Dadah dan arak mengancam keselamatan ummah


Didik anak benci budaya samseng daripada kecil



Yüklə 439,49 Kb.
səhifə7/25
tarix03.01.2019
ölçüsü439,49 Kb.
#89053
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   25

Didik anak benci budaya samseng daripada kecil


SELEPAS beberapa kes samseng di sekolah berjaya dibendung suatu ketika dulu, kini masyarakat dikejutkan pula insiden sama berikutan kematian Muhammad Farid Ibrahim, pelajar Tingkatan Empat di salah sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan.

Insiden ini mendapat liputan dan maklum balas daripada banyak pihak kerana ia membabitkan kes buli keterlaluan hingga menyebabkan kematian.

Kini ramai di kalangan pelajar sekolah bukan saja berani melanggar peraturan dan disiplin, malah mula terbabit dengan pelbagai kegiatan jenayah seperti samseng dan buli, menagih dadah, mencuri, peras ugut serta menjadi ahli kongsi gelap.

Dalam kajian yang pernah dijalankan Kementerian Pendidikan pada 1984, kebanyakan kes pelanggaran disiplin yang berlaku adalah berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri seperti sentiasa bersifat menentang, bertindak mengikut perasaan, nakal, malas dan sebagainya.

Teman sebaya sangat berpengaruh dalam tingkah laku pelajar, lantaran itulah Islam sentiasa menitikberatkan pemilihan sahabat yang sebenar dalam kehidupan seharian.

Di luar rumah, pelajar berdepan dengan pelbagai situasi yang banyak mempengaruhi corak kehidupan mereka.

Anak-anak yang berada di luar kawalan ibu bapa inilah yang selalunya mendapat khidmat rakan-rakan sebaya untuk meneruskan kehidupan mereka.

Walaupun pelbagai faktor dikatakan menjadi penyebab kepada meningkatkan kes pelanggaran disiplin dan keruntuhan moral serta akhlak pelajar dan remaja hari ini, namun sikap menuding jari pada saat-saat genting ketika pelbagai insiden negatif sedang berlaku, bukanlah sikap terpuji.

Sebaliknya langkah segera dan berterusan perlulah diambil bagi membendung kejadian itu daripada terus berleluasa di kalangan pelajar sekolah.

Berikutan daripada insiden itu juga, semua pihak pasti akan membayangkan pelbagai gejala tidak sihat yang terus menjadi 'penyakit masyarakat'.

Banyak pihak menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai kaedah yang perlu diambil bagi membendung dan seterusnya membanteras hal itu yang nampaknya kian hebat melanda masyarakat terutama muda-mudi.

Senario yang kian genting ini jika dibiarkan berterusan, pasti akan mendatangkan akibat besar kepada pembangunan bangsa Malaysia yang sedang bangkit menuju kemajuan.

Dalam waktu kita bercakap mengenai strategi mencapai tahap negara maju sebagaimana diimpikan dalam wawasan perdana, namun semua anggota masyarakat secara keseluruhannya turut memainkan peranan besar bagi menjana kemajuan itu seiringan dengan proses pembangunan rohani masyarakat.

Justeru, tugas ini jika mahu meninggalkan kesan terbaik, maka ia perlu dijalankan secara kolektif atau bersama.

Nasihat menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain supaya tidak tergelincir dari landasan Islam sudah menjadi tanggungjawab setiap Muslim.

Tanggungjawab itu bergantung pula kepada keupayaan diri seseorang itu apabila berada dalam kelompok manusia tertentu dan mengikut tahap pengetahuan individu.

Firman Allah yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang mengerjakan amalan soleh dan nasihat menasihati agar mentaati kebenaran dan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1 hingga 3).

Sebagai ibu bapa dan penjaga kepada anak-anak terutama yang masih remaja, ibu bapa memainkan peranan cukup besar menentukan hala tuju dan arah hidup mereka seharian.

Pengawasan ketat dengan kebebasan yang fleksibel perlulah dirangka dan dilaksanakan bagi mengelakkan mereka daripada mudah terjerumus ke dalam pelbagai jenis insiden yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri mereka sendiri.

Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Allah memerintahkan kamu melakukan makruf dan menegah perkara mungkar. Sebelum (sampai masanya) kamu berdoa kepadaKu tetapi Aku tidak memperkenankannya, (perintah dan tegahlah) sebelum (sampai masanya) kamu meminta pertolonganKu tetapi Aku tidak menolong kamu.”

Justeru, semua anggota masyarakat perlu sama-sama berusaha memikir dan mengambil langkah jangka panjang bagi membendung dan membanterasnya.

Allah sudah berpesan supaya semua manusia bersatu padu dalam melakukan sebarang bentuk kebaikan demi kesejahteraan bersama dan jangan sekali-kali bersatu melakukan sesuatu yang boleh membawa ke arah dosa dan kerosakan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Serulah (semua manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan pengajaran yang baik dan bijaksana, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (Surah an-Nahl, ayat 125).

Salah satu cara adalah kembali kepada asasnya iaitu pembinaan jati diri dalam diri setiap warga terutama pelajar yang masih di bangku persekolahan yang menjadi harapan negara pada masa depan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang mahu kedua-duanya, maka hendaklah ia menuntut ilmu.”

Peranan mendidik anak-anak tidak harus diberikan kepada guru dan sekolah semata-mata.

Dalam pendidikan akhlak umpamanya, ibu bapa berperanan besar dalam menentukan sahsiah diri anak-anak mereka.

Sejak awal lagi, anak-anak perlulah ditanam sifat membenci segala bentuk kemungkaran dan mencintai yang makruf.

Firman Allah Taala bermaksud: “Dan sebarkanlah bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana mengharapkan) perhiasan dunia dan janganlah kamu mengikut orang yang hatinya Kami lalaikan daripada mengingati Kami, dan menurut hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasan.” (Surah al-Kahfi, ayat 28).

Didikan awal inilah yang biasanya melekat dalam sanubari mereka. Justeru, apabila dewasa, mereka akan mudah menolak segala bentuk kemungkaran kerana adanya benteng yang menegah mereka daripada terbabit dalam sebarang tindakan yang boleh merosakkan diri.

Oleh itu, pentadbir sekolah, guru. ibu bapa, kaunselor, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masyarakat dan semua pihak secara langsung atau tidak hendaklah berganding bahu dalam mencari kaedah terbaik bagi menangani permasalahan ini.


Yüklə 439,49 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   25




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin