Dadah dan arak mengancam keselamatan ummah



Yüklə 439,49 Kb.
səhifə18/25
tarix03.01.2019
ölçüsü439,49 Kb.
#89053
1   ...   14   15   16   17   18   19   20   21   ...   25

SIAPA YANG LEBIH CERDAS?


Sama Tapi Berbeza

Ketika Raja Timur lank sedang berada di kota Akshehir, Turki, seorang ilmuan dating menjumpainya. Ilmuan itu mengemukakan kepada Timur Lank bahawa ia mempunyai sejumlah pertanyaan yang akan dikemukakan dengan bahasa isyarat. Dengan pertanyaan-pertanyaan tersebut kemampuan dan kebolehan para ilmun terpilih di kota tersebut bakal dapat diuji.

Mendengar idea yang menarik tersebut, Timur Lank lalu memanggil para tokoh dan orang terkemuka kota Akshehir. Ia meminta kepada mereka untuk memilih seseorang sebagai juru bicara dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan diajukan oleh si ilmuan. Mereka pun mendatangi Nasruddin dan memintanya menjawab pertanyaan –pertanyaan yang akan dikemukakan oleh si ilmuan. Nasruddin merupakan salah seorang ahli bijaksana di kota itu.

Nasruddin dijemput untuk mewakili merka. Ia tak kuasa untuk menolaknya. “Baiklah, akan ku hadapi kebolehan ilmuan itu. Bila aku tak dapat menjawab pertanyaan-pertanyannya, katakanlah bahawa aku ini memang bukan seorang bijaksana dan kalian segeralah menampilkan pengganti diriku!” kata Nasruddin pada mereka.

Pada hari dan jam yang telah ditentukan, orang ramai pun berkumpul di tempatkediaman Timyr lank. Nasruddin duduk di sebelah kanan sang pemguasa tersebut.

Setelah acara “Peraduan Kepintaran” ini dibuka oleh Timur Lank, sang ilmuan berdiri dan membuat lingkaran. Lalu menghadapkan tubuhnya ke arah Nasruddin, menantikan jawapannya.

Nasruddin berdiri. Ia kemudian meletakkan tongkatnya di tengah-tengah lingkaran tersebut dan membahaginya menjadi dua. Ia lalu menatap mata si ilmuan. Kemudian membuat garis lain dan membahagikan lingkaran tersebut menjadi empat bahagian. Kemudian ia memberi isyarat ke satu arah sekali dan ke arah lain tiga kali. Muka si ilmuan ditatapnya.

Si ilmuan pun membuka kedua tangannya dan memberi isyarat dengan tangannya ke atas. Nasruddin memberi isyarat sebaliknya dengan membuka jari-jarinya, menggerak-gerakkan, dan memberi isyarat ke bumi.


Si ilmuan kemudian meletakkan tangannya di tanah seakan sedang terbang. Kemudian ia memberi lagi isyarat ke arah perutnya, seakan-akan mengeluarkan sesuatu dari perutnya. Nasruddin pun mengeluarkan sebutir telur dari poketnya dan menggerak-gerakkan kedua tangannya seakan sedang terbang.

Peraduan kepintaran selesai. Si ilmuan kagum dengan jawapan-jawapan Nasruddin, mereka berdua bersalaman. Lalu, Raja timur Lank bersama mereka yang hadir juga memberi ucapan selamat kepada Nasruddin. Beberapa orang bertanya pada ilmuan, “Bolehkah anda menjelaskan isyarat-isyarat tadi?”

“Saya memberi isyarat bahawa bumi bulat. Nasruddin membuat garis bahawa bumi dibahagi dua, separuh selatan dan separuh lagi utara. Lalu dibahaginya empat, satu bahagian kering dan tiga bahagian yang lain berisi air. Saya kemudian memberi isyarat ke atas, dengan maksud bahawa dari bumi tumbuh aneka tanaman dan tumbuhan. Nasruddin memberi isyarat dengan tangannya ke bawah, dengan maksud bahawa turunnya hujan dan panas matahari membantu terjadinya kehidupan di bumi.

Saya kemudian memberi isyarat bahawa beranak pinaknya makhluk di bumi antara lain melaului proses kelahiran. Nasruddin membenarkan dengan mengeluarkan sebutir telur dari poketnya, sebagai isyarat bahawa pendapatku benar. Sedang telur yang dikeluarkan dari poketnya adalah sebahagian dari makhluk tersebut!” Demikian si ilmuan memberi penjelasan terperinci.

Selepas mendapat penjelasan daripada si ilmuan, giliran Nasruddin diminta menjelaskan. Sambil tersenyum ia menjelaskan, “Menurutku, orang itu kelaparan. Kalian telah mensia-siakan waktuku kerana mempertemukan aku dengannya. Ia memberi isyarat kepadaku bahawa ia mempunyai roti bulat. Aku pun memberi isyarat kepadanya agar ia membahagi roti tersebut menjadi dua bahagian, separuh untukku dan separuh lagi untuknya.

Ternyata ia tidak memahami isyaratku. Aku pun memberi isyarat kepadanya agar membahagikan roti itu menjadi empat bahagian, satu bahagian untuknya dan tiga perempat bahagian lainnya untukku. Ia setuju dengan isyarat mengangguk-anggukkan kepalanya.


Kemudian ia memberi isyarat pada sebuah periuk di atas api berisi beras. Aku memberi isyarat kepadanya agar menambah dengan bumbu, agar sedap. Ia lalu berjalan di atas jari-jarinya sebagai isyarat bahawa ia kelaparan, apalagi setelah mendengar masakan yang lazat. Aku memberi isyarat bahawa diriku lebih lapar dari dia. Sebab, sebelum berangkat ke sini, aku hanya mendapat hidangan makan pagi daripada isteriku, berupa sebutir telur, kerana tak punya waktu lagi untuk segera berangkat ke sini,telur itu ku bawa.”
Ledakan ketawa pun muncul selepas mendengar penjelasan Nasruddin. Walaupun maknanya berbeza, tapi isyarat yang digunakan oleh si ilmuan dengan yang digunakan oleh Nasruddin adalah sama.

SHAN



Doa Imam Ahmad mustajab


PADA suatu hari seorang pemuda mengetuk pintu rumah Al Imam Ahmad bin Hambal. Pada waktu itu, Imam sedang duduk santai di rumahnya. Mendengar ada suara ketukan pintu Imam Ahmad segera bertanya: “Siapa yang mengetuk pintu itu ?”

Selepas pintu dibuka ternyata yang datang adalah seorang pemuda. Ia bermaksud ingin menemui Imam Ahmad. Selepas berhadapan dengan Imam itu, pemuda berkenaan berkata: “Ya Imam, ibuku mengirim aku ke sini untuk menemui Imam. Ia terkena penyakit lumpuh. Kami sudah pergi berubat ke mana-mana tetapi belum juga berhasil. Kini ia mengirimku ke mari untuk didoakan oleh bapa Imam.”

Al Imam bertanya kepada pemuda itu: “Siapa yang memberitahu kepadamu bahawa doaku mustajab? Pulanglah kepada ibumu dan mintakan doa kepadanya untuk kita semua!”

Mendengar perkataan Imam yang seakan tidak ingin mengabulkan permintaan ibunya, pemuda itu keluar rumah dan menangis.

Melihat peristiwa itu, ibu Imam menemuinya dan bertanya, “Mengapa engkau menangis, nak?” Pemuda itu menjawab: “Ibuku mengirim aku ke sini untuk diberi doa oleh Imam atas derita yang dialaminya. Namun ternyata Imam tidak mendoakannya...”

Mendengar penuturan keliru pemuda itu, ibu Imam Ahmad menjelaskan: “Tadi Imam sudah mendoakan ibumu, nak. Percayalah. Kini pulanglah engkau ke rumah.”

Setiba di rumah, pemuda itu sangat terkejut melihat ibunya sudah sihat dan dapat berdiri dan ibu pemuda itu yang membukan pintu untuknya.


Yüklə 439,49 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   14   15   16   17   18   19   20   21   ...   25




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin