K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə19/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   15   16   17   18   19   20   21   22   ...   42

mengenangkan 1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;

terkenang; ~ akan = ~ kpd = terkenangkan teringat akan (seseorang atau sesuatu) spt dlm keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan: kemudian dia terkenangkan malam indah yg dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yg tenang; ia ~ kpd ayah dan ibunya yg telah meninggal;

terkenang-kenang selalu terkenang (teringat) akan seseorang atau sesuatu;

kenangan 1. apa yg dikenangkan atau yg timbul (terbayang) dlm ingatan: tiba-tiba ~nya bertukar kpd ibu bapanya di kampung; ~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya; 2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu; sudah luput drpd ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi;

kenang-kenangan 1. segala sesuatu yg dikenangkan (dapat dibayangkan kembali dlm fikiran), sesuatu yg (tetap) ada dlm fikiran atau ingatan: segala-galanya tinggal sbg ~ sahaja; 2. (menjadi) sesuatu yg dapat mengingatkan (seseorang) tentang sesuatu yg lain (misalnya peristiwa, persahabatan, dll): hadiah utk ~; bergambar utk ~.

kenanga sj tumbuhan (pokok) dan bunganya yg harum baunya, cenanga, semenderasa, Canangium odoratum; minyak ~ minyak yg diperbuat drpd bunga kenanga (baunya harum);

~ hutan a) = ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), Desmos dasymaschala; b) sj tumbuhan (pokok), antat, kelat kerantau, lidah-lidah, melidah, pokok kuning, Alangium ebenaceum.

kenantan kinantan.

kenap Id sj meja kecil.

kenapa bp kena apa, sebab apa, mengapa: ~ kau mengikut jalan ini?

kenari I sj tumbuhan (pokok), Canarium commune; ~ belanda sj tumbuhan (pokok), Anygdalus communis; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kedondong bahu, kedondong bulan, kedondong hutan, kedondong kerut, Canarium nitidum.

kenari II; burung ~ sj burung kecil yg kuning bulunya, Serinus canarius germanicus.

kenari III; ketam ~ sj ketam.

kenarus; rumput ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), paku (rumput) serani, Lycopodium cernum.

kenas 1. pekasam drpd lokan dll; 2. siput (kerang, tiram) yg diasinkan.

kencah kincah.

kencana sl emas; anak-anakan ~ patung drpd emas.

kencang I 1. tegang (spt tali yg direntang), tidak kendur; angin ~ kelat angin yg keras tiupannya (hingga mempertegang tali kelat); 2. cepat, pantas, deras, laju: larinya kian ~ dan kian jauh pula ia meninggalkan orang yg mengikutinya; 3. erat-erat, kuat-kuat, teguh: dipeluknya ~;

mengencang menjadi kencang (deras, pantas, laju, dsb): hembusan angin semakin ~; kereta kian ~;

mengencangkan 1. menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dll), menguatkan (bunyi dll): bunyi radio itu semakin dikencangkan; 2. mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dll);

memperkencang 1. memperkuat (bunyi dll), mempererat (ikatan dll); 2. mempercepat, menjadikan lebih lancar (perundingan dll);

kekencangan 1. ketegangan; 2. kecepatan, kederasan.

kencang II; ~-kencung bunyi spt bunyi enjin (bunyi cang-cung).

kencar; terkencar-kencar tidak tahu apa yg akan dibuat, gopoh-gapah, gugup, tergesa-gesa.

kenceng (kéncéng) I C sj gurdi (bor kecil) yg diputar dgn busur.

kenceng (kéncéng) II sj kawah yg bertangkai (dibuat drpd besi atau tembaga).

kencing I 1. = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan, air seni; 2. = berkencing buang air kecil, berkemih; jamban ~ bilik air (tempat membuang air kecil);

~ darah sj penyakit yg menyebabkan keluar darah dr kemaluan; ~ manis sj penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; ~ nanah sj penyakit jantina yg menyebabkan keluar nanah dr kemaluan; air ~ lembu nira nyiur yg dimasak pd masa membuat gula Melaka; guru ~ berdiri anak murid ~ berlari prb murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya);

mengencingi 1. mengenakan air kencing pd; 2. bk meniduri;

terkencing kencing dgn tidak sengaja, kencing dgn tidak dapat ditahan lagi;

pengencingan = pekencingan 1. pundi-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kemaluan.

kencing II; ~ kambing sj tumbuhan (pokok renek), akar lakum hutan, akar lembut, Jasminum griffithii; ~ pelanduk sj tumbuhan (herba), dedalu ingap, Apostasia nuda; akar ~ kerbau sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit, kekunyit, Fibraurea chlorleuca.

Kensiu (kénsiu) penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Negrito, yg tinggal di kawasan pinggir daerah Baling, Kedah.

kencong (kéncong) I Mn serong, bengkok, miring, pencong; kasut ~ kasut yg hujungnya bengkok ke atas;

mengencong menyimpang (bkn jalan dll), membelok;

mengencongkan mengherotkan (bibir), membengkokkan; ~ perkataan orang memesongkan perkataan orang.

kencong (kéncong) II sj tumbuhan (pokok), larak, pokok girah, Ellipeia (Popowia) nervosa; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jangkang, akar larak, Fissistigma manubriatum.

kencung sj bunyi (spt bunyi cung-cung).

kencur Jw sj tumbuhan (herba), cekur, Kaempferia galanga.

kendaga peti atau kotak kayu yg dihiasi dgn kulit kerang (atau dibebat dgn anyaman).

kendak lelaki atau perempuan yg dijadikan teman berzina (atau teman bersekedudukan di luar nikah);

berkendak bermukah, berzina: maka Hang Tuah pun dibuatkan orang fitnah dikatakan ia ~ dgn seorang dayang raja;

memperkendak, memperkendaki menjadikan kendak, mengajak berkendak: maka gundik raja yg diperkendak oleh Hang Kasturi itu dilihat oleh Hang Tuah.

kendal Jw sj tumbuhan (pokok), pelekat, sekendal, sekendi, Cordia myxa (obliqua).

kendala 1. rintangan, halangan, gendala; 2. paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; 3. sesuatu yg mengekang: ~ kewangan;

mengendalakan merintangi, menghalangi: kepercayaan karut ini boleh ~ pembangunan kampung.

kendali Jw 1. kekang; 2. tali kekang (kang); peluru ~ peluru berpandu;

mengendalikan 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. mengurus(kan), mentadbir(kan), mengawal perjalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi;

terkendalikan dapat (berupaya) dikendalikan: persaingan yg tidak ~;

kendalian 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil perbuatan mengendalikan;

pengendalian perihal mengendalikan (mengekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati);

pengendali pemimpin, pengurus, pentadbir.

kendana Mn ark; mengendanai mengawas, mengamat-amati, menjaga.

kendang I Jw gendang.

kendang II rim (bkn kertas);

sekendang satu rim (sebanyak 500 helai): kertas ~.

kendang III sj ikan laut, Scatophagus argus.

kendang (kéndang) Mn; kendang-kendang, kendang-kendangan; kain ~ kain pakaian sehari-hari (terutamanya selendang).

kendati 1. = kendatipun walaupun, meskipun, biarpun: janggallah sekiranya permulaan babak ini didahului oleh si gadis, kendatipun begitu, tentunya ada juga yg berlaku; 2. ark jangankan.

kendeka (kendéka) Jk; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Avicennia marina.

kendelam kemendelam.

kendera; berkendera menaiki sesuatu jenis kenaikan (spt motokar dll), menunggang kuda (gajah dll);

mengenderai menaiki kereta dll, menunggang kuda dll: dgn ~ sebuah jip, ia segera membawaku mendaki Bukit Barisan;

kenderaan kenaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan;

pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal;

berkenderaan menggunakan atau mempunyai kenderaan (spt berbasikal, berkereta, berkuda, dll): mereka datang beramai-ramai, ada yg ~ dan ada yg berjalan kaki sahaja; walaupun ia pegawai yg berdasi dan ~ mobil, ia kemudian menggabungkan dirinya dgn syarikat buruh;

pengendera 1. orang yg menaiki atau menggunakan kenderaan (spt kereta dsb); 2. ark penunggang (kuda, gajah, dll).

kenderap sj ikan air tawar, kenjing, tinggang, Bagarius bagarius.

kenderi I; saga ~ sj ukuran berat bagi menentukan berat emas: 12 ~ sama dgn 1 mayam.

kenderi II; kayu ~ = ~ batang sj tumbuhan (pokok), Adenanthera pavonina.

kendi I sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin).

kendi II; burung ~ 1. sj burung gajah, burung pisau raut, Numenius phaeopus variegaus; 2. sj burung, burung raut, Numenius arquata ocientalis.

kendik; berkendik-kendik Kd berjalan terhenjut-henjut (spt orang yg memikul air).

kendil Jw sj periuk.

kendiri sendiri;

kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri.

kendit ikat pinggang, tali pinggang (drpd kain, benang, dll); kemendit.

kendo (kéndo) sj seni bermain pedang di kalangan masyarakat Jepun.

kendong (kéndong); mengendong membawa barang dgn dibungkus dlm kain sarung (sapu tangan dll): buah-buah itu dipungutnya dan dikendongnya.

kenduduk; ubi ~ sj ubi, Dioscorea alata.

kendung, kendungan sj tumbuhan (pokok), Symplocos laurina.

kendur 1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit;

berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang);

mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~;

mengendurkan menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang;

~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat;

terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit;

kekenduran perihal kendur;

pengenduran perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan.

kenduri I perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut;

~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas selamatnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll);

berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri;

mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri.

kenduri II; ~ batang sj tumbuhan (pokok), saga, Adenanthera paronina.

keneh (kenéh) kenek.

kenek (kenék) IB penolong (pembantu) tukang, pembantu pemandu kenderaan, kelindan; keneh.

keneker (kenékér) IB guli, kelereng.

kenen (kénén) bp; mengenen 1. membuat pukulan (hantaran, balingan, dll) secara tidak langsung dengan melencongkan bola dsb ke tempat lain sebelum ke sasaran; 2. membuat atau mengatakan sesuatu dgn tujuan mengenakan atau menyindir orang lain.

kenerak sj tumbuhan (pokok), galai, Goniothalamus tapis.

kenerian sj tumbuhan (pokok memanjat), Premna ridley.

kenes (kenés) Jw genit, bergaya, keletah.

keng (kéng) bunyi anjing dll.

kengkalung rantai leher; kalung I.

kengkang (kéngkang) dlm keadaan kaki mengempar ke luar ketika berjalan;

mengengkang berjalan dgn kedua-dua belah kaki agak membuka ke kiri dan ke kanan disebabkan kaki mengempar ke luar, mencakah: dia datang ~ ke meja minuman itu;

terkengkang-kengkang dlm keadaan mengengkang: seorang demi seorang turun dr bas, berjalan ~.

kengkarung bengkarung.

kengkatuk sj tumbuhan (pokok memanjat), akar dedaup, dau, Bauhinia flammifera.

kengkeng (kéngkéng) I; mengengkeng menjerit keras kerana kesakitan (bkn anjing), memeking (bkn anjing), mendengking-dengking (menangis dll).

kengkeng (kéngkéng) II; terkengkeng terangkat kaki sebelah (bkn anjing dll), terkelepai (bkn tulang yg patah).

kengkiak kiak-kiak.

kengkiang rengkiang.

kengkunang; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), barung, obak, sopi, Elaeocarpus robustus.

kengwa (kéngwa) C sj tumbuhan (herba yg berwarna putih dan kembang tengah malam), gul bakawali.

kenidai 1. sj tumbuhan (pokok); 2. = ~ babi sj tumbuhan (pokok), kernam, kernung, Bridelia stipularis; 3. = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), kerenam, Bridelia monoica;

~ bukit sj tumbuhan (pokok), berenam, hujan panas putih, memputeri, mengkerai, Glochidion sericeum; ~ gajah = ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Bridelia pustulata; ~ paya sj tumbuhan (pokok) Glochidion brunneum; ~ punai sj tumbuhan (pokok), kerenam, petaling pagu, sebasah, Antidesma cuspidatum.

kenik sj tumbuhan (pokok), kayas, Antiaris toxicaria.

kenikah; ~ batu sj tumbuhan (herba), kerukuh batu, Hedyotis auricularia.

kening 1. = bulu ~ bulu di atas kelopak mata (di bahagian bawah dahi), alis; angkat ~ memberi isyarat atau alamat dgn menggerakkan kening ke atas; terangkat ~ pagi hari ketika matahari baru terbit (di antara pukul 7.30 hingga 8.00); belum terangkat ~ pagi hari sebelum matahari berada di atas kaki langit; 2. Mn dahi: ~nya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingat sesuatu; beradu ~ berhadap-hadapan muka, berjumpa; berkilat ~nya cantik rupanya.

kenini sj ubat pil (utk mengubati penyakit malaria).

kenit terlalu kecil.

kenjah; berkenjah-kenjah bersepah-sepah, bertaburan.

kenjar tegang.

kenjing sj ikan darat, kenderap, tinggang, Bagarius bagarius.

kenjur kejur I.

kenkacang; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mekacang, akar nyamuk, akar rusa-rusa, Agelaea vestila.

kenohong ark sj penyakit kusta.

kenop I IB benda bulat yg dipasang pd pintu sbg pemegang atau sbg pembuka pintu (apabila diputarkan), bahagian yg bulat bentuknya pd radio (televisyen dll) yg diputarkan utk menghidupkan atau mematikan radio dsb (mengawal kecil besar suara dll).

kenop II IB kancing baju.

kenop III, kenot IB sj pemukul drpd getah, gada getah.

kensel (kénsél) bp; dikensel dibatalkan, dimansuhkan: oleh sebab saya kurang awas, lesen saya ~.

kental 1. (berkeadaan) antara cair dgn keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir spt air): setelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ spt agar-agar yg separuh beku; 2. karib, akrab (bkn persahabatan); sahabat ~ sahabat karib; 3. teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu;

mengental menjadi kental (pekat), hampir membeku: bancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama;

mengentalkan menjadikan kental, memekatkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (mengaribkan) persahabatan;

kentalan benda yg kental;

kekentalan perihal kental, sifat (keadaan) kental;

pengentalan perihal atau perbuatan mengental atau mengentalkan;

pengental bahan (benda) yg mengentalkan: ~ susu getah.

kentala; burung ~ sj burung.

kentang = ubi ~ sj ubi (dimasak dlm gulai atau dijadikan bahan kuih), Solanum tuberrosum.

kentar ark sj ukuran berat utk menimbang emas.

kentara jelas kelihatan, tampak dgn terang (nyata);

mengentarakan menjadikan (menyebabkan) kentara, menampakkan dgn jelas (nyata); ketara.

kentas gentas.

kentung bunyi buluh atau kayu berongga dipukul;

berkentung-kentung berbunyi spt bunyi buluh atau kayu berangga (bercabang) dipukul;

kentung-kentung, kentungan buluh atau kayu berongga yg dijadikan alat bunyian (dipalu utk menyatakan waktu atau menyampaikan sesuatu alamat), ketuk-ketuk; ketung II.

kentut 1. angin yg keluar menerusi pelepasan (jubur); 2. = berkentut mengeluarkan angin menerusi pelepasan;

mengentutkan mengeluarkan kentut (dgn sengaja);

terkentut berkentut dgn tidak sengaja (kerana tidak dapat ditahan lagi) atau dgn tiba-tiba.

kentut-kentut sj tumbuhan (pokok renek), sekentut, Saprosma glomerulatu.

kenung 1. bunyi spt bunyi gong (canang besar) dipukul; 2. Jw sj alat bunyi-bunyian spt gong.

kenup kenop II.

kenur bp benang kasar, tali.

kenya Jw ark anak dara, gadis, perawan.

kenya (kénya); berkenya sabung-menyabung (bkn kilat).

Kenyah suku kaum peribumi di Sarawak, yg termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, kebanyakannya tinggal di pedalaman di hulu Sungai Baram berasal dr daerah Bugis dan pedalaman Kalimantan.

kenyal 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik;

mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal;

kekenyalan perihal (sifat) kenyal.

kenyam; mengenyam 1. mengecap (masakan atau makanan); 2. merasai (kemewahan dll), menikmati.

kenyang 1. hilang sama sekali rasa lapar (kerana sudah makan dgn cukupnya), sudah banyak (puas) makan, sudah berisi makanan dgn cukupnya (bkn perut): perutku ~, aku sudah makan; 2. sudah penuh (berisi atau menyerap sesuatu): tanah itu harus disiram dgn air hingga ~; 3. ki selalu (banyak) mendapat atau mengalami sesuatu, puas (kerana banyak mendapat sesuatu): ~lah Jazuli semalam itu oleh bermacam-macam sanjungan; dia sudah ~ dgn cercaan demikian;

orang yg ~, kalau dijamu dgn lauk yg sedap sekalipun, berkata tawar juga prb orang yg tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah;

mengenyangkan menjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang: dgn budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yg lapar; sepinggan nasi sudah cukup utk ~ aku;

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   15   16   17   18   19   20   21   22   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin