K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə17/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   13   14   15   16   17   18   19   20   ...   42

mengemaskan 1. menjadikan tersusun (teratur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya;

memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini;

kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi;

kekemasan keadaan kemas;

perkemasan perihal berkemas-kemas;

pengemasan perbuatan mengemas(kan);

pengemas orang yg mengemasi (mengemaskan): ~ bilik; ~ daftar fail.

kemas kini lengkap dgn (mengandungi, mempunyai, dsb) maklumat (data, ciri-ciri, unsur-unsur, dsb) yg terbaru, sejajar dgn kemajuan (perkembangan dll) semasa: menyediakan data dan fakta yg ~; reka bentuk dan mutu yg ~; daftar atau jadual yg ~;

mengemaskinikan menjadikan kemas kini, mengusahakan dsb supaya (menjadi) kemas kini: kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dgn tambahan kata-kata baru; meminda dan ~ beberapa peruntukan dlm akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; ~ lagi pengetahuan yg sedia ada; mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama;

pengemaskinian perbuatan (usaha dsb) mengemaskinikan: buku-buku tatabahasa yg ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu, jadi suatu usaha ~ perlu dilakukan.

kemat bp hikmat; kalah adat dek muafakat, kalah ~ dek bergeseng prb NS persahabatan antara laki-laki dgn perempuan itu lebih mesra jika mereka bercampur hari-hari.

kematu 1. = keras ~ sangat keras: kulit tapak kakinya menjadi keras ~; buah manggis itu sudah ~; 2. kulit keras atau tebal yg terbentuk pd bahagian kaki disebabkan geseran atau tekanan;

berkematu menjadi kematu: tangan yg kasar dan ~.

kemawan = awan-~ sl kelompok awan, gumpal-gumpal awan.

kemayuh pengayuh.

kembabalkebabal.

kembacangembacang.

kembah Kl; berkembah bersepah-sepah, berselerak, bertaburan (tidak teratur): biliknya ~ dgn baju kotor.

kembahangkelembahang.

kembal I sj bakul kecil drpd mengkuang (bentuknya seakan-akan kembu atau kepis); ~ gundi (gandi) kembal yg berhias dgn kertas yg berwarna-warni.

kembal II; ikan ~ emas a) sj ikan laut, Eutynnus alleteratus; b) ikan (kembal emas) yg dikeraskan (dijemur).

kembala arkgembala I.

kembali 1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll);

membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula);

sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat);

mengembalikan 1. mengirimkan (menghantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (menyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kembali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kembali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu;

kembalian sesuatu barang dll yg dikembalikan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~;

kekembalian perihal kembali;

perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya;

pengembalian perihal (perbuatan dsb) mengembalikan, pemulangan, pemulihan.

kemban kain yg dibelitkan di badan utk menutup dada (perempuan);

berkemban 1. memakai kemban; 2. memakai kain sarung hingga ke paras dada (tidak berbaju): beberapa orang perempuan yg kelihatan ~ sedang mencuci baju di perigi.

kembang I 1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~; 2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb);

~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, menjadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedip-ngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau mengerikan), seram bulu tengkuk (kerana ketakutan);

berkembang 1. kembang (terbuka atau terbentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi;

berkembangan berkembang (mekar) merata-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah;

mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri;

mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyukakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, tersebar, dsb), memajukan, meluaskan, menyebarkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu;

~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganutnya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh;

memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkembang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi;

terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan;

kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang;

perkembangan perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan;

pengembangan 1. perihal mengembang (menjadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera;

pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za’ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn menyebarkan ajarannya dan menambah bilangan penganutnya).

kembang II 1. bunga (digunakan juga utk menyatakan nama berbagai-bagai bunga): ~ bangkai, ~ jepun, ~ naga sari; cita ~ cita (kain tenun) yg coraknya berbunga-bunga; 2. kata yg menjadi sebahagian drpd nama beberapa tumbuhan; ~ semangkuk sj tumbuhan (pokok), Scaphium spp; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kayu cenderus, seburus hitam, segan petaling, Urophyllum trifurcum;

~ api bunga api; ~ gula gula-gula (berbagai-bagai makanan yg dibuat drpd gula); ~ latar bp pelacur; ~ pala kulit di keliling biji pala;

mengembang 1. seperti atau menyerupai kembang (bunga); ~ bakung mengombak (ikal) dan cantik spt bunga bakung (bkn bunga); 2. meletakkan bunga di kubur.

kembang biak; berkembang biak membiak menjadi banyak: kuman-kuman jenis ini sangat mudah ~;

mengembangbiakkan menjadikan berkembang biak.

kembang kempis 1. turun naik (dada seseorang) ketika bernafas, berdebar-debar, terengah-engah; 2. = kembang kuncup seketika mengembang seketika menguncup;

mengembangkempiskan menjadikan kembang kempis.

kembar 1. tidak berbeza sama sekali (rupanya atau keadaannya): kedua-duanya berpakaian ~; 2. = anak ~ dua orang anak (atau lebih) yg dikandung bersama-sama oleh seseorang ibu dan dilahirkan pd waktu yg sama atau hampir sama; ~ Siam kembar dgn bahagian tubuh yg menempel antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala (pertama kali berlaku di Siam pd tahun 1829); ~ tiga (empat dll) tiga (empat dll) orang anak yg sama atau hampir sama hari lahir mereka; 3. rangkap, dubel; ~ empat rangkap empat; 4. bergabung, berapit; nombor ~ Id dua keluaran yg digabungkan menjadi satu terbitan (bkn majalah); pemerintahan ~ dua pemerintahan yg serentak menguasai daerah yg sama; senapang ~ senapang yg mempunyai dua laras; tali (kawat) ~ dua (tiga dsb) tali (kawat) yg dipintal drpd dua (tiga dsb) lembar tali (kawat): talinya berupa rami ~ tiga;

berkembar 1. bergabung (berangkai dll) menjadi sepasang, berpasangan, bersaingan; 2. sama rupanya atau keadaannya, seragam (pakaian dll);

mengembari 1. menandingi (bertanding dgn), melawan, menentang: maka orang pun banyak mati dibunuh oleh Jawa itu, seorang pun tiada dapat ~ dia; 2. menyamai, menandingi: tak mungkin ~ orang-orang besar itu; 3. menjadikan pasangan bagi, memberi berpasangan (dgn): dibuatnya sepucuk meriam lagi utk ~ meriam Portugis itu; 4. sl mengiringi, menemani, menyertai, membantu, menolong;

mengembarkan menjadikan berkembar (berpasangan dll), mengapitkan;

terkembari; tiada ~ tidak dapat mengembari atau dikembari (ditentangi), tiada terlawan: cih, manatah hulubalang Majapahit, maka tiada ~ orang mengamuk sekian ini!

kembaran satu drpd dua (atau lebih) yg kembar, pasangan (yg erat): dianggap isterinya ~ jiwanya.

kembara; mengembara pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain;

mengembarai mengembara (menjelajah) di: ~ negara-negara Asia;

pengembaraan 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi;

pengembara orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal.

kembayat; kain ~ sj kain halus keluaran bandar Cambay di Gujarat (India).

kembera berterbangan (berlarian) dgn kacau-bilau, bercempera.

kembiang sj tumbuhan (herba air), kiambang, Pistia stratiotes.

kembili sj tumbuhan (herba yg boleh dimakan umbinya), Coleus tuberosus.

kembiri I tidak ada jantannya atau sifat kejantanannya, sudah dihilangkan jantannya, kasi, kasim: kambing ~;

mengembiri menghilangkan jantannya atau sifat kejantanannya: ~ binatang;

pengembirian perbuatan mengembiri.

kembiri II sj tumbuhan (pokok) dan buahnya, buah keras, kemiri, Aleurites moluccana.

kemboja sj tumbuhan (pokok) dan bunganya, bunga kubur, cempaka (biru), Plumeria acuminata.

kembol (kémbol); mengembol menjadi gembung atau besar kerana penuh berisi (bkn saku dll).

kembola sj tumbuhan (pokok), belimbing batu (manis), Averrhoa carambola.

kembu sj bakul kecil (tempat menyimpan ikan), kepis; kumbu.

kembuk = kembukan sj mangkuk besar tempat mencuci tangan, kobokan.

kembung I 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;

mengembung menjadi kembung;

mengembungkan menjadikan kembung, menggembungkan, menggelembungkan, melembungkan, membusungkan: ~ perut; gembung I.

kembung II; ~ padi kepuk (tempat mengisi padi).

kembung III; ikan ~ sj ikan laut, pelaling, temenung, Scomber spp.; ikan ~ lelaki sj ikan laut, Scomber kanagurta; ikan ~ perempuan sj ikan laut, Scomber negluctus.

kembur I ark = berkembur, mengembur; cakap ~ cakap angin (percakapan utk menghabiskan masa sahaja), perbualan kosong;

berkembur-kembur bercakap-cakap utk menghabiskan waktu (sambil bergurau senda dsb), berbual-bual kosong, berborak-borak.

kembur II Tr terpercik: habis ~ air dlm pasu bila putik kelapa jatuh.

kemburan I tulang-tulang tangan.

kemburan II Tr keladak, sembai.

kemburuan ark cemburuan.

kembut I Mn sj sumpit yg dibuat drpd pandan (utk mengisi buah-buahan dll).

kembut II; berkembut, berkembut-kembut berkepul-kepul (asap): ia memasang sebatang rokok, menghisap dan menghembuskan asapnya berkembut-kembut.

kemdian arkkemudian.

kemeh (keméh) Sr kencing, kemih.

kemeja (keméja) = baju ~ sj baju potongan Eropah (berlengan panjang atau pendek) utk lelaki: Encik Rahman hanya memakai ~ lengan panjang dan seluar panjang; ~ lepas kemeja (biasanya berlengan pendek) yg bahagian bawahnya tidak diselitkan ke dlm seluar ketika memakainya; ~ papan kemeja berkanji (menjadikannya keras);

berkemeja memakai kemeja: berseluar biru dan ~ putih.

kemejan = yu ~ sj ikan laut, yu kia-kia, Rhynchobatis spp.; kemenyan III.

kemeli ark  kambeli.

kemeling; ~ telur sj tumbuhan (herba air), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes.

kemelut 1. keadaan yg genting atau berbahaya (bkn penyakit terutama penyakit demam); ~ naik keadaan penyakit yg makin genting atau berat; ~ turun keadaan penyakit yg beransur pulih; 2. keadaan atau saat yg genting atau berbahaya (bkn ekonomi, politik dsb), kegentingan, krisis: masyarakat harus dibimbing utk membuat keputusan sendiri apabila menghadapi konflik dan ~ dlm kehidupan; masa ~; ~ ekonomi krisis ekonomi;

berkemelut berada dlm kemelut, mengalami kemelut: membiarkan mereka ~ mencari-cari simbolisme retorik.

kememeh (keméméh) Tr mata yg baru terbuka selepas bangun tidur: masih ~, kamu sudah sampai.

kemendalubendalu.

kemendang ark getaran udara (di atas tanah yg menjadi panas kerana disinari matahari);

berkemendang, mengemendang kelihatan (tampak) terbayang, membayang.

kemendelam sl sj buyung tempat mengisi air.

kemendikai semangka;mendikai.

kemendirkemendur.

kemendit = tali ~ tali pinggang;kendit.

kemendur IB 1. pemimpin pasukan (berpangkat perwira tinggi); 2. = ~ laut syahbandar, pembesar pelabuhan; 3. Mn pengurus pemerintahan negara (pd zaman penjajahan), pamung peraja, kontrolir; 4. kepala atau pengawas pekerja, mandur.

kemengu sj tumbuhan (pokok renek), Calotropis gigantea.

kemeniran sj tumbuhan (pokok renek);meniran.

KEMENTAH akronim bagi Kementerian Pertahanan.

kementam; berkementam berbunyi berdentam.

kemenyan I dupa atau getah drpd sj tumbuhan (Styrax benzoin) yg harum baunya apabila dibakar, luban jawi; jenis-jenisnya: ~ arab, ~ hantu, ~ hitam, ~ merah, ~ putih, ~ serani; belum (sudah) diasapi ~ belum (sudah) berkahwin;

apakah gunanya ~ sebesar tungku kalau tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau prb tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain; gaharu dibakar, ~ berbau prb memperlihatkan kelebihan supaya dipercayai orang.

kemenyan II; akar ~ hantu sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea pyrifolia.

kemenyan III = yu ~ sj ikan laut;kemejan.

kemera; ~-tara KI bertaburan, berselerak, kembera.

kemesak 1. sj tumbuhan (pokok), cenderai, ceret budak, semangkuk, Croton argyratum; 2. sj tumbuhan (pokok), calang paya, kayu meroyan, lidah api, Croton griffithii.

kemesit Kd kering, kecut (buah dll).

kemetot (kemétot) terencat (bangunnya), kerdil, tergencat.

kemi sj ikan laut, gedemi, Echeneis naucrates.

kemih air seni, kencing;

berkemih buang air kecil, buang air seni, kencing.

kemik 1. lekuk (spt pd tin yg jatuh atau terpukul sesuatu), kepik, penyuk: bertaburan tong sampah yg ~ dan berkarat; 2. penyek, penyet (hidung); hidung ~ hidung penyek;

terkemik menjadi kemik (kerana jatuh, terpukul sesuatu dsb).

kemilap  gemilap.

kemilaukilau.

kemili I NS memilin (memintal) tali kembar empat.

kemili IIkembili.

kemin I Pr kemas atau rapi buatannya (kerusi, meja, dll).

kemin II Kd menggulung atau memintal (rokok, misai).

keminting buah keras, kemiri.

kemirau masih mentah dan keras (bkn buah), kirau.

kemiri sj tumbuhan (pokok dan buahnya), buah keras, kembiri, Aleurites moluccana; ~ jatuh ke pangkalnya prb mendapat tempat yg sewajarnya, kembali ke tempat asalnya.

kemis; berkemis, mengemis meminta sedekah, meminta-minta: negeri ini tidak sekali-kali akan ~ pd mana-mana kuasa utk mendapatkan bantuan; perempuan tua itu terpaksa ~ utk hidup;

pengemis peminta sedekah.

kemit; ~ tubuh a) sesuatu (spt pakaian, barang perhiasan dll) yg diberikan sbg tanda kasih, bekas tubuh; b) = gelang ~ tubuh sj gelang; ~ hantar ark pesuruh.

Kemlu akronim bagi Kementerian Luar (Negeri).

kemoceng (kemocéng)kemucing.

kemofisiologi (kémofisiologi) kajian tentang kimia hidupan dan tindak balas kimia yg berlaku pd organisma.

kemojakemboja.

kemosintesis (kémosintésis) (Bio) pembentukan sebatian organik oleh organisma, mis sesetengah alga dan bakteria, dgn menggunakan tenaga yg dihasilkan melalui tindak balas kimia.

kemotaksis (kémotaksis) (Bio) gerak balas organisma terhadap rangsangan bahan kimia tertentu.

kemoterapi (kémotérapi) (Ubat) cara rawatan yg menggunakan bahan kimia tertentu utk merawat dan mengawal sesetengah penyakit (terutamanya penyakit kanser).

kemotropisme (kémotropisme) (Bio) kelengkungan tumbuhan atau bahagian tumbuhan sbg gerak balas terhadap rangsangan kimia.

kemoyangkelemoyang.

kempa = kempaan sesuatu yg digunakan utk mengapit (menekan, memerah, dll), apitan; ~ air apitan yg dijalankan dgn kuasa air; bulu ~ sj kain drpd bulu kambing yg diapit utk dibuat topi dll; cap ~ sl meterai (tera) raja-raja Melayu zaman dahulu;

mengempa mengapit, menghimpit (dgn perkakas atau dgn kedua-dua belah tangan); ~ tebu menghimpit tebu utk mengeluarkan airnya; ~ tangan mengepal-ngepalkan tangan;

terkempa terapit, terhimpit, tertekan.

kempang I ark sj perahu (dibuat drpd batang kayu).

kempang II; ~-kempis kembang kempis.

kempas I sj tumbuhan (pokok), Koompassia malaccensis; ~ roman sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasir, kedondong matahari, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii.

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   13   14   15   16   17   18   19   20   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin