Jawapan praktis soalan spm


JAWAPAN PRAKTIS SOALAN SPM 2014



Yüklə 375,39 Kb.
səhifə5/6
tarix06.09.2018
ölçüsü375,39 Kb.
#78477
1   2   3   4   5   6

JAWAPAN PRAKTIS SOALAN SPM 2014

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan [2 markah]

Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab / fungsi kaunselor di sekolah / dalam kalangan murid.



Isi tersurat [4 hingga 12 markah]

  1. Menolong murid mengenal pasti punca tekanan emosi tersebut.

  2. Memberikan bimbingan tentang cara menangani masalah yang dihadapi.

  3. Memandu murid memahami serta menerima keadaan diri.

  4. Murid akan dibantu menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupannya.

  5. Membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan minatnya.

  6. Untuk membimbing murid memanfaatkan peluang bagi penyempurnaan kendiri.

  7. Memahamkan murid tentang hubungan mereka dengan masyarakat sekitar.

  8. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid.

Isi tersirat [4 hingga 12 markah]

  1. Bilik kaunseling yang kondusif.

  2. Sikap kaunselor yang mesra pelanggan.

  3. Kaunselor mudah ditemui untuk sesi bimbingan dan kaunseling.

  4. Mengiklankan/mempromosikan perkhidmatan kaunseling secara berterusan.

  5. Meminta kerjasama ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak berjumpa dengan kaunselor.

  6. Pihak sekolah memberikan penghargaan/ hadiah / merit kepada murid yang mendapatkan khidmat bimbingan kaunseling.

  7. Menetapkan jadual murid berjumpa kaunselor.

  8. Mengaktifkan aktiviti Kelab Bimbingan dan Kaunseling / Pembimbing Rakan Sebaya.

  9. Membuka talian khidmat Bimbingan dan Kaunseling sekolah / e-mel / Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Penutup [2 markah]

Kesimpulannya, setiap murid digalakkan berjumpa dengan kaunselor agar dapat meningkatkan keterampilan diri.



Soalan 2 (a) : Petikan Umum

  1. Maksud

  • Memperoleh keyakinan / pengiktirafan

[2 markah]

  1. Tanggapan yang salah:

  • Kaunselor berperanan untuk menyelesaikan masalah.

  • Mereka yang berjumpa dengan kaunselor merupakan individu yang bermasalah semata-mata.

  • Kaunselor memberikan tumpuan terhadap masalah tertentu sahaja.

[3 markah]

  1. Tindakan:

  • Meminta nasihat daripada ibu bapa

  • Meminta nasihat ahli keluarga – datuk/nenek/abang/kakak.

  • Mendapat pandangan yang baik daripada rakan-rakan.

  • Berbincang dengan guru mata pelajaran / kelas/mentor

  • Merujuk buku/ Internet/ risalah

  • Bersembahyang hajat / berdoa kepada Tuhan

  • Merujuk masalah kepada imam / guru agama / ketua kampung / doktor.

[4 markah]

]

Soalan 2 (b) : Petikan Drama



  1. Maksud:

  • Keadaan/situasi mesra/harmoni

[2 markah]

  1. Kebaikan lain:

  • Melahirkan kakitangan yang lebih bertanggungjawab

  • Mengelakkan perlakuan rasuah

  • Memupuk jati diri yang kental.

  • Meningkatkan imej negara.

  • Mempercepatkan pembangunan negara

[3 markah]


  1. Satu pengajaran daripada petikan:

  • Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum agar negara kita menjadi sebuah negara harmoni.

  • Kita hendaklah bersatu dalam satu kebudayaan nasional agar terjalin perpaduan.

  • Kita perlu mengamalkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional.

  • Kita hendaklah mengamalkan etika kerja yang baik agar dapat meningkatkan produktiviti.

[2 markah]

Satu pengajaran dalam keseluruhan drama:



  • Kita perlulah menjadi remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara.

  • Kita mestilah menjadi remaja yang memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan agar menjadi remaja yang berguna pada masa hadapan.

  • Kita hendaklah hidup bermasyarakat agar mewujudkan rakyat yang bersatu padu.

  • Kita hendaklah memupuk semangat patriotik dalam diri kita.

[2 markah]

]

Soalan 2 (c) : Petikan Prosa Tradisional



  1. Maksud:

  • Meminta izin kembali ke kenderaan / kapal / pengangkutan mereka.

[2 markah]

]


  1. Perkara-perkara:

  • Daeng Merewah dijadikan Yang Amtuan Muda.

  • Opu Daeng Chelak hendak dikahwinkan dengan adik Yang Amtuan Raja Sulaiman yang bernama Tengku Puan.

  • Yang Amtuan Raja Sulaiman memberitahu Daeng bersaudara bahawa adiknya telah diculik oleh Yang Amtuan Raja Kecil ke Siak untuk dijadikan isteri.

[3 markah]

]


  1. Sebab-sebab:

  • Kerana baginda meminta bantuan daripada orang lain.

  • Agar keputusan yang dibuat memuaskan hati kedua-dua pihak.

  • Agar tidak mendatangkan masalah setelah persetujuan dibuat.

  • Agar keputusan yang dibuat tidak berat sebelah.

[3 markah]
Soalan 2 (d) : Sajak

  1. Maksud:

  • Imaginasi / fantasi / ilusi / lamunan / bayangan pengkarya / penggiat seni.

[2 markah]


  1. Cara-cara:

  • Kisah Mahsuri difilemkan

  • Mendokumentasikan / membukukan kisah Mahsuri.

  • Menerbitkan penulisan-penulisan yang berkaitan dengan kisah Mahsuri.

  • Memelihara dan memulihara tapak sejarah Mahsuri.

  • Kisah Mahsuri dimasukkan dalam sukatan pelajaran di sekolah.

  • Mempromosikan sejarah Langkawi / Mahsuri.

[3 markah]


  1. Persoalan:

  • Fitnah dalam kalangan masyarakat – Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah terhadap dirinya.

  • Sumpah atau dendam – kezaliman yang berlaku terhadap Mahsuri sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan.

  • Sastera atau sejarah – sejarah menjadi bukti sahih yang digarap menjadi hasil sastera yang bernilai.

  • Legenda Mahsuri membangunkan Langkawi – kisah Mahsuri menyebabkan Langkawi terkenal/popular.

[3 markah]

]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa



Jawapan 3 (a)

  1. putih bersih - putih lagi bersih, putih sekali

  2. bersatu hati - bermuafakat benar, seia sekata

  3. titik permulaan - sesuatu (hal, keadaan, kejadian, kejayaan, pengemukaan, dll) yang menjadi punca atau asas untuk mencapai sesuatu yang lebih besar (yang selanjutnya)

  4. kenangan manis - peristiwa menggembirakan yang menjadi ingatan

  5. berpandangan jauh - mempunyai hematan dan kebolehan menjangka (keperluan, masalah, perkembangan dan sebagainya) yang akan datang atau timbul.

  6. menenangkan fikiran - menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yang susah. / Mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur.

[6 ]

Jawapan 3 (b)

  1. Subjek : Atlet muda itu

Predikat : telah mengharumkan nama

Malaysia dalam Sukan Komanwel




  1. Subjek : Abang

Predikat : terkenal dengan sikapnya

yang ringan tulang sejak di bangku sekolah lagi




  1. Subjek : Penjagaan pelbagai

kemudahan yang terdapat di taman rekreasi

Predikat : menjadi tanggungjawab

semua pihak

Jawapan 3 (c)


  1. dailog - dialog

berdekatan - terdekat


  1. berbillion - berbilion

persediaan - menyediakan/

penyediaan




  1. menjalani - menjalankan

ekspress - ekspres

Jawapan 3 (d)

  1. profesion - profesional

amat dikagumi oleh saya - amat saya kagumi


  1. beberapa langkah-langkah - langkah, beberapa

langkah, langkah-langkah

dimakan - ditelan, dimamah



  1. menyusur - mengalir

di suatu - pada suatu

Jawapan 3 (e)

  1. seperti lembu/kerbau dicucuk hidung/ikut telunjuk/pak turut

  2. pengayuh/pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air

  3. yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang / tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu / durian runtuh.

[

Soalan 4 : Novel

SOALAN 4(a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.



(i) PAPA

Watak utama : Intan Juliana (Ju)

1. Konflik Ju dengan papa yang ingin berkahwin

dengan Aisyah.

Cara penyelesaian :Ju membenar dan merestui

perkahwinan kali kedua ayahnya.


2. Konflik hubungan percintaan Ju dengan Rasylan

yang tidak disukai oleh papa



Cara penyelesaian : Ju berjanji mahu merenggangkan hubungannya dengan Rasylan tetapi sebenarnya meneruskan hubungan percintaan mereka secara diam-diam tanpa pengetahuan papanya.
3. Konflik untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak ajakan papa untuk diperkenalkan kepada Aisyah.

Cara penyelesaian : Ju menolak ajakan papa

dengan alasan mahu menjaga mama yang sedang

koma.
4. Konflik dengan situasi mama yang koma kerana

mengandung anak kedua.



Cara penyelesaian : Ju reda dengan ketentuan dan

ujian Allah. Ju sering berdamping dan menjaga

mama.
5. Konflik dengan Murni rakan sekolah yang selalu

menyindir dan mengganggu emosinya.



Cara penyelesaian : Ju tidak menghiraukan sindiran

rakannya dan tidak mempedulikannya.



(ii) MELUNAS RINDU

Watak Utama : Abd Halim @ Joshua @ Fuad

  1. Konflik dalaman Fuad tentang ibunya:

Ketika melawat ibu Farhana di hospital, Fuad terkejut apabila terlihat nama Mariana tercatat pada kad pesakit. Setelah berbincang dengan Farhana, gerak hatinya bahawa ibu Farhana ialah ibunya juga semakin kuat. Setelah ayahnya mengesahkan bahawa Mariana sememangnya ibu Fuad, Fuad gembira menerima berita itu tetapi kecewa kerana hasratnya untuk berkahwin dengan Farhana tidak kesampaian.

Cara penyelesaian: Fuad memujuk dirinya agar menerima ketentuan Ilahi dan perlahan-lahan cuba memujuk Farhana. Akhirnya mereka belajar menyesuaikan diri dengan status baru perhubungan mereka iaitu sebagai abang dan adik.


  1. Konflik dalaman Fuad dalam usaha mencari pusara ibunya

Fuad mendapat tahu bahawa ibunya telah meninggal dunia dan pusaranya terletak di Lembah Klau. Fuad pergi ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya tetapi pusara ibunya tiada di situ. Dalam usaha tersebut dia dimaklumkan bahawa ibunya Mariana telah dibawa pindah keluar dari kampung itu oleh kakak angkatnya Mariah.

Cara penyelesaian: Fuad pergi berjumpa dengan Pak Ngah Lias dan Pak Ngah Lias membawa Fuad ke rumah jiran Mariah, iaitu Pak Samsudin. Pak Samsudin menjelaskan bahawa Mariana tidak mati tetapi dia gila meroyan dan kuburnya tidak ada di kampung itu.


  1. Konflik Fuad dengan Cikgu Zamani

Fuad berasa serba salah sama ada mahu hadir atau tidak atas undangan Cikgu Zamani kerana dia kurang selesa berkawan dengan Cikgu Zamani yang agak berlainan tingkah laku dan pemikirannya.

Cara penyelesaian: Fuad pergi juga ke rumah Cikgu Zamani kerana menghormati Cikgu Zamani selaku tuan rumah dan majlis yang diadakan.

  1. Konflik Fuad dengan Mak Salmah

Fuad melarikan Sofia iaitu anak angkat Mak Salmah dan Pak Ismail. Malangnya, Sofia meninggal dunia semasa berada di rumahnya di Kuala Lumpur. Peristiwa ini menyebabkan Mak Salmah membenci Fuad dan tidak dapat memaafkan kesalahan Fuad.



Cara penyelesaian: Fuad menyerahkan dirinya kepada keluarga Pak Ismail dan Mak Salmah sebagai anak angkat, menggantikan Sofia. Walaupun Mak Salmah tidak mahu bercakap dengan Fuad dan melayannya dengan kasar, Fuad tetap berusaha untuk mengambil hati Mak Salmah.


  1. Konflik Fuad dengan ayahnya

Fuad marah kepada ayahnya Robert Lim atau nama Islamnya Roslan kerana meninggalkan ibunya dan menyebabkan dia terpisah daripada ibunya. Dia juga tidak suka dengan sikap ayahnya yang lebih mementingkan pekerjaannya berbanding keluarga. Walaupun Fuad dilahirkan sebagai penganut agama Islam, tetapi dia dibesarkan oleh bapa saudarnya Peter Lim dan Swee Lan.



Cara penyelesaian: Fuad telah membuang diri daripada orang yang mengasihinya. Akhirnya dia ke rumah Pak Ismail dan Mak Salmah. Di sana, dia cuba menebus kesilapannya terhadap Mak Salmah kerana kematian Sofia di samping berusaha mencari ibunya.
(iii) AZFA HANANI

Watak Utama : Azfa Hanani

  1. Konflik dalam diri Azfa Hanani

Disebabkan kemiskinan hidup yang dialaminya dia menghadapi kesukaran untuk menimba ilmu kerana kekurangan buku rujukan sains.

Cara penyelesaian: Azfa Hanani telah mengambil keputusan mengambil buku rujukan sains di perpustakaan sekolahnya tanpa pengetahuan pihak perpustakaan dengan iltizam akan mengembalikan buku itu semula.


  1. Konflik antara Azfa Hanani dengan Tengku Mazran

Sama ada menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni atau sebaliknya.

Cara penyelesaian:Azfa Hanani menjelaskan kepada Tengku Mazran bahawa segala keputusannya bergantung kepada restu, keizinan dan kesanggupan bapa saudaranya Pak Long Madi.


  1. Konflik antara Azfa Hanani dengan Iskandar

Iskandar mengajak Azfa Hanani membonceng motosikal berkuasa tingginya.

Cara penyelesaian:Azfa Hanani menolak tawaran Iskandar dengan alasan dia tidak mengenali Iskandar.


  1. Konflik antara Azfa Hanani dengan Laili / budak glamour

Azfa Hanani tersinggung dengan sikap Laili dan kumpulan budak glamour yang sering menghina dan mencaci Azfa Hanani kerana berasal daripada keluarga miskin.

Cara penyelesaian: Azfa Hanani menjauhi Laili dan menolak tawaran Laili menjadi pengacara Hari Sumbangsih.


  1. Konflik antara Azfa Hanani dengan Ekran.

Azfa Hanani berasa risau dan bimbang kerana dia tidak menemui Ekran beberapa hari, Azfa Hanani ingin menemui Ekran dan berbincang tentang sesuatu perkara berkaitan Tengku Murni dengannya.

Cara penyelesaian: Azfa Hanani berjumpa sendiri dengan Ekran untuk meleraikan segala persoalan yang bermain dalam fikirannya.
(iv) RENYAH

Watak Utama : Datuk Dolhi

  1. Konflik Datuk Dolhi dengan anak-anak isteri pertama . Anak-anaknya tidak berjaya dalam kehidupan dan tidak mahu mengambil alih perniagaannya.

Cara penyelesaian: Wahi dihantar ke Jepun untuk mendalami bidang perniagaan dan melantik Wahi anak kandungnya dengan Mastura isteri kedua sebagai penggantinya dalam syarikat.


  1. Konflik Datuk Dolhi dengan anaknya Hasnol. Hasnol yang tidak mahu mengambil alih tempat bapanya sebagai pengurus syarikat, malah terjebak dengan rasuah dan akhirnya ditangkap.

Cara penyelesaian: membayar wang jaminan untuk membebaskannya.

3. Konflik Datuk Dolhi dengan anaknya Dani. Dani ditangkap polis kerana terlibat dalam ketagihan dadah ketika persembahan kumpulan muziknya.



Cara penyelesaian: Datuk Dolhi telah menjamin Dani dan menghantarnya ke pusat pemulihan.


  1. Konflik Datuk Dolhi dengan anaknya Mukhlis. Mukhlis terjebak dengan ajaran sesat, mudah terikut-ikut dalam beragama sehingga mengalami tekanan mental.

Cara penyelesaian: menghantar Mukhlis ke pusat pemulihan untuk mendapatkan rawatan mental.


  1. Konflik dalaman bersama rakan kongsi. Datuk Dolhi merasakan Albert Lee cuba mengambil alih syarikat Dolhi - Albert Holding

Cara penyelesaian: beliau melantik Wahi anak kandungnya dengan Mastura untuk menguruskan syarikat dan Wahi mempunyai idea dan komited dengan kerja.
(v) KONSERTO TERAKHIR

Watak Utama : Hilmi

  1. Konflik Hilmi dengan Datin Salmah - Datin Salmah tidak menyenangi Hilmi tinggal di rumahnya kerana kemiskinan, berpendidikan rendah dan datang dari kampung.

Cara penyelesaian: Hilmi mengatasi konflik tesebut dengan cara berbuat baik dan mengambil hati Datin Salmah. Hilmi juga sentiasa bersabar dan tabah apabila menerima kata-kata hinaan daripada Datin Salmah.


  1. Konflik Hilmi dengan Datin Salmah mengenai hubungan baiknya dengan Hayati sehingga dia diusir dari rumahnya kerana Datin Salmah tidak suka Hayati berkawan rapat dengan tukang kebun dan menuduh Hilmi telah membomohkan anaknya.

Cara penyelesaian: Hilmi mengambil keputusan untuk keluar dari rumah itu kerana tidak tahan dengan sikap Datin Salmah.


  1. Konflik Hilmi dengan Datin Salmah apabila Hilmi dituduh merosakkan piano Hayati.

Cara penyelesaian: Hilmi amat sedih dimarahi Datin Salmah, dia minta maaf lalu meninggalkan bangku piano dan berundur berjalan tergesa-gesa keluar melalui pintu depan. Hilmi bersumpah tidak akan menyentuh piano itu lagi pada masa akan datang. Hilmi rela dipotong gajinya untuk membaiki kerosakan pianonya.


  1. Konflik Hilmi dengan isterinya yang inginkan kebebasan dan jemu menjadi suri sepenuh masa.

Cara penyelesaian: Hilmi tetap bersabar dan tetap menyayangi Azizah dan anaknya meskipun isterinya itu balik ke rumah bapanya kerana inginkan kemewahan dan kebebasan.


  1. Konflik dalaman apabila tindakan Azizah dan anaknya meninggalkan Hilmi dan mengambil keputusan untuk tinggal terus di rumah bapanya.

Cara penyelesaian: Hilmi datang juga ke rumah Encik Bakar semata-mata ingin melihat anaknya walaupun kadang-kadang anaknya mengatakan dirinya ‘bapa jahat’. Hilmi langsung tidak mengambil hati apa yang terjadi.
(vi) KEMBARA AMIRA

Watak Utama : Amira Amer

  1. Konflik rasa bersalah kerana melanggar adat. Amira rasa bersalah kerana mengambil ketulan emas dari sebuah tempat yang dianggap suci oleh penduduk asli.

Cara penyelesaian: Amira memulangkan semula ketulan emas tersebut kepada Ludin.


  1. Konflik kerana membuat keputusan yang kurang bijak. Amira membuat keputusan untuk menunggu Malique di Air Terjun Angin kerana ingin tahu tujuan kehadiran Malique di Bukit Mat Raya dan berlaku kemalangan yang hampir melemaskan Amira dalam arus deras dan menyebabkan kehilangan Jacinta ketika mencari Amira.

Cara penyelesaian: Amira turut serta mencari Jacinta yang hilang di dalam hutan.


  1. Konflik mencari rakan yang hilang. Amira risau dengan kehilangan rakannya Malique.

Cara penyelesaian: Amira meminta bantuan Itai, Pak Lias dan Jacinta untuk mencari Malique yang hilang.


  1. Konflik Amira meredakan perbalahan antara Jennifer dan Tau. Amira bertanggungjawab untuk menyelesaikan perbalahan keluarga Tau.

Cara penyelesaian: Amira mencadangkan perbalahan keluarga Tau dan Jennifer itu diselesaikan di Desa Karpus itu sendiri dan akhirnya segala kekusutan tentang keluarga Jennifer dan Tau terbongkar.


  1. Konflik Amira dengan ibunya. Ibu Amira yang tidak suka Amira terlalu bebas di Bukit Mat Raya.

Cara penyelesaian: Amira tidak menghiraukan larangan ibunya itu dan dia melakukan apa-apa sahaja yang dikehendakinya bersama rakannya Jacinta dan Itai.
(vi) KABUS DI PERBUKITAN

Watak Utama : Faridah

1. Konflik jiwa yang dialami oleh watak utama apabila kehilangan orang-orang tersayang dalam tempoh yang singkat. Faridah kehilangan Rahayu, kembar yang dirinduinya kerana menghidap kanser, Kemudiannya, Faridah kehilangan Salmah ibu tersayangnya yang meninggal dunia kerana amat rindu dengan arwah Rahayu dan seterusnya Ghazali suaminya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.



Cara penyelesaian: Faridah membuat keputusan mengikuti kursus yang ditawarkan kepadanya selama enam bulan di New Zealand bagi mengatasi konflik jiwa yang dialaminya.
2. Konflik Faridah dengan Melina. Melina enggan meneruskan pengajiannya setelah gagal pada tahun pertama di University of Canterbury walaupun dipujuk dengan baik oleh Faridah. Konflik antara kedua-duanya berterusan apabila Melina membuat keputusan untuk pergi ke Auckland bagi mendapatkan pekerjaan. Bagi Faridah keputusan tersebut bermakna Melina akan tinggal berjauhan dengan dirinya dan suaminya, Soleh Johnson, namun bagi Melina dia ingin hidup bebas seperti gadis-gadis lain. Melina juga berpendapat bahawa keadaan dirinya di New Zealand adalah berbeza dengan Faridah yang dilahirkan di Malaysia.

Cara penyelesaian: Faridah akhirnya terpaksa menerima keputusan yang dibuat Melina demi menjaga hati dan hubungan baiknya dengan Melina kerana menyedari sikap Melina yang suka akan kebebasan dalam hidupnya.
3. Faridah berkonflik dengan dirinya sendiri untuk mengekalkan jati diri keturunannya yang berasal dari Malaysia.

Faridah tidak mahu anak cucunya lupa akan asal usul bangsanya setelah 25 tahun dia menetap di New Zealand. Bagi menyelesaikan konflik yang dihadapinya itu, Faridah telah mengambil keputusan untuk mengajak suaminya, Soleh Johnsons menetap ke Malaysia. Suaminya telah bersetuju apabila menjalin hubungan perniagaan dengan Datuk Azrul.



Cara penyelesaian: Faridah pulang dan kembali ke tanah air sendiri dan berasa tenang.
4. Konflik Faridah dengan masyarakat kulit putih di Roswood, Christchurch, New Zealand yang menyangka Faridah sebagai orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Hal ini memandangkan warna kulitnya yang sawo matang.

Cara penyelesaian: Faridah mengambil peluang memperkenalkan diri dan asal usulnya dalam satu majlis ramah mesra komuniti. Faridah menyelesaikan konflik tersebut dengan cara menjalin hubungan baik dengan penduduk di kejiranan dan di masyarakat setempat.
5. Konflik dalaman Faridah yang putus cinta. Ketika membawa murid-murid sindrom down ke Bukit Fraser, fikiran Faridah sedang buntu dan perasaannya berkecamuk kerana Azman, telah memutuskan pertunangan mereka melalui pesanan teks ringkas.

Cara penyelesaian: Dia cuba menenangkan perasaannya dengan memandu van ke Raub. Dia juga akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Ghazali, ketuanya sendiri.
Yüklə 375,39 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin