1376. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Masalah 'azal pernah dibicarakan orang dekat Nabi saw. Lalu beliau bertanya: "Apa itu 'azal?" Jawab para sahabat, "Seorang lelaki menyetubuhi isterinya yang sedang menyusui anaknya, tetapi dia tidak ingin isterinya itu hamil. Atau seorang lelaki menyetubuhi hamba
sahayanya, tetapi dia tidak ingin sahaya itu hamil kerananya." Jawab Nabi saw., "Tidak ada gunanya kalian berbuat seperti itu. Kerana kehamilan itu termasuk qadar." Kata Ibnu 'Aun. "Setelah hal itu ku khabarkan kepada Hasan, maka kata Hasan, "Demi Allah. Sesungguhnya yang demikian itu adalah teguran dari Allah."
1377. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Rasulullah saw. ditanya orang perihal 'azal. Jawab beliau, "Tidak semua air mani langsung menjadi anak. Tetapi apabila Allah menghendaki menjadikan sesuatu, tidak satu pun yang dapat menghalangi-Nya." 1378. Dari Jabir r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia bertanya: "Aku mempunyai seorang sahaya perempuan yang bekerja melayani dan menyiram tanaman kami. Aku sering seketiduran dengannya, tetapi aku tidak mahu kalau dia hamil. Bagaimana itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw., "Jika engkau mau, lakukanlah 'azal. Namun begitu sekalipun, apa yang telah ditetapkan Allah pasti akan datang jua." Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu datang pula kepada Nabi saw., katanya: "Sahaya perempuan yang kuceritakan dulu telah hamil." Jawab Rasulullah saw., "Bukankah aku telah mengatakan kepada anda, bahwa apa yang telah ditetapkan Allah pasti akan datang jua."
1379. Dari Jabir r.a., katanya: "Kami pernah melakukan 'azal, padahal pada masa itu Qur'an selalu turun. Ishak menambahkan ucapan Sufyan, "Kalau perbuatan 'azal itu terlarang, tentu Qur'an telah melarang perbuatan kami itu."
1380. Dari Jabir r.a.. katanya "Kamu pernah melakukan 'azal pada masa Rasulullah saw., dan berita perbuatan kami itu sampai pula kepada Rasulullah saw., tetapi beliau tidak melarang kami melakukannya."1381. Dari Judzamah binti Wahab Al Asadiyah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw, bersabda: "Sesungguhnya aku telah bertekad akan melarang ghilah (menyetubuhi isteri pada masa menyusui anak). Kemudian aku ingat bangsa Rumawi dan Persia melakukan hal itu, tetapi tidak menyebabkan anak mereka cacat."
1382. Dari Sa'ad bin Abi Waqqash r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Nabi saw., lalu dia
bertanya: "Aku melakukan 'azal terhadap isteri ku (yang sedang dalam masa menyusui bayi). Bagaimana itu hukumnya, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Apa yang mendorongmu melakukannya?" Jawab lelaki itu, "Aku kasihan terhadap anak-anaknya (takut kalau menjadi cacat)." Sabda Rasulullah saw., "Seandainya hal itu
menyebabkan anak-anak cacat, sudah cacatlah orang-orang Persia dan Rumawi."
1383. Dari 'Amrah r.a., katanya 'Aisyah r.a., menceritakan kepadanya bahwa ketika Rasulullah saw. berada di sisi 'Aisyah, dia pernah mendengar suara seorang lelaki minta izin masuk ke rumah Hafshah. Lalu dia katakannya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Ada seorang lelaki minta izin masuk ke rumah isteri anda (Hafshah)," Jawab Rasulullah saw.,
"Kukira orang itu paman sesusuan dengan Hafshah." Tanya 'Aisyah, "Seandainya paman susuanku masih hidup, bolehkah dia masuk ke rumahku?" Jawab Nabi saw., "Tentu saja boleh! Sesusuan menyebabkan haram
dikahwini seperti haram kerana sekandungan."
1384. Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. pernah bersabda kepadanya, "Haram kahwin kerana sesusuan, semua yang diharamkan kerana sekandungan." 1385. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Atlah, saudara Abu Qu'ais, iaitu paman sesusuan 'Aisyah, pernah datang ke rumahku setelah ayat hijab (ayat yang memerintahkan supaya wanita memakai tabir) turun, dan dia minta izin hendak masuk, tetapi aku tidak membolehkannya. Setelah Rasulullah saw. datang, kuceritakan hal itu kepada beliau, lalu beliau menyuruh ku supaya membolehkan masuk."
1386. Dari 'Urwah r.a., katanya 'Aisyah menceritakan kepadanya, bahwa Atlah saudara Abu Qu'ais pernah minta izin kepadanya hendak masuk ke rumahnya, sesudah turun ayat hijab. Sedangkan Abu Qu'ais adalah bapa 'Aisyah kerana susuan. Kata 'Aisyah, "Demi Allah, aku tidak membolehkan Aflah itu masuk, sehingga ada izin Rasulullah saw. lebih dahulu. Sesungguhnya bukan Abu Qu'ais yang menyusukan ku, tetapi adalah isterinya. - (Jadi Abu Qu'ais adalah bapa susuan 'Aisyah dan Aflah paman susuannya) - Kata 'Aisyah, "Setelah Rasulullah saw. pulang, ku ceritakan peristiwa itu kepada beliau. Iaitu bahwa Aflah, saudara Abu Qu'ais datang kepada ku dan dia minta dibolehkan masuk. Aku tidak membolehkannya sebelum ada izin dari Rasulullah saw." Sabda Nabi saw., "Izinkanlah dia masuk!" Kata 'Urwah, "Kerana itu Aisyah berkata: "Haramkanlah kerana sesusuan apa yang diharamkan kerana seturunan."
1387. Dari Aisyah r.a., katanya: "Paman susuan ku datang dan dia minta izin masuk ke rumah ku. Aku enggan memberinya izin sebelum ada perintah Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw. datang, lalu ku ceritakan kepada beliau bahwa paman susuan ku minta izin masuk ke rumah ku, tetapi aku enggan mengizinkannya. Lalu bersabda Rasulullah saw., "Biarkanlah pamanmu masuk ke rumahmu!" Jawab ku, "Bukankah yang menyusukan ku wanita, bukan lelaki." Jawab Rasulullah saw., "Dia pamanmu. Biarkanlah dia masuk ke rumahmu!"
1388. Dari 'Urwah r.a., katanya 'Aisyah mengabarkan kepadanya bahwa paman susuannya bernama Aflah, minta izin hendak masuk ke rumahnya. Tetapi 'Aisyah menutup pintu atau tabir. Lalu 'Aisyah menceritakannya kepada Rasulullah saw. Sabda Rasulullah kepada Aisyah, "Jangan menutup pintu terhadapnya. Diharamkan kerana sesusuan apa yang diharamkan kerana turunan."
1389. Dari Ali r.a., katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Mengapa anda sangat mengutamakan pilihan kepada wanita-wanita Quraisy, sehingga mengesampingkan kami?" Jawab Rasulullah saw., "Adakah kamu mengenal wanita yang pantas bagiku?" Jawab Ali, "Ya, ada! Iaitu puteri Hamzah." Maka bersabda Rasulullah saw., "Dia tidak halal bagi ku, kerana dia puteri saudara ku sesusuan."
1390. Dari Umnu Habibah r.a., isteri Nabi saw., katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya Rasulullah! Nikahilah saudara ku 'Azzah. Jawab Rasulullah saw., "Betulkah begitu keinginanmu?" Jawab Ummu Habibah, "Benar, ya, Rasulullah! Kerana aku tidak tega anda beristeri kepada yang lain. Tetapi aku ingin yang menjadi sekutuku dalam kebajikan (maduku) saudara ku sendiri." Jawab Rasulullah saw., "Dia ('Azzah) tidak halal bagi ku (kerana ia saudaramu. Tidak boleh menikahi dua saudara sekaligus)." Kata Ummu Habibah, "Aku mendengar berita bahwa anda hendak kahwin dengan Durrah binti Abu Salamah (yakni anak tiri Nabi saw. dengan isterinya Ummu Salamah). Tanya Rasulullah saw. (agak terkejut), "Dengan anak gadis Ummu Salamah?" Jawab Ummu Habibah, "Ya." Sabda Rasulullah saw., "Seandainya dia bukan anak tiriku yang kubesarkan di rumahku (yang halal ku, dia tetap tidak halal bagiku; kerana dia anak saudara susuanku, kerana aku dan Abu Salamah sama-sama menyusu kepada Tsuwaibah. Kerana itu janganlah engkau tawar-tawarkan lagi kepada ku anak-anakmu dan saudara-saudaramu."
1391. Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Satu atau dua kali menyusu tidak mengharamkan (perkahwinan)."
1392. Dari Ummul Fadhal r.a., katanya: "Seorang Arab dusun datang kepada Nabi saw. ketika beliau sedang berada di rumahku, lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Aku telah beristeri, lalu aku kahwin pula dengan wanita lain. Kemudian, isteri pertamaku mengatakan bahwa dia pernah menyusukan isteri ku yang muda itu satu atau dua kali susuan. Bagaimana itu, ya Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Satu atau dua kali susuan tidak mengharamkan perkahwinan."
1394. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Bahwasanya Salim, maula Abu Hudzaifah, masih tetap tinggal bersama Abu Hudzaifah dan keluarganya di rumah mereka, walaupun Salim telah dimerdekakan. Maka datanglah isteri Abu Hudzaifah kepada Nabi saw. menanyakan hal itu kepada beliau. Katanya: "Salim telah baligh dan berfikir dewasa. Tetapi dia masih bebas saja keluar masuk rumah kami sebagai biasa. Aku khuatir kalau-kalau dalam diri Abu Hudzaifah timbul fikiran yang bukan-bukan." Maka bersabda Nabi saw., "Susukan dia (Salim) supaya engkau jadi muhrimnya. Dan dengan
begitu hilang pulalah fikiran yang bukan-bukan dari diri Abu Hudzaifah." Pada waktu yang lain, isteri Abu Hudzaifah datang pula kepada beliau, katanya: "Aku telah menyusukannya,
dan telah hilang pula fikiran yang bukan-bukan dari diri Abu Hudzaifah."
1395. Dari Zainab binti Ummu Salamah r.a., katanya Ummu Salamah pernah berkata kepada 'Aisyah r.a., "Kenapa anak lelaki yang sudah baligh itu bebas saja keluar masuk rumahmu. Kalau aku, tidak senang dia masuk ke rumahku." Jawab 'Aisyah, "Kenapa kamu tidak mengambil teladan kepada Rasulullah saw.? Sesungguhnya isteri Abu Hudzaifah pernah melapor kepada Rasulullah saw. bahwa Salim bebas saja keluar masuk rumahnya. Padahal Salim itu telah dewasa, sehingga timbul sesuatu dalam diri Abu Hudzaifah. Lalu sabda Rasulullah saw. kepada isteri Abu Hudzaifah, "Susukanlah dia (Salim) sehingga dia menjadi muhrimmu."1396. Dari Ummu Salamah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Para isteri Nabi saw. enggan memberi kebebasan untuk keluar masuk rumah mereka, bagi anak yang telah dijadikan muhrim ,
kerana susuan. Dan kami berkata kepada 'Aisyah, "Demi Allah, kami berpendapat bahwa kasus seperti itu adalah suatu keringanan yang diberikan Rasulullah saw. khusus bagi Salim. Kerana itu tidak seorang jua pun muhrim susuan yang boleh masuk ke rumah kami dan melihat kami tanpa hijab."
1397. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. masuk ke rumahku, kebetulan ketika itu seorang lelaki duduk di dekatku. Rasulullah saw. keberatan atas hal itu dan kelihatan di wajahnya beliau marah. Lalu aku berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya dia ini saudara susuanku." Sabda beliau, "Telitilah saudara susuanmu, kerana menyusu adalah kerana kelaparan." 1398. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Setelah selesai peperangan Hunain, Rasulullah saw. mengirim pasukan ke Authas. Mereka bertemu dengan musuh dan segera bertempur. Mereka dapat memenangkan pertempuran itu dan berhasil menawan musuh, termasuk di antaranya tawanan-tawanan wanita. Para sahabat Rasulullah saw. berkeberatan menggauli wanita tawanan (sahaya) mereka, kerana mereka punya suami orang-orang musyrik. Sehubungan dengan kasus tersebut Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat sebagai berikut: "Dan di haramkan bagi kamu mengahwini wanita-wanita bersuami, kecuali sahaya-sahaya yang kamu miliki. (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu (An Nisa' : 24). Ertinya, mereka halal bagi mu setelah 'iddah mereka habis."
1399. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Sa'ad bin Abi Waqqash bersengketa dengan 'Abdu bin Zam'ah mengenai seorang anak lelaki. Kata Sa'ad, "Ya, Rasulullah! Anak ini adalah anak saudara ku 'Utbah bin Abi Waqqash. Dia berpesan kepada ku bahwa ini memang anaknya. Tengoklah bukankah dia serupa benar dengan 'Utbah?" Kata Abdu bin Zam'ah, "Anak ini adalah saudara ku. Dia lahir di tikar ayahku, dari sahaya perempuan ayahku." Rasulullah saw. memperhatikan anak itu dengan teliti, ternyata awaknya memang serupa benar dengan 'Utbah bin Abi Waqqash. Lalu beliau bersabda : "Anak ini untukmu, hai 'Abdu. Iaitu untuk orang yang punya tikar, di mana anak itu dilahirkan. Sedangkan lelaki yang menzinai ibunya tidak punya hak apa-apa terhadapnya. Kerana itu tetaplah kamu menutupkan tabirmu terhadapnya, hai Saudah binti Zam'ah."
1400. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Anak yang lahir dari hubungan gelap ibunya, menjadi milik orang yang punya tikar (suami ibunya atau majikan ibunya jika ibunya itu sahaya). Sedangkan lelaki yang menzinai ibunya tidak punya hak apa-apa terhadap anak itu."
1401. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu hari Rasulullah
saw. memasuki rumahku dengan keadaan gembira, lalu beliau berkata: "Hai, 'Aisyah! Engkau dengarkah tadi Mujazziz Mudliji (ahli identifikasi) masuk ke rumahku? Dia melihat Usamah dan Zaid dalam selimut beludru dengan kepala mereka tertutup dan telapak kaki terbuka. Mujazziz itu berkata, "Telapak kaki ini serupa satu sama lain (ertinya mereka mempunyai hubungan darah/turunan)."
1402. Dari Ummu Salamah r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. baru kahwin dengannya (Ummu Salamah), beliau tinggal di rumah Ummu Salamah hanya tiga hari. Rasulullah saw. bersabda: "Ini tidak bererti aku menghina keluargamu. Jika engkau menghendaki, aku dapat tinggal di rumah mu tujuh hari. Jika begitu, tentu di rumah isteri ku yang lain tujuh hari pula."
1403. Dari Abu Bakar bin 'Abdur Rahman r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. baru kahwin dengan Ummu Salamah, beliau tinggal di rumahnya (tiga malam). Ketika beliau hendak pergi ke rumah isterinya yang lain, baju beliau ditarik oleh Ummu Salamah. Lalu sabda beliau, "Jika engkau menghendaki, akan kutambah malam pengantinmu, dan sudah tentu akan ku perhitungkan. Untuk gadis tujuh malam dan untuk janda tiga malam."
1404. Dari Anas r.a., katanya; "Nabi saw. mempunyai sembilan orang isteri. Bila beliau menggilir mereka, baru kembali kepada isteri pertama setelah hari kesembilan. Biasanya mereka berkumpul setiap malam di rumah isteri yang sedang beliau datangi. Pada suatu waktu, ketika beliau sedang giliran di rumah 'Aisyah, Zainab datang. Rasulullah saw. mengulurkan tangannya kepada Zainab, lalu kata 'Aisyah, "Ini Zainab!" Kerana itu Nabi saw. menarik tangannya kembali. Maka terjadilah pertengkaran antara 'Aisyah dan Zainab, padahal solat sudah diqamatkan orang. Kebetulan Abu Bakar lewat dekat situ dan dia mendengar suara keduanya bertengkar. Lalu kata Abu Bakar, "Ya,Rasulullah!
Keluarlah solat. Tutup mulut mereka dengan tanah." Rasulullah saw. keluar pergi solat. Kata 'Aisyah, "Setelah selesai solat, tentu Abu Bakar akan datang memarahi ku." Benar juga, setelah selesai solat, Abu Bakar mendatangi 'Aisyah dan memarahinya. Katanya, "Begini kiranya perbuatanmu!" 1405. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Tidak seorang jua pun wanita yang kusukai menjadi contoh teladan bagi ku selain Saudah binti Zam'ah; iaitu seorang wanita yang berfikiran tajam." Kata 'Aisyah selanjutnya, "Tatkala Saudah berangsur tua juga, dia memberikan hari gilirannya di samping Rasulullah saw. kepada 'Aisyah." Katanya, "Ya, Rasulullah! Hari giliranku bersama Anda kuberikan kepada 'Aisyah." Kerana itu giliran 'Aisyah bersama Nabi saw. menjadi dua hari. Satu hari ialah hari gilirannya sendiri, sedang yang satu hari lagi ialah hari giliran Saudah."
1406. Dari 'Aisyah r.a., katanya, "Aku selalu mencela wanita yang menyerahkan dirinya kepada Rasulullah saw., dan berujar: "Apakah wanita menyerahkan dirinya?" Tatkala Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat: "Kamu boleh menangguhkan menggauli siapa yang kamu kehendaki di antara para isteri mu, dan boleh pula menggauli siapa yang kamu kehendaki.." (Al Ahzab : 51), lalu kata
'Aisyah kepada Nabi saw., "Kulihat Tuhan Anda sangat cepat memenuhi keinginan anda."
1407. Dari Abu Hurairah r.a., katanya, "Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya, kerana turunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka utamakanlah kerana agamanya, nescaya engkau bahagia."
1408. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Aku kahwin pada masa Rasulullah saw., sesudah itu aku bertemu dengan Nabi saw., lalu beliau bertanya: "Ya, Jabir! Sudah kahwinkah engkau?" Jawab ku, "Sudah, ya Rasulullah!" Tanya beliau: "Dengan gadis
atau dengan janda?" Jawab ku, "Dengan janda." Sabda beliau, "Kenapa tidak dengan gadis? Engkau akan senang bersenda-gurau dengannya." Jawab ku, "Aku punya saudara-saudara perempuan, ya Rasulullah. Aku khuatir isteri ku akan turut mengatur urusanku dengan adik-adikku." Sabda Rasulullah saw., "Oh!, begitu. Kerana itulah justeru wanita itu dikahwini kerana agamanya, kerana hartanya, dan kerana kecantikannya. Rupanya engkau telah memilih yang beragama. Semoga engkau bahagia!"
1409. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Bapaku 'Abdullah meninggal dunia, meninggalkan sembilan orang anak perempuan. Lalu aku kahwin dengan seorang janda. Maka bersabda Rasulullah saw. kepada ku, "Ya, Jabir! Kudengar engkau sudah kahwin. Benarkah itu?" Jawab ku, "Benar, ya Rasulullah." Tanya beliau, "Dengan gadis atau dengan janda?" Jawab ku, "Dengan janda, ya Rasulullah." Sabda Nabi saw., "Kenapa tidak dengan gadis, walaupun gadis itu sahaya, engkau akan senang bercumbu atau gelak tertawa dengannya." Jawab ku, "Ayahku, 'Abdullah meninggal dunia dan meninggalkan sembilan orang anak perempuan. Aku tidak ingin kahwin dengan perempuan yang sebaya dengan saudara-saudaraku, tetapi lebih suka membawa kepada mereka perempuan yang dapat mengurus kemaslahatan mereka." Sabda Nabi saw., "Semoga Allah memberkati mu."
1410. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Dunia ialah kesenangan. Sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang soleh."
1411. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Wanita itu bagaikan tulang rusuk (bengkok). Bila engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Tetapi jika engkau biarkan, engkau dapat bersenang-senang dengannya sekalipun dia tetap bengkok."
1412. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk, dan tak dapat engkau luruskan walau dengan cara bagaimanapun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja
bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya ialah menceraikannya." 1413. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannya yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Tetapi jika engkau biarkan, dia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik."
1414. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan memarahi wanita mu'minah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya."1415. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :
"Kalau bukanlah kerana pengkhianatan Hawa, nescaya wanita tidak akan khianat selama-lamanya kepada suaminya."1416. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Kalau bukanlah kerana kesalahan Bani Israil, nescaya makanan dan daging kita tidak basi dan busuk. Dan kalau bukanlah kerana pengkhianatan Hawa, nescaya kaum wanita tidak akan berkhianat kepada suaminya selama-lamanya."
1417. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya dia pernah mentalak isterinya di masa Rasulullah saw., ketika isterinya sedang haid. Lalu Umar bin Khaththab menanyakan hukum kasus tersebut kepada Rasulullah saw. Sabda beliau, "Suruh dia ruju' (kembali kepada isterinya) kemudian tunggulah sampai dia suci, sesudah itu dia haid lagi, kemudian suci kembali. Pada saat suci kedua itulah dia boleh memilih apakah dia akan tetap berpasangan atau bercerai, iaitu sebelum melakukan persetubuhan lagi. Dan itulah yang dimaksud dengan 'iddah, yang diperintahkan Allah' Azza wa Jalla menerapkannya."
1418. Dari Nafi' r.a., katanya: "Bahwasanya Ibnu 'Umar r.a. pernah mentalak isterinya ketika sedang haid. Lalu ditanyakan hukumnya oleh 'Umar kepada Nabi saw Rasulullah saw. memerintahkan supaya Ibnu 'Umar ruju', kemudian menunggunya sampai haid lagi, dan setelah itu suci kembali. Sesudah itu barulah dia boleh mentalaknya sebelum menyetubuhinya. Itulah yang disebut 'iddah yang diperintahkan Allah supaya mentalak perempuan pada waktu suci. Kata Nafi', "Ketika Ibnu 'Umar ditanya mengenai seorang lelaki yang mentalak isterinya ketika haid, Ibnu 'Umar menjawab, jika engkau mentalaknya satu atau dua kali, Rasulullah saw. memerintahkan supaya ruju', kemudian harus menunggu perempuan itu haid lagi sampai dia suci kembali. Sesudah itu barulah dia boleh mentalaknya sebelum mereka bersetubuh kembali. Jika dia engkau talak tiga, bererti engkau mendurhakai Tuhan mu mengenai perintah talak. Dan engkau benar-benar telah putus hubunganmu dengan bekas isteri mu (talak bain)."
1419. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya dia mentalak isterinya ketika
haid. Lalu ditanyakan hukumnya oleh 'Umar kepada Nabi saw. Sabda beliau, "Suruhlah dia ruju'. Sesudah itu talaklah ketika suci atau hamil."1420. Dari Ibnu Thawus r.a., dari bapanya, katanya Abu Shahba' bertanya kepada Ibnu 'Abbas r.a., "Tahukah anda bahwa talak tiga yang diucapkan sekaligus, pada masa Rasulullah saw. dihukumkan hanya jatuh satu kali, begitu pula pada masa pemerintahan Abu Bakar. Kemudian pada masa pemerintahan 'Umar dinyatakan jatuh tiga kali?" Jawab Ibnu 'Abbas r.a., "Ya, benar begitu!"
1421. Dari Thawus r.a., katanya Abu Shahba' bertanya kepada Ibnu 'Abbas r.a., "Inilah suatu masalah di antara beberapa masalah yang ganjil. Bukankah talak tiga (yang diucapkan sekaligus) pada masa Rasulullah saw., dan pada masa Abu Bakar dinyatakan hanya jatuh satu kali?" Jawab Ibnu 'Abbas, "Soalnya pada masa pemerintahan 'Umar, orang banyak telah terlalu mempermudah-mudah talak. Kerana itu 'Umar memberlakukan hukum menurut apa yang diucapkan."
1422. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Apabila seorang suami mengharamkan (persetubuhan dengan) isterinya, maka hal itu merupakan sumpah yang harus dibayar dendanya. Kemudian dia membaca ayat: "Sesungguhnya Rasulullah saw. itu adalah ikutan yang baik bagimu."(Al Ahzab : 21). 1423. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. suka makan manis-manisan dan madu. Bila beliau selesai solat 'Ashar, biasanya beliau berkeliling ke rumah para isteri beliau dan mampir sebentar. Pada suatu kali beliau mampir di rumah Hafshah tetapi beliau agak lebih lama tinggal di situ daripada biasa. Lalu kU tanyakan kepada beliau kenapa begitu. Jawab beliau, "Hafshah diberi oleh seorang wanita familinya semangkok madu, lalu aku disuguhinya seteguk." Kata 'Aisyah, "Kami akan memperdayakan beliau. Lalu hal itu ku ceritakan kepada Saudah, dan kukatakan kepadanya, nanti bila Rasulullah saw datang ke rumah mu, maka ketika beliau mendekati mu, katakanlah kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Apakah anda baru habis minum maghafir?" Tentu beliau akan menjawab, "Tidak!" Lalu tanyakan lagi, "Ini bau apa?" Rasulullah saw. sangat benci kalau dia tercium bau minuman terlarang - Nanti beliau akan mengatakan kepada mu, "Aku disuguhi Hafshah madu seteguk." Lalu jawablah, "Barangkali lebahnya makan bunga 'urfuth," Kata 'Aisyah, "Aku akan mengatakannya begitu kepada beliau. Maka kamu katakan pulalah begitu, hai Saudah! Dan nanti kau suruh pula Shafiyah mengatakannya begitu." Maka tatkala Rasulullah saW. datang ke rumah Saudah, hampir saja, dia mengucapkan kata-kata itu ketika beliau masih berada di ambang pintu, kerana takutnya kepada 'Aisyah. Setelah beliau mendekatinya, barulah Saudah berujar, "Ya, Rasulullah! Apakah anda baru habis minum maghafir?" Jawab Nabi saw. "Tidak!" Tanya Saudah, "Mulut anda bau apa ini?" Jawab beliau, "Hafshah menyuguhi ku seteguk madu." Kata Saudah, "Kalau begitu, mungkin lebahnya makan bunga 'urfuth." Kata 'Aisyah, "Ketika beliau datang ke rumah ku, aku mengatakan pula kepada beliau seperti itu." Kemudian, ketika beliau datang ke rumah Shafiyah, lalu Shafiyah mengatakan pula begitu. Maka tatkala beliau datang ke rumah Hafshah, dia bertanya: "Apakah Anda mahu minum madu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Aku tidak membutuhkannya;" Kata 'Aisyah selanjutnya, "Kemudian Saudah mengatakan, -Maha Suci Allah! Akibatnya Allah benar-benar mengharamkannya bagi kita ' (gara-gara perbuatan kita)." Lalu ku jawab, "Tenanglah Saudah!"
1424. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Tatkala Rasulullah saw. diperintahkan Allah supaya menyuruh para isterinya memilih cerai atau tetap, beliau mulai dengan ku. Sabda beliau, "Aku hendak memberitahukan kepada mu sesuatu yang penting. Kerana itu janganlah engkau terburu-buru menjawabnya sebelum engkau musyawarahkan dengan kedua orang tua mu." Kata Aisyah, "Beliau tahu benar, bahwa kedua orang tua ku tidak akan mengizinkan ku bercerai dengan beliau." Lalu beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah berfirman: "Hai, Nabi! Katakanlah kepada para isteri mu, jika engkau menghendaki kehidupan dunia beserta perhiasannya, marilah ku berikan kepada mu suatu pemberian, kemudian ku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu menghendaki Allah dan RasulNya serta kampung akhirat, sesungguhnya Allah menyediakan pahala yang besar bagi siapa yang berbuat kebajikan di an tara kamu. " (Al Ahzab - 28:29). Kata Aisyah, "Apa pula yang harus ku musyawarahkan dengan kedua orang tua ku. Sudah tentu aku memilih Allah dan Rasul-Nya serta kampung akhirat." Kemudian kata 'Aisyah melanjutkan ceritanya, "Ternyata para isteri Rasulullah saw. semuanya berbuat seperti yang ku lakukan."
Dostları ilə paylaş: |