Ehwal umat islam masakini – nasional dan internasional



Yüklə 143,17 Kb.
səhifə3/4
tarix08.01.2019
ölçüsü143,17 Kb.
#92755
1   2   3   4

Mynnmar
Umat Islam Rohingya di Mynnmar berada dalam keadaan sangat dhaif. Tentera junta yang diktator terus menindas umat Islam Rohingya di Arakan. Gerakan Pembebasan Arakan bermula 1958 hingga 1982. Seramai 2 juta umat Islam kini menderita akibat penindasan kerajaan. Operasi pada tahun 1973 dan 1991 telah menyebabkan 250,000 terpaksa melarikan diri ke Bangladesh. Kini 22,000 berada di kem pelarian yang sangat teruk kondisinya. Gerakan militan Rohingya tidak dapt dielakkan kerana umat Islam tertekan oleh burun tentera. Junta Mynmar sering mencurigai orang Islam Rohingya kerana didakwa terlibat dengan pengaruh Mujahidin Afghanistan. Gerakan Harakah Jihad Islami Rohingya dikatakan sebagai golongan yang diburu oleh tentera Junta.
4.Asia Timur
Minoriti Muslim di China ( 39.1 juta – 3% dari 1.3 bilion) , Hongkong ( 9,000 – 3 % dari 6.9 juta) , Jepun ( 180,000 – 0.14 % dari 127.7 juta ) , Korea Selatan (7,000 – 0.15% dari 48.3 juta) , Mongolia ( 160,000 – 6 % dari 2.6 juta) , Taiwán ( 7,000 – 0.3 % dari 22.7 juta )
China

( 39.1 juta Muslim – 3% dari 1.3 bilion)



Muslim Xinjiang sejak lama menerima perlakuan represif dari pemerintah China. Identiti dan budaya mereka mahu dimusnahkan. Lapan juta umat Islam di Uighur , Xinjiang Barat , dilapurkan tertindas mengikut laporan Human Rights di China.Bukti juga diketemu dalam dokumen rahasia milik Partai Komunis China. Ribuan etnik Uighur Islam di tangkap setiap tahun atas pelbagai alasan yang diada-adakan oleh pihak keselamatan China.. Imam juga ditahan dan sejumlah masjid yang dianggap mencurigakan ditutup.Umat Islam sering dituduh terlibat dengan gerakan separatis , terorris dan radikalis..
Ekoran dari September 11 , China mengambil kesempatan untuk menindas , menyeksa malah memburu dan membunuh orang Islam yang dituduh teroris walaupun tanpa bukti. Uighur dianggap mengancam nasionalisme China kerana Islam dikatakan mendokong identiti orang Uighur. Oleh itu China ingin menghapuskan Islam di Negara itu.Pada pertengahan 2000 , 2 juta etnik China dipindahkan diperbatasan Turkistan Timur ( nama asal bagi Xinjiang) kerana dijumpai minyak , akan tetapi dalam masa yang sama , 600 masyarakat Islam Uighur di halau keluar dari kampong mereka.
Pemerintah China hanya membenarkan 1 orang anak untuk satu keluarga Muslim Jika polisi ini dilanggar , mereka akan dikena cukai yang sangat tinggi atau dipenjara. Pihak kerajaan China juga pada tahun 2000 mengedarkan buku-buku berjudul “Islam Anti Ilmu”, “Islam membantu Kolonialisme” Salah seorang ulama bernama Abdul Ahad Barrat Makhdum , 74 tahun ditahan.
Sebab kawasan ini di beri perhatian oleh pemerintah China ialah 1. Sumber alam iaitu minyak 2.Pertambahan penduduk di China menjadikan kawasan ini untuk dihantar sebahgian penduduk 3.Dijadikan kawasan ujian senjata nukliar . Oleh itu aktivis Islam di kawasan ini sering diawasi.
Menurut undang-undang yang tidak bertulis ,orang Islam dilarang memegang jawatan penting dalam kerajaan. Siapa yang menyebar agama dihukum dengan berat iaitu penjara yang lama atau di bunuh.
Pada pertengahan 2004 China membakar dan musnahkan lebih 32,000 buku dan mushaf Quran. Sementara itu Bahasa China mengganti bahasa Uighur. Provinsi Xinjiang (dulu nama Turkistan Timur) ada 20 juta penduduk dan 47 etnik. Yang terbesar ialah etnik Uighur dan diekori yang lain Han , Kazhak, Mongol dan Tartar. Muslim Uighur adalah 40% (12-16 juta) dari seluruh penduduk Xinjiang.
Akibat ditindas begitu lama masyarakat Uighur menuntut merdeka atau autonomi sejak 1940. Disebut jumlah masjid diseluruh China adalah 30,000 dan 23,000 darinya adalah di Xinjiang. Quran dan buku Islam banyak dalam bahasa Uighur. Muslim Uighur juga mendapat pengaruh dari kebangkitan Islam sejak 1970an abad 20an. Gerakan kemerdekaan di Asia Tengah juga mempengaruhi mereka.
China menganggap cabaran umat Islam di Turkistan Timur sebagai ”fundamentalisme politik dan agama”. Pemerintah telah menyenaraikan nama-nama tokoh gerakan Islam sebagai orang buruan. China telah menjalinkan hubungan dengan Organization Shanghai Cooperation , iaitu sebuah lembaga untuk menghadapi gerakan warga Muslim yang ingin memerdekakan diri.
Hongkong , Jepun , Macau dan Korea Selatan.
Kaum Muslimin imigran terutama dari Bangladesh , Pakistan , dan Indonesia banyak merantau di Hongkong , Jepun , Macau dan Korea Selatan untuk tujuan bekerja dan berniaga. Kaum wanita Muslim Indonesia banyak berada dalam sektor pembantu rumah. Sementara mereka mungkin mendapat gaji yang lumayan secar bandingan dengan apa yang diperolehi di tempat lain namun keselamatan sosial serta pelayanan yang melanggaran hak asasi mereka kerap kedengaran. Penyiksaan dan penganiayaan seks adalah antara masalah yang tidak diketahui masyarakat. Terdapat juga kes Kristianisasi wanita Muslim Indonesia di Hongkong. Organisasi pekerja imigran Indonesia tidak begitu kuat berbanding pekerja Filipina.


DI NEGARA-NEGARA UMAT ISLAM MAJORITI

Asia

1.Asia Barat

Negara-negara Asia Barat yang mempunyai majoriti umat Islam adalah 1.Azabaijan (93.4%) ,2. Bahrain (100%), 3. Jordan (94%) , 4.Iraq (97%), 5.Kuwait (100%) ,6. Oman (99%) , 7.Palestin (98%) ,8. Qatar (95%), 9.Arab Saudi (100%) , 10.Syria ( 90%) , 11.Turki ( 99.8%) , 12.UAE (96%) , 13.Yeman ( 99.9%)


a.Kebanyakan negara-negara Asia Barat ini sekarang menurut kehendak AS terutama dalam soal keselamatan. Malah Kuwait dan Saudi Arabia mengizinkan tentera AS untuk berpengkalan di tanah mereka. Bahrain telah menandatangani FTA dengan AS yang memungkinkan AS mempunyai akses kepada negara tersebut hampir dalam semua bidang. Keinginan AS pada hakikatnya ialah terhadap bekalan minyak. AS mahu supaya jaminan minyak dari Asia Barat akan terjamin. Kebanyakan wang Arab dari negara-negara ini di samping di AS. Banyak arahan mengenai memerangi terrorisme oleh AS dipatuhi oleh pemimpin-pemimpin Arab.
b.Syria kini telah dilabel sebagai negara penggunas oleh AS setelah kes pembunuhan Perdana Menteri Lebanon Rafiq Hariri pada 2000. Rancangan AS ialah supaya Lebanon akan berperang dengan Syria dan dengan itu menyelamatkan ketengangan Syria dengan Israel mengenai isu Golan Height.
c.Palestin kini dibawah HAMAS sedang menghadapi tekanan dari AS dan kuasa Eropah. Palestin sedang dikenakan sekatan ekonomi disebabkan lobi Israel untuk menjatuh kerajaan HAMAS. Sebaliknya kuasa Barat mahu Fatah menerajui kerajaan dan kini usha mengujudkan ketegangan antara HAMAS dan Fatah sedang di api-apikan oleh Israel dan AS. Akibat komplot ini Israel mencari dalih untuk melancarkan serangan darat dan utara ke atas Palestin terutama di Tebing Gaza. Rakyat Palestin kini sedang berhadapan keadaan yang sangat getir .

Keganasan ke atas pendidikan umat Islam Palestin

  1. Jumlah sekolah yang dibubar akibat operasi tentera Israel : 850

  2. Jumlah sekolah yang dirusak : 197

  3. Jumlah pelajar yang tidak dapat belajar : 90,000

  4. Jumlah pelajar yang tercedera ketika belajar akibat serangan Israel : 26,000

  5. Jumlah pelajar yang terbunuh ketika belajar : 522

  6. Jumlah pelajar dan pensyarah/guru yang ditahan : 241

  7. Jumlah sekolah yang ditukar jadi pos tentera Israel : 31


Pemusnahan Palestin oleh Israel berkaitan dengan kesihatan , gizi dan bekalan air


  1. Jumlah pesakit yang hanya dirawat oleh seorang doktor : 1,700

  2. Jumlah pengguguran anak akibat serangan Israel : 2,700

  3. Jumlah warga yang hanya makan satu kali per hari : 46%

  4. Jumlah yang menderita kekurangan zat makan : 13.4%

  5. Jumlah sumur di Tebing Barat yang tidak boleh diminum : 27%


Syahid , Luka , Ditahan dan Yatim Rakyat Palestin ketika di serang Israel


  1. 4,000 syahid, 838 orang berusia dibawah 18 tahun

  2. 75,000 luka , 15,468 antaranya kanak-kanak dan 3,081 cacat

  3. 100,000 cacat , sejumlah besar cacat kekal akibat serangan Israel

  4. 50,000 anak yatim piatu.

  5. 9,000 tahanan dengan hukuman antara 1 tahun hingga seumur hidup

  6. Pusat pelarian rakyat Palestin yang menampung lebih 1 juta pelarian : 80 kem di Jordan , Lebanon , Syria


Kerosakan bangunan oleh serangan Israel


  1. Jumlah rumah yang hancur : 8250 buah

  2. Jumlah yang rosak sebahagian : 75,000 buah

  3. Jumlah orang yang terpaksa menumpang akibat rumah rosak :10,000 orang

  4. USD450 juta kerugian akibat penghacuran rumah

  5. 18,031 rumah yang hancur total dan sebahagian di Tebing Barat dan Gaza


Pengganguran , Kemiskinan dan Ekonomi rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel


  1. Jumlah pekerja di Tebing Barat dan Gaza yang menggangur : 150,000

  2. Jumlah pengganguran di Palestin semenjak 1948 : 350,000 orang

  3. Pengganguran di Palestin : 73%

  4. Jumlah bengkel dan makmal yang dirosak : 140

  5. 2.24 juta dari 3.2 juta penduduk Palestin Tebing Barat dan Gaza hidup dibawah garis kemiskinan

  6. ASD8.99 bilion kerugian ekonomi di berbagai sektor


Startegi Peng”yahudian” khusus di Al Quds

  1. Kemudahan umum yang dijadi milik Yahudi

  2. Desa Al Magharibah dihancurkan lalu dijadi kampung Yahudi

  3. Merampas rumah milik rakyat Palestin

  4. Membakar masjid Al Aqsa dan berupaya meruntuhkannya melalui menggali terowong

  5. Menguasai tembok Buraq dan menggantinya dengan nama tembok Ratapan

  6. Menghancurkan sejumlah tempat bersejarah

  7. Memusatkan lembaga-lemabaga Yahudi di kota Al Quds yang terjajah.

Kini kemASnahan berlaku di Gaza akibat tindakan Israel yang disokong oleh AS dan EU terhadap 1.5 juta penduduk di kawasan tersebut. Bila HAMAS menang dalam pilihanraya pada April 2006 , Israel , AS dan EU menggantung semua bantuan antarabangsa , menyekat wang cukai rakyat kepada kerajaan HAMAS dan mengenakan sekatan ekonomi ke atas Gaza. Pada musim panas 2006 Israel mengebom Gaza. Ratusan rakyat terbunuh. Kini Gaza menghadapi pengganguran (44%) , kemiskinan dan kebuluran . Wilayah Gaza diistihar “entiti musuh” oleh Israel . Sebuah Holoucost sedang berlaku di Gaza dan dunia terus mendiamkan diri.


Isu mutakhir yang sedang berkembang kini kononnya proses kedamaian yang sedang diusahakan oleh Setiausaha negara AS , Condoleeza Rice dalam apa yang digelar sebagai Persidangan Kedamaian Annapolis antara Israel dan Palestin. Perdana Menteri Ehud Olmert tidak melihat mahu berkompromi. Dalam hal isu persempadanan , pelarian dan kedudukan Juruselem Israel terus berdegil..

d. Keadaan Iraq sejak diceroboh oleh AS dan tentera bersekutu pada 2003 semakin meruncing. Gerakan penentang sedang terus mengujudkan keadaan kacaubilau untuk mengusir AS dan tentera bersekutu dari Iraq. Namun keadaan hampir lumpuh akibat serangan setiap hari untuk membunuh anggota keselamatan atau mana-mana pihak yang menyokong kerajaan yang dilantik oleh AS. Seluruh Iraq hampir lumpuh apabila segala infrastruktur negara itu musnah dalam serangan AS dan pemberontakkan rakayat yang seterusnya.. AS juga mengujudkan ketengangan antara puak Syiah dan Sunni untuk memungkinkan negara itu tidak stabil dan akan sentiasa memerlukan kehadhiran AS. Pembohongan paling besar Bush untuk menghapuskan WMD di Iraq ternyata terbukti kerana apa yang sebenarnya dikehendakki oleh AS ialah minyak.
e. Di Jordan gerakan ikhwan melalui sayap politiknya , Parti Front Amal Islami terus memperjuangkan Undang-undang Anti Arak yang diajukan sejak 1993. Akhlaq masyarakat Jordan kini sedang digugat oleh bercambahnya kelab-kelab hiburan yang menghidangkan arak. Gelombang pembaratan dan pemodenan benar-benar sedang melanda Jordan yang menjadi cabaran besar kepada umat Islam.
f. Turki maseh berusaha untuk menjadi anggota EU walaupun mendapat tentangan beberapa anggota EU. Sebagai bekas pusat sebuah kerajaan Islam Usmaniyyah dan ujudnya sentimen yang semakin meningkat untuk kembali kepada Islam sebagai sebuah sistem pemerintahan terutama oleh Parti Refah , Turki terus dicurigai oleh kuasa Barat. Kerajaan yang memerintah dikehendakki membukti ketegasannya untuk menjadi lebih liberal dan menyokong kuasa Barat dalam hegemoni politik antarabangsa untuk menentukan agenda mereka. Malah Turki pernah merelakan diri untuk tentera Barat mengguna tanahnya sebagai tapak tentera bersekutu ketika mencerohi Iraq.
2.Asia Tengah

Negara majoriti Islam ádalah di Afghanistán ( 29.6 juta muslim , 99% dari 29.9 juta) , Bangladesh (127.32 juta Muslim , 88.3% dari 144.2 juta) , Iran (68.8 juta Muslim , 99% dari 69.5) ,Kyrgyzstan ( 3.9 juta muslim , 75% dari 5.2 juta) , Maldives (300,000 Muslim , 100% ) , Pakistan (157.5 juta Muslim , 97% dari 162.4 juta) , Tazikistan (6.12 juta Muslim , 90% dari 6.8 juta) , Turkmenistán (4.6 juta Muslim , 89% dari 5.2 juta) , Uzbekistán (23.2 juta Muslim , 88% dari 26.4 juta)


Asia tengah mempunyai bilangan umat Islam yang besar . Sementara Iran lebih kukuh dan berpotensi untuk menjadi negara Islam yang kyat , negara-negara yang lain maseh lemah. Afghanistán terus berada dibawah AS , Pakistan sedang dieksploitasi oleh AS sementara terdapat juga ketengangan antara Sunni dan Syiah , negara-negara bekas Soviet Russia seperti Uzbekistán baru manceba mengukuhkan kedudukan.
a.Iran

Selepas Revolusi Iran 1979 , Republik ini telah melalui pelbagai tekanan dari hegemoni kuasa Barat. Iran terpaksa berperang hampir 8 tahun (1980-1988) dengan Iraq apabila AS menyokong Saddam Hussein untuk melemahkan Iran . Kini umat Islam di Iran sekali lagi berdepan dengan ancaman kuasa Barat terutama dari AS. Apa yang sebenarnya menjadi agenda tersirat ialah AS tidak membenarkan semasekali mana-mana negara umat Islam mempunyai kekuatan ekonomi mahupun ketenteraan yang mampu menyainginya. Alasan senjata nukliar dan senjata pemusnah massa (WMD) adalah alasan yang dijadikan sebab untuk mengugut Iran dan memusnahkan Iraq oleh AS pada 2001 dan 2003. Sementara itu pengaruh budaya Barat juga semakin mencabar budaya hidup Islam. Golongan yang mahu liberalisasi sistem sosio-ekonomi-budaya dan politik Iran dijadi arah tuju pembangunan diberi penonjolan yang meluas oleh media Barat. Kini Iran telah mampu berdiri sendiri dari tanpa berbantung kepada Barat.


b.Afghanistan

Negara ini telah melalui sejarah pencerobohan kuasa luar yang sangat lama. British , Russia dan AS sering melihat strategi geo politik Afghanistan sebagai aset yang tidak boleh di biarkan jatuh ke tangan mereka yang akan menentang kuasa Barat dan Timur. Afghanistan dilihat penting bagi AS kerana mahu menguasai sumber minyak dan gas di laut Caspian juga sebagai pendiding kepada pengaruh Russia dan China. Manakala Russia mahu pengaruh pejuang Islam di Afghanistan tidak merebak kepada negara-negara bekas Soviet Russia di Asia Tengah. India juga melihat kepentingannya supaya pengaruh Mujahiddin Afghanistan tidak memperkukuhkan kedudukan Mujahiddin yang berada di Pakistan dan Kashmir. Dalam perjuangan rakyat Afghanistan untuk mendapat menentukan arah tuju sendiri , jutaan rakyat telah gugur menenatang kuasa-kuasa besar di tanah air mereka ini Kerajaan Hamid Karzai dilihat sebagai boneka AS untuk mengekang pejuang Taliban.


c.Pakistan

Sebagai negara Islam ke dua terbesar di dunia , Pakistan menjadi sasaran Barat terutama Amerika untuk memastikan umat Islam tidak bangkit menentang agenda mereka. Amerika perlu sokongan Pakistan untuk mengawasi Afghanistan yang dicerobohi AS pada 2001.


Pemerintah tentera Pakistan dibawah Parvez Musyarraf menjadi boneka Amerika untuk menindas gerakan Islam terutama Madrasah. Pertengahan bulan Mac 2006 Madrasah Khalifa di daerah Waziristan Utara , Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan di bom oleh tentera kerajaan sendiri atas alasan sebagai tempat ”kelompok militan”. Madrasah ini dituduh mempunyai hubungan dengan mantan pejuang Taliban Jalaluddin Haqqani yang diburu oleh AS hidup atau mati.
Menteri Urusan Agama Ejaz ul Haq memaksa semua Madrasah didaftar semula dan melarang 1400 orang pelajar asing meneruskan pengajian mereka di madrasah-madrasah berkenaan.Pakistan mempunyai lebih dari 12,000 Madrasah yang menyumbang besar kepada pendidikan Islam di negara itu. Sebelumnya dua Madrasah yang didiri oleh ulama setempat Sadiq Noor dan Abdul Khaleq dihancurkan oleh tentera Pakistan.
Sementara itu masalah ekonomi rakyat Pakistan sangat tertekan. Jurang kaya miskin sangat ketara dan kadar buta huruf juga agak tinggi.Perbelanjaan ketenteraan dijadi keutamaan dalam dasar kerajaan untuk bersiap sedia menghadapi ancaman India terutama dalam isu Jamu Kashmir.Pakistan juga sangat rapat dengan AS dalam polisi memerangan terorisme. Kerana ramai pejuang Mujahiddin Afghanistan keluar masuk ke Pakistan , Musharaf memilih untuk bekerjasama dengan tentera AS untuk turut kehendak AS.
Kini keadaan Pakistan sedang bergolak akibat dari dasar Pervez Musharraf yang tunduk kepada kehendak AS. Beliau memerintah mengikut telunjuk dan dasar AS. Pergolakan yang kini berlaku ialah akibat persengkokolan Parvez dan Benazir Bhutto ( kedua-duabya sangat akrab dengan AS) yang menyebabkan keganasan merebak di Pakistan.
Pada Ramadhan 1427 yang lalu Parvez atas arahan AS telah melancarkan serangan ke atas sebuah perkampungan Amir Ali di utara Waziristan yang membunuh 250 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dengan serangan pengeboman 3 hari berturut-turut. Ini adalah pertempuran terburuk sejak pertempuran 2001. Parvez mendakwa ia kubu Osama dan mendakwa mereka mendapat sokongan dari India . Lebih 50,000 penduduk melarikan diri dan lebih 50 buah rumah musnah . Pada Julai 2007 Parves memerintah tentera menembak mati 100 orang yang dituduh kumpulan militan Osama di Masjid Merah di Islamabad.
d.Bangladesh
Sebagai sebuah negara yang besar bilangan Muslimnya ia tidak bermaya untuk mengukuhkan taraf sosio-ekonomi umatnya. Dengan adanya pemimpin sekular umat Islam tidak dapat merasa nikmat hidup dibawah sistem Islam. Liga Muslim yang menggabungkan beberapa parti Islam juga belum dapat memperbaikki kedudukan rakyat. Buta huruf , penyakit , kadar kematian bayi bawah 5 tahun , kemiskinan ,kebuluran terus menghantui umat Islam Bangladesh. Akibatnya ratusan ribu rakyat Bangladesh berhijrah keluar mencari kerja di Malaysia , Asia Barat , Asia Timur.
Eropah Selatan
Manakala di Bosnia Herzegovina 60.06% adalah Muslim (2.34 juta) . Negara ini sedang pulih dari peperangan inter-etnik 1992-95. Sekitar 250,000 orang terbunuh dalam konflik antara Muslim Bosnia , Croats dan Serbia. Hampir 8,000 Muslimin dibunuh oleh Serbia Bosnia di Sebrenica pada 1995 – pembunuhan yang paling buruk sejak Perang Dunia ke 2. Ramai MASlimin dipaksa keluar dan berpindah . Tentera pendamai berada di negara ini. Sempadannya telah lama dianggap perbatasan Barat bagi agama Islam di Eropah.
Turki kini mempunyai 68.7 juta penduduk dan 68 juta (99%) adalah Muslim. Ia mendudukki sejarah yang istemewa kerana menjadi tapak Kerajaan Khilafah ASmaniyyah sehingga dijatuhkan pada 3 Mac 1924 oleh Mustaffa Kamal Pashe. Walaupun Turki adalah sebuah negara sekular , namun Islam mendudukki peranan yang penting dalam kehidupan penduduk. Turki memohon menjadi ahli dalam Kesatuan Eropah (EU) tetapi mendapat tentangan. Perundingan dilancarkan pada Oktober 2005.

Afrika

1.Afrika Utara

  1. Algeria (32.8 juta , 99% MusSlim) ,

  2. Mesir (74 juta , 94 % MusSlim) ,

  3. Libya (5.8 juta , 97% MusSlim) ,

  4. Morocco (30.7 juta , 99 % Muslim ) ,

  5. Sudan ( 40.2 juta , 73 % Muslim) ,

  6. Tunisia (10 juta , 98% Muslim) ,

  7. Sahara Barat (300,000 , 100% Muslim) ,

  8. Ivory Coast (18.2 juta , 60% Muslim) ,

  9. Gambia (1.6 juta , 95% Muslim) ,

  10. Guinea ( 9.5 juta , 85 % Muslim) ,

  11. Mali (13.5 juta , 90% Muslim) ,

  12. Mauritania ( 3.1 juta , 100 % Muslim) ,

  13. Niger ( 14 juta , 97% Muslim) ,

  14. Senegal ( 11.7 juta , 94 % Muslim)

  15. Sierra Leon ( 5.5 juta , 60%Muslim)

  16. Nigeria (131.5 juta , 50 % Muslim)

  17. Burkina Faso (13.9 juta , 50% Muslim)

a.Di Mesir ( 69.56 juta – 94% MASlim dari 74 juta) kerajaan yang memerintah menindas ulama dan gerakan Islam yang mahu menegakkan syariah sebagai sistem hukum Mesir. Gerakan Ikhwan Muslimin terus diharamkan sehingga kini. Mesir sangat rapat dengan AS .Sudah ada perjanjian antara Mesir dan AS yang ditandatangani pada 1998 yang mengizinkan CIA dan FBI berada di Mesir guna memperoleh informasi untuk dikepentingan AS. Ulama dan Universiti Azhar kini menerima tekanan hebat dari kerajaan Husni Mubarak di atas desakan AS supaya sukatan pengajian Islam di universiti tertua itu dirombak sesuai dengan kehendak AS. Walaupun kelantangan ulama di Mesir maseh kuat namun pemimpin-pemimpin gerakan Islam seperti Muhammad Akif terusS ditekan. Sejarah penangkapan dan penyiksaan aktivis Islam maseh diteruskan oleh pemerintahan kini.


b.Sudan juga sedang bergolak akibat perang saudara di Darfur. Puluhan ribu yang telah terkorban, Gerakan pemisah dari kelompok Kristian bertempur dengan askar militia yang maseh berterusan hingga kini. Golongan Islam maseh terus berusaha untuk menegakkan sistem Islam di negara itu yang terhalang akibat dari pemerintahan yang menolak syaraiah sebagai undang-undang negara.Ramai aktivis Islam ditahan akibat dari penentangan yang dihadapi oleh kerajaan.
Sudan negara Arab terbesar mempunyai 40 juta orang (32% dibandar , 61% desa dan 7% badwi) Islam dominan di di Utara dan Barat manakala Kristian dan pagan lebih di Selatan. Islam Sunni 70% , kepercayaan pribuni 25% dan Kristian 5%, Manakal populasinya adalah 52& rakyat Afrika dan39% Arab , 6% Beja , 2% pendatang asing dan selebihnya 1%. Kini dari 6 juta penduduk Darfur , 4 juta adalah pelarian . Seramai 2 juta hidup dikhemah pelarian , 232,000 lari ke Chad. Selebihnya iaitu 2 juta dianggap oleh UN sebagai “ kesan dari konflik”. Konflik antara puak sangat berleluasa dan kumpulan tentera militia telah menyebabkan seluruh ekonomi , keselamatan , bekalan makanan menjadi lumpuh.
Faksi kelompok bersenjata adalah : 1.Sudan Liberation Movement ( kumpulan sosialis sekular . Sangat terpengaruh dengan ideologi Libya. Mula bergerak 2002 ) 2. JAStice and Equality Movement ( kumpulan Islam diketuai oleh Dr Khalil Ibrahim iaitu pengikut Dr. Hassan Turabi. Kumpulan ini muncul awal 1990an oleh pemberontakan dipimpin oleh jururtera Yahya Bulad. Beliau dibunuh dan perjuangannya diteruskan untuk menegakan keadilan sosial , ekonomi dan politik di Sudan . 3. Janjawid (iaitu kumpulan bersenjata berkuda dan melancarkan serangan ke atas perkampungan dan pemberontak. Didakwa di bantu oleh kerajaan tetapi pihak kerajaan Sudan menafi ).
Kumpulan pelobi terdiri dari kumpulan Fur , Kumpulan kaum Zaghawah , Kumpulan Arab , dan kumpulan kabilah lain . Konflik bermula dengan kemasukan senjata ke Darfur mula 1976 dan kemudian pada 1986. Kumpulan pemberontak Darfur mendakwa Darfur tersisih dan dengan itu melancarkan perang ke atas kerajaan. Kini anggaran 170,000-400,000 telah terbunuh (serangan dan kebuluran) sejak 4 tahun yang lalu: 170,237 terbunuh sehingga September 2003 ke June 2005 . Sehingga August 2007, yang terbunuh sudah melebihi 200,000 orang.
Statistik menyatakan:
4.2 juta terkesan sebab konflik (Laporan UN Mei 2007)

2.1 juta pelarian dalam negeri di Darfur ( Laporan UN Mei 2007)

1.78 juta penghuni rumah terkesan dari konflik

2.4 juta menerima dan bergantung bantuan makanan luar



234,000 orang lari di khemah pelarian di Chad (UNHCR , Nov.2006)
Yang sedang membantu dalam krisis ini ialah Organisasi Kemanusiaan . Kumpulan Islam yang membantu hanya 12.5% berbanding NGO yang datang dari Barat. Dari AS terdapat 35 organisasi (19%) , UK 34 organisasi , Belanda 11 organisasi , 9 organsiasi dari setiap negara dari Jerman , Kanada , Perancis . Selebihnya dari Itali , Swistzerland , Sweden , Norway , Denmark , Northern Ireland dan Austria.
Minat komuniti antarabangsa untuk membantu adalah berbagai. Perancis berniat untuk menstabilkan kerajaan Khartoum . AS kerana mahu mengalih dunia dari kegagalannya di Iraq. Kehadhiran dan agenda tersirat AS juga termasuk kerja missionari. Mengikut Rev. Teh Haggard , Presiden National Association of Evangelicals ,menyatakan “ we view this crisis as an opportuniy to reach out to Muslims in the name of Jesus” Bermula awal 2004 , 35 Kristian evengelical menandatangani mendesak Bush bertindak ke atas Darfur. IslamOnline mendapati kristianisasi sangat rancak sejak 2004 di Darfur.
Manakala China berminat kerana mahu kerajaan yang stabil untuk membekal 200,000 tong minyak sehari dari Sudan.
Pada July 31 , 2007 Resolusi 1769 oleh Majlis Keselamatan UN meluluskan menghantar tentera pengaman tetapi diisyarat oleh kerajaan Sudan supaya 26,000 tentera yang akan dihantar (UNAMID) dianggotai sebahgian oleh orang Afrika. Tentera itu dijangka akan dihantar pada Oktober 2007.
Kerajaan Sudan dibawah Presiden Omar Bashir menafi membantu kumpulan Janjawid.Pada Julai 2007 Mahkamah Keadilan Dunia memerintah menangkap Ahmed Haroun (Menteri Dalam Negeri ketika konflik memuncak di Darfur) dan komander militia Ali Muhammad Ali Abdu Ar Rahman ( Ali Kushayb)


2.Afrika Timur


  1. Comoros ( 700,000 , 98% Muslim)

  2. Dijbouti ( 800,000 , 94% Muslim)

  3. Mayotti (200,000 , 98% Muslim)

  4. Somalia (8.6 juta , 100% Muslim)

  5. Tanzania (36.5 juta , 50% Muslim)

  6. Chad (9.7 juta , 50% Muslim)

  7. Eritria (4.7 juta , 50% Muslim)

  8. Ethiopia (77.4 juta ,50% Muslim)


Yüklə 143,17 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin