Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə81/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   77   78   79   80   81   82   83   84   ...   107

1328. Dari Rabi' bin Sabrah Al Juhani r.a., bapanya mengabarkan kepadanya, bahwa dia pernah pergi bersama-sama Rasulullah saw. (dalam peperangan menaklukkan Makkah). Rasulullah saw. bersabda: "Aku telah membolehkan kamu nikah mut'ah. Sesungguhnya (mulai saat ini) Allah telah mengharamkannya sampai hari kiamat nanti. Maka siapa yang masih punya isteri mut'ah, ceraikanlah dia dan jangan kamu ambil kembali daripadanya apa-apa yang telah kamu berikan kepadanya."1329. Dari Khalid bin Muhajir bin Saifullah r.a., katanya: "Ketika dia sedang duduk dengan seorang lelaki, tiba-tiba datang seorang lelaki minta fatwa kepadanya tentang nikah mut'ah. Lalu Khalid membolehkannya. Maka berkata Ibnu Abi 'Amrah Al Anshari, "Tunggu dulu. Tidak begitu!" Kata Khalid, "Kenapa? Demi Allah, hal itu pernah dilakukan pada masa Rasulullah saw." Kata Ibnu Abi 'Amrah, "Memang, nikah mut'ah pernah dibolehkan pada masa permulaan Islam kerana terpaksa, seperti halnya boleh memakan bangkai, darah, dan daging babi. Sesungguhnya Allah telah menetapkan hukumnya dalam agama, dan melarang melakukannya."

1330. Dari Rabi' bin Sabrah AI Juhani r.a., dari bapanya, katanya: "Rasulullah saw. telah melarang melakukan nikah mut'ah." Sabdanya : "Ketahuilah! Nikah mut'ah haram mulai hari ini sampai hari kiamat. Siapa yang telah memberi sesuatu kepada perempuan yang dinikahinya secara mut'ah, janganlah mengambilnya kembali."1331. Dari Ali bin Abi Thalib r.a., katanya: "Ketika terjadi peperangan Khaibar, Rasulullah saw. melarang melakukan nikah mut'ah dan memakan daging keldai jinak."1332. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan menikahi perempuan sekaligus dengan bibinya (saudara bapa atau saudara ibu)."1333. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Jangan meminang wanita yang sedang

dipinang orang lain, jangan menawar barang yang sedang ditawar orang, jangan menikahi seorang wanita sekaligus dengan bibinya (saudara ibu atau saudara bapaknya), dan janganlah seorang wanita menuntut suaminya supaya menceraikan madunya agar segala kebutuhannya terpenuhi; tetapi biarkanlah sang suami menikah (sesuai dengan kemampuannya), kerana sesungguhnya bahagian seorang isteri adalah apa yang telah ditentukan Allah jua."

1334. Dari 'Usman bin 'Affan r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang sedang ihram tidak boleh menikahkan, dinikahkan dan meminang."

1335. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar

saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudara mu, melainkan apabila telah diizinkannya."

1336. Dari 'Abdurrahman bin Syumamah r.a., katanya dia mendengar 'Uqbah bin 'Amir berpidato di mimbar, mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Seorang mu'min adalah saudara bagi seorang mu'min. Kerana itu tidaklah halal bagi seorang mu'min membeli pesanan saudaranya, dan tidak halal pula meminang pinang saudaranya sebelum ditinggalkannya."

1337. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. telah melarang melakukan nikah syighar. Iaitu

seorang ayah mengahwinkan anak perempuannya dengan seorang lelaki, dengan ketentuan si ayah itu akan dikahwinkan pula dengan anak perempuan si lelaki tersebut, kedua-duanya tanpa mas kawin."

1338. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. telah melarang melakukan nikah syighar: Kemudian Ibnu Numair menambahkan, Syighar ialah: Seorang lelaki mengatakan kepada lelaki lain, kahwinkanlah anak gadismu dengan ku, kukahwinkan pula anak gadisku dengan kamu; atau kahwinkanlah saudara perempuanmu dengan ku, kukahwinkan pula saudara perempuanku denganmu."

1339. Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya syarat yang paling penting dipenuhi, ialah syarat untuk menghalalkan kamu bersanggama."

1340. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Seorang wanita janda tidak boleh dikahwinkan begitu saja sebelum diminta persetujuannya; dan seorang gadis tidak boleh dikahwinkan sebelum diminta izinnya." Para sahabat bertanya, , "Ya Rasulullah! Bagaimana caranya kami memperoleh izinnya?" Jawab Rasulullah, "Izinnya ialah jika ia diam."

1341. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Rasulullah saw. tentang seorang sahaya perempuan yang hendak dikawinkan oleh keluarganya. Perlukah diminta persetujuannya atau tidak?" Jawab Rasulullah saw., "Ya, perlu!" Tanya 'Aisyah r.a., "Dia pemalu, bagaimana itu?" Jawab Rasulullah saw., "Itulah tandanya setuju, iaitu apabila dia diam."

1342. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Seorang janda lebih berhak atas dirinya daripada walinya. Dan seorang gadis harus diminta persetujuan daripadanya, persetujuannya itu ialah jika ia diam." 1343. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengawini ku ketika aku berusia enam tahun. Mulai serumah tangga ketika aku berusia sembilan tahun. Lalu kami hijrah ke Madinah. Sampai di Madinah aku sakit

sebulan lamanya sehingga rambut ku rontok kerananya. Setelah rambut ku tumbuh dan panjang kembali, Ummu

Ruman mendatangi ku ketika aku sedang bermain-main jungkat-jungkit dengan kawan-kawan ku. Ummu Ruman memanggil ku, lalu aku datang kepadanya, sedangkan aku tidak tahu apa maksudnya. Dia memegang tangan ku dan membawa ku sampai ke pintu rumah. Aku terengah-engah sambil menarik nafas, "Hah, hah," sehingga nafas ku lega kembali. Kemudian aku dibawanya masuk ke dalam rumah. Ku dapati di sana telah menunggu beberapa wanita Anshar. Mereka sama berujar, "Selamat dan berkat! Serba nasib baik." Ummu Ruman menyerahkan ku kepada mereka, lalu mereka bersihkan kepala ku dan mendandani ku. Setelah dhuha, alangkah terkejutnya aku ketika kulihat Rasulullah saw. muncul di tempat kami, dan kemudian aku diserahkan mereka kepada beliau."

1344. Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. mengawininya ketika dia berusia enam tahun; dan serumah tangga dengan beliau ketika berusia sembilan tahun. Kemudian Rasulullah saw. wafat ketika 'Aisyah berusia lapan belas tahun.

1345. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengawini ku pada bulan Syawal; dan serumah tangga dengan ku pada bulan Syawal. Maka isteri Rasulullah saw. mana yang lebih dicintainya daripada ku?"

1346. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika aku sedang berada dekat Nabi saw., tiba-tiba datang kepada beliau seorang lelaki minta nasihat, lalu dia berkata: "Aku akan mengahwini seorang wanita Anshar. Bagaimana pendapat anda?" Rasulullah saw. balik bertanya kepadanya, "Sudahkah anda lihat wanita itu?" Jawabnya, "Belum." Sabda beliau, "Lihatlah dia dahulu, kerana dalam mata orang Anshar ada sesuatu. "

1347. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw., lalu dia bertanya: "Aku akan mengahwini seorang wanita Anshar; bagaimana nasihat anda?" Jawab Rasulullah saw., "Sudah engkau lihatkah wanita itu? Kerana dalam mata orang Anshar ada sesuatu." Jawab lelaki itu, "Sudah! Aku sudah melihatnya." Tanya Nabi saw., "Berapa mas kahwinnya?" Jawab: "Empat auqiyah." Tanya: "Empat auqiyah? Seakan-akan engkau memungut saja perak di punggung bukit ini. Sedangkan kami tidak punya apa-apa yang dapat kami sumbangkan kepada mu. Tetapi engkau akan kami hantar dalam suatu rombongan yang akan menyertai mu. Kemudian Nabi saw. mengirim suatu pasukan kepada Bani Absi, di mana lelaki itu termasuk di dalamnya."

1348. Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a., katanya: "Seorang perempuan datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata: "Aku datang untuk menyerahkan diri ku kepada anda." Kerana itu Rasulullah saw. lihat kepada perempuan itu sejak dari atas sampai ke bawah. Kemudian beliau diam sambil menundukkan kepalanya.

Tatkala dilihat oleh perempuan itu Rasulullah saw. tidak memberikan tanggapan apa-apa, lalu dia duduk. Maka berdirilah seorang sahabat sambil berkata: "Ya, Rasulullah! Jika anda tidak membutuhkan wanita itu, kahwinkanlah dia dengan ku. Rasulullah saw. bertanya, "Adakah engkau punya sesuatu untuk mas kahwinnya?" Jawab orang itu, "Tidak! Demi Allah, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Pergilah kepada keluarga mu, lalu cari-cari, mungkin engkau bisa mendapatkan sesuatu." Maka pergilah orang itu. Setelah kembali, dia berkata, "Demi Allah! Tiada satu pun yang ku peroleh untuk mas kahwinnya." Maka bersabda pula Rasulullah saw., "Cubalah engkau cari-cari, walaupun hanya sebentuk cincin besi." Lalu pergilah orang itu, dan setelah kembali dia berkata pula, "Tidak ada yang Rasulullah. Tidak ada walaupun hanya sebentuk cincin besi. Yang ada hanya sarungku ini. Kata Sahal, dia tidak punya sarung selain yang dipakainya.

Kuberikan untuknya separuh." Jawab Rasulullah saw., "Apa yang dapat engkau perbuat dengan sarungmu itu: jika engkau pakai, dia tak dapat memakainya, dan jika dia yang memakai, engkau tak punya apa-apa." Kerananya, maka duduklah si lelaki. Setelah agak lama dia duduk, lalu dia berdiri. Rasulullah saw. melihat dia pergi, lalu disuruh panggil oleh beliau.

Setelah dia datang, beliau bersabda : "Surah apa sajakah yang dapat engkau hafal di antara surah-surah Al Qur'an?" Jawabnya, "Aku hafal surah ini dan surah itu dia menghitung. Tanya Rasulullah saw., "Dapatkah engkau hafal di luar kepala?" Jawab: "Ya!" Sabda Rasulullah saw., "Engkau bawalah dia! Aku kahwinkan engkau dengannya, dengan mahar mengajarkan Al Qur'an yang engkau hafal kepadanya."

1349. Dari Abu Salamah bin 'Abdurrahman r.a., katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., "Berapakah mahar Rasulullah saw.?" Jawabnya, "Mahar Rasulullah saw. untuk para isteri beliau dua belah uqiyah dan satu nasy. Tahukah anda berapa satu nasy itu?" Jawab ku, "Tidak!" Kata beliau, "Setengah uqiyah. Maka jumlahnya sama dengan lima ratus dirham. Sekianlah mahar Rasulullah saw. bagi masing-masing isteri beliau."

1350. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Nabi saw. melihat bekas kuning pada 'Abdur Rahman bin 'Auf. Lalu beliau tanya, "Apa ini?" Jawabnya, "Ya, Rasulullah. Aku baru mengahwini seorang wanita dengan maharnya emas seberat biji kurma." Sabda beliau, "Semoga Allah memberkati perkahwinanmu. Adakanlah jamuan bagi perkahwinanmu itu, walaupun hanya dengan seekor kambing."

1351. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Abdur Rahman bin 'Auf menikah pada masa Rasulullah saw. dengan maharnya emas seberat biji kurma. Lalu bersabda Rasulullah saw. kepadanya, "Adakanlah jamuan makan untuk merayakan perkahwinanmu walaupun hanya dengan seekor kambing."

1352 Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. memerangi Khaibar, kami solat Subuh dekat negeri itu pagi-pagi sekali. Setelah selesai solat Nabi saw. mengendarai kendaraannya, lalu diikuti oleh Abu Thalhah, sedangkan aku membonceng kepada Abu Thalhah. Ketika melalui jalan-jalan sempit Khaibar, Rasulullah saw. memacu kenderaannya sehingga lutut ku bersentuhan dengan paha Nabi saw. dan kainnya

tersingkap sehingga kelihatan olehku putih paha Nabi saw. Tatkala memasuki kampung, beliau membaca: "Allahu Akbar! Allahu Akbar! Takluklah Khaibar! Apabila kami menduduki suatu kampung, maka bertekuk lututlah penduduknya." Beliau mengulangi ucapannya itu sampai tiga kali. Kata Anas selanjutnya, "Penduduk mulai keluar ke tempat-tempat mereka bekerja. Lalu mereka berteriak: "Muhammad dan pasukannya!" Mereka kami taklukkan dengan kekerasan, dan seluruh tawanan telah kami kumpulkan. Maka datanglah Dihyah kepada Rasulullah saw., lalu katanya, "Ya, Rasulullah! Berilah aku seorang sahaya perempuan dari tawanan itu." Jawab Rasulullah saw., "Pergilah ambil!" Lalu di ambilnya Shafiyah binti Huyay. Kemudian datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw., lalu katanya: "Ya, Nabiyallah! Kenapa Shafiyah yang anda berikan kepada Dihyah, padahal Shafiyah itu adalah puteri Huyay,

pemimpin Bani Quraizhah dan Bani Nadhir. Shafiyah tidak pantas bagi orang lain selain untuk anda sendiri." Sabda Nabi saw., "Panggil Dihyah, suruh bawa Shafiyah ke sini!" Dihyah datang ke hadapan Rasulullah saw. sambil membawa Shafiyah. Setelah Shafiyah nampak oleh Rasulullah saw. beliau bersabda kepada Dihyah, "Ambil olehmu sahaya yang lain di antara tawanan itu." Kemudian Rasulullah saw. memerdekakan Shafiyah, lalu beliau mengahwininya. Tsabit bertanya kepada Anas, "Ya, Abu Hamzah! Apakah mahar Rasulullah kepada Shafiyah?" Kata Anas, "Diri Shafiyah sendiri. Beliau memerdekakannya dan mengahwininya." Dalam perjalanan pulang, Ummu Sulaim mempersiapkan Shafiyah dan menyerahkannya malam itu kepada Rasulullah saw. Esok pagi Nabi saw. mengadakan jamuan perkahwinannya. Sabda beliau, "Siapa yang punya makanan bawalah ke sini!" Lalu beliau bentangkan tikar kulit. Ada orang yang membawa susu kering, ada yang membawa kurma, ada yang membawa minyak samin. Semuanya dikumpulkan jadi satu, dan itulah jamuan perkahwinan Rasulullah saw. dengan

Shafiyah binti Huyay."

1353. Dari Abu Musa r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang memerdekakan hamba sahaya, kemudian dikahwininya, maka dia mendapat dua pahala."

1354. Dari Anas r.a., hadis ini diriwayatkan pula oleh Bahzi r.a., katanya: "Ketika iddah Zainab (bekas isteri Zaid) telah habis, maka bersabda Rasulullah saw. kepada Zaid (anak angkat Nabi saw.), "Hai, Zaid!

Pergilah engkau melamar Zainab untukku!" Maka pergilah zaid menemui Zainab; didapatinya Zainab sedang mengaduk adunan kuih. Kata Zaid, "Ketika aku melihat Zainab, hatiku berdebar, sehingga tak kuasalah aku

rasanya hendak melihatnya, untuk menyampaikan pesan Rasulullah saw. kepadanya. Oleh kerana itu ku belakangi dia sambil mundur dan berkata kepadanya, "Ya, Zainab! Aku diutus Rasulullah saw. melamarmu untuk beliau. Bagaimana tanggapanmu?" Jawab Zainab, "Aku belum dapat membuat suatu putusan sebelum beroleh petunjuk dari Tuhan ku." Lalu dia pergi ke tempatnya solat, melakukan

solat istikharah. Sementara itu Qur'an turun kepada Nabi saw. (memerintahkan beliau supaya mengawini Zainab, surat Al Ahzab, ayat 37). Lalu beliau langsung masuk ke rumah Zainab tanpa izin lebih dahulu, (kerana beliau telah dikahwinkan Allah seperti dinyatakan dalam ayat 37 surat Al Ahzab ) Kata Anas, "Aku masih ingat, ketika itu kami dijamu dengan roti dan daging. Ketika hari telah agak tinggi, para tamu sudah banyak yang pulang, hanya tinggal beberapa orang bercakap-cakap dalam rumah sesudah makan. Rasulullah keluar menuju ke rumah para isterinya yang lain dan aku mengikuti beliau dari belakang. Beliau memberi salam kepada mereka dan mereka menjawab salam beliau sambil bertanya, "Bagaimana halnya isteri baru anda?" Kata Anas, "Aku tidak ingat, apakah aku yang mengabarkan kepada Nabi saw., atau barangkali beliau yang memberitahukan kepada ku, bahwa tamu-tamu telah pulang semuanya. Maka Rasulullah saw. pulang kembali ke rumah Zainab, dan aku masuk pula bersama-sama beliau. Sampai di rumah beliau tutupkan tirai antaraku dengan beliau. Maka turun ayat hijab memberi pelajaran kepada kaum muslimin. Ibnu Rati' menambahkan dalam hadisnya: "Janganlah kamu masuk ke rumah Nabi, kecuali bila kamu telah diizinkan masuk untuk makan,

tanpa menunggu lama makanan terhidang hingga firman-Nya Allah tidak malu mengatakan yang benar." (Al Ahzab : 53).

1355. Dari Anas r.a., katanya: "Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw. mengadakan jamuan makan bagi perkawinan beliau dengan para isterinya seperti jamuan yang diadakannya waktu mengahwini Zainab- Ketika

itu beliau menyembelih kambing."

1356. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. tidak pernah mengadakan pesta perkahwinan beliau dengan para isterinya seramai dan semeriah pesta yang diadakannya ketika perkahwinannya dengan Zainab." Tanya Tsabit Al Bunani, "Dengan apa beliau menjamu ketika itu?" Jawab Anas, "Tamu-tamu diberi makan roti dengan daging, dan ternyata makanan itu masih banyak bersisa."

1357. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Setelah Rasulullah saw. menikah dengan Zainab, dia pergi ke

rumah para isterinya. Sementara itu ibu ku, Ummu Sulaim membuat kuih yang diletakkannya dalam mangkuk untuk hadiah bagi beliau. Ibu ku menyuruh ku, "Hai, Anas! Pergilah antar kuih ini kepada Rasulullah saw. Katakan bahwa ini sedikit kiriman dari ibu untuk beliau, dan sampaikan salam ibu kepada beliau." Aku segera mengantar kuih itu kepada Rasulullah saw., dan berujar, "Ibu ku menyuruh antar sedikit kuih yang dibuatnya sendiri untuk anda, dan mengirim salam kepada anda." Jawab beliau, "Letakkanlah di situ. Sesudah itu pergilah engkau mengundang orang datang ke sini, si Fulan, si Fulan, si Fulan - beliau menyebutkan beberapa nama dan siapa saja yang bertemu denganmu." Lalu aku pergi mengundang orang yang disebutkan beliau dan siapa saja yang bertemu dengan ku. Kata Abi 'Usman, "Aku bertanya kepada Anas, berapa kira-kira jumlah undangan itu?" Kata Anas, "Kira-kira tiga ratus orang." Kata Anas selanjutnya, Rasulullah saw. bersabda kepada ku, "Bawa kemari kuih tadi!" Sementara itu para tamu telah banyak datang, sehingga memenuhi pelataran dan ruangan dalam. Rasulullah saw. bersabda: "Buatlah kelompok-kelompok sepuluh orang dan masing-masing kelompok menyantap hidangan yang di dekatnya." Para tamu makan sampai kenyang. Kelompok yang telah selesai makan lalu keluar, digantikan oleh kelompok yang lain, sehingga semuanya tidak ada yang ketinggalan. Setelah selesai, Rasulullah saw. bersabda, "Hai, Anas! Angkatlah!" Lalu ku angkat sisa hidangan itu. Aku tidak tahu, apakah hidangan itu memang banyak ketika dihidangkan, atau mungkin bertambah ketika ku angkat. Kata Anas selanjutnya, "Beberapa orang di antara para tamu ternyata masih ada yang duduk bercakap-cakap di rumah Rasulullah saw., sehingga Zainab isteri baru beliau memalingkan mukanya ke dinding. Hal itu sesungguhnya sangat menyusahkan Rasulullah saw. Lalu beliau keluar menuju ke rumah para isterinya yang lain. Kemudian, setelah beberapa ketika lamanya, beliau kembali. Ternyata para tamu itu masih berada di sana. Tatkala mereka lihat Rasulullah saw. telah kembali, barulah mereka berasa bahwa mereka telah menyusahkan beliau. Lalu mereka segera keluar. Beliau masuk dan menutupkan tabir. Tidak lama kemudian, ketika aku masih duduk di mangan, Rasulullah saw. keluar menemui ku, dan ketika itu turun ayat ini: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi, kecuali bila kamu telah disilakan masuk untuk makan, tanpa menunggu lama makanan terhidang. Tetapi jika kamu diundang, maka masuklah. Dan bila kamu telah selesai makan, keluarlah tanpa memperpanjang percakapan, kerana yang demikian itu sesungguhnya mengganggu Nabi hingga akhir ayat (Al Ahzab : 53). Setelah ayat itu selesai turun, Rasulullah saw. keluar, lalu membacakannya kepada orang ramai.

1358. Dari Anas r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. kahwin dengan Zainab, Ummu Sulaim memberikan sebuah kuih dalam mangkuk batu kepada beliau. Maka bersabda Rasulullah saw. kepada Anas, "Undang ke sini atas namaku siapa saja umat Islam yang berjumpa denganmu!" Maka ku undanglah siapa saja yang berjumpa dengan ku, sehingga tidak ada yang ketinggalan. Mereka datang ke rumah Nabi, keluar masuk bergantian. Nabi saw. meletakkan tangannya di atas makanan, lalu beliau doakan makanan itu seperti yang diajarkan Allah swt. kepada beliau. Para tamu makan semuanya sampai kenyang, dan setelah itu mereka pergi. Kecuali beberapa orang di antara mereka masih tetap bercakap-cakap dan memanjang-manjangkan percakapan mereka. Nabi saw. malu akan menegur mereka, lalu beliau keluar dan meninggalkan mereka dalam rumah. Kerana itu Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi, kecuali bila kamu telah disilakan untuk makan, tanpa menunggu-nunggu makanan terhidang." (Al Ahzab : 53).

1359. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila kamu diundang ke suatu jamuan makan, hendaklah kamu penuhi undangan itu."

1360. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apa bila kamu diundang ke suatu pesta perkahwinan, hendaklah kamu perkenankan undangan itu."

1361. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila seorang saudara mu mengundang kamu menghadiri suatu jamuan, hendaklah diperkenankan, baik undangan itu jamuan perkahwinan atau sebagainya."

1362. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Penuhilah suatu undangan apabila kamu memang diundang menghadirinya. Kata Nafi', 'Abdullah bin 'Umar memang selalu mendatangi setiap undangan, baik undangan pesta perkahwinan atau tidak; bahkan sekalipun dia sedang puasa."

1363. Dari Jabir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu diundang ke suatu jamuan makan, hendaklah kamu perkenankan. Jika kamu mahu makan silakan, dan jika tidak, tidak apa-apa."

1364. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu diundang menghadiri suatu jamuan, hendaklah diperkenankan. Jika kamu sedang puasa solatlah dan jika kamu tidak puasa makanlah."

1365. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seburuk-buruk makanan ialah makanan pesta, apabila yang diundang ke pesta itu hanya orang-orang kaya saja, tanpa mengikut-sertakan orang-orang miskin. Siapa yang tidak mendatangi suatu undangan, sesungguhnya dia mendurhakai Allah dan Rasul-Nya."

1366. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seburuk-buruk makanan ialah makanan pesta, di mana orang yang seharusnya datang tidak diundang, sedangkan orang yang enggan datang malah diudang. Dan siapa yang tidak memenuhi suatu undangan sesungguhnya dia durhaka kepada Allah dan RasulNya."1367. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Pada suatu ketika isteri Rifa'ah datang kepada Nabi saw. lalu dia berujar: "Aku bekas isteri Rifa'ah, yang telah ditalak tiga oleh Rifa'ah. Kini aku kahwin dengan 'Abdur Rahman bin Zabir. Tetapi anunya seperti jumbai kain (impotent). Rasulullah saw. tersenyum mendengarkannya, lalu dia bertanya: "Apakah kamu ingin kembali kepada Rifa'ah? Itu tidak boleh sebelum engkau merasakan I madunya Abdur Rahman, dan 'Abdur Rahman merasakan madumu (kamu sanggama dengan 'Abdur Rahman)."

1368. Dari 'Aisyah r.a., katanya : "Rasulullah saw. pernah ditanya orang tentang seorang perempuan yang telah kahwin, lalu ditalak oleh suaminya, kemudian dia kahwin dengan lelaki lain, lalu ditalak pula oleh suaminya yang kedua ini sebelum mereka melakukan sanggama. Ditanyakan, "Apakah boleh wanita itu kahwin kembali dengan suaminya yang pertama?" Sabda Rasulullah saw., "Tidak boleh, sebelum suaminya yang kedua itu merasakan madunya masing-masing (keduanya bersanggama)."

1369. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kalaulah mereka bila hendak bersetubuh membaca doa, Bismillahi Allahumma jannibnasy syaithana wa jannibisy syaithana ma razaq tana, maka jika ditakdirkan Allah mereka beroleh anak dari persetubuhan itu, syaitan tidak kuasa mengganggu anak itu selama-lamanya."

1370. Dari Jabir r.a., katanya: "Orang-orang Yahudi mengatakan, apabila seseorang suami mendatangi isterinya dari arah belakang, anaknya jereng. Kerana itu turunlah ayat: "Isterimu adalah kebun bagimu; maka datangilah kebunmu dari arah yang kamu inginkan." (Al Baqarah : 223).

1371. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila seorang isteri tidur memisah dari

ranjang suaminya, maka si isteri itu dikutuk malaikat sampai pagi."1372. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Demi Allah, yang jiwaku di tanganNya, apabila seorang lelaki memanggil isterinya tidur ke ranjang, tetapi si isteri enggan, maka penduduk langit marah kepadanya sampai suaminya memaafkannya."

1373. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila seorang suami memanggil isterinya ke ranjang, tetapi tidak diperkenankan oleh isterinya, lalu semalam itu suaminya marah kepadanya, maka si isteri itu mendapat kutuk malaikat sampai Subuh."

1374. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seburuk-buruk tempat manusia di sisi Allah kelak hari kiamat, ialah tempat suami yang telah saling percaya-mempercayai dengan isterinya, tetapi kemudian si suami membuka rahsia peribadi isterinya sendiri."1375. Dari Ibnu Muhairiz r.a., katanya dia dan Abu Shirmah r.a., datang kepada Abu Sa'id Al Khudri r.a., lalu dia bertanya: "Ya, Abu Said Adakah anda mendengar Rasulullah saw. menerangkan perihal 'azal."

Jawab Abu Sa'id, "Ya, ada. Iaitu ketika kami berperang bersama-sama Rasulullah saw. memerangi Bani Mushthaliq, kami berhasil menawan wanita-wanita Arab yang cantik-cantik. Kami telah lama kesepian. Sedangkan kami menginginkan tebusan dari tawanan-tawanan itu. Kerana itu kami bermaksud hendak menyetubuhi mereka tetapi dengan 'azal. Lalu kami tanyakan hukumnya kepada Rasulullah saw. Jawab beliau, "Tidak ada gunanya kamu melakukan 'azal, kerana sejumput roh yang telah ditetapkan Allah harus tercipta, akan tetap ada hingga hari kiamat."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   77   78   79   80   81   82   83   84   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin