sekira-kira 1. kira-kira, lebih kurang: ~ sebahara emas harganya;2. sekadar(nya): perkhidmatan kereta api di sana mendatangkan hasil hanyalah ~ dapat memulangkan modal dan menanggung perbelanjaannya;
berkira = berkira bicara;
berkira-kira 1. berura-ura, berhitung-hitung, berfikir-fikir, menimbang-nimbang: maka Raja Chulan pun ~ hendak menyerang negeri China; aku mengeluarkan perkataan-perkataan itu dgn tidak ~ lagi;2. bercadang-cadang (berniat, bersedia-sedia) hendak berbuat sesuatu, beragak-agak: lama sudah ia ~ hendak melancong ke negeri-negeri Eropah;
mengira 1. menghitung (wang dll), mencongak: bibirnya kumat-kamit ~ wang yg baru diterimanya; ~ luas bulatan dgn menggunakan formula;2. memikirkan, memperhitungkan, mempertimbangkan: hatinya cuba ~ sendiri tentang kebaikan dan keburukan anjuran sahabatnya itu; dlm perbincangan itu dibangkitkannya masalah-masalah yg dikiranya perlu diatasi; soalan itu dikemukakannya dgn tidak ~ kesibukan orang; 3. menjangka, menduga, menyangka: pertemuan itu tidak semeriah yg dikira; tepat dgn apa yg dikira, pesawat-pesawat Jerman menghujani konvoi dgn peluru dan bom;4. menganggap, berpendapat, menyifatkan: barangkali ada antara pembaca yg ~ syair tersebut sbg syair bebas; kehidupannya bolehlah dikira senang juga; setiap rencana yg telah saya tulis saya kira tidak bermutu;5. mengambil berat, menghiraukan (mengendahkan, mempedulikan): ia hanya suka merapik, orang gila tak boleh dikira;
mengira-ngira 1. menghitung-hitung, mencongak-congak: pelayan itu tersenyum sambil ~ harga minuman;2. memikir-mikir, menimbang-nimbang, mentaksir-taksir: Basir ~ hotel mana yg mampu ditumpanginya;
mengirakan, mengira-ngirakan menghitung dgn kira-kira (ilmu hisab), menaksir, menilai, mengagak-agakkan: ia khuatir sebab lamanya ayahnya dlm perjalanan sudah melebihi waktu yg dikira-kirakan;
terkira terhitung, terduga: ~dua kali; tidak ~(-kira) a) tidak terhitung, sangat banyak; b) = tidak terkirakan tidak terkatakan (tergambarkan), terlalu sangat, tidak terduga (tersangka);
kiraan = kira-kiraan hasil mengira, hitungan, perhitungan: segala ukuran dibuat mengikut ~ inci; barang-barang yg tersimpan di dalamnya menurut ~ saya lebih banyak drpd yg terdapat di Muzium Negara; ~ kasar hitungan kasar (tidak terperinci);
perkiraan 1. kiraan, perhitungan: angka yg diberikan itu berdasarkan ~ pukul rata; pinjaman itu dikenakan bayaran faedah dgn ~ 4%;2. pertimbangan, taksiran: perkara-perkara yg penting diserahkan kpd ~ ibu bapa mereka; menurut ~ umum, peperangan itu tidak akan tamat dlm jangka waktu yg singkat;
pengiraan perihal atau perbuatan mengira (menghisab, menghitung), penaksiran;
pengira orang yg mengira, penghitung.
kira bicara 1. tutur kata, cakap; dgn tidak banyak ~ dgn tidak banyak cakap; 2. berbincang, berunding: Samaun bukan orang yg boleh dibawa ~;
berkira bicarabercakap, berbual, berbincang.
kirah Kl; mengirah membuang atau mencurahkan (air, minuman, dll).
kirai I; mengirai 1. = mengiraikan mengibas-ngibaskan dgn keras (supaya hilang debu dll), mengirapkan, mengepak-ngepakkan atau menggoyang-goyangkan (sayap, bulu, dll): ~ kain sebelum menjemurnya;2. menampi (beras dll) dgn menggerak-gerakkan bekas (spt nyiru dll);3. menyebarkan (membentangkan, menyerak-kan) padi dll (utk dijemur); 4. membongkar atau merombak (susunan pakaian dll): tangannya ~ fail mencari sesuatu; terlalu keras periksanya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikirai dan habis badan diperiksa;
terkirai-kirai 1. tersampir atau tergantung berkibar-kibar (bkn pakaian yg dijemur dll); 2. tanggal (hilang, berterbangan) kerana dikirai-kiraikan (digoncang).
kirai III 1. sj tumbuhan (palma), gemia, rembia, rumbia, sagu, Metroxylon rumphii (sagu); atap ~atap yg dibuat drpd daun nipah; 2. Br daun rokok (penggulung rokok) drpd daun nipah; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kelupas, dalu-dalu bukit, dedalu bukit, pepina, Hiptage sericea.
kirai IV; janda sekali ~ janda pertama kali.
kirai V Br kening: ~nya lebat.
kirana ark 1. sl sinar; 2. ki cantik, elok, indah.
kirap I; mengirap 1. mengibar-ngibarkan (mengibas-ngibaskan, mengepak-ngepakkan) sayap; 2. menggerak-gerakkan perisai ke atas ke bawah, menangkis-nangkis dgn perisai: dikirapnya perisai menyalahkan parang pendekar itu;
mengirapkan 1. mengibaskan, mengepakkan (sayap), mengiraikan (kain dll); 2. menggerak-gerakkan ke atas ke bawah dsb (perisai, penangkis, dsb), mengayunkan.
kirap II; mengirap hilang, hapus, lenyap, luput: ~ ghaib kemegahan diri; nama Ema telah ~ bertukar dgn nama ibu Beino yakni isteri Pak Beino;
mengirapkan menghilangkan, menghapuskan, melenyapkan, meluputkan: puas ia mencuba hendak ~ segala perasaan waswasnya.
kiras sj tumbuhan (pokok yg kayunya dipakai utk bahan rumah), Carcinia celebica.
kirau ark belum masak (bkn buah), mengkal, engkah-engkah (bkn buah-buahan).
kirbat sj pundi-pundi drpd kulit (tempat mengisi air anggur dll); ~ es Id sj kantung drpd getah yg diisi air batu utk menyejukkan (menjaram) kepala dsb.
kiri 1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal;3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~;
mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri;
mengirikan 1. mengundurkan (mengalihkan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. menyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat;
terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu.
kirik I; mengirik memijak: ya Allah, mati badanku dikiriknya!; ~ padi memijak-mijak padi (utk menanggalkan butir-butir padi drpd tangkainya);
pengirik;~ padi alat utk mengirik padi.
kirik II Jw; mengkirik berdiri (seram) bulu roma (kerana ngeri, ketakutan, dll).
kirik III Jw anak anjing.
kirim bp = berkirim, mengirim, mengirimkan;
berkirim (sedang) menyampaikan atau meminta supaya disampaikan: ada lagi Raja ~ kpd Tuan Bonham seekor kambing kembiri; ~ surat; ~ salam (sembah); ~ diri sl menyerahkan diri utk diperlindungi;
berkirim-kiriman saling berkirim (surat dll): mereka berdua sudah kerap kali ~ surat;
mengirim 1. menyampaikan atau menghantar (surat dll) menerusi sesuatu (spt pos dll): biasanya Karim ~ surat sebulan sekali;2. = mengirimkan menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, mengutus: Amerika sedia ~ rombongan pakar itu bila-bila masa sahaja; 3. Jk menyerahkan (mengamanatkan, menumpangkan) barang pd seseorang atau sesuatu tempat (utk disimpan, dijual, dll), menitipkan;
mengirimi berkirim (mengirim, mengirimkan) kpd: selalu dia ~ saya surat menceritakan keadaan dirinya;
terkirim sudah dikirim (dikirimkan);
kiriman 1. sesuatu yg dikirim, pemberian (yg dihantar, dikirim): ia sangat mengharapkan wang ~ anaknya; terimalah pula limau manis
~ dr Semarang; ~ pos wang yg dikirim dgn cara tertentu melalui pos;2. Jk sesuatu yg diamanatkan (diserahkan) utk disimpan (dijual dll), titipan;
pengiriman perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengirim (menghantar): mereka membantah keras ~ tentera ke negeri tersebut; pemogokan pekerja-pekerja pelabuhan mengganggu ~ barang ke luar negeri;
pengirim orang dll yg mengirim: surat ini untukmu tetapi nama ~nya tidak dinyatakan.
kirip; siput ~ sj siput (boleh dimakan).
kirmizi warna merah tua.
kiru sj tumbuhan (pokok kecil), pisang-pisang bukit, pokok ringkai jerenang, Mitrephora reticulata.
kiruh Jk 1. keruh; 2. ki kacau, tidak tenteram (keadaan dll).
kirung; berkirung berlukis dgn gambar dll (pd kulit tubuh).
kiryah, kiryat Ar ark dosa.
kisa I sj jala (pukat) kecil;
mengisa menjala (menjaring) dgn kisa.
kisa II sj pundi-pundi (kantung) kecil.
kisah hal, cerita, kejadian, riwayat: Daim menceritakan ~ pemergian Zaini itu kpd Zalizah; guru membincangkan ~ pembiakan nyamuk; ~ Sang Kancil menipu Maharaja Singa; ~ ibarat kisah yg watak-watak dan kejadian-kejadian di dalamnya melambangkan atau meneladani sesuatu;
berkisah menyampaikan sesuatu kisah: yg pandai bercerita dan mahir ~;
mengisahkan menceritakan, meriwayatkan: buku ini ~ pengembaraan dan penghidupan seorang yg masyhur; ia telah menulis sebuah rencana yg ~ pergerakan wanita di Indonesia;
kisar I putaran (bumi dll) pd paksi atau sumbu putarannya;
berkisar 1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~ , tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbincangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat;
berkisarkan berkisar pd, bertemakan: cerpen-cerpen tersebut ~ percintaan dan perjuangan merebut hati teruna dara;
mengisar 1. memutar, memusingkan (roda, jam, dll); 2. menggiling (padi dll) utk mengupas kulitnya: kilang ~ padi; 3. memindahkan, mengalihkan, mengesotkan, menggerakkan: sekali lagi Pak Jalil ~ punggungnya di atas kerusi; Laksamana pun ~ keris penduanya
serta memperbaiki keris panjangnya;4. mengubah atau menukar (pendirian, pandangan, janji, dll): cinta hanya kpd orang yg satu dan tiadalah ia dapat dikisar-kisar kpd orang lain;5. menghancurkan (makanan), menghadam: hempedal ~ makanan yg ditelan sebelum masuk ke dlm usus; 6. memusing (biji mata), beralih memandang: Karim ~ biji matanya; semua mata ~ ke hala Sidek; 7. menyerahkan (memberikan) kpd orang lain; 8. menggadaikan, menjual;
terkisar dikisar: dlm hempedal inilah makanan itu ~;
kisip tidak berbiji atau sangat kecil bijinya;kesip I.
kisit; mengisit membuang daun (kelapa dll) supaya tinggal pelepahnya atau lidinya, memotong rumput.
kismat, kismet Ar 1. nasib (untung atau malang), bahagian (seseorang); 2. bp apa boleh buat.
kismis buah anggur yg telah dikeringkan.
kisut berkedut, berkerut (tidak licin), lisut: ia telah tua, mukanya telah agak ~; ~ lisut sangat berkedut;
mengisut mulai kisut, menjadi kisut;
mengisutkan menjadikan kisut (lisut), mengedutkan.
kiswah Ar kelambu hitam yg menutupi Kaabah.
kit set bahagian-bahagian yg sedia utk dipasang: ~ pesawat terbang moden; rumah ~ rumah (kedai) tempat menjual candu.
kita 1. kata ganti bagi diri orang yg bercakap serta sekalian yg hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua: janganlah kerana dia pula, rumah tangga ~ menjadi hancur;2. = ~ orang bp saya serta sahabat-sahabat saya dll (tidak termasuk orang yg dilawan bercakap), kami: boleh engkau menulis Quran nanti, ~ orang beli; 3. bp saya: awak yg mengurus perkara itu, ~ yg ditanyai;4. aku, saya (oleh raja, orang bangsawan atau orang besar-besar kpd orang kebanyakan atau orang bawahannya): tiada raja besar dlm dunia ini drpd ~ dan tiada siapa pun yg tahu akan bilangan rakyat ~;5. ark kata ganti bagi orang kedua, awak, kamu; 6. Br, bh awak (kata ganti nama diri kedua dlm bentuk tunggal);
kekitaan; semangat ~ semangat bekerjasama (bantu-membantu) dlm sesuatu kumpulan (masyarakat dsb), semangat persaudaraan.
kitab Ar 1. buku suci (yg mengandungi perkara-perkara keagamaan spt hukum, ajaran, dll): Quran ialah ~ yg akhir drpd Allah; ~ Allah al-Quran; ~ Injil kitab yg diturunkan kpd Nabi Isa; ~ suci a) = kitabul-kudus kitab mengenai hal-hal agama (spt al-Quran dll); b) kitab Injil dan Taurat; ~ Taurat kitab yg diturunkan kpd Nabi Musa; ~ Zabur kitab yg diturunkan kpd Nabi Daud; 2. ark buku (mengenai berbagai-bagai perkara): maka adalah aku karangkan akan ~ ini darihal hikayat diriku;
~ loghat ark buku yg mengandungi perkataan-perkataan dan ertinya, kamus; ~ ramalan buku yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku; ~ turutan buku pelajaran huruf atau bahasa Arab peringkat permulaan; ~-kemitab berbagai-bagai kitab;
berkitab memakai (mempunyai) buku suci; tidak ~ tidak berpandu kpd kitab, tidak beragama, kafir;
pengitaban; ~ hukum Id pengumpulan dan penyusunan hukum (undang-undang).
kitabi Ar yg berkitab, yg menggunakan atau berdasarkan kitab (selain penganut agama Islam, iaitu umat Kristian dan Yahudi).
Kitabullah Ar al-Quran, al-Kitab.
kitai; mengitai-ngitaikan mengibas-ngibaskan jari atau tangan (kerana kesakitan): jarinya terkena seterika panas lalu dikitai-kitaikannya kerana kesakitan;
terkitai-kitai menggeletar (spt tangan orang tua), mengibas-ngibaskan jari atau tangan (kerana kesakitan).
kitang; ikan ~(-kitang) sj ikan laut, kendang, Scatiphagus argus.
kitar I; ~ semula kitaran semula;
sekitar 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air;2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan;
sekitaran keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dsb yg menjadi spt latar belakang (seseorang atau sesuatu): kita tidak dapat mengelakkan drpd menimbangkan aspek bahasa spt ~ dan latar belakang bahasa murid; sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kpd keturunan dan suasana ~ keluarganya;
berkitar berkisar, berpusing, berputar (bkn roda dll), beredar (spt bumi di keliling matahari); bintang ~ bintang beredar, bintang siarah, planet;
mengitar 1. = mengitar-ngitar berkisar(-kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar-ngitar berkeliling, beredar;3. = mengitar-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah;4. = mengitari mengelilingi, mengedari: ia bangkit lagi dan berjalan ~ lantai yg dilapisi permaidani; memandu kereta ~ bandar;
mengitari bergerak berkeliling (sesuatu), mengedari;
mengitarkan menjadikan berkitar, memutarkan, mengisarkan: ~ enjin;
terkitar-kitar berputar-putar, berpusing-pusing;
kitaran gerakan berkitar, kisaran;
~ hidup (Bio) beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat persenyawaan ovum pd generasi seterusnya; ~ semula benda (spt surat khabar, botol kaca) yg diproses supaya dapat digunakan semula;
perkitaran peredaran, perkisaran, perpusingan;
pengitaran pemutaran, pemusingan;
persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya.
kitar II Mn; mengitarkan, memperkitarkan menolakkan (menyorongkan) ke tepi.
kitar III Tr berikhtiar, berusaha (utk mendapat sesuatu).
kitiran Jw bilah-bilah drpd kayu dll yg boleh berpusing (kerana ditiup angin dll), baling-baling.
kiu kayu panjang utk menyodok (menojok) bola biliard.
kiub benda yg mempunyai enam permukaan yg semuanya berbentuk empat persegi dan sama besarnya (spt dadu), kubus;
~ berpusat jasad (Kim) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yg terdiri drpd satu atom di setiap penjuru dan satu atom di pusat kiub; ~ berpusat muka (Kim) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yg terdiri drpd satu atom di setiap penjuru dan pusat mukanya; ~ rebusan bahan drpd air rebusan daging, ikan atau sayur-sayuran yg dikeringkan dan berbentuk kiub, digunakan utk membuat sup, dlm masakan dsb.
kiuk I; terkiuk terpulas, terkehel, tergeliat;
berkiuk mengeluarkan bunyi kiuk kerana kesakitan (terutamanya di bahagian leher): ayam itu ~ dan melompat keluar.
kiuk II sj dadu panjang (utk berjudi).
kiung beberapa jenis siput.
kiut = kiutan bunyi spt bunyi pintu yg ketat engselnya dibuka tutup; kiang-~ bunyi kiut berkali-kali;
berkiut berbunyi kiut, berkicut: kedengaran pintu di luar ~.
kizib Ar tidak benar, dusta, palsu; fajar ~ fajar sebelum matahari terbit (bukan fajar yg sebenarnya), lwn fajar sidik.
KKGSK kep Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan.
KL kep Kuala Lumpur.
klac alat yg membolehkan kuasa dr enjin diberhentikan dr roda apabila seseorang menukar gear: Azman menekan ~ lalu memasukkan gear.
klakson Id hon (kereta).
klaras Jw ark daun pisang yg sudah kering.
klarinet (klarinét) sj alat bunyi-bunyian yg ditiup, sj serunai.
klasifikasi 1. penyusunan mengikut kelas; 2. susunan sistematik ke dlm kumpulan menurut kriteria yg ditetapkan: kumpulan-kumpulan yg telah disenaraikan merupakan antara ~ terbesar;
mengklasifikasikan menyusun mengikut kelas: kita belum lagi puas dgn hasil-hasil yg telah cuba saya klasifikasikan dlm sastera keagamaan; kita telah pun memperkatakan kegagalan ~ cerita mengikut tema-tema;
pengklasifikasian perihal atau perbuatan mengklasifikasikan: ~ cerita pari-pari.
klasik 1. serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kpd muzik ~; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain: sajak-sajak yg demikianlah suatu ciptaan seni yg sempurna, berhak disebut sbg sesuatu yg ~;3. (pakaian, reka bentuk, dsb) yg mempunyai gaya yg sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi ~; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yg lazim (tipikal): satu contoh ~ ialah Persidangan Undang-Undang Laut.
klasikal Id; pengajaran ~ pengajaran beramai-ramai (dlm sebuah kelas).
klausa (Lin) unit yg merupakan rangkaian perkataan yg mengandungi subjek dan predikat yg menjadi konstituen atau bahagian kpd ayat.
klaustrofobia (Psi) perasaan takut yg luar biasa apabila berada di dlm ruang yg sempit dan terkurung, mis di dlm gua.