Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə42/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   38   39   40   41   42   43   44   45   ...   107

1958. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "Tatkala penggalian parit pertahanan Khandaq sedang dilaksanakan, aku melihat Rasulullah saw. lapar. Kerana itu aku kembali kepada isteri ku, menanyakan kepadanya, "Adakah engkau mempunyai makanan? Aku melihat Rasulullah saw. telah lapar." Maka dikeluarkannya sebuah karung, di dalamnya terdapat segantang gandum. Di samping itu kami mempunyai seekor kambing muda. Maka ku sembelih kambing itu dan isteri ku menggiling tepung. Setelah isteri ku selesai pekerjaannya, aku pun telah selesai dari pekerjaan ku. Lalu ku potong-potong kambing itu dan ku masukkan ke dalam kuali. Kemudian aku pergi kepada Rasulullah saw. (mengundangnya datang untuk makan ke rumah). Sementara itu isteri ku berkata kepada ku, "Engkau jangan memalukan aku kepada Rasulullah saw. dan para sahabat beliau." Maka ku temui beliau seraya berbisik kepadanya, "Ya, Rasulullah! Aku menyembelih seekor kambing muda kepunyaan kami, dan isteri ku telah menggiling segantang gandum yang ada pada kami. Kerana itu sudilah Anda datang makan bersama-sama dengan beberapa orang sahabat." Maka berteriak Rasulullah saw., "Hai orang-orang Khandaq! Jabir membuat hidangan untuk kamu semua. Marilah kita makan bersama-sama!" Sementara itu Rasulullah saw. berkata kepada Jabir, "Jangan kamu turunkan kualimu dan jangan dimasak dulu adunan rotimu sebelum aku datang." Lalu aku pulang. Tidak lama kemudian Rasulullah pun datang diikuti orang ramai. Ketika ku temui isteri ku dia menyesali ku, katanya, "Bagaimana engkau! Bagaimana engkau!" Jawab ku, "Aku telah lakukan apa yang engkau pesankan kepada ku." Maka kukeluarkan adunan roti kami, lalu diberkati oleh Rasulullah saw. Kemudian beliau menuju ke kuali (tempat memasak kambing), maka diberkati pula oleh beliau. Sesudah itu beliau berkata kepada isteri ku. "Panggillah tukang roti untuk membantumu memasak. Nanti isikan gulai ke mangkok langsung dari kuali dan sekali-kali jangan diturunkan kualimu itu." Mereka semuanya berjumlah seribu orang. Aku bersumpah dengan menyebut nama Allah, semuanya turut makan dan setelah itu mereka pergi. Tetapi kuali kami masih tetap penuh berisi seperti semula. Sedangkan adunan masih tersedia pula sebanyak semula."

1959. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Abu Thalhah menyuruh ku mendatangi Rasulullah saw. untuk mengundang beliau makan ke rumahnya, dan Abu Thalhah telah menyediakan hidangan. Lalu aku pergi mengundang beliau. Kudapati beliau sedang bersama-sama orang ramai. Beliau menengok kepada ku sehingga aku malu kerananya. Lalu kataku, "Abu Thalhah mengundang Anda makan ke rumahnya, sudilah Anda memperkenankan!" Maka berkata beliau kepada orang ramai, "Berdirilah semuanya!" Kata Abu Thalhah, "Ya, Rasulullah! Aku hanya menyediakan makanan untuk Anda seorang." Lalu beliau jamah makanan yang tersedia itu dan mendoakan berkat bagi makanan tersebut. Kemudian beliau berkata, "Suruh masuk kawan-kawan itu sepuluh orang." Kata beliau, "Makanlah Tuan-tuan!" Dari sela-sela jari beliau keluar sesuatu (berupa makanan), maka makanlah mereka sampai kenyang, sesudah itu mereka keluar. Kata beliau. "Suruh masuk sepuluh orang lagi." Mereka makan pula sampai kenyang. Begitulah seterusnya secara bergantian mereka masuk sepuluh orang dan keluar sepuluh orang, sehingga tidak seorang pun yang ketinggalan. Semuanya masuk dan makan sampai kenyang. Kemudian ternyata makanan masih bersisa sebanyak semula."

1960. Dari Abdullah bin Ja'far r.a., katanya: "Aku pernah melihat Rasulullah saw. memakan mentimun dengan kurma yang baru masak."

1961. Dari 'Amir bin Sa'ad bin Abi Waqqash, dari bapanya r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa memakan tujuh buah kurma yang tumbuh di tanah berbatu-batu hitam (di Madinah) pagi-pagi, dia tidak akan celaka oleh racun sampai petang."

1962. Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya kurma (dari jenis yang baik) yang tumbuh di dataran tinggi Madinah mengandung ubat."

1963. Dari Sa'id bin Yalid bin 'Amru bin Nufail r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Al Kam-at (cendawan) adalah sejenis manna (sejenis makanan) yang diturunkan Allah Ta'ala kepada Bani Israil, airnya mengandung ubat bagi penyakit mata."

1964. Dari Jabir Ibnu Abdullah r.a. katanya: "Pada suatu ketika aku sedang duduk di rumah ku, tiba-tiba lewat Rasulullah saw. Beliau memberi isyarat kepada ku lalu aku berdiri menemui beliau. Beliau memegang tangan ku (mengajak ku pergi bersama beliau). Kami berjalan hingga sampai ke rumah salah seorang isteri beliau. Beliau masuk dan menyilakan ku pula masuk. Kerana aku masuk sampai ruangan dalam. Beliau bertanya kepada isterinya. "Adakah kamu sedia makanan?" Jawab mereka, "Ada." Maka dibawanya tiga buah roti lalu dihidangkannya ke hadapan Rasulullah saw. Beliau ambil sebuah lagi lalu diletakkannya ke tangan ku. Sesudah itu dipatahkan yang ketiga, separuhnya diambil oleh beliau dan separuhnya lagi diletakkannya ke tangan ku. Kemudian beliau bertanya. "Tidak ada sambal?" Jawab mereka. "Tidak ada apa-apa selain cuka." Kata beliau, "Bawalah kemari! Sambal cuka juga enak!"

1965. Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a. katanya: "Apabila beliau diberi makanan oleh seseorang, beliau makan dan sebahagian lagi diberikannya kepada ku. Pada suatu hari beliau memberikan makanan yang tidak dimakannya kepada ku kerana di dalamnya ada bawang putih. Lalu kutanya, "Apakah bawang putih itu haram?" Jawab beliau. "Tidak! Tetapi aku tidak suka kerana baunya." Kata Abu Ayyub, "Kalau begitu aku juga tidak suka apa yang Anda tidak sukai."

1966. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Aku dalam kesulitan susah hidup dan lapar." Maka beliau bawa pulang itu ke rumah isteri beliau satu persatu menanyakan kalau-kalau mereka ada sedia makanan. Para isteri beliau menjawab. "Demi Allah yang mengutus Anda dengan yang hak, aku tidak sedia apa-apa selain air. Begitulah jawapan mereka masing-masing. Lalu bersabda beliau kepada para sahabat. "Siapa bersedia menerima tamu malam ini nescaya di beri rahmat oleh Allah Ta'ala." Maka berdirilah seorang lelaki Anshar seraya berkata, "Aku, ya Rasulullah!" Maka dibawanya lah orang itu ke rumahnya. Dia bertanya kepada isterinya, "Adakah engkau sedia makanan?" Jawab isterinya, "Tidak ada, kecuali makanan anak-anak." Katanya, "Pujuklah mereka dengan apa saja. Bila tamu kita dah masuk tunjukkan kepadanya bahwa kita makan bersamanya. Bila dia telah mulai makan, berdirilah ke dekat lampu lalu padamkan. Maka duduklah mereka dan sang tamu pun makanlah. Setelah Subuh, sahabat tersebut bertemu dengan Nabi saw. lalu kata beliau, "Allah kagum dengan cara kamu berdua melayani tamu kalian tadi malam."

1967. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki Anshar kedatangan tamu dan bermalam di rumahnya. Padahal dia tidak mempunyai makanan selain makanan anak-anaknya. Maka berkata dia kepada isterinya. "Tidurkan anak-anak dan padamkan lampu. Sesudah itu suguhkan kepada tamu kita apa adanya." Kata Abu Hurairah. "Kerana peristiwa itu maka turunlah ayat: "Dan mereka lebih mementingkan tamu dari diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan. (Al Hasyar. 59:9)

1968. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Makanan seorang cukup untuk dua orang makanan dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan empat orang cukup untuk lapan orang."

1969. Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Orang-orang kafir makan dengan tujuh perut, dan orang mukmin makan dengan sebuah perut."

1970. Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Rasulullah saw. kedatangan seorang tamu orang kafir. Rasulullah saw. menyuruh perah seekor kambing untuk sang tamu lalu diminum habis oleh tamu tersebut. Kemudian beliau suruh perah seekor lagi lalu diminumnya habis pula. Kemudian disuruhnya perah seekor lagi habis pula diminumnya sehingga akhirnya dia meminum habis susu tujuh ekor kambing. Esok pagi dia masuk Islam. Rasulullah memerintahkan supaya diperah seekor kambing untuknya. Susu itu diminumnya habis. Kemudian disuruh Nabi supaya diperah seekor lagi lalu diberikan pula kepadanya tetapi dia tidak sanggup menghabiskannya. Maka bersabda Rasulullah saw., "Orang mukmin minum dengan satu perut dan orang kafir minum dengan tujuh perut."

1971. Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: "Rasulullah saw. tidak pernah mencela makanan apa saja pun sekali-kali tidak. Apabila beliau mengingini menyukai suatu makanan, dimakannya. Dan apabila beliau tidak menyukainya dibiarkannya saja."

1972. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw. mencela suatu makanan sekali-kali tidak. Apabila beliau memang ingininya dimakannya dan apabila beliau tidak mengingininya beliau diam saja."1973. Dari Ummu Salamah r.a. katanya Rasulullah bersabda : "Barangsiapa minum di bejana emas atau perak, nescaya kelak api neraka jahanam mencurahi didalam perutnya."

1974. Dari Al Bara' bin' Ab r.a., katanya, "Rasulullah saw. memerintahkan kepada kami tujuh perkara yang melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan: (1) Mengunjungi orang sakit. (2) Menziarah jenazah. (3) Mendoakan orang bersin. (4) Menepati sumpah. (5) Menolong orang yang teraniaya. (6) Memenuhi undangan. (7) Menyebarluaskan salam. Beliau melarang : (1) Memakai cincin emas, (2) Minum dari bejana perak, (3) Memakai seperai sutera, (4) Memakai sutera campur katun, (5) Memakai sutera biasa. (6) Memakai sutera tebal, (7) Memakai sutera kembang." 1975. Dari Abdullah bin 'Ukaim r.a. katanya: "Kami berada di Madain bersama Hudzaifah. Hudzaifah minta minum lalu diberi minum oleh pembesar negeri itu dalam bejana perak. Maka dilemparkan bejana itu oleh Hudzaifah seraya katanya, "Kukhabarkan kepada mu bahwa aku telah memerintahkan kepadanya untuk tidak memberi ku minum dalam bejana perak. Kerana sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda: "Jangan minum dalam bejana emas atau perak dan jangan memakai sutera kembang atau sutera biasa, kerana sesungguhnya barang-barang itu untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia, dan untuk kamu kelak di akhirat."

1976. Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya: "Umar (bin Khaththab) melihat 'Utharid At Tamimi berdiri di pasar mempamerkan sebuah baju sutera. 'Utharid adalah seorang lelaki yang berdekatan dengan para raja dan memperoleh baju itu dari mereka. Kata 'Umar. "Aku melihat si 'Utharid berdiri di pasar mempamerkan sebuah baju sutera. Alangkah bagusnya seandainya Anda beli untuk memakainya di saat menerima para utusan Arab yang datang menghadap Anda, agaknya beliau mengatakan pula, dan untuk Anda pakai berkhutbah hari Jum'at - Jawab Rasulullah saw., "Yang memakai sutera di dunia hanyalah orang yang tidak dapat bahagian di akhirat." Tidak berapa lama sesudah itu Rasulullah saw. diberi orang beberapa helai pakaian sutera. Lalu beliau kirimkan kepada Umar sehelai kepada Usamah bin Zaid sehelai, dan beliau berikan kepada Ali bin Abi Thalib sehelai seraya kata beliau kepada Ali, "Potong baju itu untuk selendang isterimu!" Umar datang kepada beliau membawa baju sutera yang dikirimkan Nabi saw. untuknya. Kata 'Umar, "Ya, Rasulullah! Untuk apa Anda kirimi aku baju sutera ini? Bukankah kelmarin Anda telah berkata kepada ku tentang baju yang dipamerkan si 'Utharid?" Jawab Rasulullah saw., "Aku tidak mengirimkannya kepada mu untuk kamu pakai, tetapi ku kirimkan supaya engkau manfaatkan dalam memenuhi kebutuhanmu." Adapun Usamah, dengan gembira dipakainya baju itu. Kerana itu Rasulullah saw. memandang kepadanya dengan pandangan yang menunjukkan beliau tidak setuju dengan perbuatan Usamah itu. Kata Usamah, "Ya, Rasulullah! Mengapa Anda memandang ku seperti itu, bukankah Anda yang mengirimi ku baju ini?" Jawab Rasulullah saw., "Aku tidak mengirimkannya untuk kamu pakai sendiri tetapi supaya engkau potong menjadi selendang isteri mu."

1977. Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. membolehkan Zubair bin 'Awwam dan 'Abdurrahman bin 'Auf memakai pakaian sutera kerana keduanya menderita penyakit kulit (exceem)."1978. Dari Ali bin Abi Thalib r.a., katanya Rasulullah saw. telah melarang berpakaian seperti pendeta dan memakai pakaian tercelup dengan warna kuning, memakai cincin emas dan membaca Qur'an dalam ruku'.

1979. Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa memakai pakaian yang berjela-jela (terlalu panjang), maka Allah Ta'ala tidak memandangnya kelak di akhirat."

1980. Dari Muhammad iaitu Ibnu Ziyad r.a. katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a. berkata ketika dia melihat seorang lelaki menghela izar(sarung)nya yang menyapu tanah, iaitu seorang Amir (pembesar) dari Bahrain, sambil berkata, "Pembesar lewat! Pembesar lewat!" Sabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya Allah tidak menengok kepada orang yang menghela sarungnya, kerana sombong."1981. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Ketika Rasulullah saw. hendak mengirim surat kepada Raja Rum, para sahabat mengatakan bahawa mereka (orang-orang Rum) tidak mahu membaca surat tanpa setempel. Kerana itu Rasulullah saw. membuat sebuah cincin dari perak. Aku seolah-olah masih melihat bagaimana cemerlangnya cincin itu di tangan beliau, berinitial 'Muhammad Rasulullah'."1982. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Rasulullah saw. memakai cincin perak bermata 'aqiq hitam yang diletakkan beliau di sebelah telapak tangan."1983. Dari Jabir r.a. katanya: "Aku mendengar Nabi saw. bersabda dalam suatu peperangan yang kami hadapi bersama, sabdanya: "Biasakanlah memakai terompah, kerana terompah itu sama fungsinya dengan kenderaan (memelihara kaki)."

1984. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bila kamu memakai terompah mulailah dengan yang kanan dan bila kamu membukanya mulai dengan yang kiri. Pakailah kedua-duanya sekaligus dan tanggalkan kedua-duanya sekaligus."

1985. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan berjalan dengan memakai terompah sebelah. Pakailah keduanya (sepasang) atau jangan dipakai sama sekali."

1986. Dari Jabir r.a. katanya: "Rasulullah saw. melarang makan dengan tangan kiri, berjalan dengan terompah sebelah, berpakaian seperti karung (tanpa tangan dan tanpa baju dalam), dan duduk mencangkung (duduk dengan meninggikan lutut) dengan pakaian selapis (tanpa celana dalam) sehingga aurat terbuka."1987. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Jangan tidur telentang dengan meletakkan kaki yang sebelah ke atas yang lain (tanpa pakaian dalam sehingga aurat terbuka)."

1988. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "Di hari penaklukan Makkah dibawa orang ke hadapan Rasulullah saw. Abu Quhafah, dengan rambut dan janggutnya memutih seperti garam. Maka bersabda Rasulullah saw., "Celuplah (rambut dan janggut anda) selain dengan warna hitam."

1989. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mencelup (rambut dan janggut mereka). Kerana itu lainilah mereka."

1990. Dari Aisyah r.a. katanya: "Jibril berjanji akan datang berkunjung kepada Rasulullah saw. pada suatu waktu yang ditentukan. Ketika waktu itu telah tiba, ternyata Jibril belum datang. Di tangan beliau ada sebuah tongkat. Maka diletakkannya tongkat itu sambil berkata, "Allah dan Rasulnya tidak menyalahi janji." Beliau menoleh, maka terlihat olehnya seekor anak anjing kecil di bawah tempat tidur. Tanya beliau, "Hai. 'Aisyah! Sejak bila anak anjing itu masuk ke sana?" Jawab Aisyah. "Wallah! Aku tidak tahu!" Rasulullah menyuruh keluarkan anak anjing itu lalu dikeluarkan. Maka datanglah Jibril. Rasulullah saw. bertanya, "Anda berjanji akan datang pada waktu yang telah ditentukan. Aku telah menunggu-nunggu tetapi Anda tak kunjung tiba." Jawab Jibril, "Aku terhalang oleh anjing dalam rumah Anda. Kami (bangsa Malaikat) tidak mahu masuk ke dalam rumah yang di situ ada anjing dan gambar-gambar (haiwan)."1991. Dari Abdullah Ibnu 'Abbas r.a. katanya Maimunah menceritakan kepadanya bahwa pada suatu pagi Rasulullah saw. kelihatan diam kerana susah dan sedih. Kata Maimunah, "Ya, Rasulullah! Aku hairan melihat sikap Anda sehari ini. Apa yang terjadi?" Jawab Rasulullah saw., "Jibril berjanji akan datang menemui ku malam tadi, ternyata dia tidak datang. Ketahuilah dia pasti tidak menyalahi janji dengan ku!" Rasulullah saw. sentiasa kelihatan susah dan sedih sehari ini. Kemudian beliau melihat seekor anak anjing di bawah tempat tidur kami, lalu beliau suruh keluarkan anak anjing itu. Kemudian diambilnya air lalu dipercikinya bekas-bekas tempat anak anjing itu. Ketika hari sudah petang. Jibril datang mendahului beliau. Kata beliau kepada Jibril, "Anda berjanji akan datang pagi-pagi." Jawab Jibril, "Benar! Tetapi kami tidak dapat masuk ke rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar-gambar (haiwan)." Esok pagi Rasulullah saw. memerintahkan supaya membunuh semua anjing sampai anjing penjaga kebun kecil sekalipun tetapi membiarkan anjing penjaga kebun yang luas."

1992. Dari Aisyah r.a. katanya dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah saw. melihat bantal-bantal tersebut beliau berhenti di pintu dan tidak terus masuk. Aku segera tahu dari wajah beliau bahwa beliau tidak senang. Kata Aisyah, Rasulullah! Aku taubat kepada Allah, dan Rasul-Nya. Apakah kiranya salahku?" Rasulullah saw. balik bertanya. "gambar-gambar apa itu?" "

Jawab Aisyah." Aku beU untuk tempat duduk Anda, atau tempat Anda bersandar:' Sabda Rasulullah saw.. "Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa kelak di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka, "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!"

Kemudian sabda beliau. "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (hewan). malaikat tidak mahu masuk ke rumah itu."

1993. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Malaikat tidak mahu masuk ke rumah yang di dalamnya terdapat patung-patung atau gambar-gambar (haiwan)."

1994. Dari Abu Hurairah r.a. .katanya Rasulullah saw. bersabda: "Malaikat tidak mahu menemani orang-orang yang di rumah mereka ada anjing dan loceng."

1995. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Lonceng itu adalah seruling syaitan."

1996. Dari Jabir r.a. katanya: "Rasulullah saw. melarang memukul dan membuat cap (menggambari dengan besi panas atau dengan tatto pada luka."1997. Dari Jabir r.a. katanya: "Rasulullah saw. bertemu dengan seekor keldai yang dicap mukanya. Maka bersabda beliau, "Allah mengutuk orang yang mencapnya."1998. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Aku pernah melihat di tangan Rasulullah saw. alat cap, dan ketika itu beliau sedang memberi cap (memberi tanda) unta-unta sedekah (zakat)"

1999. Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah saw. telah melarang melakukan qaza'. Tanya Abdullah kepada Nafi', "Apa itu qaza'?" Jawab Nafi', "Mencukur sebahagian rambut kepala anak dan membiarkannya sebahagian."2000. Dari Abu Said Al Khudri r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Hindarilah olehmu duduk-duduk di pinggir jalan!" Jawab para sahabat, "Kami terpaksa duduk-duduk di situ memperbincangkan hal-hal yang perlu." Sabda RasuluUah saw., "Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ, berikan hak jalanan." Tanya mereka, "Apa haknya, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Picingkan mata, jangan mengganggu, jawab salam (orang lalu), menganjurkan kebaikan, dan mencegah yang mungkar."

2001. Dari Asma' binti Abu Bakar r.a., katanya ada seorang wanita datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata kepada beliau, "Aku mempunyai seorang anak gadis yang akan menjadi mempelai. Dia terkena penyakit campak sehinga rambutnya gugur. Bolehkah kusambung rambutnya?" Sabda Rasulullah saw., "Allah Taala mengutuk orang yang menyambung rambut dan yang meminta supaya rambutnya disambung."

2002. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "Nabi saw. melarang keras menyambung rambut kepala wanita dengan sesuatu yang lain."

2003. Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya :"Bahawasanya Rasulullah saw. mengutuk orang yang menyambung rambut dan yang meminta rambutnya disambung. Dan menguluk pembuat tatu dan yang meminta ditatu."

2004. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku. (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi. yang dipergunakannya untuk memukul orang. (2) Wanita-Wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (karena pakaiannya terlalu mini, terlalu tipis atau tembus pandang, terlalu ketat atau pakaian yang merangsang pria kerana sebahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disasak) bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh."

2005. Dari Asma (binti Abu Bakar Shiddiq) r.a. katanya: "Seorang wanita datang kepada nabi saw. seraya berkata. "Aku mempunyai kebutuhan. Berdosakah kalau aku berdandan dengan harta suami ku yang belum diberikannya kepada ku?"' Jawab Rasulullah saw., "Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa):"

2006.Dari Anas r.a. katanya: "Ada seseorang memanggil-manggil (orang lain) di Baqil, katanya. "Ya, Abal Qasim!" Lalu menoleh kepadanya Rasulullah saw. Kata orang itu, "Ya, Rasulullah! Bukan Anda yang kumaksud. Sesungguhnya aku memanggil si Fulan." Maka bersabda Rasulullah saw., "Boleh memberi nama dengan namaku, tetapi jangan memberi gelar dengan gelaranku!"

2007. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "(Isteri) seseorang melahirkan seorang anak laki-Iaki, lalu di- berinya nama 'Muhammad" Maka berkata keluarga orang itu, "Kami tidak membolehkan anda menamai anakmu dengan nama Rasulullah saw." Maka digendongnya anaknya menemui Nabi saw., seraya katanya, "Ya Rasulullah! Anakku lahir seorang laki-laki, lalu kuberi nama 'Muhammad'. Keluargaku mengatakan tidak boleh memberi nama dengan nama Rasulullah saw. Bagaimana itu?" Sabda Rasulullah saw.. "Namailah dengan namaku. tapi jangan menggelari dengan gelarku. Aku bergelar 'Qasim' (tukang bagi) kerana aku membagi-bagikan rahmat Allah di antara kamu sekalian."2008.Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya nama-nama yang paling disukai Allah Taala ialah nama-nama seperti : 'Abdullah, Abdurrahman (dan sebagainya)."

2009. Dari 'Ibnu 'Umar r.a. katanya :

"Anak perempuan 'Umar bernama 'Ashiyah' (si Durhaka). Maka ditukar oleh Rasulullah saw. dengan 'Jamilah' (si Cantik)."

2010. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya : "Juwairiyah mula-mula benama 'Barrah' (si Baik atau si Suci). Kemudian nama itu ditukar oleh Rasulullah saw. dengan 'Juwairiyah', kerana beliau tidak suka (apabila beliau keluar dari rumah Juwairiyah) dikatakan keluar dari Barrah (keluar dari kebaikan atau keluar dari kesucian).

2011.Dari Muhammad bin 'Amar bin 'Atba' r.a. katanya: "Aku menamai anak perempuanku 'Barrah'. Maka berkata kepada ku Zainab binti Abi Salamah, "Rasulullah saw. telah melarang memberi nama anak dengan nama ini. Dahulu namaku pun Barrah. Lalu Sabda Rasulullah saw., "Janganlah kamu menganggap diri mu telah suci. Allah Taala-Iah yang lebih tahu siapa-siapa sesungguhnya orang yang baik atau suci di antara kamu." Tanya para sahabat, "Lalu nama apakah kami berikan kepadanya?" jawab beliau. "Namai dia 'Zainab' "

2012. Dari Abu Hurairah r.a. dari nabi saw. sabdanya: "Sesungguhnya nama yang terburuk di sisi Allah Taala ialah nama "Malikul Amlak" (Maha Raja Diraja); kerana tidak ada Raja selain Allah."2013. Dari Asma' (binti Abu Bakar Shiddiq) r.a. katanya: "Ketika dia mengandung anaknya 'Abdullah bia Zubair, dia masih berada di Makkah. Kemudian dia hijrah ke Madinah, padahal dia sudah hamil tua. Sesampainya di Quba' dia melahirkan. Lalu dia membawa anaknya kepada Rasulullah dan meletakkannya di pangkuan beliau. Rasulullah meminta kurma sebuah lalu dikunyahnya. Sesudah itu, disuapkannya ke mulut bayi tersebut. Itulah makanan yang pertama-tama masuk ke mulut bayi itu, kurma yang telah bercampur dengan air ludah beliau. Kemudian Nabi saw. mendoakan berkat baginya. Itulah bayi yang pertama-tama lahir dalam Islam." 2014. Dari Mughirah bin Syubah r.a. katanya: "Tidak ada orang bertanya kepada Rasulullah saw. perihal dajal yang lebih banyak dari pertanyaanku." Kerana itu Rasulullah saw. bersabda kepada ku, "Hai, anakku! Engkau tak usah terlalu risau memikirkannya. Dia tidak akan mencelakakanmu!'.' Kataku, "Orang-orang mengatakan bahwa Dajal itu mempunyai sungai yang mengalir dan bukit roti." Sabda beliau. "ltu sangat mudah bagi Allah Taala menciptakannya."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   38   39   40   41   42   43   44   45   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin