Iman dan kehidupan perbincangan berdasarkan buku


Mukmin hidup dengan keluasan hati dan jiwanya sekalipin dia tidak punya keluasan harta, kerana iman telah meluaskan hati dan jiwanya



Yüklə 457 b.
səhifə7/12
tarix03.11.2017
ölçüsü457 b.
#29130
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   12

Mukmin hidup dengan keluasan hati dan jiwanya sekalipin dia tidak punya keluasan harta, kerana iman telah meluaskan hati dan jiwanya.

  • Iman telah dapat menghubungkannya dengan alam dan penciptanya.



  • 8. Mukmin Hidup Dalam Kebersamaan Allah. * Mukmin tidak mengalami sakit jiwa yang dialami orang yang tidak beriman.

    • Penyakit yang menjadikan pengidapnya merasa keluh kesah, keseorangan, dunia tertutup, terasing, dia seolah-olah seorang penumpang kapal karam yang terdampar di sebuah pulau, hanya dapat melihat laut dan langit, hanya mendengar desiran angin dan deruan ombak.

    • Tiada alam paling ngeri dari keadaan seperti ini, tiada kehidupan paling derita dari kehidupan seperti ini.

    • Pakar psikologi sepakat, penyakit ini paling bahaya, tiada rawatan penyembuhnya kecuali kembali kepada agama, kembali kepada iman.



    * Iman dan keyakinan mukmin lebih mujarab dari rawatan yang disaran doktor. * Dia yakin Allah bersamanya di mana-mana.

    • Merasai kebersamaan dan pemeliharaan Allah dapat menghindar perasaan terasing yang menakutkan.

    • Perasaan ini menjadikan mukmin sentiasa mesra dengan Allah dan tidak merasa kesunyian.

    • 9. Mukmin Sentiasa Merasa Hidup Bersama Para Nabi Dan Siddiqin.

    • Mukmin tidak merasa asing daripada para nabi dan siddiqin, sekalipun tidak bersama dalam kehidupan, mereka hidup dalam fikirannya semasa dia membaca ayat dan doa dalam solat.



    * Dia bukan sahaja hidup dengan mukmin sezaman dengannya, tetapi menjangkau mukmin zaman lalu dan akan datang, dia berdoa:

      • ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان
      • أللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات
    • Adakah yang lebih bahagia dari orang yang merasakan dia hidup bersama para nibi, siddqin dan solohin ?.

    • 10. Solat Dan Doa Pemangkin Ketenangan.

    • Solat merupakan saat di mana mukmin terpisah dari urusan dunia dan berdiri dihadapan Allah meluahkan segala isi hatinya, berdoa, memohon, mengadu dan meminta.



    * Hubungan dengan Allah menjana kekuatan dalam diri dan menjadi bekalan kepada azam dan ketenangan jiwa.

    • Solat yang dilakukan selepas mengangkat hadas yang menyegarkan dan ayat ayat yang dibaca sangat memberi kesan kepada diri dan jiwa.

    • Tiada sesuatu yang mampu menjana ketenangan seperti yang mampu dijana oleh solat.

    • 11. Mukmin Tidak Hidup Antara Hai Dan

    • Kalau.

    • Keloh-kesah, kesal terhadap masa lalu, benci keadaan yang ada dan bimbang masa depan menghakis ketenangan manusia.



    * Banyak manusia tidak dapat melupakan musibah masa lalu, kadangkala merasa bersalah, silap langkah dan kesal.

    • Sentiasa hidup dalam keluhan:

      • Hai, kenapa aku tak buat begini !!
      • Kenapa aku buat begitu !!
      • Kalaulah aku buat begini tentu……
    • Mukmin jauh dari penyakit mengingati dan menyesali masa lalu, kerana dia beriman dengan qada dan qadar Allah, dia tidak menyesal kepada masa lalu yang derita dan tidak bimbang masa depan yang belum tentu.

    • Dia yakin semuanya ketentuan Allah.



    * Dia yakin apa yang ditakdirkan Allah pasti akan berlaku, dia tidak marah, bungkam dan tidak kesal.

    • Selogan mukmin: apa yang dikehendaki Allah pasti akan berlaku, apa yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku.

    • Dalam semua keadaan ini mukmin merasa tenang.



    REDA

    • Perasaan riang dan gembira berada pada reda dan yakin.

    • Dalam hadis dinyatakan:

      • إن الله عز وجل بقسطه جعل الفرح والروح فى الرضا واليقين ، وجعل الغم والحزن فى السخط والشك
    • Haus dan lapar dengan minum dan makan, riang dan gembira dengan reda dan yakin, sedih dan duka dengan benci dan ragu-ragu.

    • Orang yang benci dan ragu tidak pernah tenang, rehat dan gembira, pembenci sentiasa dukacita.



    * Mukmin mungkin ditimpa kesedihan, tetapi dia lebih sedih untuk orang lain. * Reda nikmat paling besar.

    • Orang kafir tidak dapat kecap nikmat reda

    • 2. Mukmin Reda Diri Dan Tuhannya

    • Dia reda dirinya kerana kerana dia tahu kedudukan, peranan dan fungsinya di dunia, dia bukan dijadikan sia-sia.

    • Dia reda kepada Allah kerana:

      • Dia beriman dengan kesempurnaan Allah dan yakin keadilannya.
      • Dia tahu pentadbiran Allah paling baik dan rahmatnya paling besar.


    * Dia tahu baik buruk di tangan Allah * Mungkin ada kebaikan di sebalik keburukan

    • Yang buruk pada pandangan manusia belum pasti buruk pada penilaian Allah

    • Pada hakikatnya buruk dan baik bukan dua perkara yang bertentangan, kerana tiada makna berani jika tidak ada bahaya.

    • 3. Mukmin Reda Alam Dan Kehidupan.

    • Kesan reda kepada Allah dan diri, mukmin reda terhadap alam keliling.

    • Dia tahu alam ini ciptaan Allah yang maha bijaksana, tiap unit alam bukti kebijaksanaannya.

    • Jika dia tahu hikmat ciptaannya itu adalah bonos



    4. Mukmin Amat Peka Nikmat Allah * Manusia benci diri dan kehidupan kerana mereka tidak peka terhadap nikmat Allah, malah mungkin

    1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   12




    Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
    rəhbərliyinə müraciət

    gir | qeydiyyatdan keç
        Ana səhifə


    yükləyin