Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə90/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   86   87   88   89   90   91   92   93   ...   107

kesempatan kepada 'Ali untuk memenggal leher si 'Uqail, berilah kesempatan kepada ku untuk memenggal leher siFulan (maksudnya keluarga 'Umar sendiri). Kerana mereka ini adalah para pemimpin kaum kafir dan pembesar-pembesar mereka. Rasulullah menyetujui pendapat Abu Bakar, tidak menyetujui pendapatku. Esok aku datang menemui Rasulullah saw. Aku dapati beliau sedang duduk menangis berdua dengan Abu Bakar. Lalu kataku, "Ceritakanlah kepada ku, apa sebabnya Anda berdua menangis. Jika aku merasa terharu aku akan turut menangis. Jika aku tidak terharu, aku akan menangis juga kerana tangis Anda berdua:" jawab Rasulullah saW., "Aku menangis, karena tebusan yang dipungut sahabatmu terhadap para tawanan itu, terasa bagi ku lebih murah daripada harga kayu ini (sambil beliau menunjukkan sebuah kayu di dekat beliau). Lalu Allah menurunkan ayat: "Tidak pantas bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum dia melumpuhkan musuhnya di muka bumi hingga firman-Nya maka makanlah olehmu sebagian harta rampasan " (Al Anfal, 8:67-69). Kerana itu Allah Ta'ala menghalalkan harta rampasan bagi mereka."

1740. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. mengirim pasukan berkuda ke arah Nejed. Mereka dapat menawan dan membawa seorang lelaki dari Bani Hanifah, iaitu Tsumamah bin Utsal, pemimpin penduduk Yamamah. Tawanan itu mereka ikatkan di sebuah tiang di antara tiang-tiang masjid.

Rasulullah saw. keluar mendapatkannya seraya berkata, "Apa khabarmu, hai Tsumamah?" Jawab Tsumamah, "Khabar ku baik-baik saja hai Muhammad. Jika engkau membunuh ku, bererti engkau menumpahkan darah; jika engkau membebaskan ku, engkau membebaskan seorang yang pandai berterima kasih. Jika engkau mengingini harta, mintalah, akan ku berikan berapa engkau kehendaki. Kemudian dia ditinggal oleh Rasulullah saw. Esok beliau bertanya pula kepadanya, "Apa khabarmu, hai Tsumamah?" Jawab Tsumamah, "Seperti telah ku katakan kepada mu, jika engkau membebaskan ku, maka engkau membebaskan orang yang tahu berterima kasih. Dan jika engkau membunuh ku, bererti engkau menumpahkan darah. Jika engkau ingin harta, mintalah berapa engkau kehendaki, akan ku berikan. Rasulullah saw. meninggalkannya pula sampai esok, kemudian beliau bertanya pula, "Apa khabarmu, hai Tsumamah? Jawab Tsumamah, "Khabar ku seperti yang telah ku katakan kepada mu. Jika engkau bebaskan aku, engkau membebaskan orang yang tahu berterima kasih, jika engkau membunuh ku, bererti engkau menumpahkan darah. Jika engkau ingin harta, mintalah, akan ku beri berapa engkau kehendaki." Maka bersabda Rasulullah saw., "Bebaskan Tsumamah!" Kemudian Tsumamah pergi ke sebatang pohon kurma dekat masjid, lalu dia mandi. Setelah itu dia masuk ke dalam masjid, dan mengucapkan dua kalimah syahadah: Asyhadu anlaa ilaaha illallah, asyhadu anna Muhammadan 'abduhu Rasuluh. (Aku mengaku tidak ada Tuhan selain Allah dan aku mengaku bahwa Muhammad hamba Allah dan RasulNya). Ya, Muhammad! Demi Allah, tadinya tidak ada seraut wajah yang paling ku benci di muka bumi ini selain wajahmu. Tetapi kini, wajahmulah yang paling ku cintai di antara seluruh wajah. Demi Allah, tadinya tidak ada agama yang paling ku benci selain agamamu. Tetapi kini, agamamulah yang paling ku cintai daripada sekalian agama. Tidak ada negeri yang paling kubenci selain dari negerimu ini. Tetapi kini, negeri inilah yang paling ku cintai daripada sekalian negeri. Ketika pasukan berkuda mu menangkap ku, aku bermaksud hendak pergi 'umrah. Sekarang bagaimana pendapatmu?" Rasulullah menyampaikan berita gembira kepadanya, sesudah itu beliau menyuruhnya pergi 'umrah. Sesampainya di Makkah orang bertanya kepadanya, "Apakah engkau pindah agama?" Jawabnya, "Tidak! Tetapi saya memeluk agama Islam bersama-sama Rasulullah saw. Demi Allah! Janganlah kamu harap, sebiji gandum pun tidak akan datang kepada mu dari Yamamah, sebelum mendapat izin dari Rasulullah saw."

1741. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ketika kami berada dalam masjid, tiba-tiba Rasulullah saw. keluar mendapatkan kami dan beliau bersabda, "Mari kita pergi ke tempat orang-orang Yahudi!" Kami pergi bersama-sama dengan beliau. Setelah kami sampai ke tempat mereka, Rasulullah saw. berdiri di hadapan mereka dan beliau berseru kepada mereka, "Hai, kaum Yahudi! Islamlah kamu sekalian, nescaya kalian selamat!" Jawab mereka, "Hai, Abu Qasim! Engkau telah menyampaikan seruanmu kepada kami," Sabda Rasulullah saw., "Begini! Aku ingin kalian masuk Islam supaya kalian selamat." Jawab mereka, "Engkau telah menyampaikan seruanmu kepada kami, hai Abu Qasim. "Sabda Rasulullah saw., "Begitulah yang kuinginkan." Beliau mengulang seruannya itu sampai tiga kali. Sesudah itu beliau bersabda, "Ketahuilah! Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah dan Rasul-Nya. Aku mengusir kalian dari negeri ini. Siapa yang mempunyai harta di antara kamu sekalian, hendaklah dijualnya. Jika tidak, maka ketahuilah, sesungguhnya bumi ini milik Allah dan Rasul-Nya."

1742. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya : "Yahudi Bani Nadhir dan Bani Quraizhah memerangi Rasulullah saw. Kerana itu beliau mengusir Bani Nadhir tetapi membiarkan Bani Quraizhah menetap, serta memberi kelapangan bagi mereka sampai mereka memerangi Rasulullah saw. pula kembali. Sesudah itu, setiap lelaki mereka dibunuh, sedangkan wanita-wanita, anak-anak, dan harta kekayaan mereka dibagi-bagikan kepada kaum muslimin, kecuali sebagian mereka yang menemui Rasulullah saw., lalu mereka beriman dan masuk Islam. Rasulullah saw. mengusir pula orang-orang Yahudi Madinah, semuanya terdiri dari Bani Qainuqa' (iaitu sukunya 'Abdullah bin Salam), Bani Haritsah, dan setiap Yahudi yang ada di Madinah."1743. Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Akan kuusir orang-orang Yahudi dan Nasrani dari Jazirah 'Arab, sehingga tidak ada yang ketinggalan selain orang-orang muslim."

1744. Dari 'Aisyah r.a., katanya; "Ketika terjadi perang Khandaq,



Sa'ad kena dipanah oleh seorang lelaki Quraisy bernama Ibnu 'Ariqah. Dia kena panah pada urat nadi di lengannya. Kerana itu Rasulullah saw. membuatkan sebuah khemah untuk Sa'ad di masjid, supaya beliau dekat menjenguknya. Tatkala Rasulullah saw. pulang dari perang Khandaq, beliau letakkan senjata beliau, sesudah itu beliau pergi mandi. Ketika beliau sedang membersihkan kepalanya dari debu, tiba-tiba Jibril datang kepadanya seraya berkata, "Mengapa Anda sudah meletakkan senjata? Demi Allah, kita belum boleh meletakkannya. Keluarlah! Pergi perangi mereka!" Rasulullah saw. bertanya, "Ke mana?" Jibril menunjuk ke arah perkampungan Bani Quraizhah. Maka Rasulullah saw. segera pergi memerangi mereka, sehingga mereka menyerah kepada putusan Rasulullah saw. Tetapi beliau menyerahkan urusannya kepada Sa'ad. Kata Sa'ad, "Aku memutuskan orang-orang yang ikut berperang dihukum mati, anak-anak dan perempuan ditawan, dan harta mereka dirampas lalu dibagi-bagikan kepada kaum muslimin."

1745. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Abu Sufyan mengisahkan kepadanya dari mulut Abu Sufyan sendiri cerita berikut: "Pada masa berlangsungnya perjanjian damai antaraku dengan Rasulullah saw., aku pergi berniaga ke Syam. Ketika aku sedang berada di sana, disampaikan orang sepucuk surat dari Rasulullah saw. kepada Kaisar Heraclius, Penguasa Agung Rumawi. Yang membawa surat itu ialah Dihyah Al Kalbi kepada pembesar Bushra, kemudian pembesar Bushra ini menyampaikannya kepada Heraclius. Tanya Heraclius, "Adakah di sini, orang-orang dari bangsa lelaki yang mendakwakan dirinya menjadi Nabi itu?" Jawab mereka, "Ada!" Lalu aku dipanggil mereka menghadap Heraclius bersama beberapa orang Quraisy kawan-kawanku. Kami masuk dan duduk di hadapan baginda. Tanya Heraclius, "Siapakah di antara kalian yang dekat pertalian darahnya dengan orang yang mendakwakan dirinya menjadi Nabi itu?" Jawab ku, "Aku!" Mereka menyuruh ku duduk ke depan, sedang kawan-kawanku duduk di belakangku. Sesudah itu dipanggilnya penterjemah sambil berkata, "Katakan kepada mereka, bahwa aku menanyakan kepada mereka perihal lelaki yang mendakwakan dirinya sebagai Nabi. Jika dia berdusta, katakan dia dusta." Kata Abu Sufyan, "Demi Allah! Kalaulah aku tidak takut akan dicap pendusta, sungguh telah ku dustai dia." Kemudian Heraclius berkata kepada penterjemah, "Tanyakan kepadanya, bagaimana kebangsaan orang itu di kalanganmu?" Jawab ku, "Dia seorang bangsawan di kalangan kami." Tanya, "Apakah dia turunan raja?" Jawab ku: "Tidak!" Tanya, "Pernahkah kalian mengatakannya pembohong sebelum ia mengaku jadi Nabi?" Jawab ku, "Tidak! " Tanya, "Siapakah yang jadi pengikutnya, orang-orang besar atau rakyat kecil?" Jawab ku, "Hanya rakyat kecil." Tanya, "Apakah pengikutnya selalu bertambah atau berkurang?" Jawab, "Mereka selalu bertambah." Tanya, "Adakah di antara pengikutnya itu yang murtad kerana benci kepada agama yang dikembangkannya itu?" Jawab, "Tidak!" Tanya, "Pernahkah kamu berperang dengannya?" Jawab, "Ya, pernah!" Tanya, "Bagaimana jalannya peperanganmu dengannya?" Jawab, "Peperangan kami berjalan silih berganti antara menang dan kalah. Kadang-kadang kami yang menang, dia kalah; kadang-kadang kami yang kalah, dia menang." Tanya, "Pernahkah dia mungkir janji?" Jawab, "Tidak! Bahkan kami sedang dalam masa perjanjian damai, iaitu tidak akan serang menyerang dengannya. Aku tidak tahu apa yang akan dibuatnya terhadap perjanjian itu." Kata Abu Sufyan selanjutnya, "Demi Allah, tidak ada kalimat lain yang dapat kuucapkan selain daripada itu." Tanya, "Apakah ada orang lain sebelum dia, yang mengaku menjadi Nabi seperti dia pula?" Jawab, "Tidak!" Kemudian dia berkata kepada penterjemahnya, "Katakan kepadanya, kutanyakan kepada mu tentang bangsanya (status sosialnya), maka engkau katakan dia bangsawan. Memang demikianlah halnya semua Rasul-rasul; mereka dibangkitkan dari kalangan bangsawan kaumnya." Kutanyakan pula kepada mu, " Apakah dia turunan raja?" Jawabmu, "Tidak!" Kataku, "Kalau adalah bapa atau kakaknya yang menjadi raja, tentu kerana dia ingin mengembalikan kekuasaan nenek moyangnya." Kutanyakan pula tentang pengikutnya, apakah terdiri dari rakyat kecil atau dari orang-orang besar? Kamu jawab, hanya terdiri dari rakyat kecil. Memang merekalah pengikut para rasul. Kutanyakan pula, pernahkah kamu menuduhnya sebagai pembohong sebelumnya?" Jawabmu, "Tidak!" Aku tahu, dia tidak akan pernah berdusta terhadap manusia, apalagi berdusta terhadap Allah. Saya tanyakan kepada mu, "Adakah pengikutnya yang murtad, kerana setelah dipeluknya agama baru itu lalu dia membenci agama itu. Jawabmu, "Tidak!" Memang begitulah halnya apabila iman telah tertanam dalam hati seseorang. Kutanya pula, "Apakah pengikutnya berkurang?" Jawabmu, "Bahkan mereka selalu bertambah." Ya, seperti itulah iman hingga sempurna. Kutanya pula, "Pernahkah kamu memeranginya?" Jawabmu, "Memang, kamu memeranginya. Dan peperangan berjalan silih berganti, kadang-kadang menang, dan kadang kalah." Memang demikianlah halnya, para Rasul itu selalu diuji. Namun demikian, kemenangan terakhir selalu berada di pihak mereka. Kutanyakan pula, "Pernahkah dia mungkir janji?" Jawabmu, "Tidak pernah!" Memang demikian, para Rasul tidak pernah mungkir janji. Kutanya pula engkau, "Adakah orang lain sebelum dia yang mengaku menjadi Nabi seperti dia?" Jawabmu, "Tidak!" Kataku, "Kalau ada orang lain sebelumnya yang mengaku jadi Nabi seperti dia, mungkin dia hanya ikut-ikutan dengan orang yang sebelumnya itu." Kemudian dia bertanya, "Apa saja yang diperintahkannya kepadamu?" Jawab ku, "Dia menyuruh kami solat, membayar zakat, menghubungkan silaturahim, dan hidup suci." Katanya, "Jika yang kamu katakan itu benar semuanya, maka tak salah lagi orang itu sesungguhnya Nabi. Aku telah tahu bahwa dia akan muncul, tetapi aku tidak menduga bahwa dia akan muncul di kalangan kalian. Kalaulah aku yakin bahwa aku dapat bertemu dengannya, aku memang ingin benar bertemu dengannya. Dan kalau aku telah berada di dekatnya, akan kubasuh kedua telapak kakinya. Dan daerah kekuasaannya kelak, akan sampai ke daerah kekuasaanku ini." Kata Abu Sufyan, "Kemudian dimintanya surat Rasulullah saw. tersebut, lalu dibacanya. Di dalamnya tertulis: "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad Rasulullah, kepada Heraclius, Pembesar Rumawi. Berbahagialah orang yang mengikuti petunjuk. Kemudian, aku mengajak Anda masuk Islam. Islamlah Anda, nescaya Anda selamat. Islamlah Anda, nescaya Allah akan memberi Anda pahala berlipat ganda. Jika Anda menolak, maka Anda akan memikul dosa seluruh rakyat Anda. Hai, Ahli Kitab! Marilah kita bersatu dalam kalimat yang sama antara kita semua. Iaitu, bahwa kita tidak akan menyembah selain hanya kepada Allah semata-mata; tidak akan menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain, dan tidak menjadikan sebagian kita menjadi Tuhan sebagian yang lain, kecuali hanya Allah semata-mata. Jika mereka menolak, maka katakanlah kepada mereka, "Saksikanlah bahwa kami adalah orang-orang muslim." Setelah Heraclius selesai membaca surat itu, terdengar suara heboh di sekitarnya. Dia memerintahkan kami supaya keluar. Sampai di luar aku berkata kepada kawan-kawanku, "Sungguh luar biasa urusan Ibnu AbiKabsyah! Sehingga dia ditakuti oleh raja bangsa kulit kuning. Kerana itu aku sentiasa yakin, bahwa agama Rasulullah saw. ini pasti menang, sehingga akhirnya Allah memasukkan Islam ke dalam hati sanubari ku."

1746. Dari Anas r.a., katanya: "Sesungguhnya Nabi saw. telah menulis surat kepada Kisra (Raja Persia), kepada para Kaisar (Raja-raja Rumawi), Kepada Najasyi (Raja Etiopia/ Habsyah) dan kepada sekalian penguasa, mengajak mereka supaya menyembah Allah Ta'ala."

1747. Dari Ibnu 'Abbas bin 'Abdul Muththalib r.a., katanya 'Abbas bercerita: "Aku ikut berperang bersama-sama Rasulullah saw. dalam perang Hunain, maka aku dan Abu Sufyan bin Harits bin Abdul Muththalib, selalu mendampingi Rasulullah saw., tidak pernah berpisah dengan beliau. Ketika itu Rasulullah saw. mengendarai baghal putih kepunyaan beliau, hadiah dari Farwah bin Nufatsah Al Judzamiy. Tatkala pasukan kaum muslimin dan pasukan kaum kuffar telah berhadap-hadapan, pasukan kaum muslimin mundur ke belakang. Kerana itu Rasulullah saw. mulai bertindak; beliau memacu baghalnya ke arah kaum kuffar. Kata 'Abbas, "Tetapi kupegang kekang baghal beliau, menahannya supaya jangan berlari kencang, dan Abu Sufyan memegangi pula pelananya. Maka bersabda beliau, "Hai, Abbas! Panggil regu Samurah!" Kata 'Abbas (dia seorang yang mempunyai suara keras), "Lalu kupanggil mereka dengan sekeras-keras suaraku. Mana regu Samurah." Maka demi Allah, alangkah cepatnya mereka datang setelah mendengar panggilanku, bagaikan lari sapi mendengar suara anaknya." Kata mereka, "Ya, kami datang! Kami datang!." Lalu mereka berperang melawan kaum kafir. Kemudian panggilan terhadap kaum Anshar, "Hai, kaum Anshar! Hai, kaum Ansharl" Kata 'Abbas, "Kemudian panggilan di

tujukan kepada Bani Harits bin Khazraj. Rasulullah memperhatikan jalannya pertempuran dari alas baghal beliau seperti menggelorakan semangat pasukannya yang sedang bertempur. Kata beliau. "Beginilah kalau pertempuran sudah berkecamuk. Lalu beliau ambit beberapa buah kerikil, kemudian dilemparkannya ke arah orang kafir sambil berkata. "Kamu kalah!" Kata 'Abbas. "Demi Allah! Aku menyaksikan jalannya pertempuran. Mereka hanya dilempar oleh Rasulullah dengan beberapa kerikil saja. Tetapi beransur-ansur mereka jadi lemah sehingga akhirnya mereka lari kucar-kacir."1748. Dari Abu Ishaq r.a., katanya seorang lelaki bertanya kepada Al Bara', tanyanya: "Hai, Abu 'Umarah! Apakah kamu pernah lari dalam peperangan Hunain?" Jawab Abu 'Umarah, "Tidak! Demi Allah! Pasukan Rasulullah saw. tidak pernah lari. Tetapi ketika itu, ada beberapa orang pemuda sahabat Rasulullah saw. dan orang-orang yang pergi berperang dengan tergesa-gesa, tanpa persenjataan dan perlengkapan yang sempurna. Kebetulan mereka bertemu dengan pasukan pemanah pihak musuh, yang kalau mereka memanah hampir tidak meleset sedikit jua pun dari sasaran. Iaitu pasukan gabungan Bani Hawazin dengan Bani Nashar. Pasukan pemanah itu serta merta menggasak pemuda-pemuda ini dengan panah mereka, sehingga pemuda-pemuda itu terpaksa berbalik kepada Rasulullah saw., yang ketika itu beliau sedang berada di atas baghal putihnya, dikawal oleh Abu Sufyan bin Harits bin Abdul Muththalib. Beliau turun dari baghal, lalu mohon pertolongan kepada Allah swt, katanya: "Aku Nabi, bukan dusta, Aku anak 'Abdul Muththalib. Wahai Allah, turunkanlah bala bantuan-Mu!" Kemudian beliau atur barisan mereka."1749. Dari Iyas bin Salamah r.a., katanya bapanya bercerita: "Kami berperang bersama-sama dengan Rasulullah saw. di Hunain. Ketika berhadapan dengan musuh, aku maju lebih dahulu menaiki bukit. Aku bertemu dengan seorang musuh, lalu kupanah dia dengan panahku, tetapi dia hilang seketika sehingga aku tidak tahu apa yang sedang dibuatnya. Aku melihat musuh, kiranya mereka telah sampai ke bukit yang lain. Mereka bertemu dengan Nabi saw. dan para sahabat. Parasahabat mundur dan aku pun mundur pula kalau balau. Aku memakai dua burdah, yang satu kusarungkan dan yang satu lagi kuselempangkan. Sarungku lepas, lalu kuikatkan menjadi satu. Aku lewat di hadapan Rasulullah saw. sambil lari, dan beliau sedang berada di atas baghal putihnya. Sabda Rasulullah saw., "Rupanya Ibnu Akwa' melihat sesuatu yang menakutkan." Tatkala Rasulullah saw. terkepung, beliau turun dari baghal, kemudian diambilnya segenggam tanah, lalu dilemparkannya ke muka mereka sambil berkata, "Muka-muka buruk!" Dengan begitu, maka setiap orang yang menyerang ketika itu, matanya penuh dengan tanah. Lalu mereka lari kucar-kacir. Allah 'Azza wa Jalla telah mengalahkan mereka. Kemudian Rasulullah saw. membagi-bagikan rampasan perang kepada kaum muslimin."

1750. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengadakan musyawarah dengan para sahabat, ketika sampai kepada beliau khabar mengenai kedatangan tentara Abu Sufyan hendak menyerang ke Madinah. Mula-mula Abu Bakar yang berbicara, tetapi Nabi saw. tidak mempedulikannya. Kemudian berbicara pula 'Umar, Nabi saw. melengah pula daripadanya. Kemudian berdiri Sa'ad bin Ubadah (orang Anshar). Katanya. "Kamikah yang Anda kehendaki, ya Rasulullah? Demi Allah, yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya Anda memerintahkan kami mengarungi lautan, pasti kami harungi; dan seandainya Anda memerintahkan kami pergi ke hujung bumi, pasti kami pergi." Rasulullah mengajak orang ramai supaya berkumpul, kemudian mereka berangkat hingga sampai ke Badal. Di sana mereka bertemu dengan para pencari air untuk orang-orang Quraisy. Di antara mereka terdapat seorang budak hitam kepunyaan Bani Hajjaj, lalu mereka tangkap dia. Para sahabat Rasulullah saw. menanyakan kepada budak itu tentang Abu Sufyan dan pasukannya. Jawab si Budak, "Aku tidak tahu tentang Abu Sufyan; tetapi yang aku tahu ialah Abu Jahil, 'Utbah, Syaibah, dan Umayyah bin Khalaf." Lalu mereka pukuli budak itu. Kemudian kata si Budak, "Ya, baiklah! Kuberitahu tentang Abu Sufyan. Dia juga

ada!" Lalu mereka biarkan budak itu. Kemudian mereka tanya pula kembali, "Di mana Abu Sufyan?" Jawab budak itu, "Aku tidak tahu tentang Abu Sufyan! Yang ada ialah Abu Jahil, 'Utbah, Syaibah dan Umayyah bin Khalaf, mereka ada bersama rombongan tentera." Kerana itu mereka pukuli pula si budak itu. Ketika itu Rasulullah saw. sedang solat. Maka setelah beliau selesai solat dan melihat budak

itu mereka pukuli, beliau bersabda, "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, mengapa kalian pukul dia apabila dia berkata benar, dan kalian biarkan dia ketika berdusta?" Selanjutnya Rasulullah saw. bersabda, "Di situlah tempat terbunuhnya di Anu, sambil

beliau menunjuk ke tanah, di sana, di sana!" Kata Anas, "Tidak satu pun tempat-tempat yang ditunjukkan beliau itu, yang berjauhan dengan tempat tewasnya orang-orang yang disebutkan beliau."



1751. Dari 'Abdullah bin Rabah, dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Suatu perutusan (delegasi) datang kepada Mu'awiyah di bulan Ramadhan. Maka kerana itu sebagian kami sibuk membuat makanan untuk yang lain-lain. Di antaranya terdapat Abu Hurairah yang sering mengajak kami ke tempatnya. Aku berkata kepadanya, "Tidak seyogyanyakah ku buat makanan, lalu ku undang mereka makan ke rumah ku? Lalu ku suruh buatkan makanan, kemudian ku temui Abu Hurairah untuk mengundangnya makan malam. Kata ku, "Sekarang makan malam di rumahku." Jawab Abu Hurairah, "Engkau mendahului ku?" Jawab ku, "Ya, aku mengundang mereka juga." Kata Abu Hurairah, "Sukakah kalian ku ceritakan kepada kalian suatu peristiwa mengenai diri kalian sendiri, hai kaum Anshar?" Lalu diceritakannya peristiwa sekitar penaklukan Makkah. Katanya, "Rasulullah saw. berangkat hingga sampai di Makkah. Beliau mengangkat Zubair mengepalai satu di antara dua sayap, dan mengangkat Khalid mengepalai sayap yang lain, dan mengangkat Abu 'Ubaidah mengepalai pasukan tanpa baju besi. Mereka masuk ke dalam lembah, sedangkan Rasulullah saw. dalam suatu regu. Kata Abu Hurairah, "Beliau langsung memperhatikan situasi medan, lalu beliau terlihat kepada ku. Kata beliau, "Kamu, hai Abu Hurairah!" Jawab ku, "Ya, hamba, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Jangan dibolehkan mendekat kepada ku selain orang-orang Anshar, kecuali Syaiban. Suruh orang-orang Anshar berkumpul ke dekat ku!" Mereka segera berkumpul sekeliling beliau. Sedangkan orang-orang Quraisy telah menyusun barisan mereka pula dalam beberapa pasukan. Kata orang-orang Quraisy, "Biarkan mereka mendahului kita; jika mereka beruntung, kita sama-sama dengan mereka, dan jika mereka dapat bahaya, kita berikan kepada mereka apa yang dimintanya." Sabda Rasulullah saw., "Kalian lihatkah pasukan Quraisy dan pengikut-pengikut mereka? Kemudian beliau memberi isyarat dengan kedua tangannya, yang satu di atas yang lain, (maksudnya supaya waspada dan saling melindungi). Kemudian beliau berkata pula, "Sampai berjumpa di Shafa." Kata Abu Hurairah, "Kami terus berjalan. Tidak seorang pun di antara kami yang membunuh kecuali jika orang Quraisy itu membunuh. Ternyata tidak ada satu pun perlawanan ditujukan kepada kami. Kemudian Abu Sufyan datang menghadap Rasulullah saw. Dia mengatakan, "Ya, Rasulullah! Jikalau orang-orang Quraisy dibunuhi, maka tidak akan ada lagi orang-orang Quraisy sesudah ini. (ertinya orang-orang Quraisy menyerah kalah tanpa pertumpahan darah). Maka bersabda Rasulullah saw., "Siapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan, dia aman." Mendengar sabda Rasulullah seperti itu, maka orang-orang Anshar berkata sesama mereka, "Agaknya Rasulullah saw. telah rindu kepada kampung halamannya, sehingga timbul rasa kasih sayangnya berfamili." Kata Abu Hamid, "Ketika itu wahyu turun. Kami tahu kalau wahyu sedang turun. Kalau wahyu sedang turun, tidak seorang pun yang berani memandang Rasulullah saw. sampai wahyu selesai turun. Setelah selesai, Rasulullah saw. bersabda, "Hai, kaum Anshar!" Jawab mereka, " Kami, ya Rasulullah!" Tanya beliau, "Kaliankah yang berkata bahwa aku telah rindu kampung halaman?" Jawab mereka, "Betul, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Tidak! Sekali-kali tidak! Aku adalah hamba Allah dan RasulNya. Aku telah hijrah kepada Allah dan kepada kalian semua. Hidup dan mati ku bersama-sama dengan kalian." Mendengar ucapan beliau seperti itu, mereka datang menghampiri sambil menangis dan berkata, "Ya, Rasulullah! Kami berkata demikian itu sesungguhnya, kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya." Jawab Rasulullah saw., "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya membenarkan pengakuan kalian dan memaafkannya." Kata Abu Hurairah, "Maka berdatanganlah orang ramai (penduduk Makkah) ke rumah Abu Sufyan. dan meteka tutup pintu rumah mereka. Sedang Rasulullah saw. terus menuju Hajarul Aswad, lalu beliau ciUm batu, kemudian beliau thawaf mengelilingi Ka'bah. Kemudian beliau datangi berhala-berhala sembahan orang-orang Quraisy yang terletak di sekitar Ka'bah, lalu beliau tusuk matanya dengan busur panah yang ada di tangan beliau, sambil berkata, "Telah datang kebenaran, maka lenyaplah kebathilan." Setelah selesai thawaf, beliau dadatang ke bukit Shafa lalu naik ke puncaknya. Sampai di atas beliau memandang ke Ka'bah, kemudian beliau mengangkat kedua tangannya, lalu dia memuji Allah dan mendo'a apa yang hendak didoakannya."

1751. Dari 'Abdullah bin Rabah r.a., katanya: "Kami datang sebagai utusan kepada Mu'awiyah bin Abi Sufyan. Di antara kami terdapat Abu Hurairah r.a. Kami bergilir memasak masakan, masing-masing satu hari. Ketika giliranku memasak, aku berkata kepada Abu Hurairah. "Hari ini adalah giliranku yang memasak. Mereka telah datang ke tempatku, tetapi makanan belum tersedia. Maka alangkah baiknya kalau Anda bercerita kepada kami tentang Rasulullah saw., sampai makanan kita terhidang?" Abu Hurairah bercerita, "Kami pergi bersama-sama Rasulullah saw. pada hari penaklukan Makkah. Beliau mengangkat Khalid bin Walid selaku komandan pasukan sayap kanan, dan mengangkat Zubair menjadi komandan sayap kiri, serta mengangkat Abu 'Ubaidah mengepalai pasukan berjalan kaki yang ditempatkan di lembah. Rasulullah saw. bersabda, "Hai Abu Hurairah! Panggil ke dekatku orang-orang Anshar!" Lalu kupanggil mereka dan mereka segera datang ke dekat beliau. Rasulullah saw. bersabda, "Hai, kaum Anshar! Adakah kalian lihat pasukan tentera Quraisy?" Jawab mereka, "Ada,


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   86   87   88   89   90   91   92   93   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin