Jawapan praktis soalan spm



Yüklə 375,39 Kb.
səhifə1/6
tarix06.09.2018
ölçüsü375,39 Kb.
#78477
  1   2   3   4   5   6

JAWAPAN PRAKTIS SOALAN SPM 2011

Soalan 1 – Rumusan
Pendahuluan

Petikan membincangkan peranan/kelebihan/ manfaat/ fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita.


Isi-isi Tersurat (Kepentingan bahasa kebangsaan)


      1. Menjadi simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat.

      2. Merupakan satu identiti nasional yang sama dalam kalangan semua rakyat.

      3. Sebagai alat perpaduan.

      4. Dapat membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat.

      5. Memupuk semangat kekitaan dalam jiwa rakyat.

      6. Menjadi bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan negara.

      7. Sebagai alat menyatupadukan rakyat Malaysia.

      8. Dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan.

      9. Maruah negara dan maruah rakyat negara ini.


Isi-isi Tersirat (Masalah-masalah yang dihadapi)


  1. Sokongan daripada pihak swasta kurang memberangsangkan.

  2. Masyarakat yang kurang peka terhadap kepentingan bahasa kebangsaan.

  3. Sesetengah pemimpin dan masyarakat yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan.

  4. Sesetengah masyarakat yang lebih suka menggunakan bahasa Inggeris.

  5. Keyakinan sesetengah masyarakat terhadap bahasa Melayu sangat kurang/menganggap bahasa Melayu kurang nilai ekonomi.

  6. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat yang menjejaskan bahasa kebangsaan.


Kesimpulan
Kesimpulannya, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan mesti dipergiat agar bahasa kebangsaan sentiasa dipandang tinggi.
Soalan 2(a) - Petikan Umum


    1. Maksud "padu dan abadi" ialah kuat/kukuh/teguh/utuh/kental dan kekal/ berterusan/ berkekalan.




    1. Faktor-faktor:

  • bahasa setempat dan bahasa peribumi

  • merupakan bahasa kumpulan etnik paling besar

  • berkemampuan sebagai "lingua franca" atau bahasa perhubungan

  • menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara kita dijajah oleh kuasa Barat




    1. Peranan pihak media:

  • memperbanyak program dalam bahasa kebangsaan

  • membuat penterjemahan bagi rancangan-rancangan popular dari luar negara

  • memperluas kempen menggunakan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat

  • menerbitkan lebih banyak buku dalam bahasa kebangsaan

  • mengadakan pertandingan seperti pertandingan melukis/menulis dan sebagainya.


Soalan 2(b) - Petikan Drama


  1. Tujuannya adalah untuk mengambil adiknya untuk hidup bersama dengan keluarganya.




  1. Tindakan:

  • melaporkan kepada pihak berkuasa supaya dapat diambil tindakan terhadap Prof. Peter

  • meminta Prof. Peter menunjukkan bukti bagi meyakinkan dakwaannya itu

  • berbincang secara baik dengan Prof. Peter supaya tidak mengeruhkan keadaan.

  • Mengambil tindakan mahkamah

  • Mengahwini Cempaka/mengahwinkan Cempaka




  1. Nilai murni dalam petikan:

  • keberanian - contohnya, Cempaka berani membantah kata-kata Prof. Peter.

  • hormat-menghormati - contohnya, Zaman menghormati pensyarahnya walaupun tidak sependapat.

  • Ketegasan – Zaman tegas mempertahankan pendiriannya.

Nilai murni dalam keseluruhan drama:



  • kasih sayang iaitu kasih sayang Mak Jah kepada anak-anaknya

  • berbudi bahasa iaitu Mak Jah melayan Prof. Peter dengan baik walaupun tidak mengenalinya.

  • Bertanggungjawab – Zaman bertanggungjawab menjaga keselamatan adiknya.

  • Kerajinan – Zaman rajin berusaha mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ukiran.


Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional


  1. Bermaksud selepas/selesai/tamat/siap makan atau menjamu selera




  1. Keistimewaan:

  • boleh membina negeri yang lengkap.

  • Negeri itu lengkap dengan kerajaan, pembesar, hulubalang serta rakyat serta lengkap dengan senjatanya.




  1. Cara membalas jasa tuan puteri:

  • menjadikan tuan puteri sebagai isteri

  • membina sebuah istana dan memberikan kesenangan kepada tuan puteri

  • memberikan anugerah yang penting dalam negeri tersebut

  • memberikan hadiah



Soalan 2(d)- Puisi


  1. Bermaksud apabila seseorang itu ditimpa masalah, bukan salah orang lain kerana itu adalah ketentuan Ilahi.




  1. Wajar:

  • tidak mahu menyusahkan orang lain

  • cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

  • menjaga maruah diri

Tidak wajar



  • boleh menimbulkan masalah lain seperti tekanan perasaan

  • boleh menjejaskan kesihatan diri

  • boleh menyusahkan orang lain




  1. Pengajaran:

  • kita janganlah mengetepikan orang yang telah lama bersama dengan kita

  • kita mestilah mengenang jasa orang yang telah lama bersama dengan kita



Soalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
Soalan 3 (a):


  1. cepumas

  • jumlah nilai hadiah (biasanya wang terkumpul yang mungkin dimenangi dalam sesuatu pertaruhan, permainan dll)




  1. halaju




  1. jejantas

  • jambatan di atas jalan raya untuk pejalan kaki melintas jalan.




  1. jenama

  • Jenis barang yang memakai nama khas yang dikeluarkan oleh pengilang, pengeluar atau pembuat tertentu.




  1. pawagam

  • Panggung wayang gambar




  1. purata

  • Nilai yang diperoleh dengan membahagikan jumlah sebilangan kuantiti dengan bilangan kuantiti tersebut, hitung panjang.


Soalan 3 (b):


  1. Kemarau ialah bencana alam yang berpunca daripada cuaca panas dan kurangnya hujan.




  1. Kemarau menyebabkan tanah kering kontang, tumbuh-tumbuhan banyak yang mati dan kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air.




  1. Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu sehingga Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.



Soalan 3 (c):


  1. pefileman - perfileman

  2. ibubapa - ibu bapa

  3. mempengaruhi - dipengaruhi

  4. wira wati - wirawati

  5. dibawa-bawa - terbawa-bawa

  6. akedemik - akademik



Soalan 3 (d):


  1. koleksi lagu-lagu - koleksi lagu/lagu-lagu

berkuantiti - berkualiti


  1. khusus - kursus

guru mereka tetapkan - ditetapkan oleh guru mereka


  1. terpaling indah - paling indah/ terindah

tinggal - bersemayam

Soalan 3 (e):


  1. bagai pinang dibelah dua / bagai cincin dengan permata




  1. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi




  1. seperti ikan pulang ke lubuk / seperti belut pulang ke lumpur / seperti gagak pulang ke rimba / setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau.



Soalan 4- Novel
Novel Papa ... (akhirnya kau tewas jua!)


  1. Watak utama - lntan Julia/Ju/Julia

  • Taat kepada ibu bapa. Buktinya dia sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati ibu bapanya dengan belajar bersungguh-sungguh.

  • Seorang yang penyayang, sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Makcik Noraini.

  • Julia taat kepada perintah Allah. Dia rajin bersolat dan bertudung.

  • Suka berdikari, walaupun tempat pengajiannya berdekatan dengan rumahnya, namun dia memilih untuk tinggal di asrama.

  • Seorang yang sensitif. Ini dibuktikan apabila dia tidak membenarkan papanya berkahwin lagi. Dia benar-benar terasa bahawa papanya tidak menyayangi mamanya lagi.




  1. Persoalan

  • Persoalan pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing-masing. Buktinya Intan Maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun.

  • Persoalan kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya, Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar siam yang diberi nama Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu. Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

  • Persoalan ketabahan menghadapi dugaan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembar siamnya juga meninggal dunia.

  • Persoalan keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak Cikgu Suzie yang cuba menasihati Intan Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi oleh rakan baiknya berdasarkan pengalamannya yang lalu.

  • Persoalan poligami. Jeffri berkahwin dengan Aisyah setelah kesunyian kerana isteri pertamanya Intan Marliana koma. Keputusan itu juga dibuat setelah mendapat persetujuan anaknya Intan Julia dan hidup bersendirian selama tiga tahun.

  • Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Julia gigih dan tekun belajar  untuk menghadapi SPM. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan meneruskan pelajarannya di Kolej Matrikulasi UIA. Walaupun Julia menghadapi tragedi dan masalah keluarga serta cinta, dia tetap gigih menimba ilmu.

  • Persoalan cinta zaman remaja. Julia berkenalan dengan Rasylan sejak di tingkatan lima. Hubungan mereka bertambah intim selepas mereka belajar di kolej matrikulasi yang sama. Rasylan dan Julia sering bertukar-tukar pendapat jika salah seorang daripada mereka mempunyai masalah. Namun begitu, sudah menjadi lumrah orang bercinta, masalah cemburu telah timbul sehingga merunsingkan hati Julia.

  • Persoalan gejala sosial dalam masyarakat. Rasylan menjadi mangsa kepada gejala pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Dia merupakan anak luar nikah yang dibuang oleh ibu dan bapanya. Dia dijaga di rumah JKM sebelum  menjadi anak angkat Datuk Mustakim. Rasylan mengalami konflik apabila Encik  Muaz al-Khalibi tiba-tiba datang mengaku sebagai ayah kandungnya.



Novel Melunas Rindu


  1. Watak utama - Joshua/ Abdul Halim/Fuad

  • Seorang yang taat kepada perintah agama. Contoh: Fuad tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa membaca al-Quran.

  • Seorang yang bertanggungjawab Contoh: Sebagai seorang guru, dia bertanggungjawab memastikan anak muridnya dapat menguasai Bahasa Inggeris

  • Seorang yang gigih. Contoh: Fuad gigih berusaha mencari ibu kandungnya. Seorang yang suka membantu. Contoh: Fuad membantu menanggung perbelanjaan perkahwinan Borhan.

  • Dia seorang yang mengambil berat. Contoh: Fuad mengambil berat tentang diri Farhana terutamanya apabila Farhana ditimpa masalah berkaitan kesihatan ibunya.



  1. Persoalan




  • Persoalan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Fuad tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan baik walaupun dia hanya guru sementara.

  • Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan Fuad tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mencari ibu kandungnya.

  • Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga. Walaupun Fuad hanya anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan, namun mereka tetap menyayangi Fuad seperti anak kandung.

  • Persoalan tentang kehilangan seseorang yang disayangi amat memeritkan. Contohnya, Mak Salmah terasa sunyi setelah kehilangan anak angkatnya Sofia. Fuad pula hilang tempat bermanja apabila dari kecil lagi kehilangan ibu dan bapanya.

  • Persoalan perbezaan agama tidak akan memutuskan pertalian darah. Contohnya, walaupun Fuad seorang Islam namun dia tetap diterima oleh ibu dan bapa saudaranya yang tidak seagama dengannya.

  • Persoalan sifat keibuan melebihi segala-galanya. Contohnya, sifat keibuan yang ada pada Mak Salmah menyebabkan dia tidak dapat menerima hakikat kematian Sofia. Selain itu Mariana tetap mengingati Abdul Halim atau Fuad yang hilang sejak kecil


Novel Azfa Hanani


  1. Azfa Hanani

  • Seorang yang cepat panik / cepat gelabah. Azfa Hanani menjadi cepat panik dan rasa gelabah apabila peristiwa kehilangan buku rujukan SPM di perpustakaan menjadi perbualan hangat di sekolahnya khususnya dalam kalangan pelajar kelas 5 Kenanga.

  • Seorang yang berfikiran rasional. Azfa Hanani tidak terus menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Sebaliknya berfikiran rasional apabila dia terlebih dahulu berbincang dengan pak long dan mak longnya sama ada hendak menerima atau tidak tawaran tersebut.

  • Seorang yang sanggup berkorban. Azfa Hanani menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tengku Murni setelah diizinkan oleh pak long dan mak longnya. Dia berbuat begitu demi berkorban untuk membantu keluarga pak longnya yang hidup dalam kedaifan ditambah pula dengan masalah Zuraini yang lumpuh tidak dapat berjalan.

  • Seorang yang pandai berlakon / menyamar. Azfa Hanani berjaya menyamar sebagai Tengku Murni sehingga meyakinkan Datin Maziah. Walaupun latihan yang diterima terlalu singkat, namun dengan bantuan Kak Finaz dan Abang Mazran dia mampu bertingkah laku seperti T.Murni di hadapan Datin Maziah.

  • Seorang yang berjiwa sensitif / mudah terasa. Azfa Hanani berasa sangat tersinggung dengan kata-kata Tengku Muzaffar yang menyindir Azfa Hanani supaya tidak mengambil kesempatan semasa menyamar sebagai Tengku Murni. Namun kata-kata tersebut terlalu pedas dan memedihkan Azfa Hanani.

  • Seorang yang gigih berusaha menuntut ilmu. Azfa Hanani berusaha dengan gigih belajar Bahasa Inggeris di pusat tuisyen yang terletak di Plaza Cahaya dan mempelajari bahasa Jepun di Institut Lingua Franca semasa penyamarannya sebagai Tengku Murni.

  • Seorang yang taat kepada orang tua. Azfa Hanani meminta keizinan dan restu daripada pak long dan mak longnya terlebih dahulu sebelum bersetuju menyamar sebagai Tengku Murni dan mengikut Abang Mazran serta Kak Finaz ke Kuala Lumpur.

  • Seorang yang taat pada perintah agama. Azfa Hanani sangat rajin besembahyang dan selalunya pada setiap malam Jumaat dia akan membaca al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah ayah dan ibunya.



  1. Persoalan




  • Persoalan tentang pengorbanan seorang gadis dalam menjalani kehidupan. Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni bagi membolehkan sepupunya mendapatkan rawatan bagi penyakit lumpuhnya sebagai balasan.

  • Persoalan tentang ketabahan seorang gadis dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan. Azfa Hanani tabah menjalani kehidupan yang miskin sehingga dia terpaksa membawa buku keluar daripada perpustakaan tanpa kebenaran kerana tidak mampu membeli buku.

  • Persoalan tentang kegigihan seorang gadis dalam menuntut ilmu. Azfa Hanani gigih menuntut ilmu sehingga dia sanggup membawa buku keluar daripada perpustakaan tanpa kebenaran semata-mata ingin membuat rujukan.

  • Persoalan tentang keberanian seorang gadis untuk menyamar. Azfa Hanani berani menyamar sebagai Tengku Murni walaupun baru berusia 17 tahun semata-mata ingin membantu keluarganya yang miskin dan menolong Datin Maziah yang tidak dapat menerima hakikat kematian anak kesayangannya.

  • Persoalan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anak / kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Datin Maziah sangat sayang akan anak perempuannya sehingga dia tidak dapat menerima hakikat kematian anak kesayangannya sehingga dia sanggup menuduh anak-anak lelakinya sengaja melarikan Tengku Murni.

  • Persoalan tentang golongan kaya yang kurang menitikberatkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan. Tengku Muzaffar meminta Azfa Hanani membacakan surah yassin kepada Tengku Murni kerana dia kurang pandai membaca yassin.

  • Persoalan tentang sikap manusia sombong dan mementingkan darjat. Tengku Muzaffar menghalang perhubungan arwah adiknya serta Azfa Hanani dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin.


Novel Renyah


  1. Watak utama - Dato Dolhi

  • Usahawan yang berjaya dalam perniagaan dan mempunyai empayar perniagaan Dolhi-Albert.

  • Mempunyai daya ingatan yang tinggi. Masih mengingati lagu-lagu Jepun semasa zaman persekolahan dulu.

  • Seorang yang rajin membaca. Akan membaca sebelum menyampaikan ceramah usahawan kepada peniaga muda.

  • Seorang yang penyabar. Tetap bersabar dengan pelbagai kerenah anak-anak.

  • Seorang yang bertanggungjawab. Masih memberi nafkah kepada anaknya Wahi melalui ibu mertuanya walaupun isterinya telah meninggal dunia.




  1. Persoalan




  • Persoalan Persahabatan. Persahabatan Datuk Dolhi dan Albert sehingga menubuhkan syarikat usahasama.

  • Persoalan Golongan Muda terlibat dengan ajaran sesat – Mukhlis yang menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang mencukupi sehingga terjebak dalam masalah kehidupan.

  • Persoalan Sikap Tamak hingga terlibat dalam rasuah - Sikap tamak yang menguasai diri sehingga terlibat dalam rasuah. Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang akhirnya menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi membantu Tengku Munir mendapatkan projek.

  • Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya. Wahi Melayu dan Yuka Jepun akhirnya berkahwin.

  • Persoalan cinta alam sekitar. Ilham sanggup menentang projek ayahnya demi cintakan alam sekitar.

  • Persoalan harapan seorang ayah. Datuk Dolhi ingin anak-anaknya mengikuti jejaknya dalam perniagaan dan mewarisi Dolhi-Albert Holding.

  • Persoalan minat dan kecenderungan seseorang tidak boleh diubah. Anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat dengan perniagaan. Hasnol pegawai PTD, Amera pendidik, Ilham penulis, Dani pemuzik dan Mukhlis pendakwah.

  • Persoalan ketegasan mendidik anak. Datuk Dolhi tidak memberi pinjaman wang kepada Hasnol supaya belajar. Juga memasukkan Dani ke pusat serenti supaya menjadi pengajaran kepada anaknya.

  • Persoalan pentingnya ilmu pengetahuan. Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku pengetahuan untuk rujukan sebelum menyampaikan ceramah.

  • Persoalan harapan ayah supaya anaknya mengikuti jejaknya. Datuk Dolhi sangat berharap anaknya mengikuti jejaknya dalam perniagaan.



Novel Konserto Terakhir


  1. Watak utama - Hilmi

  • Seorang yang rajin. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Datin Salmah dapat bahagikan sayur itu kepada rakan-rakannya.

  • Hilmi juga seorang yang gigih dan tabah. Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.

  • Helmi juga digambarkan seorang yang bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik.

  • Penulis menggambarkan Hilmi sebagai seorang yang kuat pegangan agama. Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada. Sifat ini telah mempengaruhi Hayati sehingga membuatkan Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang.

  • Hilmi amat berkebolehan dan kreatif dalam bidang muzik. Dia dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya. Selain itu, dia juga boleh bermain banyak alat muzik dan mencipta banyak lagu sendiri termasuk lagu yang dimainkan semasa persembahannya.



  1. Persoalan




  • Persoalan kegigihan dalam berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak utama iaitu Hilmi. Walaupun sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah, Hilmi dengan dorongan daripada Pak Amat dan Encik Bakar. Dia berusaha gigih dan akhirnya berjaya mencapai cita-citanya iaitu menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

  • Persoalan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Pembaca mendapat gambaran persoalan ini melalui perhubungan antara Helmi dengan Hayati dan hubungan antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Kasih sayang Hayati kepada Helmi bermula daripada perasaan simpati. Setelah berkahwin dengan Mohsin, Hayati tetap cinta kepada Helmi.

  • Yüklə 375,39 Kb.

    Dostları ilə paylaş:
  1   2   3   4   5   6




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin