Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə59/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   55   56   57   58   59   60   61   62   ...   107

153. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Nanti pada hari kiamat, Allah akan mengumpulkan seluruh umat manusia. Ketika itu mereka saling berkata satu sama lain. "Bagaimana kalau kita mohon syafa'at kepada Tuhan kita, semoga Dia membebaskan kita dari tempat ini?" Lalu mereka pergi kepada Adam a.s. dan berkata, "Anda adalah Adam, bapa seluruh umat manusia. Anda diciptakan Allah dengan tanganNya sendiri, kemudian ditiupkan-Nya ruh ke tubuh Anda, dan disuruhNya malaikat sujud kepada Anda, lalu mereka sujud. Tolonglah kami memohonkan kelapangan kepada Allah, semoga kami dibebaskan dari kesengsaraan yang kami derita ini." Jawab Adam a.s., "Aku tidak sanggup menolong kamu semua." Lalu Adam menceritakan kesalahannya, yang menyebabkan dia malu kepada Allah. "Namun begitu," kata Adam, "Cubalah datang kepada Nuh a.s., Rasul pertama yang pernah diutus Allah." Mereka pergi kepada Nuh a.s., tetapi Nuh juga mengatakan tidak sanggup membela mereka kerana dia malu kepada Tuhannya sehubungan dengan kesalahannya. Namun dia menganjurkan supaya mereka datang kepada Ibrahim a.s., yang dijuluki dengan 'Khalilullah' (Kekasih Allah). Mereka pergi kepada Ibrahim a.s., tetapi Ibrahim juga mengatakan, "Aku tidak sanggup menolong mu, kerana aku malu kepada Tuhan ku karena kesalahan ku.

Cubalah datang kepada Musa a.s." Nabi Musa juga menyesal tidak sanggup menolong mereka, kerana dia malu kepada Tuhannya sehubungan dengan kesalahannya. Dia menganjurkan supaya mereka datang kepada 'Isa

Ruhullah wa kalimatuhu (ruh Allah dan kalimahNya). Lalu mereka pergi kepada Nabi 'Isa a.s., tetapi beliau berkata pula, "Aku tidak berwenang menolong kamu semua. Pergilah kepada Muhammad saw., seorang hamba Allah yang telah diampuni dosa-dosanya baik yang lama maupun yang baru." Kata Nabi saw. selanjutnya, "Kerana itu mereka mendatangi ku. Lalu aku mohon izin kepada Allah, dan Allah memberi izin kepada ku. Kerana itu aku langsung sujud kepadaNya, sedangkan Allah membiarkan ku sujud sampai lama sekali. Kemudian Dia berfirman, "Hai, Muhammad! Angkatlah kepala mu! Berbicaralah! Bicara mu akan didengar. Mintalah! Permintaan mu akan dikabulkan. Belalah! Pembelaan mu akan diterima." Maka ku angkat kepala ku, seraya memuji Tuhan ku dengan puji-pujian yang diajarkanNya kepada ku. Kemudian ku mohonkan pembelaan bagi umat manusia, sesuai dengan ketentuan yang telah digariskan Allah bagi ku. Sesudah itu aku keluarkan mereka dari neraka lalu ku masukkan ke syurga. Sesudah itu aku sujud kembali, dan Allah membiarkan ku sujud sampai lama. Setelah itu Dia berfirman, "Hai, Muhammad! Angkatlah kepala mu! Berbicaralah! Bicara mu akan didengar. Mintalah! Permintaan mu akan dikabulkan. Belalah! Pembelaan mu akan diterima," Lalu ku angkat kepala ku seraya memuji Tuhan ku dengan puji-pujian yang diajarkan Allah kepada ku. Sesudah itu barulah ku mohonkan pembelaan bagi umat manusia, sesuai dengan ketentuan yang telah digariskan Allah bagi ku. Lalu aku keluarkan mereka dari neraka dan ku masukkan ke syurga. Kata Nabi saw.

melanjutkan, "Aku lupa, apakah kali yang ketiga atau yang keempat, di mana sesudah itu aku berkata: "Ya, Allah! Tidak ada lagi yang tinggal dalam neraka, kecuali orang-orang yang memang ditentukan Al Qur'an harus kekal tinggal di dalamnya."

154. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

"Akan dikeluarkan dari neraka, orang yang mengucapkan 'La ilaaha illallah', sedangkan dalam hatinya terdapat iman seberat biji gandum. Kemudian orang yang mengucapkan 'La ilaaha illallah', dan di dalam hatinya terdapat iman seberat beras. Kemudian yang mengucapkan 'La ilaaha illallah' dan di dalam hatinya terdapat iman seberat debu."

155. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu hari dibawa orang kepada Rasulullah saw. masakan daging kesukaan beliau, lalu dimakannya. Sesudah makan beliau bersabda, "Aku adalah pemimpin umat manusia di hari kiamat. Tahukah anda, mengapa Allah mengumpulkan semua umat sejak yang pertama-tama sampai yang terakhir di dalam satu lapangan? Di sana diperdengarkan kepada mereka teriak orang memanggil-manggil, yang menyebabkan segala pemandangan tertuju kepada mereka; matahari dekat sekali kepada mereka, sehingga mereka keluh-kesah kerana tak sanggup menanggung derita. Mereka berkata sesamanya, "Tidakkah kamu fikirkan derita yang kamu alami, mengapa tidak kamu cari orang yang dapat membelamu di hadapan Tuhanmu?" Berkata yang lain, "Datanglah kepada Adam!" Mereka pergi kepada Adam, lalu kata mereka, "Wahai, Adam! Anda adalah Bapa manusia yang diciptakan Allah dengan tangan-Nya sendiri. Kemudian ditiupkan-Nya ruhNya di tubuh Anda, dan diperintahkan-Nya malaikat supaya sujud kepada Anda, lalu mereka sujud. Belalah kami di hadapan Tuhan mu. Bukankah Anda telah menyaksikan bagaimana pedihnya penderitaan yang kami alami ini." Jawab Adam, "Sesungguhnya pada hari ini Tuhan sangat marah kepada ku. Tidak pernah Dia marah semarah ini. Dia melarang ku mendekati sebatang pohon, tetapi aku mendurhakai-Nya. Wahai, aku salah! Aku salah! Kerana itu pergilah kepada yang lain. Pergilah kepada Nuh!" Mereka pergi kepada Nuh, seraya berkata, "Anda adalah Rasul yang pertama-tama dikirim ke bumi. Dan Allah menjuluki anda dengan 'Abdan Syakuran' (hamba yang bersyukur). Belalah kami di hadapan Tuhan anda. Bukankah anda telah melihat bagaimana pedihnya derita kami?" Jawab Nuh kepada mereka, "Sesungguhnya Tuhan ku sangat marah hari ini. Tidak pernah Dia semarah ini sebelum dan sesudahnya. Aku mengemban tugas memanggil umat ku (ke dalam agama Allah). Tetapi apalah daya ku, aku berdoa agar umat ku dimusnahkan. Kerana itu pergilah kepada Ibrahim a.s.!" Kerana itu mereka datang kepada Ibrahim, lalu berkata, "Anda adalah 'Nabiyullah wa Khaliluhu' (Nabi Allah dan kekasih-Nya) dari penduduk bumi. Kerana itu belalah kami di hadapan Tuhan Anda. Bukankah anda telah melihat penderitaan kami sudah sampai di puncaknya?" Ibrahim menjawab kepada mereka, "Sesungguhnya Tuhan ku sangat marah pada ku hari ini. Tidak pernah Dia semarah ini sebelum dan sesudahnya." Lalu dia menyebutkan beberapa kebohongannya dan sesudah

itu dia berkata, "Wahai, malang diri ku! Malang diri ku! pergilah kamu sekalian kepada Musa a.s.!" Mereka pun pergi mendatangi Musa a.s. dan berkata kepadanya, "Hai, Musa! Anda adalah Rasulullah wa Kalimatuhu (Rasul Allah dan kawan-Nya berbicara). Belalah kami di hadapan Tuhan mu. Bukankah anda telah menyaksikan derita kami sudah sampai dipuncaknya?"Jawab Musa a.s., "Sesungguhnya Tuhan ku sedang marah hari ini. Belum pernah Dia semarah ini sebelum dan sesudahnya. Aku pernah membunuh orang yang tidak diperintahkan membunuhnya. Wahai, malang kiranya aku, malang kiranya aku! Kerana itu temuilah 'Isa a.s." Mereka pergi kepada 'Isa lalu berkata, "Hai, 'Isa! Anda adalah Rasulullah. Dan Anda sanggup berbicara dengan manusia selagi Anda masih dalam ayunan. Dan Anda Kalimah Allah yang ditujukan-Nya kepada Maryam serta setiup ruh daripada-Nya. Belalah kami di hadapan Tuhan anda. Bukankah anda telah melihat penderitaan kami sudah sampai di puncaknya?" Jawab 'Isa kepada mereka, "Sesungguhnya Tuhan ku sedang marah hari ini. Tidak pernah Dia semarah ini sebelum dan sesudahnya." Tetapi 'Isa tidak menyebutkan dosanya. Dia berkata, "Wahai, malang kiranya aku. Kerana itu pergilah kepada yang lain. Pergilah kepada Muhammad saw." Lantas mereka datang kepada ku, lalu berkata, "Ya, Muhammad! Anda adalah Rasulullah dan penutup segala Nabi. Allah telah mengampuni dosa anda yang lama dan yang baru. Kerana itu belalah kami di hadapan Tuhan anda.Bukankah anda telah melihat penderitaan kami sudah sampai di puncaknya?" Mendengar permintaan mereka itu, maka aku pergi sehingga tiba di bawah 'Arasy. Di sana aku sujud kepada Tuhan ku. Lalu Allah membukakan hijab bagi ku serta mengilhamkan kepada ku kalimah-kalimah pujian dan sanjungan-sanjungan yang indah terhadap-Nya, yang belum pernah diajarkan-Nya kepada orang lain sebelum ku. Kemudian Allah berfirman, "Ya, Muhammad! Angkatlah kepalamu! Mintalah! Permintaanmu akan dikabulkan. Belalah! Pembelaanmu akan diterima." Maka ku angkat kepala ku seraya berkata, "Wahai, Tuhan ku! Umat ku! Umat ku!" Lalu difirmankan Allah kepada ku, "Ya, Muhammad! Masukkanlah ke syurga umatmu yang tidak perlu lagi dihisab (diadili), melalui pintu-pintu sebelah kanan, sedangkan yang lain, secara bersama-sama dari pintu-pintu yang lain." Demi Allah, yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya jarak antara dua daun pintu dari pintu-pintu syurga itu adalah kira-kira sejauh antara Makkah dengan Hajar atau antara Makkah dengan Bushra."

156. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Aku adalah orang yang pertama-tama jadi pembela di syurga kelak. Dan aku adalah Nabi yang paling banyak pengikutnya dari sekalian Nabi-nabi."

157. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

"Aku adalah orang yang pertama-tama menjadi pembela di syurga. Tidak seorang pun di antara para Nabi yang mempunyai pengikut sebanyak umat ku. Bahkan ada Nabi yang pengikutnya hanya seorang."

158. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Aku akan datang nanti ke syurga, lalu kuminta supaya pintu dibukakan. Penjaga bertanya, "Siapa anda?" Jawab ku, "Muhammad!" Lalu kata penjaga, "Aku diperintahkan supaya tidak membuka pintu ini sebelum anda datang."

159. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

"Setiap Nabi mempunyai do'a mustajab (do'a yang pasti diperkenankan).

Kerana itu, para Nabi segera memanfaatkan doanya itu, tetapi aku akan

kumanfaatkan nanti untuk membela umat ku di hari kiamat. Insya Allah doaku itu akan mencapai setiap umat ku yang mati dengan tidak menyekutukan Allah."

160. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Setiap Nabi mempunyai doa yang segera didoakannya untuk menolong

umatnya, lalu doanya itu diperkenankan Allah. Tetapi aku, Insya Allah akan mengundurkan doaku itu untuk membela umat ku kelak di hari kiamat."

161. Dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya: "Nabi saw. membaca firman Allah yang menyebutkan doa Ibrahim a.s.: "Ya, Tuhan ku! Sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan manusia maka siapa yang mengikuti ku, sesungguhnya orang itu termasuk golongan ku" (Ibrahim: 36) Dan doa Isa a.s. "Jika Engkau seksa

mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu, dan jika Engkau ampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Maidah : 118). Lalu Rasulullah saw. mengangkat kedua tangannya seraya berkata, "Allahuma, ummati, ummati!" (Wahai Allah! umat ku! umat ku!) Dan sesudah itu Nabi saw. menangis. Maka berfirman Allah Azza wa Jalla kepada Jibril a.s., "Hai, Jibril! Pergilah kepada Muhammad! dan sesungguhnya Tuhan mu Maha Tahu, Tanyalah kepadanya

kenapa dia menangis." Maka pergilah Jibril kepada Nabi saw. menanyakan kenapa dia menangis. Rasulullah saw. lalu menceritakan kepada Jibril kenapa beliau menangis dan mengatakan: Padahal Allah Maha Tahu. Maka firman Allah, "Hai, Jibril! Pergilah kepada Muhammad, katakan kepadanya: "Aku akan membolehkan mu membela umatmu dan tidak akan mengecewakanmu. "

162. Dari Anas r.a., katanya: "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Di mana tempat bapaku?" Jawab Nabi saw., "Di neraka!" Ketika orang itu berlalu, Nabi saw. memanggilnya kembali seraya bersabda, "Sesungguhnya bapaku dan bapamu di neraka!"

163. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ketika Allah menurunkan ayat: "Dan peringatkanlah keluargamu yang terdekat" (Syu'ara : 214)

Kerana itu Rasulullah saw. memanggil orang-orang Quraisy. Setelah mereka berkumpul, ternyata mereka ada dua kelompok, iaitu umum dan khusus. Kerana itu Nabi saw. bersabda: "Hai, Bani Ka'ab bin Luay! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Bani Murrah bin Ka'ab! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Bani 'Abdu Syams! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai Bani 'Abdu Manaf! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Bani Hasyim! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Bani Abdul Muththalib! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Fathimah! Selamatkanlah diri mu dari neraka!" Sesungguhnya aku tidak kuasa

apa-apa untuk membelamu di hadapan Allah kelak, selain hubungan keluarga yang hanya dapat ku penuhi sebaik-baiknya di dunia ini saja."

164. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Tatkala ayat: Wa andzir 'asyiratakal aqrabin' (Syu'ara : 214) diturunkan Allah swt., Rasulullah saw. berdiri di atas bukit Shafa, lalu beliau bersabda: "Hai, Fathimah binti Muhammad! Hai Shafiyah binti Abdul Muththalib! Hai, Bani 'Abdul Muththalib! Aku tidak kuasa apa-apa untuk membelamu sekalian di hadapan Allah kelak. Kerana itu, kecuali sedikit harta yang ku miliki mintalah kepada ku jika kamu membutuhkan!"

165. Dari Ibnu 'Abbas r.a.., katanya: "Ketika diturunkan Allah ayat: 'Wa andzir 'asyiratakal aqrabin' (Dan berilah peringatan keluargamu yang terdekat), maka Rasulullah saw. naik ke puncak bukit Shafa, lalu di sana beliau berteriak, "Hai, kemarilah segera!" Kata mereka, "Siapa yang berteriak memanggil-manggil itu?" Jawab mereka, "Muhammad!" Lalu mereka berkumpul ke dekatnya. Setelah mereka berkumpul di dekat Nabi saw., beliau berpidato: "Hai, Bani Fulan! Hai, Bani Fulan! Hai, Bani Fulan! Hai, Bani 'Abdu Manaf! Hai, Bani Abdul Muththalib! Bagaimana pendapat anda semua, kalau aku memberitahukan pada anda semua sekarang ini, bahwa seekor kuda bakal muncul dari kaki bukit itu. Apakah anda semua percaya atau tidak?" Jawab mereka, "Setahu kami, anda tidak pernah dusta!" Sabda Nabi saw., "Maka sekarang aku hendak mengingatkan anda semua, bahwa di hadapan kita menunggu siksa-derita yang amat dahsyat." Kata AbuLahab, "Biar celaka kamu, hai Muhammad! Apakah untuk ini kamu mengumpulkan kami?" Sesudah itu dia pergi. Lalu turun ayat Al Lahab: "Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta-bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut." (Lahab : 1 - 5)

166. Dari 'Abbas bin 'Abdul Muthalib r.a., katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw.: "Ya, Rasulullah! Adakah bermanfaat kepada Abu Thalib kasih-sayang dan pembelaannya terhadap anda?" Jawab Rasulullah saw., "Ada! Dia berada dalam neraka dengan kedalaman sebatas mata kail. Kalaulah bukan kerana pembelaanku kepadanya, dia berada di tingkat yang paling bawah dalam neraka."

167. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Sekurang-kurang siksa penduduk neraka ialah siksa yang diderita Abu Thalib. Dia memakai sepasang terompah yang membuat otaknya menggelegak."

168. Dari 'Aisyah r.a., katanya:"Aku bertanya kepada Rasulullah saw. "Ya. Rasulullah! Ibnu Jud'ad di masa jahiliyah gemar menghubungkan silaturrahim dan memberi makan orang-orang miskin. Dapatkah amalnya itu bermanfaat kepadanya?" Jawab beliau, "Tidak! Kerana dia tidak pernah mengucapkan selama hidupnya: 'Wahai, Allah! Ampunilah segala dosaku di hari kiamat kelak." 169. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ada tujuh puluh ribu orang umat ku yang akan masuk syurga tanpa dihisab (diadili)." Mendengar sabda Nabi itu, lalu seorang lelaki berkata, "Ya, Rasulullah! Doakanlah kepada Allah semoga aku termasuk di antara mereka." Maka Nabi saw. lalu mendoakannya, "Wahai, Allah! Masukkanlah dia diantara mereka!" Lelaki yang lain meminta pula, "Ya, Rasulullah! Doakanlah kepada Allah, semoga aku termasuk di antara mereka." Jawab Rasulullah saw.,"Engkau telah didahului 'Ukasyah."

170. Dari Sa'id bin Musayyab, Abu Hurairah r .a. mengatakan bahwa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda : "Nanti akan masuk syurga satu rombongan umat ku, terdiri dari tujuh puluh ribu orang. Muka mereka bersinar-sinar bagaikan cahaya bulan purnama. Kata Abu Hurairah selanjutnya, "Mendengar sabda Nabi itu, 'Ukasyah bin Mihshan Al Asadi serta-merta berdiri sambil mengacungkan tangannya dan berkata: "Ya, Rasulullah! Doakanlah kepada Allah, semoga aku termasuk dalam rombongan mereka." Lalu Rasulullah saw. mendoakannya, "Wahai, Allah! Masukkan dia di antara mereka." Kemudian berdiri pula seorang lelaki Anshar, katanya, "Ya, Rasulullah! Doakan pulalah kepada Allah, semoga aku termasuk di antara mereka." Sabda Rasulullah saw., "Ukasyah telah mendahului anda."

171. Dari 'Imran Ibnu Hushain r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kelak, akan masuk syurga tujuh puluh ribu orang umat ku tanpa diperiksa. Para sahabat bertanya, "Siapa mereka itu ya, Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw.,"Mereka ialah orang-orang yang tidak berubat memakai jampi-jampi, tidak mempercayai suara burung (tathayyur), tidak berubat dengan tusukan besi panas (Kai) tetapi mereka tawakal kepada Tuhan mereka."

172. Dari Abu Hazim, dari Sahal bin Sa'ad r.a., katanya Rasulullah

saw. bersabda: "Kelak, akan masuk syurga tujuh puluh ribu orang umat ku,

sambil berpegang-pegangan tangan satu sama lain. Mereka masuk bersamaan, tidak dahulu mendahului; muka mereka bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama."

173. Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda

kepada kami, "Sukakah anda semua menjadi seperempat penduduk syurga?" Kami menjawab dengan takbir, "Allahu akbar!" Nabi saw. bersabda, "Aku berharap supaya anda menjadi seperdua penduduk syurga. Perlukah aku terangkan sebabnya? Sebabnya ialah, kerana orang muslim dibandingkan dengan orang kafir ialah bagaikan bulu hitam di tubuh sapi putih."

.

174. Dari Abu Malik Al Asy'ari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kebersihan itu sebahagian dari iman. Membaca 'Alhamdulillah' pahalanya sepenuh timbangan. Membaca 'Subhanallah wal hamdulillah', pahalanya sepenuh ruang antara langit dan bumi. Solat itu cahaya, sedekah



itu adalah bukti sabar itu adalah sinar Qur'an akan menjadi hujah (alasan) bagi mu atau alasan yang ditujukan kepada mu. Setiap orang pagi-pagi menjual dirinya, ada yang menyelamatkannya dan ada pula yang membinasakannya."

175. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah

saw. bersabda: "Tidak diterima solat seseorang tanpa suci, dan tidak diterima sedekah yang berasal dari kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan atau korupsi, rompak, judi dan sebagainya).

176. Dari Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah saw, bersabda: "Tidak diterima solat seseorang kamu, bila berhadas, sebelum dia berwudhuk lebih dahulu."

177. Humran, hamba sahaya 'Usman bin Affan r.a. menceritakan, bahwa 'Usman minta air untuk berwudhuk. Mula-mula dicucinya kedua telapak tangannya tiga kali. Sesudah itu dia berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Kemudian dia mencuci muka tiga kali. Sesudah itu mencuci tangan kanan hingga siku tiga kali. Sesudah itu mencuci tangan kiri seperti yang kanan. Kemudian menyapu kepala. Kemudian mencuci kaki

kanan hingga dua mata kaki tiga kali. Kemudian mencuci kaki kiri seperti yang kanan. Sesudah itu dia berkata, "Seperti itulah ku lihat Rasulullah saw. berwudhuk. Sesudah itu Rasulullah saw. bersabda: "Siapa berwudhuk seperti wudhuk ku ini, dan kemudian dia solat dua raka'at tanpa bercakap dengan dirinya sendiri (tanpa berangan-angan), diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu."

178. Dari 'Usman bin 'Affan r.a., ketika itu dia sedang berada di

halaman masjid, maka terdengar azan 'Ashar, lalu dia berwudhuk.

Sesudah wudhuk dia berkata: "Demi Allah Akan ku sampaikan kepada anda

sebuah hadis; yang kalau bukanlah kerana suatu ayat dalam Al Qur'an

yang memerintahkan supaya menyampaikannya, tidak akan ku sampaikan

kepada anda. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak ada seorang pun lelaki muslim yang berwudhuk, lalu dibagus-baguskannya wudhuknya itu, sesudah itu dia solat, nescaya di ampuni Allah dosa-dosanya yang terjadi antara solatnya itu dengan solat berikutnya."

179. Dari 'Usman r.a., katanya, mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Setiap orang muslim, apabila tiba waktu solat wajib, lalu dia wudhuk sesempurna mungkin, sesudah itu dia solat sekhusyu' mungkin, nescaya Allah menghapus dosa-dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar. Demikianlah halnya sepanjang masa."

180. Dari Humran, maula 'Usman bin 'Affan r.a. katanya: "Pada

suatu hari 'Usman bin 'Affan berwudhuk dengan sempurna. Kemudian dia berkata, "Aku melihat Rasulullah saw. berwudhuk, maka disempurnakannya wudhuknya itu sebagus-bagusnya, kemudian beliau bersabda: "Siapa yang berwudhuk seperti itu, kemudian dia pergi ke masjid tanpa ada yang mendorongnya selain solat, nescaya diampuni Allah dosanya yang telah lalu."

181. Dari 'Usman bin 'Affan r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang berwudhuk untuk solat, dan disempurnakannya wudhuknya itu sebagus-bagusnya, sesudah itu dia pergi menunaikan solat wajib berjama'ah dengan orang ramai di masjid, nescaya Allah mengampuni dosa-dosanya."

182. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Solat yang lima, begitu pula solat Juma'at ke Juma'at berikutnya, dapat menghapus dosa-dosa yang terjadi antara semuanya selama tidak diperbuat dosa-dosa besar!"

183. Dari 'Uqbah Ibnu 'Amir r.a., katanya: "Pada suatu ketika kami bertugas menggembalakan unta. Ketika giliranku jaga, senja hari unta-unta ku halau pulang ke kandang. Kudapati Rasulullah saw. sedang berbicara dengan orang ramai. Di antara kata-kata beliau yang dapat ku tangkap ketika itu, ialah: "Setiap orang muslim yang berwudhuk, lalu disempurnakannya wudhuknya sebagus mungkin, sesudah itu dia solat dua raka'at sekhusyu' mungkin, maka orang itu pasti masuk syurga." Kata 'Uqbah, "Alangkah bagusnya itu. Sekonyong-konyong ada orang menyahut di dekatku, "Yang sebelumnya lebih bagus lagi." Setelah kutengok, kiranya dia 'Umar bin Khaththab. Katanya, "Kulihat anda baru datang. Tadi Rasulullah saw. bersabda "Siapa yang berwudhuk, lalu disempurnakannya wudhuknya itu sebagus-bagusnya, sesudah itu dia berucap: 'Asyhadu an la ilaha illallah, waanna Muhammadan 'abdullahi wa rasuluhu', pasti dibukakan baginya delapan pintu syurga yang dapat dimasukinya mana saja menurut kehendaknya."

184. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

"Apabila kamu istinja' (cebok dengan batu), maka intinja'lah dengan bilangan ganjil. Dan apabila kamu wudhuk, whudukkanlah air ke hidungmu kemudian taburkan kembali."

185. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali, kerana syaitan tidur di dalamnya."

186. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu istinja', maka intinja'lah dengan bilangan ganjil."

187. Dari Salim, hamba sahaya Syaddad, katanya: "Aku datang ke rumah 'Aisyah, isteri Nabi saw., pada hari Sa'ad bin Abu Waqqash wafat. Tiba-tiba 'Abdur Rahman bin Abu Bakar datang, dan dia berwudhuk dekat 'Aisyah. Kata 'Aisyah r.a., "Hai, 'Abdur Rahman. Sempurnakanlah wudhuk mu sebagus-bagusnya, kerana aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Celakalah tumit-tumit (yang tidak basah) itu dimakan api neraka."

188. Dari 'Abdullah bin 'Amar r.a., katanya: "Kami kembali dari Makkah ke Madinah bersama-sama dengan Rasulullah saw. Ketika kami sampai di suatu tempat yang berair, rombongan yang dahulu dari kami segera mengambil wudhuk untuk 'Ashar. Dan mereka berwudhuk dengan tergesa-gesa. Tatkala kami dapat menyusul dan sampai ke dekat mereka, ternyata tumit-tumit mereka tidak basah kena air. Kerana itu Rasulullah saw. bersabda, "Celakalah tumit-tumit (yang tidak basah) itu dimakan api neraka. Sempurnakan wudhuk mu sebagus-bagusnya."

189. Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya "Ada seorang lelaki

berwudhuk, tetapi ada kakinya yang tidak kena air selebar kuku. Dan hal itu kelihatan oleh Nabi saw. Kerana itu beliau bersabda, "Ulang kembali

wudhuk anda dengan sempurna dan bagus-sebagusnya!'" Orang itu berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat. "190. Dari Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah saw., bersabda: "Apabila seseorang muslim atau mu'min berwudhuk, maka ketika dia mencuci muka hilanglah segala dosa matanya hanyut bersama air hingga titis yang penghabisan. Apabila dia mencuci tangan, maka hilang pulalah segala dosa yang diperbuat tangannya, hanyut bersama air hingga titis yang terakhir. Apabila dia mencuci kaki, hapus pulalah dosa-dosa yang dilakukan kakinya, hanyut bersama air hingga titis yang terakhir. Sehingga akhirnya dia bersih dari segala dosa."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   55   56   57   58   59   60   61   62   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin