K huruf ke-11 dlm abjad Rumi



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə23/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   19   20   21   22   23   24   25   26   ...   42

berkereta mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta: kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yg bergaji besar; dia tu ke mana-mana sahaja ~.

kereta api sj kenderaan yg terdiri drpd beberapa buah gerabak yg dirangkaikan dan berjalan di atas landasan (rel);

~ bawah tanah (sistem rangkaian) kereta api elektrik yg beroperasi di bawah tanah, terutamanya dlm bandar raya yg besar dan sibuk; ~ cepat = ~ ekspres kereta api yg berjalan cepat dan hanya berhenti di stesen-stesen besar; ~ elektrik kereta api yg bergerak dgn menggunakan tenaga elektrik; ~ komuter komuter; ~ mel kereta api yg membawa surat, bungkusan, dsb.

keretan (kerétan) gores (korek) api, mancis api, geretan.

keretek Jw titian, jambatan.

keretek (keréték) Jw = rokok ~ sj rokok yg mengandungi tembakau bercampur cengkih: asap rokok ~nya itu dihembuskannya berkepul-kepul.

keretot (kerétot) 1. bengkok-bengkok (jari dll); 2. berkedut, menggerutu (bkn kulit buah); 3. kerdil (bkn orang atau binatang).

keretuk; ~ babi sj tumbuhan (herba), pemati ulat, pokok ekor anjing, pokok ekor kucing, serengan hutan, Uraria crinita.

keretup 1. bunyi spt keropok dimamah; 2. bunyi spt bunyi kaki dan tangan ditarik;

berkeretup mengeluarkan bunyi keretup: Rudin mengurut kaki dan tangan lebai Pa sehingga ~ kedengaran ke telinga Imam Min.

keri sj sabit kecil utk memotong atau menebas rumput dll;

mengeri memotong (menebas) rumput dgn keri.

keri (kéri) Jw 1. terlupa utk dibawa bersama-sama; 2. tertinggal di belakang kerana tidak dapat mengejar atau menyaingi seseorang yg di hadapan; 3. tercicir atau terkebelakang dlm sesuatu spt pelajaran, kemajuan dsb.

keria I; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd keledek yg dilumatkan dan dicampur tepung gandum (kemudiannya digoreng dan disira dgn gula).

keria II sj burung, Grus antigone sharpii.

keriak ark teriak;

berkeriak berteriak.

kerian sj tumbuhan (pokok), keriang batu, Eugenia pseudosubtilis.

keriang I; ~-keriut bunyi spt bunyi pintu buruk (atau yg ketat engselnya) dibuka dan ditutup, berbunyi ‘kiat-kiut’.

keriang II 1. sj tumbuhan (pokok), beriang, iang-iang, riang-riang, yang-yang, asam pagi, asam riang, Archytaea vahlii; 2. = ~ batu sj tumbuhan (pokok), kerian, Eugenia pseudosubtilis.

keriap; berkeriapan, mengeriap berkerumun banyak-banyak (bkn semut dll), menggerumut.

keriat; ~-keriut keriang-keriut.

keriau ark; berkeriau berteriak, memekik, menjerit, memaki-maki: Leong ~ kesakitan.

kerical = pacal ~ sl hamba yg hina.

kericau; berkericau = mengericau berbunyi spt bunyi burung murai dll, berkicau.

kericik I sj tupai kecil.

kericik II bunyi spt bunyi air mengalir deras di celah-celah batu;

berkericik mengeluarkan bunyi kericik: air ~ perlahan dan membuatku sangat letih.

keridas = kadas ~ sj penyakit kulit yg menyebabkan rasa gatal-gatal, kurap yg sangat gatal.

keridau riuh rendah.

keridik 1. sj serangga yg berkepak, cengkerik, jengkerik; jenis-jenis: ~ api, ~ padang; 2. sj serangga yg berbisa.

kerih I bunyi (teriak) kera;

mengerih 1. berbunyi dgn kuat (bkn kera); 2. mengerang (kerana kesakitan dll).

kerih II dgn berbagai-bagai kesukaran, dgn susah payah, tidak cepat maju.

kerik I 1. bunyi spt bunyi menggores (mengikis atau mengeruk) benda keras (spt batu, kepingan logam, periuk, dll); 2. bunyi spt bunyi pintu buruk yg ketat engselnya dibuka atau ditutup;

berkerik mengeluarkan bunyi kerik: aku menoleh apabila aku dengar bunyi pintu ~;

mengerik 1. mengikis (mengeruk, menggaruk) dgn benda tajam (spt pisau dsb), menghilangkan sesuatu (spt tulisan dakwat, cat, dll) dgn mengikisnya (dgn pisau dll); 2. Jk menggosok-gosok (bahagian tubuh yg sakit kerana kesejukan atau masuk angin) dgn wang sen dll;

kerikan 1. kikisan; 2. sesuatu yg dikerik.

kerik II; ~ api ark korek (gores) api, mancis api.

kerikal sl sj pinggan besar atau talam yg berkaki (dibuat drpd logam dll): apabila utusan datang atau pergi, ceper dan ~ dibawa hamba raja dr dalam.

kerikam benang kasar drpd logam (yg berwarna emas atau perak) yg digunakan utk menyulam; kain ~ sj kain linen yg kasar.

kerikil = batu ~ batu kecil-kecil (digunakan dlm pembinaan jalan raya, bangunan, dll);

berkerikil berbatu kerikil dan tidak rata (bkn permukaan jalan dsb): perlumbaan sejauh 15 kilometer melalui jalan yg ~;

mengerikil, mengerikili menggunakan batu kerikil utk memperkukuh atau melapis jalan dll): ~ jalan; kelikir II.

kerikit Jk; mengerikiti menggigit sedikit-sedikit (tikus dll), mengunggis, mengerip, mengerumit.

keriling Ph bengkok (bkn dahan).

kerinan Jw ark terlambat bangun drpd tidur, kesiangan.

kerincing 1. bunyi spt bunyi wang logam berhantukan, kerenting, denting; 2. sj bunyi-bunyian yg dibuat drpd logam.

kering I 1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawasan, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa;

~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat terkejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8-9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur);

mengering menjadi kering;

mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering;

mengeringkan menjadikan kering, mengusahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan);

kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang;

pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengeringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah;

pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia.

kering II bunyi spt bunyi loceng basikal;

berkering berbunyi spt bunyi loceng basikal.

kering III sj ikan laut, Centriscus scutatus.

keringat peluh; ~ dingin peluh yg menyebabkan badan berasa dingin, peluh sejuk; biang ~ bintil-bintil (bintik-bintik) merah pd kulit; dgn ~nya sendiri dgn usahanya (kegiatannya) sendiri; mandi (memeras) ~ bekerja (berusaha) dgn sepenuh tenaga, bertungkus-lumus; makan ~ orang menikmati kesenangan dll dgn memperhamba (memeras tenaga) orang; membuang ~ mengerjakan sesuatu yg sia-sia; keluar ~ keringnya tersangat susah (payah);

berkeringat, keringatan ark mengeluarkan keringat, berpeluh;

mengeringatkan ark membuat sesuatu dgn bertungkus-lumus (susah payah).

keringsinggeringsing.

kerinjal = buah ~ buah pinggang, ginjal; sakit ~ sakit buah pinggang.

kerinjang; mengerinjang sl melangkah-langkahkan (menginjak-injakkan, menjejak-jejakkan) kaki.

kerinjing sj tumbuhan (pokok), Bishofia javanica.

kerintil bergantungan bergugus-gugus atau banyak-banyak (bkn buah-buahan).

kerinting Ikeriting.

kerinting II siput atau kerang yg diasinkan.

kerinting III sj tumbuhan (palma), rinting, Ptychoraphis singaporensis.

kerip bunyi spt bunyi mengikis (mengerit);

mengerip menggigit berdikit-dikit (bkn arnab, tikus, dsb), mengerumit, mengunggis; binatang ~ binatang yg mengunggis atau mengerumit (mis arnab, tikus, dsb);

pengerip sesuatu yg mengerip (mengunggis); gigi ~ gigi utk mengerip;  kerit I.

keris sj senjata bermata dua yg tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok): ~ Bugis, ~ Majapahit dll;

~ (anak) alang keris yg sederhana panjang bilahnya; ~ berapit keris yg pd sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak; ~ berlok (berkeluk) keris yg berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya; ~ cerita keris yg bilahnya berkeluk sembilan atau lebih; ~ harubi = ~ merubi = ~ bawang sebongkol sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja); ~ pandak (pendek) keris yg pendek bilahnya; ~ panjang keris yg panjang bilahnya; ~ parung sari = ~ sempana keris yg bilahnya berkeluk tujuh atau kurang; ~ pendua keris yg digunakan sbg keris cadangan (bukan keris utama); ~ penyalang keris yg digunakan utk menyalang (sbg menjalankan hukuman bunuh); ~ sepukal keris yg lurus bilahnya;

~ panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok prb orang yg boleh dipergunakan utk sebarang tujuan; ~ pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia prb kata-kata lebih tajam drpd senjata; ~ tersisip di dinding, pedang tajam dlm sarungnya prb perbuatan bodoh;

berkeris 1. memakai (menggunakan) keris: maka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~ di belakang; 2. bertikam-tikaman dgn keris; berkeras tidak ~ prb bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri;

mengeris menikam dgn keris.

kerisi 1. sj ikan laut, Nemipterus spp.; 2. sj ikan laut, Synagris nemurus (taeniopterus);

~ bali sj ikan laut, Pristipomoides spp.; ~ birat sj ikan laut, Nemipterus nemurus.

kerisik I daun pisang yg telah kering;

mengerisik menjadi kering dan mengelupas (bkn kulit kaki dll).

kerisik II bunyi spt bunyi daun kering bergeseran;

berkerisik berbunyi spt bunyi daun kering bergeseran;

kerisikan bunyi berkerisik.

kerisik III kelapa goreng yg ditumbuk atau digiling.

kerisik IV ark pasir kasar, kersik.

kerisin → kerising.

kerising tersengih-sengih dgn tidak berketentuan, seringai; ~-kerenyih selalu (suka) kerising;

mengerising menyeringai;

terkerising dlm keadaan tersengih-sengih.

kerit I bunyi spt bunyi orang mengerit (menggores) sesuatu dgn benda tajam;

mengerit menggigit berdikit-dikit, mengerip, mengunggis (bkn tikus dll);

mengeritkan; ~ gigi menggeserkan gigi (kerana marah dll), menggertakkan (menggeratkan) gigi; kerip.

kerit II; ~ dayung = belalang ~-~ sj belalang (yg berbunyi kerit-kerit pd waktu malam).

keritik bunyi spt bunyi daun kering (rambut dsb) dibakar;

berkeritik-keritik berbunyi spt bunyi daun kering (rambut dsb) terbakar.

keriting bergulung-gulung (bkn rambut), ikal kecil-kecil: kulitnya hitam dan rambutnya ~;

mengeriting menjadi keriting;

mengeritingkan menjadikan keriting;

pengeriting alat, bahan dsb yg digunakan utk mengeritingkan rambut: ~ rambut.

keriuk; berkeriuk, terkeriuk berketuk (bkn ayam betina), berkokok (bkn ayam jantan).

keriut I; berkeriut, berkeriutan berbunyi spt bunyi pintu dibuka (yg engselnya ketat atau berkarat): pintu bilik itu ~ ditolak orang; keriang I.

keriut II sj burung, Pluvialis dominica fulva.

kerja 1. usaha (kegiatan, urusan) yg bertujuan utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dsb) sesuatu: beberapa minggu lagi selesailah ~ membesarkan jalan itu; banyak lagi ~ yg perlu dibuat utk menyambut ulang tahun kemerdekaan; 2. = pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ berusaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajiban, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya; 5. bp = bekerja: awak tidak ~ hari ini?; ~ siang malam manakan tak teruk badan;

~ amali kerja mempraktikkan (melakukan) apa yg tersebut dlm teori; ~ bakti kerja yg dilakukan utk kepentingan negara atau orang ramai (bukan utk mendapatkan bayaran); ~ borong kerja yg pembayarannya didasarkan pd keseluruhan kerja yg terlibat (bayarannya setelah selesai seluruhnya atau menurut banyak kerja yg dibuat semuanya); ~ halus kerja yg memerlukan kemahiran serta ketelitian; ~ kahwin segala kegiatan dan urusan yg berkaitan dgn perkahwinan; ~ kapal kerja di kapal (sbg anak kapal); ~ kasar kerja yg lebih memerlukan kekuatan tenaga drpd kemahiran; ~ kayu pertukangan kayu; ~ kosong bp jawatan yg belum dipenuhi, lowongan kerja; ~ ladang kerja di ladang, (usaha) berladang; ~ lapangan kajian saintifik yg dijalankan di luar bilik darjah, makmal atau pejabat utk mendapatkan data, maklumat, dsb (bagi tujuan tertentu);~ latihan sesuatu yg dibuat utk memahirkan diri atau utk mendapatkan pengalaman; ~ lembur kerja yg dibuat di luar waktu pejabat; ~ luar a) kerja selain kerja atau tugas biasa (dibuat utk menambah pendapatan); b) kerja yg dibuat di luar pejabat atau tempat kerja yg lazim; ~ mengikut peraturan kerja yg dijalankan tidak lebih drpd (atau secara terperinci mengikut) yg ditentukan oleh peraturan kerja; ~ paksa kerja yg diwajibkan melakukannya (sbg hukuman); ~ pejabat kerja pengurusan (pentadbiran dll) yg biasa dilakukan di pejabat; ~ raja sl kerja yg diwajibkan membuatnya (dgn tiada diberi upah), kerah, (pekerjaan) rodi; ~ rampaian berbagai-bagai kerja atau latihan utk memahirkan murid-murid dlm ilmu pelajaran yg berkenaan; ~ raya kerja-kerja pembinaan dan kejuruteraan oleh kerajaan utk faedah orang ramai (spt membina jalan raya, mengadakan bekalan air, dll); ~ sambilan kerja yg dibuat (secara sambilan) di samping kerja biasa atau kerja tetap yg lain; ~ sawah kerja di sawah, bersawah (bertanam padi); ~ sawat kerja yg dilakukan oleh pesawat (jentera); ~ sementara kerja utk jangka masa tertentu (bukan berterusan); ~ tangan kerja yg dibuat dgn tangan (spt anyam-menganyam, pertukangan, dsb); ~ tetap kerja yg berterusan (dilakukan oleh pekerja berjawatan tetap);

~ baik berimbauan, datang buruk (malang) berhamburan prb ketika hendak mengadakan kerja, baik dirundingkan terlebih dahulu, ketika timbul kemalangan, dibantu beramai-ramai; ~ raja dijunjung ~ kita (sendiri) dikelek prb kerja sendiri pun boleh dibuat di samping membuat kerja orang; ~ sebarang hubah, kasih sebarang tempat prb bekerja dgn tidak berperaturan; sedikit ~ banyak berantun prb orang yg malas; tidak ~ cari ~ prb orang yg sengaja melakukan sesuatu yg akhirnya menyusahkan dirinya juga;

sekerja sama pekerjaan (terlibat dlm jenis kerja yg sama); kesatuan ~ kesatuan (perkumpulan atau pergabungan) pekerja yg terlibat dlm jenis kerja yg sama;

bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis;

mengerjakan 1. membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (melakukan) sesuatu: taat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan; 2. = mengerjai ark mengusahakan: kebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa; ~ (mengerjai) mayat menyempurnakan mayat (spt memandikan, mengafaninya dll); 3. melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dll), menjalankan, melakukan: segala rancangan yg sudah teratur hendaklah dikerjakan segera; ~ haji (puasa, sembahyang, dll) naik haji (berpuasa, bersembahyang, dll); 4. menyudahi, menyelesaikan, menghabisi: kerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain; 5. menghabisi, membunuh: musuh yg menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yg hidup; 6. mengadakan serta mengurus majlis perkahwinan dll;

terkerjakan terbuat, terlaksanakan, dapat dijalankan (dilakukan): susahnya terlalu sangat banyak kalau tiada ~ oleh paman;

memperkerjakan menyuruh atau menempatkan (seseorang) bekerja (di): aku diperkerjakan selama beberapa bulan di dok perusahaan Bethleham Steel;

pekerjaan 1. sesuatu yg dikerjakan (dilakukan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya;

~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dgn lebih teliti);

sepekerjaan sama (sejenis) pekerjaannya, sekerja;

berpekerjaan mempunyai pekerjaan (pencarian); tidak ~ a) tidak mempunyai pekerjaan: banyak anak muda yg telah tamat persekolahan berkeliaran tidak ~; b) tidak berkepentingan;

pengerjaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengerjakan atau membuat sesuatu, cara (proses) melakukan sesuatu, pengolahan; ~ minyak pengolahan minyak; ~ utama Id perihal mengerjakan hitungan yg menjadi sendi atau asas segala hitungan (spt menambah, mengurangi, membahagi, dan memperbanyak);

pekerja orang yg bekerja (lazimnya utk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg bertanggungjawab terhadap kerja sehari-hari;

~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerjanya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapangan; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil;

pengerja orang yg mengerjakan atau mengusahakan sesuatu: orang kaya spt tuan tanah benar-benar berpengaruh ke atas penyewa atau ~ tanah mereka.

kerjang I; mengerjang menendangkan kaki ketika dlm keadaan terbaring (spt orang yg sedang berenang).

kerjang II; emas ~;kerajang.

kerjantara ark usaha mempertemukan orang yg mencari pekerjaan dgn orang yg mencari tenaga kerja (iaitu antara bakal pekerja dgn bakal majikan).

kerjap kedip (mata), kelip;

mengerjapkan; ~ mata mengelipkan mata, mengedipkan mata, mengejapkan mata;

mengerjap-ngerjapkan; ~ mata mengelip-ngelipkan mata, mengedip-ngedipkan mata, mengejap-ngejapkan mata.

kerjasama 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli-ahlinya (dgn cara saling membantu, menyumbang, dsb) utk faedah bersama;

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   19   20   21   22   23   24   25   26   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin