Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə78/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   74   75   76   77   78   79   80   81   ...   107

1177. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Seorang lelaki patah lehernya kerana jatuh dari unta ketika ihram bersama-sama dengan Rasulullah saw. Lalu beliau perintahkan supaya jenazahnya dimandikan dengan air

campuran daun sidir (bidara), jangan pakai harum-haruman dan jangan ditutup kepalanya, kerana dia akan dibangkitkan kelak di hari kiamat dalam keadaan ihram."

1178. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah datang ke rumah Dhuba'ah binti Zubair, lalu beliau bertanya, "Adakah engkau bermaksud hendak naik haji?" Jawab Dhuba'ah, "Aku sakit, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Hajilah dengan niat bersyarat. Ucapkan: Wahai Allah, aku akan tahallul (berhenti) jika Engkau menahan ku (jika tambah sakit dan tak sanggup meneruskannya)." Dhuba'ah itu adalah isteri Miqdad.

1179. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Rasulullah saw. datang ke rumah Dhuba'ah binti Zubair bin Abdul Muththalib, lalu kata Dhuba'ah, "Ya, Rasulullah! Aku bermaksud hendak menunaikan ibadah haji, tetapi aku

sakit. Bagaimana itu?" Maka bersabda Nabi saw., "Hajilah dan syaratkan dalam niatmu akan tahallul (berhenti) jika tak sanggup meneruskannya kerana tambah sakit."

1180. Dari 'Aisyah r.a., katanya 'Asma' binti 'Umais melahirkan Muhammad bin Abu Bakar dekat pohon di Zulhulaifah. Lalu Rasulullah saw. memerintahkan Abu Bakar supaya menyuruhnya mandi dan ihram."

1181. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Kami pergi haji bersama-sama Rasulullah saw. pada tahun haji wada', lalu kami ihram untuk 'umrah. Kemudian beliau bersabda, "Siapa yang membawa hadiah (haiwan kurban) boleh ihram untuk haji dan 'umrah, dan tak boleh tahallul sebelum kedua-duanya selesai." Kata Aisyah, "Setibanya aku di Makkah, kebetulan aku haid, sehingga aku tidak thawaf di Baitullah dan tidak sa'i antara Shafa dan Marwa. Hal itu kulaporkan kepada Rasulullah saw." Sabda beliau, "Lepas sanggulmu dan bersisirlah. Kemudian, teruskan ihrammu untuk haji dan tinggalkan 'umrah." Apa yang diperintahkan beliau kulaksanakan semuanya. Setelah kami selesai mengerjakan haji, Rasulullah saw. menyuruh ku bersama-sama Abdur rahman bin Abu Bakar pergi ke Tan'im untuk melakukan 'umrah. Sabda beliau, "Itulah ganti 'umrahmu yang gagal." Orang-orang yang tadinya ihram untuk 'umrah, setibanya di Makkah mereka terus thawaf di Bait dan sa'i di Shafa dan Marwa. Kemudian sekembalinya mereka dari Mina, mereka thawaf kembali selaku thawaf akhir. Adapun orang-orang yang menggabungkan niat haji dan 'umrah, mereka thawaf satu kali saja."

1182. Dari 'Aisyah r.a., isteri Rasulullah saw., katanya: "Kami pergi haji bersama-sama Rasulullah saw. pada tahun haji wada'. Di antara kami ada yang ihram untuk 'umrah dan ada pula yang untUk haji. Setelah kami tiba di Makkah, Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang ihram untuk 'umrah tetapi tidak membawa hadiah (haiwan kurban), dia boleh tahallul. Dan siapa yang ihram untuk 'umrah sedangkan dia membawa hadya, dia

belum boleh tahallul sampai dia menyembelih hadiahnya. Dan apa yang ihram untuk haji hendaklah disempurnakannya hajinya. Kata 'Aisyah r.a., "Tiba-tiba aku haid dan masih haid hingga sampai hari 'Arafah, sedangkan aku ihram hanya untuk 'umrah. Lalu Rasulullah menyuruh ku melepaskan sanggul dan menyisir rambut, disuruhnya pula aku ihram untuk haji dan meninggalkan 'umrah." Kata 'Aisyah selanjutnya, "Perintah Rasulullah itu ku laksanakan semuanya. Ketika aku telah selesai mengerjakan haji, Rasulullah saw. menyuruh Abdurrahman bin Abu Bakar supaya menemani ku 'umrah dari Ta'im sebagai ganti 'umrah ku yang gagal dan ditukar dengan haji padahal aku belum tahallul daripadanya."

1183. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Kami pergi haji bersama-sama Rasulullah saw. lalu beliau bersabda : "Siapa yang ingin ihram untuk haji dan 'umrah sekaligus, silakan, dan siapa yang ingin ihram untuk haji saja silakan pula; dan siapa yang ingin ihram untuk 'umrah saja silakan juga!" Kata 'Aisyah r.a.,"Rasulullah sendiri beserta sekelompok sahabat ihram untuk haji, kelompok yang lain ihram untuk 'umrah dan haji, sekelompok lagi ihram untuk 'umrah saja. Sedangkan aku sendiri ihram untuk 'umrah saja." 1184. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Kami pergi bersama-sama Nabi saw., tiada lain niat kami selain haji. Setelah kami sampai dekat Sarif, tiba-tiba aku haid. Ketika Nabi saw. masuk ke dalam khemahku, didapatinya aku sedang menangis. Lalu beliau bertanya, "Apakah kamu haid?" Jawab ku, "Benar, ya Rasulullah." Sabda beliau, "Haid adalah hal yang lumrah bagi puteri-puteri Adam. Kerana itu kerjakanlah apa yang seharusnya dikerjakan oleh orang haji, kecuali thawaf di Baitullah sehingga engkau mandi (suci) lebih dahulu." Kata 'Aisyah, "Kemudian beliau menyembelih sapi untuk kurban para isterinya."

1185. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Diantara kamu ada yang ihram untuk haji ifrad (mendahulukan haji dari 'umrah), ada yang ihram untuk haji Qiran (mengerjakan haji digabung dengan 'umrah sekaligus) dan ada pula yang ihram untuk haji Tamattu' (mendahulukan 'umrah daripada haji)."1186. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Kami pergi haji dengan Rasulullah saw., bersama-sama dengan wanita-wanita dan anak-anak. Setelah sampai di Makkah, kami thawaf di Baitullah, sa'i antara Shafa qan Marwa. Sesudah itu Rasulullah saw. bersabda kepada kami, "Siapa yang tidak membawa hadiah (haiwan kurban), dia boleh tahallul." Lalu kami bertanya, "Tahallul yang bagaimana ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw., "Kamu sudah halal berbuat segala-galanya seperti sebelum ihram." Kata Jabir, "Ertinya kami sudah boleh sanggama dengan isteri kami, memakai pakaian biasa (bukan pakaian ihram), dan memakai minyak harum. Ketika hari Tarwiyah (8 Zulhijah) tiba, barulah kami ihram untuk haji, tetapi kami tidak sa'i lagi di Shafa dan Marwa, memadakan saja sa'i yang pertama.

Kemudian, Rasulullah saw. memerintahkan kami setiap tujuh orang bersama-sama menyembelih seekor Badanah (unta atau sapi yang gemuk) untuk kurban."

1187. Dari Jabir bin 'Abdullah Al Anshari r.a., katanya dia pergi haji bersama-sama dengan Rasulullah saw. pada tahun di mana beliau membawa hadiah (haiwan kurban). Mereka ihram dengan niat mengerjakan haji Ifrad. Bersabda Rasulullah saw., "Tahallul (berhentilah) kamu ihram, sesudah itu thawaflah di Bait, sa'i di Shafa dan Marwa, dan kemudian cukur rambutmu. Sementara ini kamu boleh tahallul hingga tiba hari Tarwiyah (8 Zulhijah). Bila hari Tarwiyah tiba, ihramlah kembali untuk mengerjakan haji. Sedangkan apa yang telah kamu kerjakan sebelumnya menjadi mut'ah ('umrah atau haji tamattu'). Tanya mereka, "Bagaimana caranya kami menjadikannya 'umrah sedangkan kami telah meniatkannya haji?" Jawab beliau, "Lakukanlah apa yang kuperintahkan. Seandainya aku tidak membawa haiwan kurban, akan kulakukan apa yang

telah kuperintahkan kepada mu itu. Tetapi yang demikian tidak halal bagi ku sebelum haiwan kurban yang kubawa sampai ke tempatnya." Lalu mereka lakukan apa yang diperintahkan Nabi saw. itu.

1188. Dari Ja'far bin Muhammad r.a., dari bapanya, katanya: "Kami datang ke rumah Jabir bin 'Abdullah r.a., lalu dia menanyai kami satu persatu, siapa nama kami masing-masing. Sampai giliranku ku sebutkan nama ku Muhammad bin Ali bin Husein. Lalu dibukanya kancing baju ku yang atas dan yang bawah. Kemudian diletakkannya telapak tangannya antara kedua susu ku. Ketika itu aku masih muda belia. Lalu dia berkata, "Selamat datang wahai anak saudara ku! Tanyakanlah apa yang hendak engkau tanyakan. Lalu aku bertanya kepadanya. Dia telah buta. Ketika waktu solat tiba, dia berdiri di atas sehelai sejadah yang selalu dibawanya. Tiap kali sejadah itu diletakkannya ke bahunya, pinggirnya selalu lekat padanya kerana kecilnya sejadah itu. Aku bertanya kepadanya, "Terangkanlah kepada ku bagaimana caranya Rasulullah saw. melakukan ibadah haji." Lalu dia bicara dengan isyarat tangannya sambil memegang sembilan buah anak jarinya. Katanya, "Sembilan tahun lamanya beliau menetap di Madinah, namun beliau belum haji. Kemudian beliau memberitahukan bahawa tahun kesepuluh beliau akan naik haji. Kerana itu berbondong-bondonglah orang datang ke Madinah, hendak ikut bersama-sama Rasulullah saw. untuk beramal seperti amalan beliau. Lalu kami berangkat bersama-sama dengan beliau. Ketika sampai di Zulhulaifah, Asma' binti 'Umais melahirkan puteranya, Muhammad bin Abu Bakar. Dia menyuruh tanyakan kepada Rasulullah saw. apa yang harus dilakukannya (kerana melahirkan itu). Sabda Rasulullah saw. "Mandi dan pakai kain pembalut mu. Kemudian pakai pakaian ihram mu kembali." Rasulullah saw. solat dua rakaat di masjid Zulhulaifah, kemudian beliau naiki untanya yang bernama Qashwa. Setelah sampai di Baida', ku lihat sekeliling ku, alangkah banyaknya orang yang mengiringkan beliau, yang berkenderaan dan yang berjalan kaki, di kanan kiri dan di belakang beliau. Ketika itu turun Al-Qur'an (wahyu), di mana Rasulullah saw. mengerti maksudnya, iaitu sebagai petunjuk amal yang harus kami amalkan. Lalu beliau teriakkan bacaan talbiyah: "Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarika laka labbaika; innal hamda wan ni'mata laka, wal mulka la syarika laka labbaika." Maka talbiyah pula orang ramai seperti talbiyah Nabi saw. itu. Rasulullah saw. tidak melarang mereka membacanya, bahkan sentiasa membacanya terus menerus. Niat kami hanya untuk mengerjakan haji, dan kami belum mengenal 'umrah. Setelah sampai di Bait Allah, beliau cium salah satu sudutnya (hajar aswad), kemudian beliau thawaf, lari-lari kecil tiga kali dan berjalan biasa empat kali. Kemudian beliau terus menuju ke maqam Ibrahim 'alaihis salam. Lalu beliau baca ayat: "Jadikanlah Maqam Ibrahim sebagai tempat solat.." (Al Baqarah:125). Lalu ditempatkannya maqam itu di antaranya dengan Bait. Sementara itu ayah ku berkata bahwa Nabi saw. membaca dalam solatnya "Qul huwallahu ahad..." (Al Ikhlas: 1-4) dan

"Qul ya ayyuhal kafirun " (Al Kafirun: 1-6). Kemudian beliau kembali ke sudut Bait (hajar aswad) lalu di ciumnya pula. Kemudian melalui pintu beliau pergi ke Shafa. Setelah dekat ke bukit Shafa beliau membaca ayat: "Sesungguhnya sa'i antara Shafa dan Marwa termasuk lambang-lambang kebesaran agama Allah." (Al

Baqarah: 158). Kemudian mulailah dia melaksanakan perintah Allah. Maka dinaikinya bukit Shafa. Setelah kelihatan Baitullah, lalu dia menghadap ke kiblat seraya mentauhidkan Allah dan mengagungkan-Nya. Ujarnya : "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa

'ala kulli syaiin qadir. La ilaha illallahu wahdahu, anjaza wa'dahu wa nashara 'abdahu wa hazamal ahzaba wahdahu." Kemudian beliau mendoa. Ucapan tahlil itu diulangnya sampai tiga kali. Kemudian beliau turun ke Marwa. Ketika sampai di lembah, beliau berlari-lari kecil. Dan sesudah itu beliau menuju bukit Marwa, sambil berjalan kembali. Setelah sampai di puncak bukit Marwa, beliau perbuat apa yang diperbuatnya di bukit Shafa. Tatkala beliau mengakhiri sa'inya di bukit Marwa, beliau berujar: "Kalau aku belum lakukan apa yang telah ku perbuat, nescaya aku tidak membawa hadiah,dan menjadikannya umrah." Lalu bertanya Suraqah bin Malik bin Ju'syum, katanya: "Ya, Rasulullah! Apakah untuk tahun ini saja ataukah untuk selama-lamanya?" Rasulullah saw. memperpancakan jari-jari tangannya yang satu ke jari-jari tangannya yang lain seraya berkata: Memasukkan 'umrah ke dalam haji? (2x) Tidak! Bahkan untuk selama-lamanya." Sementara itu 'Ali datang dari Yaman membawa haiwan korban Nabi saw. didapatinya Fathimah termasuk orang yang tahallul; dia mengenakan

pakaian bercelup dan bercelak mata. Ali melarangnya berbuat demikian. Jawab Fathimah, "Ayahku sendiri yang menyuruh ku berbuat begini." Kata 'Ali, "Aku pergi menemui Rasulullah saw. minta fatwa beliau terhadap perbuatan Fathimah itu. Kujelaskan kepada beliau bahwa aku mencegahnya berbuat demikian." Sabda beliau, "Fathimah benar! Fathimah benar!" Kemudian tanya beliau, "Apa

yang engkau baca ketika hendak melakukan haji?" Jawab 'Ali, aku membaca "Wahai Allah! Aku niat menunaikan ibadah haji seperti yang dicontohkan Rasul Engkau." Tanya 'Ali, "Tetapi aku membawa haiwan korban, bagaimana itu?" Jawab beliau, "Engkau jangan tahallul." Kata Ja'far, "Jumlah hadiah yang dibawa Ali dari yaman dan yang dibawa Nabi saw., ada seratus ekor. Para jamaah telah tahallul dan bercukur semuanya, melainkan Nabi saw. dan orang-orang yang

membawa hadiah beserta beliau. Ketika hari Tarwiyah (8 Zulhijah) tiba, mereka berangkat menuju Mina untuk melakukan ibadah haji. Rasulullah saw. menunggang kenderaannya. Di sana beliau solat Zhuhur, 'Ashar,

Maghrib, 'Isya, dan Subuh. Kemudian beliau menanti sebentar hingga terbit matahari; sementara itu beliau menyuruh orang lebih dahulu ke Namirah untuk mendirikan khemah di sana. Sedangkan orang Quraisy mengira bahwa beliau tentu akan berhenti di Masy'aril Haram (sebuah bukit di Muzdalifah). sebagaimana biasanya orang-orang jahiliyah. Tapi ternyata beliau terus saja menuju 'Arafah. Sampai ke Namirah didapatinya tenda-tenda telah didirikan orang. Lalu beliau berhenti untuk istirehat di situ. Ketika matahari telah condong, beliau menaiki untanya meneruskan perjalanan. Sampai di tengah-tengah lembah beliau berpidato. Sabdanya: "Sesungguhnya menumpahkan darah dan merampas harta sesama mu haram, sebagaimana haramnya berperang pada hari ini, Pada bulan ini, dan di negeri ini. Ketahuilah! Semua yang berbau jahiliyah telah dihapuskan di bawah undang-undang ku, termasuk tebusan darah masa jahiliyah. Tebusan darah

yang pertama-tama ku hapuskan ialah tebusan darah Ibnu Rabi'ah bin Harits yang disusukan oleh Bani Sa'ad, lalu ia dibunuh oleh Huzail. Begitu pula telah ku hapuskan riba jahiliyah; yang mula-mula ku hapuskan ialah riba yang ditetapkan 'Abbas bin Abdul Muththalib. Sesungguhnya riba itu kuhapuskan semuanya. Kemudian jagalah diri mu terhadap wanita. Kamu boleh mengambil mereka sebagai amanah Allah dan mereka halal bagi mu dengan mematuhi peraturan-peraturan Allah. Setelah itu kamu punya hak atas mereka, iaitu supaya mereka tidak membolehkan orang lain menduduki tikar mu. Jika mereka melanggar, pukullah mereka dengan cara yang tidak membahayakan. Sebaliknya mereka punya

hak terhadap mu. Iaitu nafkah dan pakaian yang pantas. Ku wariskan kepada mu sekalian suatu undang-undang

yang jika kamu pegang teguh, kamu tidak akan tersesat sepeninggal ku, iaitu Kitabullah! Kamu semua akan ditanya mengenai diri ku. Apakah akan jawab mu?" Jawab mereka, "Kami menjadi saksi bahwa engkau telah menyampaikan risalah ini kepada kami, telah menunaikan tugas mu dan telah memberi nasihat kepada kami." Lalu beliau bersabda sambil mengangkat telunjuknya ke langit, dan menunjuk kepada orang ramai. "Wahai Allah! Saksikanlah!" (3x). Sesudah itu beliau azan, kemudian qamat lalu solat Zhuhur, kemudian qamat lagi, lalu solat 'Ashar tanpa solat sunat antara

keduanya. Sesudah itu beliau meneruskan perjalanan menuju ke tempat wukuf. Sampai di sana, dihentikannya unta Qashwa di tempat berbatu-batu dan orang-orang yang berjalan kaki berada di hadapannya. Beliau menghadap ke kiblat dan sentiasa wukuf

sampai matahari terbenam dan mega merah hilang. Kemudian beliau teruskan pula perjalanan dengan membonceng Usamah di belakangnya, sedang beliau sendiri memegang kendali. Beliau tarik tali kekang unta Qashwa, sehingga kepalanya hampir menyentuh bantal palana. Beliau bersabda dengan isyarat tangannya, "Hai, orang ramai! Tenang! Tenang!" Tiap-tiap beliau sampai ke pinggang bukit dikendurkannya tali unta sedikit untuk memudahkannya mendaki. Sampai di Muzdalifah beliau solat Maghrib dan 'Isya dengan satu kali azan dan dua qamat, tanpa solat sunat antara keduanya. Kemudian beliau tidur hingga terbit fajar. Setelah tiba waktu Subuh, beliau solat Subuh dengan satu azan dan satu qamat. Kemudian beliau tunggangi pula Qashwa meneruskan perjalanan sampai ke Masy'aril Haram. Sampai di sana beliau menghadap ke kiblat, mendoa, takbir, tahlil dan

membaca kalimah tauhid. Beliau wukuf di sana hingga langit kekuning-kuningan dan berangkat sebelum matahari terbit sambil membonceng Fadhal Ibnu 'Abbas. Fadhal seorang lelaki berambut indah dan berwajah putih. Ketika beliau berangkat, berangkat pulalah orang-orang besertanya. Fadhal menengok kepada mereka, lalu mukanya ditutup Rasulullah dengan tangannya. Tetapi Fadhal menoleh ke arah lain untuk melihat. Rasulullah saw. menutup pula mukanya dengan tangan yang lain, sehingga Fadhal mengarahkan pandangannya ke tempat lain. Sampai di tengah lembah Muhassir, dipercepatnya untanya melalui jalan tengah yang langsung menembus ke Jumratul Kubra. Sampai di Jumrah yang dekat dengan sebatang pohon, beliau melempar dengan tujuh buah batu kerikil sambil membaca takbir pada setiap lemparan. Kemudian beliau terus ke tempat penyembelihan korban. Di sana beliau menyembelih enam puluh tiga haiwan korban dengan tangannya dan sisanya diserahkannya kepada 'Ali untuk menyembelihnya,

iaitu sebagai haiwan korban bersama-sama dengan anggota jamaah yang lain. Kemudian beliau suruh ambil dari setiap haiwan kurban itu sepotong kecil, lalu disuruhnya masak dan kemudian beliau makan dagingnya serta beliau minum kuahnya. Sesudah itu beliau naiki kenderaan beliau menuju ke Baitullah untuk thawaf. Beliau solat Zhuhur di Makkah. Sesudah itu beliau datangi Bani 'Abdul Muththalib yang sedang menimba sumur Zamzam. Beliau bersabda kepada mereka, "Hai Bani Abdul Muththalib! Berilah kami minum! Kalaulah orang ramai tidak akan salah tanggap, tentu akan ku tolong kamu menimba bersama-sama. Lalu mereka timbakan seember, dan beliau minum daripadanya."

1189. Dari Jabir r.a., dia menceritakan dalam hadisnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Aku menyembelih kurban di sini, dan Mina seluruhnya adalah tempat menyembelih. Kerana itu sembelihlah korban mu di tempat kendaraan mu berhenti. Dan wukuf di 'Arafah, maka 'Arafah seluruhnya adalah tempat wukuf. Dan aku wukuf pula di Muzdalifah, maka Muzdalifah seluruhnya adalah tempat wukuf."

1190. Dari Jabir bin 'Abdullah r,a., katanya: "Tatkala Rasulullah saw. tiba di Makkah, mula-mula beliau

datangi hajar aswad lalu beliau cium. Kemudian beliau berjalan ke kanan lalu berlari-lari kecil tiga kali putaran, dan berjalan kaki empat kali putaran."

1191. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Orang-orang Quraisy dan orang-orang yang seagama dengan mereka, dahulu mereka wukuf di Muzdalifah dan mereka dinamakan "Al Hums" (pemberani). Tetapi orang-orang Arab lainnya wukuf di 'Arafah. Ketika Islam datang Allah 'Azza wa Jalla memerintahkan kepada Nabi-Nya

supaya datang ke 'Arafah dan wukuf di sana. Setelah itu berangkat dari sana bersama-sama. Itulah yang dimaksud dengan firman Allah swt.: "Kemudian berangkatlah kamu semua dari tempat

berangkatnya orang ramai."(Al Baqarah : 199)

1192. Dari Hisyam r.a., dari bapanya, katanya: "Orang-orang Arab zaman dahulu thawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang bulat, kecuali Al Hums. Al Hums ialah orang-orang Quraisy dan turunannya. Orang-orang Arab itu thawaf dalam keadaan telanjang, kecuali apabila mereka diberi pakaian oleh orang Quraisy, yang lelaki memberi pakaian kepada lelaki dan perempuan kepada perempuan. Orang Quraisy tidak berangkat dari Muzdalifah, tetapi orang ramai semuanya pergi ke 'Arafah. Kata Hisyam, dari bapanya, dari 'Aisyah r.a., "Orang-orang Quraisy (Al Hums) inilah yang telah menyebabkan Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat pada mereka, "Kemudian berangkatlah kamu dari tempat berangkatnya orang ramai "(Al Baqarah : 199) Kata 'Aisyah, "Orang banyak berangkat dari 'Arafah, sedangkan mereka (Al Hums) berangkat dari Muzdalifah." Kata mereka, "Kami tidak akan berangkat melainkan dari Tanah Haram." Maka ketika ayat di atas turun, mereka sama-sama pergi ke 'Arafah." 1193. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Aku mendatangi Rasulullah saw. ketika beliau menambatkan kendaraannya di Bathha. Beliau bertanya kepada ku, "Kamu ihram dengan niat apa?" Jawab ku: "Aku ihram dengan apa yang diniatkan Rasulullah saw." Tanya beliau, "Adakah engkau membawa hadiah (haiwan kurban)?" Jawab ku, "Tidak." Sabda beliau, "Pergilah thawaf di Baitullah, sesudah itu sa'yi di Shafa dan Marwa, dan sesudah itu engkau boleh tahallul (berhenti ihram). Lalu aku thawaf di Bait, kemudian di Shafa 'dan Marwa, dan sesudah itu ku datangi wanita kaum ku lalu disisirkannya rambut ku dan dicucinya kepala ku: Yang demikian itu kufatwakan kepada orang banyak selama pemerintahan Abu Bakar. Ketika musim haji dalam pemerintahan 'Umar, seorang lelaki bertanya kepada ku. "Tidak tahukah engkau peraturan baru yang di buat Amirul Mukminin mengenai ibadah haji?" Lalu ku umumkan, "Hai, manusia! Siapa yang pernah minta fatwa kepada ku mengenai haji hendaklah ditangguhkan pelaksanaannya, kerana Amirul Mukminin telah membuat suatu peraturan mengenai itu. Kerana itu patuhilah Amirul Mukminin!" Ketika Amirul Mukminin datang, aku bertanya kepada beliau. "Peraturan baru bagaimanakah yang anda buat mengenai ibadah haji?" Jawabnya, "Kita ambil dari Kitabullah. Allah berfirman: "Sempurnakanlah haji dan 'umrahmu kerana Allah." (Al Baqarah : 196). Dan kita ambil dari Sunnah Nabi kita 'alaihish shalatu wassalam, kerana sesungguhnya beliau tidak tahallul (berhenti ihram) sebelum menyembelih haiwan kurban yang dibawanya."

1194. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah saw. menugaskan ku ke negeri Yaman. Kemudian, aku bertemu kembali dengan beliau pada musim haji. Beliau bertanya kepada ku, "Hai, Abu Musa! Apa niatmu ketika ihram (untuk haji atau untuk 'umrah?)" Jawab ku, "Aku ihram seperti ihram Nabi saw." Tanya beliau, "Adakah kamu membawa hadiah (haiwan kurban)?" Jawab ku, "Tidak, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Kalau begitu pergilah thawaf di Bait, kemudian di Shafa dan Marwa, sesudah itu engkau tahallul (berhenti ihram).

1195. Dari Qatadah r.a., katanya Abdullah bin Syaqiq bercerita: 'Usman bin 'Affan pernah melarang mengerjakan haji tamattu' ('umrah sebelum haji), sedangkan 'Ali menyuruh melakukannya. Kerana itu 'Usman menegur 'Ali. Jawab 'Ali "Bukankah anda tahu, bahwa kita pernah mengerjakan haji tamattu' bersama-sama dengan Rasulullah saw.?" Kata 'Usman, "Benar! Tetapi ketika itu kita dalam keadaan tidak aman."1196. Dari Sa'id bin Musayyab r.a., katanya: "Pada suatu ketika, 'Ali dan 'Usman r.a., bertemu di 'Usfan. 'Usman melarang melakukan haji tamattu' atau 'umrah. Kata 'Ali, "Apa maksud anda melarang orang mengerjakan ibadah yang pernah diperbuat oleh Rasulullah saw.?" Jawab 'Usman, "Biarkan kami dengan urusan kami!" Kata 'Ali, "Aku tidak dapat membiarkan anda begitu saja." Setelah 'Ali melihat yang demikian, lalu ia ihram untuk keduanya (haji dan 'umrah) sekaligus." 1197. Dari Mutharrif r.a., bahwasanya 'Imran bin Hushain berkata kepadanya, "Akan ku sampaikan kepada mu sebuah hadis, semoga ia bermanfaat bagi mu. Iaitu, bahwasanya Rasulullah saw. pernah menggabungkan 'umrah dengan haji dan mengerjakannya sekaligus. Kemudian beliau tidak pernah melarang yang demikian sampai beliau meninggal. Sedangkan ayat yang melarang demikian pun tidak pernah turun."

1198. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengerjakan haji tamattu' ketika beliau haji wada', iaitu dengan mengerjakan 'umrah sebelum haji. Kemudian beliau bayar denda dengan haiwan korban yang dibawanya dari Zulhulaifah, tempat beliau memulai ihram untuk 'umrahnya itu. Sesudah itu barulah beliau ihram pula untuk haji, dan orang ramai 'umrah pula bersama-sama dengan beliau. Di antara orang ramai itu ada yang membawa hadiah, dan ada pula yang tidak membawa hadiah. Setibanya Rasulullah saw. di Makkah. beliau bersabda kepada orang ramai, "Siapa-siapa yang membawa hadiah, dia tidak boleh tahallul (berhenti ihram) hingga selesai haji. Dan siapa yang tidak membawa hadiah, hendaklah thawaf di Bait, kemudian di Shafa dan Marwa, sesudah itu dia boleh bercukur dan tahallul. Kemudian dia hams ihram kembali untuk haji,dan harus membayar denda dengan menyembelih kurban. Siapa yang tidak membawa haiwan kurban, dia harus puasa tiga hari di tempat haji dan tujuh hari apabila dia telah tiba di kampungnya. Sesampainya di Makkah lebih dahulu beliau jamah hajar aswad, kemudian beliau berlari-lari keci1 tiga kali putaran keliling Ka'bah dan berjalan biasa empat kali putaran. Selesai thawaf keliling Ka'bah, beliau solat

dua raka'at di Maqam Ibrahim. Selesai solat, beliau pergi ke Shafa dan Marwa lalu sa'i antara Shafa dan Marwa tujuh kali. Beliau tidak tahallul sampai selesai haji dan menyembelih korbannya di hari Nahar (10 Zulhijjah). Sesudah itu beliau kembali ke Makkah, lalu thawaf di Bait, kemudian tahallul atau menghalalkan segala sesuatu yang tadinya haram dikerjakan selama ibadah haji. Apa yang diperbuat beliau itu dicontoh pula oleh orang-orang yang membawa haiwan kurban.


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   74   75   76   77   78   79   80   81   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin