1666. Dari 'Alqamah bin Wail r.a., katanya bapanya bercerita: "Pada suatu waktu, ketika aku sedang duduk bersama-sama dengan Nabi saw., tiba-tiba datang seorang lelaki menarik orang lain dengan seutas tali, lalu dia berkata, "Orang ini telah membunuh saudara ku!" Maka bertanya Rasulullah saw., "Betulkah engkau bunuh saudaranya?" Jawabnya, "Ya, ku bunuh dia!" Tanya Nabi saw., "Mengapa engkau bunuh dia?" Jawabnya, "Aku dan dia sedang memetik daun dari sebatang pohon, lalu dia memaki ku. Aku marah, lalu ku pukul kuduknya dengan kapak, sehingga dia mati," Rasulullah saw. bertanya kepadanya, "Adakah engkau mempunyai harta untuk membayar tebusan dirimu?" Jawabnya, "Aku tidak punya harta selain pakaian dan kapak ku ini." Kata Nabi saw., "Cubalah fikir-fikir, barangkali familimu dapat menebusmu." Jawabnya, "Aku lebih hina bagi keluarga ku daripada ini," Rasulullah saw. melemparkan talinya kepada saudara kurban dan berkata, "Sekarang, kawanmu ini terserah kepada mu (kamu bunuh dia atau kamu bebaskan)." Maka pergilah dia membawa pembunuh itu. Ketika dia telah pergi, Rasulullah saw. bersabda: "Jika dibunuhnya, maka dia serupa dengan si pembunuh itu." Orang itu kembali dan berkata kepada Rasulullah saw., "Terdengar oleh ku Anda bersabda, Jika dibunuhnya, maka dia serupa dengan si pembunuh itu. Kerana itu ku serahkan urusannya kepada Anda." Maka bersabda Rasulullah saw., "Tidakkah engkau ingin dia memikul dosa mu dan dosa saudaramu?" Jawabnya, "Tentu aku ingin, ya Nabiyallah!" Kalau begitu, bukalah talinya dan bebaskanlah dia!"
1667. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memutuskan suatu perkara yang berhubungan dengan keguguran, sehingga janinnya mati, iaitu hukuman denda dengan seorang sahaya lelaki atau sahaya perempuan. Tetapi perempuan yang dijatuhi hukuman denda itu tiba-tiba meninggal. Maka Rasulullah saw. memutuskan harta warisan perempuan itu supaya dibagikan kepada ahli warisnya, iaitu anak dan suaminya, sedang pembayaran denda dibebankan kepada 'ashabah (keluarga terdekat) si pembunuh."1668. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Dua orang wanita Bani Hudzail berkelahi. Yang satu melempar yang lain dengan batu sehingga menyebabkan kematiannya dan kematian anak yang sedang dikandungnya. Mereka
mengadukan peristiwa itu kepada Rasulullah saw. Beliau memutuskan hukuman bagi si pembunuh, membayar diyat janin dengan seorang hamba lelaki atau perempuan, dan diyat ibu yang terbunuh dibayar oleh famili
si pembunuh." 1669. Dari Miswar bin Makhmmah r.a., katanya: "Pada suatu hari 'Umar bin Khaththab mengajak orang ramai bermusyawarah tentang hukuman bagi perempuan yang menggugurkan kandungannya. Maka berkata Mughirah bin Syu'bah, "Aku menyaksikan Nabi saw. memutuskan perkara itu berupa hukuman denda dengan seorang hamba lelaki atau perempuan. Kata 'Umar, "Bawa kepada ku orang-orang yang sama menyaksikan denganmu putusan Rasulullah saw. tersebut." Kata Mughirah. "Muhammad bin Maslamah ikut menyaksikannya."
1670. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. hanya memotong tangan pencuri jika mencuri seperempat dinar atau lebih."
1671. Dari 'Aisyah r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya: "Jangan dipotong tangan pencuri, melainkan jika ia mencuri seperempat dinar atau lebih."
1672. Dari 'Aisyah r.a. isteri Nabi saw., katanya: "Orang-orang Quraisy mendapat kesukaran kerana kasus seorang wanita bangsawan yang melakukan pencurian pada masa Rasulullah saw., iaitu ketika terjadi perang penaklukan Makkah. Kata mereka, "Siapa yang dapat berbicara dengan Rasulullah saw. memintakan kebebasan bagi wanita itu dari hukuman potong tangan?" Jawab mereka, "Tidak ada yang dapat memintakan kebebasan baginya selain Usamah bin Zaid, anak kesayangan Rasulullah saw." Lalu Usamah berbicara dengan Rasulullah saw. memintakan kebebasan bagi wanita itu. Mendengar permintaan Usamah, muka Rasulullah saw. berubah warnanya, lalu beliau bersabda, "Sanggupkah kamu membela seseorang dari hukum yang telah ditetapkan Allah?" Jawab Usamah, "Mohonkanlah aku ampun kepada Allah, ya Rasulullah." Setelah malam tiba beliau berpidato. Mula-mula beliau memuji Allah sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya. Kemudian beliau bersabda, "Aroma ba'du, sesungguhnya orang-orang yang Sebelum kamu mengalami kehancuran, kerana apabila orang-orang besar yang mencuri, mereka diamkan saja. Dan apabila yang mencuri itu rakyat biasa,mereka
tegakkan hukum. Sesungguhnya aku, demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, andaikata Fatimah binti
Muhammad yang mencuri, sungguh kupotong tangannya." Kemudian beliau perintahkan supaya wanita yang
mencuri itu dipotong tangannya. Maka dilaksanakanlah hukuman itu." 1673. Dari 'Ubadah bin Shamit r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Laksanakanlah hukumku! Laksanakanlah hukumku! Sesunguhnya Allah telah menetapkan hukum bagi mereka yang berzina. Apabila bujang gadis (sama-sama belum kahwin), hukumannya dera 100 kali dan penjara satu tahun. Apabila janda dan duda (sama-sama sudah kahwin) yang berzina, hukumannya dera seratus kali dan rajam sampai mati."1674. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Ketika 'Umar bin Khaththab pada suatu ketika sedang berada di mimbar Rasulullah saw., beliau berkata: "Sesungguhnya Allah Ta'ala mengutus Nabi Muhammad saw. dengan kebenaran dan Allah menurunkan Kitab kepadanya. Di antara ayat yang diturunkan kepadanya, yang kita semua telah membaca, telah mempelajari dan telah memahamkannya, ialah ayat rajam. Rasulullah saw. telah melaksanakan hukuman rajam tersebut, begitu pula kita yang masih hidup sesudah beliau. Aku khuatir, jika semakin lama ada orang yang berkata, "Di dalam Qur'an tidak ada kita dapati ayat mengenai hukuman rajam." Lantal mereka sesat-kerana meninggalkan hukum wajib yang diturunkan Allah Ta'ala. Sesungguhnya hukuman rajam yang terdapat dalam Kitab Allah, wajib dijalankan atas orang lelaki dan perempuan yang berzina, apabila ada saksi, ada bukti seperti hamil, atau pengakuan."1675. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki muslim datang kepada Rasulullah saw. ketika beliau sedang berada di masjid. Lalu lelaki itu berkata, "Ya, Rasulullah! Aku berzina." Rasulullah memalingkan mukanya dari orang itu, lalu lelaki itu pindah ke tempat beliau menghadapkan mukanya, seraya berkata pula, "Ya, Rasulullah! Aku berzina." Rasulullah saw. memalingkan pula mukanya ke arah lain, sehingga hal seperti itu terjadi berulang sampai empat kali. Setelah lelaki itu mengakui sampai empat kali bahwa dirinya berbuat zina, Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau gila?" Jawab orang itu, "Tidak!" Tanya Nabi saw. pula, "Apakah engkau beristeri (sudah kahwin)?" Jawab orang itu, "Ya! Aku beristeri." Lalu Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabat, "Bawa orang ini, kemudian rajamlah dia."
1676. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Aku melihat Ma'iz bin Malik ketika dia datang kepada Nabi saw. Kelihatan olehku dia seorang yang pendek betisnya, tidak memakai mantel atau cadar, lalu dia mengakui sampai empat kali bahwa dirinya berbuat zina. Maka berkata Rasulullah saw. kepadanya, "Ah, masa! Tak mungkin engkau berzina. Hanya sekadar ciuman saja barangkali?" Tetapi lelaki itu memperkuat pengakuan dengan sumpah, bahwa dia memang telah melakukan zina. Kata Jabir selanjutnya, "Kemudian Rasulullah saw. memerintahkan supaya lelaki itu dihukum rajam." 1677. Dari Sulaiman bin Buraidah r.a., dari bapanya, katanya: "Pada suatu ketika, Ma'iz bin Malik datang kepada Nabi saw., lalu dia berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Sucikanlah aku!" Jawab Rasulullah saw., "Amboi, kasihan! Pulanglah, lalu minta ampun kepada Allah dan taubatlah kepada-Nya." Ma'iz pergi, tetapi belum begitu jauh dia kembali lagi seraya berkata, "Ya, Rasulullah! Sucikanlah aku!" Jawab Rasulullah saw., "Amboi, kasihan! Pulanglah, minta ampun kepada Allah dan taubatlah kepada-Nya!" Ma'iz pergi, tetapi belum begitu jauh dia kembali lagi dan berkata kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Sucikanlah aku!" Nabi saw. menjawab seperti semula dan hal seperti itu berulang sampai empat kali. Pada kali yang keempat Rasulullah saw. bertanya, "Dari hal apakah engkau harus kusucikan?" Jawab Ma'iz, "Dari dosa berzina." Rasulullah saw. bertanya kepada para sahabat yang ada di sekitarnya ketika itu, "Apakah si Ma'iz ini mengidap penyakit gila?" Jawab para sahabat, "Tidak, ya Rasulullah! Dia tidak gila!" Tanya Nabi saw. berikutnya, "Apakah dia baru habis minum khamar?" Seorang sahabat berdiri, lalu membaui Ma'iz, tetapi tidak mencium bau khamar di mulut Ma'iz. Maka bertanya Rasulullah saw. kepada Ma'iz, "Betulkah engkau berzina?" Jawab Ma'iz, "Benar, ya Rasulullah!"
Rasulullah memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rajam terhadap Ma'iz, lalu dia dirajam. Terdapat dua pendapat dalam masalah ini. Yang pertama mengatakan bahwa Ma'iz tewas, dan dosanya hapus kerana hukuman yang dijalaninya secara ikhlas. Yang kedua mengatakan, bahwa Ma'iz taubat sebenar-benar taubat. Tiada taubat yang melebihi taubat Ma'iz. Dia datang menghadap Nabi saw., lalu diletakkannya tangannya di tangan Nabi, kemudian katanya, "Ya, Rasulullah! Hukum mati1ah aku dengan batu! (rajamlah aku)!" Mereka sentiasa dalam perbezaan pendapat seperti itu selama dua atau tiga hari. Kemudian Rasulullah saw. datang. Setelah memberi salam, lalu beliau duduk bersama-sama dengan mereka. Maka bersabda Rasulullah saw., "Mintakanlah ampun bagi
Ma'iz bin Malik." Lalu mereka memohon semuanya, "Semoga Allah mengampuni Ma'iz bin Malik." Rasulullah saw. bersabda, "Ma'iz. betul-betul telah taubat dengan sempurna taubat. Seandainya taubat Ma'iz dapat dibagi di antara satu kaum, pasti mencukupi untuk mereka semua." Kemudian datang pula seorang perempuan dari desa Ghamid, suku Azdi, lalu dia berkata, "Ya, Rasulullah! Sucikanlah aku!" Jawab Rasulullah saw., "Amboi, kasihan! Pulanglah engkau, lalu minta ampun kepada Allah dan taubatlah kepada-Nya!" Kata perempuan itu, "Kulihat Anda sengaja menyuruh ku pulang, seperti yang Anda lakukan terhadap Ma'iz bin Malik," Tanya Nabi saw., "Mengapa begitu?" Perempuan itu mengatakan bahwa dia telah hamil akibat berzina. Tanya Nabi saw., "Engkau sendiri yang berbuat?" Jawabnya, "Betul, ya Rasulullah!" Nabi saw. bersabda kepadanya, tunggulah dahulu sampai engkau melahirkan." Lalu perempuan itu ditanggung kehidupannya oleh seorang lelaki Anshar sampai dia melahirkan. Setelah dia melahirkan, maka diberitahukannya kepada Rasulullah saw., katanya, "Ya, Rasulullah! Perempuan desa Ghamid itu sudah melahirkan." Jawab Rasulullah saw., "Biarkanlah dahulu kerana anaknya masih kecil, sedang orang yang akan menyusukannya tidak ada." Maka berdiri seorang lelaki Anshar lalu dia berkata, "Aku yang menanggung susunya!" Kata Buraidah, "Setelah itu maka dilaksanakanlah hukuman rajam terhadap perempuan desa Ghamid itu."
1678. Dari Imran bin Hushain r.a., katanya: "Seorang perempuan dari suku Juhainah datang menghadap kepada Nabi saw. padahal dia sedang hamil akibat melakukan zina. Lalu katanya, "Ya, Nabiyallah! Aku telah melanggar hukum; maka tegakkanlah hukum itu atas diriku!" Kerana itu Rasulullah saw. memanggil wali perempuan itu, lalu beliau bersabda kepadanya, "Rawatlah perempuan ini sebaik-baiknya. Apabila dia telah melahirkan, bawalah dia ke hadapanku!" Perintah Nabi saw. itu dijalankan oleh walinya
sesuai dengan yang diperintahkan beliau. Setelah perempuan itu melahirkan, maka dia dihadapkan kepada Rasulullah saw. Lalu dikenakan pakaiannya dengan erat. Kemudian Nabi saw. memerintahkan supaya dia dihukum rajam, lalu ia dirajam. Setelah
dia tewas, Nabi saw. melakukan solat jenazah baginya. Maka bertanya 'Umar kepada beliau, "Perlukah dia disolatkan, ya Nabiyallah? Bukankah dia berzina?" Jawab beliau, "Dia telah taubat sebenar-benarnya taubat. Andaikata taubatnya itu dibagi kepada tujuh puluh orang penduduk Madinah, pasti cukup bagi mereka. Manakah lagi taubat yang lebih utama daripada menyerahkan nyawa kepada Allah Ta'ala secara ikhlas?" 1679. Dari Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid Al Juhani r.a., keduanya berkata: "Seorang lelaki desa datang menghadap kepada Rasulullah saw., seraya berkata, "Ya, Rasulullah! Aku mohon supaya Anda bersumpah dengan Allah, bahwa tidak akan menjatuhkan hukuman kepada ku, melainkan sesuai dengan Kitabullah!" Lawan perkara lelaki itu lebih pintar berkata daripadanya, "Ya, betul! Putuskanlah perkara kami sesuai dengan hukum Kitabullah, dan izinkanlah saya lebih dahulu berbicara." Jawab Nabi saw., "Bicaralah!" Katanya, "Anak lelakiku bekerja menjadi pegawai kepada orang ini, lalu dia menuduh anakku berzina dengan isterinya. Sesungguhnya aku telah tahu bahwa anakku harus dihukum rajam. Lalu kutebus dia dengan seratus ekor kambing dan seorang sahaya perempuan. Kemudian aku bertanya kepada orang-orang pandai (ulama), mereka mengatakan bahwa anakku harus dihukum dera seratus kali dan dibuang (penjara) satu tahun, sedangkan yang perempuan mendapat hukuman rajam (sampai tewas)." Maka bersabda Rasulullah saw., "Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya, aku menjatuhkan hukuman bagi kedua belah pihak nescaya sesuai dengan Kitabullah. Hamba sahaya dan kambing ditolak. Anakmu harus didera seratus kali dan dibuang (penjara) satu tahun! Hai, Unais! Esok pagi pergilah engkau kepada isteri orang ini, lalu periksa apakah dia memang berzina. Jika dia mengaku berzina, rajamlah dia!" Kata Abu Hurairah, "Esok pagi Unais pergi memeriksa perempuan itu, ternyata dia mengaku telah berzina." Rasulullah memerintahkan supaya dia dihukum rajam, maka dirajam oranglah dia.
1680. Dari Nafi' r.a., katanya 'Abdullah bin 'Umar mengabarkan kepadanya bahwa seorang lelaki dan seorang perempuan Yahudi dihadapkan orang kepada Rasulullah saw. kerana keduanya dituduh berzina. Rasulullah saw. pergi menemui orang-orang Yahudi itu dan melakukan pemeriksaan terhadap mereka. Tanya beliau, "Apa yang kalian ketahui dalam Taurat tentang hukuman bagi orang yang berzina?" Jawab mereka, "Kami lumuri muka mereka dengan arang, kemudian kami naikkan keduanya ke atas kenderaan dengan posisi berbelakang-belakangan lalu diarak keliling kota." Jika kalian benar, cuba perlihatkan kepada ku Kitab Taurat mu itu. Lalu mereka bawa Kitab Taurat dan mereka baca di hadapan beliau. Ketika bacaannya sampai kepada ayat rejam, pemuda yang membaca meletakkan tangannya menutupi ayat rejam, dan lewat ke bacaan ayat berikutnya. Tetapi 'Abdullah bin Salam yang ketika itu mendampingi Rasulullah saw. berkata, "Ya, Rasulullah! Suruhlah dia mengangkat tangannya. Ketika pemuda itu mengangkat tangannya, ternyata di bawah tangannya itu terdapat ayat rejam. Rasulullah saw. memerintahkan supaya keduanya
dihukum rejam. Maka direjamlah keduanya. Kata 'Abdullah bin 'Umar, "Aku ikut merejam keduanya. Ku lihat yang lelaki bersikap melindungi yang perempuan dari lemparan-lemparan batu dengan tubuhnya."
1681. Dari Bara' bin 'Azib r.a., katanya: "Pada suatu ketika, lewat di hadapan Nabi saw. seorang Yahudi yang dicat hitam dan didera (selaku hukuman berzina baginya). Lalu beliau panggil mereka seraya bertanya, "Beginikah hukuman zina yang kalian dapat dalam kitab Taurat kalian?" Jawab mereka, "Ya, benar!" Lalu Nabi saw. memanggil beberapa orang lelaki yang tergolong pendeta mereka. Nabi saw. berkata kepada "Kuharap engkau mahu bersumpah dengan Allah yang telah menurunkan kitab Taurat kepada Musa, betulkah begini caranya hukuman zina yang kamu dapati dalam Kitab Taurat-mu itu?" Jawabnya, "Tidak! Seandainya Anda tidak menyumpah ku dengan nama Allah, aku tidak akan mengatakan yang sebenarnya kepada Anda. Yang kami ketahui, dalam Kitab Taurat hukumannya ialah hukuman rajam. Tetapi biasanya hukuman itu tidak berlaku bagi pembesar-pembesar kami. Jika yang tertangkap itu seorang pembesar, kami biarkan saja; tetapi bila yang tertangkap itu seorang rakyat kecil, kami tegakkan hukum sesuai dengan Taurat. Akhirnya kami bermusyawarah membicarakan hukum yang dapat kami tegakkan bagi pembesar dan rakyat biasa. Kami putuskan, menghitamkan tubuh dan mendera pelaku zina sebagai ganti hukuman rajam." Selesai orang itu berkata, maka Rasulullah saw. bermunajat kepada Allah swt., "Wahai Allah! Sesungguhnya akulah,
orang yang pertama-tama menghidupkan kembali perintah-Mu setelah mereka hapus perintah itu." Lalu beliau perintahkan supaya Yahudi yang melakukan zina itu dihukum dengan hukuman rajam. Sesudah itu Allah 'Azza Wa Jalla menurunkan ayat, "Hai, Rasul! Janganlah kamu sedih kerana orang-orang yang segera menjadi kafir.- hingga firman-Nya - Jika diberikan ini kepada mu, maka terimalah. "(Al Maidah, 5:41). Kata orang-orang Yahudi, "Datanglah kalian kepada Nabi Muhammad saw., jika beliau memutuskan hukuman bagi mu
dengan menghitamkan tubuh dan didera, terimalah! Tetapi jika dia berfatwa kepada mu dengan hukuman rajam, waspadalah!" Maka Allah Ta'ala turunkan pula ayat: "Barangsiapa menghukum tidak sesuai dengan perintah Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir." (Al Maidah, 5:44). Kemudian ayat: "Barangsiapa menghukum tidak sesuai dengan perintah Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim." (Al Maidah, 5:45). Dan ayat: "Barangsiapa menghukum tidak sama; dengan perintah Allah, maka mereka itu adalah orang-orang fasik. " (Al Maidah, 5:47).
1682. Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila sahaya perempuan berzina, maka hukumlah dia dengan hukuman dera, dan sekali-kali jangan kamu maki dia. Kemudian, jika dia berzina pula kembali, maka hukum pulalah dia dengan hukuman dera, dan sekali-kali jangan kamu maki dia. Kemudian, jika dia berzina pula kembali untuk ketiga kali, sedangkan tuduhan itu memang terbukti adanya, maka juallah dia sekalipun dengan seutas tali rambut (harga murah)."
1683. Dari Abu 'Abdurrahman r.a., katanya: "Pada suatu ketika 'Ali bin Abi Thahah berkata dalam khutbahnya, "Hai, manusia! Tegakkanlah hukum kepada hamba sahayamu, baik yang telah kahwin maupun yang belum.
Sesungguhnya pernah terjadi, seorang hamba perempuan kepunyaan Rasulullah saw. berzina, maka beliau menyuruh ku supaya menderanya. Ternyata ketika itu dia baru habis melahirkan. Kerana itu aku khuatir dia akan tewas jika hukuman dera kulaksanakan. Hal itu ku sampaikan kepada Rasulullah saw., maka beliau berkata, "Engkau telah berbuat baik (kerana menunda pelaksanaan hukuman si terhukum hingga waktu yang baik bagi pelaksanaannya)."
1684. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Dihadapkan orang kepada nabi saw. seorang lelaki yang terbukti minum khamar (mabuk). Lalu Nabi saw. menderanya dengan dua buah pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. Kemudian (pada masa pemerintahan) Abu Bakar, beliau melaksanakan pula hukuman seperti itu. Setelah 'Umar. berkuasa, beliau bermusyawarah dengan orang ramai. Kata Abdurrahman mengusulkan, "Hukuman dera dengan hukuman yang paling ringan lapan puluh kali." Lalu 'Umar memutuskannya seperti itu (lapan puluh kali hukuman dera).
1685. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. menghukum peminum khamar dengan hukuman dera yang dilakukan beliau dengan pelepah kurma dan terompa (sebanyak empat puluh kali). Kemudian, Khalifah Abu Bakar juga melakukan hukuman dera sebanyak empat puluh kali. Maka ketika pemerintahan 'Umar, orang bertambah banyak tinggal di pelosok-pelosok dan desa-desa. Kerana itu 'Umar bertanya (musyawarah), "Bagaimana pendapat tuan-tuan mengenai hukuman dera bagi peminum khamar?" Jawab 'Abdurrahman bin 'Auf, "Aku berpendapat supaya disamakan dengan hukuman (seperti nash dalam Al Qur'an) yang paling ringan (ialah lapan puluh kali). Lalu 'Umar melaksanakan hukuman dera bagi peminum khamar lapan puluh kali.1686. Dari 'Ali bin Abi Thalib r.a., katanya: "Yang aku tidak senang menegakkan hukum kepada seseorang jika ialah sampai tewas, ialah hukuman dera bagi peminum khamar. Kerana seandainya dia sampai mati, negara harus membayar diyat (denda). Sebab Rasulullah saw. sesungguhnya tidak pernah menentukan jumlah pukulan bagi mereka."
1687. Dari Abu Burdah Al Anshari r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Seseorang tidak boleh didera lebih dari sepuluh kali, melainkan hukuman yang telah nyata ditetapkan Allah, seperti hukuman bagi orang berzina dan sebagainya."
1688. Dari 'Ubadah bin Shamit r.a., katanya: "Kami berada dalam suatu majlis bersama-sama dengan Rasulullah saw., lalu beliau bersabda, "Berjanji setialah (bai'atlah) tuan-tuan sekalian dengan ku, bahwa tuan-tuan tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu; tidak akan membunuh seseorang yang diharamkan Allah melainkan dengan yang hak (dibenarkan agama). Maka siapa di antara tuan-tuan yang memenuhi janji itu, pahalanya terserah kepada Allah, dan siapa yang melanggar janji-janji tersebut, tetapi Allah menutupi kesalahannya (tidak diketahui orang), maka urusannya terserah kepada Allah; jika Dia menghendaki, diampuni-Nyalah dia, dan jika Dia menghendaki, akan disiksaNya (kelak di akhirat)."
1689. Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Haiwan, sumur dan tempat penggalian logam
yang melukai atau membunuh, tidak ada ganti rugi kerananya. Dan barang galian, zakatnya seperlima."1690. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Seandainya diterima setiap tuduhan orang, maka akan banyaklah tuduhan mengenai darah (pembunuhan) manusia dan tuduhan (perampasan) terhadap harta benda mereka. Tetapi si tertuduh harus disumpah."
1691. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. memutuskan suatu perkara dengan menyumpah terdakwa."
1692. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. memutuskan suatu perkara dengan sumpah dan
saksi." 1693. Dari Ummu Salamah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tuan-tuan mengadukan perkara tuan-tuan kepada ku (minta diadili); mungkin satu pihak lebih pintar memberikan alasannya daripada yang lain; lalu kuputuskan perkaranya dengan mempertimbangkan alasan-alasan yang kuterima itu, maka siapa yang kumenangkan untuk memiliki hak saudaranya, janganlah diambilnya, kerana sesungguhnya aku telah memenangkannya dengan sepotong api dari neraka."
1694. Dari Ummu Salamah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Rasulullah saw. mendengar orang heboh bertengkar di muka pintu kamar beliau. Lalu beliau keluar mendapatkan mereka, seraya berkata, "Aku ini hanya seorang manusia. Banyak orang membawa perkaranya kepada ku, sedangkan satu pihak di antara mereka ada yang lebih pintar berbicara sehingga aku mengira dialah yang benar. Lalu kuputuskan dialah yang menang. Oleh kerana itu siapa yang kumenangkan perkaranya di atas hak seseorang muslim, sesungguhnya itu adalah sepotong api dari neraka. Boleh dibawanya atau ditinggalkannya."
1695. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Hindun binti 'Utbah, isteri Abu Sufyan, pernah datang kepada Rasulullah saw., lalu katanya: "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Abu Sufyan itu seorang lelaki yang bakhil. Dia tidak pernah memberi ku nafkah yang mencukupi bagi keperluanku dan keperluan anak-anakku, kecuali bila kuambil hartanya tanpa setahunya. Berdosakah aku berbuat seperti itu?" Jawab Rasulullah saw., "Boleh kamu ambil sekadar perlu untuk mencukupi kebutuhanmu dan anak-anakmu."
1696. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah menyukai bagi mu tiga perkara dan membenci tiga perkara. Yang disukainya: (1) Hendaklah engkau sembah Dia dan jangan dipersekutukan dengan sesuatu apa pun; (2) Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan agama-Nya, dan (3) Hendaklah kamu jangan berpecah belah. Yang dibenci-Nya: (1) Banyak desas-desus; (2) Banyak bertanya; (3) Menyia-nyiakan harta (membelanjakan harta tidak sesuai dengan ketentuan agama, dan pemboros)."
1697. Dari Mugbirah bin Syu'bah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla mengharamkan atasmu: (1) mendurhakai ibu; (2) mengubur anak perempuan hidup-hidup; (3) tidak suka memberi, tetapi suka meminta. Dan Allah membenci bagi mu tiga perkara : (1) suka desas-desus;(2) banyak bertanya (pertanyaan-pertanyaan yang tidak berbobot bahkan bersifat mencemuh): (3) menyia-nyiakan harta (membelanjakannya tidak menurut kehendak syarak, dan pemboros)."
1698. Dari 'Amru bin 'Ash r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seorang hakim memutuskan suatu perkara dengan ijtihadnya, dan ijtihadnya itu ternyata betul, maka dia mendapat pahala ganda. Dan apabila ijtihadnya itu salah, maka dia mendapat pahala satu. "
1699. Dari 'Abdurrahman bin Abu Bakrah r.a., katanya: "Bapaku menulis surat kepada Ubaididah bin Abu Bakrah, seorang hakim di Sijistan, katanya: "Janganlah kamu memutuskan suatu perkara antara dua orang yang bersengketa ketika engkau sedang marah. Kerana aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah
Dostları ilə paylaş: |