Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə41/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   37   38   39   40   41   42   43   44   ...   107

itu (ternyata mereka muat di dalam). Sesudah itu diambilnya kerangka ikan tersebut lalu ditegakkannya. Kemudian disuruhnya unta kami yang paling besar berjalan di bawah kerangka ikan tersebut. Kami ambil daging ikan itu sebagai perbekalan kami dan untuk kami masak. Setelah kami tiba kembali di Madinah, kami datangi Rasulullah saw. lalu kami laporkan peristiwa itu kepada beliau. Sabda beliau, "Itu rezeki diberikan Allah Ta'ala untuk kalian. Adakah kalian bawa dagingnya agak sedikit untuk kami?" Maka kami berikan daging yang kami bawa kepada beliau lalu beliau makan."1892. Dari Ali bin Abi Thalib r.a. katanya: "Rasulullah saw. telah melarang melakukan nikah mut'ah dan memakan daging keldai jinak pada waktu terjadi perang Khaibar."

1893. Dari Salamah bin Akwa' r.a. katanya: "Kami berangkat bersama-sama Rasulullah saw. menuju Khaibar. Kemudian Allah Ta'ala menaklukkannya untuk kemenangan mereka (kaum muslimin). Ketika hari telah petang pada hari penaklukan itu, para prajurit banyak menyalakan api, maka bertanya Rasulullah saw., "Api apa itu, untuk apa kamu nyalakan?" Jawab mereka, "Untuk memasak daging." Tanya beliau, daging apa?" Jawab mereka, "Daging keldai jinak." Maka bersabda Rasulullah saw., "Tumpahkan daging itu dan pecahkan periuknya!" Tanya seorang lelaki, "Bagaimanakah kalau kami tumpahkan isinya lalu kami cuci periuknya?" Jawab beliau, "Atau begitu boleh juga."1894. Dari Anas r.a. katanya: "Tatkala Rasulullah saw. menaklukkan Khaibar, kami menangkap keldai di luar kota, lalu kami masak. Tiba-tiba datang pesuruh Rasulullah saw. berseru; "Perhatian! Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kalian semua memasak daging keldai kerana daging keldai itu najis (dan memasaknya) termasuk perbuatan syaitan." Maka dibalikkan orang periuk sehingga isinya tumpah semuanya.

1895. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Sesungguhnya Rasulullah saw. telah melarang ketika terjadi perang Khaibar memakan daging keldai jinak dan membolehkan memakan daging kuda."

1896. Dari Asma' r.a. katanya, "Kami pernah menyembelih kuda pada masa Rasulullah saw. lalu kami makan."

1897. Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya : "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw. ketika beliau sedang berpidato di mimbar tentang memakan daging dhab (sejenis biawak, tidak terdapat di Indonesia). Jawab beliau, "Aku tidak memakannya dan tidak pula mengharamkannya."

1898. Dari 'Abdullah bin Abbas r.a. katanya: "Aku dan Khalid bersama-sama dengan Rasulullah saw. datang ke rumah Maimunah (isteri Rasulullah saw.) lalu dihidangkan orang daging dhab (biawak) dibakar. Rasulullah mengulurkan tangannya ke hidangan itu, tiba-tiba berkata seorang wanita yang berada di rumah Maimunah, katanya: "Beritahulah Rasulullah saw. tentang hidangan yang hendak dimakan beliau itu." Kerana itu beliau menarik tangannya kembali. Tanya ku, "Apakah itu haram, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Tidak! Tetapi kerana tidak ada di negeriku, maka aku merasa jijik memakannya." Kata Khalid, "Lalu kuambil daging itu dan kumakan, sedangkan Rasulullah saw. melihat saja."

1899. Dari Abu Sa'id r.a. katanya seorang Arab dusun datang kepada Nabi saw. seraya berkata: "Aku tinggal di negeri yang banyak biawak dan binatang itu adalah makanan umum penduduk negeri." Rasulullah saw. tidak menjawab perkataannya lalu kami suruh dia mengulangi. Maka diulanginya bertanya. Tetapi Rasulullah belum juga menjawab sehingga diulangnya bertanya sampai tiga kali. Setelah kali yang ketiga, beliau memanggilnya, "Hai, Arab! Sesungguhnya Allah Ta'ala pernah mengutuk sebuah suku dari Bani Israil dan mengubah bentuknya seperti binatang. Aku tidak tahu apakah binatang itu biawak. Kerana itu aku tidak suka memakannya. Namun begitu aku tidak pula melarang memakannya."

1900. Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. katanya: "Kami berperang bersama-sama Rasulullah saw. dalam tujuh peperangan di mana kami pernah memakan belalang."

1901. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Pada suatu ketika kami lewat di Marruzh Zhahran (suatu tempat dekat Makkah), tiba-tiba kami di kejutkan oleh kelinci. Lalu mereka kejar kelinci itu sampai mereka kelelahan kerananya. Aku mengejarnya sampai dapat, lalu kubawa kepada Abu Thalhah. Abu Thalhah menyembelih kelinci itu dan mengirimkan kedua pahanya kepada Rasulullah saw. Aku mengantarkannya kepada beliau dan beliau menerimanya."

1902. Dari Ibnu Buraidah r.a. katanya: "Pada suatu ketika, Abdullah bin Mughaffal melihat seorang lelaki sahabatnya sedang melempar. Lalu kata Abdullah, "Jangan melempar! Rasulullah saw. telah melarang perbuatan itu, kerana tidak akan mematikan buruan dan tidak pula mengalahkan musuh. Kendatipun begitu dapat memecahkan gigi orang atau membutakan mata."1903. Dari Syaddad bin Aus r.a. katanya: "Ada dua pesan Rasulullah saw. yang selalu kuingat dengan baik, iaitu sabda beliau, "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah mewajibkan supaya selalu bersikap baik terhadap segala-galanya. Jika kamu membunuh (buruan) lakukanlah dengan cara yang baik. Dan jika kamu menyembelih sembelihan, lakukanlah dengan cara yang baik, tajamkan mata pisaumu, sehingga tidak terlalu menyakiti haiwan sembelihanmu."

1904. Dari Hisyam bin Zaid bin Anas bin Malik r.a. katanya: "Aku datang bersama kakakku Anas bin Malik ke rumah Hakam bin Ayyub. Di sana kami dapati beberapa orang sedang memanah, menjadikan ayam betina sebagai sasaran. Lalu kata Anas, "Rasulullah saw. telah melarang menjadikan binatang sebagai sasaran memanah."

1905. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Jangan mengambil makhluk bernyawa menjadi sasaran!"

1906. Dari Sa'id bin Jubair r.a. katanya: "Pada suatu hari Ibnu

'Umar lewat dekat beberapa orang pemuda Quraisy mengurung seekor burung menjadi sasaran memanah. Mereka membayar kepada pemilik burung setiap panahan yang tidak mengena. Tatkala mereka melihat Ibnu 'Umar, mereka lari berpencar. Kata Ibnu 'Umar, "Siapa yang melakukan perbuatan ini? Allah Ta'ala mengutuk setiap orang yang melakukannya. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah mengutuk setiap orang yang mengambil makhluk bernyawa menjadi sasaran."

1907. Dari Jundab bin Sufyan r.a. katanya: "Aku hadir solat 'Idul Adha bersama-sama Rasulullah saw. Tidak lama setelah selesai solat, beliau terlihat daging kurban yang telah disembelih sebelum solat. Maka bersabda beliau, "Siapa menyembelih kurban sebelum solat, maka hendaklah disembelihnya yang lain sebagai pengganti. Dan siapa yang belum menyembelih hendaknya menyembelihnya dengan menyebut nama Allah."

1908. Dari Al Bara' r.a. katanya: "Pamanku Abu Burdah menyembelih korbannya sebelum solat 'Id. Maka bersabda Rasulullah saw., "Itu hanya kambing untuk daging makanan (bukan kurban)." Jawab Paman, "Ya, Rasulullah! Kambingku hanya tinggal seekor kambing muda." Sabda Nabi saw., "(Kali ini) engkau boleh berkurban dengan itu, tetapi tidak mencukupi bagi yang lain-lain." Kemudian beliau melanjutkan sabdanya "Siapa menyembelih kurban sebelum solat 'Id, dia hanya menyembelih untuk dirinya sendiri (tidak menyembelih kurban), dan siapa menyembelih sesudah solat 'Id maka sempurnalah ibadatnya dan dia telah melaksanakan sunnah kaum muslimin dengan tepat."

1909. Dari Al Bara' bin 'Azib r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Pekerjaan yang mula-mula kita lakukan hari ini ialah solat. Sesudah solat kita pulang lalu menyembelih kurban. Siapa melakukan seperti itu, sesungguhnya dia melaksanakan sunnah ku dengan tepat. Siapa menyembelih kurban sebelum solat 'Id, itu hanya merupakan daging yang biasa diberikannya kepada keluarganya, tidak merupakan ibadah kurban sama sekali."

1910. Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu sembelih haiwan untuk kurban, melainkan haiwan yang telah dewasa (musinnah). Jika itu sunat kamu peroleh, sembelihlah haiwan yang berusia muda dari adh dh'an (domba)."

1911. Dari 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani r.a. katanya: "Rasulullah saw. membagi-bagikan haiwan kurban kepada kami. Aku mendapat seekor kambing muda. Lalu kukatakan kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Aku mendapat kambing muda." Sabda beliau, "Berkurbanlah dengan itu!"1912. Dari Anas r.a., katanya Rasulullah saw. menyembelih kurban dua ekor kibasy (biri-biri) putih yang telah bertanduk. Beliau menyembelih keduanya dengan tangan beliau sendiri sambil membaca Basmalah dan Takbir dan dengan menginjakkan kaki beliau di pangkal leher biri-biri itu."

1913. Dari Rafi' bin Khadij r.a. katanya dia berkata kepada Rasulullah saw., "Esok kita tidak mungkin menghadapi musuh (menyembelih haiwan kurban) kerana kita tidak mempunyai pisau untuk menyembelih." Sabda Rasulullah saw., "Segeralah cari sekarang apa saja yang dapat mengalirkan darah. Sembelihan yang disebut padanya nama Allah makanlah, asal tidak disembelih dengan gigi atau dengan kuku."

1914. Dari Abu Zubaid maula Ibnu Azhar r.a. katanya dia pernah menghadiri solat 'Idul Qurban bersama-sama 'Umar bin Khaththab, kemudian bersama Ali bin Abi Thalib. Beliau mengimami kami solat 'Id sebelum berkhutbah. Sesudah solat barulah beliau berkhutbah. Antara lain beliau berkata, "Rasulullah saw. melarang kalian memakan daging kurban sesudah tiga hari. Lebih dari tiga hari jangan kalian makan lagi."1915. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya : "Sedianya kami tidak hendak memakan daging kurban kami sesudah tiga hari di Mina. Tetapi kemudian Rasulullah saw. membolehkan kami memakan, sabdanya: "Makanlah dan simpanlah untuk perbekalan kalian!"

1916. Dari Salamah bin Akwa' r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : "Siapa-siapa di antara kamu yang menyembelih kurban, maka janganlah dia menyimpan daging kurban itu di rumahnya lebih dari tiga hari walaupun agak sedikit." Tahun berikutnya para sahabat bertanya, "Tetapkah kami tidak boleh menyimpan di rumah lebih dari tiga hari?" Jawab beliau, "Tidak! Tahun yang lalu kita sedang berperang. Aku ingin supaya daging kurban itu lebih luas tersebar."1917. Dari 'Abdullah bin Buraidah r.a., dari bapanya, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korban mu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar kamu memerlukan. Aku pernah melarang kamu minum anggur kecuali di gelas biasa, sekarang, minumlah di segala tempat minum. Tetapi sekali-kali jangan kamu minum yang memabukkan."

1918. Dari Ummu Salamah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila kamu melihat bulan Zulhijjah telah terbit, dan kamu bermaksud tidak menyembelih kurban, maka janganlah kamu mencukur rambut dan jangan memotong kuku (hingga selesai menyembelih)."

1919. Dari Abu Thufail r.a. katanya 'Ali (bin Abi Thalib) ditanya orang: "Adakah Rasulullah saw. mengistimewakan Anda dengan sesuatu?" Jawab Ali, "Rasulullah saw. tidak pernah mengistimewakan ku dengan sesuatu yang tidak diumumkannya kepada orang ramai, kecuali mengenai yang ada dalam tempat isian pedang ku ini." Kemudian dia mengeluarkan sebuah catatan, di mana tertulis di dalamnya: Allah mengutuk orang yang menyembelih dengan menyebut selain nama Allah, dan mengutuk orang yang mencuri (memindahkan) tanda-tanda batas tanah, dan mengutuk orang yang mencaci ibu-bapanya, dan mengutuk orang yang melindungi tindak kejahatan."

1920. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Aku bertugas menjadi pelayan menuangkan minuman kepada para tamu di rumah, Abu Thalhah pada hari minuman khamar (minuman keras) diharamkan Allah Ta'ala. Minuman mereka terbuat dari campuran kurma muda (al busr) dan kurma kering (at tamr). Tiba-tiba terdengar orang meneriakkan suatu pengumuman. "Keluarlah dan dengarkan!" kata Abu Thalhah. Lalu aku pergi ke luar, kiranya orang mengumumkan suatu pengumuman: "Perhatian! Sesungguhnya khamar telah diharamkan!" Kulihat di jalan-jalan mengalir minuman keras. Kata Abu Thalhah kepada ku, "Keluarlah! Tumpahkan minuman itu!" Lalu kutumpahkan minuman itu semuanya.

1921. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah mengharamkan khamar. Ketika itu di Madinah tidak ada khamar (minuman keras) kecuali yang terbuat dari tamar (kurma)."

1922. Dari Anas r.a. katanya Nabi saw. ditanya orang tentang khamar yang telah menjadi cuka. Jawab beliau, "Tidak mengapa!"

1923. Dari Thariq bin Suwaid Al Ja'fi r.a. katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw. tentang masalah khamar. Maka Rasulullah saw. melarang membuatnya. Tanya Thariq, "Aku membuatnya hanya untuk ubat." Sabda Nabi saw., "Khamar itu bukan ubat tetapi penyakit."

1924. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Khamar terbuat dari dua macam (buah) pohon ini, iaitu kurma dan anggur."

1925. Dari Jabir bin Abdullah Al Anshari r.a. katanya: "Rasulullah saw. melarang mencampurkan anggur kering dengan kurma, dan kurma muda dengan kurma kering."

1926. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa-siapa di antara kamu yang minum nabidz (perahan dari buah anggur atau buah kurma) maka hendaklah diminumnya anggur saja, atau kurma saja, atau kurma muda saja."

1927. Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. ditanya orang tentang bit'i (minuman keras terbuat dari madu). Jawab beliau, "Setiap minuman yang memabukkan, haram."

1928. Dari Abu Musa r.a. katanya: "Nabi saw. mengutus ku ke negeri Yaman bersama-sama dengan Mu'adz bin Jabal. Aku bertanya kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Di negeri (tempat kami bertugas) ada dua macam minuman yang disebut "mizr" terbuat dari gandum, dan "bit'i" terbuat dari madu. Bagaimana itu?" Jawab Rasulullah saw., "Setiap minuman yang memabukkan, haram."

1929. Dari Jabir r.a. katanya: "Seorang lelaki dari Jaisyan, sebuah negeri di wilayah Yaman datang kepada Nabi saw. lalu dia bertanya tentang jenis minuman yang dibuat orang di negerinya yang disebut "mizr" terbuat dari jagung. Tanya Nabi saw. "Apakah minuman itu memabukkan?" Jawabnya, "Ya, memabukkan." Sabda Rasulullah saw., "Setiap minuman yang memabukkan haram. Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla telah menjanjikan bagi orang yang meminum minuman memabukkan akan diberiNya (kelak di akhirat) sejenis minuman terbuat dari "thinatil khabal". Lalu para sahabat bertanya. "Ya, Rasulullah! Apa itu thinalil khabal?" Jawab beliau, "Keringat penduduk neraka."

1930. Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Setiap yang memabukkan adalah khamar, dan setiap yang memabukkan adalah haram. Siapa yang minum khamar di dunia lalu dia mati, sedangkan dia telah terbiasa dan belum taubat, maka dia tidak dapat meminumnya nanti di akhirat."

1931. Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: "Rasulullah saw. pernah dibuatkan anggur oleh seseorang pada awal malam (waktu senja), lalu beliau minum esok paginya, kemudian malam harinya, kemudian esok paginya lagi hingga 'Ashar. Sesudah itu bila masih ada sisanya disuruh beliau tumpahkan oleh khadamnya."1932. Dari Al Bara' r.a. katanya: "Tatkala Rasulullah saw. berangkat dari Makkah hijrah ke Madinah, beliau diikuti oleh Suraqah bin Malik bin Ju'syum. Rasulullah saw. mendoa supaya Suraqah dihalangi Allah (agar beliau lolos dari kejarannya). Maka dengan seketika kaki kuda Suraqah terbenam ke dalam tanah (sehingga Suraqah terguling dan kudanya tidak dapat bergerak apalagi lari kencang). Kata Suraqah, "Doakanlah aku kepada Allah (supaya aku dan kudaku bebas), Aku berjanji tidak akan mencelakai Anda." Lalu dia didoakan beliau, maka bebaslah dia seketika itu juga. Ketika Nabi saw. meneruskan perjalanannya berdua dengan Abu Bakar beliau merasa haus. Namun mereka bertemu dengan pengembala biri-biri. Kata Abu Bakar Shiddiq, "Maka kuambil mangkok lalu kuperah susu sedikit, kemudian kuberikan kepada beliau. Beliau meminum susu itu, sehingga aku merasa lega kerananya."

1933. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Pada malam terjadinya Isra' dan Mikraj, di Baitul Maqdis (Illiya) beliau disuruhi dua gelas minuman masing-masing berisi khamar dan susu. Setelah beliau meneliti kedua gelas itu. Maka beliau ambil gelas berisi susu. Kata Jibril, "Segala puji bagi Allah yang menunjuki Anda memilih yang suci. Seandainya Anda mengambil khamar, nescaya sesatlah umatmu."

1934. Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tutuplah bejanamu, tutup tempayan, kunci pintu dan padamkan lampu (ketika hendak tidur), karena syaitan tidak pandai membuka tutup tempayan, tidak pandai membuka pintu, dan tidak pandai membuka tutup bejana. Jika kamu tidak mempunyai tutup segalanya, boleh bentangkan pada bejananya sepotong kayu sambil menyebut nama Allah. Lakukanlah yang demikian kerana si penjahat kecil (tikus, kecoak dan sebagainya) dapat menyalakan api sehingga membakar rumah mereka."

1935. Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tutuplah bejana, tutup tempayan, kerana pada suatu malam dalam setahun penyakit menular berjangkit. Setiap bejana atau tempayan yang didapatinya tidak tertutup, nescaya bibit penyakit itu akan hinggap ke dalam bejana itu."

1936. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : "Bila hari telah senja, laranglah anak-anak keluar rumah, kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka. Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang terkunci (dengan menyebut nama Allah). Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya, dan padamkan lampu (ketika hendak tidur)."

1937. Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan biarkan ternak dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja." 1938. Dari Abu Musa r.a. katanya : "Pada suatu malam sebuah rumah penduduk Madinah terbakar. Ketika peristiwa itu dikhabarkan orang kepada Rasulullah saw., beliau berkata: "Api itu sesungguhnya musuh bagi mu kerana itu apabila kamu hendak tidur padamkanlah lebih dahulu!"

1939. Dari Hudzaifah r.a. katanya: "Apabila kami makan bersama-sama Rasulullah saw., kami belum mengulurkan tangan (mengambil makanan yang dihidangkan sebelum Rasululah saw. memulainya. Pada suatu hari kami akan bersama-sama beliau tiba-tiba datang seorang gadis kecil. Seperti didorong dia menjangkaukan tangannya hendak mengambil makanan, tetapi segera ditangkap Rasulullah saw. Kemudian datang pula seorang Arab dusun, dia seperti didorong mengulurkan tangannya. Lalu ditangkap pula oleh beliau. Maka bersabda Rasulullah saw.. "Hanya syaitan yang menghalalkan makanan tanpa menyebut nama Allah memakannya. Dia datang bersama gadis dan orang dusun ini hendak turut makan bersama-sama mereka. Demi Allah yang jiwaku dalam kuasa-Nya. sesungguhnya tangan syaitan itu ada di kedua tangan orang dusun dan gadis itu."1940. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang membaca Basmalah ketika hendak masuk rumah dan ketika hendak makan, maka berkata syaitan kepada kawannya. "Malam ini tidak ada tempat kalian bermalam dan tidak ada pula makan malam. Apabila orang itu tidak menyebut Basmalah ketika hendak masuk rumahnya, maka berkata syaitan (kepada kawan-kawannya), "Malam ini kalian mendapat tempat bermalam." Dan apabila dia tidak menyebut Basmalah ketika hendak makan, berkata pula syaitan kepada kawan-kawannya, "Sekarang kamu dapat tempat serta makan malam."

1941. Dari Jabir r.a. dari Rasulullah saw. sabdanya: "Janganlah kamu makan dengan tangan kiri, kerana hanya syaitan yang makan dengan tangan kiri."

1942. Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila kamu makan dan minum, makan dan minumlah dengan tangan kanan, kerana hanya syaitan yang makan minum dengan tangan kiri."1943. Dari Iyas bin Salamah bin Akwa' r.a., dia mengatakan bahwa bapanya menceritakan kepadanya, "Seorang lelaki makan dekat Rasulullah saw. dengan tangan kiri. Maka bersabda beliau kepadanya, "Makanlah dengan tangan kanan!" Jawab orang itu, "Aku tidak bisa!" Sabda Nabi saw., "Tidak bisa? Tidak ada orang yang melarangmu melainkan perasaan sombongmu." Kata Iyas, " Orang itu benar-benar menjadi tidak dapat mengangkat tangan ke mulutnya."

1944. Dari 'Umar bin Abu Salamah r.a. katanya: "Aku pernah tinggal di rumah Rasulullah saw., (kalau makan) tangan ku bergelak kian-kemari (mengambil makanan). Maka bersabda beliau kepada ku. "Hai anak muda! Bila kamu hendak makan sebutlah nama Allah lebih dahulu. Gunakanlah tangan kananmu dan ambillah makanan yang terhidang di dekatmu!"

1945. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. melarang menunggingkan teko, kemudian minum dari mulut teko tersebut."

1946. Dari Anas r.a., dari Nabi saw., bahwasanya beliau pernah melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. Kata Qatadah, lalu kami bertanya: "Kalau makan?" Jawab Anas, "Itu lebih buruk dan lebih keji."

1947. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya : "Aku pernah menuangkan air

untuk Rasulullah saw. di sumur Zam-zam, lalu beliau minum. Padahal beliau sedang berdiri."1948. Dari Abdullah bin Abi Qatadah r.a., dari bapanya katanya: "Bahwasanya Nabi saw. pernah melarang meniupkan nafas ke dalam bejana."

1949. Dari Anas r.a. katanya: "Bahwasanya Rasulullah saw. pernah meniup ke dalam bejana tiga kali."1950. Dari Anas r.a. katanya: "Bahwasanya Rasulullah saw. pernah meniup ke dalam minuman tiga kali. Kata beliau. "Itu lebih elok, lebih baik dan lebih bagus." Kata Anas, "Kerana itu aku meniup tiga kali setiap minum."

1951. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Rasulullah saw. disuguhi orang susu campur air. Di sebelah kanan beliau ada seorang Arab dusun di kirinya Abu Bakar Shiddiq. Setelah beliau minum lalu beliau berikan (sisanya) kepada orang Arab dusun sambil berkata, "Tolong edarkan ke kanan!"1952. Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a. katanya: "Rasulullah saw. pernah diberi minuman oleh seseorang, lalu diminumnya sebahagian. Di sebelah kanan beliau ada seorang anak muda remaja sedang di kiri beliau beberapa orang tua. Beliau bertanya kepada anak muda tersebut. "Engkau izinkankah aku memberi minuman ini kepada orang-orang tua itu." Jawab anak muda, "Tidak! Demi Allah, aku tidak akan mengalah kepada siapa pun terhadap bagianku dari pemberian Anda." Lalu beliau berikan minuman itu kepada anak muda tersebut."

1953. Dari Ka'ab Ibnu Malik r.a. katanya: "Aku pernah melihat Nabi saw. mengulum jari-jari beliau tiga kali sesudah makan."

1954. Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila suapanmu jatuh, ambillah kembali lalu buang bahagian yang kotor dan makanlah bahagian yang bersih. Jangan dibiarkan dia dimakan syaitan, dan jangan kamu sapu tanganmu dengan lap sebelum kamu kulum jarimu. Kerana kamu tidak tahu makanan mana yang membawa berkah."1955. Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a. katanya: "Ada seorang lelaki Anshar bernama Abu Syu'aib, dia mempunyai seorang pelayan tukang daging. Pada suatu hari Abu Syu'aib melihat Rasulullah saw. Dia tahu dari wajah beliau bahwa beliau sedang lapar. Maka berkata Abu Syu'aib kepada pelayannya. "Kasihan! Siapkan hidangan untuk lima orang. Aku hendak mengundang Rasulullah saw. beserta empat orang lainnya. Setelah hidangan tersedia, Nabi saw. pun tiba beserta empat orang lainnya dan seorang lagi mengikuti mereka. Tatkala sampai di pintu Nabi saw. berkata, "Kawan ini mengikuti kami. Jika engkau izinkan dia turut makan, silakan. Jika tidak, biarlah dia kembali," Jawab Abu Syuaib, "Jangan, tentu aku izinkan, ya Rasulullah!"

1956. Dari Anas r.a. katanya: "Rasulullah saw. mempunyai tetangga

seorang bangsa Persia pandai masak. Pada suatu hari dia memasak hidangan untuk Rasulullah saw. Setelah tersedia maka dia datang mengundang beliau. Tanya beliau. "Aisyah bagaimana?" Jawab orang itu. "Dia tidak!" Kata Rasulullah saw. "Kalau begitu aku juga tidak!" Orang itu mengulangi undangannya kembali. Kata Rasulullah saw. "Aisyah bagaimana?" Jawab orang itu. "Dia tidak!" Kata Rasulullah saw., "Kalau begitu aku juga tidak!" Kemudian orang itu mengulangi undangannya pula. Tanya Nabi saw., "Aisyah bagaimana?" Jawab orang itu pada kali ketiga, "Ya, Aisyah juga." Maka pergilah mereka berdua beriringan ke rumah tetangga yang orang Persia itu."

1957. Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Pada suatu malam Rasulullah saw. pergi keluar rumah, tiba-tiba beliau bertemu dengan Abu Bakar dan Umar. Lalu bertanya beliau, "Mengapa Anda keduanya keluar rumah malam-malam begini?" Jawab mereka, "Kami lapar, ya Rasulullah!" Kata Rasulullah saw., "Demi Allah yang jiwaku dalam kuasa-Nya, aku juga keluar kerana lapar seperti Anda. Marilah!" Mereka pergi mengikutkan beliau ke rumah seorang lelaki Anshar (Abu Haitsam Malik bin Taihan). Sayang dia sedang tidak ada di rumah. Tetapi tatkala isterinya melihat Rasulullah saw. datang, dia mengucapkan Marhaban wa Ahlan (Selamat datang). Maka bertanya Rasulullah saw. "Kemana si Fulan (Abu Haitsam)?" Jawab isterinya. "Dia sedang mengambil air tawar untuk kami." Tiba-tiba suaminya datang dan melihat Rasulullah saw. beserta dua sahabat beliau, maka dia berkata, "Alhamdulillah, tidak ada orang yang lebih bahagia dari ku hari ini kerana kedatangan tamu yang mulia." Lalu dia pergi mengambil setandan kurma, di antaranya ada yang masih muda, yang mulai masak dan yang sudah masak betul. Katanya, "Silakan dimakan ini," sambil dia mengambil pisau. Nabi saw. berkata. "Jangan dipotong yang mempunyai susu." Maka dipotongnya seekor kambing lalu mereka makan kambing, makan kurma setandan, dan minum susu. Setelah semuanya kenyang dan puas makan minum. Rasulullah saw. berkata kepada Abu Bakar dan Umar, "Demi Allah yang jiwaku berada dalam kuasa-Nya, kamu akan ditanya kelak pada hari kiamat tentang nikmat yang kamu peroleh ini. Kamu keluar dari rumah kerana lapar dan pulang sesudah memperoleh nikmat ini."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   37   38   39   40   41   42   43   44   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin