Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə97/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   93   94   95   96   97   98   99   100   ...   107

2039. Dari Ibnu 'Umar r.a. dari Nabi saw. sabdanya: "Janganlah kamu menyuruh orang lain berdiri dari tempat duduknya. kemudian kamu duduki tempatnya itu. Tetapi hendaklah kamu saling lapang-melapangi' 2040. Dari Salim r.a. dia menceritakan dari Ibnu 'Umar ra. bahwa Nabi saw. bersabda "Janganlah kamu membiarkan saudara mu berdiri dari tempat duduknya. kemudian kamu duduki tempatnya itu." Kata Salim selanjutnya. Kerana itu apabila seseorang berdiri untuk memberikan tempat duduknya kepada Ibnu 'Umar dia tidak mahu menempatinya."

2041. Dari Jabir r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Janganlah kamu menyuruh saudara mu berdiri pada hari Jumaat dari tempat duduknya untuk kamu gantikan tempatnya itu, tetapi katakanlah kepadanya. "Marilah berlapang-lapang!"

2042. Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw. bersabda " Apabila salah seorang kamu berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia kembali lagi ke tempatnya itu, maka dia

lebih berhak dengan tempatnya."

2043. Dari Ummu Salamah r .a.. katanya seorang banci datang ketika Rasulullah saw. sedang berada di rumahnya (Ummu Salamah). Maka berkata si Banci kepada saudara laki-laki Ummu Salamah, "Hai Abdullah bin Abi Umaiyah! Jika Allah memperlihatkan bagi mu satu golongan besok. maka aku akan menunjukkan bagi mu anak Perempuan Ghailan. Kalau dia menghadap, dia menghadap dengan empat anggota tubuhnya dan kalau dia membelakang, dia membelakang dengan delapan anggota tubuhnya,"Rasulullah saw. mendengar ucapan si Banci itu, lalu beliau bersabda. Jangan izinkan lagi dia masuk ke rumah mu !"

2044. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Seorang banci masuk ke tempat para isteri Nabi saw. Lalu mereka menganggapnya seperti orang yang tidak mempunyai berahi terhadap perempuan. Pada suatu hari Nabi saw. datang, dan si Banci itu sedang berada di antara mereka. Dia menggambarkan perempuan dengan katanya: "Wanita bila menghadap dia menghadap dengan empat anggota tubuhnya dan bila membelakang, dia membelakang dengan delapan anggota tubuhnya." Maka bersabda Nabi saw., "Perhatikanlah, bukankah dia mengerti apa yang ada di sini! Kerana itu janganlah kalian izinkan lagi dia masuk ke rumah kalian' Kata 'Aisyah, "Sejak itu rumah kami tertutup bagi si banci."

2045. Dari Asma' binti Abu Dakar r.a.katanya: Aku kahwin dengan Zubair. sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa. Tidak punya pelayan dan sebagainya. selain hanya. seekor kuda. Kerana itu akulah yang memberi makan kuda dan merawat serta melatihnya. Aku pula yang menumbuk biji kurma untuk makan. menyediakan makan dan minumnya. dan aku pula yang menjahit dan memasak. Tetapi aku tidak pandai membuat roti. Kerana itu roti kami dibuatkan oleh tetangga kami orang-orang Anshar. Mereka adalah wanita-wanita yang baik. Kata Asma' selanjutnya. "Aku juga menjunjung buah kurma dikepala ku dari kebun yang dijatahkan Rasulullah saw. kepada Zubair. membawanya sejauh dua farsakh. Pada suatu hari aku membawa buah kurma yang ku junjung di kepala ku. Di tengah jalan aku bertemu dengan Rasulullah saw. beserta beberapa orang sahabatnya. "lkh! Ikh!" kata beliau menghentikan dan menyuruh untanya berlutut untuk membonceng ku di belakangnya. "Tetapi aku malu, dan aku tahu bahawa engkau pencemburu." kata Asma' kepada Zubair suaminya. Jawab Zubair, "Demi Allah, sesungguhnya bebanmu menjunjung buah kurma di kepalamu, bagi ku terasa lebih berat daripada engkau membonceng dengan beliau."

Kata Asma' selanjutnya, Akhirnya,sesudah kejadian itu Abu Bakar. ayah ku, mengirim seorang pelayan untuk kami. Dia mengambil alih pemeliharaan kuda menggantikan ku. Rasanya seolah-olah aku terbebas dari beban dan kerja berat."

2046. dari 'AbdulIah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu bertiga, maka janganlah yang dua orang berbisik tanpa yang ketiga sebelum dia berbaur dengan orang-orang lain. Kerana hal itu dapat menyinggung perasaan."

2047, Dari 'Aisyah r.a. isteri Rasulullah saw., katanya: "Bila Rasulullah saw sakit, Jibril datang memanterainya. Ucap Jibril, "Bismillaahi yubriika, wa mill kulli daa-in yusyfiika, wa min syari hasidin idza hasad, wa syarri kulli dzi 'ainin. "2048. Dari Abu Sa'id ra., katanya: "Jibril datang kepada Nabi saw., lalu dia bertanya. "Ya, Muhammad! Apa kah engkau sakit?'" Jawab beliau, "Ya!" Lalu Jibril membaca mantera, "Bismillalli arqiika min kulli syai-in yu'dziika, min syarri nafsin au 'ainin hasidin. Allaahu yasyfiika, bismilahi arqiika.(Dengan nama Allah ku menterai engkau dari segala yang menyakiti, tersebab kejahatan manusia atau pengaruh jahat pandangan mata di pendengki. Allah akan menyembuhkan dengan nama Allah ku manterai engkau)2049. Dari Ibnu 'Abbas r.a. dari Nabi saw., sabdanya: "Penyakit yang timbul dari pengaruh jahat pandangan mata memang ada. Seandainya ada yang dapat mendahului qadar, tentulah itu pengaruh pandangan mata. Kerana itu apabila kamu disuruh mencuci mata, maka cucilah!"

2050. Dari Aisyah ra. katanya: "Seorang Yahudi dari Bani Zuraiq, bernama Labid bin Asham, menyihir Rasulullah saw. sehingga beliau mengigau kerananya. Yaitu bahawa beliau rasanya melakukan sesuatu yang sesungguhnya tidak dilakukannya. Kerana itu pada suatu hari atau suatu malam beliau mendoa, kemudian mendoa dan mendoa. Sesudah itu beliau bertanya kepada 'Aisyah. "Ya. 'Aisyah! Ingatkah engkau bahwa Allah swt. pernah memberitakan kepada ku tentang kedatangan dua orang laki-Iaki. yang satu duduk dekat kepala ku dan yang satu lagi dekat kedua kaki ku. Lalu orang yang dekat kepala ku bertanya kepada orang yang dekat kaki ku atau sebaliknya. "Apakah sakit orang ini?"

Jawabnya. "Kena sihir!" Tanya. "Siapa yang menyihirnya?' Jawab, "Labid bin Asham!" Tanya. "Dengan apa disihirnya?" Jawab. "Pakai sisir dan rambut yang rontok bersama sisir itu serta mayang kurma kering." Tanya, "Di mana sekarang?" Jawab, "Di sumur Dzi Arwan." Kata ' Aisyah, "Rasulullah saw. pergi mencari barang-barang itu ditemani beberapa orang sahabat. Kemudian beliau bersabda, "Ya Aisyah. Ku lihat air sumur itu kemerah-merahan warnanya, sedang pohon kurmanya kelihatan bagaikan kepala syaitan." Lalu aku bertanya, "Apakah Anda tidak membakarnya?" Jawab Nabi saw., "Tidak! Kerana Allah swt. telah menyembuhkan ku dan aku tidak ingin membalas kejahatan orang; oleh sebab itu ku suruh kuburkan saja!"

2051. Dari Anas r.a, katanya: ''Seorang perempuan Yahudi mengantarkan daging yang telah dibubuhinya racun kepada Nabi saw lalu beliau makan sebahagian. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah saw. lalu beliau menanya kepadanya tentang racun itu. Jawabnya, "Aku sengaja hendak membunuh Anda," Sabda Nabi saw" "Tidak mungkin Allah swt. akan memberi sewenang kepada mu untuk berbuat demikian." Kemudian AIi bertanya, "Bolehkah kami bunuh perempuan itu?" Jawab beliau, "Jangan!" Kata Anas selanjutnya. "Kami melihat bekas racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah saw."

2052. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Apabila salah seorang di antara kami sakit, Rasulullah saw. memegangnya dengan tangan kanan, lalu beliau ucapan "Idzhabil ba'sa rabban naas, wasyfi, antasy syaafi, laa syifaa-a illa syifaauka, syifaa-an laa yughaadiru saqaman."(Hilangkanlah penyakit si sakit ini, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkaulah Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan daripadaMu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan bekas rasa sakit)

Maka tatkala beliau sakit dan sakitnya bertambah berat kupegang tangan beliau hendak membacakan mantera seperti yang pernah beliau lakukan kepada kami. Tetapi beliau menarik tangannya dari tangan ku, kemudian beliau ucapkan, "Allaummagh firli. waj'alni ma 'arrafiiqil a'la"(Wahai Allah, ampunilah aku dan tempatkanlah aku bersama teman di tempat yang tertinggi) Lalu kutengok beliau, kiranya beliau telah tiada."

2053. Dari ' Aisyah ra. katanya: Apabila salah seorang isteri Rasulullah saw. sakit beliau tiupkan kepadanya surat-surat Mu'awwidzaat. (iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) Maka tatkala beliau sakit hampir meninggal kutiupkan pula kepadanya dan kusapukan tangannya ke tubuhnya, kerana tangan beliau lebih besar barakahnya daripada tangan ku."

2054. Dari ' Aisyah r.a. katanya: "Nabi saw. sakit lalu beliau baca untuk dirinya sendiri surah mu'awwidzaat. Kemudian beliau tiupkan. Tatkala sakit beliau bertambah keras, kubacakan surah-surah itu atasnya kemudian kusapukan dengan tangannya sambil mengharapkan barakah daripadanya."2055. Dari 'Abdurrahman AI Aswad, dari bapaknya r.a. katanya : " Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah tentang mantera. Jawabnya, "Rasulullah saw. pernah membolehkan suatu keluarga Anshar melakukan mantera untuk setiap penyakit deman."

2056. Dari ' Aisyah r.a. katanya: "Apabila seseorang mengadukan suatu penyakit yang dideritanya kepada Rasulullah saw, seperti sakit bisuI, kudis, atau Iuka, maka Nabi saw. berucap sambil menggerakkan anak jarinya seperti ini - Sufyan meletakkan telunjuknya ke tanah, kemudian mengangkatnya - Bismillaahi turbatu ardhina biriiqati ba'dhina liyusyfaa bihi saqiimuna bi idzni rabbina (Dengan nama Allah, tanah bumi kami, dengan air ludah setengah kami, semoga sembuhlah penyakit kami dengan izin Tuhan kami.)

2057.Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Rasulullh saw. menyuruh ku supaya memanterai penyakit dari pengaruh pandangan mata."

2058. dari Anas r.a. katanya: "Rasulullah saw. membolehkan memanterai penyakit kerana pengaruh pandangan mata, penyakit demam dan kerana gigitan serangga."

2059. Dari Ummu Salamah r.a. isteri Nabi saw. katanya Rasulullah saw. pernah bersabda tentang seorang sahaya perempuan yang tinggal di rumah Ummu Salamah, kerana mukanya kelihatan pucat oleh beliau. Sabdanya: "Dia terkena penyakit pengaruh pandangan mata kerana itu manterailah dia "

2060. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya: "Rasulullah saw. membolehkan keluarga Hazm memanterai bekas gigitan ular." Dan beliau bertanya kepada Asma' binti 'Umais, "Kelihatannya tubuh anak saudara ku ini kurus kering. Apakah mereka kurang makan?" Jawab Asma', "Tidak! Mereka terkena penyakit pengarun pandangan mata." Sabda Nabi saw., "Manterailah mereka!" lalu kuminta agar beliau sudi memanterai mereka. Tetapi beliau mengatakan, ''Manterai mereka oleh kalian!"

2061. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya: "Seorang laki-laki dari keluarga kami digigit kala ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. lalu berkata seorang laki-Iaki, "Ya Rasulullah! Bolehkah aku memanterainya?" Jawab beliau, "Siapa yang sanggup di antara kalian menolong saudaranya, hendaklah dilakukannya."2062.Dari Jabir r.a. katanya: "Rasulullah saw. pernah melarang melakukan mantera. Lalu datang keluarga 'Amru bin Bazm kepada beliau seraya kata mereka, "Ya Rasulullah! Kami

mempunyai mantera untuk gigitan kala. Tetapi Anda melarang melakukan mantera. Bagaimana itu?" Lalu mereka peragakan mantera mereka di hadapan beliau. Sabda beliau, "Tidak ada jeleknya. Siapa yang sanggup di antara kamu memanfaatkan mantera untuk menolong saudaranya, hendaklah dimanfaatkannya."2063. Dari Auf bin Malik AI Asyja'i r.a. katanya: "Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Bagaimana pendapat Anda tentang mantera?" Jawab beliau, "Peragakanlah manteramu itu di hadapanku. Mantera tidak ada salahnya selama tidak mengandung syirik."2064. Dari Abu Sa'id AI Khuuri ra. katanya: "Beberapa orang sahabat melakukan perjalanan jauh dan berhenti untuk istirahat pada salah satu perkampungan 'Arab, lalu mereka minta dijamu oleh penduduk kampung itu.Tetapi penduduk enggan menjamu mereka. Penduduk bertanya kepada para sahabat, 'Adakah di antara Tuan-tuan yang pandai mantera? Kepala kampung kami digigit serangga." Menjawab seorang sahabat, "Ya, ada! Kemudian dia mendatangi kepala kampung itu dan memanterainya dengan membacakan surah AI-Fatihah. Maka, kepala kampung itu pun sembuh. Kemudian sahabat itu diberi upah lebih kurang tiga puluh ekor kambing. Tetapi dia enggan menerima seraya mengatakan, "Tunggu! Aku akan Menanyakannya lebih dahulu kepada Nabi saw., apakah aku boleh menerimanya." Lalu dia datang kepada Nabi saw. menanyakan hal itu, katanya, "Ya, Rasulullah! Demi Allah,aku telah memanterai seseorang dengan membacakan surat AI Fatihah." Beliau tersenyum mendengar cerita sahabatnya dan bertanya, "Bagaimana engkau tahu Al-Fatihah itu mantera?" Kemudian sabda beliau pula "Terimalah pemberian mereka itu dan masukkan sahamku bersama-sama denganmu."2065. Dari 'Usman bin Abi 'Ash Ats Tsaqafi r.a. katanya dia menceritakan kepada Rasulullah saw. suatu penyakit yang dideritanya sejak ia masuk Islam. Maka bersabda Rasulullah saw. kepadanya, "Letakkan tangan mu di tubuh mu yang terasa sakit, kemudian ucapkan Bismillah tiga kali, sesudah itu baca tujuh kali: A 'udzu billahi wa qudratihi min syarri majidu wa uhadziru. (Aku berlindung dengan Allah dan dengan kudratNya dari penyakit yang ku deritai dan ku cemaskan)

2066.Dari 'Usman bin Abi 'Ash r.a.katanya dia datang kepada Nabi saw. lalu bertanya, "Ya, Rasulullah! Aku sering diganggu syaitan dalam solat, sehingga bacaanku menjadi kacau kerananya. Bagaimana itu?" Maka bersabda Rasulullab saw., "Ya yang demikian itu memang gangguan syaitan yang dinamakan Khinzab. Kerana itu bila engkau diganggunya, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya, sesudah itu meludah ke sebelah kirimu tiga kali!" kata 'Usman, "Setelah kulakukan yang demikian, maka dengan izin Allah godaan seperti itu hilang."2067. Dari Jabir r.a. dari Rasulullah saw., sabdanya: "Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila tepat ubat suatu penyakit, tentu penyakit itu sembuh dengan izin Allah 'Azza wa Jalla."2068. Dari Jabir bin Abdullah r.a. bahwasanya dia pergi mengunjungi Al Muqanna' yang sedang sakit. Kemudian dia berkata, "Aku tidak akan meninggalkan tempat ini sehingga engkau berbekam. Kerana aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya berbekam itu adalah suatu cara pengubatan."

2069. Dari Jabir r.a. katanya: "Ummu Salamah pernah minta izin kepada Rasulullah saw. untuk berbekam lalu Nabi saw. menyuruh Abu Thaibah membekamnya." Kata Jabir selanjutnya, "Menurut dugaanku, Abu Thaibah tentulah saudara susuan Ummu Salamah, atau mungkin seorang anak yang belum dewasa."2070. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "Ubay kena panah pada urat nadinya dalam perang Ahzab. Lalu Rasulullah saw. menyundut lukanya dengan besi panas."

2071. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya: "Bahwasanya Nabi saw. pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekam, dan beliau pernah pula memakai ubat tetes hidung."

2072. Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi saw sabdanya: "Penyakit demam panas itu berasal dari panas neraka jahanam. Kerana itu dinginkanlah (kompres) dengan air."

2073. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air." Sabda Rasulullah saw., "Minumkan madu kepadanya." Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang pula kepada Nabi saw. lalu katanya, "Telah kuminumkan madu kepadanya, tetapi sakitnya bertambah." Nabi saw. menyuruhnya pula meminumkan madu sampai berulang tiga kali. Dia datang untuk keempat kalinya, Nabi saw. tetap menyuruhnya supaya meminumkan madu. Kata orang itu, "Aku telah meminumkannya, ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga." Sabda Rasulullah saw., "Allah Maha Besar! Perut saudara mu itulah yang dusta." Lalu diminumkannya pula madu, maka sembuhlah saudaranya.

2074. Dari Amir bin Sa'ad bin Abi Waqqash, dari bapanya r.a., bahwa Amir mendengar bapanya (Sa'ad bin Abi Waqqash) bertanya kepada Usamah bin Zaid, katanya: "Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw. tentang penyakit tha'un?" Jawab Usamah, "Rasulullah saw. bersabda: Tha'un (wabak kolera) adalah semacam azab (siksaan) yang diturunkan Allah kepada Bani Israil atau kepada umat yang sebelum kamu. Maka apabila kamu, mendengar penyakit tha'un berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datang ke negeri itu. Dan apabila penyakit itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, janganlah kamu keluar dari negeri itu untuk melarikan diri daripadanya."

2075. Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tha'un (penyakit menular/wabak kolera) adalah suatu peringatan dari Allah swt. untuk menguji hamba-hamba-Nya umat manusia. Maka apabila kamu mendengar penyakit itu berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu masuk ke negeri itu. Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan pula kamu lari daripadanya."

2076. Dari Abdullah bin Abbas r.a. katanya: "Pada suatu ketika 'Umar bin Khaththab pergi ke Syam. Setelah sampai di Sargila, pimpinan tentera datang menyambutnya. Antara lain terdapat Abu 'Ubaidah bin Jarrah dan kawan-kawannya. Mereka mengabarkan kepada 'Umar bahwa wabak penyakit sedang berjangkit di Syam. Kata 'Umar, "Panggil ke sini orang-orang Muhajirin yang pertama-tama!" Maka kupanggil mereka, lalu 'Umar bermusyawarat dengan mereka. Kata 'Umar, "Wabak penyakit sedang berjangkit di Syam. Bagaimana pendapat tuan-tuan?" Mereka berbeda pendapat. Sebagian mengatakan kepada 'Umar, "Anda telah keluar untuk suatu urusan penting. Kerana itu kami berpendapat, tidak selayaknya Anda akan pulang begitu saja." Sebagian yang lain mengatakan, "Anda datang membawa suatu rombongan besar, di mana terdapat para sahabat Rasulullah saw. Kami tidak sependapat jika Anda menghadapkan mereka kepada wabak ini." Kata 'Umar, "Pergilah kalian dari sini!" Kemudian berkata pula 'Umar, "Panggil ke sini orang-orang Anshar!" Maka kupanggil pula mereka, dan 'Umar bermusyawarat dengannya. Ternyata kebijaksanaan mereka sama dengan orang-orang Muhajirin. Mereka berbeza pendapat seperti orang-orang Muhajirin. Maka kata 'Umar, "Pergilah kalian dari sini!" Kata 'Umar selanjutnya, "Panggil ke sini pemimpin-pemimpin Quraisy yang hijrah sebelum penaklukan Makkah!" Maka kupanggil pula mereka. Ternyata mereka sependapat semuanya, tidak ada perbezaan. Kata mereka, "Kami berpendapat, sebaiknya Anda pulang saja kembali bersama rombongan Anda dan jangan menghadapkan mereka kepada wabak ini. Lalu 'Umar memaklumkan kepada rombongannya, "Esok pagi-pagi aku akan kembali pulang. Kerana itu bersiap-siaplah kalian!" Maka bertanya Abu 'Ubaidah bin Jarrah, "Apakah kita hendak lari dari qadar Allah?" Jawab 'Umar, "Mengapa bukan kamu yang bertanya, hai Abu 'Ubaidah agaknya Umar tidak mahu berbantah dengannya - Ya, kita lari dari qadar Allah kepada qadar Allah. Bagaimana pendapatmu, seandainya engkau mempunyai seekor unta, lalu engkau turun ke lembah yang mempunyai dua sisi. Yang satu subur dan yang lain tandus. Bukankah jika engkau mengembalakannya di tempat yang subur, engkau menggembala dengan qadar Allah, dan jika engkau menggembala di tempat tandus engkau menggembala dengan qadar Allah?" Tiba-tiba datang Abdurrahman bin 'Auf, yang sejak tadi belum hadir kerana suatu urusan. Lalu dia berkata, "Aku mengerti masalah ini Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Apabila kamu mendengar wabak berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datangi negeri itu. Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan keluar dari negeri itu kerana hendak melarikan diri." Kata Ibnu 'Abbas, 'Umar bin Khaththab mengucapkan puji kepada Allah, setelah itu dia berangkat."

2077. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Ketika Rasulullah menyabdakan: "Tidak ada penularan, tidak ada yang tahu di bulan Shafar, dan tidak ada hantu mayat gentayangan, maka bertanya seorang Arab dusun, "Ya, Rasulullah! Bagaimana seandainya sekelompok unta yang sihat di padang pasir, kemudian didatangi oleh seekor unta kudisan, kemudian unta yang sihat itu kudisan pula semuanya?" Jawab RasuluIlah saw, "Siapakah penular yang pertama-tama?"

2078. Dari Abu Salamah bin 'Abdur Rahman r.a. katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada penularan kemudian ditambahkannya pula, "Jangan mendekatkan yang sakit kepada yang sihat."2079. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada penularan tidak ada mayat gentayangan menjadi hantu kuburan, tidak ada binatang tertentu muncul menyebabkan hujan, dan tidak ada tabu di bulan Shafar."

2080. Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada penularan tidak ada pengaruh atau tanda bahaya suara burung dan tidak ada hantu."

2081. Dari Abu Hurairah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada pengaruh jahat suara burung. Dan yang paling baik ialah Al Fa'l. Lalu beliau ditanya orang, "Apa itu Al Fa'l, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Kalimah solehah (baik) yang diucapkan salah seorang kamu."2082. Dari Anas r.a. bahwasanya Nabi saw. bersabda:"Tidak ada penularan, tidak ada pengaruh jahat suara burung. Tetapi yang mengagumkan ku ialah Al Fa'l iaitu kalimah hasanah atau kalimah thayyibah."

2083. Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada penularan, tidak ada pengaruh atau alamat jahat pada suara burung. Sesungguhnya pengaruh jahat (kecelakaan atau kesialan) itu terdapat pada tiga perkara dalam diri wanita, pada kuda, dan dalam rumah tangga."

2084. Dari Mu'awiyah bin Hakam As Sulami r.a., katanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Pada masa jahiliyah kami biasa mendatangi tukang tenung. Bagaimana itu?" Jawab beliau, "Jangan! Jangan datangi lagi tukang tenung itu." Tanya Mu'awiyah, "Kami percaya kepada suara burung sebagai pertanda jahat atau baik. Bagaimana pula itu?" Jawab Rasulullah saw., "Yang demikian itu hanyalah dugaan belaka. Maka janganlah hal itu sampai menghalangi urusanmu."2085. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah saw., bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu. Kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda Nabi saw., "Kata-kata yang benar itu tertangkap oleh sebangsa Jin, lalu di bisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambah-tambahnya dengan seratus dusta."

2086. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw. tentang taktik tukang-tukang tenung. Jawab beliau, "Mereka itu tidak benar!" Tanya mereka pula, "Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?" Jawab Rasulullah saw., "Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh sebangsa Jin,lalu dibisikkannya ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina dan mereka campur dengan seratus kebohongan, bahkan lebih."

2087. Dari Abdullah bin Abbas r.a. katanya: "Seorang sahabat Nabi saw. dari kalangan Anshar bercerita kepada ku bahwa pada suatu malam ketika mereka sedang duduk mengaji dengan Rasulullah saw., tiba-tiba mereka dijatuhi bintang (meteor) yang bersinar. Maka bertanya Rasulullah saw. kepada mereka. "Apa yang kalian baca pada masa jahiliyah apabila dijatuhi bintang seperti ini?" Jawab mereka, "Allah dan Rasul-Nya sesungguhnya lebih tahu. Kami mengatakan: Malam ini lahir seorang besar dan meninggal seorang besar pula." Maka bersabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya bintang (meteor) itu tidak jatuh kerana meninggalnya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya seseorang. Tetapi Tuhan kita, yang nama-Nya penuh berkat dan Maha Tinggi, apabila Dia memutuskan suatu urusan, maka tasbihlah pemikul 'Arasy, kemudian tasbih pula penduduk langit seperti mereka, sehingga tasbih mereka terdengar pula oleh penduduk langit dunia ini. Kemudian berkata orang-orang yang dekat pemikul 'Arasy kepada mereka, "Apa yang telah difirmankan Tuhan?" Lalu mereka ceritakan apa yang telah difirmankan Tuhan. Maka khabar mengkhabarkanlah penduduk langit sesama mereka, sehingga berita itu sampai pula kepada penduduk langit dunia ini. Berita itu tertangkap oleh ban jin, lalu dibisikkannya kepada pemimpin-pemimpin mereka, tetapi mereka dilempar kerananya. Maka apa yang disampaikannya menurut cerita yang sebenarnya, itu benar. Tetapi biasanya mereka bohong dan mereka tambah-tambah."

2088. Dari Shafiyah r.a., dari sebagian para isteri Nabi saw., dari Nabi saw. sabdanya: "Siapa mendatangi tukang tenung, lalu dia menanya sesuatu kepada tukang tenung itu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam."

2089. Dari Amar bin Syarid, dari bapanya r.a. katanya: "Dalam delegasi Tsaqif (yang akan dibai'at Rasulullah saw.) terdapat seorang lelaki berpenyakit kusta. Lalu Rasulullah saw. mengirim seseorang utusan supaya mengatakan kepadanya, "Kami telah menerima bai'at anda. Kerana itu anda telah boleh pulang."

2090. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Rasulullah saw. memerintahkan supaya membunuh ular bergaris dua putih di punggungnya, kerana ular itu dapat membutakan mata dan mencelakakan kandungan perempuan hamil."


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   93   94   95   96   97   98   99   100   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin