K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə21/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   17   18   19   20   21   22   23   24   ...   42

kepung I; berkepung (duduk dll) membentuk bulatan (lingkungan) atau mengelilingi sesuatu (duduk dll) dlm satu bulatan atau lingkungan: beramai-ramai duduk ~ di pantai sambil makan;

mengepung mengelilingi (orang dll) supaya terkurung atau terperangkap (tidak dapat lepas lari), melingkungi (orang, binatang, tempat persembunyian, dll): mereka sedang ~ seekor harimau buas; maka dikepunglah oleh Bugis kubu Terampak itu dilingkunginya;

terkepung sudah dikelilingi atau dilingkungi (sehingga terperangkap atau tidak dapat melepaskan diri): maka ~lah Raja Kecil itu hampir tewas;

kepungan lingkungan atau barisan berkeliling yg dibentuk (dibuat) oleh orang-orang (pasukan dsb) yg mengepung: mereka mengatur rancangan utk menembusi ~ Jerman terhadap kepulangan Inggeris; pengepungan perbuatan (kegiatan dsb) utk mengepung (orang, binatang, dll, supaya tidak dapat melepaskan diri): segera diadakan ~ di seluruh kampung utk menangkap pencuri itu;

pengepung orang yg mengepung.

kepung II 1. = ~ hantu sj tumbuhan (pokok), Shorea macroptera; 2. = ~ labu sj tumbuhan (pokok), Shorea rigida.

kepur sj tumbuhan (pokok), lemak itik, siku keluang, Tarrietia simplicifolia.

kepurun = bubur ~ bubur sagu.

kepuyu sj ikan;puyu II.

kepuyuhpuyuh I.

kepuyuk Mn lipas, kacoak.

kera I 1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas;

~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat mengerjakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari-lari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai.

kera II; burung ~ sj burung, burung sanuk, Rhopodytes tristis longicaudatus.

kerabat I Ar 1. sanak saudara, saudara-mara, keluarga: ia menjadi tabib bagi ~ diraja; kaum ~ saudara-mara; 2. dekat (rapat) dlm perhubungan kekeluargaan; ~ diraja bd keluarga diraja;

berkerabat ada hubungan kekeluargaan, bersaudara: aku memang sedia menolong orang yg ~ dgn aku;

kekerabatan yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan: jelaslah kpd kita bahawa sesuatu masyarakat itu tersusun drpd hubungan dan ikatan ~;

perkerabatan perhubungan (pertalian) kekeluargaan, persaudaraan.

kerabat II Kl, Kd, Tr panjat.

kerabik rabik, robek, sobek;kerabit.

kerabinkarabin.

kerabit robek, rabik, sobek;

mengerabit, mengerabitkan merabik-rabik, menyobek-nyobek; kerabik, kerebok, kerobek.

kerabu I Mn sj rojak (dibuat drpd campuran hirisan mentimun, bawang, lombok, garam dll);

mengerabu membuat kerabu.

kerabu II sj perhiasan yg dipakai di telinga, subang (nipis drpd emas);

berkerabu memakai kerabu.

kerabu III 1. sj tumbuhan (pokok), Lophopetalum fimbriatum; 2. sj tumbuhan (pokok), pokok telur buaya, senayan api, Xanthophyllum rufum; 3. sj tumbuhan (herba), pokok getang, Spilanthes acmella.

keracak 1. melompat-lompat atau melonjak-lonjak (kerana kegirangan dll); 2. deras perjalanannya (bkn perahu), laju; 3. riak air di belakang kapal, perahu, dsb yg sedang bergerak.

keracangkerajang.

keracap 1. sj alat bunyian drpd buluh atau kayu (digunakan dlm permainan makyung dan menora); 2. bunyi buluh yg dihantuk-hantukkan.

keraeng (keraéng) gelaran bagi orang bangsawan (di Makasar).

kerah I kerja utk raja atau kerajaan yg dijadikan sbg suatu kewajiban (spt menjaga keselamatan negeri, membaiki jalan, dll dgn tidak menerima bayaran), kerja raja, rodi; juru~ sl penolong ketua kampung;

berkerah sl = mengerahkan: maka Temenggung pun menyuruhkan orang kaya-kaya dan saudagar-saudagar ~ orangnya, berkawal kampungnya masing-masing;

mengerahkan 1. memanggil orang berkumpul utk mengerjakan (membuat) sesuatu beramai-ramai, mengumpulkan (rakyat tentera dll) utk menghadapi ancaman musuh dll: Australia telah ~ rakyatnya utk berkhidmat dlm tentera di seberang laut; 2. mengumpulkan (menyatukan) serta menggunakan (tenaga dll): ~ tenaga rakyat utk menyiapkan kerja-kerja pembukaan tanah baharu;

kerahan 1. sesuatu yg dilakukan oleh orang-orang yg dikerah, pekerjaan yg mesti diusahakan bersama-sama (dgn bergotong-royong); ~ negeri (raja) sl pekerjaan mesti dilakukan sbg kewajiban kpd raja atau negara (dgn tidak mendapat bayaran); 2. yg telah dikerah(kan), yg dihimpunkan utk mengerjakan sesuatu: segala rakyat ~ sekaliannya disuruhnya membantu kelengkapan; 3. usaha (tindakan) mengerah atau mengerahkan: mereka beramai-ramai mendaftar diri menyahut panggilan kerajaan terhadap ~ tenaga;

kerah-kerahan sl pegawai yg mendaftarkan (mencatatkan) nama hulubalang dll;

pengerahan perbuatan (tindakan) mengerah atau mengerahkan: dasar ~ atau penggunaan senjata hendaklah dirancang dgn berhati-hati;

pengerah 1. orang yg mengerah(kan), jurukerah; 2. sj alat utk mengerahkan (menghimpunkan) orang; gong ~ sl gong yg dipalu utk mengerahkan (mengumpulkan) orang.

kerah II IB leher baju (yg keras), nia.

kerahi Jw sj mentimun, Cucumis melo.

kerai I sj bidai (dipasang pd pintu, jendela, dll); kere.

kerai II sj ikan darat; jenis-jenis; ~ jelawat jelawat, Leptobarnus hoevei; ~ kunyit, Puntius daruphani.

kerai III; rotan ~ sj tumbuhan (rotan), rotan cincin, rotan duduk, Daemonorhops geniculatus.

kerajang kepingan logam yg sangat nipis;

emas ~ emas yg berupa kepingan nipis spt kertas; ~ timah kepingan aloi timah atau aluminium yg sangat nipis dan mudah lentur, yg digunakan utk membalut dan membungkus makanan, coklat dsb.

kerajat I 1. sl cukai, bea; 2. NS perbelanjaan kerana kematian seseorang;

berkerajat memerlukan (menggunakan) perbelanjaan kerana kematian.

kerajat II; ark memutuskan ~ mengerat rambut yg pertama utk pengantin perempuan.

kerak I lapisan atau selaput yg keras dan kering (yg melekat pd sesuatu benda); ~ bumi (tanah) lapisan bumi yg terjadi drpd kepundan (lava) yg telah kering; ~ nasi lapisan nasi yg keras (kadangkala hangus) yg melekat pd dasar atau bahagian bawah periuk; ~ roti lapisan roti yg keras (di sekeliling bahagiannya yg lembut); air yg keruh-keruh ~ (alamat buaya di hulunya) prb perkataan seseorang itu membayangkan niat jahatnya; jangan diajar orang tua makan ~ prb tak usah diajar orang yg sudah tahu; membesarkan ~ nasi prb menambahkan perbelanjaan yg membazir; sudah biasa makan ~ prb sudah biasa mengalami kesukaran hidup; sudah kenyang makan ~ prb sudah banyak pengalaman;

berkerak 1. ada keraknya; 2. ki sangat kotor, diselaputi kotoran: ~ bajunya kulihat;

terkerak jejak (sampai) ke dasarnya, habis-habisan.

kerak II; ~-kerik = ~-keruk bunyi spt bunyi mengeruk-ngeruk periuk (kuali dll).

kerak III; ~ nasi sj tumbuhan (herba); a) sandar malam, siku dangan (dengan), sundal malam, Polianthes tuberosa; b) = ~ merah rumput sisik naga, terutup batu, Torenia polygonoides; c) Desmodium capitatum; d) Oldenlandia diffusa; ~ nasi paya sj tumbuhan (herba), bayam pasir (tanah), daun serapati, kelama hijau, keremak, ketung pulut, rumput kutang pulut, rumput loh, Alternanthera triandra;

kerak IV; burung ~ sj burung, burung cenuk, burung sanuk, Rhinortha chlorophaea.

kerakah I sl sj kapal (zaman dahulu).

kerakah II sj kera;kekah I.

kerakal batu kerikil yg agak besar-besar, batu yg digunakan utk melapisi jalan dll; hukuman ~ hukuman kerja berat (orang yg dihukum disuruh memecahkan batu, membuat jalan, dll);

mengerakali melapisi jalan dll dgn kerakal.

kerakap I 1. sj sirih (daunnya lebar); 2. = sirih ~ daun sirih yg keras dan tebal; bagai ~ atas batu (tumbuh di batu), hidup enggan mati tak mahu prb hidup melarat dan miskin.

kerakap II; ~ air sj tumbuhan (herba), Sonerila heterostemon; ~ rimau sj tumbuhan (pokok renek); a) keduduk gajah, lidah buaya, pakan rimba, senduduk gajah, senduduk hutan, tengkuk biawak, Allomorphia malaccensis; b) akar bugu, sirih rimau, Piper porphyrophyllum.

kerakelingkelakkeling.

kerak-kerak, = ~ merah sj tumbuhan (herba), rumput sawi air, sumpu cacing, Bonnaya antipoda.

keram Jk; mengeram memasukkan ke dlm penjara, memenjarakan.

kerama sl kutuk, sumpah, tulah, bencana atau kecelakaan (yg disebabkan oleh kutuk): tiada tuan hamba tahu ~ akan datang kpd tuan hamba?

keramas Jw pencuci (pembersih) rambut, kejamas, langir; ~ kutu ubat utk membersihkan kepala drpd kutu.

keramat 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar saleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~;

~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang;

mengkeramatkan menjadikan (menganggap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung;

kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya.

kerambil kelapa, nyiur;

biarpun setandan bagai ~ , namun untung berlain-lain prb walaupun bersaudara kandung, keadaan masing-masing masih berlainan; memagar ~ condong, buahnya jatuh ke ladang orang prb kita yg memelihara (bersusah payah), orang lain yg mendapat faedah atau hasilnya.

kerambit sj sabit kecil yg melengkung matanya, beladau, jembiah bengkok.

kerampagikerempagi.

kerampang kelangkang.

keramunting sj bunga, kemunting.

keran I sj dapur atau tempat pembakaran, anglo, kompor.

keran II IB kepala paip (air).

kerana kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguh-sungguh; pertempuran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana.

kerancang I; emas ~;kerajang.

kerancang II; baju ~ baju kerawang(an).

keranda peti utk menguburkan mayat, larung, long.

kerandang sj tumbuhan (pokok renek), berenda, kerenda, Carissa carandas.

kerandut = ~ buah zakar pundi-pundi pengisi buah zakar.

kerang I sj tiram; jenis-jenis: ~ batu; ~ bulu; ~ kera; ~ lumpur dll;

~ busuk ki (sering kali) tersengih-sengih (tertawa) dgn tidak menentu;

kerang-kerangan berbagai-bagai jenis binatang yg berkulit kapur (spt siput, lokan, tiram, dll): mereka mencari ~ di pantai;

berkerang mencari kerang;

pe(r)kerangan 1. longgokan (timbunan) kerang, bukit drpd kerang-kerangan; 2. berbagai-bagai jenis kerang.

kerang II ark; batu ~ batu karang; pinggan ~ pinggan kasar;

kerang-kerangan batu yg disusun (dibariskan) menjadi titian (pd tempat yg lecak atau berlumpur);karang I.

kerang III Kl keras, menjadi keras (bkn buah).

kerang IV; ~-kerung bunyi spt bunyi tin jatuh atau dipukul;kerung II.

kerang V; ~-kerup sj tumbuhan (herba), letup-letup, timun padang, Passiflora foetida.

kerang (kérang); ~-keroh a) = ~-kerut erang-erot, kepang-kepot; b) sangat curang, suka menipu.

kerangganggeranggang.

kerangka 1. rangka-rangka (kapal, rumah, dll), tulang-tulang (yg dapat menunjukkan susuk tubuh binatang dll): ~ rumah; ~ gajah; 2. rangka (lukisan dsb), lakar(an), rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, dll), rangka: falsafah yg mendasari pembentukan ~ teori penyelidikan;

~ utama komputer yg berkuasa tinggi yg biasanya digunakan dlm sistem pemprosesan data pukal (dgn pengguna yg ramai);

terkerangka 1. masih dalam bentuk rangkanya (bkn binaan rumah dsb); 2. ki masih dlm peringkat permulaan (belum sempurna).

kerangkai sj tumbuhan (pokok), Quercus rajah.

kerangkang  kelangkang.

kerangkeng (kerangkéng) Jw = kerangkengan 1. kurungan yg memakai pagar atau jari-jari besi (tempat binatang buas spt harimau dll), bilik penjara (utk orang salah); 2. sj kandang kanak-kanak.

kerangking = kerangkingankerangkeng.

kerani pekerja di pejabat yg membuat kerja-kerja rencam (spt pengurusan surat, fail, rekod, dokumen, dsb);

~ bank kerani yg bekerja di bank; ~ besar kerani kanan yg mengepalai sekumpulan kerani di pejabat dsb; ~ cabuk bp panggilan bagi seseorang kerani tingkatan biasa, terutamanya yg telah lama berkhidmat, biasanya digunakan utk merendah diri atau menghina seseorang; ~ fail kerani yg menyelenggarakan atau mengurus fail pejabat; ~ pos kerani yg bekerja di pejabat pos; ~ sementara kerani yg perkhidmatannya boleh ditamatkan pd bila-bila masa;

perkeranian yg berkaitan (berhubungan) dgn kerani atau tugas dan tanggungjawab kerani: drpd jumlah itu, golongan pekerja ~ dan teknik merupakan jumlah penyertaan yg terbanyak.

keranjang sj bakul besar yg dianyam kasar-kasar: Amir datang dgn sebatang kayu pengandar dan dua buah ~; ~ orang bakul tempat diisi orang; ~ sampah bakul sampah; bola ~ Id permainan bola yg menggunakan keranjang sbg gol; mata ~ ki sangat suka melihat perempuan.

keranji 1. sj tumbuhan (pokok), belangkan, kangkatung, katung(-katung), mengketai, Cynoptera polyandra; 2. sj tumbuhan (pokok), gambir-gambir, kenar, merlimau, Aglaia odoratissima; 3. = ~ burung (lotong, sakhlat, tembaga) sj tumbuhan (pokok), sepan kuran, Dialium platysepalum;

~ burung a) = ~ umbut sj tumbuhan (pokok), Dialium maingayi; b) = ~ beledu sj tumbuhan (pokok), Dialium patens; ~ papan sj tumbuhan (pokok), Dialium laurinum.

keranta ark sj kutu pd tubuh orang yg akan atau telah mati.

kerantai 1. sj tumbuhan (pokok), balun hijau, gerenggung, kedondong hutan, tengkorak lang, Agalia griffithii; 2. = ~ merah sj tumbuhan (pokok), gerunggan semut, Santiria laevigata;

~ batu sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, telur belangkas, Santiria apiculata.

keranting I sj serangga, belalang ranting.

keranting II; (akar) ~ jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, Smilax barbata.

kerantu sj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kemarahan, penarahan hitam, penerahan sanak, pisang-pisang bulu, tenol, Knema laurina.

kerantung; ~ buluh sj alat bunyi-bunyian drpd buluh (dibunyikan dgn memukulnya), kentung-kentung, kentungan.

keranyah sisa (kelebihan) makanan; makan ~ gelojoh, pelahap.

kerap I 1. = ~ kali = kerap-kerap acap kali, berkali-kali, selalu, sering: penyakit cacar ~ mengenai kanak-kanak; kampung itu ~ kali dibanjiri; lagu-lagu yg diciptanya ~ kali disiarkan di radio; 2. tidak jarang, rapi (bkn anyaman, tenunan dll), rapat-rapat (letaknya dsb) antara satu sama lain (barang yg berderet-deret): tikar mengkuang itu cantik warnanya dan ~ anyamannya; pokok-pokok itu tidak dapat hidup subur kerana ditanam terlalu ~;

mengerapi membuat (melakukan) berkali-kali atau berulang-ulang;

mengerapkan 1. menjadikan kerap; 2. menganyam (menenun) kerap-kerap;

kekerapan keadaan kerap, kerapnya berlaku sesuatu, keseringan.

kerap II; ~-kerup = kerap-kerap bunyi spt bunyi orang makan keropok;kerup.

kerap III Kd mengipas: dia ~ nenek.

kerapah; berkerapah Kl bersepah-sepah, berkaparan, berserak-serak.

kerapan perlumbaan lembu (di Madura).

kerapis; keropas-~;keropas.

kerapu I 1. sj ikan laut, Cephalopholis pachycenton; 2. sj ikan laut, Epinaphalus pachycentron; 3. sj ikan laut, Serranus spp.;

~ bara sj ikan laut, a) Epinephelus fasciatus (Epinephelus miniatus; b) Plectropomus maculatus; c) Serranus miniatus; ~ batik sj ikan laut, Epinephelus chlorostigma; ~ batu sj ikan laut, Epinephelus guaya; ~ hitam = ~ kayu = ~ keling = ~ lumpur sj ikan laut, Epinephelus tauvina.

kerapu II; berkerapu kasap, kesat;gerapu I.

keras I 1. kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah, bengkok, dll) atau berubah bentuknya, tidak lembut (empuk, lunak): hanya tulang-tulangnya yg ~ sahaja masih tinggal tidak hancur; keluli lebih ~ drpd besi; daging ini sangat ~; pakaian ~ pakaian berkanji dan berseterika; 2. dgn giat atau bersungguh-sungguh, dgn sepenuh tenaga atau usaha, dgn sungguh-sungguh hati (meminta, mendesak, dsb): beberapa orang yg cekap dan sanggup bekerja ~ diperlukan; mereka meminta ~ supaya ia sendiri datang; 3. dgn tidak berganjak atau berubah sikap, teguh, kukuh, kuat: berpegang ~ kpd faham dan kepercayaan kuno; kemahuan yg ~; 4. tidak dgn sikap bertolak ansur (bkn bantahan, tentangan, dsb), tegas: ibunya membantah ~ niatnya hendak mengahwini gadis itu; 5. tidak secara sembarangan atau mahu tidak mahu, rapi (pemeriksaan, kawalan, dll), ketat, sungguh-sungguh: terlalu ~ pemeriksaannya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikira; tempat itu dikawal ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 6. berat akibatnya, tidak berdasarkan belas kasihan (bkn tindakan dsb), tegas, tidak berkira-kira: tindakan ~ akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan yg curang; 7. dgn sesungguhnya (tanpa sebarang kelonggaran, kekecualian, dsb): dilarang masuk tanpa urusan rasmi; penonton-penonton dilarang ~ merokok; 8. membahayakan dan mungkin membawa maut (bkn penyakit), teruk, berat: terburu-buru ia balik ke kampungnya kerana bapanya sakit ~; 9. kuat (tidak lemah), tidak mudah ditewaskan (dikuasai dsb), hebat: inilah tanda patik membunuh perajurit yg terlalu ~ itu; diberinya oleh raja Siam ketumbukan yg ~; terlalulah banyak orang mati dan sakit kerana gajah itu sangat ~ jembalangnya; 10. kencang, deras (angin dll), sangat lebat (hujan): angin pun bertiup terlalu ~; gajah kenaikan dibawa oleh Laksamana dgn ~nya; hujan amat ~nya; 11. nyaring, kuat (suara, bunyi, dll): kedengaran suara ~ pegawai askar itu memberi perintah kpd orang-orangnya; sesetengahnya tidur berdengkur dgn ~; 12. tidak lemah lembut atau sopan santun (bkn kata-kata), (boleh) menyinggung perasaan: oleh kerana marahnya itu dikeluarkannya kata-kata yg ~; 13. dapat memabukkan (bkn minuman spt bir, wain, wiski, dsb), terasa kesan tembakaunya apabila dihisap (bkn rokok atau cerutu), berat, sangat kuat kesannya (bkn ubat), terasa benar sama ada wangi atau busuk dsb (bkn bau), rangsang (bkn bau): kesihatannya merosot kerana kerap meminum minuman ~; rokok ini agak ~ bagi orang yg belum biasa merokok; terlalu ~ bau gas ini; 14. ketat (sumbat botol dll), tidak mudah dilentur (bkn spring dsb), tegang; 15. tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu: tempat ini ~ kerana ada puaka; ~ batang leher berpegang teguh pd pendirian atau pendapat sendiri (tidak mahu mengalah); tegar hati, mengotot;~ genjur keras sekali (bkn sikap, tabiat); ~ hati a) tidak mahu menurut kata orang, (sangat) degil; b) tidak mudah berasa kecewa (terus berusaha bersungguh-sungguh); ~ hidung menurut sesuka hati (sangat sempit fikirannya); ~ kaku = ~ kematu = ~ membatu sangat keras (tidak lunak); ~ kejur tidak dapat dilentukkan (dilenturkan), kejang, kaku; ~ kekung (kelengkung) Kl, Tr sangat keras (spt batu); ~ keng Kl, Tr keras kepala; ~ kepala tidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar; ~-kerak tidak teguh dan tidak dapat diubah dgn pujukan dsb (bkn kemahuan, ketabahan, dsb seseorang); ~ lidah tidak dapat melafazkan kata-kata asing dgn mudah, susah hendak menyebut sesuatu (tidak pandai berkata-kata); ~-makas = ~-mangkas terlalu keras (bkn buah-buahan dll); ~ mulut a) tidak mahu dan tidak mudah kalah dlm perdebatan (kuat bertengkar); b) tidak mudah dikendalikan (kuda dll);

~ bagai batu, tinggi bagai langit prb tidak mahu menurut perintah orang atasan; ~ ditakik, lunak disudu prb Mn hendaklah diberikan segala perintah dgn bijaksana (dgn lemah lembut kpd yg menurut dan dgn memaksa kpd yg melawan); lunak tak tersudu, ~ tak tertakik prb perkataan orang yg bijaksana baik dgn lemah lembut atau dgn kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya;

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   17   18   19   20   21   22   23   24   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin