keluak; buah ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), kepayang, payang, Pangium edule.
keluan Mn tali yg dicucukkan pd hidung kerbau (lembu);
bagai jawi ditarik ~ prb menurut sahaja semuanya; menjilat ~ bagai kerbau prb sangat kecewa (kerana tidak tercapai yg diharapkan); putus tali putus ~, putus ~ rampung hidung prb perhubungan persaudaraan (kekeluargaan) yg telah putus sama sekali (kerana perselisihan);
mengeluani memasang keluan (pd hidung kerbau, lembu dsb): rasa tak mengapa hidung dikeluani.
keluangsa sl keluarga (orang baik-baik), sanak-saudara.
keluar 1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~; 3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: dia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi; 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): cacing itu ~ perlahan-perlahan dr dlm tanah dan menguit-nguit; serpih halus kaca yg terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~; cederanya parah dan darah ~ mencurah-curah;5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): bukunya yg terbaru akan ~ awal bulan depan; laporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi;6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): kata-kata yg sayu itu ~ dgn suara yg putus-putus; 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): ia ~ dr syarikat itu utk membuka perniagaan sendiri; pengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dr kesatuan; 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. sl di luar;
~ batas menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll); ~ hutan keluar dr hutan;
mengeluari keluar utk mendapatkan (menentang) musuh: setelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka;
mengeluarkan 1. membawa atau menyebabkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis;2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr P.B.B.; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), memberhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang;5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu;6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), mengucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri;
terkeluar 1. (kelihatan atau terdapat) berada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri;4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik;5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar;
keluaran 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti;
orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (lingkungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai;
pengeluaran perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan;
pengeluar 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia.
keluarga 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan;2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga;3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup-hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia;
berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga;
kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hubungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb);
kelubi sj tumbuhan (palma), asam paya, salak hutan, Zalacca conferta.
kelubu sj tumbuhan (pokok memanjat), Caesalpinia bonducella.
kelubung I sesuatu (spt kain dll) sbg pembungkus atau penutup, selubung;
berkelubung bertutup (hampir) seluruh tubuh dan anggota dgn kain dll, berselubung: Bibah sedang duduk ~ dan hanya nampak matanya sahaja;
mengelubungi 1. menutup (hampir) seluruh tubuh dan anggota dgn kain dll, menyelubungi;2. ki meliputi: kabut yg ~ kawasan sekeliling.
kelubung II; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), janggut (tongkat) Ali, rumput paha belalang, rumput sarung pipit, terubung, Panicum sarmentosum.
keluburan lubang utk memerangkap gajah dll.
kelucukkelocak I.
keluh = ~-kesah 1. kata-kata dsb yg melahirkan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan;2. = berkeluh-kesah melahirkan rasa sedih atau susah hati (dgn kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yg berkaitan dgn kesusahan atau penderitaan yg dialami);3. = berkeluh-kesah tidak tenteram fikiran (kerana kesedihan, penderitaan, kebimbangan, dsb), gelisah: maka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, ~-kesah seorang dirinya; keadaan kemarau yg berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah; ~-kesah sayu keluh-kesah yg menunjukkan kesedihan (dgn kata-kata yg sayu);
~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran prb Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan;
berkeluh = mengeluh;
mengeluh melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~;
mengeluhkan mengeluh tentang sesuatu perkara (keadaan dsb) yg mendukacitakan, merintihkan: ia ~ kepincangan-kepincangan dlm masyarakatnya;
keluhan 1. kata-kata mengeluh, keluh-kesah, rintihan: ~ dan sungutan ini memang perkara biasa, tidak menghairankan lagi; 2. tarikan serta hembusan nafas yg panjang (sbg menandakan kesedihan, kekesalan atau penderitaan): yg terdengar hanya ~nya;
kekeluhan perihal mengeluh: nada ~;
pengeluh 1. orang yg suka (kerap) mengeluh;2. bersifat suka mengeluh.
kelui I keloi I.
kelui II keloi II.
keluih Jk sj tumbuhan (pokok), pohon kulur, pohon sukun biji, pohon timbul, Artocarpus communis.
keluik sj tumbuhan (pokok), bayur, kelenut, Pterocymbium javanicum.
kelulu; tidak ~ tidak wajar atau selayaknya, tidak patut (tidak berkira-kira, berfikir-fikir atau berhati-hati): ia menghempaskan diri bertalu-talu, melolong, menangis tidak ~.
kelulus sl sj perahu.
kelulut I sj tumbuhan (pokok renek), pepulut, pulut-pulut, pulut lembu, Urena lobata;~ merah sj tumbuhan (herba), Cyathula prostrata; ~ putih sj tumbuhan pokok (renek), pokok lidah ular, ketumbar hutan, Sida acuta; akar ~ = rumput ~ sj tumbuhan (herba), Fuirena glomerata.
kelulut II sj tabuan kecil, Melipona minuta.
kelulut III sj serangga, Laccifer lacca.
kelum I termasuk ke dlm tepinya atau pinggirnya (bkn bibir dll).
kelum II kasut kayu; kelom.
kelumbai sj tumbuhan (pokok), Crataeva macrocarpa.
kelumbungkelubung I.
kelumit Jk; sekelumitsedikit atau kecil sekali, sejemput, sekelonet: ~ rasa rindu yg terpendam, dan sekilas pandangan yg manja.
kelumpang 1. sj tumbuhan (pokok), kelumpung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida.
kelumun Mn kelubung, selubung;
berkelumun berkelubung, berselubung;
mengelumuni mengelubungi, menyelubungi, meliputi.
kelun Jw; berkelun, berkelun-kelun berkepul-kepul (asap), bergelung-gelung (bkn asap yg menuju ke udara), menabun (asap): wap panas ~ keluar drpd roti yg baru dihidangkan.
keluna sj ikan laut.
kelung I lengkung atau lekuk di tengah-tengah (pd perisai dll); piring ~ piring yg melengkung ke dlm di tengah-tengah, piring dalam;
berkelung berkeluk, melengkung (ke dlm): permukaan air di dlm saluran itu ~ membentuk meniskus.
kelung II lingkaran (drpd rotan dll); gelung I.
kelunutkelenut.
kelupas I; mengelupas = berkelupas, terkelupas terkupas atau tertanggal (kulit, cat, dll): beberapa minggu selepas bayi itu dilahirkan, kulitnya ~;
mengelupaskan menyebabkan (menjadikan) terkelupas atau tertanggal (kulit, cat, dll);
pengelupasan perihal (proses atau tindakan) mengelupas atau mengelupaskan: asid maleik menggalakkan ~ halus serta berkesan.
kelupas II;~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kirai, seruci, Hiptage sericea.
kelupurgelupur.
kelur I Jk sj tumbuhan (pokok), pokok merunggai, remunggai, Meringa oleifera.
kelur II Tr melaung, memanggil: “Tolong,” ~ Mamat. Kita hendak turun ke laut sekarang.
keluron Jw 1. gugur (anak dlm kandungan);2. anak gugur.
keluruk Jw berkokok.
kelurut I bengkak (sakit) pd hujung jari.
kelurut II;~ tanjung sj tumbuhan (pokok renek), kankabona, kayu putih, naga buana, naga jimat, semelit patung, ubat kelumut, Phyllanthus pulcher.
keluyur Jk; berkeluyuran, mengeluyur pergi ke sana sini (dgn tiada tujuan tertentu), berkeliaran, merayau(-rayau).
kelvin (kélvin) (Kim) unit asas bagi suhu termodinamik.
Kem. kep Kementerian: ~ Pendidikan.
kem (kém) I1. kawasan perkhemahan atau kumpulan bangsal (rumah pondok dsb) yg dijadikan tempat tinggal sementara utk satu atau beberapa kumpulan orang (spt tentera, pekerja lombong, ahli sukan, dll); ~ pelarian tempat tinggal atau tempat perlindungan sementara bagi orang-orang pelarian khemah, pelarian;2. bp kumpulan (orang, parti, dsb) yg menyokong atau sependirian demi sesuatu doktrin (fahaman dsb).
kem (kém) II bahagian yg menganjur pd roda atau aci utk menukar gerakan berpusing menjadi gerakan ke atas, ke hadapan dan ke belakang.
kema Pr kami, kita semua.
kemab tidak dapat berkata-kata (kerana takut, terkejut, dll), kelu.
kemabalkebabal.
kemaca, kemacar Kl biasa (tidak istimewa), lazim, tidak bernilai tinggi; barang ~ barang biasa; orang ~ orang kebanyakan.
kemahangkelembahang.
kemak; ~-kemik Jk komak-kamik (komat-kamit): mulutnya ~-kemik membaca doa.
kemal = berkemal, berkemal-kemal tidak atau belum cukup kering (bkn kain dll), agak basah, lembap.
kemala sj batu bercahaya (berasal drpd binatang) yg dikatakan banyak hikmatnya: dibubuhnya ~ yg bercahaya-cahaya; ~ hikmat sj batu yg berhikmat;gemala.
kemalaigemalai.
kemalau sj tumbuhan (pokok), sekepul, Parinarium costatum.
kemam; berkemam bergumam (tertahan di dlm mulut);
mengemam membiarkan sahaja atau menahan di dlm mulut (tidak menelannya), menggumam, mengulum: ~ gula-gula; ~ seketul daging; ~ jari memasukkan jari ke dlm mulut dan membiarkan sahaja demikian.
kemamam Pr 1. kebas, semutan;2. letih lesu (selepas sakit).
kemamang Jw sj hantu (rupanya spt kepala orang yg bernyala).
kemamar Kl seolah-olah hilang ingatan atau pemandangannya, seakan-akan kurang siuman, mamai: dia itu telah ~, lain yg dipinta lain yg diberikannya.
keman sj tumbuhan (pokok renek), kembang gajah, malu-malu, memalu, rumput rimau, semalu, Mimosa pudica; ~ air (gajah) = akar ~ hantu sj tumbuhan (herba air), kangkung puteri, Neptunia prostrata (oleracea).
kemanakan 1. anak kpd abang (kakak) atau adik, anak saudara; 2. Mn anak saudara perempuan;3. ark sanak saudara; ~ di bawah lutut anak hamba sahaya.
kemancar baki santan setelah patinya diperah:
ambil santan pati dan ~ secukupnya.
kemancung sj tumbuhan (pokok renek), asing-asing, janggi padang, Breynia reclinata.
kemandang Jwkumandang.
kemang I sj tumbuhan (pokok), Mangifera kemanga; ~ pulas = ~ putar sj tumbuhan (pokok), lekub, macang pulasan, Mangifera maingayi; ~ air sj tumbuhan (herba air), keman air, Neptunia prostrata.
kemang II sj hantu (dikatakan suka mengganggu bayi).
kemangi sj tumbuhan (pokok renek dan daunnya), ruku-ruku, selasih hitam (jantan, putih), Ocimum basilicum.
kemangur sj tumbuhan (pokok), ceremai, Cicca acida.
kemani;rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bidis, Saccolepis myosuroides.
kemantan sj tumbuhan (pokok renek), kematan, kecubung hutan (rimba), Randia macrophylla.
kemanten (kemantén) pengantin.
kemantu = ~ hitam sj tumbuhan, cemama(r), cerek hitam, pokok cerek, secerek, suntang hitam, Clausena excavata.
kemap sj tumbuhan (pokok), petaling gajah, Strombosia rotundifolia; kamap.
kemarhemar.
kemarahan sj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kerantu, penarahan hitam (samak), pisang-pisang bulu, tenol, Knema laurona.
kemarau 1. kering (tidak berair);2. = musim ~ musim kering (tidak turun hujan utk jangka masa yg lama): musim ~ yg berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot; ~ bulan lima Kl, Tr musim kemarau yg paling kering dan panas sekali; ~ keras musim kemarau panjang;
salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah.
kemaruk 1. selalu terbuka selera hendak makan (setelah sembuh drpd sakit): sejak segar drpd sakit, aku tengok dia ~ betul; 2. ki berbelanja (berbuat sesuatu) dgn berlebih-lebih (kerana baru hidup mewah, naik pangkat, dll);3. ki mahukan sesuatu banyak-banyak, haloba, tamak: dia ~ wang sekarang.
kemas 1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik);2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan;barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barang-barang perhiasan drpd emas, permata, dsb);
berkemas, berkemas-kemas menyusun-nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi;
mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya;
mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya;