KLIBOR akronim bagi Kuala Lumpur Inter-Bank Offered Rate (Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur, iaitu kadar pinjaman bagi dana jangka pendek antara bank di Malaysia utk tempoh matang satu hari, satu minggu, satu bulan dsb).
klien 1. orang, syarikat, dll yg mendapatkan nasihat drpd ahli profesional; 2. pelanggan.
klik I sekumpulan rakan yg bersekutu utk tujuan tertentu: parti dan ~ politik yg menumpukan kegiatan mereka dlm negeri;
berklik cenderung mewujudkan kelompok yg tersendiri atau terbatas, suka berpuak-puak: ada juga sesetengah pelajar yg suka ~ mengikut negeri asal masing-masing.
klik II 1. bunyi kertik spt apabila kamera dipetik, anak kunci diputarkan di dlm lubang kunci dsb: bunyi ~; 2. (Komp) perbuatan menekan butang pd peranti tetikus komputer: terokailah alam multimedia dgn hanya sekali ~;
berklik berbunyi klik: kameranya ~ apabila dipetik;
mengklik menekan butang pd peranti tetikus komputer utk memilih objek yg sedang ditunjukkan oleh kursor atau melakukan fungsi tertentu spt yg dikehendaki: ~ butang "OK" sebanyak dua kali; anda perlulah ~ menu "Skill" utk memilih soalan.
klimaks 1. bahagian dlm cerita (berita dll) yg lebih hebat (genting, mencemaskan, dll) drpd bahagian-bahagian lain, puncak, kemuncak; ~ atau kemuncak cerita ini sungguh mendebarkan hati pembaca;2. memuncak (dgn perlahan-lahan), makin meninggi.
klimatologi kajian tentang iklim, kaji iklim.
klimis Jw ark halus, licin.
klimograf (Geog) graf yg menunjukkan hubungan antara suhu, hujan, kelembapan dan faktor iklim yg lain.
klinik1. tempat utk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar: amat perlu mendirikan ~ di kampung-kampung utk menjaga kesihatan orang-orang kampung; 2. tempat yg serupa yg dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yg mengkhusus akan satu atau lebih bidang: ~ mata.
klinikal 1. bkn rawatan perubatan: gambaran ~ tentang ciri-ciri gangguan psikiatri di kalangan kanak-kanak dan remaja; 2. bkn pemikiran (kajian) yg logik dan kritis (tanpa memihak kpd sesiapa): hasil penyelidikan ~ terhadap 36 orang pengarang dapat ditemukan beberapa kesimpulan penting.
klinisian doktor, ahli psikiatri dsb yg mengkhusus dlm rawatan perubatan di klinik, hospital dsb, dan bukannya kerja penyelidikan di makmal: ~ mengesyorkan cara penyusuan ini kerana tiada susu berlebihan utk dimuntahkan.
klinometer (klinométer) (Fiz) alat yg digunakan dlm kerja ukur utk mengukur kecerunan.
klinostat alat yg digunakan utk mengkaji rangsangan tumbuhan terhadap cahaya atau tarikan graviti.
klip I sebarang benda kecil yg digunakan utk menyepit (atau melekatkan benda dsb): digunakannya ~ supaya lukisannya tidak berganjak;
berklip disepit (dijepit) dgn klip.
klip II; ~ video petikan ringkas gambar video mengenai sesuatu peristiwa, persembahan dsb yg ditayangkan utk tontonan umum.
klise (klisé) 1. gambar negatif pd filem kamera, gambar negatif pd kepingan utk dicetak; 2. ki tiruan (bukan asli), ungkapan yg sudah terlalu sering digunakan hingga tidak lagi terdapat keistimewaannya atau kesannya.
klitik (Lin) bentuk terikat yg tidak boleh dianggap sbg morfem terikat kerana boleh berada dlm tempat frasa atau klausa tetapi tidak dianggap sbg kata, mis ku dlm kubaca dan mu dlm bukumu.
kloaka (Bio) lubang pd hujung saluran pembiakan dan saluran pembuangan najis (pd burung, reptilia, amfibia, dan ikan).
klobot Jw ark kelongsong (jagung).
KLOFFE akronim bagi Kuala Lumpur Options and Financial Futures Exchange (Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur, iaitu bursa yg menjalankan urus niaga kontrak niagaan ke depan bagi opsyen saham, kadar faedah dan indeks saham).
klon1. (Bio) sekumpulan sel atau organisma yg serba serupa dr segi genetik, yg terhasil drpd leluhur sepunya melalui pembiakan aseksual, mis secara cantuman; 2. produk yg dihasilkan menyerupai model asal dr segi fungsi, ciri dsb, biasanya berkualiti kurang baik; 3. telefon bimbit (selular) atau kad kredit pendua yg telah diberi identiti elektronik telefon bimbit atau kad kredit asal yg sedia ada secara tidak sah utk tujuan penyelewengan atau penipuan;
mengklon membuat atau menghasilkan klon: tindakan keras akan diambil terhadap penjenayah yg ~ telefon bimbit; ahli embriologi di universiti itu dikatakan telah berjaya ~ embrio manusia; jabatan itu telah ~ beberapa jenis buah-buahan dan sayuran liar;
pengklonan perihal (proses atau perbuatan) membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon bimbit semakin berleluasa; ~ haiwan ternakan spt bebiri boleh menghasilkan ternakan lebih bermutu;
pengklon orang, pihak dsb yg membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon selular.
klop IB padan, cocok, sesuai sungguh; kelop.
klorela (Bio) alga hijau satu sel yg mengandungi kadar protein yg tinggi (dibiak secara komersial utk mendapatkan proteinnya).
klorida (Kim) sebatian klorin dgn satu unsur lain.
klorin (Kim) sj gas berwarna kuning kehijau-hijauan dan berbau sengit;
berklorin telah dibubuhi atau dirawat dgn klorin, mengandungi klorin: air yg ~;
mengklorinkan merawat, terutamanya air, dgn membubuh atau mencampurkan klorin ke dalamnya utk membunuh kuman;
pengklorinan proses atau perbuatan mengklorinkan: ~ air
klorofil (Bio) bahan pewarna hijau dlm tumbuh-tumbuhan hijau yg membolehkannya membuat makanannya sendiri.
klorofluorokarbon (Kim) sebatian gas yg terdiri drpd unsur karbon, hidrogen, klorin dan florin, digunakan dlm sistem pendinginan, peti sejuk, aerosol, pembuatan plastik dll, dan boleh merosakkan lapisan ozon atmosfera bumi.
kloroform (Kim) sj cecair yg digunakan sbg ubat bius (utk menyebabkan orang atau binatang tidak sedar semasa menjalani pembedahan).
kloroprena (Kim) sj sebatian yg digunakan sbg bahan asas utk membuat sj getah tiruan.
kloropsia (Ubat) kecacatan penglihatan (semua objek kelihatan berwarna kehijau-hijauan).
kloset (klosét) tandas.
klover sj tumbuhan drpd genus Trifolium yg daunnya bercabang tiga dan berwarna merah, ungu atau putih, biasanya dijadikan makanan ternak spt lembu dsb.
KLSE kep Kuala Lumpur Stock Exchange (Bursa Saham Kuala Lumpur).
klu sesuatu (objek, maklumat, dsb) yg dapat membayangkan jawaban terhadap persoalan yg hendak diselesaikan, pembayang, petunjuk: pihak polis sedang mencari beberapa ~ terhadap kes pembunuhan itu.
km kep kilometer.
KM kep Ketua Menteri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak).
Kmdr kep Komander.
kmj kep kilometer sejam (bkn kelajuan kenderaan): kelajuan maksimum yg dibenarkan ialah 120 ~.
KMM kep Kesatuan Melayu Muda.
KMN kep Kesateria Mangku Negara (pingat kehormatan yg dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong).
KNB kep Keluaran Negara Bersih.
KNK kep Keluaran Negara Kasar.
knobkenop.
knot ukuran kelajuan 1 batu nautika sejam atau 1.852 km sejam.
ko IB; kaum ~ orang-orang yg bekerjasama dgn Belanda (ketika berlaku persengketaan antara Indonesia dgn Belanda).
KO 1. kep knockout (iaitu keadaan peninju yg rebah semasa dlm perlawanan dan pengadil membuat kiraan satu hingga sepuluh tetapi peninju gagal meneruskan perlawanan); 2. bp gagal, kalah teruk, terlalu penat dsb.
ko- awalan asing bersama, bergabung, mis kokurikulum dan koenzim.
koa C sj permainan yg menggunakan kad kecil, permainan ceki.
koak; berkoak-koak, berkoak-kaok bp berteriak-teriak (melaungkan cogan kata dll), berseru-seru.
koala sj binatang spt beruang rupanya tetapi kecil yg terdapat di Australia (makanannya daun dan kulit sj pokok), Phascolarctus cinereus.
koalisi IB pergabungan atau perikatan beberapa buah parti politik; kabinet ~ kabinet yg terdiri drpd anggota-anggota drpd dua parti politik atau lebih.
KOAM kep Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.
kobah ark sj gendang (tambur) besar.
kobak I; berkobak, terkobak sudah dikupas (dikuliti), terkupas;
(mendapat) pisang ~ prb a) (mendapat) faedah atau keuntungan dgn tidak bersusah payah; b) (mendapat) pekerjaan yg sangat senang;
mengobak mengupas, mengopek (kulit buah-buahan dll), membuang kulit (nyiur dll).
kobak II Jk; main ~ sj perjudian dgn melemparkan wang ke dlm lubang kecil di tanah;
kobakan 1. lubang kecil di tanah; 2. lekuk di tanah yg dipenuhi air hujan.
kobak IIItobak.
kobalamin sj vitamin B kompleks yg terdapat di dlm makanan laut, hati dsb yg kekurangannya menyebabkan anemia.
kobalt (Kim) sj unsur logam berwarna putih kelabu, mulur, beracun, dan digunakan dlm aloi dsb.
kobang arkgobang.
kobar I terbakar dgn api yg marak;
berkobar 1. bernyala besar, sangat marak (api): api yg ~ itu telah menghanguskan beberapa buah rumah;2. ki bergolak atau bergelora (dlm hati): cintanya itu pd hari-hari yg berikut ternyata tambah ~; kembalilah harapannya ~ dlm dada; 3. berkecamuk, menghebat: peperangan yg ~;
berkobar-kobar 1. bernyala-nyala dgn hebatnya (bkn api kebakaran dsb): air dipancurkan tidak henti-henti ke api yg ~ itu;2. ki bergolak atau bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan hati dll), berapi-api, meluap-luap (bkn semangat, perasaan, dll): mendengarkan hal itu ~lah semangatnya lalu dgn segera ia menghunus khanjarnya;
mengobarkan 1. membakar hingga marak (bernyala-nyala), menyalakan; 2. = mengobar-ngobarkan membangkitkan semangat hingga meluap-luap, menghebatkan (semangat dll): sajak-sajak yg menimbulkan cinta kpd tanah air dan yg ~ semangat kepahlawanan;
kobaran nyala yg besar atau marak: dia menangis di tengah-tengah ~ api itu.
kobar II; mulut ~-kabir suka mengata-ngata atau mempercakapkan hal orang dll.
KOBENA akronim bagi Koperasi Belia Nasional.
kober Jk sempat.
koboi bp gembala lembu yg menunggang kuda (di Amerika Syarikat);
kekoboi-koboian berlaku spt koboi (spt menyamun, menggunakan senjata api, dll): tegaknya Mamat dgn senapangnya sewaktu hendak mempertahankan aral nampak agak ~.
kobok I kelompok (kumpulan, puak) orang, golongan;
berkobok-kobok berkelompok-kelompok, berpuak-puak: ~ budak menyerbu lori itu.
kobok II; mengobok mengambil makanan, biasanya berkuah, dgn tangan tanpa senduk atau sudu;
kobokan (kobok.an) Jw sj mangkuk besar yg diisi air utk mencuci tangan, kembuk, kembukan.
koc 1. gerabak kereta api utk membawa penumpang; 2. bas utk perjalanan jauh atau utk persiaran.
kocah;~-kacih selalu sahaja membuat berbagai-bagai kerja, sangat sibuk.
kocak I 1. = kocakan goncangan (air), gerakan kencang (air atau benda cair); 2. ki gelora, pergolakan: kpd ibunya ia menumpahkan segala pendaman jiwa dan ~ hatinya;
berkocak 1. bergoncang (bkn air dlm bekas dll), bergelombang (bkn laut), berpalu, memukul (ombak pd batu): gelas itu dihentak-hentaknya beberapa kali dan air di dalamnya ~; desir angin yg lembut menyegarkan, dan riak ~ melanda pantai;2. bergelora, bergolak (bkn perasaan hati dll), berdebar-debar, gelisah, rusuh: hatinya tidak ~ sedikit pun menerima hukuman itu; nafsunya makin menyala, darah mudanya ~; 3. menjadi pudar atau tidak bercahaya (bkn mata), kusam atau kuyu (bkn mata): matanya ~;4. Kl bergoyang, bergegar;
~ tanda tak penuh prb orang yg suka bercakap banyak itu menunjukkan pengetahuannya kurang (atau cetek);
mengocak, mengocakkan 1. menggoncang(kan) bekas (utk menjadikan cecair dll di dalamnya sebati), menggerakkan air yg tenang (dgn memukulnya atau mengacaunya dsb dgn keras): apabila dikocak, abu putih itu pun larut ke dlm air itu; sekali-kali pula ikan haruan ~ air menghambat anaknya;2. mengacaukan, mengharukan (fikiran atau perasaan), mengganggu (ketenangan keadaan, perasaan, dll): tangisan anaknya makin mengocakkan perasaan dan fikirannya; kenang-kenangan pahit ini selalu ~ hidupnya; 3. Kl menggoyang, menggoyahkan (tiang dll);
terkocak 1. tergoncang, tergerak: masukkan bahan kimia itu ke dlm air sedikit-sedikit supaya tidak ~ air itu;2. menjadi tidak tenang (fikiran dll), menjadi kacau; ~ hati gelisah, tidak tenang hati (fikiran); badan ~ Mn sangat kurus;
kocakan kocak: sekali-sekala kesepian itu diganggu oleh ~ air bendang akibat haruan menyambar anak;
pengocakan perihal atau perbuatan mengocak: ~ itu akan menghasilkan arus pusar yg dgn cepat menyebabkan pelarutan; kelocak II.
kocak II 1. kacak, gagah, bagus (baik, tampan); 2. sombong, pongah, besar kepala: dibenci orang kerana ~nya; 3. Jk jenaka, kelakar, lucu;
mengocak Jk melawak, bergurau senda, berolok-olok.
kocek (kocék) = kocekan ark saku, kantung: dikeluarkannya sehelai sapu tangan dr dlm ~ seluarnya; jam ~ jam saku (jam yg disimpan dlm kocek); masuk ke dlm ~ diterima secara tidak sah oleh sesuatu pihak: sebahagian drpd wang bantuan masuk ke dlm ~ ahli politik.
kocer (kocér) Kl kurus, kecil (tidak tambun).
koci I; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut (diberi berinti kelapa bercampur gula dan dibungkus dgn daun pisang).
koci II; ~ lembik = puru ~ sj penyakit yg disebabkan oleh penyakit kelamin.
kocoh ark gopoh;
terkocoh;~-ganyah = terkocoh-kocoh tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa: ~-ganyah mereka mengisi pakaian dlm beg supaya tidak terlambat.
kocok; mengocok 1. mengocak (menggoncang-goncangkan) botol (yg berisi air, ubat, dll); ~ telur memukul telur; 2. membancuh (mencampur, mengaduk) kad atau daun pakau;3. ki mencampuradukkan, memperkacau: jangan dikocok tanggungjawab jawatan dgn kepentingan sendiri;4. bp mengapi-apikan (menghasut, mencucuk) supaya berkelahi (bertengkar dsb): kalau tidak dikocok tentu tidak timbul perselisihan ini.
kocolan Jk anak ikan gabus yg kecil-kecil (dijadikan umpan pancing).
kocong 1. kain putih yg mengelubungi (membungkus) kepala mayat atau orang yg akan digantung; 2. pembungkus yg panjang (yg diikat satu atau kedua-dua belah hujungnya); hantu ~ hantu yg rupanya spt mayat yg dibungkus dgn kapan;
kod I 1. = tulisan ~ tulisan dgn tanda dll yg mempunyai erti yg tertentu atau yg tersembunyi (rahsia): arahan kpd pegawai tentera itu dikirim dlm tulisan ~;2. sistem simbol-simbol utk menyampaikan maklumat atau arahan kpd komputer: ~ Morse;3. serangkai huruf atau nombor yg digunakan utk mengenal pasti sesuatu tempat, objek, dsb mis kod alamat surat-menyurat;
~ Morse kod yg terdiri drpd titik dan sempang yg digunakan dlm pengiriman berita dll menerusi telegraf; ~ warna sistem kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan;
berkod mempunyai (dlm bentuk) kod: mereka menerima arahan ~;
mengekodkan 1. menulis dlm bentuk kod; 2. mengadakan kod; 3. mengkodifikasikan;
pengekodan perbuatan (kerja, proses) mengekodkan atau mengkodifikasikan: ~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pd zaman kerajaan Helenistik;
pengekod orang yg mengekodkan sesuatu.
kod II; ikan~ sj ikan laut drpd famili Gadidae, yg minyak drpd hatinya kaya dgn vitamin A dan D.
kodak;~ acing sj tumbuhan (pokok renek) yg daunnya dan akarnya dibuat ubat, meribut, Olax scandens.
KODAM Id akronim bagi Komando Daerah Militer.
kodein (kodéin) kodeina.
kodeina (kodéina) (Kim) bahan yg disediakan drpd morfina (digunakan utk membuat ubat-ubatan).
kodek (kodék) I; mengodek-ngodek menggerak-gerakkan sesuatu dgn pantas: kucing itu ~ ekornya macam kucing kepanasan;
terkodek-kodek tergerak-gerak (dgn pantasnya), terloncat-loncat: Gembung ketawa terbahak-bahak hinggakan ternampak jelas anak lidahnya merah ~.
kodek (kodék) II jambang;godek I.
kodeks (kodéks) (Sej) naskhah kuno dlm tulisan tangan.
kodi 1. dua puluh; dua ~ kain empat puluh helai kain; kepala ~ a) kain (sarung) yg diletakkan di atas sekali pd ikatan beberapa helai kain (sbg contoh); b) ki ketua kumpulan orang-orang jahat (atau budak-budak nakal); 2. tidak istimewa atau tidak tinggi mutunya (kurang baik buatannya dsb); barang (kain dll) ~ barang (kain dll) yg rendah mutunya dan murah harganya, barang (kain dll) yg dibuat banyak-banyak;
berkodi-kodi beberapa kodi, berpuluh (helai);
kodian berkodi-kodi; barang ~ barang kodi;
perkodian; kepala ~ kain yg diletakkan di atas sekali pd ikatan kain, kepala kodi.
kodifikasi kegiatan (usaha, proses) atau hasil mengumpulkan serta menyusun pelbagai peraturan (maklumat, norma, dsb) tentang sesuatu sehingga merupakan atau terdapat suatu keseluruhan yg bersistem dan teratur (biasanya yg dirakamkan dlm bentuk atau sesuatu terbitan): bertambahnya undang-undang di negara moden memerlukan ~ dan interpretasi; pemantapan atau ~ bahasa hanya dapat berlaku melalui penggunaan dan melalui kegiatan penulisan;
mengkodifikasikan mengumpulkan serta mengatur (menyusun) sesuatu sehingga merupakan suatu sistem: norma-norma yg dikodifikasikan dlm bentuk tatabahasa sekolah dan yg diajarkan kpd siswa;
kodisil (Udg) sesuatu perkara atau arahan yg ditambah kemudian kpd surat wasiat, terutamanya yg meminda atau membatalkan sebahagian kandungannya.
kodok I sj katak, katak puru, kangkung, Bufo bufo; berenang ~ cara berenang;
laksana ~ dapat bunga sekuntum prb tidak tahu menghargai (mempergunakan) barang yg baik; laksana ~ ditimpa kemarau prb sangat gelisah (berkeluh-kesah); spt ~ kena air tahi prb orang hina yg berlagak sombong; tertonggeng bagai ~ dlm lubang prb orang miskin yg mendapat kesusahan.
kodok II; cucur (goreng, kuih) ~ sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung, gula, pisang, dll dan digoreng.
kodok III Jk; mas ~ platinum.
kodok-kodok perkakas pam utk menghisap udara dll, injap pam.
koe (koé) Id, bp engkau.
koefisien (koéfisien) bp pekali.
koenzim (koénzim) (Bio) sebatian bukan protein yg membantu tindakan sesuatu enzim.
kofaktor (Bio) bahan bukan protein yg perlu bagi aktiviti sesetengah enzim.
kognat (Lin) 1. kata yg mempunyai hubungan bentuk dan makna dgn kata yg serupa bentuknya dlm bahasa lain, mis makan dlm bahasa Melayu dan mangan dlm bahasa Jawa: penulis cuba merekonstruksi fonologi Bahasa Melayu induk dgn membandingkan ~ yg wujud dlm dialek Melayu;2.bertalian kerana mempunyai asal usul atau sumber yg sama dgn yg lain (bkn sesuatu kata atau bahasa): bahasa ~ bermakna bahasa yg diturunkan drpd sumber yg sama; kata ~ ialah kata yg sama sumbernya.
kognisi proses mental utk mentafsir, mempelajari, dan memahami sesuatu: proses pembelajaran termasuklah ~, pengamatan yg berlaku dlm otak manusia.
kognitif berkaitan dgn kognisi: agama dianggap sbg cara memenuhi keperluan ~ utk kefahaman intelektual.
koh Kl, bk mati.
koheren (kohéren) 1. berhubungan, bersangkut paut: kita harus membentuk padanan kata yg ~; 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dgn ayat yg lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami.
kohesi (kohési) 1. kekuatan tarik-menarik di antara molekul dlm sesuatu benda yg menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan, jeleketan; 2. perhubungan yg erat, perpaduan: perjuangan agama dgn sendirinya memerlukan kekuasaan utk membentuk ~ dlm golongan pemeluknya.
kohir IB kertas yg mengandungi daftar (senarai) cukai yg ditetapkan.
kohol ark celak (mata).
kohong berbau busuk (spt bau bangkai, telur busuk, dll).
kohor Kl, Tr perlahan, tidak terburu-buru: memandu kereta biarlah ~ sedikit;