Ehwal umat islam masakini – nasional dan internasional



Yüklə 143,17 Kb.
səhifə2/4
tarix08.01.2019
ölçüsü143,17 Kb.
#92755
1   2   3   4

Perancis :Negara ini dianggarkan mempunyai 5-6 juta (8-9.6%) juta umat Islam dari jumlah 62.3 juta populasi (Negara Eropah dengan polulasi Muslim terbesar). Seramai 350,000 dari kaum immigran Muslim adalah pendatang haram dan yang memohon suaka politik. Kini Islam adalah agama kedua terbesar selepas Katolik Roman. Berdasarkan sebuah survei , 1/3 orang Islam di Perancis mengakui Islam sebagai jalan hidup , dengan bersemangat berusaha menegakkan aturan Islam. Ertinya mereka ini penganut Islam secara kaffah yang melihat Islam sebagai landasan hidup secara total termasuk aspek sosial politik , ditengah Perancis yang sekular.
Negara yang mengistiharkan Sekularisme sebagai dasar negara dengan slogan Liberte , Egalite dan Fraternite ini memperlihatkan diskriminasi ke atas komuniti Islam diakhir-akhir ini dalam banyak polisinya.
Golongan Islam yang umumnya adalah golongan imigran menghadapi diskriminasi sosial-ekonomi-politik yang berat.. Umumnya orang Islam (imigran Muslim) hanya tersudut pada pekerjaan sektor informal seperti buruh , pencuci , penjaga taman dan lain-lain. Pengganguran imigran Muslim adalah 2 kali ganda lebih dari angka nasional iaitu 10.2%.Pengganguran imigran Muslim pada 1999 mencapai 33%. Kekecewaan sosial berlaku sehingga tercetus amukan sosial pada Oktober-November 2005.
Kelompok Muslim yang tertekan terutama selepas September 11 , 2001 menyebabkan orang Islam dicurigai setiap masa oleh pihak keselamatan. Sebuah undang-undang Law on Everyday Security ditegakkan pada 15 November 2001 yang memberi kuasa kepada polis untuk menahan atau memeriksa sesiapa tanpa arahan mahkamah. Kini 50% banduan di penjara adalah terdiri dari orang Islam malah di penjara polis boleh mencecah kepada 80%. Dalam beberapa tahun ini keganasan dan sikap tidak toleran terhadap kaum Muslim meningkat.
Kerajaan Perancis akhirnya mendirikan French Organization Against Islamophobia pada tahun 2003. Dikatakan 50 insiden keganasan ke atas orang Ilsam dikesan.
Persepsi awam terhadap orang Islam juga mendapati 34% bersikap negatif. Ini juga termasuk sikap negatif yang ditunjukkan oleh media.
Kerana simbol-simbol Islam semakin memarak , pemerintah dan golongan esktrem kiri dan esktrem kanan di Perancis merasakan sekularisme Negara dan identiti bangsa Perancis “sedang terancam” . Langkah yang diambil ialah mencari cara memulangkan kaum imigran Muslim ke Negara asal dan memperketatkan undang-undang imigran. Untuk menyekat poligami dikalangan orang Islam , Civil Code sejak 1972 tidak melindungi isteri kedua dan anak-anaknya.
Elit politik Perancis memang menyimpan sentimen anti Muslim dengan menuduh imigran Muslim datang untuk menjajah Perancis. Undang-undang anti Jilbab diluluskan. Tindakan secara kekerasan terhadap orang Islam meningkat sebanyak 251% sejak 2004. Larangan memakai simbol ugama (seperti kupiah , tudung…) dikuatkuasakan sejak Februari 2004 walaupun termasuk untuk Yahudi dan Nasrani akan tetapi sasaran sebenarnya adalah ditujukan kepada orang Islam.
Kebanyakan orang Muslim menghuni dikawasan ghetto di kawasan bandar. Manakala status pendidikan kaum muslim ialah 16% berpendidikan tahap tinggi , 28% tahap menengah dan 56% pendidikan tahap rendah.
Tiada ahli parlimen Muslim dalam negara Perancis. Namun French Council Muslim faith (ditubuhkan pada Mei , 4 , 2003) dan seorang Presiden dilantik iaitu Dalil Boubakeur . Terdapat beberapa organisasi Islam utama iaitu Masjid Paris (1926) dibiayai oleh Algeria , National Federation of Muslim France (1985) ditaja oleh Moroko , Union of Islamic Organization in Europe (1983) cawangan Perancis. Dan Jammah Tabligh yang menumpu kepada kawasan Muslim yang mundur.
3.Eropah Timur
Ia terdiri dari Belarus , Bulgaria , Czech Rep. , Hungary , Moldova , Poland , Romania , Russia , Slovakia dan Ukraine. Terdapat 29.07 juta umat Islam (33.04%) dari populasi 297.3 juta di Eropah Timur.
Russia sendiri terdapat 27.65 juta kaum Muslimin ( 19%) dari 143 juta penduduk .. Sejak Islam masuk ke Russia pada abad 7 Masehi ketika Azerbaijan jatuh pada 642 M , Islam tumbuh terpesat di Russia berbanding di negara-negara Eropah. Sejak Revolusi 1917 , Islam ditindas oleh regim komunis. Konflik utama yang menjadi perhatian sekarang selepas disintergrasi Soviet pada 1991 ialah terhadap Chechnya. Presiden Russia , Vladamir Putin , cuba mengguna strategi berbaiik-baik dengan dunia Islam dengan turut serta dalam persidangan OIC pada 2003 di Malaysia dan mengiktiraf kemenangan HAMAS di Palestin. Namun penindasan terhadap umat Islam Chechnya sejak 1995 sangat ganas dan tidak mudah dimaafkan oleh dunia Islam. Umat juga tidak mungkin lupa apa yang Russia lakukan ke atas Afghanistan yang mengorbankan ribuan nyawa pada akhir 1970an.Tokoh pejuang Islam seperti Amir Khattab dan Syamil Basayev di Chechnya menjadi buruan tentera Russia.

4.Eropah Selatan
Terdiri dari Albania , Andora , Bosnia Herzegovina , Croatia , Greece , Itali , Macedonia , Malta , Portugal , San Marino , Slovenia , Sepanyol , Yugoslavia (Serbia & Montenegro). Mempunyai 9.42 juta umat Islam 6.26 %) dari 150.53 juta penduduk Eropah Selatan.
Terdapat 70% dari penduduk Albania adalah Muslim (2.17 juta) dari 3.2 juta penduduk. . 30% penduduk di Macedonia adalah Muslim (630,000).
Yugoslavia terdapat 19% Muslim (2.03 juta) dari jumlah 10.7 juta penduduk. Ia terdiri dari Serbia dan Montenegro , 405,000 (5%) dan Kosovo , 1.8 juta (90%) Muslim. Islam adalah agama kedua terbesar selepas Ortodoks Serbia dengan kaum Muslimin sebanyak 5% dari populasi dan meningkat kepada 20% di Montenegro.Pada akhir 1990an berlaku konflik antara Kosovo Liberation Army yang disokong oleh etnik Albania.- majoriti adalah Muslim – telah bangkit untuk memberontak terhadap pemerintahan Serbia.
Presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dengan gagasan “gerater Serbia” telah melancarkan ” ethnic cleansing” ke atas populasi Kosovo Albania. Ribuan terkorban dan menjadi pelarian.. Nato hanya hantar tentera pada Mac dan June 1999 dengan mengebom 78 hari untuk menghalang tentera Serbia dari terus menceroboh Kosovo dan Kosovo dilindungi dibawah PBB. Serangan keatas rakyat Kosova maseh berterusan.
Kini perundingan untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Kosovo oleh etnik Albania maseh diteruskan anatara Russia , US dan Kosovo Contact group yang diberi tempoh 120 hari.. Cadangan envoi khas PBB dari Finland , Martti Attisaari mengusulkan Kosova diberi kemerdekaan dibawah penyeliaan PBB dan EU. Namun ini ditentang kuat oleh Russia dengan dakwaan hak komuniti Serbia perlu dijamin. Sebenarnya pertalian Russia dengan Serbia adalah dari pengangan Kristian orthodoks yang satu.
Majlis keselamatan telah mengeluar Resolusi 1244 untuk memungkinkan proses kemerdekaan dan penyeliaan terhadap Kososvo dimulakan.
Sepanyol pula mempunyai 1 juta umat Islam (2.3%) dari penduduk berjumlah 43.1 juta. Moorish Islam memerintah Sepanyol selama 8 abad sehingga berakhir pada 1492. Ia meninggalkan sebuah warisan Islam yang kuat terutama dalam arkitektur. Populasi Muslim moden mula hadhir dalam jumlah yang banyak pada 1970an. Sepanyol mengiktiraf Islam termasuk membenarkan pendidikan Islam disekolah dan mendapat cuti keagamaan. Namun terdapat ketengangan terhadap imigran Muslim. Sepanyol merasai gegaran pada 2004 oleh insiden bom yang mengorbankan 191 orang di komuter di Madrid. Sejak itu orang Islam sangat dicurigai.
Amerika

1. Amerika Utara

Keseluruhan populasi umat Islam di Amerika Utara pada 2005 adalah 6.62 juta (2 %) dari jumlah 329.7 juta penduduk ( AS – 296.5 juta dan Kanada 32.2 juta)


Di Amerika Syarikat (6 juta umat Islam – 2.11%) selepas Sept.11 , 2001 , aktivis dan organisasi Islam tidak pernah rasa tenang. Kecurigaan sering dirasai akibat dikaitkan dengan “terorrisme” Jabatan Kewangan AS telah mengawasi organisasi dana milik warga Muslim. Kindhearts , salah satu oragnisasi sosial Islam dituduh ikut membiayai operasi terorrisme. Sejak Sept.11 , 6 organisasi kemanusiaan Islam di AS ditutup oleh pemerintah. Bukti dari dakwaan dan tuduhan tidak pernah diumumkan. Semua warga Muslim dicurigai memberi bantuan pada terrorisme. Organisasi sosial dianggap bersalah meskipun tidak terbukti.Organisasi sosial Muslimin dilayan seolah organisasi kriminal.Dengan mengguna Patriot Act , organisasi yang dicurigai di tutup asetnya dan disita atas nama “terrorisme”. Ini semata-mata untuk menyakinkan rakyat AS bahawa pemerintah telah menyekat semua pendanaan terrorisme. Kesalahannya hanya kerana organisasi Muslim di AS bersimpati dengan mangsa kanak-kanak Palestin. Malah Hakim Mahkamah Agung AS pernah mengatakan jika warga Muslim AS membantu Palestin , mereka akan dihukum.
Terdapat permusuhan pendeta Kristian yang sangat mendalam terhadap Islam di AS. Pat Robertson adalah tokoh pendeta Kristian AS (pernah menjadi calon Presiden 1988) yang selalu menyerang Islam dengan kata-kata kebencian.Dalam program “700 Clubs” pada 11 Mac 2006 , yang disiarkan dalam Cristian Broadcasting Network beliau mengatakan Islam bukan agama pendamaian dan orang Islam termotivasi oleh “kekuatan jahat”. Hasilnya setengah dari penduduk Amerika mempunyai persepsi negatif terhadap Islam. SAkibatnya insiden keganasan anti Arab dan anti Islam meningkat di AS. Selain beliau , pendeta AS lain yang memusuhi Islam ádalah Jeery Falwell , Franklin Gram. dan Jerry Vines. Bantahan dibuat oleh Council on American-Islamic Relations (CAIR) tetapi pra sangka terus berleluasa. Walaupun begitu minat dan keinginan rakyat AS juga melonjak mendedak untuk mengetahui lebih mendalam terhadap Islam sehingga pelbagai kelompok dikalangan rakyat AS kini tampil untuk menyuarakan pembelaan terhadap orang Islam.

2.Amerika Tengah

Dari 26 negara di Amerika Tengah , hanya 3 sahaja yang tercatat mempunyai umat Islam iaitu Honduras (130,000 – 2% dari 7.2 juta penduduk) , Mexico (260,000 – 0.26% dari 107 juta penduduk) , Panama (150,000 – 5% dari 3.2 juta penduduk) dan Trinidad & Tobago (110,000 – 8.10 % dari 1.3 juta penduduk) .


3. Amerika Selatan

Dari 13 negara di Amerika Selatan , 6 negara mempunyai minoriti Islam . Argentina terdapat 170,000 iaitu 1.33 % Muslim dari 38.6 juta penduduk. Brazil ada 170,000 iaitu 0.10% Muslim dalam 184.2 juta penduduk. Manakala Columbia terdapat 5,000 umat Islam (0.11%) dari 46 juta penduduk. Surinam pula ada 8,000 Muslim (2 %) dari 400,000 penduduk. Guyana terdapat 8,000 umat Islam (10%) dari 800,000 penduduk dan Venezuala 9,000 umat Islam (0.35%0 dari 26.7 juta penduduk.


Afrika

1.Afrika Utara

  1. Benin (1.68 juta Muslim , 20% dari 8.4 juta)

  2. Cape Verde ( 10,000 Muslim , 2.77% dari 500,000)

  3. Ghana ( 9.9 juta Muslim , 30% dari 22 juta)

  4. Guinea Bissao ( 960,000 Muslim , 45% dari 1.6 juta)

  5. Liberia ( 1.5 juta Muslim , 20% dari 3.3 juta)

  6. Togo (1.5 juta Muslim , 25% dari 6.1 juta)



2. Afrika Timur

  1. Burundi ( 780,000 Muslim , 10% dari 7.8 juta)

  2. Kenya (8 juta Muslim , 24% dari 33.8 juta)

  3. Madagascar (1.2 juta Muslim , 7% dari 17.3 juta)

  4. Malawi (2.46 juta Muslim , 20% dari 12.3 juta)


Kenya umat Islam , 3 juta (10%) dari 30 juta penduduk menghadapi masalah kebuluran dan Kristianisasi. Umat Islam Kenya menetap dipesisir kota seperti Mombasa , Malindi dan Lamu.Di sini umat Islam mencapai 50% dari populasi kota yang menetap di wilayah ini. Tempat tinggal 50% suku Swahilis yang beragama Islam , imigran Arab dan beberapa etnik yang lain. Kemarau panjang yang melanda Kenya mengakibatkan penduduk terpaksa membahagi air dengan ternakan. Kelaparan mengancam jutaan warga. Pada Mac 2006 , 40 orang mati di Kenya utara. Menurut PBB Kenya memerlu 396,000 metrik ton gandum sehingga 2007. Missionaris Kristian mengambil kesempatan dengan menghulur bantuan di Kisumu , Alunga dan Bunde. Walaupun keadaan yang rumit umat Islam minoriti itu maseh berjuang untuk menegakkan undang-undang Syariah dengan nama Pengadilan Qadhi. Tetapi Persekutuan Gereja Kenya menentang keras ke atas referendum Syariah yang akan diperolehi pada November 2006.. Sementara itu Majlis Ulama dan Da’wah Kenya mengumumkan akan bekerja kuat untuk memperolehi hak memasukkan undang-undang Syariah dalam undang-undang negara..
Afrika Selatan

Terdapat 5 negara dalam kawasan ini dengan umat Islam meliputi 2.25 % dari 53.2 juta penduduk iaitu 1.2 juta.. Umat Islam di Afrika Selatan ada 938,000 (2%) dan Swaziland 110,000 (10%)


Negara Afrika Selatan mempunyai umat Islam yang agak tersusun. Ketika regim Aparteid berkuasa, umat Islam juga terhimpit. Golongan Ulama telah dapat menggerakkan uamat islam untuk lebih berdikari dan mempu menda’wahkan Islam kepada masyarakat tempatan. Terdapat penghormatan yang tinggi dikalangan pemimpin ANC terhadap umat Islam.
Asia

1.Asia Barat

Umat Islam minoriti berada di Armania (120,000 – 4 % dari 3 juta) , Cyprus (230,000 – 23% dari 1 juta) , Georgia ( 900,000 – 20% dari 4.5 juta) , Israel ( 1.4 juta , 18.9% dari 3.1 juta)


Israel melancarkan pelbagai kempen yang mendiskriminasi umat Islam. Bukan sahaja mereka telah merampas banyak tanah orang Islam. Masyarakat Palestin juga terputus dari kaum keluarga di sebelan Palestin apabila dasar Israel ialah memecahkan rakyat Palestin Islam di Israel dan di Palestin sendiri. Rakyat Palestin sering dijadi sasaran tangkapan , penyeiksaan dan pembunuhan oleh tentera Israel bila operasi dijalankan.
2.Asia Selatan dan Asia Tengah

Minoriti Islam ada di Bhutan ( 5,000 – 5 % dari 1 juta) , India ( 154.5 juta – 13.4 % dari 1.1 bilion) , Nepal (1.07 juta – 4.2% dari 25.4 juta) , Sri Langka ( 1.5 juta – 7.8% dari 19.7 juta ) .


India

India mempunyai 154.5 juta umat Islam iaitu 13.4% dari 1.103.6 juta penduduk. India yang meletakkan dasar sekular sebagai dasar negara sering didesak oleh golongan fanatik Hindu supaya India di jadi sebuah negara Hindu.


Insiden keganasan berlaku apabila kelompok fanatik Hindu menjalankan kempen membenci orang Islam. Peristiwa pemusnahan masjid Babri di Ayodhya pada Disember 1992 yang mensyahidkan 2,000 orang Islam atas nama Tuhan Rama telah membakar dendam orang Hindu ke atas Islam.Organisasi Wishwahind Parishad dan Vishva Hindu-Parishad dilaporkan merancang pembangunan kuil diatas tapak Masjid itu sebagai permulaan untuk meruntuhkan 3,000 Masjid tua yang lain termasuk masjid Qut al Islam yang dibangunkan seabad lalu.
Begitu juga peristiwa pembunuhan orang Islam oleh fanatik Hindu di Gujarat melibatkan lebih 20,000 orang Islam terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak.
Organisasi yang bernama The Virat Hindu Sammelan ( World Hindu Conference) , yang dianggap organisasi militan yang mengembleng masyarakat Hindu untuk membina kuil Ayodhya tepat diatas Masjid Babri.yang tertegak sejak abad ke 16 dan terdirinya Sultan Dzahruddin Babor dari Dinasti Mughal.
Rasa permusuhan terhadap Islam sering dibangkitkan oleh kumpulan radikal Rastrilla Swayamsevak Sangh (RSS) yang ditubuh pada 1925 tapi diharamkan kerana terlibat dalam pembunuhan Ghandi. Selepas itu Parti Jana Sangh ditubuhkan 1951 untuk sambung kerja RSS dan RSS dibenarkan bergiat semula pada 1977. Parti Baratilla Janata (BJP) sebenarnya adalah dari Parti Jana Sangh.
Sejak 1987 slogan India sebagai negara Hindu mula ketara dan umat Islam sering diancam. Sebab itu kerajaan India sudah menyekat pelajar luar India untuk belajar di pusat-pusat pengajian Islam seperti di Lucknow supaya India tidak dilihat sebagai antara pusat ilmu Islam di rantau ini.
Di Sri Langka , umat Islam tersepit ditengah-tengah pertempuran antara tentera kerajaan dengan LTTE yang mahu merdeka dari negara tersebut. Pululan ribu umat Islam menjadi mangsa sehingga terpaksa menjadi pelarian.Akibat dari ketiadaan perlindungan dari pihak kerajaan terdapat kelompok Islam yang terpaksa melaksanakan operasi ketenteraan. Pembunuhan 230 orang Islam dan puluhan ribuan yang terpaksa lari akibat dari serangan LTTE pada 1990 telah menyebabkan gerakan bersenjata Muslim bermula. Pihak kerajaan juga didapati tidak mengambil endah kesengsaraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam yang tersepit dalam pertempuran antara kerajaan dan LTTE. Kedudukan sosio-ekonomi masyarakat Islam juga tidak menentu kerana dalam perundingan antara LTTE dan kerajaan , nasib umat Islam tidak dipedulikan.
3.Asia Tenggara

Terdapat umat Islam minoriti di Mynnmar ( 2.02 juta Muslim – 4% dari 50.5 juta) , Cambodia ( 53,000 Muslim – 4% dari 13.3 juta) , Laos ( 6,000 Muslim – 1 % dari 5.9 juta) , Timor Laste ( 3,000 – 4 % dari 490,000) , Filipina ( 6 juta Muslim – 7% dari 84.8 juta) , Thailand ( 5.9 juta Muslim – 9.09% dari 65 juta) , Vietnam ( 610,000 Muslim – 0.73 % dari 83.3 juta) , Singapore ( 650,000 Muslim – 15 % dari 4.3 juta)


Singapore
Singapore sejak kemerdekaannya pada 1959 telah diperintah oleh People’s Action Party di bawah Lee Kuan Yew . Pemerintahan yang dianggap “effective dictatorship” telah mengujudkan sebuah negara satu parti. Kuan Yew telah mengguna sentimen kaum sejak ketegangan tahun 1950an dan 1960an untuk akhirnya menguasai Singapore melalui dominasi etnik Cina. Kuan Yew menuduh gerakan komunis dan kumpulan berasas Melayu di Malaya sebagai dalang ketegangan. Kuan Yew tidak memberi ruang kepada sebarang opposisi sehingga sebarang bantahan akan diambil tindakan tegas. Undang-undang diguna dengan keras untuk kepentingan politik etnik Cina sehingga sekatan ke atas kebebasan bersuara , berkumpul dan berpersatuan dan kebebasan media dihadkan dengan berkesan.. Sebarang perbincangan isu agama dan isu kaum secara terbuka diharamkan.
Sejak itu diskriminasi melalui polisi negara telah diguna ke atas Melayu Muslim sehingga pemerintahan beliau diserah kepada Goh Chok Tong pada 1990. Ternyata sentimen mencuriga Melayu Muslim terus kuat. Pada 1992 Maintainence of Religous Harmony Act diujudkan atas nama “ religous harmony” , menjenayahkan “ mixing of religion and politics” serta “ exciting dissaffection against government “. Sebarang semakan kehakiman dalam kes mengikut akta ini dilarang..
Terdapat 15% Muslim dari populasi 4 juta . Seramai 77% adalah Cina , 14% Melayu dan 8 % India.Melayu umumnya adalah Islam. Walaupun kerajaan memperakui hak minoriti dalam perlembagaan tetapi secara amalan ia tidak berlaku. Kerajaan PAP sebenarnya mengamalkan Islamophobia. Hegemoni kaum Cina keatas polisi awam dan institusi swasta sangat ketara. PAP mengujudkan “ special assisted programme” untuk golongan minoriti tetapi menghadkan hak untuk melindungi budaya dan bahasa minoriti apatahlagi untuk mengembangkan Islam.
Penyarah di Jabatan Ekonomi dan Sejarah di Uni.Sydney , Lily Zubaidah Rahim telah mencatat” There has been a systematic program of Sinification and cultural favoritism manifested most clearly in state promotion of Mandarin and Confusionism”.
Sebenarnya diskriminasi pemerintah sudah berlanjutan sejak satu dekad yang sangat bias kepada etnik Cina dan mengistimewakan kaum tersebut. Melayu Muslim telah berada di tingkat pendidikan yang rendah dan pendatapan yang juga rendah.
Dalam politik , tidak dibenarkan mana-mana kawasan piliharanraya yang mempunyai Melayu Muslim lebih dari 25%. Mereka melalui diskriminasi juga dalam sektor swasta terutama terhadap wanita yang berhijab. Pada 2002 tudung diharamkan. Pada Februari 2002 seorang pembangkang didenda SD1700 dan diharam memegang jawatan politik.kerana membantah polisi kerajaan ini.
Kerajaan Singapore juga sangat hiper Islamofobia. Pada Feb.2000 Perdana Menteri GC Tong meminta orang Islam jangan terlalu menonjolkan identiti Islam seperti bertudung di khalayak ramai dan jangan terlalu ikut nilai agama. Beliau menganggap ia menjejaskan keharmonian antara kaum. Dalam ucapan hari Merdeka pada 2002 , GC Tong minta agar orang Islam jangan terlalu rigid dalam mengamalkan agama.
Pada Ogos 2002 Tong komen tudung dan tidak berjabat tangan adalah amalan negatif di Singapore. Pada Mei 2001 dia pernah mengatakan bertudung adalah satu masalah di negara itu dan dianggap tidak rasional. Beliau menyebut negara Cina , India , US dan Eropah tidak bermasalah dan rasional dalam hal beragama berbanding golongan Islam fundamentalis ! Beliau juga mengungkit soal bom Nukliar Muslim dan bahaya mendirikan Daulah Islamiayyah. Kuan Yew pernah mengencam orang Islam hadhir di masjid dan GC Tong mempersoalkan orang Islam untuk menuntut makanan halal. Pada ucapan Eid 2001 GC Tong minta orang Islam membuat “self censorship” terhadap amalan Islam.
Dalam hal pendidikan isunya sering tegang. Bermula isu tudung , dan tindakan menggantung 3 pelajar wanita kerana bertudung ke sekolah telah dikesali dan ditentang oleh komuniti Melayu Muslim. Malah Singapore tidak membenarkan khidmat peguam dari Malaysia untuk membela kes 3 pelajar tersebut. Kerajaan melihat sekolah berasaskan Islam mengancam intergrasi masyarakat. Pada 1999 kerajaan bercadang menutup 6 madrasah tetapi tidak jadi. Pada 2002 kemasukan di sekolah agama dihadkan kepada 400 orang sahaja. Ada banyak aduan guru di sekolah kerajaan tidak dibenarkan solat manakala untuk kursus perubatan di Universiti pengambilan Melayu Muslim hanya dihadkan kepada 10% sahaja.
Pada Julai 2002 seorang pejuang Hak Asasi Manusia Zulfikar Mohd Shariff mendapatkan suaka politik di Australia kerana diburu oleh kerajaan Singapore disebabkan kritikan beliau terhdap polisi kerajaan. Pada Dis.2001 melalui ISA , 15 orang Muslim ditahan dan 2 orang dari mereka dihukum 2 tahun penjara kerana dituduh berkait dengan Al Qaeda. Manakala Ogos 2002 beberapa orang lagi ditahan kerana didakwa terlibat dengan JI.
Sebenarnya kecurigaan dan sikap Islamofobia etnik Cina sering disuburkan sehingga Melayu Muslim dipaksa melalui proses “effective non intergration”.
Thailand

Sejak Julai 2004 Undang-undang Dharurat dikuatkuasakan di Thailand Selatan. Korban akibat dari undang-undang itu dari tahun 2004-2006 sudah melintasi angka 1300 orang. Tampil membantah polisi ketenteraan pihak kerajaan antara lain ialah : Organisasi Pembebasan Pattani (PULO) , Mujahidin Islam Pattani (MIP) , Barisan Revolusi Nasional (BRN) , Barisan Nasional Pembebasan Pattani (BNPP) dan Front Persatuan Pembebsan Pattani (FPPP)

.

Semenjak penalukkan kerajaan Siam ke atas wilayah Islam Pattani lebih dari 200 tahun , status sosio-ekonomi-politik masyarakat Islam terhimpit. Perjawatan penting di Jabatan-jabatan dan keselamatan Wilayah Selatan dipegang oleh pegawai-pegawai Siam Buddha dari Bangkok. Kemiskinan umat Islam di kawasan ini juga sangat ketara. Malah sikap pemerintah Siam terhadap orang Islam telah mempengaruhi masyarakat non Islam sehingga pra sangka sering mempengaruhi interaksi antara Islam dan bukan Islam. Penculikan, penahanan , penyeksaan dan pembunuhan sering berlaku dalam operasi pihak keselamatan memburu mereka yang dituduh ”teroris”. Ramai guru agama , ulama , aktivis Islam menjadi sasaran terutama di sekolah-sekolah agama. Persoalan yang mendesakkan sekarang ialah umat Islam wilayah Selatan mendapat hak menentukan masa depan sendiri , undang-undang tentera dicabut , mereka yang bertanggungjawab terhadap semua jenayah dan perlanggaran HAM dalam peristiwa Masjid Kerisik dan Tak Bai serta penculikan ,penangkapan , penyeksaan dan pembunuhan didakwa , pembangunan ekonomi di permudahkan untuk umat Islam serta perjawatan awam di agensi-agensi kerajaan di beri kapada orang Islam tempatan.


Filipina

Perjuangan umat Islam Moro sudah berlarutan lebih dari 460 tahun sehingga 2006 . Islam datang jauh lebih awal dari Kristian iaitu 1210 . Kristian hanya pada 1521 yang dibawa oleh Ferdinand Magellan. Kerajaan Sultan Sulu dan Sultan Maguindanao telah memerintah sehingga kedatangan Sepanyaol. Sepanyol cuba menghapuskan orang Moro selama 3 abad .Perjuangan yang panjang bermula dengan Jihad menentang Sepanyol (1521-1898 iaitu 377 tahun , Jihad menentang Amerika (1898-1946 iaitru 47 tahun) dan Jihad menentang tentera Salibi Filipina ( 1970 – sekarang).


Sesudah kemerdekaan 1946 , umat Kristian dipindahkan ke tanah Moro.. Sejak itu jawatan strategik sosio-ekonomi dan polittik mula diberi kepada Kristian. Seterusnya operasi genocide ke atas kaum Muslim mula di lancarkan oleh tentera militia yang di sokong oleh Manila., Puluhan ribu yang terbunuh dan harta dimusnahkan dan dirampas dari tangan bangsa moro Muslim. Tuntutan MILF ialah merdeka sebagai sebuah Negarai Islam Moro.
Umat Islam yang dominan di Mindanau sehingga ini terus tersisih dari pembangunan sosio-ekonomi-politik. Gerakan MNLF dan MILF yang menuntut autonomi sejak Regim Marcos sehingga kepada Prsesiden Aroyo maseh tidak berhasil. Malah tentera Filipina terus memburu pejuang Moro sehingga saat ini. Perjanjian Tripoli tidak berjaya mencapai hasrat untuk memberi peluang kepada umat Islam memerintah wilayah mereka sendiri. Kedudukan masyarakat Islam sangat jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek : ekonomi , kebajikan , pendidikan , kemudahan asas.
Yüklə 143,17 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin