kerukup sj tumbuhan (pokok), kerekup, kelukub, kerkuh, akar temberak, Flacourtia jangomas.
kerukut = mengerukut bengkok-bengkok (bkn jari), kerekot, kokot (jari), mengerut (bkn kaki atau tangan), tidak rata atau licin (spt daun kering), renyuk, berkedut-kedut;
mengerukutkan menjadikan kerukut (mengerukut), mengerutkan.
kerul ikal, mengombak-ombak (rambut);
berkerul1. menyikat atau membuat rambut supaya ikal (mengombak-ombak); 2. menyikat rambut rapi-rapi (supaya dirinya kelihatan lebih kacak): orang-orang yg ~ dan tidak memakai songkok bukan tempatnya di rumah ini.
mengerumukkan merenyukkan, menggumalkan: dgn marah, surat itu dikerumukkannya.
kerumun; berkerumun berkumpul atau berhimpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung: anak-anak muda datang ~ spt semut mendatangi gula; lalat yg ~ di tempat yg kotor;
mengerumuni datang beramai-ramai (banyak-banyak) mengelilingi seseorang atau sesuatu, mengerubungi: setibanya di rumah, dia dikerumuni anak-anaknya; semut ~ gula;
mengerumunkan = memperkerumunkan ark mengerumuni: maka dikerumunkanlah oleh perahu-perahu Siak itu;
kerumunan kumpulan orang yg berkerumun: dlm beberapa saat itu, aku hilang dlm ~ mereka.
kerumus ark; mengerumus memeluk dan mencium.
kerun IB bp (gambar) mahkota; keron.
kerunas Kd kopek (cubit dll) sedikit-sedikit (spt orang mencubit kuih atau mengeropeng kudis);
mengerunas mengopek sedikit-sedikit: Midun asyik ~ sesuatu dgn jarinya yg tidak berkuku di meja itu tanpa mempedulikan cakapku.
kerung I lekuk (pd senduk, barang yg melengkung dll), lubang yg bulat panjang pd sesuatu benda.
kerung II = ~-kerang bunyi spt bunyi pinggan mangkuk berhantukan dgn kuat atau barang keras digoncangkan di dlm tin.
kerunyutan keadaan kerunyut, kekedutan: tulang tua yg hanya dibaluti oleh kulit-kulit yg lembik, kendur penuh~.
kerup bunyi spt bunyi orang mengunyah makanan yg garing (spt keropok dll); kerap II.
keruping selaput kering pd kudis atau luka, keropeng;
pengerupingan pembentukan keruping kudis pd luka.
kerusi1. sj tempat duduk yg ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan);2. ki kedudukan (dlm persidangan, Parlimen, dll), jawatan: parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dlm Majlis-Majlis Undangan Negeri; Malaysia telah melantik wakilnya utk menduduki ~ dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; berebut ~ berebut (menerusi pilihan raya dll) utk mendapat kedudukan dlm Parlimen (majlis undangan, persidangan, dll); 3. (Eko) keahlian seseorang atau organisasi dlm sesuatu bursa saham;
~ anjal sj kerusi yg dapat melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika kecemasan; ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati; ~ goyang kerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang; ~ lenting kerusi anjal; ~ malas kerusi yg menganjur panjang (utk berbaring); ~ panas ki a) kedudukan seseorang dlm sesuatu jawatan tertinggi yg memerlukan seseorang itu memikul tanggungjawab yg berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dgn segera; b) jawatan atau kedudukan tertinggi dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dll yg menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya: ~ panas pengurus skuad badminton negara; ~ panjang kerusi yg panjang (digunakan sbg pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang); ~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (utk dua atau tiga orang); ~ roda sj kerusi beroda utk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit; ~ serang (Marin) sj kerusi kayu yg digunakan utk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal; ~ tangan kerusi yg mempunyai pemegang di sisinya (utk meletakkan tangan); ~ urut kerusi yg direka bentuk khas utk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran;
mempengerusikan1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, mesyuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (pertubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar;
pengerusi1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): ~ Lembaga Pengarah.
kerusut Kd, Pn kusut;
berkerusut dlm keadaan kusut.
kerut I1. lipatan (pd kulit dll), kedut (pd kulit di dahi dll), gelembur: wajahnya membayangkan kesedihan dan di dahinya penuh ~; 2. Mn keriting, ikal (rambut);
~ kering sangat kering serta lisut; ~-merut a) banyak kerutnya; b) kusut (fikiran), kacau, dan bingung (fikiran, hati); c) banyak dustanya (bkn kata-kata);
berkerut, berkerut-kerut, terkerut1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~ ; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut;2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut);
mengerut1. menjadi berkerut (bkn kulit): kulitnya mulai ~; 2. menjadi bertambah kecil (pendek dll), mengecut (otot dll);
mengerutkan1. mengedutkan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dll): orang-orang yg disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; 2. mengecutkan, memendekkan (sesuatu yg boleh memanjang memendek spt otot dll);
kerutan perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pd kulit): masih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya.
kerut II bunyi spt bunyi menggoreskan sesuatu yg tajam pd benda keras.
kerutu tidak halus dan licin (spt kulit katak dll), kasap;
mengerutu menjadi kasap atau kesat (kulit dll);gerutu I.
kerutuk Kl, Tr sj masakan yg dibuat drpd daging ayam bercampur rempah dan dimasak hingga kental (rupanya spt rendang).
kerutung; mengerutungi mengerumuni, mengerubungi: ditunjukkan kemarahannya kpd orang ramai yg ~nya.
kerutup I bunyi spt bunyi bertih digoreng atau daun basah dibakar.
kerutup II; mengerutup Kd, Pn 1. memakan beramai-ramai hingga habis;2. mengerumuni (mengerubungi) utk menyerang atau memukul.
kerutuskerutup I.
kerutut Ikerotot.
kerutut II sj tumbuhan (pokok renek), akar peleh angin, akar pelir kambing, kedondong bulan, meroyan kabut, Chailletia (Dichapetalum) griffithii.
keruyuk Jk; berkeruyuk berkokok.
keruyup Kd, Pnkuyup.
kes (kés) I1. perkara, hal, kejadian: ~ rompakan itu akan dibawa ke mahkamah rendah; beberapa ~ penyakit itu telah didapati dlm kawasan ibu kota; 2. (Udg) prosiding di mahkamah yg melibatkan persoalan undang-undang dan ekuiti.
kes (kés) II bp tunai, kontan; wang ~ wang tunai.
kesaI ark kesatu, yg pertama.
kesa II Tr tidak enak rasanya (makanan): kuih yg dibeli di kedai itu ~, sedap lagi yg aku buat.
kesah = keluh-~ ternyata atau terlahirnya rasa gelisah (kesal, runsing, dll);
mengesah melahirkan perasaan gelisah (kesal, tidak tenteram, dll), mengeluh;keluh.
kesak; mengesak beralih (berengsot) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan, mengesot: ~ dr duduknya;
kesal = ~ hati1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~;
mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi;
mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua;
kesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku;
kekesalan perihal (perasaan) kesal, kekecewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~.
kesam ark; berkesam menaruh dendam;kasam.
kesambet Jk sakit dll kerana diganggu hantu (orang halus dll);sambet.
kesan1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu kejadian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca;
~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan;
berkesan1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu pengaruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya;
keberkesananperihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR;
mengesan1. meninggalkan atau memberi kesan;2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan sesuatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca;
mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya;
mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas;
memperkesankan menyebabkan berkesan;
terkesan mendapat kesan (setelah memerhatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~.
pengesanan perihal atau perbuatan mengesan;
pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan.
kesandung Jw tersandung, terserandung.
kesang I; mengesang membuang hingus (dgn terus menghembuskannya keluar dan tidak dgn mengesatnya dgn sapu tangan dsb).
kesang II sj serangga yg merosakkan padi, Acanthocoris scabrator.
kesang III Mn kering.
kesangka sj periuk besar drpd tanah liat, belanga besar.
kesangsang Jw tersangkut.
kesap; ~-kesip kedip-kedip, kelip-kelip (mata).
kesasar Jw terikut jalan yg salah, salah jalan, tersesat: kecaman terbuka terhadap kehidupan moden di kota yg ~.
kesat1. tidak licin, kasar (apabila diraba), kering (tidak lembap): kulitnya yg halus dan segar mulai beransur-ansur ~ dan layu, sebab sentiasa bekerja berat dlm panas; 2. ark tidak lembik (bkn tubuh), keras: tubuhnya ~ ; 3. yg menyakiti atau menimbulkan kemarahan, keras atau kasar (bkn kata-kata seseorang atau sesuatu perkataan): kata-kata ~ yg dikeluarkan oleh jirannya itu menghilangkan kesabarannya;
~ daun pimping, kalau ~ daun labu boleh dicelur prb orang yg miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yg bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya; ~-~ daun pimping prb perihal orang yg lazimnya lemah tetapi pd masa-masa yg tertentu berlaku keras juga; bertunggal ditarah ~ diempelas prb Mn sudah diselesaikan dgn sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan);
mengesat1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll);
pengesat; ~ kaki sesuatu yg dibuat drpd sabut (getah dll) tempat mengesat kaki; ~ tangan kain (sapu tangan, kertas, dll) utk mengesat tangan.
kesateria1. perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit;2. orang yg gagah berani;
kekesateriaan sifat-sifat kesateria, watak kesateria: pelajaran juga menyedarkan bangsawan feudal akan kebaikan perasaan belas kasihan dan ~; sateria.
kesed (késéd) Jk = kesedankeset.
kesek I (késék); mengesek menggesek dgn sesuatu benda yg kesat;gesek.
kesek II (késék) Tr cacat sebelah mata: mata dia ~ sejak lahir lagi.
kesel Jw letih, penat.
keselak Jk tersedak, kesedakan.
keseleo (keseléo), keseliyo Jk terseliuh, terpelecok, tergeliat (kaki dll), salah urat.
kesenai sj tumbuhan (pokok renek), mepai, Ficus rostrata.
keseng (késéng); terkeseng-keseng tersipu-sipu; kemalu-maluan: ia bangun dr terjatuh itu ~ menghadap orang yg melihatnya.
keskul tempurung dll utk diisi makanan (digunakan oleh peminta sedekah), sekul.
kesmak sj tumbuhan (pokok) dan buahnya, Diospyros kaki.
kesmaran ark; edan ~ sl gila berahi, mabuk cinta.
kesohor Jk termasyhur.
kesomplok Jk 1. terlanggar, terhantuk, tertumbuk, tersampuk;2. kehabisan wang.
kesot (késot); berkesot, mengesot bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengengsotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris;
mengesotkan mengalihkan (sesuatu) dgn menyorong atau menariknya sedikit(-sedikit) atau perlahan-lahan, mengengsotkan, menggeserkan; ~ almari;
terkesot-kesot bergerak dgn mengesot;
~ bagai anak tidak diakui prb kemalu-maluan.
kesting ark kain utk dibuat baju dll.
kestul Id, bp pistol.
kesturi I sj benda yg harum baunya (diperoleh dr musang jebat), jebat; musang ~ sj musang yg menghasilkan kesturi, musang jebat (rase); tikus ~ tikus yg kecil dan berbau; ~ mati kerana baunya prb perihal orang yg ditimpa bencana (kecelakaan) kerana perbuatannya (perkataannya) atau kerana menunjukkan kelebihannya.
kesturi II;bunga ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), Arachnis flosaeris (moschifera); kuay ~ sj tumbuhan (pokok yg harum kayunya), Juniperus chinensis; kayu ~ hutan sj tumbuhan (pokok), cemperi ayam (batu hitam), kayu garang jantan, kayu menghilang api, kayu serendah, kayu meresek hitam, sebasah paya, Gomphandra lanceolata; limau ~ sj limau kecil, Citrus microcarpa.
kesturi III; burung ~ sj burung spt burung bayan atau serindit.
kesu;~-kesi bunyi spt bunyi orang berbisik(-bisik), kesuk-kesik, kesik-kesik.