K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə20/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   16   17   18   19   20   21   22   23   ...   42

kekenyangan 1. perihal kenyang (tidak berasa lapar), kepuasan; 2. terlalu kenyang (kerana makan terlalu banyak): maka anak gergasi itu pun mati oleh tersangat ~.

kenyap arkkecap.

kenyat; ~-kenyit = ~-kenyut berdenyut-denyut, kemut-kemut.

kenyek Tr memicit, memenyekkan: beruk Pak Jalil sedang ~ kutu.

kenyi, kenyih Jk mudah mendapat (berasa) sakit.

kenyir ingin (hendak makan).

kenyit; mengenyit mengelipkan mata atau mengangkat kening sbg memberi isyarat, biasanya dgn sebelah mata: tetapi kalau berjumpa anak dara orang di tengah jalan, ~ mata pula;

mengenyitkan mengelipkan sebelah mata: Ong senyum-senyum sambil ~ matanya kpd aku;

terkenyit-kenyit terkelip-kelip: ~ mataku menelek di cermin kecil itu; mukanya merah, matanya ~;

kenyitan kelipan dgn sebelah mata: dgn ~ mata, Tuan Hess berisyarat kpd Encik Ramli.

kenyut; mengenyut menghisap susu, menyusu;

kenyutan puting getah.

keok (kéok) I bunyi ayam ketika ditangkap atau kerana ketakutan;

berkeok-keok, berkeokan berbunyi keok-keok (spt bunyi ayam ketika ditangkap): pd satu tengah malam, kami terkejut oleh bunyi bising ayam berkeokan di bawah rumah.

keok (kéok) II bp kalah, tewas.

terkeok tertewas: yg ada, hanya asyik hendak makan saja sehingga lawan ~ langsung.

keong (kéong) sj siput darat; rumah ~ kulit siput keong.

kep (kép) I penggalak (pd senapang); kip.

kep (kép) II bp sj tutup kepala.

kep (kép) III bp jambul.

kep (kép) IV; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar larat (larit, lerek), akar singuluh, Melodorum fulgens.

kepada 1. kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah.

kepah I sj remis; jenis-jenis: ~ batu, ~ bugis, ~ kurap dll.

kepah II Kl, Tr; mengepah mengulum dan menghisap: ~ daging (tebu dll).

kepai; udang ~ sj udang kecil, geragau.

kepak 1. sayap: ayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya; ~ burung; ~ kupu-kupu; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai sayap; ~ pintu daun pintu;

berkepak 1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak-kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok);

mengepak-ngepak = terkepak-kepak berkepak-kepak, mengibar-ngibarkan kepak (sayap);

mengepak-ngepakkan mengibar-ngibarkan (sayap).

kepak (képak) I; mengepak mendukung (budak dll) di rusuk.

kepak (képak) II; mengepak-ngepak terkapai-kapai.

kepak (képak) III ark; mengepak membengkokkan (dahan dll) hingga patah;

terkepak bengkok atau patah (dahan kayu dll).

kepaksa ark Id terpaksa.

kepal I 1. = kepalan gumpal (nasi, tanah dll, yg padat setelah digenggam-genggam): disuapkannya ~ nasi itu ke mulutnya; 2. seisi genggaman tangan (bkn nasi dll), sebanyak yg dapat dipadatkan dlm genggaman (bkn nasi dll), genggam: se~ nasi; 3. = ~ tangan = kepalan genggaman (tangan), penumbuk, tinju; diberi ~ ditumbuk (ditinju); se~ menjadi gunung, setitik menjadi laut prb a) drpd sedikit menjadi banyak; b) perkara kecil dibesar-besarkan;

berkepal-kepal beberapa kepal (nasi dll), bergumpal-gumpal;

mengepal 1. = mengepal-ngepal memadatkan (nasi, pulut, tanah, dll) dlm genggaman tangan; 2. menggenggam: Mahat meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya ~ penumbuk;

mengepalkan menjadikan (tangan) tergenggam, menjadikan kepalan, menggenggamkan: Rafidah ~ kedua-dua belah tangannya utk menahan drpd menangis;

terkepal tergenggam: jari-jari tangannya yg ~ itu masih lagi terletak di atas meja itu;

kepalan 1. kepal, gumpalan (nasi, tanah dll); 2. genggaman tangan.

kepal II; ~ batu sj ikan laut; a) Abudefduf bengalensis; b) Abudefduf curacao; c) Abudefduf melas; ~ laut sj ikan laut, Abudefduf notatus.

kepal III sj kuih (dibuat drpd pulut yg dikisar dan dimasak dgn santan dan gula melaka).

kepala I 1. bahagian tubuh (manusia atau binatang) drpd leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dll), hulu; sakit ~ sakit pd kepala (menyebabkan kepala berasa pening); 2. bahagian sesuatu yg di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali: ~ paku (skru, jarum peniti, dll); ~ perarakan; ~ surat; 3. ketua (pejabat, perkumpulan, pertubuhan, dll), pemimpin (negara dll), penghulu (kampung dll): lagaknya macam seorang ~ samseng yg ganas; banyak ~ negara yg dijangka akan datang memberi penghormatan kpd Churchill; 4. otak, akal, fikiran: nasihat itu tidak masuk di ~ budak itu; 5. orang (digunakan dlm perhitungan atau perkiraan): fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap satu ~;

~ air permulaan atau penghabisan air bah, lidah air; ~ angin a) angin yg mendahului angin ribut; b) (orang yg) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang); c) bp tidak berfikiran (berakal), bodoh; ~ arwah hidangan istimewa (utama) dlm kenduri arwah; ~ bahagian ketua bahagian pejabat dll; ~ bahu bahagian bahu yg menonjol dan bertemu dgn pangkal tangan; ~ batu keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang); ~ berat = berat ~ tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu; ~ berita kata-kata terpenting sbg tajuk berita (yg secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita); ~ busung Id kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair; ~ daerah (desa, kampung, kuria, marga) orang (pegawai) yg mengetuai daerah (desa, kampung, kuria, marga); ~ dingin = dingin ~ penyabar (tenang, tidak lekas marah); ~ dua (orang yg) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kpd satu pihak sahaja); ~ gigi bahagian gigi sebelah atas (yg tidak tertanam di dalam daging); ~ kain (sarung) bahagian kain (sarung) yg coraknya berlainan drpd bahagian terbesar kain itu; ~ karangan tajuk karangan; ~ keluarga orang yg mengetuai sesuatu keluarga; ~ kereta api bahagian hadapan kereta api yg menarik gerabak-gerabaknya, lokomotif; ~ kodi a) = ~ perkodian kain (sarung) sbg contoh (diletakkan di atas susunan kain); b) ketua kumpulan orang jahat atau budak nakal; ~ kongsi ketua gerombolan jahat; ~ lakon pelakon terpenting dlm sesuatu lakonan atau cerita; ~ mayat Kl bahagian harta pusaka yg diterima oleh balu si mati; ~ negara ketua negara (spt raja atau presiden); ~ negeri a) ark ibu negeri, ibu kota; b) ketua negara (spt presiden dll); ~ paip bahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup); ~ payung puncak payung (bahagian payung yg di atas sekali); ~ pasukan (perang) pemimpin pasukan (perang); ~ pengat Tr ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dll); ~ pintu bahagian betul-betul di sebelah atas pintu; ~ pulau bahagian pulau yg tertinggi; ~ raja ark setem (tanda penjelasan bayaran pos dll); ~ regu pemimpin (ketua) regu; ~ ribut a) angin yg mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yg sebenar); b) Kl orang yg menimbulkan (memulakan) kekacauan; ~ santan santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal); ~ sekolah guru besar (ketua guru-guru); ~ stasiun Id ketua stesen; ~ surat pendahuluan atau permulaan surat; ~ susu bahagian air susu yg kental (pekat); ~ tahun awal tahun; ~ tangga pangkal ibu tangga; ~ tiang bahagian atas tiang; ~ tingkap bahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap; ~ tongkat hulu tongkat; ~ udang ki sangat bodoh;

~ sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain prb manusia berlain-lainan pendapat; diberi (di) bahu hendak (ke) ~ prb diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia terus meminta lagi (bkn seseorang yg dimanjakan); sakit ~ panjang rambut, patah selera banyak makan prb pd lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali; silap mata pecah ~ prb jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana; tidak tentu ~ ekor prb a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun;

berkepala mempunyai atau memakai kepala (dlm berbagai-bagai erti): maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk); pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua; ~ batu keras hati, sangat degil;

mengepala berlaku atau memainkan peranan sbg kepala (pemimpin dll);

mengepalai menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dll) kpd, memimpin, mengetuai: lembaga yg baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen;

mengepalakan 1. mengangkat menjadi kepala (pemimpin dll), menjadikan kepala (ketua dsb); 2. sl mengenderai (menunggang) serta mengendalikan (gajah dll), menaiki dan memandu (kereta dll): maka Raja Kasim naik gajah yg bernama Juara Demang, Seri Nara Diraja ~ gajah; ~ pedati; 3. menanduk (bola): senaman yg memberikan kecekapan dlm menangkap, membuang, menendang dan ~ bola;

pengepala orang yg mengepalai.

kepala II; ~ beruk sj tumbuhan (benalu), dedalu api laut, Hydnophytum formicarium; ~ landak sj tumbuhan (pokok), cempaka ganda, Talauma candollei; ~ patung sj tumbuhan (pokok memanjat), akar dama-dama, Kadsura scandens; daun ~ tupah sj tumbuhan (paku-pakis), Drynaria quercifolia; rumput ~ lalat sj tumbuhan (rumput), rumput para-para, rumput purun batu, Fimbristylis diphylla; rumput ~ lalat halus sj tumbuhan (rumput), rumput janggut kuau, rumput purun batu, rumput salah pemakai, rumput serai jantan, Fimbristylis aestivalis.

kepala III; ~ timah sj ikan darat, mata lalat, Aplocheilus panchax.

kepalang 1. = alang ~ (terlalu, sangat) sedikit, tidak memadai, tidak berapa atau tidak cukup (besar, tinggi, dll); bukan (alang) ~ bukan sedikit, (terlalu) banyak, bukan buatan, bukan main, amat sangat: bukan alang ~ perbelanjaannya; medannya indah bukan ~, rantaunya luas bagai dibentang; bukan ~ terperanjatnya dia; 2. = ~ tanggung kurang sempurna, tidak cukup, tanggung-tanggung: kalau kita tidak mempunyai cukup persediaan, ~lah kita mengadakan Hari Raya tahun ini; jangan ~ jangan tanggung-tanggung (kurang sempurna), jangan tidak mencukupi; 3. = sudah ~ sudah terlanjur, sudah separuh jalan (membuat sesuatu): sudah ~ dibuat biarlah dihabiskan kerja itu.

kepam menjadi lapuk atau buruk kerana tersimpan lama atau tidak dianginkan (bkn kain lembap dll), hilang cahaya atau warnanya (kerana kena panas matahari), menjadi pudar.

kepang sj tumbuhan (pokok), Aquilaria malaccensis; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), Linostoma scandens.

kepang (képang) I 1. jalinan (anyaman) tali atau rambut, kelabangan (rambut); 2. Jw anyaman drpd buluh yg diraut tipis dan dianyam silang-menyilang; kuda ~ kuda-kudaan yg dibuat drpd anyaman bilah buluh utk tarian;

berkepang beranyam, berjalin (bkn rambut, tali, dsb);

mengepang menganyam, menjalin, mengelabang (rambut, tali);

kepangan cara atau hasil mengepang (menganyam).

kepang (képang) II; ~-kepot erang-erot, tidak rapi, gumal.

kepar I; ikan ~ sj ikan darat, patung, Pristolepis fasciatus.

kepar II; berkeparan bergelimpangan di sana sini, berselerakan, bertaburan, berkaparan.

kepar (képar) IB sj kain yg bergaris-garis.

keparat 1. kafir, tidak bertuhan; 2. bk (kata makian) celaka, bangsat, jahanam: tutup mulutmu betina ~; anak ~ anak celaka; kena ~ kena tulah.

kepari; pokok ~ sj tumbuhan (herba), Mentha arvensis.

kepau sj tumbuhan (palma), Pholidocarpus kingiana.

kepaya sj tumbuhan (pokok) dan buahnya (yg boleh dimakan), betik, papaya, Carica papaya;

langkas buah ~ (papaya) prb suatu perkara yg mustahil.

kepayang sj tumbuhan (pokok) yg bijinya memabukkan, buah keluak, Pangium edule; mabuk ~ a) mabuk kerana makan kepayang; b) ki hilang ingatan atau lupa akan dirinya (kerana jatuh cinta dll);

~ air a) sj tumbuhan (pokok), Crataeva lophosperma (membranifolia); b) sj tumbuhan (pokok), kelat tanduk, medang ketukuk, meroyan, Ixora fluminalis; c) sj tumbuhan (pokok renek), jarum merah, mata pelanduk, sepati, Ixora arguta; d) sj tumbuhan (pokok), jambu batu paya, sempedu burung, Gardenia carinata; e) sj tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, Gardenia tentaculata; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), kelembai, kemantu hitam; ~ ipil sj tumbuhan (pokok), kepayang air, sempedu burung; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), kelempayang, Hodgsonia capniocarpa; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), akar lokan, kayu keleka singga, sentuh, Trichosanthes tricuspidata; umpama buah ~, dimakan mabuk dibuang sayang prb sesuatu yg disayangi tetapi merosakkan.

kepayat; ikan ~ sj ikan darat;kepiat II.

kepecong (kepécong) Mn kesemutan, semutan, ular-ularan.

kepek (kepék)kempek.

kepek (kepék) II Tr tidak mancung, kemik; hidung ~ pun orang pandang cantik juga.

kepelagakepulaga.

kepencong (kepéncong) Mn buah kepayang, keluak.

kepeng (képéng) sj mata wang yg nilainya kurang drpd satu sen.

kepepet (kepépét) Jw ark 1. tertekan (di antara dua benda), terdesak, terhimpit (terjepit, tersepit); 2. ki dlm kesulitan.

keperancak ark sj bunga.

kepergok Jw ark (tiba-tiba) terjumpa, terserempak, tersua; pergok.

kepet (képét) I tidak beristinjak (bercebok).

kepet (képét) II Jk sirip.

kepetang Mn kelmarin.

kepialu I pening (sakit) kepala; demam ~ demam serta pening kepala (ada berbagai-bagai jenis);

~ berlat demam yg menyebabkan kepala berasa sakit dan panas; ~ disumbat demam yg menyebabkan peluh tidak keluar; ~ kelabu kambing demam yg menyebabkan badan berasa sejuk; ~ kemudian demam kerana kena panas; ~ kura demam yg keras dan berlanjutan (menyebabkan mulut terasa pahit); ~ radang demam yg menyebabkan tubuh menjadi panas dan orang yg menghidapinya meracau.

kepialu II; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar cenderai, akar sekapu, akar sempelas, lidah kucing, Grewia umbellata; daun ~ daun pokok lakum (Vitis trifolia) yg dijadikan ubat (utk penyakit demam).

kepiat I hampas kelapa, kelapa parut yg telah diperah santannya.

kepiat II sj ikan darat, lampan, Puntius schwanefeldii; kepayat.

kepik I sj kumbang kecil (yg berbau busuk).

kepik II lekuk kecil (pd benda), kemik, penyek, pipih.

kepil berdamping(an), berdampil, berhampiran, berdekatan, rapat;

mengepil berdampingan (berdampil) dgn, berdekatan (berhampiran) dgn; berjalan ~ ibunya berjalan berdampingan dgn ibunya; belayar ~ pantai belayar menyusur (berhampiran dgn) pantai;

mengepilkan 1. menjadikan (menyebabkan) rapat atau berdekatan, mendampingkan, merapatkan, menambatkan (perahu, gajah, dll): maka Peringgi pun mudiklah menyongsong, dikepilkannya segala perahunya di Kota Kara; maka gajah pun dikepilkan di balairung; 2. menyertakan (bersama sesuatu): bil yg berkenaan dikepilkan bersama surat ini;

terkepil terletak bersaingan (berdampingan, berdekatan, rapat) dgn: maka usungan pun ~lah di astaka, maka raja pun naik ke atas usungan lalu berangkat ke masjid.

kepincut Jk sangat ingin akan, tertarik (tertawan) kpd.

kepinding I Mn pijat-pijat, kutu busuk.

kepinding II sj tumbuhan (pokok), medang api, pinang pergam, Elaeocarpus stipularis.

keping I 1. pipih dan nipis: getah ~; 2. penjodoh bilangan bagi sesuatu yg pipih dan nipis (spt kad, kertas, papan, dsb) atau bagi sesuatu yg luas (spt tanah): dua ~ kertas; se~ tanah; 3. = kepingan;

berkeping-keping 1. merupakan atau terdiri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari;

mengeping menjadikan (membelah dll supaya menjadi) berkeping-keping: bekerja keras ~ kayu; ~ getah;

kepingan 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap.

keping II sj ikan laut, kepal laut, Abudefduf notatus.

keping III; akar buah ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), susuh ayam hutan, Luvunga scandens.

kepingin Jw ingin: sudah ~ hendak bertemu dgn kaum kerabat.

kepinis sj tumbuhan (pokok), tempinis, Sloetia elongata.

kepinjal Jw kutu anjing (tikus dll).

kepir merenjis, memercikkan (dgn jari);kelepir II.

kepiran Jw terbiar (tidak diendahkan), terabai (tidak terpelihara), terlantar, tidak timbul dlm fikiran.

kepis Jw sj bakul (tempat menaruh ikan), kembu.

kepit; berkepit = ~ tangan berpegangan tangan, bergandingan tangan, berpautan tangan: tidak lagi luar biasa sekarang bagi pemuda-pemudi Melayu berjalan ~ tangan;

mengepit memegang (menghimpit, membawa) di antara lengan dan badan (di bawah ketiak) atau di antara dua jari: ayahnya berjalan ~ tikar sembahyang di bawah ketiaknya dan menuju ke surau; ia ~ sebatang rokok yg sudah separuh dihisapnya;

~ daun kunyit prb Mn memuji diri sendiri; ~ kepala harimau prb menggertak (menakut-nakutkan) orang dgn mempergunakan nama orang yg berkuasa;

terkepit terhimpit (di bawah ketiak), tersepit (di antara dua jari): puntung cerut yg ~ di jarinya itu dihisapnya semula;

kepitan 1. sesuatu yg dikepit; 2. alat atau bahagian sesuatu yg mengepit; ~ fail alat mengepit kertas pd fail;

pengepit alat utk mengepit sesuatu.

kepiting sj ketam; (se)bagai ~ batu prb sangat bakhil (kedekut).

kepleset (keplését) Jw terpeleset, tergelincir.

kepoh; mengepohkan menepiskan atau menangkis (pukulan dll) ke sisi, mengepokkan.

kepoh (képoh) I sj tumbuhan (pokok), kelapung, kayu lepung, Sterculia foetida.

kepoh (képoh) II sibuk, loghat.

kepok (képok) I; mengepokkan menepiskan atau menangkis (pukulan dll) ke sisi, mengepohkan;

terkepok tergelincir (terdesak, tersorong) ke tepi atau ke belakang.

kepok (képok) II Tr memukul telur (utk membuat kuih baulu atau kek).

kepol ark bp pergi.

kepompong 1. sarung drpd daun, air liur serangga dsb atau gulungan daun yg di dalamnya terdapat anak serangga (ulat) pd peringkat awal tumbesarannya; 2. (Bio) pupa; 3. ki kekangan atau batasan yg menghalang seseorang drpd melihat dunia luar, atau melakukan sesuatu dgn lebih bebas: sekarang mereka sudah sedar dan mahu keluar dr ~ mereka yg sempit.

keponakan Jk anak saudara, kemanakan.

kepong (képong) Tr; mengepong mendukung (kanak-kanak dll) di pinggang.

kepot (képot) herot, gumal;kepang II.

keprak Jw sj alat bunyi-bunyian drpd keping-keping kayu dan tin (digunakan ketika bermain wayang).

kepruk I Jw; tukang ~ tukang pukul;

mengepruk memukul hingga pecah atau cedera parah: ~ kepala.

kepruk II, keprok Jw; jeruk ~ sj limau manis, Citrus nobilis.

kepudang sj burung, burung kunyit, Oriolus maculatus.

kepuh I; mengepuh menggelembung (kerana berisi angin), melembung, mengembang tegang (bkn layar).

kepuh II Kd reban ayam.

kepuk I 1. tempat menyimpan padi, kapuk, rengkiang padi, lumbung padi: kenapa ~ di ladang, kalau tidak berisi padi; 2. sj bakul drpd kulit kayu (tempat diisi nasi, beras, dll); 3. sj bakul (tempat diisi ikan), kembu, kepis.

kepuk II lekuk;

mengepukkan melekukkan.

kepuk-kepuk kolar (leher baju) yg tinggi.

kepul I gumpalan asap atau awan yg tebal: ~-~ asap keluar dr corong asap kapal itu;

berkepul, berkepul-kepul bergumpal-gumpal tebal (bkn asap yg naik ke udara atau awan yg terapung-apung di udara): berkepul-kepul asap dr sampah-sarap yg dibakar itu naik ke celah-celah daun manggis;

mengepul menjadi bergumpal-gumpal (bkn asap, awan), keluar berkepul-kepul (bkn asap dll): asap rokok itu ~-ngepul naik ke atas dan menghilang dlm kegelapan malam yg hitam pekat itu;

mengepulkan menghembuskan asap rokok dll menjadi berkepul-kepul (bergumpal-gumpal): ia duduk termenung sambil ~ asap rokoknya;

kepulan gumpalan (asap dll): ~ asap hitam kelihatan menuju ke udara.

kepul II sj ukuran isi atau sukatan banyak bagi beras (¼ cupak).

kepulaga sj tumbuhan (rizom), Amomum cardamomum.

kepulesan Jw tidur lena;pules.

kepundan 1. lumpur (abu, lahar) dr kawah gunung berapi; 2. = lubang ~ lubang (kawah, mulut) gunung.

kepundung Jw 1. sj tumbuhan (pokok) yg buahnya spt buah langsat, Andropogon nardus; 2. sj tumbuhan (pokok), menteng, Baccaurea dulcis.

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   16   17   18   19   20   21   22   23   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin