Tetapi mukmin sangat peka terhadap nikmat Allah, dia dapat merasakannya pada semua perkara: baik, buruk, tuah atau celaka.
5. Mukmin Reda Takdir Allah
Mukmin merasai nikmat Allah pada setiap detik dan keadaan,
Perasaan ini tidak luput sekalipun dia ditimpa musibah.
Dia reda dengan kada dan kadar Allah, kerana dia tahu Allah tidak lakukan suatu yang sia-sia.
6. Mukmin Reda Rezeki Pemberian Allah * Dia reda kerana dia beriman kepada keadilan dan rahmat Allah dalam pengagihan itu.
Sikap inilah yang disebut ‘ Qanaah’.
Qanaah bukan bererti menerima penghinaan dan kelemahan, kerana ia bercanggah dengan fitrah manusia.
Imanlah yang mengendali keinginan fitrah manusia yang tidak kenal batas.
7. Reda Sumber Kekuatan.
Reda dan berpada dengan yang sedikit bukan bererti lemah, tetapi ia sumber kekuatan bagi manusia yang berperinsip.
* Mereka melihat kekayaan kecil, seperti penumpang kapal terbang melihat istana di bumi seperti kotak dan manusia seperti semut.
8. Reda Bukan Bererti Bisu.
Reda bukan bererti bisu berdepan dengan kebatilan dalam pentas hidup, sama dengan kerelaan manusia menaiki kereta, ia tidak bererti mereka rela denagn kemalangan yang disebabkan kereta.
Mukmin reda menerima sunnah alam, tetapi tidak reda melihat penyelewengan yang berlaku dalam alam dan terhadap alam.
KEAMANAN DAN KEDAMAIAN JIWA
1. Kedamaian Jiwa Penting Untuk Dapat Kebahagiaan Dan Ketenangan.
Mukmin tidak menyesali masa lalu, tidak benci keadaan yang ada dan tidak takut menghadapi masa depan.
Mukmin hidup dalam jiwa yang damai, seolah-olah dia berada disyurga.
Allah jadikan syurga tempat paling damai, tiada rasa takut, benci dan bimbang.
Itulah kedamaian jiwa mukmin didunia.
2. Iman Sumber Rasa Damai. * Manusia takut kepada banyak perkara, tetapi mukmin menutup pintu semua jenis ketakutan.
Dia hanya takut kepada Allah kerana dia yakin semua makhluk tidak berupaya melakukan mudarat dan manfaat keatasnya tanpa izin Allah.
3. Mukmin Merasa Rezekinya Terjamin.
Mukmin yakin rezekinya dijamin Allah, kerana itulah janji Allah dan Allah tidak mungkir janji.
Dengan jaminan itu mukmin hidup tenang, aman dan damai.
Keyakinan ini menjadikan mukmin berani terjun dalam perjuangan.
* Isteri yang ditinggalkan pula sedar suaminya hanya pemberi makan, yang memberi rezeki ialah Allah, dengan itu dia meresa tenang.
3. Mukmin Rasa Aman Menemui Ajal.
Mukmin menghadapi ajalnya dengan damai kerana dia tahu Allah telah menentukan masa matinya dengan tepat, tidak berganjak walau sesaat.
Dia tidak takut mati ketana dia tahu dia pasti mati
Dia merasa mudah meninggalkan harta, anak isteri dan dunia kerana dia tahu yang di akhirat jauh lebih baik dari yang didunia.
CITA-CITA DAN HARAPAN
1. Mengharap Penting Untuk Mencapai Ketenangan Dan Kebahagiaan.
Cita-cita dan harapan sumber kekuatan mukmin, obor penyuluh kegelapan, pencetus semangat kehidupan dan pembina kemakmuran.
Cita-cita daya yang meransang kerja, pencetus semangat berjuang, pembangkit kecergasan dan penghapus kemalasan.
Lawan cita-cita ialah putus asa, tiada harapan, ia menghancurkan semangat juang.
Pesakit yang putus asa tidak akan ambil ubat.
2. Ada Putus Asa Ada Kufur. * Putus asa banyak terdapat di kalangan orang tidak beriman
Ini kerana mereka hidup untuk diri semata-mata, tidak hubungkan diri dengan alam dan penciptanya.
Hubungan antara putus asa dengan kufur amat rapat. Keadaan ini dibuktikan kejadian bunuh diri di kalangan orang tidak beriman.
Putus asa bukan setakat kufur, malah membawa kepada sikap ragu-ragu, syak, hilang keyakinan dan hilang harapan.
3. Iman Lahirkan Harapan. * Iman dapat melahirkan cita-cita dan harapan. * Mukmin paling tinggi cita-cita dan harapan.
Mukmin paling optimis bukan pesimis, kerana dia tahu di seabalik alam ini ada Allah yang mentadbir dan menentukan, tugasnya hanyalah berusaha menjana maslahat dan menolak mudarat.
4. Harapan Dan Cita-cita Penting Bagi Kehidupan
Cita-cita penting untuk maju, ilmu tidak akan berkembang jika ilmuan tidak bercita-cita tinggi dan membuat penyelidikan
* Cita-cita penting untuk kebangkitan satu perjuangan.
Jika mujaddid tidak bercita-cita tinggi dan tidak menaruh harapan besar perjuangan tajdid akan berkubur.
Bila ada cita-cita dan harapan semua perkara menjadi murah dan mudah.
Nyawa dan harta murah dan mudah bagi para sahabat Rasulullah saw kerana mereka bercita-cita tinggi dan menaruh harapan besar kejayaan perjuangan mereka.
IMAN DAN CINTA
1. Nilai Dan Kepentingan Cinta Untuk Capai Kebahagiaan.