Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə60/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   56   57   58   59   60   61   62   63   ...   107

191. Dari 'Usman bin 'Affan r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang berwudhuk dengan sempurna, maka keluarlah segala dosa dari tubuhnya, sehingga dari bawah kukunya juga."

192. Dari Nu'aim bin 'Abdullah Al Mujmir r.a., katanya: "Aku melihat Abu Hurairah mengambil wudhuk. Mula-mula dicucinya mukanya melebihi batas wajib dengan sempurna bagus. Kemudian dicucinya tangannya yang kanan hingga masuk ke lengan, kemudian tangannya yang kiri hingga masuk lengan juga. Sesudah itu disapunya kepalanya. Kemudian dicucinya kaki kanannya hingga masuk ke betis. Setelah itu dia berkata, "Begitulah kulihat Rasulullah saw. berwudhuk." Lalu disampaikannya sabda Rasulullah saw., "Pada hari kiamat kelak, anda semua akan tampak bercahaya-cahaya gilang-gemilang kerana anda menyempurnakan wudhuk anda

sebagus-bagusnya. Kerana itu lebihilah batas-batas tertentu yang diwajibkan mencucinya ketika berwudhuk."

193. Dari Nu'aim bin Abdullah r.a., katanya dia melihat Abu Hurairah berwudhuk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga setinggi betis. Sesudah itu dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya umat ku akan datang kelak di hari kiamat bercahaya-cahaya gilang-gemilang kerana bekas wudhuknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas-batas yang wajib, lebihkanlah."

194. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:"Kelak di hari kemudian, telagaku lebih luas dari jarak antara Ailah dan Aden. Airnya lebih jernih daripada salju, lebih manis daripada madu

dicampur susu. Bejana-bejananya lebih banyak daripada bintang-bintang di langit. Aku melarang orang mendekat ke telagaku itu, sebagaimana orang menghalau unta orang lain apabila datang ke telaganya." Tanya mereka, "Ya, Rasulullah! Apakah anda mengenali kami ketika itu?" Jawab Rasulullah saw., "Ya! Ketika itu anda mempunyai tanda yang tidak dipunyai umat-umat lain. Anda akan datang kepada ku bercahaya-cahaya gilang-gemilang kerana bekas wudhuk."

195. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. berkunjung ke suatu pekuburan, lalu beliau mengucapkan salam: 'Assalamu'alaikum daara qaumi" mu'minin. Wa inna insya Allahu bikum

laahiquun." (Selamatlah kamu wahai penduduk kampung orang-orang

mu'min. Insya Allah kami akan menyusul kamu sekalian). Setelah itu beliau bersabda, "Aku ingin benar, kalaulah kita dapat melihat saudara-saudara kita." Jawab para sahabat, "Bukankah kami ini saudara-saudara Anda, ya Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Anda semua adalah para sahabatku. Saudara-saudara kita yang kumaksudkan ialah orang-orang yang belum datang, tetapi akan datang kelak di hari kiamat." Tanya mereka, "Bagaimana Anda dapat mengenal umat Anda yang belum datang tetapi akan datang di hari kemudian, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw., "Bagaimana pendapat Anda, jika seseorang mempunyai kuda putih kening, putih kaki dan putih tangannya, kemudian kuda itu berada di tengah-tengah kuda banyak tetapi hitam semuanya, dapatkah orang mengenali kudanya?" Jawab mereka, "Tentu, ya Rasulullah. Tentu dapat!" Sabda Nabi saw., "Nah! Mereka itu akan datang nanti dalam keadaan putih bercahaya-cahaya mukanya, tangan dan kakinya,

kerana dari bekas wudhuk. Dan aku mendahului mereka datang ke telagaku. Ketahuilah! Ada orang-orang yang kularang mendekat ke telagaku itu, seperti halnya seekor unta sesat. Lalu kupanggil mereka, "Hai, kemarilah!" Tetapi nanti ada yang mengatakan "Mereka itu telah bertukar agama sepeninggal Anda!" Kerana itu kuusir mereka, "Pergilah jauh-jauh!" kataku.

196. Dari Abu Hazim r.a., katanya: "Aku berdiri di belakang Abu Hurairah ketika dia sedang berwudhuk untuk solat. Aku melihatnya mencuci tangan sampai ketiak, kerana itu aku bertanya kepadanya, "Wudhuk cara bagaimana itu, hai Abu Hurairah?" Jawab Abu Hurairah, "Ya, Bani Farruh! Andakah itu? Kalau aku tahu Anda berada di situ, aku tidak akan berwudhuk seperti ini. Aku mendengar sahabatku Rasulullah saw. bersabda: "Orang mukmin akan beroleh cahaya sesuai dengan cara dia berwudhuk."

197. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw., bersabda:

"Sukakah Anda aku ajarkan suatu amal yang dapat menghapuskan segala dosa dan sekaligus mengangkat darjat?" Jawab mereka, "Tentu, ya

Rasulullah!" Sabda Beliau, "Menyempurnakan wudhuk di saat-saat segan, membanyakkan langkah ke masjid, dan menunggu waktu solat. Itulah cara menguasai diri yang efektif."

198. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Jikalau tidaklah akan menyulitkan bagi umat ku, sungguh aku perintahkan mereka menggosok gigi setiap akan solat."

199. Dari Miqdam bin Syuraih r.a., dari bapanya, katanya dia bertanya kepada 'Aisyah r.a.: "Pekerjaan apakah yang pertama-tama dilakukan Nabi saw. kalau beliau masuk rumah?" Jawab 'Aisyah r.a., "Pertama-tama beliau menggosok gigi."200. Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. bangun untuk solat tahajjud tengah malam, beliau menggosok gigi dengan siwak."

201. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya pada suatu malam dia bermalam di rumah Nabi saw. Tengah malam beliau bangun dan pergi ke luar rumah. Beliau memandang ke langit, lalu beliau baca ayat dalam surat Ali 'Imran: 'Inna fi khalqis samawati wal ardhi wakhtilafil laili wan nahari' hingga sampai 'faqina adzaaban naar' (Ali 'Imran: 190 - 191). Kemudian beliau kembali ke rumah, lalu menggosok gigi, mengambil wudhuk, dan sesudah itu beliau solat: Sesudah solat beliau berbaring, kemudian bangun, keluar rumah, menengok ke langit sambil membaca ayat, kemudian masuk kembali, menggosok gigi, wudhuk lalu solat."

202. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Fithrah ada lima macam: 1. Khitan. 2. Mencukur bulu ari-ari. 3. Memotong kuku 4. Mencabut bulu ketiak 5. Memotong kumis."203. Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Potonglah kumis anda dan rawatlah jenggotnya."

204. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan menyamai orang-orang musyrik, potonglah kumismu, dan rawatlah jenggot."

205. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Potonglah kumis dan rawatIah jenggot, jangan menyamai orang Majusi."

206. Dan 'Aisyah r.a:, katanya Rasulullah saw. bersabda : "Ada sepuluh macam fithrah : 1. Memotong kumis 2. Merawat jenggot 3. Menggosok gigi 4. Istinsyaq dengan air 5. Memotong kuku 6. Membersihkan buku-buku jari 7. Mencabut bulu ketiak 8. Mencukur bulu ari-ari 9. Istinja'. Kata Zakariya, "Mush'ab mengatakan bahwa dia lupa yang kesepuluh. Tetapi agaknya berkumur-kumur." Kata Waki', 'Intiqashul ma', artinya: istinja' (cebok dengan batu)."

207. Dari Salman r.a., katanya dia ditanya orang, "Bukankah Rasulullah saw. telah mengajarkan kepada anda segala-galanya, hingga masalah buang air juga?" Jawabnya, "Benar! Beliau melarang kita menghadap kiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau melarang juga istinja' dengan tangan kanan, istinja' kurang dari tiga buah batu, dan istinja' dengan kotoran ternak yang telah mengeras atau dengan tulang."

208. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

"Apabila kamu jongkok hendak buang air, jangan menghadap kiblat atau membelakanginya."209. Dari Wasi' bin Habban r.a., katanya: "Aku sedang solat di masjid, dan Abdullah bin 'Umar bersandar membelakangi kiblat. Setelah selesai solat, aku berpaling kepadanya dari arah samping." Maka berkata Abdullah, "Orang-orang mengatakan, apabila jongkok hendak buang air,

jangan menghadap kiblat (Ka'bah) dan jangan pula menghadap ke Baitul . Makdis." Kata Abdullah melanjutkan, "Aku pernah naik ke loteng rumahku, sekonyong-konyong aku terlihat kepada Rasulullah saw. sedang jongkok buang air, dalam keadaan menghadap arah ke Baitul Makdis."

210. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Pada suatu kali, aku naik ke rumah saudara ku Hafshah. Sekonyong-konyong aku terlihat kepada Rasulullah saw. sedang jongkok buang air, dalam keadaannya menghadap arah ke Syam, membelakangi kiblat."

211. Dari 'Abdullah bin Abu Qatadah r.a., dan bapanya, katanya Rasulullah saw. bersabda: (1) Jangan memegang zakar dengan tangan kanan ketika kencing. (2) Jangan cebok dengan tangan kanan, dan (3) Jangan bernafas ke dalam bejana (waktu minum).212. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. lebih suka mendahulukan yang kanan ketika berwudhuk atau mandi, ketika bersisir, dan memakai terompah."

213. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala keadaan (perbuatan). Seperti memakai terompah, bersisir, berwudhuk dan mandi."

214. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Takutilah (jauhilah) dua perbuatan terkutuk." Para sahabat bertanya, "Apakah keduanya itu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Orang yang berak

di jalan tempat orang banyak lalu lintas, atau di tempat mereka berteduh (seperti di bawah pohon dan sebagainya)."

215. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. pergi ke jamban, diikutkan seorang anak membawa tempat air." Anak itu adalah yang paling kecil di antara kami. Lalu diletakkannya tempat air itu dekat sebatang pohon sidir. Setelah beliau selesai buang hajat, beliau mendapatkan kami dan ternyata beliau cebok dengan air."

216. Dan Hammam r.a., katanya: "Jarir kencing, kemudian dia berwudhuk dengan menyapu sepatu." Lalu dia ditanya orang, "Mengapa anda berbuat seperti itu?" Jawabnya, "Aku pernah melihat Rasulullah saw. kencing, kemudian beliau berwudhuk dengan menyapu saja kedua sepatu beliau."

217. Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Aku berjalan bersama-sama dengan Nabi saw. hingga sampai ke tempat pembuangan sampah suatu kaum. Di situ kami berhenti dan Nabi saw. kencing sambil berdiri. Kerana itu aku agak menjauh. Kemudian beliau memanggil ku, "Kemarilah!" katanya. Aku mendekati beliau sehingga dekat sekali dengannya. Beliau berwudhuk dengan menyapu saja kedua sepatunya.

218. Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., dari Nabi saw., bahawa pada suatu ketika Nabi saw. keluar untuk buang hajat, lalu diikuti oleh Mughirah dengan membawa sebuah ember berisi air. Setelah beliau selesai buang hajat, Mughirah membantu beliau menuangkan air untuk wudhuk. Lalu beliau berwudhuk dengan menyapu kedua sepatunya."

219. Dari 'Urwah bin Mughirah r.a., dari bapaknya, katanya: "Pada

suatu malam aku bepergian bersama Nabi saw. Di tengah perjalanan beliau

bertanya, "Adakah engkau membawa air?" Jawab ku, "Ada, ya, Rasulullah!" Lalu beliau turun dari kenderaannya, dan berjalan ke dalam gelap malam

sehingga tak kelihatan lagi olehku. Kemudian beliau datang kembali. Aku menuangkan air dari ember untuk beliau wudhuk, lalu beliau mencuci mukanya. Ketika itu beliau memakai jubah bulu. Ketika beliau akan mencuci tangan, beliau tidak dapat mengeluarkan tangannya sehingga terpaksa beliau keluarkan dari bawah jubah. Lalu beliau mencuci tangan dan menyapu kepalanya. Kemudian aku menunduk hendak membuka sepatu

beliau. Kata beliau, "Biarkan sajalah kedua sepatu itu! Aku memakainya tadi dalam keadaan bersih. Kemudian beliau sapu saja kedua-duanya."

220. Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya: "Pada suatu ketika

dalam suatu perjalanan Rasulullah saw. tertinggal, dan aku tertinggal pula bersama-sama dengan beliau. Ketika beliau hendak buang hajat, beliau bertanya kepada ku, "Adakah engkau membawa air?" Lalu aku membawakan air seember untuk beliau. Maka dicucinya tangan dan mukanya. Ketika hendak mencuci tangan, beliau mendapat kesulitan kerana lengan bajunya sempit. Sebab itu dikeluarkannya tanganNya dari bawah jubah, dan beliau letakkan jubah itu ke bahunya. Sesudah itu beliau mencuci kedua tanganNya, menyapu kepala di atas serbannya dan menyapu kaki di atas kedua sepatunya. Kemudian beliau naik ke atas kendaraannya, dan aku pun ikut pula naik. Ketika rombongan yang mendahului kami tersusul oleh kami, kami dapati mereka sedang solat, diimami 'Abdur Rahman bin 'Auf, dan mereka telah ruku' satu raka'at. Ketika dia mengetahui kedatangan Nabi saw. 'Abdur Rahman berusaha hendak mundur, tetapi Nabi saw. memberi isyarat supaya dia terus mengimami. Lalu Nabi saw. solat bersama-sama dengan mereka. Setelah mereka selesai solat (memberi salam), Rasulullah berdiri dan kami mencukupkan solat kami yang ketinggalan satu rakaat lagi.

221. Dari Syuraih bin Hani' r.a., katanya: "Aku datang kepada 'Aisyah r.a. menanyakan perihal menyapu sepatu." Jawab 'Aisyah, "Ada baiknya masalah itu anda tanyakan kepada anak Abu Thalib (Ali bin Abi Thalib), kerana dia pernah musafir bersama-sama Rasulullah saw." Lalu kami bertanya kepada Ali. Jawab Ali, "Rasulullah saw. membolehkan menyapu sepatu tiga hari tiga malam bagi orang musafir dan sehari semalam bagi

orang muqim (tidak musafir)."

222. Dari Buraidah c.a., katanya: "Pada hari penaklukan Makkah, Nabi saw. melakukan solat beberapa kali dengan satu kali wudhuk. Dan beliau mencuci kaki dengan menyapu sepatunya saja." Lalu 'Umar bertanya kepada beliau, "Aku melihat Anda melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan selama ini." Jawab Nabi saw., "Aku memang sengaja melakukannya, hai 'Umar!"

223. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu bangun dari tidur, jangan mencelupkan tangan ke dalam bejana, sebelum dicuci lebih dahulu tiga kali, kerana kamu tidak tahu di mana tanganmu itu terletak waktu tidur."

224. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu bangun tidur, maka hendaklah tanganmu dituang lebih dahulu tiga kali (membersihkannya), sebelum memasukkannya ke dalam bejana. Kerana kamu tidak tahu di mana tanganmu itu terletak selama tidur."

225. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila ada anjing minum ke dalam bejanamu, tumpahkanlah isinya, dan sesudah itu cuci bejana itu tujuh kali."

226. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bejana yang dijilat anjing jadi suci, apabila dicuci tujuh kali, pertama-tama dengan tanah."

227. Dari Jabir r.a., dari Rasulullah saw., beliau melarang orang kencing di air tenang."

228. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Jangan kamu kencing di air tenang, di mana kamu mandi pula di situ."

229. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Janganlah kamu kencing di air tenang yang tidak mengalir, di mana kamu mandi pula di situ."

230. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Janganlah kamu mandi di air tenang, sedangkan kamu junub."

231. Dari Anas r.a., katanya: "Seorang Arab dusun kencing di masjid. Lalu beberapa orang berdiri hendak menangkapnya. Lantas Nabi saw. bersabda: "Biarkan dia! Jangan diganggu!" Kata Anas selanjutnya, "Ketika orang itu telah selesai kencing, Nabi saw. menyuruh ambilkan seember air, lalu dituangkannya di bekas kencing orang itu."

232. Dari Anas bin Malik r.a., iaitu paman Ishak, katanya: "Ketika kami sedang berada di dalam masjid bersama-sama Rasulullah saw., sekonyong-konyong datang seorang Arab dusun, lalu dia kencing dalam masjid. Maka berkata para sahabat, "Mah, mah!" Sabda Nabi saw., "Jangan kalian ganggu dia. Biarkan!" Kerana itu para sahabat membiarkannya sehingga dia selesai kencing. Kemudian orang itu dipanggil oleh Rasulullah saw. lalu beliau bersabda kepadanya, "Tempat ini adalah masjid. Tidak pantas anda kencing di sini atau mencemari tempat ini. Masjid ialah tempat solat, tempat mengingat Allah 'azza wa jalla dari membaca Qur'an. Sesudah itu Rasulullah saw. menyuruh seseorang mengambil air seember, lalu disiramkannya di atas kencing itu."

233. Dari Aisyah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Dibawa orang kepada Rasulullah saw. beberapa orang bayi, lalu Nabi saw. memohonkan berkah untuk mereka dan membelai mereka. Kemudian dibawa orang pula seorang bayi dan dia kencing di pangkuan Nabi. Beliau meminta air dan memercikkannya di pakaian beliau yang kena kencing, dan tidak mencucinya lagi sesudah itu."

234. Dari Ummu Qais binti Mihshan r.a., katanya dia datang kepada

Nabi saw. membawa bayinya yang belum memakan makanan selain susu ibu. Bayi itu diletakkannya di pangkuan Nabi, dan ia kencing (mengenai

pakaian Nabi). Kemudian Nabi memercikkan air ke bahagian pakaian beliau yang kena kencing, tidak lebih dari itu."

235. Dari 'Aisyah r.a., dia berkata perihal mani, katanya: "Aku hanya menggarutnya dari kain Nabi saw. (tanpa dicuci)."

236. Dari 'Amar Ibnu Maimun r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Sulaiman bin Yasar perihal mani apabila mengenai pakaian seseorang;

apakah cukup dengan membersihkan yang terkena mani itu saja, ataukah harus mencuci kain itu seluruhnya?" Jawabnya, "Aisyah pernah mengabarkan kepada ku, bahwa Rasulullah saw. hanya membersihkan bahagian yang kena mani itu saja; kemudian beliau pergi solat dengan memakai kain itu. Aku memang melihat bekas cucian di kain itu."

237. Dari Abdullah bin Syihab Al Khaulani r.a., katanya: "Aku pernah bermalam di rumah 'Aisyah r.a. Kebetulan aku bermimpi, sehingga dua helai pakaianku basah kerananya, lalu keduanya kurendam dalam air. Perbuatanku itu dilihat oleh pelayan perempuan 'Aisyah lalu diceritakannya kepada 'Aisyah, 'Aisyah memanggil ku dan bertanya, "Mengapa kamu rendam pakaianmu?" Jawab ku, "Aku bermimpi seperti biasanya orang tidur bermimpi." Tanya 'Aisyah, "Adakah engkau melihat apa-apa (mani) di kain itu?" Jawab ku, "Tidak!" Kata 'Aisyah, "Kalau ada kelihatan apa-apa, cucilah. Aku teringat ketika aku pernah melihat mani yang telah kering di pakaian Nabi saw., aku hanya menggarutnya dengan kukuku."

238. Dari Asma r.a., katanya: Seorang datang kepada Nabi saw. bertanya: "Apabila kain kami kena darah haid, apa yang harus kami lakukan?" Jawab Nabi saw., "Mula-mula buang darahnya, kemudian gosok-gosok kainnya dengan air, setelah itu pakailah solat."239. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. lewat dekat dua buah kuburan, lalu beliau bersabda, 'Tahukah kamu bahwa kedua orang yang berada dalam kuburan ini sedang disiksa kerana kesalahannya berat. Yang satu kerjanya tukang fitnah, sehingga menimbulkan permusuhan di mana-mana. Yang satu lagi tidak cebok sesudah kencing."

Kata lbnu 'Abbas, "Kemudian Nabi meminta pelepah kurma yang masih basah, lalu dibelahnya dua. Sesudah itu ditancapkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sebelah." Kemudian beliau bersabda. "Semoga siksaan mereka diringankan Allah, selama pelepah kurma itu masih basah."

240. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila salah seorang kami haid, maka Rasulullah saw. menyuruhnya supaya memakai kain haid, sesudah itu beliau bercumbuan dengannya." Kata 'Aisyah selanjutnya, "Tetapi, agaknya tidak ada di antara kalian yang sanggup mengendalikan nafsunya seperti Rasulullah saw."

241. Dari Maimunah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Rasulullah saw. pernah mencumbu isterinya ketika sedang haid, tetapi mereka pakai kain haid (tidak sampai bersetubuh)."

242. Dari Maimunah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Rasulullah saw. pernah berbaring bersama ku, padahal ketika itu aku sedang haid. Tetapi kami di halang oleh sehelai kain."

243. Dari Ummu Salamah r.a., katanya: "Pada suatu ketika sedang

aku berbaring bersama Rasulullah saw. dalam satu selimut, sekonyong-konyong aku haid. Kerana itu aku menghindarkan diri diam-diam, lalu aku mengenakan kain haidku." Beliau bertanya, "Haidkah engkau?" Jawab ku, "Ya, aku haid, ya, Rasulullah." Aku dipanggilnya kembali, lalu tidur-tiduran pula bersama beliau dalam satu selimut. Selanjutnya Maimunah menceritakan, bahwa dia pernah mandi jinabah berdua dengan Nabi saw. dalam satu bak mandi."

244. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. sedang i'tikaf. Sekonyong-konyong beliau mendekatkan kepalanya kepada ku, maka kusisirkan rambutnya. Selama i'tikaf beliau tidak pernah masuk ke rumah, kecuali untuk buang hajat."

245. Dari 'Aisyah r.a.,istri Nabi saw., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. mengeluarkan kepalanya dari masjid, padahal beliau sedang i'tikaf. Lalu kucucikan kepalanya, padahal aku sedang haid." 246. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. menyuruh ku mengambilkan sajadah dari dalam masjid." Lalu kujawab, "Aku sedang haid, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Haidmu bukankah tidak di tanganmu?"

247. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. sedang berada dalam masjid, beliau pernah menyuruh 'Aisyah, "Hai, 'Aisyah! Ambilkan bajuku!" Jawab 'Aisyah, "Aku sedang haid, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Bukankah haidmu itu tidak di tanganmu?" Kerana itu 'Aisyah mengambilkannya.

248. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu waktu ketika aku sedang haid, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada Nabi saw., maka beliau meletakkan bibirnya di bekas mulut ku lalu beliau minum pula.

Pernah ketika aku sedang haid, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit, daging itu kuberikan kepada Nabi saw. lalu beliau menggigitnya pula di bekas gigitanku."

249. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. duduk menyandar kepada ku, lalu dia membaca qur'an, padahal aku sedang haid."

250. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Suatu kebiasaan bagi bangsa Yahudi, apabila wanita-wanita mereka sedang haid, mereka tidak mahu makan bersama-sama, bahkan tidak tinggal serumah. Maka para sahabat bertanya kepada Nabi saw. perihal itu, lalu turun ayat: "Mereka bertanya kepada mu tentang haid. Katakanlah, haid itu kotor. Kerana itu jauhilah wanita-wanita itu selama masa haid (Al Baqarah : 222). Kemudian Rasulullah saw. bersabda, "Kamu boleh melakukan segala-galanya selain sanggama." Berita itu sampai kepada orang Yahudi. Mereka berkata, "Orang ini (Nabi saw.) memang selalu hendak meremehkan dan menentang kita." Mendengar itu maka datanglah Usaid bin Hudhair dan Abbad bin Bisyir kepada Rasulullah saw. lalu kata mereka, "Orang-orang Yahudi mengatakan begini dan begitu. Apakah tidak lebih baik kita sanggama saja dengan wanita haid?" Wajah Rasulullah saw. serta merta berubah, sehingga kami menyangka beliau sangat marah kepada mereka berdua, lalu mereka pergi. Kemudian Nabi saw. menyuruh orang menyusul mereka untuk diberi susu. Dengan begitu mereka tahu bahawa Nabi saw. tidak marah kepada mereka.

251. Dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. katanya: "Aku sering keluar madzi. Tetapi aku malu menanyakan hukumnya kepada Rasulullah saw. kerana hubunganku dengan puteri beliau. Kerana itu kusuruh Miqdad bin Al Aswad menanyakannya. Jawab Rasulullah saw., "Suruh dia mencuci zakarnya, dan sesudah itu suruh dia berwudhuk."

252. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Apabila Nabi saw. bangun tengah malam, maka setelah beliau selesai buang hajat, beliau cuci muka dan

tangannya, sesudah itu barulah beliau tidur. "253. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Apabila Rasulullah saw. hendak tidur, padahal beliau junub, maka beliau wudhuk lebih dahulu seperti wudhuk solat, sesudah itu barulah beliau tidur."

254. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. sedang dalam keadaan junub, padahal beliau ingin makan atau tidur, maka beliau wudhuk lebih dahulu seperti wudhuk solat."

255. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya 'Umar bertanya kepada Rasulullah saw.: "Ya, Rasulullah! Bolehkah kami tidur dalam keadaan junub?"

Jawab Nabi saw., "Boleh, tetapi wudhuk lebih dahulu!"

256. Dari 'Abdullah bin Abu Qais r.a. katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang solat witir Rasulullah saw., lalu dia menjawab dengan menyebutkan hadis mengenai witir." Kemudian aku bertanya pula,

"Apakah yang dilakukan Nabi saw. dalam keadaan jinabah (junub); apakah

beliau mandi sebelum tidur ataukah tidur lebih dahulu sebelum mandi?"

Jawab 'Aisyah r.a., "Kedua-duanya pernah dilakukan Nabi saw. Kadang-kadang beliau mandi lebih dahulu, sesudah itu baru beliau tidur. Kadang-kadang beliau wudhuk lebih dahulu, lalu tidur." Kataku, "Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan segala urusan menjadi lapang."

257. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu bersanggama, kemudian ingin hendak mengulangnya kembali, maka hendaklah wudhuk lebih dahulu."

258. Dari Anas bin Malik r.a., katanya; "Rasulullah saw. pernah mendatangi beberapa isteri beliau bergantian, hanya dengan satu kali mandi."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   56   57   58   59   60   61   62   63   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin