K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə12/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   8   9   10   11   12   13   14   15   ...   42

berkedidi = bersikedidi berjalan terjongket-jongket (terlompat-lompat); kudidi.

kedih tidak besar-besar atau lambat sungguh besarnya (bkn orang, tumbuhan, dll), terbantut, tergencat;

mengedih menjadi kurang (penyakit), beransur pulih.

kedik lentik sedikit ke belakang (bkn bahu, badan) lwn bongkok;

mengedik melentik sedikit ke belakang (bkn bahu, badan);

mengedikkan melentikkan (badan) ke belakang;

terkedik terlentik sedikit ke belakang (bkn badan, bahu).

kedikit ark kedekut.

kedip kelip (bkn mata, lampu, dll), kedipan;

berkedip, terkedip tertutup seketika (sesaat) sebelum terbuka semula (bkn mata), berkelip, terkelip; tidak ~ (agak lama) tidak tertutup walau sesaat pun (bkn mata);

berkedip-kedip, terkedip-kedip seketika terbuka seketika tertutup (bkn mata), pejam celik dgn pantas (bkn mata), seketika terbuka (terang) seketika padam (bkn lampu), berkelip-kelip, terkelip-kelip: matanya ~ apabila disinari cahaya dr lampu suluh itu; lampu-lampu yg menghiasi kedai itu ~; tidak ~ terbuka sahaja agak lama (bkn mata);

mengedipkan menutup (mata) seketika (dan membukanya semula), mengelipkan, mengejapkan (mata);

kedipan perihal berkedip (mata, lampu), kelipan (mata dll): pondok kecil itu samar-samar juga menerima cahaya drpd ~ lemah pelita itu; kejip.

kedira kedera

kediri sendiri; kendiri.

keditkendit.

keditikeliti.

kedok Id 1. penutup muka (utk menyembunyikan muka atau menyamar), topeng; ~ gas penutup muka utk melindungi muka drpd gas racun; 2. ki sesuatu yg dipergunakan utk menyembunyikan perkara (tujuan dll) yg sebenar: sambil memakai ~ sosialis, mereka memeras rakyat;

berkedok 1. memakai kedok (topeng), bertopeng: tidak dapat ia camkan muka perompak-perompak itu kerana mereka ~; 2. mempergunakan atau membuat sesuatu utk menyembunyikan tujuan (hal dll) yg sebenar, berselindung (di sebalik sesuatu), menyamar (dgn memperalatkan sesuatu): harus kitab-kitab itu lebih baik drpd segala apa yg pernah ditulis oleh musuh-musuh Islam yg ~ pengetahuan itu;

memperkedok memakai atau menggunakan sesuatu sbg kedok (utk menyembunyikan muka, tujuan, muslihat, dsb), mempertopeng.

kedombak I sj tumbuhan (pokok).

kedombak II sj ikan laut.

kedondong I sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Canarium spp.;

~ bahu = ~ bulan = ~ hutan = ~ kerut sj tumbuhan (pokok), kenari hutan, Canarium nitidum; ~ kerut = ~ matahari sj tumbuhan (pokok dan buahnya), campa biru, gigi buntal, mesiput, Canarium kadondon; ~ matahari sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasi kempas roman, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii; amra (jangan) disangka ~ prb sesuatu yg menyerupai yg buruk itu jangan disangka buruk.

kedondong II sj ikan laut, bulus-bulus, Sillago spp.

kedongkok gelang-gelang berukir di antara hulu dgn bilah keris;pendongkok.

kedorong Jk terlanjur, terlepas (perkataan dll), terdorong (perbuatan dll).

kedu; terkedu lentik ke belakang tubuhnya (kerana sakit pinggang dll), terkedik.

kedubang sj pedang pendek;gedubang.

keduduk I; mengeduduki menduduki, mendiami;duduk I.

keduduk II sj tumbuhan (pokok renek), kenduduk, seduduk, sekeduduk, senduduk, Melastoma malabathricum;

~ gajah, ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), kerakap rimau, lidah buaya, pakan rimba, senduduk gajah, senduduk hutan, tengkuk biawak, Allomorphia malaccensis (exigua); ~ gajah batu sj tumbuhan (pokok renek), puding (senduduk) hutan, Allomorphia alata.

keduk Jw; mengeduk 1. mengorek, menggali; 2. ki menghimpunkan (mengumpulkan) wang, mengambil untung, dll.

kedul sj bola yg dibuat drpd kayu (gading atau tanduk).

kedumbakedamba.

kedunak sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gintik, akar tawan hitam, akar tentawan, Meladorum pisocarpum.

kedung Jk lubuk.

kedut I kerut (pd kulit dll), renyuk-renyuk (pd kain, kertas, dll), ropol (pd kain);

berkedut berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu;

mengedut menjadi berkedut (berkerut, berlipat-lipat, beropol-ropol);

mengedutkan menjadikan berkedut atau berlipat-lipat (kulit dll), mengerutkan (kulit dll), meropolkan (kain dll): ia duduk termenung, sambil ~ dahinya memikirkan perkara tersebut;

kedutan lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh.

kedut II ark; mengedut merentap, meragut, merampas, merebut.

kedut III Jw ark getaran atau denyutan urat (dipercayai mengalamatkan sesuatu).

keembung sj tumbuhan (pokok), Impatiens balsamina.

kehek (kéhék) Kl, Tr mengeluarkan (makanan dll) dr dlm mulut, meluahkan.

kehel (kéhél); terkehel 1. terpelecok (kaki, tangan, dll), tergeliat (tulang anggota); 2. terpesong atau terbabas (dr haluan perjalanan atau pelayaran), menyimpang (dr hala yg dituju).

keher (kéhér) Kl perlahan-lahan: berjalan ~-~.

kei (kéi) alat menenun kain; kek II.

kejai = pohon ~ pokok getah; getah ~ sj getah; ~ berlapis Mn sangat kedekut (bakhil);

berkejai menggeliat sambil mengejang-ngejangkan anggota;

mengejai mengejangkan (anggota), meregangkan (kaki dll).

kejal keras (daging dll), pejal.

kejam I tertutup (mata) hingga tidak dapat melihat, pejam; ~ celik seketika terbuka seketika tertutup (bkn mata), seketika terang seketika padam (bkn lampu): matanya ~ celik; lampu neon yg ~ celik menerangi jalan itu;

mengejamkan memejamkan (mata): beberapa ketika sesudah ia ~ matanya, ia pun tertidurlah.

kejam II 1. tidak berperikemanusiaan, tidak mempunyai (menunjukkan) belas kasihan sama sekali, bengis, ganas, zalim: berlaku ~; ayah dan ibunya dibunuh oleh pengganas-pengganas secara ~; hukuman yg ~; 2. sangat kedekut atau bakhil, tidak mudah berbelanja;

mengejami 1. membuat (melakukan) sesuatu dgn kejam (tiada belas kasihan), berbuat kejam drpd; 2. berlaku keras kpd;

kekejaman perihal (perbuatan, sifat) kejam, kebengisan, keganasan, kezaliman: lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup menderita ~ musuh.

kejam III; ~ penggeli sj tumbuhan (pokok), Canarium grandiflorum.

kejamas pencuci rambut, langir.

kejan; mengejan 1. mendesak, mendera, menggesa; 2. meneran;ejan I.

kejang kaku (anggota dll), kejur, tegang (urat dll): mayat Bakri terbaring di situ ~ pucat; ~ mulut mulut terkancing atau tertutup rapat; mati ~ mati kaku (binatang yg mati tidak dgn disembelih);

berkejang, berkejang-kejang melunjurkan keras-keras (tegang-tegang), meregangregangkan (kaki);

mengejang menjadi kejang: dia mengurut-urut perutnya melawan rasa sakit yg ~ itu;

mengejangkan meluruskan (kaki) keras-keras (hingga menjadi kaku): dia ~ urat sarafnya;

terkejang-kejang menjadi kejang dgn tiba-tiba dan berkali-kali;

kekejangan 1. = kejangan sj penyakit pd kaki (menyebabkan urat betis terasa spt ditarik-tarik), sakit ular-ularan: ~ otot di bahagian betisnya mengakibatkan rasa sakit; 2. keadaan kejang (kaku), kekakuan.

kejap I 1. kelip, kedip (mata); ~ mata kelip mata; 2. = sekejap sebentar, seketika: ~ lagi baliklah dia; tunggu ~ nanti sebentar;

berkejap-kejap berkelip-kelip, berkedip-kedip (bkn mata dll);

mengejapkan mengelipkan, mengedipkan (mata): ia merenung tajam, matanya tidak sedikit pun dikejapkannya;

terkejap-kejap terkelip-kelip, terkedip-kedip (bkn mata dll): kelihatan api pelita ~ di serambi rumah;

kejapan gerakan mengejapkan (mata).

kejap II tidak mudah tercabut (terurai dll), ketat, teguh: sebilah keris terselit ~ di pinggangnya; tayar itu dipasangkan ~-~ pd roda;

mengejap memadat: tanah yg ~ dihakis oleh udara kering;

mengejapkan meneguhkan atau mengetatkan ikatan dsb: Tuk ~ kain di pinggang.

kejar hambat, buru; main ~-~ main hambat-menghambat (sj permainan kanak-kanak);

berkejar pergi dgn terburu-buru (ke sesuatu tempat), meluru (ke sesuatu tempat), berlari cepat (utk mendapatkan seseorang): dua buah kereta bomba telah ~ ke tempat kebakaran itu;

berkejaran, berkejar-kejaran berlari beramai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat-menghambat (buru-memburu): dua tiga ekor ayam ~ apabila Majid menaburkan padi; beberapa orang kanak-kanak riuh berkejar-kejaran di halaman rumah;

mengejar 1. berlari dll utk mengikuti (mendapatkan, menangkap) seseorang atau sesuatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu; 2. ki sangat kuat menginginkan, bersungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai): dia sekarang ~ wang; ~ kehormatan; ~ pangkat; putih dikejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang;

mengejarkan 1. menghantar atau membawa dgn seberapa segera (dgn terburu-buru): dia telah dikejarkan ke rumah sakit dlm keadaan luka parah; 2. membuat supaya mengejar (seseorang atau sesuatu);

terkejar dapat mengikuti atau menghampiri (seseorang atau sesuatu yg lari dll), terhambat, tersusul; tidak ~ tidak terikut (tersusul);

terkejar-kejar terlari-lari, terburu-buru, tergesa-gesa: pemuda itu datang ~ hendak menari dgn Jasmah;

kejaran perihal berkejar, gerakan mengejar, hambatan: lari dr ~ musuh; seorang puteri telah dirampas dan dibawa lari, satu ~ berlangsung;

pengejaran perihal (perbuatan) mengejar, pemburuan.

kejat 1. kejang, kaku, tegang (tubuh atau anggota); mati ~ mati kaku; 2. tidak mudah tercabut, ketat, kukuh, tegap, tidak goyah (bkn tiang yg terpacak); 3. padat dan rapat (tidak berlubang-lubang atau bercelah-celah), kedap;

mengejatkan membuat sesuatu menjadi kejat;

pengejatan perihal (perbuatan, proses) memejatkan sesuatu.

kejeblos Jk 1. terperosok (ke dlm lubang dll); 2. termasuk ke dlm perangkap, terjebak;jeblos.

kejen (kején) Jk mata bajak.

kejengkang Jw jatuh terlentang;jengkang.

keji sangat buruk (rendah), hina (bkn sifat, kelakuan, perbuatan, dll), amat tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dll): kalau orang yg jahat mati ia akan meninggalkan nama yg ~; ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan kata-kata yg ~;

berkeji; ~ diri merendahkan diri (sedia atau sudi mengerjakan sesuatu);

mengeji menghina, memandang rendah (pd): Islam sangat ~ sifat dusta; membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji prb mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain;

mengejikan menimbulkan rasa keji: perbuatannya itu sungguh ~;

memperkejikan sl menganggap (memandang) keji, menghina, merendahkan, mencela (menista, mencaci, dll): jangan kiranya fakir diperkejikan;

kekejian sifat (perbuatan) yg keji, keburukan, kehinaan.

kejipkedip, kejap I.

kejora; bintang ~ planet yg nampak (terbit) pd waktu subuh, bintang barat, bintang timur, zuhrah.

keju (kéju) sj makanan yg dibuat drpd dadih susu; ~ krim keju lembut berwarna putih yg diperbuat drpd krim dan susu.

kejuju; mengejuju bergerak terus (ke atas, ke hadapan), menjuju, menuju.

kejur I keras kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras (rambut);

terkejur terlunjur dlm keadaan kejang atau kaku (spt mayat yg terbaring): Pinang Peribut pun balik ke hujung balai ~ tiga hari tiga malam tidak bangun.

kejur II sj ikan darat, tengas, Acrossocheilus hexagonolepis.

kejut kaku (anggota, urat) disebabkan terperanjat atau ketakutan;

berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan);

berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat;

mengejut tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu;

mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang;

mengejutkan 1. = mengejuti menyedarkan dr tidur (khayalan, menungan, dll), membangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberangsangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam;

terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat terkejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya;

kejutan sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda;

~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik;

kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul;

keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat;

pengejut mudah terkejut (terperanjat).

kek (kék) I sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung, mentega, gula, dll dan dibakar;

~ buah kek yg mengandungi campuran buah-buahan kering spt kismis, aprikot dsb; ~ keju kek yg diperbuat drpd keju krim, gula, telur dsb; ~ lapis kek yg terdiri drpd beberapa lapis yg berwarna-warni dan berempah.

kek (kék) II alat menenun kain;akik II.

kek (kék) III bp singkatan bagi kakek.

kekabusj tumbuhan (pokok) dlm famili Bombacaceae, kekabu hutan, kapuk dan tambaluang (Sabah), Bombax spp.

kekacang I famili tumbuhan yg bijinya terkandung dlm lenggai, legum; ~ makanan ternak kekacang yg dijadikan makanan binatang ternak.

kekacang II = ikan ~ sj ikan laut, kacang-kacang.

kekah I sj monyet yg hitam bulunya dan panjang tangannya, lotong ceneka, Presbytis femoralis; kerakah II.

kekah II; mengekah Kl, Tr menggigit (dgn membuka mulut lebar-lebar dan mengatupnya), mengerkah.

kekah III; duduk ~ Mn duduk dgn mengangkangkan kaki (tidak bersila rapat).

kekah (kékah)akikah.

kekait; ~ merah sj tumbuhan (pokok memanjat);kait II.

kekaki 1. alas atau tapak drpd konkrit dsb tempat berdirinya sesuatu, spt patung, tiang dsb; 2. sesuatu yg menjadi penyangga atau penopang antara dua lapisan atau lebih benda, mis kek yg bertingkat-tingkat: kek buah yg dibuat khas itu turut dihiasi tujuh ~ yg setiap satunya disaluti aising.

kekal tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat;

~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya;

berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepanjang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu;

berkekalkan sl = mengekalkan;

mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang;

kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya;

pengekalan perihal (usaha dsb) mengekalkan, pemeliharaan (supaya berterusan).

kekalu Ph sj makanan spt emping yg dibuat drpd padi muda.

kekam buih (sampah dll) yg hanyut atau terapung-apung dlm air; mati ~ keadaan air ketika laut paling pasang atau paling surut, air (pasang) perbani; kekat.

kekandi sl pundi-pundi, kantung;kandi I.

kekang = kekangan 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi;

mengekang 1. menarik tali kekang (utk memberhentikan kuda); 2. ki menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dll), melarang, memberangus (surat khabar): seakan-akan ada sesuatu kekuasaan yg ~ kebebasannya; ~ hawa nafsu; ~ kemerdekaan akhbar;

terkekang dihentikan (kuda yg berlari), terkendali, tertahan, tercegah (kejahatan, hawa nafsu, dll);

pengekangan perihal atau perbuatan mengekang (hawa nafsu dll); kang II.

kekapal; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar serapat, akar sesapat, akar sedudu bukit, Hoya diversifolia.

kekapas I sj burung, burung daun, Chloropsis spp.

kekapas II sj ikan laut, Gerres spp.;kapas II.

kekapiskapis.

kekar I 1. kembang, mekar (bunga); 2. bercerai-cerai, berserak-serak, berpecah-pecah (tidak berlonggok atau berkumpul);

mengekar mekar, berkembang (bunga): bunga sedang ~;

mengekarkan memecahkan atau menceraikan (supaya tidak terkumpul lagi), menyelerakkan: nasi yg berketul-ketul itu dikekarkannya dgn garpu.

kekar II Jk padat dan rapi (bkn anyaman, tenunan), tegap dan kuat (bkn tubuh).

kekara kacang kara;kara I.

kekaras I karas-karas (sj kuih), karas.

kekaras II sj tumbuhan (pokok), karas.

kekas I; mengekas mengais (bkn ayam dll);kakas I.

kekas II (Palembang) sekeping tanah yg diapit oleh ladang baru dan ladang yg sudah ditanami.

kekat ark buih (sampah dll) yg hanyut di air, kekam; balik ~ berubah arus, pasang menjadi surut; mati ~ keadaan air ketika paling pasang atau paling surut, air perbani; kekam.

kekau terjaga drpd tidur dgn tiba-tiba (kerana terkejut dll);

terkekau-kekau sekejap-kejap terkejut (terjaga) drpd tidur.

kekawin Jwkakawin.

kekeh (kékéh); terkekeh-kekeh ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak: para hadirin ~ segirang hati; Udin ~ kesukaan;

kekehan bunyi (suara) terkekeh-kekeh: ~nya memecah kesepian malam itu.

kekek (kékék) I; terkekek-kekek tertawa nyaring, terkekeh-kekeh;

mengekek, mengekek-ngekek ketawa terkekek-kekek, menggelekek;

kekekan bunyi gelak ketawa yg berlebihan: terdengar ~ ketawanya.

kekek (kékék) II; burung ~ 1. sj burung, pekaka, raja udang, Halycyon chloris; 2. sj burung, burung gatal birah, burung kelengking, Anthracoceros malayanus.

kekek (kékék) III sj ikan laut, Leiognathus spp.; ~ gedabang sj ikan laut Leiognathus equulus; ~ jalur a) sj ikan laut, Leiognathus daura; b) sj ikan laut, Secutor insidiator; c) = ~ jara sj ikan laut, Leiognathus daura; ~ labu a) sj ikan laut, Gazza minuta; b) sj ikan laut, Leiognathus splendens.

kekek (kékék) IV = ~ baju bahagian ketiak baju kurung.

kekel (kékél) I; mengekel-ngekel berdekah-dekah, terbahak-bahak: lagi sekali ketawa yg gamat drpd penonton-penonton, mereka ketawa ~.

kekel (kékél) II bakhil, kedekut, kikir.

kekeng (kékéng) Kl, Tr; mengekeng, mengekengkan mengangkangkan.

kekepuk I; ~ cendawan selaput halus di keliling batang cendawan.

kekepuk II kepuk-kepuk.

keker Jkkekar II.

keker (kékér, kéker) Id, bp teropong;

mengeker meneropong.

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   8   9   10   11   12   13   14   15   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin