Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə96/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   92   93   94   95   96   97   98   99   ...   107

1976. Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya: "Umar (bin Khaththab) melihat 'Utharid At Tamimi berdiri di pasar mempamerkan sebuah baju sutera. 'Utharid adalah seorang lelaki yang berdekatan dengan para raja dan memperoleh baju itu dari mereka. Kata 'Umar. "Aku melihat si 'Utharid berdiri di pasar mempamerkan sebuah baju sutera. Alangkah bagusnya seandainya Anda beli untuk memakainya di saat menerima para utusan Arab yang datang menghadap Anda, agaknya beliau mengatakan pula, dan untuk Anda pakai berkhutbah hari Jum'at - Jawab Rasulullah saw., "Yang memakai sutera di dunia hanyalah orang yang tidak dapat bahagian di akhirat." Tidak berapa lama sesudah itu Rasulullah saw. diberi orang beberapa helai pakaian sutera. Lalu beliau kirimkan kepada Umar sehelai kepada Usamah bin Zaid sehelai, dan beliau berikan kepada Ali bin Abi Thalib sehelai seraya kata beliau kepada Ali, "Potong baju itu untuk selendang isterimu!" Umar datang kepada beliau membawa baju sutera yang dikirimkan Nabi saw. untuknya. Kata 'Umar, "Ya, Rasulullah! Untuk apa Anda kirimi aku baju sutera ini? Bukankah kelmarin Anda telah berkata kepada ku tentang baju yang dipamerkan si 'Utharid?" Jawab Rasulullah saw., "Aku tidak mengirimkannya kepada mu untuk kamu pakai, tetapi ku kirimkan supaya engkau manfaatkan dalam memenuhi kebutuhanmu." Adapun Usamah, dengan gembira dipakainya baju itu. Kerana itu Rasulullah saw. memandang kepadanya dengan pandangan yang menunjukkan beliau tidak setuju dengan perbuatan Usamah itu. Kata Usamah, "Ya, Rasulullah! Mengapa Anda memandang ku seperti itu, bukankah Anda yang mengirimi ku baju ini?" Jawab Rasulullah saw., "Aku tidak mengirimkannya untuk kamu pakai sendiri tetapi supaya engkau potong menjadi selendang isteri mu."

1977. Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. membolehkan Zubair bin 'Awwam dan 'Abdurrahman bin 'Auf memakai pakaian sutera kerana keduanya menderita penyakit kulit (exceem)."1978. Dari Ali bin Abi Thalib r.a., katanya Rasulullah saw. telah melarang berpakaian seperti pendeta dan memakai pakaian tercelup dengan warna kuning, memakai cincin emas dan membaca Qur'an dalam ruku'.

1979. Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa memakai pakaian yang berjela-jela (terlalu panjang), maka Allah Ta'ala tidak memandangnya kelak di akhirat."

1980. Dari Muhammad iaitu Ibnu Ziyad r.a. katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a. berkata ketika dia melihat seorang lelaki menghela izar(sarung)nya yang menyapu tanah, iaitu seorang Amir (pembesar) dari Bahrain, sambil berkata, "Pembesar lewat! Pembesar lewat!" Sabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya Allah tidak menengok kepada orang yang menghela sarungnya, kerana sombong."1981. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Ketika Rasulullah saw. hendak mengirim surat kepada Raja Rum, para sahabat mengatakan bahawa mereka (orang-orang Rum) tidak mahu membaca surat tanpa setempel. Kerana itu Rasulullah saw. membuat sebuah cincin dari perak. Aku seolah-olah masih melihat bagaimana cemerlangnya cincin itu di tangan beliau, berinitial 'Muhammad Rasulullah'."1982. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Rasulullah saw. memakai cincin perak bermata 'aqiq hitam yang diletakkan beliau di sebelah telapak tangan."1983. Dari Jabir r.a. katanya: "Aku mendengar Nabi saw. bersabda dalam suatu peperangan yang kami hadapi bersama, sabdanya: "Biasakanlah memakai terompah, kerana terompah itu sama fungsinya dengan kenderaan (memelihara kaki)."

1984. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bila kamu memakai terompah mulailah dengan yang kanan dan bila kamu membukanya mulai dengan yang kiri. Pakailah kedua-duanya sekaligus dan tanggalkan kedua-duanya sekaligus."

1985. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jangan berjalan dengan memakai terompah sebelah. Pakailah keduanya (sepasang) atau jangan dipakai sama sekali."

1986. Dari Jabir r.a. katanya: "Rasulullah saw. melarang makan dengan tangan kiri, berjalan dengan terompah sebelah, berpakaian seperti karung (tanpa tangan dan tanpa baju dalam), dan duduk mencangkung (duduk dengan meninggikan lutut) dengan pakaian selapis (tanpa celana dalam) sehingga aurat terbuka."1987. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Jangan tidur telentang dengan meletakkan kaki yang sebelah ke atas yang lain (tanpa pakaian dalam sehingga aurat terbuka)."

1988. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "Di hari penaklukan Makkah dibawa orang ke hadapan Rasulullah saw. Abu Quhafah, dengan rambut dan janggutnya memutih seperti garam. Maka bersabda Rasulullah saw., "Celuplah (rambut dan janggut anda) selain dengan warna hitam."

1989. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mencelup (rambut dan janggut mereka). Kerana itu lainilah mereka."

1990. Dari Aisyah r.a. katanya: "Jibril berjanji akan datang berkunjung kepada Rasulullah saw. pada suatu waktu yang ditentukan. Ketika waktu itu telah tiba, ternyata Jibril belum datang. Di tangan beliau ada sebuah tongkat. Maka diletakkannya tongkat itu sambil berkata, "Allah dan Rasulnya tidak menyalahi janji." Beliau menoleh, maka terlihat olehnya seekor anak anjing kecil di bawah tempat tidur. Tanya beliau, "Hai. 'Aisyah! Sejak bila anak anjing itu masuk ke sana?" Jawab Aisyah. "Wallah! Aku tidak tahu!" Rasulullah menyuruh keluarkan anak anjing itu lalu dikeluarkan. Maka datanglah Jibril. Rasulullah saw. bertanya, "Anda berjanji akan datang pada waktu yang telah ditentukan. Aku telah menunggu-nunggu tetapi Anda tak kunjung tiba." Jawab Jibril, "Aku terhalang oleh anjing dalam rumah Anda. Kami (bangsa Malaikat) tidak mahu masuk ke dalam rumah yang di situ ada anjing dan gambar-gambar (haiwan)."1991. Dari Abdullah Ibnu 'Abbas r.a. katanya Maimunah menceritakan kepadanya bahwa pada suatu pagi Rasulullah saw. kelihatan diam kerana susah dan sedih. Kata Maimunah, "Ya, Rasulullah! Aku hairan melihat sikap Anda sehari ini. Apa yang terjadi?" Jawab Rasulullah saw., "Jibril berjanji akan datang menemui ku malam tadi, ternyata dia tidak datang. Ketahuilah dia pasti tidak menyalahi janji dengan ku!" Rasulullah saw. sentiasa kelihatan susah dan sedih sehari ini. Kemudian beliau melihat seekor anak anjing di bawah tempat tidur kami, lalu beliau suruh keluarkan anak anjing itu. Kemudian diambilnya air lalu dipercikinya bekas-bekas tempat anak anjing itu. Ketika hari sudah petang. Jibril datang mendahului beliau. Kata beliau kepada Jibril, "Anda berjanji akan datang pagi-pagi." Jawab Jibril, "Benar! Tetapi kami tidak dapat masuk ke rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar-gambar (haiwan)." Esok pagi Rasulullah saw. memerintahkan supaya membunuh semua anjing sampai anjing penjaga kebun kecil sekalipun tetapi membiarkan anjing penjaga kebun yang luas."

1992. Dari Aisyah r.a. katanya dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah saw. melihat bantal-bantal tersebut beliau berhenti di pintu dan tidak terus masuk. Aku segera tahu dari wajah beliau bahwa beliau tidak senang. Kata Aisyah, Rasulullah! Aku taubat kepada Allah, dan Rasul-Nya. Apakah kiranya salahku?" Rasulullah saw. balik bertanya. "gambar-gambar apa itu?" "

Jawab Aisyah." Aku beU untuk tempat duduk Anda, atau tempat Anda bersandar:' Sabda Rasulullah saw.. "Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa kelak di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka, "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!"

Kemudian sabda beliau. "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (hewan). malaikat tidak mahu masuk ke rumah itu."

1993. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Malaikat tidak mahu masuk ke rumah yang di dalamnya terdapat patung-patung atau gambar-gambar (haiwan)."

1994. Dari Abu Hurairah r.a. .katanya Rasulullah saw. bersabda: "Malaikat tidak mahu menemani orang-orang yang di rumah mereka ada anjing dan loceng."

1995. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Lonceng itu adalah seruling syaitan."

1996. Dari Jabir r.a. katanya: "Rasulullah saw. melarang memukul dan membuat cap (menggambari dengan besi panas atau dengan tatto pada luka."1997. Dari Jabir r.a. katanya: "Rasulullah saw. bertemu dengan seekor keldai yang dicap mukanya. Maka bersabda beliau, "Allah mengutuk orang yang mencapnya."1998. Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Aku pernah melihat di tangan Rasulullah saw. alat cap, dan ketika itu beliau sedang memberi cap (memberi tanda) unta-unta sedekah (zakat)"

1999. Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah saw. telah melarang melakukan qaza'. Tanya Abdullah kepada Nafi', "Apa itu qaza'?" Jawab Nafi', "Mencukur sebahagian rambut kepala anak dan membiarkannya sebahagian."2000. Dari Abu Said Al Khudri r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Hindarilah olehmu duduk-duduk di pinggir jalan!" Jawab para sahabat, "Kami terpaksa duduk-duduk di situ memperbincangkan hal-hal yang perlu." Sabda RasuluUah saw., "Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ, berikan hak jalanan." Tanya mereka, "Apa haknya, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Picingkan mata, jangan mengganggu, jawab salam (orang lalu), menganjurkan kebaikan, dan mencegah yang mungkar."

2001. Dari Asma' binti Abu Bakar r.a., katanya ada seorang wanita datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata kepada beliau, "Aku mempunyai seorang anak gadis yang akan menjadi mempelai. Dia terkena penyakit campak sehinga rambutnya gugur. Bolehkah kusambung rambutnya?" Sabda Rasulullah saw., "Allah Taala mengutuk orang yang menyambung rambut dan yang meminta supaya rambutnya disambung."

2002. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "Nabi saw. melarang keras menyambung rambut kepala wanita dengan sesuatu yang lain."

2003. Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya :"Bahawasanya Rasulullah saw. mengutuk orang yang menyambung rambut dan yang meminta rambutnya disambung. Dan menguluk pembuat tatu dan yang meminta ditatu."

2004. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku. (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi. yang dipergunakannya untuk memukul orang. (2) Wanita-Wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (karena pakaiannya terlalu mini, terlalu tipis atau tembus pandang, terlalu ketat atau pakaian yang merangsang pria kerana sebahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disasak) bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh."

2005. Dari Asma (binti Abu Bakar Shiddiq) r.a. katanya: "Seorang wanita datang kepada nabi saw. seraya berkata. "Aku mempunyai kebutuhan. Berdosakah kalau aku berdandan dengan harta suami ku yang belum diberikannya kepada ku?"' Jawab Rasulullah saw., "Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa):"

2006.Dari Anas r.a. katanya: "Ada seseorang memanggil-manggil (orang lain) di Baqil, katanya. "Ya, Abal Qasim!" Lalu menoleh kepadanya Rasulullah saw. Kata orang itu, "Ya, Rasulullah! Bukan Anda yang kumaksud. Sesungguhnya aku memanggil si Fulan." Maka bersabda Rasulullah saw., "Boleh memberi nama dengan namaku, tetapi jangan memberi gelar dengan gelaranku!"

2007. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "(Isteri) seseorang melahirkan seorang anak laki-Iaki, lalu di- berinya nama 'Muhammad" Maka berkata keluarga orang itu, "Kami tidak membolehkan anda menamai anakmu dengan nama Rasulullah saw." Maka digendongnya anaknya menemui Nabi saw., seraya katanya, "Ya Rasulullah! Anakku lahir seorang laki-laki, lalu kuberi nama 'Muhammad'. Keluargaku mengatakan tidak boleh memberi nama dengan nama Rasulullah saw. Bagaimana itu?" Sabda Rasulullah saw.. "Namailah dengan namaku. tapi jangan menggelari dengan gelarku. Aku bergelar 'Qasim' (tukang bagi) kerana aku membagi-bagikan rahmat Allah di antara kamu sekalian."2008.Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya nama-nama yang paling disukai Allah Taala ialah nama-nama seperti : 'Abdullah, Abdurrahman (dan sebagainya)."

2009. Dari 'Ibnu 'Umar r.a. katanya :

"Anak perempuan 'Umar bernama 'Ashiyah' (si Durhaka). Maka ditukar oleh Rasulullah saw. dengan 'Jamilah' (si Cantik)."

2010. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya : "Juwairiyah mula-mula benama 'Barrah' (si Baik atau si Suci). Kemudian nama itu ditukar oleh Rasulullah saw. dengan 'Juwairiyah', kerana beliau tidak suka (apabila beliau keluar dari rumah Juwairiyah) dikatakan keluar dari Barrah (keluar dari kebaikan atau keluar dari kesucian).

2011.Dari Muhammad bin 'Amar bin 'Atba' r.a. katanya: "Aku menamai anak perempuanku 'Barrah'. Maka berkata kepada ku Zainab binti Abi Salamah, "Rasulullah saw. telah melarang memberi nama anak dengan nama ini. Dahulu namaku pun Barrah. Lalu Sabda Rasulullah saw., "Janganlah kamu menganggap diri mu telah suci. Allah Taala-Iah yang lebih tahu siapa-siapa sesungguhnya orang yang baik atau suci di antara kamu." Tanya para sahabat, "Lalu nama apakah kami berikan kepadanya?" jawab beliau. "Namai dia 'Zainab' "

2012. Dari Abu Hurairah r.a. dari nabi saw. sabdanya: "Sesungguhnya nama yang terburuk di sisi Allah Taala ialah nama "Malikul Amlak" (Maha Raja Diraja); kerana tidak ada Raja selain Allah."2013. Dari Asma' (binti Abu Bakar Shiddiq) r.a. katanya: "Ketika dia mengandung anaknya 'Abdullah bia Zubair, dia masih berada di Makkah. Kemudian dia hijrah ke Madinah, padahal dia sudah hamil tua. Sesampainya di Quba' dia melahirkan. Lalu dia membawa anaknya kepada Rasulullah dan meletakkannya di pangkuan beliau. Rasulullah meminta kurma sebuah lalu dikunyahnya. Sesudah itu, disuapkannya ke mulut bayi tersebut. Itulah makanan yang pertama-tama masuk ke mulut bayi itu, kurma yang telah bercampur dengan air ludah beliau. Kemudian Nabi saw. mendoakan berkat baginya. Itulah bayi yang pertama-tama lahir dalam Islam." 2014. Dari Mughirah bin Syubah r.a. katanya: "Tidak ada orang bertanya kepada Rasulullah saw. perihal dajal yang lebih banyak dari pertanyaanku." Kerana itu Rasulullah saw. bersabda kepada ku, "Hai, anakku! Engkau tak usah terlalu risau memikirkannya. Dia tidak akan mencelakakanmu!'.' Kataku, "Orang-orang mengatakan bahwa Dajal itu mempunyai sungai yang mengalir dan bukit roti." Sabda beliau. "ltu sangat mudah bagi Allah Taala menciptakannya."

2015. Dari Abu Said AI Khudri r.a. katanya: "Ketika aku duduk dalam suatu majlis Anshar di Madinah, tiba-tiba datang Abu Musa tergopoh-gopoh. Lalu kami tanyai dia, "Apa kabar Anda?" Jawab Abu Musa, 'Umar (bin Khathab) memanggil ku supaya aku datang menemuinya. Setelah aku tiba di muka pintunya, aku memberi salam sampai tiga kali, tetapi tidak ada jawaban. Kerana itu aku pulang saja kembali. Kemudian 'Umar menanyai ku, 'Mengapa engkau tidak datang, apa halanganmu?" Jawab ku, "Aku telah mendatangi Anda dan memberi salam di muka pintu rumah Anda tiga kali tetapi tidak ada jawaban. Kerana itu aku pulang saja kembali. Rasulullah saw. telah bersabda. "Apabila kamu telah minta izin (memberi salam) tiga kali tidak dijawab. pulang sajalah kembali. Kata 'Umar."Adakan saksi atas keteranganmu itu. Kalau tidak ku hukum engkau!"

2016. Dari Abu Musa AI Asy'ari r.a. katanya dia datang menemui 'Umar bin Khathab.. Lalu dia memberi salam. "Assalamualaikum, saya Abdullah bin Qais (nama Abu Musa ).",Tetapi tidak ada yang menyahuti salamnya. Kemudian diulangnya memberi salam sampai tiga kali, tetapi tetap tidak ada yang menyahut. Kerana itu dia pulang saja kembali. Kata 'Umar sesudah itu, "Panggil, panggil dia ke mari." Setelah Abu Musa datang. 'Umar berkata. "Wahai Abu Musa kenapa anda pulang? Kan kami sedang sibuk." Kata Abu Musa. "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Minta izin (memberi salam) tiga kali. Jika diizinkan silakan masuk. Jika tidak, pulang saja kembali." Kata 'Umar, "Engkau harus mendatangkan saksi ke hadapanku berhubung dengan hadis itu. Jika tidak, ku hukum kamu." Lalu pergilah Abu Musa. Kata 'Umar, "Jika mendapatkan saksi, kalian akan menemuinya petang nanti dekat mimbar. Jika tidak, kalian tidak akan menemuinya, ' Tatkala hari telah petang, mereka mendatangi Umar. Kata 'Umar. "Bagaimana. hai Abu Musa? Apakah kamu telah mendapatkan saksi?" Kata Abu Musa. "Sudah! Yaitu Ubaiya bin Kaab!" kata Umar, "Boleh! Dia saksi yang adil (memenuhi syarat). Hai. Abu Thufail! Bagaimana pendapatmu (kesaksianmu) mengenai masalah ini?" Jawab Ubaiya bin Kaab. "Memang. aku telah mendengar pula Rasulullah saw. bersabda seperti yang dikatakan Abu Musa. Kerana itu janganlah Anda gelabah menjatuhkan hukuman terhadap para sahabat RasuluIlah!" Jawab 'Umar. "Subhanallah! Sekarang aku telah mendengar hadis darimu. Kerana itu aku lebih suka menyelidiki akan kebenarannya." 2017.Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya: " Aku datang ke rumah" Nabi saw. lalu kupanggil beliau. Rasulullah menyahut sambil bertanya, "Siapa itu?" Jawab ku, "Saya!" Lalu beliau keluar sambil berkata, "Saya ...! Saya . . . '"

2018. Dari Ibnu Syihab r.a., katanya Sahal bin Saad As Saidi mengabarkan kepadanya bahwa seorang laki-laki mengintip ke kamar Rasulullah saw melalui pintu. Ketika itu Rasulullah saw. sedang menyisir rambut dengan sebuah sisir besi. Tatkala beliau mengetahui ada orang mengintip, beliau berkata. "Jika aku tahu engkau mengintip, kukorek matamu. Izin (yaitu memberi salam) telah disyariatkan Allah Taala supaya jangan mengintip"2019. Dari Abu Hurairah r.a.. dari Nabi saw. sabdanya "Siapa menengok ke dalam rumah seseorang tanpa izin pemiliknya, mereka boleh mencungkil mata orang itu."

2020. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya: " Aku bertanya kepada Rasulullah saw. kalau aku terlihat tanpa sengaja. Maka beliau memerintahkan supaya memalingkan penglihatan secepatnya. "

2021. Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang berkendaraan hendaklah memberi salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan kepada orang duduk. dan orang sedikit kepada orang banyak"

2022. Dari Thalhah ra, katanya: "Pada suatu ketika. kami sedang duduk-duduk dan bercakap-cakap di jalanan. Rasulullah saw. mendatangi kami seraya bersabda: "Apa kerja kalian duduk-duduk di jalanan? Jauhilah duduk-duduk di jalanan!" Jawab kami. "Kami hanya sekadar duduk-duduk dan bercakap-cakap." Sabda beliau. "Kalau begitu, bayar hak jalanan. Iaitu picingkan mata. jawab salam dan berbicaralah yang berguna (baik)!"

2023.Dari Abu Said Al Khudri ra, dari Nabi saw., sabdanya: "Jauhilah duduk-duduk di jalanan!" Jawab para sahabat "Kami tidak mengapa-ngapa ya Rasulullah. Hanya sekadar bercakap-cakap."' Sabda Rasulullah saw". Jika kalian keberatan meninggalkan majlis jalanan itu, penuhilah hak jalanan !" Tanya para sahabat "Apakah hak jalanan itu'!" Sabda beliau. "Picingkan matamu, jangan kurang ajar. jawab salam (orang yang lewat). mengerjakan yang maaruf dan mencegah yang mungkar."2024. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda: "Kewajiban seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim ialah: (1) Menjawab salam. (2) Mendoakan yang bersin. (3) Memenuhi undangan. (4) Mengunjungi yang sakit dan (5) Ikut mengantar jenazah."

2025. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hak seorang muslim terhadap seorang muslim enam perkara." Lalu beliau ditanya orang, "Apa yang enam perkara itu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, (1) Bila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah Salam kepadanya. (2) Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. (3) Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. (4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. (5) Bila dia sakit, kunjungilah dia. (6) Dan bila dia meninggal, ikutlah mengantar jenazahnya ke kubur."2026. Dari Anas r.a, katanya: "Para sahabat Nabi saw. bertanya kepada beliau, "Jika Ahli Kitab memberi salam kepada kami bagaimana kami menjawabnya?" Jawab beliau, "Ucapkan: Wa 'alaikum"

2027. Dari 'Abdullah bin Dinar r.a., bahwasanya dia mendengar Ibnu 'Umar bertanya kepada Rasulullah saw., maka jawab beliau, 'Orang-orang Yahudi, bila mereka memberi salam kepada mu, maka ada salah seorang di antara mereka yang mengucapkan: As saamu 'alaikum. Maka jawablah, 'Alaika'

2028. Dari ' Aisyah r.a., katanya: "Se rombongan orang-orang Yahudi minta izin bertetamu kepada Rasulullah saw, lalu mereka ucapkan: Assaamu 'alaiku" ' Jawab 'Aisyah. "Bal'alaikunnus Saan wal lanah. Maka bersabda Rasulullah saw. "Ya, Aisyah! Sesungguhnya Allah swt. senang keramah-tamahan dalam segala urusan' Kata 'Aisyah, "Tidakkah Anda mendengar ucapan mereka" Jawab beliau. "Ya aku mendengarnya bahkan telah kujawab, wa 'alaikum."

2029.Dari Abu Hurairah ra.. katanya Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu mendahului orang-orang Yahudi dan Nasrani memberi salam'

2030. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah saw. bertemu dengan beberapa orang anak. lalu beliau memberi salam kepada mereka:'

2031.Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda kepadanya. "Tanda izin masuk bagi mu ialah bila tirai telah diangkat. Dan engkau boleh mendengar pembicaraan yang ku rahsiakan, kecuali bila ku larang"

2032. Dari 'Aisyah r.a.. katanya: "Para isteri Rasulullah saw. keluar waktu malam apabila mereka hendak buang hajat ke tempat yang telah disediakan di lapangan. lalu 'Umar bin Khathab mengusulkan kepada Rasulullah saw. supaya para isteri beliau memakai hijab. Tetapi Rasulullah saw. diam saja, tidak melakukan apa yang diusulkan 'Umar. Maka pada suatu malam keluar isteri beliau, Saudah binti Zamah, lalu ditegur oleh 'Umar. "Hai, Saudah! Kami mengenali engkau!" kata 'Umar. Sesungguhnya 'Umar menegurnya hanya kerana dia ingin semoga Allah swt. menurunkan ayat yang memerintahkan hijab. Kata 'Aisyah. "Memang, tidak lama kemudian maka turunlah ayat hijab."

2033. Dari Jabir r.a.. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ketahuilah! Seorang laki-Iaki bukan muhrim tidak boleh bermalam di rumah perempuan janda. kecuali jika dia telah menikah dan suaminya ada di rumah, atau ada muhrimnya.2034. Dari Uqbah bin' Amir r.a.. katanya RasuluIlah saw. bersabda : "Hindarilah olehmu masuk ke rumah-rumah wanita!" Lalu bertanya seorang Anshar. "Ya. RasuluIlah! Bagaimana pendapat Anda tentang Al Hamwu(keluarga dekat bagi suaminya)." Jawab Rasulullah saw., "Bahkan itu lebih berbahaya."

2035. Dari 'Abdullah bin' Amru bin Ash r.a., katanya: "Beberapa orang Bani Hasyim datang ke rumah Asma' binti 'Umais, isteri Abu Bakar Shiddiq (ketika Abu Bakar sedang tidak di rumah). Tiba-tiba Abu Bakar pulang dan bertemu dengan mereka. Abu Bakar merasa kurang senang atas kedatangan mereka yang demikian. Lalu diceritakannya hal itu kepada Rasulullah saw. Jawab beliau, "Aku tidak melihat sesuatu yang buruk atas kedatangan mereka. Sesungguhnya Allah swt. telah menyucikan Asma' binti 'Umais dari hal-hal yang demikian." Kemudian beliau naik ke mimbar lalu beliau bersabda: "Sesudah hari ini, seorang laki-Iaki tidak boleh masuk ke rumah seorang wanita yang suaminya sedang pergi, kecuali bila laki-laki itu disertai seorang atau dua orang teman laki-laki."

2036. Dan Anas r.a. kalanya: ''Pada suatu ketika. Nabi saw. sedang berdua dengan salah seorang isteri beliau. Kebetulan lewat ke dekat beliau seorang laki-laki. Orang itu dipanggil oIeh Nabi saw., maka dia datang menemui beliau. Lalu Nabi saw. berkata kepadanya, "Hai, Fulan! Ini isteriku. si Fulanah." Jawab orang itu, "Ya, Rasulullah! Aku tidak menduga apa-apa dengan Anda." Sabda beliau, "Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui aliran darah."

2037. Dan Shafiyah binti Huyay r.a. katanya: "Pada suatu ketika, Nabi saw. sedang iktikaf. Aku mendatangi beliau malam hari, lalu aku berbicara kepadanya. Sesudah itu aku berdiri hendak pulang dan beliau berdiri pula menghantar ku - ketika itu Shafiyah tinggal di rumah Usamah bin Zaid -. Tiba-tiba lewat dua orang laki-laki Anshar, Tatkala mereka melihat Nabi

saw, mereka mempercepat jalan mereka, Nabi saw. berkata kepada mereka, "Hai, pelan-pelan sajalah kalian. Ini adalah isteriku, Shafiyah binti Huyay" Jawab mereka, "Subhanallah, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui aliran darah. Aku khawatir kalau-kalau syaitan membisikkan sesuatu yang jahat ke dalam hati kalian."2038. Dari Abu Waqid AI Laitsi r.a. katanya: "Pada suatu waktu ketika Rasulullah saw. sedang duduk di masjid beserta orang banyak (memberikan pengajian). tiba-tiba datang tiga orang serombongan. Yang dua orang mendatangi Rasulullah saw sedang yang seorang lagi terus pergi begitu saja. Seorang di antara yang berdua mencari-cari tempat lowong dalam halaqah, lalu dia duduk di situ. Dan yang seorang lagi mencari-cari tempat dan duduk di bahagian belakang. Dan orang yang ketiga pergi saja kembali. Setelah Rasulullah saw. selesai memberikan pengajian beliau bersabda, "Perhatikanlah, kuberitahukan kepada Anda sekalian tentang orang yang bertiga itu. Satu di antaranya mencari tempat di sisi Allah, maka Allah melapangkan tempat baginya. Orang yang kedua malu-malu, maka Allah malu pula kepadanya. Dan orang yang ketiga jelas berpaling, maka Allah berpaling pula daripadanya."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   92   93   94   95   96   97   98   99   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin