K huruf ke-11 dlm abjad Rumi


kempas II; ~-kempis turun naik (dadanya), mengah-mengah (nafasnya), kembang kempis. kempeitai



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə18/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   14   15   16   17   18   19   20   21   ...   42

kempas II; ~-kempis turun naik (dadanya), mengah-mengah (nafasnya), kembang kempis.

kempeitai (kémpéitai) (anggota) polis tentera Jepun yg dibenci dan ditakuti kerana kekejamannya (semasa pemerintahan di negara yg diduduki).

kempek (kempék) Jk sj bekas drpd anyaman dll digunakan sbg tempat sirih (wang dll).

kempelang; mengempelang menampar, menempeleng, meninju (memukul) kepala dgn kuat;

kempelangan pukulan yg kuat.

kempen (kémpén) segala usaha (kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan (rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll): jabatan tersebut akan memperhebat ~nya utk menyedarkan pekebun-pekebun kecil tentang pentingnya penanaman semula getah; ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yg bertanding dlm sesuatu pilihan raya;

berkempen melancarkan (menjalankan) kempen: pegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yg memerintah.

kempening sj tumbuhan; mempening.

kemperas sj ikan air tawar, Cyclocheilichthys spp.

kempiluh, kempilur sj bekas (bakul) yg bertutup dibuat drpd anyaman.

kempis I menjadi pipih atau kendur (kerana kurang atau tiada lagi isinya), tidak kembung atau melembung lagi: tayar kereta ini ~ kerana kurang anginnya; perutnya ~ dan pipinya cengkung;

mengempis menjadi kempis: tayar keretanya semakin ~;

mengempiskan menyebabkan (menjadikan) kempis: ia ~ tayar kereta dgn mengeluarkan anginnya.

kempis II Jk sj botol yg dibalut dgn anyaman rotan (utk diisi air minum).

kempit sj buyung.

kempu sj kotak yg bulat dan bertutup utk menyimpan pakaian (barang kecil-kecil dll).

kempuh Mn empuk (makanan), masak (bkn sesuatu yg dimasak, dipanggang, dll), ranum (bkn buah-buahan), busuk atau rosak.

kempul I Jw sj alat bunyi-bunyian (seakan-akan canang besar).

kempul II; berkempul-kempul mengah-mengah (nafas), sesak nafas;

terkempul-kempul terengah-engah, termengah-mengah.

kempun; terkempun-kempun terkepit (spt kain ketat di antara kedua-dua belah paha).

kempunan 1. ingin benar (akan), selalu ingat (akan): ia ~ hendak mengetahui rahsia itu; 2. berasa kecewa (hampa) kerana tidak tercapai sesuatu keinginan atau idaman: dicarikannya juga buah yg dipesan oleh ayahnya itu kerana takutkan ayahnya ~ nanti; 3. dlm kesukaran (kebimbangan), dlm keadaan serba salah atau kebingungan, berasa sungguh malang (kerana sangat kecewa dll): lepas dr ~; menanggung ~.

kempung I 1. lekuk atau termasuk ke dalam kerana kurang berisi (bkn pipi), cekung (pipi), caung atau kempis (pipi): pipinya ~ dan matanya cengkung; 2. lekuk (spt pd tin yg jatuh atau terpukul sesuatu), kemik.

kempung II 1. Jw bahagian bawah perut; 2. = kempungan Jk gelembungan.

kemput Jk 1. kempung, cekung, caung (pipi); 2. ki kosong, habis harta benda.

kemu I Jw; berkemu berkumur (mencuci mulut).

kemu II Jk; mengemu menggumam, mengulum.

kemucing sj alat utk mengebas (membersihkan) debu, bulu ayam.

kemudi 1. sj perkakas di buritan kapal (perahu) utk mengawal arah pelayarannya: manakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; bam ~ = celaga ~ = tangan ~ kayu sbg pegangan atau tangkai kemudi; 2. Id alat utk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pd kereta): Hawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; 3. ki pimpinan (persatuan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan; 4. ark pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pd kuda);

~ bundar pusar-pusar bulu pd kuda; ~ cawat kemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah; ~ sepak kemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung); patah ~ dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi;

berkemudi 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta;

~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahannya);

mengemudikan 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju pemerintahan, mengendalikan, mengurus (rumahtangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu;

pengemudi 1. jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta); 2. orang yg mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dsb).

kemudian 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (sesudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut;

mengemudiankan 1. meletakkan (menaruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menangguhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu;

terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah.

kemudu sj tumbuhan (pokok), Pisonia spp.; ~ selat = ~ siam sj tumbuhan Pisonia excelsa;mengkudu.

kemuk; ~-kemik banyak bahagian yg kemik (bkn tin), banyak kemiknya.

kemukus lada (cabai) berekor, temukus, Piper cubeba.

kemul Jw selimut;

mengemuli menyelimuti.

kemumu I 1. sj lumut laut; 2. Mn sj keladi (keladi Cina) yg boleh digulai daun dan batangnya.

kemumu II ark, kemumurkelemumur.

kemuncak bahagian (tempat, tingkatan, atau paras) yg tertinggi sekali, puncak: semasa ~ tamadun Greek, wanita dijadikan alat memuaskan nafsu lelaki; ~ gunung; ~ kejayaan.

kemuncup sj tumbuhan (rumput), rumput jarum, Chrysopogon (Andropogon) aciculatus.

kemundirkemendur.

kemung sj alat bunyi-bunyian spt canang, gong; ~ gantung kemung yg digantungkan; ~ jongkak kemung yg diletakkan pd alas atau telapakannya.

kemungkus I ark; telur ~ telur tembelang.

kemungkus IIkemukus.

kemuning sj tumbuhan (pokok); ~ gajah = ~ badak = ~ limau sj tumbuhan (pokok), ketengah, Merrillia caloxylon; ~ jantan hutan sj tumbuhan (pokok), mata keli jantan, Canthium confertum; ~ lada sj tumbuhan (pokok), Murraya peniculata (exotica).

kemunting sj tumbuhan (pokok renek), Rhodomyrtus tomentosa;

~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar senduduk, Marumia nemorosa; ~ bukit = akar ~ = akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), senduduk halus, Anplectrum divaricatum; ~ cina sj tumbuhan (pokok kecil), Lochnera (Vinca) rosea; rotan ~ sj tumbuhan (palma), rotan cincin, rotan duduk, rotan gelang, rotan kerai, rotan perupuh, rotan segera, rotan tunggal, Daemonorhops geniculatus.

kemuruk busuk, tembelang (bkn telur); telur ~ telur tembelang, telur kemungkus: gas ini busuk baunya spt bau telur ayam ~.

kemut; kemut-kemut, mengemut, terkemut-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (spt mulut kanak-kanak yg menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut.

kemutul, kemutun sj tumbuhan (pokok), Cratoxylon formosum.

ken (kén) sl gelaran bagi anak lelaki atau perempuan: ~ Angrok; ~ Tambohan.

kena 1. bersentuh(an) dgn, berlanggar(an) dgn, lekat pd, terhantuk (terpukul dsb) pd: lututnya luka kerana ~ serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi; tikamannya itu ~ pd bahu lawannya; pemandu kereta itu cuba mengelakkan budak itu tetapi keretanya ~ tiang elektrik; 2. tepat pd sasarannya (bkn lontaran, tembakan, dsb), tidak menyimpang drpd sasarannya: dilemparkannya sebiji batu ~ kepala anjing itu; tembakannya tidak ~ dan musuh itu lepas lari; 3. ditimpa (sesuatu), mendapat (beroleh, diberi, menderita) sesuatu; ~ apa = apa ~ a) ditimpa apa; b) apa sebab, mengapa; ~ buat kena sihir (orang); ~ hujan ditimpa hujan; ~ penyakit demam kepialu mendapat (menderita) penyakit demam kepialu; ~ upah beroleh atau diberi upah (utk melakukan sesuatu); 4. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan (dan sama maksudnya dgn awalan ter atau di pd kata kerja); ~ marah dimarahi; ~ pukul dipukul; ~ tangan ditangani (dipukul dgn tangan); ~ tipu tertipu, ditipu; 5. tidak bebas (terlepas, terkecuali) drpd, dibebankan (diwajibkan) mematuhi peraturan (menanggung bayaran dll): semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu; 6. berpadanan atau berpatutan (bkn harga, tawaran, dll), cocok atau sesuai (dgn yg dikehendaki, yg sepatutnya, dsb), sesuai atau tepat sekali(dgn sesuatu, seseorang): kalau ~ harganya saya jual juga rumah ini; barang apa yg tidak ~ pd hatinya disuruhnya ubah atau gantikan; pakaian yg indah itu ~ pula dgn orang yg memakainya; ~ gayanya = ~ (dgn) jalannya cocok atau sesuai caranya; ~ pd tempatnya berpadanan, sesuai benar, tepat sekali; 7. terpaksa (membuat dll sesuatu): oleh sebab ibunya sakit, ~lah dia seorang diri mengurus rumah tangga; ia merungut kerana tiap-tiap hari ~ bangun pagi-pagi;

~ andeka ditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kpd raja, pemerintah, dll); ~ ekor mendapat wang sbg hasil drpd cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda); ~ emas menerima rasuah (wang suap); ~ hati a) jatuh cinta (pd); b) kesal, menyesal; ~ loteri mendapat hadiah kerana nombor tiket yg dibeli sama dgn nombor cabutan loteri; ~ miang a) lekat miang (buluh dll) pd bahagian tubuh; b) = ~ tempias ki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain; ~ setan dirasuk setan; ~ tali kena tipu (ditipu);

~ batang hidung sendiri prb menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll); ~-~ spt santan bergula, tak ~-~ bagai antan pukul kepala prb sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan; kalau ~ tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut prb kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yg berpanjangan;

berkena ada hubungan kerabat (kekeluargaan) dgn: dia tu ~ dgn ayah saudara saya;

berkenaan 1. berhubungan, berkaitan, bersangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan;

mengena 1. tepat kena pd sasaran, matlamat, yg dituju, dll: tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur; 2. memperoleh tangkapan (bkn jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dsb): 3. mendatangkan hasil atau kesan yg dikehendaki atau diharapkan (bkn muslihat atau tipu daya): perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi utk langkah selanjutnya;

kena-mengena 1. ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dll): apa ~nya perkara ini dgn ayahnya?; orang yg diawasi itu sebenarnya ada ~ dgn penipuan yg berlaku itu; 2. ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat: ia ~ dgn saya kerana ia berkahwin dgn sepupu saya;

mengenai 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh;

mengenakan 1. menyebabkan kena atau menghalakan supaya kena (pd sesuatu sasaran): tembakan itu dikenakan pd kakinya; 2. melekatkan, memasangkan: ~ kancing baju; ~ kunci pintu; 3. menjadikan sbg kewajiban (bkn undang-undang, peraturan, dsb), mewajibkan, menjadikan tanggungan atau bebanan (bkn bayaran, cukai, dsb), mempertanggungkan: undang-undang darurat ini akan dikenakan pd setengah-setengah kawasan sahaja; kesatuan akan ~ bayaran yg rendah kpd semua ahlinya yg ingin mengikuti kursus ini; 4. a) memakaikan (baju, kasut, dll) pd diri sendiri atau pd diri orang lain: ia berdiri di hadapan cermin sambil ~ baju barunya; tiada peraturan tertentu tentang cara ~ pewarna mata; b) menyarungkan (cincin): ~ cincin pd jari tunangnya; 5. = mengena-ngenakan mempermainkan, memperdaya, menipu: selalu sahaja dia hendak ~ kita dgn berbagai-bagai tipu helahnya;

~ tangan kpd ki a) menghukum dll; b) memukul dgn tangan, menangani; ~ baju di badan maka sesuai prb menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan perasaan atau sifat diri sendiri;

terkena 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menyesal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (diganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit;

~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir;

~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~ , dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama tertipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu;

perkenakan menyuruh seseorang memperdaya (menipu) orang lain: ~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang;

pengenaan perihal mengenakan, perbuatan mengenai atau mengenakan: ~ cukai yg tinggi pd barang-barang tersebut dianggap tidak wajar; ~ pantang larang adalah utk mengelakkan drpd memudaratkan lagi keadaan seseorang pesakit.

kena (kéna) ark awak, engkau, kamu.

kenahang kenohong.

kenal = ~ akan (kpd) 1. dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dsb sebelumnya), cam: ia tidak ~ akan suara Daim kerana belum pernah bercakap-cakap dengannya; ~ kasihan (malu, susah) tidak tahu kasihan (malu, susah); 2. tahu sedikit sebanyak tentang diri seseorang (sehingga boleh berhubung dengannya sbg sahabat), pernah berjumpa dan bercakap-cakap dgn seseorang sehingga boleh bersahabat dengannya: saya sudah ~ dia semenjak kecil lagi; barangkali kakak belum ~ saya ini siapa; ~ huruf tahu atau boleh membaca (walaupun pd peringkat rendah); belajar ~ bp mulai mengetahui; ~-~ Cina prb baru kenal (belum mesra lagi);

berkenal = ~ dgn bersahabat (dgn), bergaul dgn): ingin benar ia hendak ~ dgn semua jirannya;

berkenalan bergaul atau berhubungan (dgn seseorang atau antara satu sama lain) sbg sahabat: lama sudah kami ~; tiada ~ sl tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yg seorang drpd yg lain: maka segala orang yg berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi;

berkenal-kenalan, kenal-mengenal kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul): maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dgn segala raja-raja negeri yg tersebut itu; kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung;

mengenal 1. dapat mengetahui atau mengecamkan rupa seseorang atau sesuatu yg sudah diketahui sebelumnya, mengecam: semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yg ~nya; 2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sbg sahabat dgn, berkenalan dgn: sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; tak ~ belas kasihan tidak mempunyai rasa belas kasihan;

mengenali 1. kenal akan, mengenal: dia yg baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya; 2. mengetahui (rupanya, sifatnya, tanda-tandanya, dll): aku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yg akan kulawati; beliau dikenali sbg seorang yg dermawan;

mengenalkan membuat seseorang kenal akan: hanya dgn ~ penduduk-penduduk luar bandar kpd perusahaan besar-besaran, barulah rakyat akan sedar;

memperkenalkan 1. menyatakan atau memberitahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kpd orang lain: pengerusi majlis ~ jemputan khas kpd para hadirin; sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kpd aku; 2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dgn menerangkan dsb): Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kpd orang-orang Madinah; ~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dgn menggunakan berbagai-bagai kemudahan;

terkenal diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama: Hang Tuah, seorang pendekar Melayu yg ~ kerana kegagahan dan kepintarannya; Malaysia ~ dgn getah dan bijih timahnya;

kenalan orang yg sudah dikenali, sahabat: Yusuf banyak ~nya di kota Betawi; surat ~ = surat perkenalan surat utk memperkenalkan diri seseorang;

kekenalan dikenal, diketahui, ketahuan;

perkenalan 1. perihal (perbuatan dll) memperkenalkan (seseorang kpd seseorang yg lain): orang itu mengangguk-angguk tanda bersedia menerima ~ itu; surat ~ surat kenalan; 2. perihal berkenalan, perhubungan (pergaulan dsb) sbg sahabat: ~ kami memang sudah lama; semenjak ~ kami malam itu, tidak pernah aku berjumpa lagi dengannya;

pengenalan 1. perihal mengenalkan; kad ~ kad yg mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (spt nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dll) utk makluman orang atau pihak yg berkaitan; 2. perihal (perbuatan dll) mengenal atau mengenali: botol-botol ubat itu dibubuh label utk ~;

pengenal 1. ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) utk mengetahui: tanda ~ pokok ini ialah daun kecil yg menyelimuti kuntum bunganya itu; ilmu ~ penyakit Id ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala-gejala (tanda-tanda) yg terdapat mengenainya; zat ~ Id pergabungan (persenyawaan) benda atau zat utk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yg lain; 2. Mn ingatan.

kenaling Kl menggeletar (kerana ketakutan), berasa gentar.

kenal pasti; mengenal pasti mengetahui serta menentukan, mengetahui sehingga dapat menyatakan dgn pasti: kerajaan akan memperhebat lagi usaha bagi ~ bidang perusahaan baru yg boleh disertai oleh usahawan Melayu; polis telah ~ ketiga-tiga orang lelaki yg terbabit;

pengenalpastian perihal (usaha dsb) mengenal pasti: makluman itu dapat membantu pihak pentadbir dlm proses ~ pelajar-pelajar yg memerlukan kelas pemulihan dlm bahasa Malaysia.

kenalpot IB, bp sj alat utk mengurangkan bunyi (pd enjin).

kenan I; berkenan 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu;

memperkenankan mengizinkan, meluluskan, menyetujui, memakbulkan (bkn Tuhan): tidaklah dapat ia ~ permintaan Wirja; semoga doamu itu akan diperkenankan Tuhan;

perkenanan perkenan;

perkenan izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta.

kenan II 1. tanda atau cacat pd kulit (anggota, tubuh, dll) semenjak lahir, cenangga; 2. keganjilan tertentu (pd gerak-geri, kelakuan, dll) bawaan semenjak lahir atau kecil; ~ anjing keganjilan tentang suara (spt tangisan yg menyerupai salakan anjing dll); ~ kera keganjilan tentang gerak-geri (menyerupai gerak-geri kera).

kenang timbul kembali dlm fikiran dgn rindu dll (sesuatu yg telah lama berlaku atau hilang drpd pandangan): kalau tidak ~ sekali, ~ sedikit ada jua;

mengenang mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   14   15   16   17   18   19   20   21   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin