Dadah dan arak mengancam keselamatan ummah


Meraikan tetamu sebahagian akhlak Islam



Yüklə 439,49 Kb.
səhifə19/25
tarix03.01.2019
ölçüsü439,49 Kb.
#89053
1   ...   15   16   17   18   19   20   21   22   ...   25

Meraikan tetamu sebahagian akhlak Islam


KUNJUNG mengunjung sangat dituntut oleh Islam untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, tidak kira semasa musim perayaan atau sebaliknya. Hubungan yang sudah terjalin tentunya lebih mengeratkan persahabatan atau kekeluargaan dengan layanan sewajarnya.

Dalam hal ini, Islam menggariskan beberapa panduan perlu diikuti iaitu antaranya ialah:

 Ketibaan tetamu disambut dengan senyuman, bersalaman serta menjemputnya duduk di tempat selesa.

 Bertanya khabar serta berbual-bual dengan tetamu tentang perkara yang menyenangkan. Layanlah tetamu bercakap mengikut bidang dan taraf fikiran mereka. Elakkan daripada menyentuh perkara yang tidak menyukakannya.

 Menyegerakan hidangan makanan dan minuman. Sekiranya kita menjemput, beberapa orang dalam satu undangan, kalau ada yang belum tiba tetapi waktu yang dijanjikan sudah berlalu, hendaklah menghidangkan untuk yang hadir dulu.

 Hidangkan makanan paling enak yang mampu disediakan atau setakat dengan niat untuk membanggakan.

 Janganlah angkat hidangan sehingga selesai tetamu makan.

 Tidak membezakan layanan terhadap tetamu mengikut peraturan pangkat. Begitu juga layanan baik bagi tetamu yang bukan Islam. Bahkan patut diberi perhatian dan keistimewaan dengan layanan baik dan memberi hadiah.

 Apabila tetamu hendak balik, iringilah mereka keluar hingga ke pintu rumah atau kenderaan mereka. Serta iringi kepulangan mereka dengan doa dan ucapan yang baik.

Di samping itu, cara-cara bertamu pula perlu diikuti dengan cara sedemikian. Antaranya ialah:

 Memberi salam sebelum masuk ke rumah, bertanya khabar dan duduk di mana ada tempat kosong atau di tempat yang disediakan tuan rumah.

 Seelok-eloknya bawalah buah tangan agar tidak menyusahkan tuan rumah serta untuk menggembirakannya.

 Jangan bertamu terlalu lama hingga menyusahkan tuan rumah atau terlalu sekejap sehingga tuan rumah tergesa-gesa hendak menghidang.

 Hendaklah mengawal pandangan mata, tidak meninjau ke sana ke mari. Sikap ini mungkin tidak digemari tuan rumah. Elakkan duduk menghadap pintu bilik tidur tuan rumah atau ahli keluarganya.

 Tidak menunjukkan sikap ternanti-nanti hidangan seperti sering menoleh ke arah dapur kerana ini menandakan kita seorang perakus.

 Menghiburkan hati tuan rumah dengan kata-kata penghargaan dan terima kasih. Lebih elok kita mengajak pula tuan rumah untuk menziarahi kita nanti


Islam, Sains & Teknologi: Ion negatif membantu kumpul tenaga tubuh manusia


ADA dua benda diperlukan untuk menghasilkan tenaga kepada badan manusia iaitu glukos dan oksigen. Oksigen ialah nutrisi paling penting. Kira-kira 80 peratus badan mengandungi oksigen dan oksigen juga sebahagian daripada air, lemak dan protein. Kekurangan boleh menyebabkan kematian dalam beberapa minit saja.

Sindrom keletihan kronik dan kesakitan otot boleh disebabkan kekurangan oksigen. Oksigen diperlukan oleh semua sel untuk metabolisme. Oksigen itu dibawa ke seluruh tubuh badan melalui pembuluh oleh sel darah merah. Apabila pembuluh menjadi semakin sempit, sel darah merah melepaskan oksigen supaya ia dapat menembusi dinding kapilari kepada sel sekitarnya.

Ukuran lebar kapilari ini hanya empat mikron, manakala sel darah merah berukuran lapan mikron pada garis pusat. Dengan demikian sel darah merah dipaksa meloloskan diri melalui kapilari sempit. Hal ini mengakibatkan laluan tersumbat. Oksigen tidak dapat dibekalkan kepada sel yang menyebabkan sel tidak dapat berfungsi baik dan asid laktik pula akan dihasilkan.

Satu tanda keletihan kronik ialah kesakitan pada otot selepas membuat sedikit riadah. Pesakit yang mengalami schizophrenia juga didapati kekurangan oksigen pada bahagian depan otak mereka.

Bagaimanakah dapat kita atasi kekurangan oksigen yang dibekalkan kepada sel ini ? Oksigen amat penting untuk kesihatan apatah lagi oksigen diperlukan untuk mengatasi keletihan, Kita perlu melipatgandakan cara-cara untuk menambah keupayaan kita mengguna oksigen.

Kebanyakan manusia menggunakan kurang 1/3 keupayaan paru-paru. Riadah membabitkan pergerakan fizikal dan pernafasan dapat meningkatkan penggunaan keupayaan paru-paru yang boleh membawa oksigen kepada tisu dan memperbaiki tahap kuasa.

Riadah yang sesuai dengan tujuan demikian termasuk senamrobik, berenang, mengayuh basikal, berjoging serta berjalan cepat yang semuanya memerlukan bernafas lebih dalam dan baik.

Malah, kita sering menganggap pernafasan sebagai sesuatu yang remeh. Namun kita lupa bahawa tradisi kuno sering memberi tumpuan kepada pentingnya bernafas dengan baik. Contohnya, ketika berasa resah dan bimbang, nafas menjadi pantas dan pendek. Tidak banyak oksigen yang masuk ke dalam paru-paru. Di sebaliknya, apabila emosi berubah dan berasa bahagia, pernafasan semakin mendalam dan lambat. Banyak oksigen yang disedut ke dalam paru-paru. Oksigen ini dapat tenteram minda dan menyantaikan badan.

Menurut beberapa penyelidik kesihatan, pernafasan yang lambat dan mendalam begini mungkin dapat memanjangkan umur anda! Pernafasan mendalam dan nadi lambat ialah antara tanda kesihatan yang baik.

Selain pernafasan, udara yang disedut ketika pernafasan juga memainkan peranan dalam kesihatan. Menurut falsafah yoga, udara yang kita sedut itu mengandungi prana iaitu tenaga berkait rapat dengan kehidupan. Dengan melakukan aktiviti pernafasan secara sedar, kita dapat mengumpul prana ini untuk menyegarkan badan dan minda.

Bidang sains masih membuat penyelidikan tentang tenaga prana ini. Beberapa ahli sains berpendapat bahawa prana ini ada hubungan dengan ion yang ada dalam udara. Ion negatif mempunyai kesan positif kepada kita, manakala ion positif membawa kesan negatif.

Ion positif akan hadir ketika angin kencang dan ribut. Angin kencang begini dikatakan boleh membuat manusia berasa gelisah dan resah. Selepas ribut reda, atau apabila berada berdekatan air terjun, udara dipenuhi ion negatif. Kita berasa santai dan selesa, malah ion negatif ini dapat membantu kita mengumpul tenaga kehidupan.

Betapa hebat ciptaan Allah yang memberi segala manfaat dan kelebihan untuk kegunaan makhluknya di muka bumi ini. Dari sehalus-halus ciptaan sehingga sebesar-besar ciptaan Ilahi, semua mempunyai peranan dan hala tujunya.


Yüklə 439,49 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   15   16   17   18   19   20   21   22   ...   25




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin