jinabah (junub); apakah

beliau mandi sebelum tidur ataukah tidur lebih dahulu sebelum mandi?"

Jawab 'Aisyah r.a., "Kedua-duanya pernah dilakukan Nabi saw. Kadang-kadang beliau mandi lebih dahulu, sesudah itu baru beliau tidur. Kadang-kadang beliau wudhuk lebih dahulu, lalu tidur." Kataku, "Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan segala urusan menjadi lapang."

257. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu bersanggama, kemudian ingin hendak mengulangnya kembali, maka hendaklah wudhuk lebih dahulu."

258. Dari Anas bin Malik r.a., katanya; "Rasulullah saw. pernah mendatangi beberapa isteri beliau bergantian, hanya dengan satu kali mandi."

259. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Ummu Sulaim datang bertanya kepada Rasulullah saw., dan ketika itu 'Aisyah sedang berada di dekat beliau. Katanya, "Ya, Rasulullah! Bagaimana kalau seorang perempuan bermimpi seperti halnya orang lelaki bermimpi, lalu dia melihat sesuatu (mani) keluar dari dirinya?" Aisyah menyela, "Hai, Ummu Sulaim! Pertanyaan anda memalukan kaum wanita. Celaka!" Kata Nabi saw. kepada Aisyah, "Bahkan engkaulah yang celaka!" Dan selanjutnya Nabi saw. mengatakan, "Ya, perempuan yang bermimpi itu hendaknya mandi, kalau dia memang melihat mani itu keluar dari dirinya."260. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Ummu Sulaim bercerita

bahwa dia bertanya kepada Nabi saw. tentang perempuan yang bermimpi ketika tidur seperti lelaki bermimpi, keluar mani. Jawab Rasulullah saw., "Apabila perempuan itu memang keluar mani, maka hendaklah dia mandi." Kata Ummu Sulaim, "Aku sebenarnya malu menanyakan masalah ini kepada beliau. Apakah mani itu memang ada?" Jawab Nabi saw., "Ya, ada! Mani lelaki kental berwarna putih dan mani perempuan agak encer berwarna kekuning-kuningan. Kalau tidak ada, kenapa seorang anak bisa serupa dengan orang tuanya. Siapa yang maninya lebih unggul (dominan), maka anaknya serupa dengan dia."

261. Dari Ummu Salamah r.a., katanya: "Umu Sulaim datang bertanya kepada Nabi saw., "Ya, Rasulullah! Allah swt. sekali-kali tidak malu mengatakan yang hak. Apakah perempuan wajib pula mandi apabila dia bermimpi?" Jawab Rasulullah saw., "Ya, wajib kalau dia keluar mani!" "Tanya Ummu Sulaim, "Apakah perempuan memang keluar mani pula?"

Jawab Rasulullah saw., "Masakan tidak! Kalau tidak kenapa anak-anaknya

bisa serupa dengan ibunya." 262. Dari Tsauban, maula Rasulullah saw., katanya: "Pada suatu waktu, ketika aku sedang berdiri dekat Rasulullah saw., tiba-tiba datang seorang pendeta Yahudi, seraya ia mengucapkan salam: Assalamu'alaika ya, Muhammad!" Lalu pendeta itu aku dorong, sehingga dia hampir jatuh.

Katanya, "Kenapa engkau dorong aku?" Jawab ku, "Apa keberatanmu untuk menyebutkan 'Ya, Rasulullah'?" Kata Yahudi itu, "Bukankah aku telah

memanggilnya dengan nama yang diberikan keluarganya?" Kata Rasulullah

saw., "Ya, namaku Muhammad! Dan itulah nama yang diberikan keluargaku

kepada ku." Kata Yahudi, "Aku sengaja datang hendak bertanya kepada

anda." Jawab Rasulullah saw., "Akan adakah gunanya jika kujawab pertanyaanmu itu?" Yahudi: "Akan kudengar dengan kedua telingaku." Rasulullah saw.: (menggaris-garis tanah dengan tongkatnya - agaknya beliau sedang berfikir atau menunggu wahyu lalu beliau berkata) "Silakan bertanya Yahudi: "Di mana manusia berada pada hari pergantian bumi dan langit dengan bumi dan langit yang lain?" Rasulullah saw.: "Mereka berada dalam kegelapan, dekat suatu jambatan." Yahudi: "Siapa orang yang pertama-tama melewati jambatan itu?" Rasulullah saw.: "Kaum Muhajirin yang miskin-miskin." Yahudi: "Apa yang mereka makan ketika mula-mula masuk syurga?" Rasulullah saw.: "Ujung hati ikan!" Yahudi: "Apa yang mereka makan sesudah itu?" Rasulullah saw.: "Disembelihkan untuk mereka lembu syurga yang digembalakan di pinggir-pinggir syurga itu." Yahudi: "Apa minuman mereka di sana?'; Rasulullah saw.: "Air mata air yang disebut 'Salsabila'." Yahudi: "Jawapan anda benar belaka! Kata Yahudi itu selanjutnya, "Aku datang hendak bertanya kepada anda, sesuatu yang tidak seorang pun penduduk bumi mengetahuinya, kecuali para Nabi atau seorang dua lelaki." Rasulullah saw.,: "Akan adakah gunanya jika pertanyaan itu kujawab?" Yahudi: "Akan kudengar dengan kedua telingaku." Kata Yahudi itu melanjutkan, "Aku datang hendak menanyakan (masalah kelahiran) anak." Rasulullah saw.: "Air mani lelaki berwarna putih dan air mani perempuan berwarna kekuning-kuningan. Apabila keduanya bertemu, maka jika mani lelaki yang lebih unggul

dari mani perempuan, akan lahir dari perempuan itu anak lelaki. Dan jika mani perempuan yang lebih unggul dari mani lelaki, akan lahirlah anak perempuan dengan izin Allah." Yahudi: "Jawapan anda benar belaka. Dan anda memang sesungguhnya Nabi!" Kemudian dia pergi. Maka bersabda Rasulullah saw. "Sesungguhnya aku pernah ditanya orang seperti apa yang ditanyakan Yahudi itu. Mulanya aku belum tahu apa-apa mengenai masalah itu, tetapi Allah mengajarkannya kepada ku."

263. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. mandi junub, mula-mula dicucinya tangannya. Kemudian dituangkannya air dengan tangan kanan ke tangan kiri, lalu dicucinya kemaluannya. Sesudah itu beliau mengambil wudhuk seperti wudhuk untuk solat. Kemudian diambilnya air, lalu dimasukkannya dengan anak-anak jarinya ke akar-akar rambut, sehingga apabila dirasanya telah merata, maka disiramkannya air ke kepalanya tiga kali. Kemudian disiramnya seluruh tubuhnya, dan sesudah itu dicucinya kedua kakinya."

264. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. mandi junub, mula-mula dicucinya tangannya sebelum dimasukkannya ke dalam bejana. Sesudah itu beliau mengambil wudhuk seperti wudhuk solat."

265. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Maimunah, bibiku, pernah

bercerita kepada ku, 'Aku membawakan air untuk Rasulullah saw. untuk keperluan beliau mandi junub. Mula-mula beliau mencuci tangan dua atau

tiga kali. Kemudian dimasukkannya tangannya ke dalam bejana, lalu disiramnya kemaluannya dan dicucinya dengan tangan kiri. Sesudah itu diletakkannya tangannya yang kiri itu ke tanah, lalu digosok-gosokkannya agak keras. Kemudian beliau berwudhuk seperti wudhuk untuk solat. Sesudah itu disiramnya kepalanya dengan air sepenuh telapak tangan tiga kali, dan sesudah itu seluruh tubuhnya. Kemudian beliau beranjak sedikit dari tempatnya, lalu dicucinya kakinya. Sesudah itu aku berikan kepada beliau handuk, tetapi beliau menolak."

266. Dari 'Aisyah r.a., katanya: Rasulullah saw. mandi junub dengan air satu bejana, yang disebut bejana'Al Faraq'."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin