~mikrogelombang sj ketuhar yg menggunakan gelombang mikro utk memasak makanan dgn cepat; ~ perolakan (ERT) ketuhar yg menggunakan perolakan haba utk memasak makanan.
ketui sj tumbuhan (pokok memanjat), selang, setui, Derris trifoliata.
ketuir sj tumbuhan (pokok renek yg tumbuh di tepi pantai), Clerodendron inerma.
ketuk I pukulan (dgn buku jari dll) pd pintu dll; ~ buluh = ketuk-ketuk; ~kadal sj permainan kanak-kanak yg terdiri drpd bilah buluh yg diketuk-ketuk;
ketuk-ketuk sj alat drpd kayu berongga atau buluh yg dipukul kerana sesuatu sebab (utk memberitahu waktu sembahyang, memanggil orang berhimpun, dll), kentung-kentung, tongtong: ~di masjid telah berbunyi menyeru orang mengerjakan sembahyang;
mengetuk memukul dgn buku jari, memukul dgn palu atau sesuatu alat: pintu kamarnya diketuk orang; ~ paku dgn tukul; ~ kawat menghantar telegram;
mengetukkan mengetuk utk: “nanti aku pula jadi mangsa utk ~ engkau pintu.”;
ketukan (bunyi) pukulan dgn buku jari atau sesuatu alat, ketuk;
pengetuk sesuatu yg digunakan utk mengetuk, tukul.
ketuk II bunyi ayam yg baru bertelur;
berketuk berbunyi (bkn ayam yg baru bertelur), berkotek;
barang siapa yg ~ dialah yg bertelur prb orang yg berasa tersinggung oleh sesuatu sindiran itulah yg telah melakukan perkara yg disindirkan itu; ~ di luar sangkar, bertanam di luar pagar prb mengemukakan keterangan-keterangan lanjut sesudah selesai perkara diputuskan.
ketuk III sj alat bunyi-bunyian spt canang besar.
ketuk IV; ~ubi sj makanan yg dibuat drpd ubi rebus yg ditumbuk dan dimakan dgn kelapa parut dan gula.
pengetul; urat (otot) ~ urat (otot) pd belakang lutut.
ketul III Jw ark tumpul.
ketum sj tumbuhan (pokok), bia, biak, Mitragyna speciosa.
ketumbak sj tumbuhan (herba), ketumbit, Leucas lavandulifolia (Leucas zeylanica).
ketumbar sj tumbuhan (pokok dan bijinya yg dijadikan rempah), Coriandrum sativum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek); a) gambir badak, gambir-gambir (akar), gegambir jantan, kecam, Maesa ramentacea; b) lidah ular, sedeguri, Sida acuta; ~ jawa sj tumbuhan (herba), jeruju gunung, kangkung gunung, Eryngium foetidum.
ketumbe (ketumbé) Jk kelemumur, ketombe.
ketumbi I ketombe, ketumbe.
ketumbi II tahi yg paling akhir keluarnya; ~tahi ayam ki orang yg hina sekali.
ketumbit I 1. sj tumbuhan (herba) ketumbak, Leucas lavandulifolia; 2. sj tumbuhan (pokok), Saurauja tristyla;
~akar sj tumbuhan (herba), rumput anak temot, rumput setandang, rumput setawar, rumput sumpu, rumput susur, Borreria articularis (hispida); ~ hitam sj tumbuhan (herba), Polygala venenosa; ~ jantan sj tumbuhan (rumpai), tetambak merah, Emilia sonchifolia; ~ padang sj tumbuhan (rumput), rumput babi, Synedrella nodiflora.
ketumbit II Kd, Pr bintil atau tembel (pd mata).
ketumbu sj bakul yg bertutup.
ketumbuk; ~ketampi sj burung hantu, burung hantu kuning.
ketumpang Jw sj tumbuhan (herba), ekor kucing, Dysophylla auricularia.
ketun = ringgit ~ sl wang ringgit.
ketung I; mengetung Kd memotong (mematahkan) bahagian atas pokok.
ketung II bunyi spt bunyi buluh dipukul;kentung.
ketung III; ~ pulut sj tumbuhan (rumpai), bayam pasir (tanah), daun serapat, kerak nasi paya, keremak, keremak bukit, kernau, rumput loh, Alternanthera triandra.
ketungging Id sj kala yg besar dan berwarna hitam.
ketup I = ketup-ketup bunyi kasut di atas lantai dll.
ketup II; mengetup = ~ geraham mengancingkan geraham;katup I.
ketupat nasi yg dimasak dlm kelongsong daun kelapa, daun nipah dll yg dianyam: ~ bawang; ~ pasar dll; ~ bangkahulu a) ketupat yg besar; b) bp tinju (yg keras), genggaman (tangan); belah ~ (bentuk) segi empat selari yg sama panjang sempadannya.
mengetuskan membiarkan air yg ada pd sesuatu yg dibasuh menitik keluar;
pengetus; ~ piring (pinggan dll) rangka tempat diletakkan piring (pinggan dll) supaya menitis airnya hingga kering.
ketus II Jk cerewet, bengis, pemarah.
ketut; berketut Kl, Tr bengkak kemerah-merahan pd mata (kerana sakit mata).
ketutu I sj ikan darat, belantuh, Oxyeleotris marmoratus.
ketutu II, ketutuh sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gasing putih, gegasing, kelempenang, mempenang, Pericampylus glaucus (incanus).
kewalahan Jw ark tidak terlawan (terkerjakan dll) kerana terlalu banyak; tidak berupaya (melakukan sesuatu): sasterawan nampaknya ~ memberi jawaban dan menghadapi fragmen-fragmen yg membanjiri hidup akhir-akhir ini.
keweh (kéwéh); kerbau ~ kerbau yg tanduknya bengkok ke bawah.
KGB kep Komitet Gosudarstvennoi Bezopasnosti (agensi perisik Soviet Union yg hampir sama fungsinya dgn CIA di Amerika Syarikat).
KGLM/PTM kep Kesatuan Guru-Guru Lepasan Maktab Persekutuan Tanah Melayu.
KGMK kep Kesatuan Guru-Guru Melayu Kelantan.
kha (khO) 1. huruf ketujuh abjad Arab (mempunyai nilai 600); 2. huruf kelapan abjad Jawi.
khabar Ar 1. = perkhabaran laporan ttg sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (-khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenangkan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembaran kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya melebih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar;
khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi;
berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu;
mengkhabarkan memaklumkan, memberitahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya;
perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum.
khabulikebuli.
khadam Ar hamba, orang suruhan (gajian), pelayan: beberapa tahun lamanya ia menjadi seorang ~ yg setia dan menurut perintah tuannya;
mengkhadamkan menjadikan khadam: ~ diri kpd perpaduan umat Islam.
khair Ar baik, elok.
khairat kebajikan, derma, sedekah; persatuan ~ kematian persatuan yg mengumpulkan wang (yuran) utk kebajikan ahli-ahlinya yg meninggal dunia (mis utk belanja mengebumikannya);
berkhairat berbuat kebajikan, berderma, bersedekah: beliau dikenali sbg seorang dermawan yg telah banyak ~ kpd orang miskin.
khakan (Parsi) sl maharaja.
khaki; kain ~ kain tebal berwarna kuning tua atau kuning gelap biasanya digunakan utk membuat pakaian seragam polis atau tentera.
khalayak Ar 1. segala yg dicipta oleh Tuhan, makhluk, manusia: maka segala ~ pun kembalilah masing-masing ke rumahnya;2. = ~ ramai orang ramai, orang banyak, umum: ia berasa sangat malu kerana dihina di depan ~ ramai; 3. orang ramai yg menjadi pembaca (pendengar atau penonton) hasil ciptaan sastera atau seni, para pembaca (para pendengar atau para penonton).
khali Ar diam (tidak berbuat apa-apa), berhenti berbuat sesuatu, lalai (drpd berbuat sesuatu); tiada ~ tidak berhenti atau lalai drpd (berbuat sesuatu): Pak Pandir pun tiada ~ lagi drpd melihat lukahnya; tidak ~ berbuat ibadat sentiasa (selalu) berbuat ibadat.
khalifah Ar 1. pengganti (kpd Nabi Muhammad SAW), (gelaran) ketua agama dan raja di negara Islam: Sayidina Abu Bakar menjadi ~ yg pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW; ~ Allah setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbir dunia ini mengikut syariat Allah; 2. = ~ dabus ketua (pemimpin) permainan dabus: ahli leka berdikir, ~ leka berdabus, pendekar leka memencak;3. ark ketua murid;
kekhalifahan keadaan (gaya) seseorang khalifah yg menjalankan tugasnya: ketika ~nya, al-Quran sudah selesai ditulis.
khalifatullah Ar khalifah Allah.
Khalik Ar Yang Menjadikan (iaitu Allah); ~ alalam Yang Menjadikan alam (iaitu Allah); ~ albahri Yang Menjadikan lautan (iaitu Allah).
khalikah Ar 1. perihal menjadikan; 2. yg dijadikan atau dicipta (oleh Tuhan), alam, makhluk; ~ raya alam yg luas; 3. pekerti, sifat, tabiat, watak.
khalil Ar sahabat; ~ Allah sahabat Allah (gelaran bagi Nabi Ibrahim).
khalilullah Ar khalil Allah.
khalis tidak cemar (bernoda), bersih, suci, murni.
khalkah ark Ar halkah.
khalwat Ar 1. perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dll); 2. hal berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi, antara lelaki dgn perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri, sehingga boleh menimbulkan fitnah dan dianggap sbg suatu perbuatan yg sumbang: kejadian-kejadian ~ yg menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden;
berkhalwat 1. mengasingkan (memencilkan diri di tempat yg sunyi (kerana bertafakur, beribadat, dll): Tun Kesturi pun bertemu dgn Laksamana di dlm rumah ~ tiada dapat berkata-kata dgn seorang jua pun; 2. berada berdua-duaan dlm keadaan yg sumbang di tempat yg terpencil atau tersembunyi (bkn lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri): seorang isteri yg mempunyai anak dituduh ~ dgn seorang teruna di dlm sebuah bilik.
khamar Ar minuman keras yg dibuat drpd anggur.
khamir bergaul dgn ragi.
Khamis Ar hari kelima dlm seminggu, selepas hari Rabu.
khamsin (Geog) angin gurun yg panas, biasanya berdebu dan kering, di Mesir dan Laut Merah.
khanah Ar tempat simpan barang; ajaib ~ rumah tempat dipertunjukkan barang-barang ajaib, muzium; kutub~ perpustakaan.
khanjar sj parang atau pedang yg besar (bengkok).
kharab rosak, binasa, hilang atau berkurang penduduknya.
kharaj Ar cukai hasil drpd kegiatan ekonomi yg dikenakan ke atas individu bukan Islam.
kharajatkerajat II.
khas Ar yg diperuntukkan atau ditentukan (utk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dll), khusus, istimewa (utk seseorang atau sesuatu): rumah-rumah itu dibina ~ utk pegawai-pegawai kerajaan; jawatankuasa ~ jawatankuasa yg bertanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yg menjalankan sesuatu tugas tertentu; pembantu ~ pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu;
terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kpd): perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut sahaja;
kekhasan kekhususan, keistimewaan, keunggulan: reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yg kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita.
khasiat faedah atau kebaikan yg khas (dlm ubat, makanan, dll), keistimewaan, manfaat: makanan spt daging, telur, mentega mendatangkan banyak ~ kpd tubuh badan; ilmu ~ ubat pengetahuan tentang bahan-bahan ubat dan khasiatnya;
berkhasiat mengandungi (memberikan) khasiat: setengah-setengah jenis makanan lebih ~ drpd yg lain;
mengkhasiati ark menyelidik (menentukan) khasiat sesuatu benda.
khat Ar tulisan tangan yg cantik, yg dihasilkan dgn menggunakan berus atau pen khas, kaligrafi: seni ~;
mengekhatkan menuliskan sesuatu (tulisan Jawi, ayat al-Quran) dgn tangan: serangkap ayat al-Quran yg dikhatkannya di atas kertas sutera bernilai RM10 ribu.
khatam 1. sl cincin meterai; ~ Sulaiman cincin meterai Nabi Sulaiman; 2. tamat, selesai, habis; ~ kaji a) tamat belajar; b) = ~ Quran = ~ mengaji tamat atau selesai mengaji (membaca) Quran; 3. penghabisan, terakhir, penutup; ~ al-anbia = ~ segala Nabi yg terakhir drpd segala Nabi (iaitu Nabi Muhammad SAW;
mengkhatamkan menamatkan (bacaan, kajian, dll): ~ Quran; banyak drpd murid-muridnya yg sudah dikhatamkan ditamatkan pengajian mereka.
khatan sunat (memotong kulup);
berkhatan bersunat, bersuci, potong kulup: orang Islam ~ sewaktu masih kecil lagi;
mengkhatankan menyunati: biasanya diadakan kenduri apabila ~ anak;
perkhatanan perbuatan (upacara) berkhatan atau bersunat;
pengkhatanan perihal atau perbuatan mengkhatankan: begitu juga mengenai masalah ~ kanak-kanak perempuan yg sudah biasa dilakukan sbg kebiasaan dlm masyarakat Islam.
khatib Ar pembaca khutbah;
~ lalu ~ mati, bilal lalu bilal mati prb perihal kecelakaan yg menimpa orang yg melalui suatu tempat yg sulit dan berbahaya.
khatulistiwa garisan rekaan di keliling dunia atau dilukis atas peta, yg terletak pd garis lintang 0 darjah (iaitu sama jaraknya dr kutub utara dan kutub selatan); daerah ~ daerah hawa panas (berhampiran dgn garisan khatulistiwa);
~ cakerawala bulatan rekaan yg dibentuk oleh rataan khatulistiwa dunia dgn sfera cakerawala; ~ magnet garisan khayalan di keliling bumi yg menandakan tempat-tempat jarum magnet tidak tunduk ke bawah; ~ panas (suhu) garisan yg menandakan tempat-tempat yg paling panas di muka bumi.
khauf Ar ketakutan; sembahyang ~ sembahyang yg didirikan dlm keadaan bahaya, spt peperangan (sebelum pertempuran).
khawatirkhuatir.
khayal 1. = khayalan;2. leka, sangat asyik (membuat sesuatu): dia kelihatan ~ dlm sebarang usaha yg dilakukannya; mereka sedang ~ memerhatikan orang tua itu menganyam bakul;
berkhayal 1. berangan-angan, mengelamun: Karim yg sedang duduk ~ dgn berbagai-bagai kenangan agak terkejut oleh panggilan isterinya;2. berbuat spt benar-benar berlaku, berangan-angan: budak yg duduk di atas peti itu ~ mengenderai kereta;3. melihat sesuatu yg sebenarnya tidak ada (tetapi seolah-olah wujud hasil drpd angan-angan): pd malam itu ia ~ suatu lembaga datang mendekatinya; 4. leka, sangat asyik (dgn): anak-anak gadis kita akan lekas terpengaruh dan seterusnya ~ dgn tarian gila dan pakaian yg kurang sopan itu; ~-khayal dgn bualan yg sia-sia;
mengkhayalkan 1. menggambarkan (membayangkan) dlm angan-angan, mengangan-angankan, mereka (dlm fikiran): berlanjut-lanjut ia ~ keindahan tempat-tempat yg sudah dikunjunginya tempoh hari; drpd kedip rokok dan kepulan asap, kukhayalkan kota New York yg sibuk itu; 2. menyebabkan khayal (asyik), melekakan: suasana di dlm taman itu sungguh ~;
terkhayal 1. terleka, terlalai: sebentar itu ~lah ia lupa akan segala sakit dan pedih yg ditanggungnya itu; 2. dapat dibayangkan oleh fikiran: mereka yg gugur di medan jihad akan mendapat kurniaan yg tidak ~ oleh akal;
terkhayalkan dapat dikhayalkan: hal yg ~;
khayalan 1. lukisan (gambaran, bayangan) sesuatu dlm fikiran (ketika bermenung dsb), rekaan atau ciptaan (dlm kepala atau oleh daya angan-angan), angan-angan, fantasi, khayal: sejurus mereka terdiam dihanyutkan oleh ~ fikiran masing-masing; segala peristiwa dlm cerita ini dibina drpd ~ semata-mata;2. sesuatu yg nyata kelihatan oleh (atau pd pandangan seseorang pd hal sebenarnya tidak wujud, ciptaan angan-angan; 3. yg dibayangkan atau dilukiskan dlm angan-angan spt benar-benar ada (berlaku dll), yg direka atau dicipta oleh daya angan-angan, khayal: cerita-cerita ~ dgn peristiwa-peristiwa yg aneh dan tidak mungkin berlaku;
kekhayalan keadaan khayal (leka), keasyikan (sewaktu sedang membuat sesuatu);
pengkhayalan proses, cara atau perbuatan mengkhayalkan);
pengkhayal orang yg berkhayal: ~ sepi ini sudah lama berhajat hendak bermesra dgn gadis itu.
khayali Ar 1. diangan-angankan (tidak benar-benar ada), semata-mata dlm angan-angan atau khayalan sahaja: pengarang dapat mencipta dunia ~ menurut kehendaknya dan fantasinya sendiri;2. sl mabuk (tidak sedarkan diri): maka segala raja-raja itu pun ~lah lalu bangkit menari beranggap-anggapan terlalu ramainya.
khazanah Ar 1. barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu: ia tetap berguna dlm memperkaya ~ sastera tanah air;2. tempat menyimpan harta benda (kitab-kitab dll): habislah harta yg dlm ~ patik, patik sekalian sedekahkan kpd segala fakir miskin.
Khek Hakka.
khemah (khémah) tempat berteduh yg biasanya dibuat drpd kanvas yg disokong oleh tiang dan tali yg diikatkan pd pancang: penduduk-penduduk padang pasir yg tidak menetap di sesuatu tempat, tinggal dlm ~;
berkhemah mendirikan atau memasang khemah (utk berteduh atau bermalam): apabila tiba malam, pengembara-pengembara itu pun bersiap utk ~;
perkhemahan 1. perihal berkhemah; 2. kelompok (kumpulan) khemah: sepasukan musuh telah menyerang ~ tentera kita di situ.
khi (kai) huruf ke-22 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
khianat 1. perbuatan jahat yg (bertujuan) menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pd orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia (kpd negeri, bangsa, dll): orang yg berbuat ~ itu adalah orang yg sangat hina;2. yg (bertujuan) menganiaya atau mencelakakan dsb orang lain, yg belot kpd negara: perbuatan ~; orang ~ orang yg melakukan (perbuatan) khianat;
berkhianat berbuat khianat: hamba tidak akan ~ dan menderhaka kpd Dato’ Bendahara;
mengkhianati berbuat khianat kpd, mencelakakan, memperdaya, membelot terhadap, tidak setia kpd: dgn memihak kpd musuh, kau telah ~ bangsa dan negaramu;
pengkhianatan perihal (perbuatan, tindak-tanduk, dsb) mengkhianati, perbuatan khianat: letupan di pelabuhan itu adalah suatu ~ oleh anasir-anasir jahat;
pengkhianat orang yg berbuat khianat, orang yg belot, orang yg tidak setia kpd negara (ketua dll): ~ itu telah dibicarakan dan dihukum.
khidmat 1. hormat, (dgn) takzim, (dgn) sopan santun: sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda;2. perbuatan (pekerjaan) yg menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpd negara dll), bakti: ia berjanji akan terus berbuat ~ kpd bangsa dan negara;3. kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, maklumat, dsb);
berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air;2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini;
mengkhidmati berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya;
perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (bertugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat;2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan;
~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh pemerintah; ~ perubatan perkhidmatan yg berkaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan perubatan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt perkhidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat;