* Tuhan tiada hubungan dengan alam, tidak tadbir, tidak ambil tahu, tidak tahu apa yang berlaku dalam alam.
Tuhan hanyalah bukan jauhar, bukan sifat, tiada permulaan dan tiada kesudahan, tidak berjuzuk, bukan dalam alam dan bukan diluar alam, tidak berhubung dan tidak berpisah dari alam.
Semua sfat ini jadikan Allah tidak mempunyai sifat yang berhak ditakuti, ditaati dan diagungkan
Islam tidak kenal ketuhanan konsep ini.
Tuhan dalam konsep Islam: Pencipta, pemilik, penjaga maslahat dan penentu segala.
Beriman Kepada Rasul
Setelah beriman kepada Allah dan sifatnya, beriman kepada rasul bukan perkara pelik lagi.
Beriman kepada rasul natijah dari beriman kepada Allah.
Sukar diterima setelah Allah ciptakan manusia kemudian membiarkannya tanpa panduan.
Adalah jadi pelengkap kepada kesempurnaaln Allah dia:
Utuskan rasul dan turunkan wahyu
Tunjukkan manusia jalan ke akhirat
Tunjukkan jalan hidup di dunia, sediakan bekalan ruh dan jasad.
Bukanlah bijak jika Allah biarkan manusia mencari jalan sendiri, sedangkan diri dan kehidupan manusia penuh pertarungan.
# Yang bijak Allah utuskan rasul pembawa hidayah kepada manusia.
Kerana itu Allah tidak terima kehairanan musyrikin kenapa Allah utuskan para rasul
Hidayah dapat dicapai melalui indra, akal, wahyu.
Namun hidayah melalui wahyu lebih tepat
Hidayah tidak terbatas kepada manusia, tetapi juga kepada binatang melalui fitrah
Beriman kepada rasul bererti:
Beriman kepada kebijaksanaan dan rahmat Allah yang tidak membiarkan manusia tanpa panduan, tidak menyeksa mereka sebelum memberi amaran, tidak dibiarkan berselisih sepanjang hayat tanpa tempat rujukan.
Beriman bahawa agama bagi Allah hanya satu sepanjang zaman, agama tauhid.
3. Beriman kepada adialisma (مثالية)paling realistik, pimpinan manusiawi paling cemerlang dan istimewa. # Iman ini mampu menjadikan nilai-nilai akhlak,
amal soleh dan ketinggian jiwa sebagai satu hakikat yang berlaku di alam nyata.
Sekalipun para rasul istimewa mereka tetap manusia, tiada hak bersifat dengan sifat ketuhanan dan tidak berhak menerima ubudiyah dari makhluk.
قالت لهم رسلهم إن نحن إلا بشر مثلكم ولكن الله يمن على من يشاء من عباده ( ابراهيم 11)
Beriman Kepada Hari Kiamat
Kehidupan manusia tidak hanya terbatas kepada dilahirkan dan dikebumikan.
Hati nurani manusia merasakan dia tidak dilahirkan ke dunia semata-mata untuk hidup dan mati, mesti ada rahsia disebalik itu.
Hati nurani manusia merasakan dia hidup di dunia hanya sementara dan akan dikembalikan semula
Akal dan jiwa manusia merasakan hidup yang pendek ini bukanlah yang terakhir, ia akan menghadapi satu putaran hidup lain.
# Mana mungkin hidup ini berakhir begitu sahaja sedangkan dalam dunia banyak yang jahat dan yang baik, tetapi mereka tidak mendapat balasan
daripada kejahatan dan kebaikan mereka.
Akal manusia merasakan perlu ada satu hari pembalasan bagi mereka yang jahat dan baik
Hari pembalasan itu ialah hari akhirat, ia telah dapat dirasakan kewujudannya oleg fitrah manusia.
Kewujudan hari kiamat telah dibuktikan Quraan:
أم حسب الذين اجترحوا السيئات أن نجعلهم كالذين آمنوا وعملوا الصالحات سواءً محياهم ومماتهم ، ساء ما يحكمون ، وخلق الله السموات والأرض بالحق ولتجرى كل نفس بما كسبت وهم لا يظلمون ( الجاثية 21-22)
Membangkitkan semula selepas mati bukan perkara sukar bagi Allah. Dia berkuasa mengadakan yang tiada, dia juga berkuasa membangkitkan yang pernah ada.
# Membangkitkan semula setelah mati bukan perkara sukar bagi Allah. # Yang berkuasa mengadakan yang tiada mesti
berkuasa membangkitkan yang pernah ada.
Banyak ayat Quraan buktikan hal tersebut:
هو الذى يبدأ الخلق ثم يعيده وهو أهون عليه ( الروم 27 )
Syurga disediakan untuk hamba saleh
Neraka disediakan untuk hamba taleh
Keistimewaan Akidah Islam
Akidah jelas
Akidah fitrah
Akidah tetap
Akidah dibuktikan
Akidah pertengahan
1. Akidah Islam jelas: tersimpul dalam konsep ada pencipta disebalik kewujidan alam, pentadbir dan pentakdir semua perkara.
* Pencipta itu ialah allah
* Akidah ini jelas dan dapat diterima akal
* Tidak keliru seperti akidah teriniti dan lainnya.
2. Akidah fitrah:Tidak asing kepada fitrah, dapat diterima
3. Akidah tetap:tidak berubah, tidak boleh dikurang dan ditambah oleh sesiapa, ajaran akidah sama dalam semua risalah para rasul
4. Akidah dibuktikan dengan dalil dan hujjah, tidak berpada dengan taklif, tidak hanya berbicara dengan hati, tetapi dibuktikan denan hujjah diterima akal
* Quraan buktikan isu akidah dengan hujjah dan bukti nyata.