kelasi II sj kera yg panjang hidungnya, Hylobates leuciscus.
kelat I rasa hampir-hampir pahit (spt rasa pinang), rasa sepat; ~ dehe Kl, Tr terlalu kelat.
kelat II = tali ~ tali utk menarik layar kapal atau utk menumbangkan pokok yg ditebang; juru~ anak kapal yg mengendalikan tali kelat;
mengelati menarik tali kelat.
kelat III;~ bahu sj gelang yg dipakai di pangkal lengan; ~ dahi perhiasan drpd kertas emas dipakaikan pd dahi pengantin perempuan, gandik; ~ sanggul cucuk sanggul;
berkelat dikepilkan: agar tuan sudi menghulurkan sumbangan derma kpd Tabung Projek Ikhtiar mengikut susun cara spt dlm borang ~.
kelat IV lekat, susah dibuka (mata, kerana terlalu mengantuk): apabila mata mereka telah mula ~, barulah mereka berhenti berbual; matanya ~ berasa lekat (sehabis tidur);
pengelat;jarum ~ jarum penyemat.
kelat V sj tumbuhan (pokok); jenis-jenisnya: ~ api; ~ asam; ~ hitam; ~ jambu; ~ lapis (merah, paya),Eugenia spp.; ~ hempedu sawa = ~ liau = ~ pagar anak = ~ samak jawa sj tumbuhan (pokok), Ouratea crocea;~ layu putih sj tumbuhan (pokok), cenderai kayu, kayu sugi, nilau, Guioa pubescens; ~ pasir = ~ putih sj tumbuhan (pokok), Parastemon urophyllum; ~ paya sj tumbuhan (pokok); a) gambir hutan, Trigonopleura malayana; b) Eugenia spp.; ~ samak sj tumbuhan (pokok), samak, Eugenia palembanica; ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), kepayang air, medang ketutuk, meroyan, Ixora fluminalis; ~ tupai sj tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum.
kelati kacip.
kelatu Ml ketuk (di kepala) dgn buku tangan, luku.
kelawai;akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar dedawai, tenak, Myxopyrum nervosum.
kelawat sj tumbuhan (herba), kelelawat, Torenia atropurpurea;pokok ~ sj tumbuhan (herba), pokok telang hutan, Torenia peduncularis.
kelayakkhalayak.
kelayang;burung ~ burung layang-layang;layang III.
kelayar sj tumbuhan (rumpai), Monochoria vaginalis.
kelayau; mengelayau1. memandang dr satu tempat ke satu tempat, mengalih-alihkan pandangan: ~ matanya memandang ke sekeliling;2. melamun (memikirkan atau mengkhayalkan sesuatu): fikiranku ~ lagi.
kelayu sj tumbuhan (pokok), arang para, kelat jantan, kelat layu hutan (laut), mertajam, terajam, Erioglossum rubiginosum; ~ hitam sj tumbuhan (pokok), bedara emping, benitan, kelentit nyamuk, rambutan pacat, tampung kecil, Arytera littoralis.
keldai sj binatang seakan-akan kuda tetapi lebih kecil; ~ hendak dijadikan kuda prb orang bodoh hendak dianggap (dijadikan) orang pandai.
kelebang (kelébang); ubi ~ sj tumbuhan (ubi), Dioscorea alata.
kelebat (kelébat); sekelebat = ~ mata = sekelebatan selayang pandang, sekali imbas, sepintas lalu; kelibat III.
kelebek (kelébék) Ikelebet.
kelebek (kelébék) IImengelebek Kl, Tr membuka rongga (spt mata dll) dgn tangan.
kelebek (kelébék) III Kd melihat dgn teliti.
kelebet (kelébét) terlipat (alas meja, kertas, dll) pd bahagian hujung atau tepinya sehingga tergantung-gantung, terkelepai, atau bertindih (tepinya), kelepet;
mengelebetkan melipatkan alas meja, kertas, dll) di hujung atau tepinya sehingga tergantung-gantung atau bertindih tepinya.
kelebi;buah ~ buah halkum.
kelebok (kelébok) Kd lumpur.
kelebu Jk karam, tenggelam, dimasuki air (bkn sampan dsb);
kelecek (kelécék); mengelecek (dlm permainan bola sepak, hoki dsb) membawa bola dgn kaki, kayu pemukul dsb dgn pergerakan yg cepat dan tangkas serta mengelirukan supaya tidak dapat dirampas pihak lawan;
berkeledar1. bersedia (bersiap-siap) utk menghadapi bahaya dll; 2. = berkeledaran tidak teratur atau tidak tersusun, berselerak, bertaburan.
keledek (kelédék) = ubi ~ sj ubi yg manis, ketela ubi, Ipomoea batatas;~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung laut, akar keremek, akar lanar, Ipomoea digitata; (akar) ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis gracilis.
keledi (Muz) sj alat tiup berlidah suku kaum Kayan dan Kenyah di Sarawak.
keledutkedut I.
kelek (kélék) I ketiak;
mengelek mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit: pelakonnya bernyanyi sambil ~ buyung air; ~ anak mendukung anak dekat ketiak.
kelek (kélék) II; kelek-kelek, kelek-kelekan, kelekan1. kayu atau besi pemegang pd jambatan (tangga dll), langkan (pd jambatan dll); 2. sj serambi (pd balai istana): maka segala anak raja-raja itu duduk di kelek-kelekan balai kiri kanan; ~ anak bahagian rumah ibu yg bertemu dgn pelantaran.
kelekati I sj anai-anai; ~ memanjat peran, sebelum mati belum jeran prb terlalu gemarkan sesuatu hingga sanggup membahayakan (membinasakan) diri;kelekatu.
~ hendak terbang ke langit prb berkehendakkan atau mengerjakan sesuatu yg tidak mungkin berhasil; spt ~ masuk api, tidak tahukan mati lakunya prb umpama orang yg cintakan sesuatu hingga tidak menghiraukan bahaya; kelekati I.
kelekik Kl rumit, sukar, sulit.
kelelapkelalap.
kelelawarkelawar I.
kelelawat sj tumbuhan (herba), kelawat, Torenia atropurpurea.
kelemayar II;rumput ~ (kelemanyar) Pr sj tumbuhan (rumput) yg dibuat tali atau tikar, Cyperus spp..
kelemayuh I sj penyakit yg disebabkan tisu daging mati kerana tidak mendapat bekalan darah, gangren;
berkelemayuh diserang atau menghidap kelemayuh: kaki kirinya ~.
kelemayuh II sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.
kelembahang sj tumbuhan (herba yg daunnya menyebabkan gatal apabila tersentuh pd kulit), kemahang, Alcasia ovalifolia; anak ~ seseorang (perempuan) yg gatal atau gasang.
kelembai I sj hantu;kelambai.
kelembai II sj tumbuhan (pokok), kelumbai, dala, kecerek, kemantu hitam, kepayang hantu, Crataeva macrocarpa.
kelembak I1. sj tumbuhan (pokok) yg kayunya berbau harum, gaharu, Aquilaria malaccensis;2. sj tumbuhan (herba), Rheum officinale.
kelembak II sj kupu-kupu.
kelemban (kelémban); berkelemban berjalan (menuju sesuatu) dgn mengikut jalan yg jauh (tidak dgn memintas).
kelengkang (keléngkang) sj gelang tempat digantungkan (dicucukkan) kunci dll.
kelengkeng (keléngkéng) I = jari ~ jari tangan yg terkecil; ~ kaki jari kaki yg terkecil; telunjuk lurus ~ berkait prb pd zahirnya baik tetapi hatinya jahat.
kelengkeng (keléngkéng) II;kurung ~ ruang atau sangkar yg terkecil dlm belat ikan.
kelengkeng (keléngkéng) III buah (pokok) laici; lengkeng.
kelengkeng (keléngkéng) IV;burung ~1.sj burung, burung kekek, Anthracoceros malayanus;2. sj burung, burung lang ling, burung lilin, Anthracocerus malabaricus leucogaster.
kelengkiak sj semut (hitam dan besar), kiak-kiak.
kelengkuk kelapa muda;kelongkong.
kelengkungkerongkong.
kelening bunyi spt bunyi loceng basikal.
kelenjar organ yg mensintesis bahan-bahan kimia dan merembesnya utk digunakan oleh badan atau utk disingkirkan; ~ peluh (air liur dll) kelenjar yg mengeluarkan peluh (air liur dll); sakit ~ (kelenjaran) sakit bengkak pd kelangkang (pd pangkal paha), sakit macang, sakit mangga.
kelentang bunyi spt bunyi tin kosong dipukul; ~-kelentung bunyi bising spt bunyi tin kosong dipukul bertalu-talu (atau bunyi beberapa tin kosong dipukul serentak).
kelentang (keléntang) buah kelur; kelintang.
kelenteng (kelenténg), kelenting1. rumah berhala Cina; 2. bunyi spt bunyi loceng kecil.
kelenteng (kelénténg), kelenting bunyi spt bunyi loceng.
kelentitI daging yg tersembul dekat lubang kemaluan perempuan.
kelentit II;~ kering (nyamuk, padang) sj tumbuhan (pokok renek), gelam padang jantan, kelapit nyamuk, mempoyan padang, Decaspermum fruticosum; ~ nyamuk a) = akar ~ kera sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perejab, akar sembelit, semelit darah (putih), Santaloides rugosum; b) = ~ nyamuk laut sj tumbuhan (pokok) medang putih, pena-pena, pokok serawan burung, senyamuk, Guioa pleuropteris; c) sj tumbuhan (pokok menjalar), akar pinang ketul (kutai), Agelaea wallichii.
kelentom (keléntom) IB tekanan suara, aksen.
kelentong (keléntong) I sj alat bunyi-bunyian (spt gendang kecil) yg digunakan oleh penjaja atau penggalas barang-barang kelontong (barang-barang spt benang, jarum, sikat, dll); Cina ~ penjaja (Cina) yg menggunakan kelentong (utk menjual barang-barang kelontong).
kelentong (keléntong) IIkelentom.
kelentong (keléntong) III bp menipu (biasanya dgn menggunakan kata-kata yg memperdaya atau mempengaruhi);
mengelentong menipu: dia cuba ~ mereka dgn kata-kata yg menarik dan sukar difahami; rakyat tidak rela lagi dikelentong oleh pemimpin yg tidak bermaruah.
kelentugi Br sj halipan (tubuhnya hitam dan kakinya kuning).
kelentung1. bunyi spt bunyi loceng lembu; 2. bunyi besi (tin dll) jatuh atau dipukul; 3. = kelentungan sj genta drpd kayu (digantungkan pd leher lembu atau kerbau), gertuk, kertuk, keruntung;
di mana ~ berbunyi, di situ kerbau tinggal diam prb di mana ada pemerintahan yg baik, di situ rakyat tinggal tetap dan berbahagia.
kelenung1. dengungan (bunyi) gong atau canang yg dipalu; 2. sj canang kecil.
kelenut sj tumbuhan (pokok), keluak, keluet, Pterocymbium javanicum.
kelenyarkelenjar.
kelenyuk terkehel, tergeliat, salah urat.
kelepai; berkelepai, terkelepai terkulai (spt dahan patah yg tergantung-gantung di pokok), tergantung-gantung ke bawah (spt bendera yg tidak berkibar dll).
kelepak1. bunyi spt bunyi sayap dikibas-kibaskan; 2. bunyi spt bunyi tamparan.
berkeletah berlagak atau berkata-kata dgn gaya yg dibuat-buat, bergaya: Si Bunga Pekan sedang ~ dgn perkataan-perkataan yg pelat.
keletak1. bunyi spt bunyi terompah yg kena pd lantai batu; 2. bunyi spt bunyi batu kecil jatuh ke papan.
keletang bunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke batu.
keletap bunyi spt bunyi punat kamera dipetik.
keletar geletar, gementar, ketar.
keletik1. bunyi jentera jam (bunyi tik, tik); 2. bunyi spt bunyi benda kecil jatuh ke lantai;geletik.
keleting bunyi spt bunyi duit syiling berhantukan (jatuh ke batu dsb).
keletuk1. bunyi ketukan (pd meja dll); 2. = ~ kayu sj alat drpd kayu yg berbunyi tuk, tuk apabila digoncang-goncangkan.
keletung bunyi spt bunyi tin dipukul, kelentang.
kelewak (keléwak) Kl Tr berkeliaran.
kelewang (keléwang) 1. sj pedang pendek (bilahnya makin lebar arah ke hujung); ~ lipat hujung kelewang yg bahagian hujungnya lebih lebar dan nipis; ~ pucuk berkait kelewang yg hujungnya melengkung; ~ tebal hujung kelewang yg bahagian hujungnya makin lebar dan tebal; 2. Kl sj parang panjang yg berukir pd hujungnya.
kelewar; (keléwar); berkelewar Kd merayau, berjalan ke sana ke mari: kerbau-kerbau ~ di dlm kampung itu.
kelewat (keléwat) Jk terlalu, terlampau; keliwat;lewat.
keleweh (keléwéh); mengelewehkan; ~ bibir mencebikkan bibir, membalikkan tepi bibir ke bawah, menjuihkan bibir: Normah melawan cemikan itu dan ~ bibirnya kpd Lili;
terkeleweh melendut ke bawah (tidak tegang rata), tercebik (bkn bibir), terbalik ke bawah tepinya (bkn bibir bawah): Jin tersenyum, ~ bibirnya yg tebal itu.
kelewer (keléwér) layar depan.
keli = ikan ~ sj ikan darat, Clarias batrachus; bagai ~ kena ketuk prb bersungut-sungut dgn tidak tentu biji butirnya; spt ~ dua selubang prb seorang perempuan yg mempunyai dua orang kekasih.
kelian I bp kalian (kamu, awak).
kelian II ark galian, lombong: ~ emas.
kelian III ark pegawai desa di Bali.
keliar; berkeliaran berjalan (bergerak, bersiar-siar, dll) merata-rata atau ke sana sini, merayau, bertualang: mata-mata gelap ~ di bandar itu.
keliaspelias.
keliat; mengeliat menggeliat;geliat.
kelibang; ~-kelibut = berkelibangan berterbangan, terbang berpusing-pusing (bkn kelekatu dll).
kelibat I pengayuh (dayung) yg berdaun pd kedua-dua hujungnya;
mengelibat mengayuh (berdayung) dgn kelibat; gelibat I.
kelibat II Jk terlibat, terbabit (dlm sesuatu perkara);libat.
kelibat III rupa seseorang atau sesuatu yg kelihatan sepintas lalu sahaja, imbasan: usahkan dia, ~nya pun tak nampak; ia dapat melihat hanya ~ kereta abangnya membelok di jalan itu;
sekelibat = ~ mata seketika, sekelip mata, sepintas lalu, sekali imbas, selayang pandang: di dalam cahaya pelita kelihatan ~ lembaga Pak Imam;
terkelibat terbayang seketika atau sepintas lalu;kelebat.
kelibut; kelibang-~;kelibang.
kelicap sj burung;
~ bakau = ~ belancam sj burung, Nectarinia calcostetha;~ belukar sj burung a) Anthreptes s. singalensis; b) burung cegar, Enicurus ruflcapillus; c) merbah sampah kuning, Macronus g. gularis; ~ berjambul sj burung, pipit anggerik, Yuhina zantholeuca interposita; ~ bunga kantan = ~ mas sj burung, Stachyris spp.; ~ gunung = ~ merah sj burung, Aethopyga spp.; ~ jantung = ~ pisang sj burung, Arachnothera spp.; ~ kunyit sj burung, Aegithina tiphia micromelaena; ~ mayang kelapa = ~ belukar = ~ kelabu = ~ rimba sj burung, Anthreptes spp.; ~ perepat sj burung, Gerygone sulphurea; ~ pucat pisang sj burung, kacici, Orthotomus a. atrogularis; ~ ranting sj burung, Muscicapa tickelliae sumatrensis.