kontraktual (Udg) berdasarkan, berkaitan dgn atau terkandung dlm kontrak, berkontrak: liabiti ~.
kontralto (Muz) suara terendah wanita dlm sesebuah nyanyian koir dsb.
kontras1. perbezaan (warna, bunyi, dll) yg sangat nyata, pertentangan (sifat dll): ada dramatis yg memulakan dramanya langsung mempertentangkan watak-wataknya sehingga ~nya terasa begitu dalam jurangnya;2. memperlihatkan perbezaan yg sangat nyata, memperlihatkan pertentangan;
berkontras menunjukkan kontras;
mengkontraskan memperlihatkan kontras.
kontrasepsi (kontrasépsi) cara (kaedah atau langkah) mencegah kehamilan.
kontraseptif (kontraséptif) 1. berkaitan dgn kontrasepsi; 2. alat (atau pil) utk mencegah kehamilan.
kontrastif bkn sesuatu yg dilakukan utk menunjukkan kontras (perbezaan): penyelidikan ~ antara bahasa Melayu dgn bahasa-bahasa lain.
kontribusi IB yuran (kpd perkumpulan dll).
kontrol bp 1. pengawasan, penjagaan serta pengendalian (supaya teratur perjalanan sesuatu kegiatan, kerja, dll), kawalan; 2. pergi ke merata-rata tempat, mengeluyur;
kontrolir IB 1. pegawai daerah (pd zaman pemerintahan penjajah), konteler; 2. orang yg tugasnya mengawasi (menjaga serta mengendalikan) sesuatu (spt pasar dll).
kontroversi perselisihan atau pertelingkahan pendapat dsb yg biasanya berlarutan dan agak meluas di antara golongan (pihak dll) yg berlainan pendirian (pendapat, fahaman, dsb);
mengkontroversikan menyebabkan menjadi kontroversi: jangan cuba ~ isu-isu kecil itu.
kontroversial membawa kpd kontroversi, menimbulkan kontroversi, (boleh) dipertikaikan.
kontur = garisan ~ garisan yg dilukis pd peta utk menggabungkan (menunjukkan) tempat-tempat yg sama tinggi kedudukannya dr permukaan atau paras laut.
kontusi (Ubat) kecederaan pd sebelah dalam mana-mana bahagian tubuh yg tidak melukai atau memecahkan kulit, luka memar, lebam.
konvensi (konvénsi) sesuatu (spt amalan, tingkah laku, ciri-ciri, dll) yg sudah diiktiraf dgn meluasnya dan dipatuhi (diikut), kebiasaan umum, apa sahaja yg sudah diterima dan diamalkan secara meluas dan berterusan: utk hidup dgn harmoni, manusia harus mengetahui norma dan ~-~ masyarakatnya; kalau tidak, baik ditulis pantun, syair atau gurindam yg memang sudah ada ~nya.
konvensional (konvénsional) 1. berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yg ditentukan oleh konvensi, sebagaimana kebiasaannya: cerpen yg bersifat ~; 2. tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dsb (bkn peperangan, senjata dsb): senjata ~; peperangan ~.
konvensyen (konvénsyen) 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan;2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb);
berkonvensyen menyertai atau menghadiri konvensyen: berita gembira itu diterima ketika saya sedang ~ di Kuala Lumpur;
mengkonvensyenkan membincangkan atau membahaskan sesuatu perkara, isu dsb dlm konvensyen: soal kelemahan prestasi akademik pelajar Melayu itu perlu dipandang serius dan dikonvensyenkan segera.
konvoi1. sekumpulan kapal perang yg mengiringi kapal-kapal lain utk melindunginya drpd serangan: senjata-senjata ~ menembak ke langit menentang serangan kapal-kapal terbang musuh;2. kumpulan kapal perdagangan dll yg dilindungi kapal lain: beberapa buah kapal drpd ~ tersebut telah ditenggelamkan;3. sekumpulan kenderaan darat yg berjalan bersama-sama;
berkonvoi berjalan bersama-sama, beriring-iringan atau bersaingan dgn menaiki sekumpulan kereta, motosikal dsb: hari kedua perjalanan rombongan secara ~ memulakan perjalanan selepas bersarapan pagi; lima buah bas ~ membawa para penyokong pasukan bola sepak negeri itu ke stadium pd petang ini.
konvokesyen (konvokésyen) perhimpunan di universiti utk upacara penyampaian ijazah.
konvulsi (Ubat) keadaan anggota badan yg menggigil-gigil dan terkejang-kejang secara tiba-tiba disebabkan oleh pengecutan otot.
konyan C, bp perayaan menyambut tahun baru.
konyol Jk kurang sempurna (siuman) otaknya, bodoh, tidak sopan; mati ~ mati dgn sia-sia sahaja.
konyong; sekonyong-konyong dgn tidak disangka-sangka, dgn tidak semena-mena, tiba-tiba: ~ kedengaran suatu jeritan yg kuat.
Ko-op singkatan bagi koperasi.
koordinasi saling hubungan (yg dapat melicinkan perjalanan sesuatu), jalinan pertalian (tindakan, gerakan, dsb) antara bahagian-bahagian dll yg terlibat (dlm kegiatan dll), penyelarasan: ia banyak memerlukan ~ antara berbagai-bagai pihak spt penganjur, penyanyi dan orang ramai;
mengkoordinasi menyelaraskan sesuatu (aktiviti, tindakan, fungsi, dsb): Kementerian Perusahaan Awam ditubuhkan utk ~ fungsi beberapa agensi yg beroperasi di bawahnya;
terkoordinasi telah (atau dapat) dikoordinasi: keadaan apabila pelbagai sistem fisiologi pd si mati tidak lagi dapat berfungsi sbg satu unit yg ~ dan bermakna.
koordinat satu drpd dua magnitud atau lebih yg digunakan utk menentukan kedudukan sesuatu titik (garisan, kelok atau satah); pusat ~ pusat punca koordinat.
koordinator orang yg membuat koordinasi, penyelaras.
kop I IB; dikop ark dikeluarkan darahnya dgn ditelungkupkan bekas yg telah dipanaskan, dibekam.
kop II IB; dikop bp ditanduk atau disondol (bola).
kop III edaran (pusingan) dua belas tahun (bkn kalendar orang Cina, Jepun, Siam, Kemboja).
kop IV1. kubah; bulat ~ bentuk melengkung atau setengah bulatan; kepala ~ kepala (skru dll) yg melengkung (spt bentuk kop); 2. sj tempat duduk di atas belakang gajah;
berkop berkubah.
kopah; berkopah-kopah berhamburan (darah), keluar banyak-banyak (darah dr mulut dll): keluarlah darah ~ dr mulutnya, maka segala badannya pun biru lebam.
kopak I 1. pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dsb (bkn papan, dinding dsb): beberapa keping lantai dan dinding papan rumah itu telah ~; 2. patah dan jatuh atau terkulai (bkn dahan pokok dsb), sekah: banyak dahan pokok yg ~ akibat tiupan angin ribut yg kencang; 3. bp kehabisan wang kerana sangat banyak berbelanja dsb: ~lah aku nanti sekiranya majlis itu hendak diadakan secara besar-besaran;~-kapik sangat buruk (kerana banyak bahagiannya yg rosak, pecah, kemik, dll): rumah di sawah itu banyak yg ~-kapik;
kopeng (kopéng); ~ air sj tumbuhan (pokok renek), cempaka tanjung, delima hutan, jambu batu hutan, mentiung, Gardenia tubifera.
kopepod (kopépod) (Bio) sj krustasea halus akuatik drpd subkelas Copepoda yg merupakan komponen utama plankton.
koper IB sj beg kulit (utk menyimpan pakaian dll): kemudian semua~ dan bungkusan barang-barang dibuka; kopor.
koperak = koperakan Jk buluh yg dibelah supaya mengadakan bunyi utk menakutkan tupai dll.
koperal1. pangkat dlm pasukan tentera yg tarafnya setingkat lebih tinggi drpd lans koperal (dua tingkat lebih tinggi drpd prebet); 2. pangkat yg setingkat lebih tinggi tarafnya drpd lans koperal polis.
koperasi1. syarikat yg dianggotai dan diuruskan oleh sekumpulan orang utk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan dsb), dgn faedah dan keuntungannya dikongsi bersama: ~ pertanian;2. bp perihal bantu-membantu, kerjasama;
berkoperasi berusaha dgn cara bekerjasama (bantu-membantu).
koperatif syarikat kerjasama.
koperator IB orang yg membantu (bekerjasama dgn) kerajaan dll.
kopet (kopét) sempit, kecil (lubang), tidak lebar (jalan dll).
kopi I1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya yg digoreng dan dijadikan serbuk utk dibuat minuman), kahwa, Coffea spp.; ~ bubuk Id = serbuk ~ kopi yg berupa serbuk (sudah dihaluskan); 2. = air ~ minuman drpd bancuhan kopi halus, gula dan air;
~ bujang hidangan air kopi sahaja (tidak disertai kuih-kuih); ~ espreso kopi pekat ala Itali yg disediakan dgn cara melalukan air mendidih atau wap pd biji kopi yg telah dikisar dan dihidangkan tanpa gula dan susu; ~ keras (pahit) air kopi yg pekat dan tidak bergula; ~ kosong = ~ O air kopi yg tidak bersusu; ~ O beng air kopi tidak bersusu yg dibubuhi ketul air batu; ~ segera kopi yg telah diproses dan tersedia utk dijadikan minuman dgn cepat; ~ susu air kopi bersusu; ~ tubruk Id bancuhan serbuk kopi dgn air panas sahaja; duit (wang) ~ upah (kerana pertolongan yg diberi); dapat ~ pahit (keras, tubruk) menerima teguran keras (drpd orang atasannya);
mengopi bp minum kopi.
kopi II; ~ andelan sj tumbuhan (pokok), kacang kota, ketepeng hutan, Cassia occidentalis; ~ arab sj tumbuhan (herba, buahnya dijadikan sayur dan bijinya sbg pengganti kopi), kacang (sayur) bendi, kacang lendir, Hibiscus esculentus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), dada kura, kahwa hutan, lidah rusa, mempulih, mengkudu badak, pakan paya, Fagraea racemosa.
kopi III1. bp salinan atau tiruan drpd yg asli atau yg pertama (bkn surat, gambar, dll): tuan dikehendaki mengirimkan ~ surat permohonan dahulu;2. naskhah buku yg akan diterbitkan.
kopiah tutup kepala (spt songkok dll) yg dipakai oleh orang lelaki;
berkopiah memakai kopiah: Haji Amin yg ~ putih.
kopitiam C kedai kopi.
koplet (koplét) IB sebait (sebuah) sajak.
kopok I sl alat bunyi-bunyian (dibuat drpd kayu atau logam dan dipukul); kopak II.
kopok II = kopokan Jk sj penyakit telinga (yg menyebabkan telinga bernanah dan berbau busuk), penyakit torek.
kopok III sj tumbuhan (akar memanjat), akar cambai hantu, akar jambu serai, akar kemunting (keremunting), lidah kucing, Anplectrum divaricatum.
kopor sj beg drpd kulit dll utk menyimpan pakaian dll: di pejabat kastam, ~nya diperiksa dgn teliti; koper.
kopra kelapa kering (utk dibuat minyak kelapa dll).
koprofit (Bio) tumbuhan yg hidup di atas najis, mis kulat yg tumbuh di atas tahi lembu.
kopula (Lin) kata kerja yg menghubungkan subjek dgn pelengkap, mis to be dlm bahasa Inggeris.
kopulasi (Ubat) persetubuhan.
kopyor Jw; kelapa ~ kelapa dimakan bulan (isinya lunak), kelapa puan; es ~ minuman air batu kelapa puan.
kor I 1. bahagian drpd angkatan tentera yg mempunyai tugas tertentu: K~ Agama Angkatan Tentera Darat;2. pasukan tentera yg terdiri drpd lebih kurang 30,000 hingga 45,000 orang anggota, biasanya terbahagi kpd tiga divisyen: setelah menamatkan latihan, rekrut akan dihantar ke ~ dlm tentera darat utk meneruskan perkhidmatan; 3. sekumpulan kecil orang yg terlatih khusus utk tujuan tertentu; ~ diplomatik kumpulan seluruh diplomat yg mewakili sesebuah negara yg berkhidmat di negara tertentu.
kor II Kl atau: hendak pergi ~ tidak.
kor III Kl; tanah ~ tanah yg keras dan berketul-ketul.
koran I Id surat khabar, akhbar: penjaja (penjual) ~.
koran II; burung ~ sj burung, perling, Aplonis panayensis strigatus.
korapsi rasuah, kecurangan;korupsi.
korapsyen bp rasuah.
korat; ~ nasi sj tumbuhan (pokok), Desmodium capitatum; (pokok) ~ tanah sj tumbuhan (pokok renek), ekor anjing, Uraria lagopoides.
korban Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~;4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa;
berkorban1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut;2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja;3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa;
mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong;2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (merosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka;
terkorban terbunuh, termusnah (kepentingan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu;
pengorbanan perihal mengorbankan (berkorban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas.
kord (Kej) wayar bertebat yg menyambungkan peralatan elektrik dgn punca bekalan elektrik.
mengorek 1. membuat lubang (pd sesuatu benda atau di dlm tanah), mencungkil, menebuk, mengeruk, menggali: ~ lubang utk menanam sampah dll;2. ki menggores; ~ hati menggores hati;3. ki menyiasat atau mencari-cari (utk mengetahui sesuatu yg rahsia atau tersembunyi), mengata-ngata (keburukan orang dll), mengkritik: polis telah dapat ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu;4. ki memperoleh (wang, keuntungan, dll), mendapat (untung); ~ dompet kawan prb memperdaya supaya kawan membayar perbelanjaan;
korelasi (korélasi) hubungan atau kaitan secara timbal balik, hubung kait: terdapat ~ antara pengetahuan sains dgn kepercayaan agama;
berkorelasi mempunyai hubungan atau kaitan antara satu sama lain, berhubung kait: kedua-dua isu itu tidak ~ sama sekali;
mengkorelasikan menghubungkan atau mengaitkan perkara, isu dsb antara satu sama lain, menghubungkaitkan: ahli kaji serangga dapat ~ penyebaran dgn ekologi.
berkoreng, korengan Jk mendapat penyakit koreng (kudis), berkudis.
koreografer (koréografer) orang yg ahli mencipta gerak-geri tarian.
koreografi (koréografi) 1. penciptaan (seni mencipta) gerak-geri tarian (biasanya tarian balet atau tarian utk persembahan di pentas); 2. seni tari (biasanya tarian balet atau tarian utk persembahan di pentas).
kores (korés)gores.
koresponden (korésponden) pemberita atau wartawan (surat khabar dsb) yg membuat laporan tentang sesuatu perkara tertentu atau yg mengirim laporan dr negeri asing: ~ surat khabar.
korola (Bio) seluruh kelopak yg terdapat pd sekuntum bunga.
korona (Ast) lingkaran cahaya yg kelihatan jelas di sekeliling bulan atau matahari, terutamanya sewaktu berlakunya gerhana; ~ matahari lingkaran cahaya di keliling matahari.
koronari lazimnya merujuk pd arteri yg membekalkan darah ke otot jantung.
koronavirus sekumpulan virus yg menyebabkan pelbagai penyakit kpd manusia dan binatang, antaranya jangkitan saluran pernafasan pd manusia dan hepatitis pd tikus.
koroner (koronér) pegawai awam yg menyiasat kes kematian mengejut (secara luar biasa) yg puncanya disyaki ada kaitan dgn kes jenayah.
korong Mn; ~ kampung kawasan (daerah) kampung;
berkorong;~ kampung mempunyai lingkungan kampung; adat ~ kampung adat istiadat dlm kawasan (lingkungan) kampung; pandai ~ kampung pandai menurut adat dlm lingkungan kampungnya.
korporat berkaitan dgn syarikat atau perbadanan: yg meminta-minta potongan cukai ~ ialah firma-firma besar; hanya menerusi badan ~ spt LUTH, ASN, yg membolehkan perkembangan ekonomi umat Islam teguh; imej ~; matlamat ~;
mengkorporatkan menukarkan sesebuah organisasi kerajaan menjadi perbadanan atau syarikat: proses ~ perniagaan bumiputera di bawah Dasar Pembangunan Nasional;
pengkorporatan perihal (proses, tindakan dsb) mengkorporatkan sesebuah organisasi, institusi dsb: ~ beberapa agensi kerajaan.
korpus (Lin) himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll).
korpuskel (Bio) sel yg terampai dlm plasma darah.
korsaj sejambak bunga kecil sbg hiasan yg disematkan di bahu, pinggang atau tangan.
korsel (korsél) IB, bp kuda-kudaan yg tergantung dan berputar (utk dinaiki kanak-kanak).
korset (korsét) pakaian dalam utk membentuk pinggang dan punggung yg dipakai oleh wanita, sj bengkung, setagen.
korsi bp kerusi.
korteks (kortéks) 1. (Ubat) lapisan luar otak atau organ lain: ~ serebrum; 2. (Bio) lapisan luar sesuatu bahagian tumbuhan, mis kulit batang.
kortison (Ubat) hormon yg digunakan utk merawat alahan, sakit sendi, sesetengah penyakit kulit dsb.
korundum sj mineral yg sangat keras, biasanya digunakan sbg pelelas atau penggilap, dan sesetengahnya pula, mis nilam dan delima dijadikan batu permata.