K huruf ke-11 dlm abjad Rumi


kayang Kl kawasan tanah berumput yg menjadi hak milik seseorang. kayangan



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə10/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   6   7   8   9   10   11   12   13   ...   42

kayang Kl kawasan tanah berumput yg menjadi hak milik seseorang.

kayangan negeri yang-yang, tempat dewa-dewa;  yang II.

kayap penyakit kulit yg berupa bintik-bintik merah dan gatal; jenis-jenis: ~ api, ~ badak, ~ basah, dll.

kayau; mengayau membanjiri (bkn air bah), menggenangi.

kayu I 1. = pohon ~ = pokok ~ pohon yg hidup atau tumbuh (digunakan juga) utk menyatakan nama atau jenis pohon spt ~ ara, ~ kembang, dll; batang ~ batang pohon; dahan ~ dahan pohon; daun ~ daun pohon; 2. bahagian batang (dahan dsb) yg keras yg banyak gunanya (boleh dijadikan tiang, alat perkakas, dll): bahan api ialah benda-benda yg dibakar utk mendatangkan panas spt ~, arang batu, minyak tanah, dll; perabot yg dibuat drpd ~ jati; 3. yg dibuat drpd kayu (batang atau dahan pokok): kerusi ~; rumah ~;

~ akhir (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih kecil, lebih tumpat, lebih kuat, dan terbentuk terkemudian drpd bahagian kayu awal; ~ antara (Bio) lapisan pd sebelah dlm gubal kayu yg mempunyai ciri peralihan antara ciri gubal kayu dan ciri teras kayu (dr segi warna dan sifat umum);~ api = ~ bakar kayu yg digunakan sbg bahan api; ~ arang sj kayu yg keras dan hitam warnanya; ~ awal (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih besar, kurang tumpat dan terbentuk pd awal musim pertumbuhan;~ balak a) batang kayu yg telah dipotong; b) Id batang kayu yg telah ditarah; ~ bangunan kayu yg baik utk dibuat rumah dsb; ~ belantan sj gada (pemukul) drpd kayu; ~ besi sj kayu yg keras dan berat (berwarna hitam); ~ bongkok ki orang yg hina lagi miskin (selalu dipandang rendah); ~ cagak kaki penyangga (meriam dll) drpd kayu; ~ gabus kayu yg lembut dan ringan; ~ gergaji (Hut) kayu yg dihasilkan drpd pembelahan dan pemprosesan kayu balak, dan mempunyai beberapa ukuran dan bentuk tertentu, mis papan dan beroti; ~ hutan kayu drpd pokok-pokok di hutan; ~ jaras kayu balak yg bergaris pusat kecil (kurang drpd 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan; ~ keras (Hut) tumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon (mis cengal, jelutung, dll); ~ kumai (Hut) kayu panjang yg dipotong dengan menggunakan mesin kumai, dan permukaannya dibentuk menjadi pelbagai rupa bentuk utk tujuan hiasan;~ lapis kayu keping yg nipis dan berlapis-lapis (digunakan oleh tukang kayu); ~ lembut (Hut) tumbuhan Gymnospermae yg menghasilkan kayu (mis pain, damar minyak, sempilor, podo, dll); ~ lempung a) kayu yg ringan; b) Kl orang yg berbadan besar tetapi tidak kuat; ~ malam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Ebenaceae, buey, kayu arang, kumoi, meribut kumoi bukit, Diospyros spp.; ~ manis kulit drpd sj pokok yg manis-manis pedas rasanya (digunakan dlm masakan); ~ masam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, bagil, galang-galang penatan (Sabah), Aporusa spp.; ~ muda (Bio) bahagian kayu yg cepat tumbuh yg terbentuk di keliling empulur pokok.~ palang a) pengancing pintu drpd kayu; b) salib; ~ pembaris (rul, skil) kayu dll yg bersenggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus); ~ putih tumbuhan yg menghasilkan sj minyak utk dibuat ubat, Meloleuca leucadendron; ~ satar Id kayu pembaris; ~ ukur a) kayu utk mengukur panjang dll sesuatu; b) ki ukuran atau standard yg digunakan utk membuat perbandingan atau penilaian: ~ ukur utk mengetahui yg mana baik dan yg mana tidak baik; ~ besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan prb pemimpin yg menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya; ~ bongkok kura-kura pun boleh memanjat prb kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yg menambah-nambah kesalahannya; ~ dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn tangan prb orang yg tidak sempurna akal fikirannya; ~ yg banyak akarnya tak takutkan ribut = ~ yg berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon ~ banyak akarnya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak kawan tidak takut akan susah; bagai ~ lempung ditebuk kumbang tembus-menembus prb orang yg lemah mudah dianiayai oleh orang yg berkuasa; besar ~ besar dahannya = gedang ~ gedang dahannya prb apabila banyak penghasilan, besar pula perbelanjaannya; di mana ~ bengkok, di sanalah musang meniti prb tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah yg dimasuki pencuri; kalau sama tinggi ~ di rimba, di mana angin akan lalu prb kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan menjadi; laksana pohon ~ tidak berbuah prb ilmu yg tidak diamalkan tidak berguna; seberat-berat ~ terapung juga dlm air prb fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut; tak ~ jenjang dikeping prb dlm keadaan yg serba sukar, segala apa pun dibuat utk mencapai maksud; umpama ~ buruk, buruk dek panas, reput dek hujan prb nasib malang yg tidak dapat dielakkan lagi; umpama ~ lempung, belum ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain;

kayu-kayu 1. bp orang yg diperalatkan oleh orang lain (spt menggunakan namanya utk membeli sesuatu dll); 2. bp lelaki yg dijadikan sbg kendak (oleh perempuan);

kayu-kayuan, kayu-kayan serba jenis kayu, bermacam-macam jenis kayu;

berkayu 1. ada kayunya, berteras; 2. mencari kayu (di hutan): pergi ~ pergi mencari kayu;

perkayuan 1. (segala jenis pekerjaan) yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, membuat kerusi drpd kayu); 2. alat-alat rumah drpd kayu: ke kampung telah dikirim surat menyuruh membeli ~ buat rumah anak; 3. rangka rumah.

kayu II gulung (sbg satuan atau unit utk mengira banyaknya kain, cita, dll): kain khasah bunga emas setengah ~.

kayu III 1. sj ikan laut, Euthynnus alleteratus; 2. sj ikan laut, Germo sibi.

kayuh I = pengayuh;

berkayuh, mengayuh 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya;

~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan;

berkayuh-kayuhan berkayuh-kayuh ke sana ke mari (utk bermain-main sahaja);

mengayuhkan 1. menjalankan perahu (dgn menggunakan pengayuh), menjalankan perahu (menuju, menghala ke): anak-anak perahu ~ perahunya mengikut perintah Musa; Wan Omar memerintahkan supaya perahu itu cepat dikayuhkan ke tepi pantai; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): Ramlan ~ becanya membawa dua orang anak;

terkayuhkan dapat dikayuh, berdaya mengayuh; tidak ~ lagi biduk hilir prb tidak berdaya lagi, lemah benar;

kayuhan gerakan (hasil atau perbuatan) mengayuh: jika boleh, dia ingin mengayuh sepantas ~ Rosman Alwi;

kekayuhan perahu yg dikayuh; bidar ~ sj sampan;

pengayuh 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu;

apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajatnya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera mengetahui maksudnya atau dalam dangkal pengetahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang.

kayuh II gulung (kain putih, cita, dll);  kayu II.

kayun I; berputar ~ = putar ~ bp berjalan-jalan ke sana sini (merayau-rayau).

kayun II Mn ark laku atau laris (barang-barang jualan).

kazab pembohong, palsu.

KB kep Kota Bharu.

KBSM kep Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

KBSR kep Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

KDN kep Kementerian Dalam Negeri.

KDNK kep Keluaran Dalam Negara Kasar.

ke I 1. awalan utk membentuk bilangan yg menunjukkan kedudukan dlm sesuatu siri atau urutan: ~tujuh; ~dua puluh; 2. awalan bagi membentuk kata nama (biasanya disertai dgn akhiran an): ~kasih; ~hendak; ~cantikan; ~perluan; 3. kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui: terbang ~ udara; belayar menuju ~ timur; melancong ~ Tokyo; 4. pergi (menuju sesuatu tempat): saya hendak ~ pasar.

ke II bp kah: dia sudah balik ~ atau belum?

kean Kl sj kuih berkuah (dibuat drpd beras).

kebab 1. sj sate; 2. sj makanan yg terdiri drpd daging, tomato, dll yg dicucuk dan dipanggang.

kebabal putik nangka.

kebah basah kerana keluar peluh (ketika hampir pulih drpd demam), berkurang atau mereda (demam) selepas keluar peluh: dia baru saja ~ drpd demamnya.

kebaji Mn ubat (jampi dll) yg menimbulkan kebencian terhadap seseorang atau antara suami dgn isteri (supaya bercerai): Hanafi kena ~ supaya benci pd sekalian perempuan yg lain.

kebal I 1. tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll), tidak lut: mereka ~, tidak lut oleh senjata; kereta ~; ilmu ~ ilmu yg membuat seseorang itu tidak luka oleh senjata tajam dan tidak dapat ditembusi peluru; 2. tidak boleh didakwa (dituntut) dlm mahkamah: ahli Parlimen ~ selama bersidang di Parlimen; 3. Id tidak dapat dihinggapi penyakit;

~ daging tidak lut; ~ katak puru = ~ kulit nangka kebal kerana kulit menjadi sangat keras; ~ pakan kebal kerana tidak dapat dikenai senjata dll; ~ penimbul (raksa) kebal kerana telah dimasukkan raksa ke dlm badan (dgn dijampi); ~ simpul kebal kerana tidak pecah tembuni ketika dilahirkan;

mengebal menjadi kebal;

mengebalkan menjadikan kebal;

kekebalan 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd diplomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan.

kebal II; ~ ayam sj tumbuhan (pokok), balung ayam, medang bunga, pusat beludu, Pentace triptera.

kebam I; mengebam; ~ bibir memasukkan bibir ke dlm mulut (hingga tidak kelihatan lagi);

terkebam-kebam tergerak-gerak bibir sehingga masuk ke dlm mulut.

kebam II warna putih kebiru-biruan (spt warna timah, langit, dll).

kebambam Jk sj tumbuhan (pokok dan buahnya), sj mempelam, Mangifera odorata.

keban bakul tempat menyimpan benang dan jarum.

kebarung baju yg potongannya merupakan gabungan potongan kebaya dan kurung.

kebas I 1. sj penyakit lumpuh (pd anggota); 2. berasa kaku (pd anggota); 3. semut-semutan pd anggota (kerana lama terhimpit dsb); membuang-buang ~ berjalan-jalan supaya hilang kebas (semut-semutan);

mengebaskan menjadikan (menyebabkan) kebas: duduk bersila lama-lama boleh ~ kaki.

kebas II: ~-kebus bunyi kain dll dikibas (dikibar keras-keras); ~-tangas perbuatan mengibas-ngibas atau menyebat-nyebat (oleh bomoh utk menghalau penyakit dll);

mengebas 1. mengibar-ngibar kain dll dgn keras (supaya hilang debunya dll), mengibas(kan): kain yg penuh debu itu dikebasnya sebelum dipakai; 2. memukul-mukul sesuatu (spt meja dll) dgn kain (utk menghilangkan debu dll): lantai yg kotor itu dikebasnya dgn kain buruk; 3. bp mengambil dgn tiada izin pemilik, mencuri (biasanya barang yg kurang berharga): rokok aku habis dikebasnya.

kebasi sj ikan laut, nandung, pias, selangat, Anodontosoma chacunda.

kebat I ikat, bebat, balut; ~ pinggang Mn ikat pinggang; se~ bagai sirih Mn sekata, sepakat;

mengebat mengikat, membebat, membalut;

~ erat membuhul mati prb menetapkan sesuatu aturan atau perjanjian yg tidak dapat diubah lagi; ~ erat-erat membuhul mati-mati prb membuat perjanjian hendaklah dgn sempurna; ~ sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang prb orang yg tetap pendiriannya;

mengebatkan menjadikan sesuatu sbg kebat, mengikatkan;

terkebat 1. terikat, terbebat, terbalut; 2. ki terlibat (dlm sesuatu perkara);

pengebat alat utk mengikat (membebat, membalut); tali ~ tali pengikat.

kebat II; ~-kebit tidak pernah diam (selalu bergerak, bekerja, dll).

kebaya baju perempuan yg bertangan panjang dan berbelah di bahagian dadanya (ditutup dgn butang, pin, atau kerongsang);

~ labuh = ~ panjang kebaya yg labuh (hingga ke lutut); ~ pendek = ~ bandung kebaya yg singkat (hingga ke pangkal paha).

kebayak ark kebaya.

kebayan 1. sl orang suruhan; 2. = nenek ~ perempuan tua yg menjadi perantara dlm percintaan antara pemuda dan pemudi (dlm cerita dongeng zaman dahulu); 3. Jw pegawai kampung (tugasnya menyampaikan perintah).

kebayang sj tumbuhan (pokok), merelang, pauh kijang, Irvingia malayana.

kebek (kébék); I terkebek-kebek berjalan terhegeh-hegeh (sekejap ke kiri sekejap ke kanan).

kebek (kébék) II Pr; mengebek mencari.

kebel sj tumbuhan (pokok), Eurycoma longifolia.

kebelai sangat lapar.

kebembemkebambam.

keber (kébér); mengeber Kl, Tr 1. membentang kain (drpd lipatannya); 2. menceritakan, mendedahkan (hal orang): dia tu kalau bercakap, mulalah ~.

kebil; terkebil-kebil terkelip-kelip (mata), sekejap celik sekejap pejam (spt mata orang yg kehairanan, terperanjat, dll): anak-anaknya juga tercengang sambil mata mereka ~.

kebiri kembiri I.

keboba Kl nakal (kanak-kanak).

kebuk 1. alat utk membuat laksa; 2. sj kepuk yg mengandungi piston atau omboh (pd enjin kereta); 3. ruang atau rongga tertutup;

~ awan (Fiz) sj radas yg mengandungi udara yg tepu lampau dgn wap (lazimnya alkohol) dan digunakan utk mengkaji zarah asas sesuatu bahan radioaktif; ~ jantung (Bio) ruang dlm jantung tempat darah berkumpul (ada empat kebuk pd jantung manusia); ~ pengionan (Fiz) sj radas yg berisi gas pd tekanan rendah, mengandungi dua elektrod (terdapat voltan tinggi di antara kedua-duanya), dan digunakan utk mengesan, mengukur, dan mengkaji sinaran pengionan; ~ wasap (Kim) sj kebuk yg dibina di dlm makmal dan digunakan sbg tempat utk menjalankan eskperimen yg menggunakan atau membebaskan bahan atau gas beracun.

kebul Jk asap;kepul I.

kebuli kabuli.

kebun tanah yg tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran dll, ladang kecil: ~ sayur; ~ buah-buahan; tuan ~ Id pengurus (pengusaha) ladang; tukang ~ orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam;

~ binatang taman haiwan, zoo; ~ bunga taman bunga; ~ percubaan kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; ~ raya Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor);

berkebun bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun;

memperkebuni mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sbg kebun;

perkebunan 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina;

pekebun orang yg memiliki atau yg mengurus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll);

pengebun orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.

kebur; mengebur mengacau (air dll), mengaduk, mengarau.

keburu Jk 1. tergesa-gesa, tergopoh-gapah; ~ nafsu terdorong oleh nafsu, terburu-buru (tidak berfikir panjang terlebih dahulu); 2. masih sempat; masih ~ belum terlambat atau ketinggalan, masih sempat; tidak ~ tidak sempat, terlambat, ketinggalan.

kebut I; tukang ~ Id bp penjaga garis di padang bola sepak.

kebut II; mengebut, mengebuti membuang (menghilangkan) debu dgn kain dll, mengebas: ~ pakaian.

kecah; kecuh-~;kecuh.

kecah (kécah); ~-becah kacau-bilau, halai-balai;

berkecah tidak kemas atau tidak teratur, berserak, berselerak, kacau-bilau: kalau longgok adunan itu kelihatan terlalu ~ atau tidak tentu bentuknya, betulkanlah sedikit-sedikit dgn tangan;

mengecahkan menyerakkan, menyelerakkan, menaburkan: kecahkan udang itu rata-rata dan tuangkan sekali kuahnya.

kecai; berkecai, berkecai-kecai, terkecai 1. pecah kecil-kecil (spt kaca yg jatuh terhempas), hancur, bersepai, remuk; 2. koyak-koyak (kain, kertas, dll) hingga menjadi kepingan yg kecil-kecil, hancur: surat itu dikoyak-koyaknya hingga menjadi berkecai-kecai; mula-mula orang tidak percaya bahawa mayat yg sudah hancur ~ itu ialah mayat Buyung; 3. ki hancur, musnah: harapan seorang ibu melihat anak sulung, menantu dan empat orang cucunya berbuka puasa bersamanya ~ apabila mereka terkorban dlm satu kemalangan semalam;

mengecaikan menjadikan atau menyebabkan berkecai, menghancurkan: kemalangan itu telah ~ harapannya; ketai.

kecak; berkecak bercekak; ~ pinggang bercekak pinggang.

kecak (kécak) incang-incut (kerana tercedera kaki), tertempang-tempang.

kecam I; mengecam mengkritik (keras), membidas, mencela: beliau ~ sikap setengah-setengah pegawai yg kerap menggunakan bahasa Inggeris dlm urusan-urusan pejabat;

kecam-mengecam saling mengecam antara satu sama lain: kedua-dua pihak yg bertelagah itu ~ dan tidak mahu beralah;

kecaman kritikan (yg keras), bidasan, celaan: pendapat ahli Parlimen itu telah menimbulkan ~-~ hebat drpd ahli-ahli agama;

pengecam pembidas, pengkritik, pencela.

kecam II sj tumbuhan (pokok), kelat lapis (merah, paya), sekujah, Eugenia longiflora (lineata); ~ hutan sj tumbuhan (pokok) mengambir, Maesa ramentacea.

kecambah tumbuhan yg baru keluar drpd benih; ~ kayu ara takkan jadi pulut-pulut prb orang yg berani tidak akan menjadi penakut (orang besar tidak akan hilang kekuasaannya);

berkecambah 1. mulai (baru) tumbuh; 2. tumbuh dgn banyak(nya);cambah.

kecamuk; berkecamuk 1. menjadi hebat (peperangan, perjuangan, dll), menghebat, menjadi-jadi, merajalela: ketika itu perang dunia sedang ~; 2. menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran, perasaan, dll), kacau-bilau: perasaannya ~, cemas, duka, gembira, dan sayu; berbagai-bagai ingatan ~ dlm kepalanya;

kekecamukan keadaan atau perihal berkecamuk: ~ fikiran dan perasaan.

kecandankecindan.

kecap bunyi spt bunyi cicak;

mengecap 1. mengeluarkan bunyi spt bunyi cicak; 2. = mengecap-ngecap, berkecap-kecap, terkecap-kecap mengatup-ngatupkan mulut ketika makan hingga berbunyi berdecap-decap: dia makan sambil ~-ngecap; 3. merasa (mencuba) masakan dll, mencicip: ~ gulai utk mengetahui sedap tidaknya; 4. ki merasai, menikmati: ~ kebahagiaan; ~ nikmat;

kecapan sesuatu yg dikecap (dgn lidah);

pengecap 1. orang yg mengecap (merasai, menikmati); 2. perasa (lidah).

kecap (kécap) Id kicap.

kecapi I sj alat bunyi-bunyian bertali yg dipetik sbg gitar (spt cerempung); memetik ~ bermain kecapi;

berkecapi bermain kecapi.

kecapi II sj tumbuhan (pokok dan buah), sentul, Sandoricum koetjape; buah ~ buah sentul.

kecar; ~ lakum sj siput darat yg beracun, Nanina humphreysiana; ~ lotong sj siput tanpa karang, Atopos maximus.

kecar (kécar) ark sj rojak.

keceh (kécéh) Kl; mengeceh menggores (memantik) api, menggesekkan (mancis dll) supaya keluar api.

kecek (kécék) I 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~, beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh;

~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll);

berkecek-kecek bercakap-cakap, berceloteh, berbual-bual, berborak;

mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya);

mengecekkan 1. mempercakapkan, memperkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll);

pengecek 1. orang yg suka mempercakapkan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai memujuk atau meminta-minta sesuatu.

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   6   7   8   9   10   11   12   13   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin