Jawapan praktis soalan spm



Yüklə 375,39 Kb.
səhifə3/6
tarix06.09.2018
ölçüsü375,39 Kb.
#78477
1   2   3   4   5   6

Tiga nilai kemanusiaan

  • Nilai bertanggungjawab - Jeffri bertanggungjawab membawa Makcik Noraini tinggal bersamanya setelah suami dan dua anaknya meninggal dalam kemalangan jalan raya.

  • Nilai belas kasihan - Datuk Mustakim sanggup mengambil Rasylan menjadi anak angkatnya selepas mengambilnya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

  • Nilai kasih sayang - Jeffri sangat mengasihi keluarganya. Dia sanggup membawa balik isterinya daripada hospital untuk membolehkannya meluangkan masa dan menjaga isterinya dengan rapi.

  • Nilai hormat menghormati - Julia tidak membenci Rasylan walaupun dia tahu bahawa Rasylan berasal dari perhubungan terlarang seorang pensyarah kolej yang berasal dari Jordan iaitu Muaz al-Khalibi dan seorang wanita Indonesia.


Novel Melunas Rindu


  1. Dua latar masa

  • waktu pagi - perjalanan Fuad ke Sekolah Menengah Seri Setia pada awal pagi – sampai agak awal di sekolah iaitu pada hari pertama dia ditugaskan mengajar di sekolah itu.

  • waktu petang - peristiwa Fuad mengajak Farhana bersiar-siar sempena ulang tahun kelahiran Farhana- mereka makan di Restoran Terapung Taman Syahbandar.

  • Waktu malam semasa jemaah surau menunaikan solat isyak.

  • Waktu senja semasa Fuad menikmati keindahan pantai Batu Buruk.

  1. Tiga nilai kemanusiaan:




  • Nilai kerajinan. Buktinya Fuad merupakan seorang guru yang rajin dalam menjalankan tugasnya sebagai guru.

  • Nilai ketabahan. Buktinya Fuad tabah menghadapi dugaan sepanjang pencarian ibu kandungnya.

  • Nilai ketegasan. Buktinya Farhana bersikap tegas ketika menegur Cikgu Zamani kerana tidak masuk kelas.

  • Nilai kasih sayang. Buktinya Mariana sering mengingati dan menyayangi Fuad walaupun telah lama berpisah.

  • Nilai bertanggungjawab. Buktinya Mak Salmah sentiasa menjaga minum suaminya dan Fuad.

  • Nilai keikhlasan. Buktinya Fuad membantu membawa anak Borhan ke klinik walaupun sudah lewat malam.

  • Nilai bekerjasama. Buktinya Farhana dan Fuad sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak didik mereka dalam bahasa Inggeris.


Novel Azfa Hanani


  1. Dua latar masa

  • Selama beberapa bulan. Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah.

  • Pada waktu malam. Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.

  • Pada waktu petang. Contohnya. semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17.

  • Pada waktu pagi. Contohnya, Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah.




  1. Tiga nilai kemanusiaan




  • Nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi menjaga kebahagiaan semua pihak termasuklah keluarga Pak Longnya dan keluarga Datuk Tengku Makmur.




  • Nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, walaupun Azfa Hanani berasal daripada keluarga miskin, namun dia tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak meneruskan persekolahan. Sebaliknya, dia gigih dan tekun belajar demi masa depannya dan keluarga pak longnya.




  • Nilai kasih sayang. Contohnya, Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni/Azfa Hanani. Dia begitu menyayangi anak gadisnya sehingga tidak membenarkan Azfa Hanani menaiki has ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.

  • Nilai kerajinan. Contohnya, Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan segala teori yang telah dipelajarinya di sekolah.




  • Nilai kesyukuran. Contohnya, Azfa Hanani bersyukur kerana sepupunya, Zuraini dapat berjalan semula selepas mendapatkan rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga angkatnya.



Novel Renyah


  1. Dua latar masa:

  • Waktu Pagi - Datuk Dolhi bermesyuarat dengan Raj Hussein pada pukul sepuluh pagi.

  • Waktu Petang - Datuk Dolhi memberi ceramah di Insitut Perdagangan Kebangsaan.

  • Waktu Tengah hari - Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk makan tengah hari

  • Waktu Malam - Datuk Dolhi menghadiri Pertunjukan Busana Islam dengan isterinya.




  1. Tiga nilai kemanusiaan:

  • Nilai Kerajinan - Datuk Dolhi rajin membaca buku nenambahkan ilmunya dalam bidang keusahawanan.

  • Nilai Kesabaran - Datin Tominah bersabar walaupun modal membuka Butik Busana Islam diminta daripada suaminya masih belum diterima.

  • Nilai Kasih sayang - Albert Lee tetap meluangkan masa bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya walaupun sibuk dengan urusan perniagaannya.

  • Nilai menghormati - Robert Lee menghormati keputusan Amera yang tidah mahu keluar bersamanya walaupun diajak berulang kali.

  • Nilai ketabahan - Datuk Dolhi tetap tabah menghadapi pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya

  • Nilai Bertanggungjawab - Datin Tominah meminta Mukhlis bertanggungjawan memelihara isteri dan dua orang anak tirunya walaupun tidak sepenuh hati.

  • Nilai Patriotik - Datuk Dolhi menggunakan kereta buatan Malaysia walaupun mampu membeli kereta yang lebih mahal.

  • Nilai Kerjasama - Datuk Dolhi menjalankan kerjasama dalam perniagaan dengan Albert Lee.

  • Nilai Keberanian - Amera berani menegur Ilham yang tidak bekerja.

  • Nilai Bersopan-santun - Wahi sungguh bersopan santun menyambut kedatangan Datuk Dolhi ke Jepun.


Novel Konserto Terakhir


  1. Dua latar masa




  • waktu petang - peristiwa Hilmi ke rumah Encik Bakar - menunggu kepulangan Encik Bakar dan dia dihidangkan air oleh anak Encik Bakar, Azizah - ke rumah Encik Bakar untuk belajar muzik.

  • waktu malam - perbualan antara Encik Bakar dan anaknya Azizah tentang Hilmi – Encik Bakar menjelaskan bahawa dia mahu mengajar Hilmi kerana Hilmi ada bakat dalam bidang muzik.




  1. Tiga nilai kemanusiaan:

  • Nilai kerajinan. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat.




  • Nilai kegigihan/ketabahan. Hilmi tabah menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.




  • Nilai bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik.




  • Nilai penyayang pula dapat diperhatikan melalui watak Hayati. Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah.




  • Nilai kepatuhan. Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London.




  • Nilai baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Encil Bakar pula memberikan pertolongan dnegan mengajar muzik kepada Hilmi tanpa bayaran.




  • Nilai keinsafan juga diselitkan oleh pengarang pada bahagian akhir novel ini. Datin Salmah dan Azizah menyesal kerana telah memberikan layanan yang buruk kepada Hilmi. Datin Salmah berjanji untuk menebus kesalahannya terhadap Hilmi namun tidak kesampaian kerana Hilmi telah meninggal dunia.



Novel Kembara Amira


  1. Dua latar masa

  • Pada waktu pagi. Ketika hujan lebat sewaktu Prof Zaidah dan anak buahnya berada di tapak kajian. Dr Zawawi berusaha memastikan tapak kajian itu tidak rosak kerana dijangka hujan turun dengan lebat.

  • Pada waktu malam. Tau mengawasi Desa Karpus ketika penghuni di situ tidur.

  • Pada waktu siang. Amira menunggu kedatangan Malique di kawasan air terjun. Amira dan rakan-rakannya mencari Malique yang hilang di Gunung Gua Gajah.




  1. Tiga nilai kemanusiaan:

  • Nilai bekerjasama - Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

  • Nilai kasih sayang - Kasih sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

  • Nilai keberanian - Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

  • Nilai cinta akan alam sekitar - Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

  • Nilai semangat bermasyarakat - Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

  • Nilai kesopanan - Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradab telah menambat hati Prof. Zaidah.

  • Nilai ketaatan - Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.

  • Nilai amanah - Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya.

  • Nilai keikhlasan - Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya.

  • Nilai tolong-menolong - Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.



Novel Kabus di Perbukitan


  1. Dua latar masa




  • Waktu pagi – Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu.

Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul.


  • Waktu Malam - Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat kemalangan.




  • Waktu petang - Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal selama dua minggu menemui kegagalan.






  1. Tiga nilai kemanusiaan:

  • Nilai kasih sayang - Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu.

  • Nilai ketabahan - Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali.

  • Nilai kegigihan - Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

  • Nilai bertanggungjawab - Setelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya.

  • Nilai cinta akan tanah air - Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.

  • Nilai taat akan ajaran agama - Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid secara berjemaah.

  • Nilai mengamalkan budaya bangsa - Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa mengunjungi keluarga Faridah di Cameron Highlands.

  • Nilai berdikari - Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

  • Nilai cinta akan alam sekitar - Soleh mahu penebangan hutan untuk membina calet peranginannya dilakukan dengan lebih terkawal serta dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga.



Novel Sutera Dalam Lukisan


  1. Dua latar masa:




  • waktu pagi - peristiwa Mak Som memberikan sarapan kepada Bujei selepas Bujei membersihkan motosikal Alias

  • waktu tengah hari - peristiwa Bujei memetik buah betik di kebun Sidang Saman - kedatangan Samsul - dia memberitahu Bujei bahawa Adila ingin menemuinya.




  1. Tiga nilai kemanusiaan:

  • Nilai kasih sayang. Contohnya, Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya. Ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu.

  • Nilai hormat menghormati. Contohnya, Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya iaitu Hafiz.

  • Nilai baik hati. Contohnya, Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh Harun.

  • Nilai keadilan. Contohnya, Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei.

  • Nilai keberanian. Contohnya, Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.



JAWAPAN PRAKTIS SOALAN SPM 2013

Soalan 1 - Rumusan

Pendahuluan

Petikan membincangkan kelebihan / manfaat / keistimewaan / faedah hutan bandar.


Isi-isi Tersurat (Kepentingan hutan bandar)

    1. Menyediakan kawasan hijau yang berkualiti.

    2. Mengurangkan kesan negatif akibat kemerosotan kualiti alam sekitar.

    3. mengurangkan masalah pencemaran udara.

    4. Mengurangkan masalah pemanasan global.

    5. Dijadikan peneduh daripada panas matahari.

    6. Dapat menyerap gas karbon dioksida di atmosfera.

    7. Dapat mengurangkan masalah perubahan iklim.

    8. Dapat melengkapkan ekosistem bandar.

    9. Dapat meminimumkan kerosakan akibat hakisan tanah.


Isi-isi Tersirat (Cara-cara mengekalkan hutan bandar)

    1. Mengelak penebangan pokok sewenang-wenangnya di kawasan bandar.

    2. Menambah jumlah pokok yang sedia ada di kawasan bandar.

    3. Menguatkuasakan undang-undang dan mengambil tindakan ke atas mereka yang menebang pokok.

    4. Mewartakan kawasan yang perlu dikekalkan pokok-pokok.

    5. Meletakkan papan tanda amaran terhadap orang ramai tentang kepentingan menjaga pokok.

6. Kempen untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga pokok-pokok di kawasan ban dar.
Kesimpulan

Kesimpulannya, pelbagai pihak mesti mengekalkan pokok-pokok di kawasan bandar agar dapat memberi manfaat kepada warga bandar.



Soalan 2(a) - Petikan Umum


  1. Bermaksud dengan kaedah atau cara yang tersusun/kemas/tersusun atau terancang




  1. Fungsi:




  1. Usaha-usaha:

  • mengadakan kempen di sekolah tentang pentingnya memelihara dan memulihara hutan

  • menanam pelbagai jenis pokok di sekolah di tempat yang sesuai supaya murid-murid memahami kepentingan pokok dan hutan

  • guru-guru mesti menerangkan dengan jelas kepada murid-murid tentang kepentingan hutan

  • pendedahan mengenai kepentingan pokok dan hutan mesti diperluaskan menerusi subjek-subjek tertentu di sekolah

  • mengadakan lawatan ke hutan rekreasi.



Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden


  1. Perbezaan:

  • hidup Wah susah kerana dia hanya makan makanan tradisional - mereka makan makanan yang enak-enak

  • rumah Wah buruk dan dikelilingi oleh pokok-pokok yang tinggi - cucu-cucu Wah tinggal di bandar dan di rumah yang mewah




  1. Tindakan:

  • Israk mesti mengubah sikapnya dan tidak melawan cakap Mikraj.

  • Mikraj mesti bersabar dan menasihati lsrak dengan lembut dan dia tidak boleh lemah semangat.

  • Israk mesti memikirkan kebenaran kata-kata Mikraj dan menerima hakikat corak kehidupan Wah.

  • Memohon maaf

  • Bertolak ansur/ mengalah.




  1. Perwatakan Wah dalam petikan:

  • seorang yang merendah diri. Wah sedar akan kehidupannya yang serba daif di kampung.

  • Seorang yang penyayang - Wah tidak mahu cucu-cucunya bergaduh sesama sendiri.

  • Seorang yang sensitif – Wah terasa apabila Israk dan Mikraj bergaduh.

Perwatakannya daripada keseluruhan cerpen:



  • seorang yang berani kerana menyelamatkan Israk yang terjatuh ke dalam sungai.

  • Seorang yang rajin – rajin mencari buah-buahan untuk hidangan cucu-cucunya.

  • Seorang yang tabah – Wah tabah menerima kenyataan kematian suaminya.



Soalan 2(c)- Petikan Prosa Klasik


  1. Bermaksud binatang/haiwan yang ganas-ganas dan membahayakan




  1. Keistimewaan-keistimewaan:

  • Dapat menyeberangi lautan dibawa oleh lembur

  • seorang yang berani dengan haiwan buas

  • boleh berkomunikasi dengan binatang

  • mampu melindungi Indera Jenaka daripada dimakan binatang buas.




  1. Tindakan:

  • memberi pelbagai keistimewaan kepada Indera Nata termasuk pangkat

  • menjaga kebajikan Indera Nata dan keluarganya

  • memberi keselesaan tempat tinggal untuk Indera Nata

  • menawarkan jawatan yang tinggi



Soalan 2(d) – Sajak


  1. Kepentingan:

  • alat perhubungan antara masyarakat

  • menjalin persaudaraan antara penduduk dunia

  • hati nurani bangsa

  • maruah bangsa

  • bahasa ilmu




  1. Usaha-usaha:

  • mengadakan kempen secara meluas tentang kepentingan bahasa Melayu supaya dituturkan dengan lebih yakin oleh masyarakat di negara sendiri

  • menggalakkan masyarakat negara kita yang melancong ke negara asing menggunakan bahasa Melayu di negara asing

  • memperluas kursus-kursus pengajian bahasa Melayu di universiti luar negara

  • menjual buku-buku bahasa Melayu ke luar negara

  • mengadakan pertandingan menggunakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.




  1. Persoalan:

  • kepentingan menjaga maruah atau imej bahasa Melayu supaya kekal diucapkan oleh masyarakat

  • sejarah kegemilangan bahasa Melayu kerana diguna pakai oleh ramai penduduk di seluruh dunia

  • kedudukan bahasa Melayu di negara ini yang perlu dimartabatkan agar kukuh dan dapat dibanggakan.



Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
Jawapan 3 (a):


  1. bilah - penjodoh bilangan bagi pisau (keris,

pedang dll)

  1. jambak - karangan (bunga, kunci, dll), rangkai, berkas

  2. keping - penjodoh bilangan bagi sesuatu yg pipih dan nipis (spt kad, kertas, papan, dll) atau bagi sesuatu yang luas (spt tanah).

  3. pucuk - penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dll)

  4. rawan - penjodoh bilangan yang menyatakan selengkap (jala, jaring, kancing baju, dll)

  5. utas - penjodoh bilangan untuk benda yang berurai (spt benang, tali, rantai dll)



Jawapan 3 (b):


  1. FN + FS

  2. FN + FN

  3. FN + FK

  4. FN + FS

  5. FN + FA

  6. FN + FK



Jawapan 3 (c):


  1. memperlebarkan - memperlebar/

melebarkan

insfrastruktur – infrastruktur




  1. jawatan kuasa - jawatankuasa

berbincang - membincangkan


  1. membangunkan - pembangunan

rekriasi - rekreasi

Jawapan 3 (d):


  1. di antara - antara

diketatkan - dikukuhkan / dieratkan / dipererat


  1. mengabaikan - menyerahkan/melepaskan

pada guru - kepada guru



  1. membacakan - menyampaikan

ramai murid-murid - ramai murid/murid-murid

Jawapan 3 (e):


  1. tiada beban batu digalas/menjolok sarang tebuan

  2. dalam tangan

  3. belakang parang diasah lagikan tajam


Soalan 4 - Novel
Yüklə 375,39 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin