Bahagia menjadi impian setrata masyarakat manusia.
Manusia mencari kebahagiaan tetapi tidak menemuinya kerana mencarinya di tempat yang salah.
Mereka mencarinya pada kebendaan, pencarian mereka sama dengan pencari mutiara di padang pasir
Beberapa soalan dikemukakan dalam mencari bagahia:
Apakah bahagia itu pada kebendaan?, pada anak ?, pada ilmu yang telah diuji ?.
# Jawabnya semua perkara ini bukan kebahagiaan. # Banyak dunia maju dalam kebendaan tetapi hidup keluh kesah, jadikan bunuh diri jalan keluar.
Anak bukan kebahagiaan, berapa banyak anak jadi punca penderitaan, berapa banyak ibubapa mati di tangan anak.
Ilmu memang dapat menjana nikmat dan manusia tidak puas dengan pencapaian ilmu, tetapi ilmu bukan kebahagiaan, kerana ilmu itu syahwat dan syahwat tidak membawa bahagia.
Kebahagiaan berada dalam diri manusia, bersifat maknawi, tidak dapat dilihat, disukat, dibeli dan disimpan.
Bahagia kemuncak kepuasan dan kerihatan yang dikecap manusia.
# Bahagia lahir dari dalam diri manusia, bukan dibawa dari luar. # Bahagia tidak dapat diberi dan diambil.
Kesah perbalahan sepasang suami isteri:
Suami, marah: “aku akan seksa kamu”.
Isteri: “ abang tidak akan dapat menyeksa dan membahagiakan saya”.
Suami: “ kenapa?”.
Isteri: “ kalau bahagia pada gaji, abang boleh berhentikannya, kalau perhiasan abang boleh tidak memberikannya, tetapi bahagia itu sesuatu yang abang dan orang lain tidak memilikinya”.
Suami: “ jadi kebahagiaan itu apa?”.
Isteri: “ saya dapati kebahagiaan pada iman saya, iman saya di hati saya, dan tiada siapa mampu menguasai hati saya”.
# Islam tidak menolak peranan kebendaan dalam mencapai kebahagiaan # Sabda Rasulullah saw.
إن من سعادة ابن آدم : المرأة الصالحة والمسكن الصالح والمركب الصالح
Namun kebendaan bukan kebahagiaan dan bukan punca tunggal kebahagiaan.
Kalau bahagia diibaratkan sepohon kayu yang tumbuh dalam diri manusia maka iman kepada Allah dan hari akhirat adalah air yang menyirami, baja yang menjadi makanan, menjadi udara dan cahaya.
IMAN DAN KETENANGAN JIWA
1. Tiada Kebahagiaan Tanpa Ketenangan.
Dalam kehidupannya manusia perlukan kesihatan, kasih sayang, dianugerah keupayaan dan kekuatan, kekayaan dan kemasyhuran.
Ini mungkin benar, tetapi keperluan hakiki manusia ialah ketenangan jiwa.
Allah mungkin beri ramai orang IQ tinggi, kesihatan, harta dan kemasyhuran tetapi ketenangan jiwa anugerah Allah kepada orang-orang pilihan.
* Pengalaman menunjukkan bahawa ketenangan jiwa adalah kemuncak ideal kehidupan manusia. * Banyak keistimewaan tidak diperlukan manusia.