K huruf ke-11 dlm abjad Rumi


kesuh; ~-kesih termengah-mengah, terengah-engah. kesuk



Yüklə 2,2 Mb.
səhifə26/42
tarix08.01.2019
ölçüsü2,2 Mb.
#92753
1   ...   22   23   24   25   26   27   28   29   ...   42

kesuh; ~-kesih termengah-mengah, terengah-engah.

kesuk; ~-kesik bunyi spt bunyi daun-daun bergeseran ditiup angin, bunyi orang berbisik-bisik.

kesum 1. sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesumba keling, kunyit jawa, Bixa orellana; 2. sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat), Polygonum minus; 3. sj tumbuhan (herba), kelima paya, Polygonum pubescens.

kesuma 1. sl bunga; 2. perempuan cantik yg elok (molek, rupawan); 3. bangsawan;

~ bangsa ki pemuda dan pemudi (dlm sesuatu bangsa).

kesumat permusuhan, kebencian; dendam (dan) ~ dendam dan kebencian: timbul hiba dlm hatinya, ganti drpd dendam dan ~.

kesumba I 1. sj tumbuhan (pokok yg menghasilkan cat atau pencelup merah), Carthamus tinctorius; 2. = merah ~ merah tua: berbaju ~ berkancing dan berdestar pelangi; nyiur ~ nyiur yg berwarna merah tua;

~ bukit sj tumbuhan (pokok), berbelak, menarung gajah, Trichospermum kurzii; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), cendarah hantu, julung jantan (putih), kayu katu, lengkung, rambai hutan, sengkuang, Ostodes macrophylla; ~ keling sj tumbuhan (pokok kecil), jarak belanda, kesum, kunyit jawa, Bixa orellana;

dikesumba dicelup (diwarnai) dgn warna merah (drpd kesumba).

kesumba II 1. sj burung, Harpactes k. kesumba; 2. sj burung, burung gembala rimau, Harpactes oreskios uniformis.

kesungaisungai.

kesup bunyi spt bunyi budak menghisap puting;

mengesup mengucup, menghisap, mencucup.

kesusu Jw tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa.

kesut ark; terkesut-kesut susah dan ketakutan.

Ket. kep Ketua.

ketaban ark kayu palang pd kemudi sepak (di sisi perahu).

ketagih tagih II.

ketah sl kutaha.

ketai I; berketai–ketai hancur remuk, pecah menjadi kecil-kecil (spt pinggan mangkuk yg jatuh terhempas), robek-robek (bkn kain, dll);

kecai.



ketai II bp kalah paling teruk (dlm permainan pakau).

ketak I bunyi spt bunyi ketukan pd papan; ketuk-~ bunyi ayam yg baru bertelur;

berketak, berketak-ketak, berketuk-ketak berbunyi ketuk-ketak (bkn ayam yg baru bertelur);

berketak-ketik 1. berbunyi spt bunyi jam; 2. berdebar-debar (hati).

ketak II 1. kerut atau pelipatan pd kulit; 2. bahagian serangga dll (spt lipan dll) yg bersekat atau bergelang-gelang rupanya: badan serangga itu mempunyai ~-~;

berketak 1. berpelipatan (bkn kulit pd leher dll), berkedut-kedut; 2. berombak-ombak (bkn rambut), beralun-alun: Mamat bersiul-siul sambil menyikat rambutnya yg ~-ketak itu.

ketakung sj tumbuhan (pokok yg boleh dipakai sbg ganti rotan), Nepenthes ampullaria.

ketam I tertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat; ~ mulut terkancing mulut, kejang mulut;

mengetam, mengetamkan mengetap, mengatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat-rapat;

pengetam sj angkup atau penyepit, cunam.

ketam II; mengetam menuai atau memotong padi dgn ani-ani dll: kerja menuai atau ~ dijalankan dlm bulan Februari apabila padi sudah masak;

pengetaman perihal (perbuatan dsb) memotong padi (dgn pengetam), penuaian;

pengetam sj pisau yg tidak berhulu (digunakan utk menuai padi), ani-ani, tuai.

ketam III sj alat utk melicinkan kayu (papan dll); jenis-jenisnya: ~ betina, ~ lidah, ~ panjang, dll;

~ golek sj ketam yg digunakan utk melicinkan bahagian tepi dan permukaan kecil kayu yg cembung; ~ pangkas sj ketam utk melicinkan hujung kayu secara melintang ira, biasanya sangat berguna utk membuat kerja pertukangan yg kecil; ~ pelicin sj ketam yg digunakan utk melicinkan permukaan kayu;

berketam (telah) dilicinkan dgn ketam, diketam: papan tidak~;

mengetam melicinkan kayu dgn ketam;

pengetaman 1. kerja mengetam (papan dsb); 2. tahi ketam, tatal.

ketam IV sj binatang, kulit luarnya keras, berkaki sepuluh dan bersepit, Cancer spp.; jenis-jenisnya: ~ bangkang, ~ batu, ~ galah, ~ kajang, ~ padang, ~ pasir, ~ renjung, ~ ukas, dll; ~ batu ki sangat kedekut (bakhil);

~ menyuruh anaknya berjalan betul prb orang yg menasihati orang lain tetapi dia sendiri tidak berlaku spt yg dinasihatinya; (kuat ikan kerana radai) kuat burung kerana sayap, kuat ~ kerana sepit prb kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya.

ketambak sj ikan laut, bawal tambak, Pampus chinensis.

ketampi; tumbuk ~ sj burung, burung hantu, Ketupa zeylonensis leschenault.

ketan (beras) pulut, Oryza sativa; ~ seri kaya Id sj makanan (pulut yg dicampur dgn air gula).

ketang I ark tegang, erat (bkn ikatan tali atau lilitan tali pinggang), ketat atau sempit (bkn pakaian).

ketang II sj ikan laut, kendang, Scatophagus argus; ~ lada sj ikan laut, Siganidae.

ketang III; ~ tanduk sj tumbuhan (pokok renek), pakau jantan, segombang paya, seriyan putih, setebal paya, susuh ayam, Kibara cartacea.

ketap; mengetap, mengetapkan mengatupkan rapat-rapat, merapatkan; ~ bibir (gigi) mengatupkan bibir (gigi) rapat-rapat: beberapa kali ia menggenggamkan tumbuknya dan mengetap-ngetapkan giginya.

ketapak tapak, alas, batu alas tiang, dll: disuruhnya membuat ~ di pintu istana.

ketapang 1. sj tumbuhan (pokok), bijinya menghasilkan minyak utk dibuat ubat, lingtak, Terminalia catappa; 2. sj tumbuhan (pokok), baru-baru, bebaru laut, Guertarda speciosa.

ketapi sj tumbuhan (pokok dan buahnya), kecapi, Sandoricum nervosum.

ketapik sj tumbuhan (pokok memanjat), Ventilago maingayi.

ketar I; ~ gegar (kenaling) Kl gentar, sangat takut;

terketar-ketar menggeletar, gementar (kerana takut dll), menggigil: dia kelihatan ~ kerana ketakutan.

ketar II rasa pahit bercampur pedas (spt getir).

ketara nyata, terang kelihatan: kecurangannya tidak ~ kpd suaminya atau jiran-jirannya; kentara;

keketaraan perihal (keadaan atau sifat) ketara: bahan itu mengandungi penyerap cahaya khas utk mengurangkan ~ liang roma dan garis halus pd muka.

ketarap sj ikan laut, Callyodon ghobban.

ketat 1. tidak longgar (bkn tutup pd botol dll), kuat atau erat melekat (menyebabkan susah hendak dicabut atau ditanggalkan), sendat, sempit (bkn pakaian): ditutupnya botol itu dgn sumbat gabus hingga ~; dlm syarahannya ustaz tersebut telah mengecam hebat pemuda-pemudi Melayu yg suka berpakaian ~; 2. ki keras dan tidak ada tolak ansur atau kecualinya (bkn peraturan, perintah, dll), tidak boleh diubah atau dipinda (bkn perkataan, perjanjian, dll): undang-undang dan perintah-perintah yg ~ telah dikenakan dlm masa berlakunya darurat; musuh ~ musuh keras (besar); 3. ki teliti dan rapi (bkn kawalan, pengawasan, dsb): tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam; pintu masuk ke pelabuhan itu dijaga dgn ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 4. ki penuh dgn berbagai-bagai aktiviti, kerja dsb sehingga tiada masa lapang yg terluang (bkn jadual, program dsb): memang jadual harian saya ~ dan saya lebih banyak menghabiskan waktu di pejabat;

mengetatkan 1. menjadikan ketat atau erat (ikatan tali dll), mencerut (tali pinggang dll): skru itu hendaklah diketatkan supaya roda kereta tidak tercabut; 2. ki menjadikan keras atau sukar (peraturan dll); 3. menjadikan rapi atau teliti (kawalan, pengawasan, dll): langkah pertama utk mencegah merebaknya penyakit itu ialah ~ penjagaan air minum utk orang ramai;

memperketat menjadikan lebih ketat (ikatan tali, peraturan, kawalan, dsb): beliau menggesa supaya syarat-syarat mendapatkan sijil kerakyatan diperketat;

keketatan perihal (keadaan dsb) ketat:bahasa Melayu Tinggi ditandai oleh ~ tatabahasa;

pengetatan perihal (perbuatan) mengetatkan;

pengetat alat utk mengetatkan (menerikkan, mempererat).

ketaton Jw luka, tercedera; spt banting ~ mengamuk dgn hebat.

ketawa I tawa.

ketawa II; ~ udang sj tumbuhan (pokok) katak (keretak, otak) udang, pauh hutan (pipit), rengas ayam (pasir), sempedu burung, sumpah biawak (tupai), Buchanania sessifolia.

ketaya I sj obor (suluh) yg dibuat drpd buluh dan dibubuh damar pd hujungnya (utk dibakar).

ketaya II Mn tali (drpd rotan yg berpilin) yg diikatkan pd leher lembu dll dan pd bom pedati.

ketayap I kopiah (songkok) putih: Imam Dolah membuka ~nya sambil menggaru kepala; ~ cendawan bahagian atas cendawan (yg mengembang lebar);

berketayap memakai ketayap: lelaki penjual buah yg ~ putih itu tersenyum hambar.

ketayap II; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum yg didadar dan digulung dgn inti di dalamnya.

ketegar; = ~ hati tidak mahu menurut kata (nasihat) orang, tegar (keras) hati, keras kepala.

ketek (keték) Jw kera, monyet.

ketek (kéték) I Jk ketiak;

mengeteki menggeletek (mengilik-ngilik) ketiak, menggelikan (dgn mengusik-usik ketiak).

ketek (kéték) II Mn kecil.

ketek (kéték) III Tr 1. kancing, butang baju; 2. mencuri: tidak baik ~ hak orang, berdosa!

ketel Jw 1. rimbun (pokok), lebat (daun); 2. padat atau penuh sesak (orang atau penduduk negeri dll).

ketel (ketél) Jk titik (air), titis;

seketel setitik, setitis;

berketel, berketel-ketel bertitik-titik (air mata dll).

ketel (kétél) 1. sj cerek; 2. sj kuali besi (utk memasak nasi dll); 3. = ~ kukus sj tangki (di kapal, di kepala kereta api, dll) tempat memanaskan air bagi mendapatkan wap utk menjalankan enjin.

ketela (ketéla) Kd sj tumbuhan (pokok) dan buahnya, betik, kepaya, Carica papaya; ~ kayu sj tumbuhan (pokok dan ubinya), ubi kayu, singkung, Manihot utilissima; ubi ~ keledek, sj tumbuhan (pokok menjalar dan ubinya), Ipomoea batatas.

ketemu Jk bertemu, berjumpa, terdapat: mereka berjanji akan ~ malam itu di kelab; ~ akal diterima akal (masuk akal); siang ~ siang siang hingga siang lagi;

mengetemui menemui, menjumpai, mendapatkan: kedua-dua orang yg dicari itu masih belum diketemui;

mengetemukan 1. mengetemui, menemui: mengapa tidak aku ketemukan kau lebih dahulu; 2. menemukan, mendapatkan: bintang-bintang pun menjadi sasaran penyelidikan, sejak teleskop diketemukan; 3. mempertemukan: Mansur meminta supaya Yusuf dan Yakub diketemukan;

ketemuan (sesuatu) yg diketemui (didapati): ini adalah ~ yg paling besar; temu I.

keteng (kéténg) ark sj wang tembaga (nilainya kira-kira setengah sen), keping, peser, rini;

seketeng ark setengah duit (sen), sepeser, serini;

mengeteng membeli secara runcit, membeli eceran, membeli dgn berdikit-dikit: ada wang bolehlah memborong, tiada wang ~ sahaja;

mengetengi membahagi-bahagi (barang-barang dagangan) utk dijual secara runcit;

mengetengkan menjual runcit-runcit, (eceran), menjual satu-satu atau sedikit-sedikit;

ketengan eceran, runcit-runcit atau sedikit-sedikit (bkn penjualan atau pembelian barang-barang); harga ~ harga runcit, harga barang yg dijual (dibeli) satu-satu atau sedikit-sedikit.

ketenggah sj tumbuhan (pokok kecil), kemuning badak, kemuning gajah, kemuning limau, Memillia caloxylon.

ketenun Kd sj serangga, mentadak, mentadu, Mantis religiosa.

ketepeng (ketépéng) Jw sj tumbuhan (herba), gelenggang kecil (nasi, padang, sayur), Cassia obtusifolia; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kacang kota, Cassia occidentalis.

ketepil IB alat utk menembakkan (melepaskan) batu kecil, lastik, jepretan.

keteping sj tumbuhan (herba), kemaman, maman jeruk (pantai, putih), Cleome icosandra (vircosa).

keter (ketér) Tr kerinting sedikit (pd rambut, daun pokok yg terbantut): pokok mempelam yg Pak Man tanam ~. Agaknya tidak dibubuh baja.

ketereh (ketéréh) Kl, Tr pokok (buah) gajus, Anacardium occidantale.

ketering; cincin ~ cincin yg permatanya boleh ditanggalkan.

ketes (ketés) Id titis (air dll), titik (air);

mengetesi menitiskan atau menitikkan (air) pd.

ketetel (ketétél) melompat-lompat dan tidak ligat putaran atau pusingannya (gasing); ekonomi ~ ekonomi yg tidak stabil atau tidak tetap keadaannya.

keteter (ketétér) Jk 1. tertinggal jauh di belakang, jauh ketinggalan; 2. hampir kalah.

keti I sl seratus ribu: ada dua ~ rakyat Jawa yg pergi itu;

berketi-keti beratus-ratus ribu.

keti II ark; anak ~ sj bola drpd kayu.

keti III Mn; mengeti menimbang (berat sesuatu); kati I.

ketiak I bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan: Pak Ali sedang mengepit sehelai kain di bawah ~nya;

~ daun sudut atas antara daun dgn batang tempat daun itu tumbuh atau bercanggah; di bawah ~ orang di bawah kekuasaan (perintah) orang; spt ~ ular = berketiak ular panjang lebar (percakapan, penerangan, dll); mengembang(kan) ~ hamis prb mempercakapkan keburukan diri atau keluarga sendiri.

ketiak II 1. sj tumbuhan (pokok), jenjagung, limau hutan, melaman, rejang, Acronychia laurifilia; 2. sj tumbuhan (pokok), belangkas hutan, kabuk, Acronychia porteri.

ketial ark 1. sangat ketat atau kuat melekat (tidak mudah tercabut); 2. susah hendak bergerak (kerana gemuk dll): tok imam memang ~ orangnya, hendak beralih duduk pun susah.

ketiap ark sj perahu yg digunakan di sungai.

ketiar bp ikhtiar.

ketiau 1. sj tumbuhan (pokok), getah sundih, melawis, nyatuh balam, nyatuh perca, Madhuca sericea; minyak ~ minyak yg diperoleh drpd biji pokok ketiau; 2. sj tumbuhan (pokok), nyatuh babi (kaku, paya), Palaquium xanthocymum.

ketiding Mn sj bakul besar drpd rotan (tempat menyimpan beras).

ketik I bunyi spt bunyi jam (mesin taip dll);

juru ~ Id jurutaip; mesin ~ Id mesin taip;

berketik 1. berbunyi spt bunyi mesin taip dll; 2. Kl bersuara; tidak ~ tidak bersuara (kerana takut dll);

mengetik 1. berbunyi spt bunyi jam (mesin taip dll); 2. menjentik, mengetis, menyentil (dgn jari); 3. menaip: ~ surat;

ketikan hasil mengetik, yg diketik; ~ jari ketukan (pukulan) jari (pd papan dll): mereka menyanyikan lagu itu dgn gelengan kepala dan ~ jari yg menandakan keasyikan.

ketik II kaki serangga (belalang, cengkerik, dll) yg panjang; ketis II.

ketik III Kl; mengetik 1. mencuri (benda-benda yg tidak seberapa harganya); 2. memagut atau menggigit (bkn ular, lipan, dll).

ketika I waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa: apabila sampai ~nya ia pun melahirkan seorang anak lelaki; ada ~nya undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita lebih mulia drpd kaum lelaki; keadaan sunyi senyap utk beberapa ~; sampai pd masa ~nya sampai pd waktunya;

seketika 1. sesaat, sebentar, sekejap: kedua-duanya terdiam ~; dgn ~ dgn segera (pd saat itu juga): dgn ~ itu juga datanglah iparnya; 2. tatkala, (pd) waktu: fikirannya ~ itu amat kusut; (pd) ~ itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. sl saat (waktu) yg ada sangkut-pautnya dgn ramalan (perhitungan, penenungan) nasib dll; ~ lima (empat, tujuh) pembahagian waktu kpd lima (empat, tujuh) bahagian dlm penujuman; melihat (mencari) ~ melihat kitab ramalan kerana mencari hari (waktu) yg baik;

berketika 1. menjaga waktu (hendak membuat sesuatu), tidak sembarang waktu: anak gadisnya sudah jarang kelihatan di pasar, sudah ~ benar-benar pergi ke sawah atau ke ladang; dgn tiada ~ dgn tidak berketentuan waktu; 2. kena (munasabah) pd waktunya: gurau senda yg tidak ~ itu mungkin membawa kpd perselisihan.

ketika II; bintang ~ bintang tujuh; kartika.

keti-keti sj lebah kecil.

ketil; seketil secubit, segentel, sejemput;

berketil-ketil bergentel-gentel, berbutir kecil-kecil;

mengetil 1. memotong (menghiris) sedikit; 2. mengerip, mengunggis; 3. mencubit: anak itu menangis terjerit-jerit kerana diketil ibunya;

ketilan hasil mengetil, getilan, cubitan.

ketilang burung nilam; kutilang.

ketimaha Jk sj tumbuhan (pokok yg kayunya digunakan utk membuat hulu dan sarung keris dll), temahai, timaha, timanga, katimaha, Kleinhovia hospita.

ketimbir Kl, Tr tembel (pd mata).

ketimbul Jk sj tumbuhan (pokok dan buahnya) kulur, sukun, Artocarpus communis.

ketimbung I bunyi air ditepuk;

berketimbung, berketimbungan bermain dlm air sambil menepuk-nepuk air (hingga berbunyi mengikut sesuatu rentak), kecimpung.

ketimbung II sj tumbuhan (pokok renek), hempedal itik, nasi sejuk, pokok sedang, serapat, Salacia flavescens.

ketimpung ketimbung I.

ketimun Jw mentimun.

keting bahagian kaki di belakang buku lali; urat ~ urat pd keting;

mengeting 1. sl memotong (memutuskan) urat keting (sbg hukuman); 2. menendang keting seseorang.

ketingting sj permainan lompat-lompat (oleh kanak-kanak), tingting, ciak tinting.

ketip I 1. = pengetip gigitan binatang-binatang kecil (spt agas dll); 2. = pengetip = ~ (pengetip) kuku sj alat utk memotong atau mengerat kuku;

mengetip l. menggigit (bkn agas dll); 2. mencubit (tidak kuat-kuat); 3. memotong atau mengerat (kuku) dgn sejenis alat: ~ kuku.

ketip II Id mata wang yg kecil nilainya (kira-kira sepuluh sen), picis;

seketip sepuluh sen, sepicis.

ketip-ketip sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sebuih, Gouania javanica.

ketipung I sj gendang kecil.

ketipung II ketimbung I.

ketirah sj tumbuhan yg berdaun merah.

ketis I; mengetis menjentik (benda kecil yg melekat) supaya terpelanting atau tercampak: ~ ulat di baju.

ketis II kaki serangga;  ketik II.

ketit Kd menggigit: semut ~ budak itu.

ketitir sj burung merbuk.

ketoka ketuka.

ketola sj tumbuhan (pokok memanjat), petola hutan (sagi, sanding), Luffa acutangula; ~ ular sj tumbuhan (pokok memanjat), petola ular, timun bengkok, Trichosanthes anguina; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar petola hutan, akar ara bukit, Aristolochia tagala.

ketombe (ketombé) Jk kelemumur.

keton (kéton) (Kim) kumpulan sebatian organik yg terdiri drpd dua kumpulan hidrokarbon yg dirangkaikan oleh kumpulan karbonil, digunakan utk membuat cat dan bahan letupan.

ketongkeng (ketongkéng) tongkeng I.

ketopong sj topi tinggi yg dipakai di kepala sbg perhiasan; ~ besi topi besi (dipakai oleh perajurit-perajurit zaman dahulu);

berketopong memakai ketopong: tujuh puluh hulubalang berbaju zirah, ~ besi berdiri di kanan Kisna rayana.

ketoprak I Jw lakonan yg ceritanya disampaikan dgn nyanyian dan tarian berserta bunyi-bunyian.

ketoprak II Jk tauhu goreng dibubuh tauge dan kicap.

ketot (kétot) kecil (kerana terencat atau terbantut tumbuhnya), kemetot, keretot; budak ~; pokok ~.

ketoyong Pr terbalik dgn kepalanya ke bawah dan pakunya ke atas (bkn gasing yg berpusing ligat).

ketrok Jk ark; mengetrok mengetuk, memukul; ketuk I.

ketu I Jw sj kopiah (dipakai oleh orang yg bertapa dll); ~ udeng kain yg diikat di kepala sbg ketu.

ketu II Kd 1. memetik (pucuk); 2. mencubit.

ketua 1. orang yg tertua dan banyak pengalamannya (dlm kampung dll); 2. orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah);

~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll);

berketuakan mempunyai seseorang sbg ketua: perkumpulan itu ~ seorang wanita;

mengetuai mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut;

mengetuakan 1. mengetuai: pasukan itu diketuakan oleh Panglima Leman; 2. mengangkat (melantik) menjadi ketua, memandang (menyifatkan, menganggap) sbg ketua;

Yüklə 2,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   22   23   24   25   26   27   28   29   ...   42




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin